11
PEMAHAMAN AKIDAH DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA DAN KESANNYA TERHADAP MASALAH AKHLAK : SUATU KAJIAN 1 . Oleh: Khairul Hamimah Binti Mohammad Jodi Akidah adalah tunjang utama dalam menentukan nilai dan membentuk keperibadian seseorang muslim. Asas akidah menurut Islam adalah kenyataan mengenai kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah S.W.T Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai pesuruh Allah. Kajian ini mengupas sejauhmana pemahaman dan penghayatan akidah seseorang pelajar di kalangan Institut Pengajian Tinggi Swasta mempunyai hubungkait seterusnya memberi kesan terhadap pembentukan akhlak mereka.Hasil kajian mendapati penghayatan dan pemahaman akidah yang cetek memandu kepada kerapuhan iman seterusnya menjerumus pelajar ke kancah perlakuan akhlak yang tidak sihat. Pendahuluan Akhlak merangkumi aspek sifat semula jadi yang dimiliki oleh seseorang, sifat perolehan yang sebati dalam diri melalui latihan, pendidikan dan sebagainya yang menjadi tabiat. Di samping itu, akhlak juga mengandungi substance batiniah atau kejiwaan serta zahir, yang direalisasikan dalam bentuk kelakuan (Abdul Ghani bin Shamsuddin (1989): 241). Akhlak juga difahami sebagai prinsip-prinsip dan dasar yang ditentukan oleh wahyu untuk mengatur pelakuan, menentukan hubungan seseorang dengan orang lain sehingga mencapai matlamat kewujudan di dunia ini secara sempurna. Sebagai ilmu, akhlak ditakrifkan sebagai ilmu yang menghuraikan hakikat perbuatan berakhlak, mengkaji makna dan erti kebajikan, keburukan, kewajipan, hati nurani, hakikat kebahagian, penilaian akhlak, motif kelakukan serta kaedah dan prinsip umum yang patut menjadi landasan kelakukan manusia (Abdul Ghani bin Shamsuddin dan Norhashimi Saad (1996), : 1). Pengertian akhlak Perkataan akhlak berasal daripada perkataan Arab khuluq (خلق). Perkataan ini boleh dibaca sebagai khulqun (خلق) ataupun khuluqun (خلق) yang memberi erti al-sajiyyah (السجية) yang membawa maksud tabiat, perangai dan tingkah laku. Pada hakikatnya menggambarkan jiwa atau batin manusia. Dosa dan pahala lebih banyak bergantung kepada gambaran batin daripada gambaran zahir (Ibnu Manzur (1956), : 86-87). Perkataan akhlak juga adalah pecahan daripada perkataan ‘khalq’(خلق) yang bererti ciptaan atau keindahan manusia dengan bentuknya yang zahir. Keadaan rohani yang sepatutnya terbentuk dengan sebaik-baiknya, dipanggil ‘khuluq’(Ibid). Perkataan khuluq pada lughah bermaksud adat, perangai, maruah dan agama (Muhammad bin Abu Bakar bin ‘Abd al-Qadir al-Razi (1981), : 228.) Ciri-ciri Akhlak Islam meletakkan darjat ketinggian keimanan individu dari segi kemulian akhlaknya. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud: "Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : "Mukmin yang paling sempurna imannnya ialah orang yang paling baik akhlaknya(Sunan Abi Dawud(1415H), : 286). 1 Kertas kerja ini dibentang untuk Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah & Kesejahteraan Sosial 2008 pada 18-19 Ogos 2008 di Mahkota Hotel Melaka

PEMAHAMAN AKIDAH DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SWASTA DAN KESANNYA TERHADAP MASALAH AKHLAK : SUATU KAJIAN

  • Upload
    oum

  • View
    0

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

PEMAHAMAN AKIDAH DI KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENGAJIAN

TINGGI SWASTA DAN KESANNYA TERHADAP MASALAH AKHLAK : SUATU

KAJIAN1.

Oleh:

Khairul Hamimah Binti Mohammad Jodi

Akidah adalah tunjang utama dalam menentukan nilai dan membentuk keperibadian

seseorang muslim. Asas akidah menurut Islam adalah kenyataan mengenai kepercayaan

dan keyakinan terhadap Allah S.W.T Tuhan yang Esa dan Nabi Muhammad S.A.W

sebagai pesuruh Allah. Kajian ini mengupas sejauhmana pemahaman dan penghayatan

akidah seseorang pelajar di kalangan Institut Pengajian Tinggi Swasta mempunyai

hubungkait seterusnya memberi kesan terhadap pembentukan akhlak mereka.Hasil kajian

mendapati penghayatan dan pemahaman akidah yang cetek memandu kepada kerapuhan

iman seterusnya menjerumus pelajar ke kancah perlakuan akhlak yang tidak sihat.

Pendahuluan

Akhlak merangkumi aspek sifat semula jadi yang dimiliki oleh seseorang, sifat perolehan yang sebati dalam diri

melalui latihan, pendidikan dan sebagainya yang menjadi tabiat. Di samping itu, akhlak juga mengandungi

substance batiniah atau kejiwaan serta zahir, yang direalisasikan dalam bentuk kelakuan (Abdul Ghani bin

Shamsuddin (1989): 241).

Akhlak juga difahami sebagai prinsip-prinsip dan dasar yang ditentukan oleh wahyu untuk mengatur pelakuan,

menentukan hubungan seseorang dengan orang lain sehingga mencapai matlamat kewujudan di dunia ini secara

sempurna. Sebagai ilmu, akhlak ditakrifkan sebagai ilmu yang menghuraikan hakikat perbuatan berakhlak,

mengkaji makna dan erti kebajikan, keburukan, kewajipan, hati nurani, hakikat kebahagian, penilaian akhlak,

motif kelakukan serta kaedah dan prinsip umum yang patut menjadi landasan kelakukan manusia (Abdul Ghani

bin Shamsuddin dan Norhashimi Saad (1996), : 1).

Pengertian akhlak

Perkataan akhlak berasal daripada perkataan Arab khuluq (خلق). Perkataan ini boleh dibaca sebagai

khulqun (خلق) ataupun khuluqun (خلق) yang memberi erti al-sajiyyah (السجية) yang membawa maksud

tabiat, perangai dan tingkah laku. Pada hakikatnya menggambarkan jiwa atau batin manusia. Dosa dan pahala

lebih banyak bergantung kepada gambaran batin daripada gambaran zahir (Ibnu Manzur (1956), : 86-87).

