33
MENGATASI MASALAH KEKELIRUAN DALAM MEMBEZAKAN PENGGUNAAN HURUF KECIL B DAN P KETIKA MENULIS SESUATU PERKATAAN DENGAN KAEDAH A&B DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 NAMA PELAJAR: FHENYIUS DUASIN NO KAD PENGENALAN: 920521-12-5127 KUMPULAN / UNIT PISMP BAHASA MELAYU (SJKT) AMBILAN JANUARI 2012 NAMA PENSYARAH PEMBIMBING: VASUTHEVAN A/L DAMOTHARAN 1

KKP KERTAS KERJA CADANGAN

Embed Size (px)

Citation preview

MENGATASI MASALAH KEKELIRUAN DALAM MEMBEZAKAN PENGGUNAAN HURUFKECIL B DAN P KETIKA MENULIS SESUATU PERKATAAN DENGAN KAEDAH

A&B DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4

NAMA PELAJAR:FHENYIUS DUASIN

NO KAD PENGENALAN:920521-12-5127

KUMPULAN / UNITPISMP BAHASA MELAYU (SJKT) AMBILAN JANUARI 2012

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING:VASUTHEVAN A/L DAMOTHARAN

1

1.0 PENDAHULUAN

Bahagian ini membincangkan mengenai pengenalan kajian, refleksi

pengajaran dan pembelajaran serta refleksi nilai pendidikan yang

memberikan gambaran mengenai kajian yang dijalankan oleh pengkaji.

1.1 PENGENALAN

Merujuk Kamus Dewan (2005), maksud pendidikan ialah

perihal mendidik dan pengetahuan mendidik. Makna prasekolah

pula ialah sebelum memasuki sekolah, tabika dan tadika. Justeru

itu, pendidikan prasekolah ialah mendidik murid-murid sebelum

mereka memasuki alam persekolahan dewasa atau persekolahan

secara formal.

Najeemah Md. Yusof (2006) menyatakan pendidikan ialah

aktiviti perkembangan dan penyuburan pemikiran serta kuasa-

kuasa semulajadi melalui pembelajaran yang sudah dirancang,

meliputi pendidikan formal dan pendidikan bukan formal. Oleh

itu, matlamat pendidikan menurut beliau berguna untuk guru

bagi menyelidik perkara yang dilakukan oleh mereka,

menetapkan keutamaan, memberikan sepenuh perhatian, dan

membuang semua perkara yang tidak relevan.

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

(Huraian Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

2

Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa

yang terkandung dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membina satu Sukatan

Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (2003) dan dalam

sukatan ini menyatakan Kemahiran Menulis merupakan‘keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan

idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu

pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah diallui dengan

menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang

betul serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas . ’

Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang

saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan

menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran

maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara

bersistem    iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan

bahasa,   audiens   dan   gaya penulisan. Sehubungan

itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu

kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam

pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan

kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan

menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan

pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata

pelajaran tertentu. (Abdul Rasid Jamian)

Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai

kemahiran  membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan

tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah

akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan

membaca yang ada dalam diri murid ialah seperti keliru

mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak

membunyikan perkataan dengan b betul dan tepat, tidak dapat

3

menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan

perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya.

Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak dan pastinya

menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna

bahan bacaan tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan

tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar

rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru. 

Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009) cara

memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang

dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus

menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang

pensel, memasang butang baju dan memasang manik. Kanak-

kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan

kelemahan dalam koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak

berupaya mengawal saraf ketika memegang dan menggerakkan

pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor

halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak

kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan

tangan dan bukan jari untuk menulis.

Sasson (1993) pula mendapati guru kurang memberi

penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara

memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut

pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan

ruang antara huruf dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya

didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat

awal lagi supaya kanak-kanak berminat untuk melahirkan idea

melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian.

Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk

memanipulasikan pengetahuan yang mereka ada untuk

menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, seperti ketika mereka

berhadapan dengan masalah huruf terbalik iaitu memberikan

jawapan alternatif b kepada p. Selain dari masalah kekeliruan

huruf terbalik, kekeliruan jenis imej cermin juga wujud dan

contoh kekeliruan yang sering didapati adalah kekeliruan antara

huruf b dengan huruf d dan huruf p dengan q. ( Higgins et al.1996)

4

Satu analisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat

untuk kanak-kanak tadika oleh Popp (1964) melaporkan bahawa

mereka mengalami kesukaran memadankan bentuk huruf kecil

seperti u, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k .  Kajian Popp (1964)

juga menunjukkan kanak-kanak tadika juga mengalami kekeliruan

abjad dalam usaha memadankan bentuk-bentuk huruf kecil seperti b-d,

p-q, b-q, dan d-p yang dinamakan masalah pembalikan huruf (reversal

of letters).