Perkataan akhlak juga adalah pecahan daripada perkataan ‘khalq’(خلق) yang bererti ciptaan atau keindahan

manusia dengan bentuknya yang zahir. Keadaan rohani yang sepatutnya terbentuk dengan sebaik-baiknya,

dipanggil ‘khuluq’(Ibid). Perkataan khuluq pada lughah bermaksud adat, perangai, maruah dan agama

(Muhammad bin Abu Bakar bin ‘Abd al-Qadir al-Razi (1981), : 228.)

Ciri-ciri Akhlak

Islam meletakkan darjat ketinggian keimanan individu dari segi kemulian akhlaknya. Sebagaimana yang

ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud: "Daripada Abu Hurairah katanya,

Rasulullah s.a.w bersabda : "Mukmin yang paling sempurna imannnya ialah orang yang paling baik

akhlaknya”(Sunan Abi Dawud(1415H), : 286).

1 Kertas kerja ini dibentang untuk Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah & Kesejahteraan Sosial 2008 pada 18-19 Ogos

2008 di Mahkota Hotel Melaka

Ringkasnya, akhlak dalam Islam menduduki tempat penting iaitu merupakan sendi ketiga (ihsan) sesudah iman

dan syariah. Akhlak digambarkan sebagai roh bagi Islam, malahan Rasulullah s.a.w menggambarkan akhlak

sebagai al-din (Sunan al-Turmudhi) (agama). Ini membawa erti agama itu akhlak. Selain itu banyak ayat al-

Quran dan hadith yang menyentuh persoalan akhlak. Samada dengan cara memerintah agar berakhlak mulia

(mahmudah) atau menegah daripada berakhlak buruk (Sunan al-Turmudhi, hadith 1885) (madhmumah).

Imam al-Ghazali telah mengajar manusia bagaimana mendapatkan akhlak yang baik dan beliau mentamsilkan

akhlak seperti kuda liar boleh dijinakkan dan dikawal dengan latihan yang bersesuaian dengannya (Zakaria

Stapa, (1999), : 26) (Imam al-Ghazali (1988) :148)

Kesan akhlak dalam kehidupan

Akhlak bukan sahaja sempurna dan praktikal untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian, bahkan akhlak juga

memberi faedah serta manfaat kepada manusia keseluruhannya. Antara natijah yang akan dinikmati oleh mereka

yang berakhlak sama ada di dunia mahupun di akhirat ialah:

i. Semua persoalan dan urusan akan menjadi lebih mudah dan dipermudahkan dengan bantuan

yang diperolehi daripada pelbagai pihak sama ada secara langsung atau tidak.

ii. Diterima, disenangi dan dihormati oleh masyarakat kerana keperibadian dan kewibawaan

yang dimilikinya meninggalkan impak positif ke dalam masyarakat itu sendiri. Sabda

Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Daripada Abu Dhar katanya, Rasululah s.a.w telah

bersabda: Tiada akal yang cemerlang melainkan ia digunakan untuk mentadbir, tiada

kewarakan kecuali meninggalkan perkara-perkara yang ditegah dan tiada kemuliaan diri

kecuali berkelakuan baik (Sunan ibnu Majah, hadith 4218)

iii. Terhindar daripada segala bentuk fitnah dan kesengsaraan hidup di dunia kerana segala

tindakan yang diambil sentiasa di bawah bimbingan dan naungan Allah.

iv. Mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah di akhirat kelak kerana berakhlak merupakan

sebaik-baik amalan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: Dari Abu Hurairah r.a

katanya; Rasulullah telah ditanya tentang ciri manusia yang paling banyak masuk syurga.

Baginda bersabda; bertakwa kepada Allah dan berakhlak mulia’(Sunan al-Turmudhi, hadith

2004).

Pengertian akidah

Akidah berasal dari perkataan arab (عقد) bererti simpulan atau ikatan. Maksud akidah biasa dilakukan pada tali

dan seumpamanya (al-Bustami, Fuad Afran (1923): 488). Manakala menurut Ibnu Manzur, ikatan dan simpulan

tersebut memberi maksud perjanjian (Ibn Manzur (t.t) :296).

Secara umumnya, akidah Islam merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan yang cukup pasti terhadap sesuatu,

tanpa syak dan keraguan (Zakaria Stapa, Opcit :103).

Kepentingan akidah Islam

Perlu dinyatakan akidah merupakan perkara asas dalam kehidupan. Akidah bagaikan batang yang subur kepada

sepohon pokok, iaitu semua dahan dan ranting pokok amat memerlukannya bagi mendapatkan ruang untuk

tumbuh dan berkembang di atasnya. Ini kerana akidah yang tidak benar dan terseleweng bagaikan ‘batang’

pokok yang tidak subur dan kering serta tidak mungkin boleh menumbuhkan dahan atau ranting. Ini akan

menyebabkan pemiliknya menjadi kafir dan Allah tidak akan menerima segala amalan mereka.

Akidah juga mampu menanam keimanan dalam hati manusia sehingga dapat membentengi diri seseorang

muslim daripada terpedaya oleh kesenangan hidup di dunia dan membuat penyelewengan terhadap agama (Ibn

Qayyim al-Jawziyyah (1983) :251).

Kepentingan akidah Islam dapat dilihat dari aspek akidah yang menjadi asas utama untuk memantapkan lagi

keyakinan manusia dalam beragama (Said Hj Ibrahim (1995) :20). Islam sebagai agama fitrah membentuk diri

seseorang menjadi mukmin yang sempurna baik zahir mahupun batin. Keyakinan manusia dalam beragama

tidak akan menjadi teguh sekiranya tidak memiliki keimanan yang kuat dan jitu terhadap Allah dan apa-apa yang

berkaitan dengan rukun Iman

Akidah dan hubungannya dengan Akhlak

Kemelut moral masyarakat kita hari ini adalah berpunca daripada krisis pegangan akidah atau keimanan.

Nampaknya permasalahan akidah yang tidak selesai dalam keyakinan diri sebahagian para muslim tertentu telah

menyebabkan terlambaknya perlakuan akhlak negatif seperti vandalisme, gengsterisme, ponteng sekolah, lumba

haram, perzinaan dan berbagai lagi. Mereka kelihatan tidak takut dengan ancaman siksa hidup di akhirat dan

tidak pula tertarik dengan tawaran hidup di syurga. Begitu juga setengah keadaan, jenayah keagamaan dilakukan

secara sewenang-wenangnya oleh masyarakat muslim bagaikan Malaikat Raqib dan ‘Atid sudah ‘bersara’

daripada tugas mereka. Semua ini menunjukkan kesan positif kepercayaan kepada rukun iman yang sepatutnya

menjadi tunjang kehidupan mereka tidak menjadi kenyataan dalam kehidupan harian kalangan tertentu umat

Islam, khususnya mereka yang terlibat dengan jenayah.

Iman dan akhlak merupakan dua perkara penting yang perlu difahami oleh setiap muslim. Kedua-duanya

merupakan gabungan yang bersifat fitrah daripada Islam sendiri. Kepentingan memahami kedua-duanya bukan

sahaja dari sudut agama, malah penting juga dari segi usaha manusia ingin mencapai kehidupan yang terang,

aman dan bahagia yang menjadi matlamat semua manusia. Firman Allah s.w.t : ‘Barangsiapa yang mengerjakan

amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan

kepadanya kehidupan yang baik. Dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala

yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan..’Surah al-Nahl (16) : 97

Islam adalah agama yang terdiri daripada akidah dan syariah. Dengan kata lain, akidah maknanya keimanan dan

syariah ialah amal perbuatan (akhlak). Ini dibuktikan dengan hadith yang bermaksud: Sesungguhnya iman itu

ialah amal. Berdasarkan hadith tersebut, hubungan antara iman dan amal sebenarnya sangat erat dan tidak

mungkin dipisahkan. Amal ataupun akhlak itu sebenarnya manifestasi daripada keimanan dan seorang muslim

yang hanya mempunyai iman tetapi tidak melakukan amalan berprinsipkan Islam tidak akan sempurna

keislamannya, demikian sebaliknya. Oleh sebab itu, perkataan iman dan amalan sentiasa disebut secara

bergandingan di dalam al-Quran. Menurut ahli tafsir bahawa iman dan amal (akhlak) disebut bersama sebanyak

730 kali (Toriq Muiz Muhammad (2001).

Kesimpulannya iman dan akhlak saling sempurna dan menyempurnakan antara satu sama lain. Pengasingan dua

bidang tersebut merupakan ‘jenayah besar’ kepada hakikat Islam sebagai agama Allah menurut pengertiannya

yang diistilah menurut Al-Quran tentunya pada setiap aspek dan penyerahan diri kepada Allah, Tuhan segala

makhluk.

Peranan akidah Islam dalam menyelesaikan krisis moral

Akidah boleh merangsang dan memotivasikan seseorang muslim untuk melakukan amalan baik dan mulia

dalam hidupnya. Peranan ini jelas kerana akidah yang tersemat kukuh dalam diri individu muslim akan

menggerakkan seluruh anggota untuk menterjemahkan secara praktikal seluruh ajaran Allah yang diyakininya

sebagai benar dan perlu dihayatinya dalam kehidupan (Mohd Fauzi Hamat (2002) :29). Bertepatan sekali dengan

firman Allah yang bermaksud: ‘tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan

kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu

memberikan buahnya manusia supaya mereka selalu ingat’. surah I’brahim(14): 24 – 25

Akidah dapat membentuk nilai akhlak dan peribadinya yang akan mencorak dan mewarnakan suluk amali atau

gerak laku amalan dan perbuatannya sama ada lingkungan individu mahupun dalam lingkungan kemasyarakatan,

seterusnya dalam lingkungan yang lebih luas lagi demi untuk melaksanakan tugas sebagai khalifatullah di muka

bumi. Apabila manusia sedar tanggungjawabnya, manusia tidak akan melakukan perbuatan yang sia-sia kerana

akidah yang mantap telah menghasilkan natijah yang positif dalam pelakuannya. Orang yang beriman dengan

kewujudan Allah dan sentiasa menyedari perbuatan dan perilaku hidupnya tidak terlepas daripada nilaian dan

kiraan-Nya akan membentuk satu kesedaran jiwa dalam dirinya. Dengan ini dia akan sentiasa mempertingkatkan

pencapaian akhlak tinggi dan mulia. Berbeza sekali dengan dasar kepercayaan dan nilai yang bersifat sementara

yang tidak dapat mendorong mereka melakukan amal soleh selaras dengan nilai-nilai akhlak yang mulia,

sebaliknya mendorong kepada perlakuan yang sesuai dengan keinginan nafsu, yang semakin menambahkan rasa

kepentingan diri.

Akidah juga melahirkan manusia yang berfikiran terbuka, berpandangan jauh dan optimis dalam kehidupan

(Ibid). Kepercayaan muslim tentang wujudnya Tuhan dan alam lain (alam barzakh) yang bakal ditempuhinya

kelak selepas meninggalkan dunia ini akan menjadikannya sebagai manusia yang berpandangan jauh. Bermakna

di sini individu akan melakukan amalan berbentuk keduniaan dan akhirat secara seimbang dan menerima

ketentuan semasa hidup tanpa adanya prasangka buruk terhadap Tuhan. Sesuatu tindakan yang dilakukan, adalah

berdasarkan keyakinan diri terhadap prinsip-prinsip akidah yang menjadi pegangannya. Beliau akan menjadi

manusia yang tabah dan cukup berkeyakinan dalam hidup dan tidak sekali-kali menyalahkan segala qada’ dan

qadar yang berlaku dalam hidupnya.

Akidah boleh melahirkan masyarakat yang harmonis dan hidup dalam keadaan aman dan sentosa (Ibid). Akidah

yang menjadi pegangan setiap individu mendorong mereka menghargai hak orang lain seperti hak jiran, tetamu

dan hak bagi semua orang termasuk hak setiap ahli keluarganya. Selain daripada menghargai hak orang lain,

akidah juga mendidik manusia saling hormat menghormati, sayang menyayangi sesama makhluk, tidak akan

menzalimi saudaranya dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya (Sahih Bukhari, hadith no 2262).

Akidah juga dapat menyumbangkan bibit-bibit cahaya kepada hati individu muslim seperti yang dijelaskan

dalam ungkapan Sayidina Ali bin Abi Talib r.a (Zakaria Stapa, opcit :15) : Maksudnya: ‘Keimanan itu di dalam

hati nampak berupa titik-titik putih; setiap kali bertambah keimanan, maka titik-titik putih akan bertambah

putih. Apabila seorang hamba telah dapat menyempurnakan keimanannya, maka seluruh hatinya menjadi

sangat putih. Sesungguhnya munafik itu nampak dalam hati berupa titik-titik hitam, setiap kali bertambah sifat

munafik itu, maka titik-titik hitam pun bertambah pula. Apabila seseorang hamba itu menjadi sempurna sifat

munafiknya, maka seluruh hati menjadi sangat hitam.’

Akidah juga dapat melahirkan masyarakat cintakan ilmu, dan menghindari budaya hedonisme. Kepentingan ilmu

merupakan perkara pertama yang Allah tekankan berdasarkan surah al-‘Alaq. Begitu juga terdapat suruhan

Rasulullah s.a.w yang amat menekankan usaha penguasaan ilmu pengetahuan. Ilmulah yang akan melahirkan

masyarakat bertamadun dan unggul dari segi rohaniah dan jasmaniah (Wan Mohd Nor Wan Daud, 2003).