Merujuk pada pandangan tokoh yang telah dinyatakan di atas,

saya dapati perkara yang dijelaskan mempunyai kaitan dengan

pengalaman saya sepanjang menjalani praktikal sebanyak tiga kali

ini. Ini dapat lihat dalam masalah-masalah yang  terdapat di

setiap sekolah yang telah saya ditempatkan semasa praktikal.

1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pengkaji diberikan tugas oleh pihak sekolah untuk mengajar

murid-murid tahun empat bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Murid tahun empat mempunyai 25 orang murid yang terdiri

daripada 13 orang murid perempuan dan 12 orang murid lelaki.

Sebelum kajian dimulakan, pengkaji telah melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran seperti biasa terhadap 25 orang

murid tahun empat ini. Berdasarkan pemerhatian terhadap

responden, pengkaji mendapati bahawa terdapat sebahagian besar

murid tahun empat mengalami masalah dalam pembelajaran

mata pelajaran Bahasa Melayu.

Pengkaji telah memulakan sesi pengajaran dan

pembelajaran dengan menjalankan ujian menulis bagi

mengenal pasti tahap kemahiran menulis murid-murid

Tahun 4 ini. Ujian ini merangkumi kemahiran membaca dan

menulis. Dalam ujian ini murid perlu membina ayat,

membetulkan ayat, memadankan jawapan yang betul dan

5

seumpamanya. Dalam ujian ini terdapat soalan berbentuk

objektif dan juga struktur. Dalam soalan objektif,

kesalahan-kesalahan tatabahasa agak kurang berlaku dan

susah untuk dikenalpasti. Namun, dalam soalan berbentuk

struktur, pengkaji dapat mengesan banyak kesalahan

tatabahasa yang berlaku semasa murid-murid membina

ayat.

Salah satu kesalahan tersebut ialah mengenai

penggunaan huruf b dan p ketika menulis sesuatu

perkataan. Contohnya, perkataan berikut:

BETUL SALAHJawab jawapSetiap setiabPeram beramJumpa jumbalembap lembabkempis kembisrempah rembah

Justeru itu, masalah umum yang dapat dikenal pasti oleh

pengkaji ialah murid mudah lupa tentang isi pelajaran yang

sudah diajar pada pengajaran yang lepas. Ini terbukti apabila

murid tidak dapat menulis perkataan dengan huruf yang betul.

Disebabkan masalah ini, hasil kerja yang dilakukan oleh murid

mempunyai banyak kesalahan tatabahasa. Oleh itu, pengkaji

dapat menyimpulkan bahawa kaedah pengajaran dan alat bantu

mengajar yang menarik dapat memberikan kesan yang positif

kepada responden serta dapat membantu murid mengingat

semula pengajaran lepas dengan mudah.

6

1.3 REFLEKSI NILAI PENDIDIKAN

Masalah yang dihadapi oleh murid-murid tahun empat dalam

menguasai ejaan yang betul seharusnya tidak boleh dipandang

enteng oleh guru-guru. Hal ini kerana kegagalan murid dalam

menguasai penggunaan huruf yang betul dalam mengeja tidak

sepenuhnya disebabkan oleh kelemahan murid tetapi juga

disebabkan oleh kegagalan guru menyampaikan pengajaran

dengan kaedah yang betul dan berkesan.

Justeru itu, pengkaji menyedari bahawa kaedah pengajaran

dalam menyampaikan isi pelajaran Bahasa Melayu perlu

dilakukan perubahan dengan mengambil kira pelbagai aspek

supaya pengajaran yang disampaikan bukan sahaja memberikan

pengetahuan kepada murid-murid malah murid faham dan tahu

bagaimana untuk mengaplikasikan pelajaran yang telah dipelajari.

Berdasarkan pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa

Melayu sepanjang praktikum fasa 1 dan 2, pengkaji mendapati

bahawa penggunaan teknik pengajaran tradisional iaitu kaedah

terus tidak memberikan kesan yang mendalam terhadap murid-

murid. Murid hanya tahu apa yang diajar tetapi tidak menghayati

dan memahami isi pelajaran tersebut disebabkan kaedah

pengajaran yang tidak memberikan kesan yang mendalam. Oleh

itu, pengkaji menggunakan kaedah pengajaran yang

membolehkan murid bukan sahaja mengetahui penggunaan huruf

dengan betul malah juga faham serta tahu mengaplikasikannya.

7

Kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji berkaitan dengan

penggunaan huruf b dan p merupakan satu kajian yang mampu

memberikan nilai dalam pendidikan Bahasa Melayu. Hal ini

kerana, dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Bahasa

Melayu mempunyai kepentingan yang major dan amat

dititikberatkan dalam markah penilaian murid.

Justeru itu, guru perlu memberikan segala usaha dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat memahami apa

yang dipelajarinya. Guru perlu memainkan peranan penting

dalam memastikan murid mendapat input yang betul kerana

setiap pengajaran yang dipelajari akan memberi impak pada

masa hadapan. Guru perlu mengaplikasikan pelbagai jenis kaedah

dalam pedagogi pengajarannya agar murid tidak berasa bosan

untuk mengikuti setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang

berlangsung. Hal ini merupakan nilai pendidikan yang perlu ada

dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian yang dilaksanakan ini berfokus kepada masalah penggunaan

huruf b dan p ketika menulis sesuatu perkataan dalam kalangan murid

tahun 4 di salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Tuaran, Sabah.

8

2.1 Isu Kajian

Pengkaji telah menghadapi beberapa masalah kajian

yang dialami dalam kalangan murid Tahun 4 Perdana.

Antara masalahnya adalah masih lagi terdapat murid yang

tidak mahir atau tidak mampu untuk membaca dengan

lancar, murid keliru akan penggunaan huruf b dan p,

murid masih lagi tidak mampu membezakan ayat tunggal

dan ayat majmuk dan tidak boleh membina peta minda

dengan betul.

Hasil perbincangan dengan Puan Crispina Sambun (Guru

Kelas Tahun 4 Perdana), antara masalah utama dalam

kalangan murid Tahun 4 ini ialah murid tidak dapat

membezakan penggunaan huruf b dan p ketika membina ayat

atau karangan. Ini jelas kelihatan apabila pengkaji

membuat semakan buku tulis dan karangan mereka.

Terdapat kesalahan yang dilakukan terutamanya perkataan

yang mempunyai huruf b dan p dalam perkataan.

Oleh itu, saya akan memfokuskan kajian ini kepada

murid-murid Tahun 4 yang berpotensi untuk mendapat

keputusan yang baik dalam Bahasa Melayu 2 bahagian B.

Keadaan ini adalah kerana murid-murid ini sebenarnya

mampu membaca dengan baik tetapi disebabkan mereka

masih tidak mampu membezakan huruf b dan p murid-murid

ini sukar untuk mendapatkan markah yang baik dalam

9

penulisan. Justeru itu secara tidak langsung prestasi

murid-murid ini semakin merundum.

Bagi murid-murid Tahun 4, penulisan yang betul tidak

lagi sepatutnya menjadi masalah bagi mereka. Ini kerana

mereka seharusnya sudah mendapat latihan yang baik di

tahap satu dahulu dan mereka perlu mahir mengenai

penulisan ini.

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian

Ramai pengkaji telah membuat kajian dalam bidang penulisan.

Seperti yang kita tahu, bidang penulisan ini merupakan satu

bidang yang sangat luas. Pelbagai aspek dapat dikaji melalui

aspek penulisan ini. Pengkaji merujuk kepada bab tokoh yang

telah mengkaji mengenai aspek penulisan. Terdapat beberapa

kajian tentang kesalahan bahasa berfokuskan kepada penulisan

seperti Politzer dan Ramirez (2006), Vongthieres (2006) dan Fox

(2007).

Menurut kajian Politzer dan Ramirez (2006) yang dikutip oleh

Hjh Dayang Rose Hamidah (2006:23) dalam kajiannya telah

menganalisis kesilapan bahasa Inggeris yang dituturkan oleh

kanak-kanak Mexican-American yang menghadiri monolingual (67

orang) dan bilingual (59 orang). Kanak-kanak ini ditayangkan

filem animated cartoon sebanyak empat kali kemudian mereka

disuruh menceritakan semula jalan ceritanya. Penceritaan mereka

dirakam dan dianalisis mengikut  peringkat-peringkat

aspek   yang   hendak dikaji,  iaitu morfologi dan sintaksis.

Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa sebanyak 50%

adalah kesilapan menggunakan   simple past tense , sementara‘ ’10% adalah kesalahan preposition sebelum frasa nama.‘ ’Mereka menambah lagi, punca kesilapan bahasa berlaku dalam

kalangan para pelajar berkenaan adalah berpunca daripada

10

pengaruh bahasa ibunda. Dialek-dialek bahasa Inggeris yang tidak

standard dan pengaplikasian peraturan-peraturan tatabahasa yang

tidak sistematik.

Satu lagi kajian Vongthieres (2006) yang dikutip oleh

Hjh   Dyg  Rose Hamidah (2006), iaitu kajian berdasarkan

masalah-masalah yang dihadapi oleh

pelajar   Thailand   dalam   mempelajari   bahasa  Inggeris   di 

  Universiti   Ohio. Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek

yang menjadi masalah kepada pelajar-pelajar tersebut adalah

penggunaan kata kerja mengikut

jenis   kata     tense‘ ’ yang   berlainan.   Sebanyak 44.8%

kesalahan adalah kesalahan dari jenis penggunaan kata kerja

mengikut jenis kata tense yang dilakukan oleh para pelajar‘ ’tersebut.

Penggunaan bahan bantu belajar yang bersesuaian dan teknik

pengajaran yang menarik amatlah penting dalam membantu

murid menguasai dan meningkatkan kemahiran membaca dengan

lebih baik. Dengan menggunakan penggunaan bahan bantu

belajar yang menarik serta menginterprestasikan teknik

permainan bahasa dan teknik SQ3R dalam pengajaran, seseorang

guru boleh menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan di dalam bilik darjah.

Teori pembelajaran Behaviosrisme mementingkan

ransangan dan pengukuhan. Mengikut teori ini, apabila

ransangan diberi maka penerima akan memberi respon.

Proses latih tubi ini secara tidak langsung dapat

meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengguna.

Berdasarkan Teori Behaviorisme (Bloomfield, 1993),

beliau telah mengklasifikasikan latihan bahasa melalui:

i. Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan.

ii. Proses pengajaran haruslah menekan latihan dan

pengulangan yang banyak.

11

iii. Proses pengajaran haruslah menekan latihan yang

memerlukan mekanisme yang bersistem.

iv. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu

proses pengajaran dan pembelajaran .

v. Berasaskan teori pelaziman klasik iaitu kanak-

kanak mempelajari bahasa menerusi hukuman dan

ganjaran.

vi. Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya

rangsangan, gerak balas dalam bentuk bahasa,

proses pendedahan yang berulang-ulang, gerak

balas dalam bentuk bahasa dan konsep peniruan

yang mempercepatkan pembelajaran bahasa.

vii. Aspek pengukuhan memudahkan ingatan.

viii. Pengajaran tatabahasa adalah berdasarkan

penekanan induktif/ kaedah terus, dengar, tutur

dan teknik latih tubi.

Dalam latih tubi, murid dibimbing melalui satu

siri latihan-latihan yang direka agar murid dapat

membina diri dengan kemahiran baharu atau mengingat

kembali maklumat yang sedia ada. Penggunaan

pendekatan latih tubi menganggap bahawa pelajar telah

pun menerima maklumat tentang konsep, prinsip atau

prosedur yang memerlukan latih tubi. Bagi memperoleh

latih tubi yang efektif, setiap latihan hendaklah

mengandungi maklum balas pembetulan bagi setiap

kesalahan yang dibuat oleh pelajar.

Ciri-ciri pendekatan latih tubi adalah:

12

i. Menyediakan latihan berulang kali dari kemahiran

asas kepada penambahan penghafalan, membina

kemahiran dan mencapai penguasaan penuh.

ii. Ianya dapat disesuaikan untuk psikomotor dan

kemahiran kognitif tahap rendah.

iii. Sesuai bagi maklumat yang bukan dari sekali

pendedahan belajar.

iv. Membantu apabila ketepatan dan kepantasan

diperlukan.

Kemahiran latih tubi merupakan kaedah yang dapat

memupuk kemahiran membaca dalam kalangan murid, maka

guru juga perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran lain

agar potensi murid dapat diperkembangkan semaksimum

yang boleh. Hal ini kerana, di dalam kelas kita akan

mendapati tahap kemahiran membaca murid yang berbeza-

beza. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai

seorang guru untuk merancang proses pengajaran dan

pembelajaran yang pelbagai dan berkesan bagi

membolehkan semua murid dapat menguasai perkara yang

diajar dengan baik.