Dengan ilmu yang mencukupilah akan menghindarkan manusia daripada melakukan perkara-perkara yang tidak

bermoral dan dapat berfikir sebelum sebelum mengeluarkan pendapat.

Akidah dan hubungannya dengan akhlak

Kertas kerja ini ialah hasil kajian yang dilakukan oleh penulis di ITTAR. Tujuan kertas kerja ini dibentangkan

ialah melihat sejauhmana permasalahan akidah pelajar hari ini mempunyai hubungannya dengan akhlak. Kertas

ini dan bertujuan untuk memberi maklumat realiti sebenar penghayatan pelajar Islam terhadap pengertian dan

tuntutan akidah Islam.

Sample kajian

Kajian ini dijalankan kepada semua pelajar ITTAR beragama Islam. Bilangan responden seramai 311 orang.

Penulis telah mengedarkan borang selidik kepada 400 orang responden, namun demikian hanya 311 pelajar

sahaja yang dapat menjawabnya memandangkan ada di antara pelajar yang hanya menghadiri satu sesi

pembelajaran seminggu. Ini menyebabkan penulis tidak dapat menemui pelajar terbabit.

Berikut dinyatakan hasil kajian yang dilakukan oleh penulis

Pemahaman akidah

Tahu

Tidak tahu

Jumlah

Maksud akidah 83 (26.7%) 228 (73.3%) 311

Pengetahuan rukun Iman 188 (60.5%) 123 (39.5%) 311

Pengetahuan rukun Islam 151 (48.6%) 160 (51.4%) 311

Pemahaman tentang solat – niat 288 (92.6%) 23 (7.4%) 311

Pemahaman tentang solat – sujud 280 (90.0%) 31 (10.0%) 311

Pemahaman tentang solat – takbiratul ihram 250 (80.4%) 60 (19.3%) 310

Pemahaman tentang solat – tahiyat awal 58 (18.6%) 252 (81.0%) 310

Rajah 1 Sumber: Borang soal selidik

Berdasarkan rajah di atas, ialah seramai 228 pelajar tidak tahu maksud akidah berbanding dengan 83 orang

pelajar. Kebanyakkan jawapan yang diterima ialah mereka menyatakan akidah itu ialah akhlak, tingkah laku,

perkara yang tidak melampaui batas, perbuatan yang mulia, satu pemikiran, sifat yang dimiliki oleh seseorang

dan pelbagai lagi (penulis hanya memberikan sebahagian daripada jawapan pelajar)(Ujian lisan, 18/9/2005).

Sebagaimana perbincangan sebelum ini telah dinyatakan maksud akidah dan akhlak merupakan dua perkara

berbeza. Hanya 188 pelajar menjawab dengan tepat apa yang terkandung di dalam rukun Iman manakala 123

pelajar memberikan jawapan yang tidak tepat. 151 pelajar memberikan jawapan tepat kandungan rukun Islam

manakala selebihnya (160 pelajar) memberikan jawapan yang tidak tepat. Menurut kajian yang dilakukan oleh

penulis, terdapat pelajar yang keliru antara rukun Iman dan rukun Islam. Seterusnya penulis melihat kefahaman

pelajar mengenai perkara yang rukun dan sunat ketika solat. Rajah 1 menunjukkan 92.6% pelajar tahu niat itu

merupakan amalan rukun solat berbanding 7.4% pelajar mengatakan niat solat bukan rukun dan termasuk dalam

perkara sunat sahaja. Perbuatan sujud pula, 31 pelajar (10%) mengatakan sujud termasuk dalam salah satu sunat

solat, manakala 280 (90%) pelajar meletakkan sujud termasuk dalam rukun solat. Seorang pelajar tidak pasti

sama ada takbiratul ihram itu sunat atau pun rukun solat. 250 pelajar atau 80.4% yakin bahawa takbiratul ihram

merupakan rukun yang wajib dilakukan ketika solat dan 60 pelajar atau 19.3% mengatakan takbiratul ihram

merupakan amalan sunat solat. Apabila disoal mengenai perbuatan tahiyat awal, 252 pelajar (81%) memberikan

jawapan bahawa tahiyat awal adalah perbuatan rukun solat, manakala pelajar yang mengatakan tahiyat awal

merupakan perkara sunat solat sebanyak 58 orang pelajar sahaja (18.6%). Hanya seorang pelajar tidak meletakan

jawapan.

Kesimpulannya majotiri pelajar tahu perkara rukun dan perkara sunat dalam solat. Walaubagaimanapun jumlah

7.4% yang tidak tahu niat sebagai rukun solat, dan 19.3% yang tidak tahu takbiratul ihram sebagai rukun

merupakan bilangan yang kecil. Namun, kejahilan tentang perkara yang semudah ini perlu dirisaukan oleh

semua pihak. Bayangkan sekiranya pelajar ini meninggalkan perkara rukun atau wajib dilakukan dalam solat,

sudah tentu solat mereka tidak sah dan batal. Apabila solat tidak sah, mereka dengan automatiknya dikira tidak

menunaikan solat walaupun pada zahirnya mereka menunaikan solat. Bagaimana sahsiah akan terbentuk

sekiranya solat yang dilakukan tidak sempurna sedangkan solat itu merupakan tiang agama.

Masalah akhlak

Penulis membahagikan kegiatan tidak bermoral ini kepada tiga iaitu terlibat dengan aktiviti seksual, terlibat

dengan kegiatan tidak bermoral dan permasalahan agama. Hasil kajian seperti berikut:

Terlibat aktiviti seks

Masalah

Pernah

Tidak pernah

Jumlah

Membuat hubungan seks 27 (8.7%) 284 (91.3%) 311

Melihat sumber lucah 142 (43.4%) 169 (54.3%) 311

Membuat hubungan ’ringan’ bersama pasangan 72 (23.1%) 239 (76.8%) 311

Menggoda suami / isteri orang 23 (7.4%) 288 (92.6%) 311

Rajah 2 Sumber: Borang soal selidik

Analisa rajah 2 menunjukkan 284 pelajar atau 91.3% tidak pernah membuat hubungan seks berbanding dengan

27 orang pelajar atau 8.7%. Ada di antara pelajar yang melakukan hubungan seksual bersama pasangan dan ada

juga yang melakukannya bersama GRO (pegawai perhubungan pelanggan wanita) . Tujuan dia melanggani GRO

itu untuk keseronokan sahaja. Hasil temubual pelajar dengan pelajar yang ingin dikenali sebagai Nor (Temubual,

Nor), dia mengaku mula mengadakan hubungan kelamin bersama teman lelakinya pada awal tahun 2003

sehingga tahun 2004. Ketika itu dia berusia 19 tahun dan tinggal bersekedudukan bersama teman lelakinya

selama beberapa bulan. Dia juga mengaku ketika usianya mencecah 10 tahun dia telah menonton vcd lucah.

Temubual penulis dengan pelajar bernama ‘Fadzli’ menceritakan bagaimana teman serumahnya (pelajar

ITTAR) melakukan hubungan seks bersama teman wanitanya. Peristiwa itu berlaku ketika Fadzli kembali dari

kelas pengajian dan tanpa disedari oleh teman serumahnya yang sedang bergelumang dengan maksiat di ruang

tamu (Temubual, Fadzli).

Kesan mengadakan hubungan seks ini juga menyebabkan seorang pelajar pernah menggugurkan kandungan

sebanyak empat kali (Temubual, Khairul) dan seorang pelajar juga pernah melahirkan anak tidak sah taraf

(Temubual,Pn.Julinda). Walaupun 284 orang pelajar tidak pernah melakukan hubungan seks, namun 115 atau

34.5% antara mereka (284 pelajar) pernah melihat sebarang sumber bahan lucah (rajah 2). Hanya 169 pelajar

(54.3%) sahaja yang benar-benar bersih tidak melakukan hubungan seks dan tidak pernah melihat sebarang

sumber berbaur lucah. Mereka yang pernah melihat sumber berbaur lucah pula seramai 142 pelajar atau 45.7%

daripada 311 pelajar. Jika dilihat dari sudut jantina, pelajar lelaki (88 orang) lebih ramai melihat unsur

berbanding pelajar wanita (54 orang).Sebarang sumber lucah yang pernah dilihat oleh pelajar ialah daripada

internet dengan mengakses laman web porno, menonton vcd (Temubual, Siti Junainah) dan membaca majalah

porno. Hasil daripada melihat bahan lucah, maka didapati seorang pelajar lelaki mengaku menjadi gay dan

tiga pelajar wanita menjadi lesbian.

Pelajar yang pernah melakukan hubungan ringan seperti berpelukan, berpegangan tangan, bercium, melakukan

love bite dan lain-lain seramai 72 orang atau 23.1%. 43 pelajar (13.8%) hanya melakukan tidak melebihi lima

kali, 15 pelajar (4.8%) melakukan perbuatan tersebut melebihi sepuluh kali dan 14 orang pelajar (4.5%)

kerap melakukan perbuatan terkutuk itu. Hasilnya pada 7hb Julai 2003 dua pelajar program DTM ditangkap

khalwat di rumah kediaman pelajar lelaki (Temubual, Abu Hasan) iaitu di Sentul (Temubual, Fadzli). Mereka

terjebak dengan perlakuan aktiviti tidak bermoral ini kerana pengaruh hasil tontonan bahan lucah dan selalu

melakukan hubungan ringan bersama pasangannya. Menurut mereka adengan ringan merupakan perkara biasa

bagi pasangan yang bercinta. Jika tiada adengan ‘ringan-ringan’ ini mereka dianggap tidak up to date. 76.8%

atau 239 pelajar tidak pernah melakukan perbuatan tersebut.

Terdapat juga pelajar yang berani menggoda individu yang sudah berkahwin. 1.3% atau 4 pelajar yang selalu

melakukannya, manakala 15 pelajar atau 4.8% pernah melakukan ‘tugasan’ tersebut. Ini disebabkan oleh pelajar

tersebut mahu menguji kemampuan diri adakah mereka ini benar-benar mempunyai tarikan menggoda ataupun

tidak selain menyahut cabaran daripada rakan. Terdapat juga pelajar yang menangguk air keruh dengan

menggunakan peluang yang ada untuk kepuasan sendiri.

Faktor Terlibat Dengan Aktiviti Seks

Setelah penulis paparkan penglibatan mereka terhadap aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti di atas, pastinya

kita akan tertanya mengapa mereka melakukan aktiviti tersebut. Rajah di bawah menunjukkan sebab mereka

terjebak dengan kegiatan seks. Sebagaimana kita ketahui jiwa remaja gemar suatu perkara yang baru dan

mencabar (Che Noraini Hashim (2005), :19), 144 pelajar melakukan kegiatan ini kerana pilihan mereka sendiri .

Tiga faktor besar yang menyumbang mereka terjebak dalam kancah maksiat ini ialah pengaruh rakan (16.6%),

pengaruh media massa (15.7%) dan selalu menonton bahan lucah (13.2%). Diikuti dengan paksaan pasangan

sendiri (8.8%), ibu bapa tidak ambil peduli (4.8%) ,undang-undang sedia ada tidak ketat iaitu mudah mendapat

bekalan di pasaran (4%), ibu bapa jahil agama (3.1%), tidak tahu perbuatan ini salah di sisi agama (2.5%) dan

tanda protes agama sendiri (1%) . Selain itu pergaulan yang terlalu bebas dan tiada teguran oleh staff dan rakan-

rakan di ITTAR juga menyumbang serba sedikit kepada permasalahan ini.

Faktor terlibat dengan masalah seks

Perkara Bilangan Peratus(%)

pengaruh rakan 79 16.6

pengaruh media massa 75 15.7

kehendak sendiri 144 30.2

paksaan teman lelaki/wanita 42 8.8

selalu menonton bahan lucah 63 13.2

undang-undang tidak ketat 19 4.0

ibu bapa jahil agama 15 3.1

ibu bapa tidak ambil tahu 23 4.8

tak tahu kegiatan seks salah di sisi agama 12 2.5

benci terhadap agama yang dianuti 5 1.0

Rajah 3 Sumber: Borang soal selidik

Terlibat dengan kegiatan tidak bermoral

Masalah

Pernah

Tidak pernah

Jumlah

Menjadi orang tengah kegiatan dadah 22 (7.1%) 289 (92.9%) 311

Mengambil pil kahayal / dadah 39 (12.5%) 272 (87.5%) 311

Menyertai lumba haram 47 (15.1%) 264 (84.9%) 311

Pergi ke kelab malam 90 (28.9%) 221(71.1%) 311

Berjudi / bertaruh 47 (15.1%) 264 (84.9%) 311

Terlibat kongsi gelap 21 (6.7%) 290 (93.2%) 311

Lari dari rumah 21 (6.7%) 290 (93.2%) 311

Ingin bunuh diri 42 (13.5%) 269 (86.5%) 311

Rajah 4 Sumber: Borang soal selidik

Rajah 4 di atas menunjukkan 27 orang pelajar atau 7.1% pelajar menjadi orang tengah dalam kegiatan

pengedaran dadah dan vcd lucah. Manakala 92.9% pelajar atau 289 orang daripada 311 pelajar tidak pernah

melakukannya. Pengedaran ini bukan sahaja berlaku kepada pelajar lelaki tetapi turut melibatkan pelajar

perempuan. Kes ini terbukti apabila pelajar bernama ‘Fazli’ menceritakan kepada penulis di mana tempat rakan-

rakan mereka mengedar dan mendapat bekalan dadah. Salah satu kawasannya ialah sekitar Chow Kit, Kg.Baru

dan Pasaraya di Sentul. Dia juga memberitahu pelajar ITTAR bernama ‘Kiki’ (bukan nama sebenar) merupakan

dalang utama bagi kegiatan ini. Penglibatan mereka dalam gejala sosial ini bertujuan untuk mencari duit poket.

Sebanyak 28 pelajar atau 9% pernah menjadi ‘mat rempit’. 10 pelajar kadang-kadang melakukannya dan hanya 9

atau 2.9% pelajar sahaja yang tidak serik menyertai perlumbaan haram. Alasan mereka untuk berseronok,

bangga dan dapat menonjolkan diri di kalangan mat rempit yang lain dan dapat menunjukkan kemahiran mereka

di atas jalan raya. Menurut Abdullah, lokasi jalanraya yang menjadi medan pertarungan ialah Dataran Merdeka ,

Jalan Sungai Besi, Pertama Kompleks dan Komplek Sg. Wang Plaza (Jalan Sultan Ismail). Perlumbaan haram

ini kadangkala melibatkan pertaruhan wang sebanyak RM15 ribu (hasil collection semua ‘mat rempit’ dalam

satu kawasan, bengkel motorsikal yang menyokong kegiatan mereka, orang perseorangan dan kumpulan yang

bertanding). Pelumba yang kalah akan diminta membakar motornya manakala pemenang menerima habuan

wang dan tiga orang perempuan. Apa yang penulis dapat simpulkan di sini tujuan mereka menyertai perlumbaan

haram ini tidak lain hanya untuk mendapatkan sanjungan dan perhatian semata-mata tanpa memikirkan

padahnya kerana keseronokan mengatasi keburukan.

Manakala 90 pelajar (28.9%) pernah menunjungi pusat hiburan seperti disko dan pusat karaoke. Sebagaimana

yang diketahui bahawa pusat hiburan ini merupakan tempat bermulanya beberapa masalah sosial kerana dari

situlah bermulanya episod ‘berkenalan’ dengan arak, perzinaan atau mukadimahnya, pil kuda dan estacy. Dalam

kes ini juga dua pelajar bekerja di salah satu kelab malam di Bangsar kerana tidak cukup wang untuk membayar

yuran pengajian disebabkan mereka telah menggunakan duit yang diberikan oleh keluarga untuk tujuan

keseronokan, natijahnya mengambil jalan mudah untuk menggantikan wang yang telah mereka gunakan dengan

bekerja di kelab malam. Jika dilihat mengikut jantina, pelajar lelaki lebih kerap menunjungi kelab malam

berbanding dengan pelajar perempuan iaitu 59 pelajar lelaki dan 31 pelajar perempuan.

Menurut kajian penulis, pelajar yang banyak mengunjungi kelab malam ini merupakan mereka yang tinggal

bersama bersama keluarga iaitu seramai 42 pelajar diikuti pelajar yang tinggal di rumah sewa (35 orang) dan

pelajar yang tinggal di asrama (13 orang). Hal ini jelas menunjukkan tinggal bersama keluarga bukan merupakan

halangan yang besar bagi pelajar untuk mengunjungi tempat-tempat begini dan juga menunjukkan rapuhnya

institusi kekeluargaan di mana ibu bapa tidak mengambil perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan oleh anak-

anak mereka.

Hasil kajian terhadap penglibatan pelajar dengan aktiviti perjudian, kongsi gelap seperti mencuri dan peras ugut

menunjukkan 15.1% atau 47 pelajar pernah terlibat dengan aktiviti perjudian dan 6.7% atau 21 pelajar lagi

pernah menyertai aktiviti kongsi gelap. Hasil maklumat borang soal selidik juga menunjukkan pelajar yang

tinggal bersama keluarga banyak terlibat dengan aktiviti ini. Analisis aktiviti perjudian menunjukkan 19 pelajar

yang terlibat tinggal di rumah sewa, 6 pelajar tinggal di asrama dan 22 pelajar tinggal bersama keluarga. Masalah

kongsi gelap pula menunjukkan 12 pelajar terlibat tinggal bersama keluarga, diikuti dengan rumah sewa seramai

7 orang dan tinggal di asrama seramai 2 orang.

42 pelajar atau 13.5% pernah terfikir untuk menamatkan riwayat diri sendiri. Sebagaimana kita ketahui, agama

Islam melarang umatnya membunuh diri namun menggalakkan umatnya sentiasa mengingati mati. Seramai 269

pelajar atau 86.5% tidak terfikir untuk melakukan jenayah berat di sisi agama ini. 42 pelajar ini mengambil jalan

mudah untuk menyelesaikan masalah yang ditanggungnya dan berasa kecewa dengan qadak dan qadar yang

telah berlaku ke atas mereka. Mereka tidak jadikan halangan dan cabaran yang ditempuhi sebagai ujian daripada

Allah. Terbukti di sini mereka mempunyai tahap pemikiran yang cetek dan iman yang rapuh. Mengikut analisis

penulis, bilangan pelajar perempuan mendahuli pelajar lelaki iaitu 28 orang untuk pelajar wanita dan 14 orang

untuk pelajar lelaki. Berkemungkinan pelajar wanita lebih beremosi daripada pelajar lelaki dan soal selidik juga

menunjukkan pelajar yang tinggal bersama keluarga mendahului mereka yang terfikir untuk membunuh diri iaitu

22 orang pelajar, diikuti dengan menyewa (11 orang) dan tinggal di asrama sebanyak 9 orang pelajar.

Faktor Terlibat Dengan Kegiatan Haram

Kenapa mereka terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral ini? Jadual di bawah dapat menjelaskan serba

sedikit punca mereka melakukan perkara yang menyalahi agama ini.

Faktor penglibatan terhadap kegiatan haram

Perkara Bilangan Peratus(%)

pengaruh rakan 63 38.7 pengaruh media massa 9 5.5 kehendak sendiri/ingin

mencuba 48 29.4

paksaan teman lelaki/wanita 4 2.5

undang-undang yg tidak ketat 18 11.0 ibubapa jahil agama 4 2.5

ibubapa tidak ambil tahu 11 6.7 tidak tahu ia salah di sisi agama 2 1.2

Rajah 5 Sumber: Borang soal selidik

Sekiranya dalam masalah seksual pelajar terlibat kerana pilihan sendiri, namun masalah penglibatan terhadap

kegiatan haram ini berpunca daripada pengaruh rakan (38.7%), kemudian diikuti oleh kehendak sendiri (29.4%),

undang-undang sedia ada tidak ketat dan longgar (11%), ibu bapa tidak mengambil berat (6.7%), pengaruh

media elektronik dan media cetak (5.5%), diajak oleh pasangan dan ibu bapa tidak tahu hukum agama yang

masing-masing mewakili 4% dan 1.2% pelajar tidak tahu bahawa perjudian, peras ugut, lari dari rumah,

mengunjungi kelab malam dan lain-lainnya salah di sisi agama. Dilihat dari sudut jantina, pelajar lelaki

mendahuli pelajar wanita manakala dari sudut latar belakang penginapan, pelajar yang tinggal bersama keluarga

lebih banyak terbabit dengan permasalah kes salah laku sosial ini.

Kesimpulannya rakan merupakan punca utama mengapa pelajar ini terjebak dengan aktiviti yang tidak berfaedah

ini. Walaubagaimanapun tidak dinafikan faktor lain yang turut membantu pemangkinan masalah ini. Sabda Nabi

Muhammad yang bermaksud: ‘Seseorang berada dalam tuntutan temannya, maka hendaklah salah seorang dari

kamu melihat siapa yang menjadi temannya’ (Musnad Ahmad, no hadith 8065). Berdasarkan hadis, Rasulullah

s.a.w menyuruh kita berhati-hati memilih rakan kerana rakan itu mencerminkan diri sahabat yang berkawan

dengannya.

Terlibat dengan masalah agama

Masalah

Pernah

Tidak pernah

Jumlah

Minum arak 24 (7.7%) 287 (92.3%) 311

Memandang rendah hukum agama 43 (13.8%) 268 (86.2%) 311

Ponteng solat dengan sengaja 273 (87.8%) 38 (12.2%) 311

Ponteng solat jumaat dengan sengaja 133 (42.8%) 178 (57.2%) 311

Ponteng puasa dengan sengaja 130 (41.8%) 181 (58.2%) 311

Rajah 6 Sumber: Borang soal selidik

Seterusnya, penulis melihat aktiviti pelajar terhadap masalah agama seperti tidak menunaikan solat, minum arak,

memandang rendah pada hukuman Islam, dan tidak berpuasa. Rajah 6 menunjukkan sebanyak 287 daripada 311

pelajar atau yang mewakili 92.3% tidak pernah merasai air arak atau yang memabukkan berbanding dengan 24

pelajar yang pernah meneguk air arak. Pelajar yang mengambil air arak ini merupakan manusia yang rapuh

imannya dan tidak memperdulikan arahan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad yang mengatakan arak itu haram

yang bermaksud: Daripada Ibnu Umar R.A bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda: setiap yang

memabukkan itu adalah khamar (minuman keras) dan setiap yang memabukkan itu adalah haram.

Rajah di atas juga menjelaskan bahawa terdapat juga segelintir penganut muslim yang memandang rendah

terhadap agama yang mereka anuti. Di mana silapnya mereka ini? Adakah mereka merasa terkongkong dengan

segala larangan yang telah digariskan oleh yang Maha Esa atau kelemahan ibu bapa mendidik mereka dengan

sempurna untuk menjadikan mereka anak yang soleh? Penulis menemui data seramai 43 pelajar atau 13.8%

memandang rendah hukum agama sendiri dan 5 daripadanya selalu memperlekehkan peraturan-peraturan yang

telah ditetapkan oleh Maha Pencipta. Walaupun jumlahnya kecil, namun ini tidak boleh dipandang rendah

kerana mereka boleh mempengaruhi pelajar yang lain dan kemungkinan jumlah yang kecil ini akan meningkat.

Analisis dari sudut jantina pula, pelajar lelaki lebih ramai memandang rendah hukum agama berbanding dengan

pelajar wanita iaitu 24 (lelaki) dan 19 (wanita)

Peratusan pelajar yang sengaja meninggalkan puasa di bulan Ramadhan dan tidak pernah menggantikannya ialah

111 pelajar atau 35.7% pernah meninggalkan puasa. Hanya 181 pelajar atau 58.2% sahaja yang menjalani ibadah

puasa ini dengan baik. Antara alasan mereka tidak menunaikan rukun Islam yang ketiga ini ialah gastric.

Apabila penulis memberitahu puasa yang tidak digantikan wajib dibayar fidyah, kesemua pelajar tidak tahu apa

itu fidyah dan mengapa mesti dibayar.

Faktor Terlibat Dengan Masalah Agama

Sebagaimana rajah 7 di bawah, pengaruh rakan menjadi penyebab utama mereka mengingkari perintah Tuhan

iaitu seramai 135 pelajar (26.4%). Ini diikuti dengan kehendak sendiri (133 pelajar atau 26%) yang ingin

mencuba perkara baru seperti mahu mencuba atau merasa air arak. Seterusnya ibu bapa tidak ambil kisah apa

yang anak-anak lakukan setiap hari (54 pelajar atau 10.5%) dan ibu bapa sendiri kurang berpengetahuan ilmu

agama (10%). Pengaruh media massa juga menyebabkan masalah ini berlaku. Seterusnya, 33 pelajar (6.4%)

tidak tahu perkara-perkara seperti arak, membunuh diri, kongsi gelap merupakan satu kesalahan di sisi agama,

dan yang terakhir ialah 19 pelajar (3.7%) tidak menyukai dengan agama yang dianuti menyebabkan mereka

melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam sebagai tanda bantahan atau mencabar Tuhan itu sendiri.

Faktor mengingkari perintah Tuhan

Bilangan Peratus(%)

pengaruh rakan 135 26.4

pengaruh media massa 39 7.6

kehendak sendiri/ingin mencuba

133 26.0

ibubapa jahil agama 51 10.0

ibubapa tidak ambil tahu 54 10.5

tidak tahu ia salah di sisi agama

33 6.4

benci terhadap agama yg dianuti

19 3.7

Rajah 7 Sumber: Borang soal selidik

Kesimpulan

Kesimpulannya, tidak dinafikan akidah merupakan satu perkara yang paling penting dalam kehidupan kerana

akidah dapat menanamkan keimanan dalam hati seseorang dan secara tidak langsung akan diterjemahkan dalam

perbuatan seharian. Mereka yang jahil dalam akidah akan binasalah iman dan amalan mereka dan banyaklah

musibah dan dosa yang akan dilakukan kerana rapuhnya pegangan dalam kehidupan. Paparan dan statistik yang

diberikan hanya mewakili sebahagian kecil individu sahaja dan tidak merangkumi semua pelajar IPTS. Namun,

ini hanyalah sebahagian sample yang boleh dijadikan rujukan pihak yang berkuasa untuk memperbaiki keadaan

sebelum bertambah parah lagi. Sekiranya tiada tindakan dilakukan, pembangunan modal insan seperti yang

diharapkan oleh Perdana Menteri tidak akan tercapai. Penulis berpendapat pembelajaran berbentuk teori dan dan

praktikal perlu diperkasakan untuk setiap subjek pengajian umum ini bagi menaiktarafkan mata pelajaran ini

yang hanya dikenali sebagai subjek syarat mendapatkan sijil sahaja. Pelajar seharusnya berupaya

mengaplikasikan subjek pengajian umum ini dalam kehidupan seharian mereka. Penulis juga berharap sample

ini sebagai cabaran kepada bidang-bidang lain untuk membentuk satu kerangka dasar atau pelan bagi

membendung masalah akhlak daripada berterusan.

Bibliografi

Khairul Hamimah Mohammad Jodi merupakan Pensyarah dan Ketua Jabatan Pusat Pengajian Umum Universiti

Tun Abdul Razak (UNITAR). Segala cadangan bolehlah diberi melalui [email protected]

Abdul Ghani bin Shamsuddin (1989), Tajdid Dalam Pendidikan dan Masyarakat, Kuala Lumpur: Dewan

Pustaka Fajar dan Persatuan Ulama Malaysia.

Abdul Ghani bin Shamsuddin dan Norhashimi Saad (1996), “Pembangunan Akhlak Ummah: ke arah Perspektif

Islam”, (Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pembinaan Akhlak dari Perspektif Islam, 21 September 1996

bertempat di Dewan Utama, Kompleks Haji Kelana Jaya Selangor)

Che Noraini Hashim (2005), “Keruntuhan Akhlak dan Pembangunan Remaja Masakini: Cabaran Pendidikan

Islam di Malaysia”, Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 4), Bangi : Fakulti Pendidikan, UKM

Ibn Manzur (1956), Lisan al-‘Arab, Jilid 10, Beirut: Dar al-Sadir

Muhammad bin Abu Bakar bin ‘Abd al-Qadir al-Razi (1981), Mukhtar al-Sihah, Beirut: Dar al-Fikr

Abadi, A’bi al-Tayyib Muhammad Syams Al-Haq Al-'Azim Abadi, 'Awn Al-Ma'bud Syarh Sunan Abi Dawud (

1415H/1995M ), Jil. 6, Cetakan Kedua, Beirut: Dar al-Kutub al-Ma'rifah

Sunan al-Turmudhi, Kitab al-Bir Wa al-Silah ‘an Rasululullah, Bab Ma ja a’ fi al-Nasihah., no. hadith 1849 dan

1885.

Abu ‘Abd Allah bin Muhammad bin Yazid bin Majah (t.t), Sunan Ibn Majah, Kitab Zuhud, Bab al-Wara‘ wa al-

Taqwa, no hadith 4218.

Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Sawrah bin Musa al-Turmudhi (1994), Sunan al-Turmudhi, Kitab al-Bir wa al-

Silah, Bab Ma ja a’ fi Husn al-Khuluq, no. hadith 2004.

al-Bustami, Fuad Afran (1923), Munjid Tullab, Cet. 22, Beirut : Darul Masyriq

Ibn Manzur, Imam ( t.t), Lisan al-Arab, Jil. 14, Beirut: Dar Sadir

Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1983), al-Fawa´id, cet.4, Beirut: Dar al-Nafai’s

Said Haji Ibrahim, (1995), ‘Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah, Kuala Lumpur: Dar al-Ma‘rifah

Sahih Bukhari, Kitab al-Iman, Bab Man Qala i’nna al-Iman Huwa al-‘Amal.

Toriq Muiz Muhammad (2001), Hubungan Hakikat Diri dan Dua Kalimah Syahadah, cet. 1, Kuala Lumpur:

Usnie Sdn. Bhd .

Mohd Fauzi Hamat (Dr) (2002), “Peranan Akidah Dalam Perancangan Pembangunan Ummah: Satu Analisis

Dalam Konteks Masyarakat Kini”, Jurnal Usuluddin, Bil. 16, Disember 2002

Sahih Bukhari, Kitab al-Muzlim wa al-Ghadab, Bab La Yazlimu al-Muslim al-Muslim Wala Yusallimuhu,

no.hadith 2262.

Imam Ghazali (1977), Kejaiban Hati, Nurhickmah (terj.), Cet. 1, Singapura: Pustaka Nasional

Sunan al-Turmudhi, Kitab al-‘ilm ‘an Rasul Allah, Bab Ma Ja a’ Fi Fadl al-Fiqh ‘ala al-‘ibadah, no hadith 2606.

Wan Mohd Nor Wan Daud (2003), Budaya Ilmu Satu Penjelasan, Edisi ke-2, Singapura: Pustaka Nasional PTE

LTD.

Temubual dengan ‘Nor’ pada 15/9/05, jam 4.30-5.30pm bertempat di ITTARKL

Temubual dengan Fadzli, pelajar program DTM pada 5/8/05 jam 3.30 – 5.30pm.

Temubual dengan ‘Khairul’, Bekas MPP ITTARKL. Pada 11/7/05 jam 3.00 – 4.00pm.

Temubual dengan ‘Abdul’ pada 18/7/05 jam 3.45-5.30pm. Abdul mengaku Jar pernah menggugurkan kandungan

Temubual dengan Cik Puti Maizan Mashudi pada 1/7/2005 jam 4.00-4.30pm di ITTARKL.

Temubual dengan Pn. Julinda, Bekas Kauselor ITTAR, 17/7/05 jam 11.00-11.40am

Tembual dengan Siti Junainah (program DTM), pada 10/7/05 jam 2.30pm di ITTARKL

Tembual dengan En. Abu Hassan Abd Rahman, bekas ketua Hal Ehwal Pelajar ITTARKL pada 8hb 7.2005 jam

2.45 – 3.50pm.

Temubual dengan ‘Fazli’ pada 5/8/2005 jam 3.30 – 5.30pm bertempat di ITTAR Kuala Lumpur.

Temubual dengan Abdullah. Pelajar program DPP pada 18/7/05 jam 4.45 – 5.30 bertempat di ITTARKL.

Temubual dengan ‘Nurul’ dan ‘Nor’ pada 18/7/2005 di ITTARKL