13

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif umumMengenalpasti masalah kekeliruan dalam membezakan

penggunaan huruf b dan p ketika menulis sesuatu perkataan.

3.2 Objektif khususa. Mengenal pasti cara menulis huruf b dan p mempunyai

perbezaannya.

b. Meningkatkan penggunaan huruf b dan p dalam menulis

perkataan dalam kalangan murid-murid Tahun 4.

c. Meningkatkan prestasi murid Tahun 4 dalam aspek

penggunaan huruf b dan p.

3.3 Soalan kajianBerdasarkan objektif kajian, maka tiga persoalan kajian dibina

seperti berikut :

a. Mengenal pasti punca masalah kekeliruan penggunaan huruf b

dan p dalam kalangan murid Tahun 4.

b. Apakah  kaedah A&B dapat digunakan sebagai satu kaedah

menulis  huruf b dan p dalam sesuatu perkataan?

c. Sejauh manakah prestasi murid Tahun 4 meningkat setelah

menggunakan  kaedah A&B?

14

4.0 PESERTA KAJIAN

Kajian ini dijalankan ke atas murid Tahun 4 yang mengalami

kekeliruan mengeja perkataan menggunakan huruf b dan p dengan

betul di sebuah sekolah daerah Tuaran, iaitu di Sekolah Kebangsaan

Laya-Laya, Tuaran. Seramai 5 orang murid iaitu tiga orang murid lelaki

dan dua orang murid perempuan yang terlibat dalam kajian yang

dilaksanakan oleh pengkaji dengan menggunakan kaedah A&B iaitu

kaedah Atas dan Bawah.

Murid-murid Tahun 4 ini telah dipilih berdasarkan pencapaian

terendah mereka melalui ujian pra yang telah dijalankan oleh pengkaji

sebelum ini. Para peserta mempunyai kekeliruan dalam mengeja

perkataan menggunakan huruf b dan p dengan betul. Pemilihan

peserta hanya berdasarkan kelas-kelas yang telah sedia ada. Oleh itu,

saya tidak menggunakan persampelan rawak untuk membentuk

kumpulan.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Prosedur Kajian Tindakan

Pengkaji telah memilih untuk menggunakan reka bentuk

kajian Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988). Model reka

bentuk kajian ini merupakan reka bentuk yang

menunjukkan kitar-kitar dalam kajian tindakan iaitu

setiap kitaran mempunyai empat bahagian iaitu

merancang, bertindak dan refleksi. Seterusnya,

bahagian-bahagian ini diulang dengan perancangan hasil

ulang kaji dan tindakan yang seterusnya.

15

5.2 Reka Bentuk Penyelidikan

Reka bentuk penyelidikan ini berdasarkan kepada ciri-

ciri penyelidikan tindakan. Model Penyelidikan Tindakan

Stephen Kemmis & Mc Taggart ini merupakan kitaran asas

yang wujud secara berterusan melibatkan empat peringkat

iaitu mereflek (reflect), merancang (plan), bertindak (action)

dan memerhati (observe).

16

Rajah 1.1: Gelung KajianTindakan Kemmis & Mc

Taggart (1998)

Model ini mempunyai empat elemen utama, iaitu:

a. Merancang (Plan)

b. Bertindak (Action)

c. Memerhati (Observe)

d. Mereflek (Reflect)

Dalam model ini, proses kajian tindakan bermula dengan guru

menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran

yang hendak ditangani. Hasil praujian yang dilaksanakan sebelum ini

mendapati terdapat lima orang murid yang mengalami kekeliruan dalam

mengeja perkataan menggunakan huruf b dan p dengan betul.

Kemudian, guru perlu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk

mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid berkenaan. Dalam kajian ini,

saya telah merancang untuk menyediakan satu kaedah yang diberi nama

sebagai kaedah A&B iaitu Atas dan Bawah. Seterusnya guru perlu

melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya

guru perlu memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Semasa

melaksanakan intervensi dengan menggunakan kaedah A&B, saya akan

meneliti dan membuat pemerhatian terhadap sikap dan pencapaian murid

dalam membaca perkataan yang telah disediakan. Pemerhatian ini penting

bagi saya untuk memberi gambaran awal sama ada murid menunjukkan

17

peningkatan dalam kemahiran membaca atau sebaliknya. Hasil ujian pos

ini akan dikeluarkan dan dibandingkan dengan hasil ujian pra.

Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle

1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah

memulakan proses semula ke gelungan kedua (cycle 2) sehinggalah masalah

itu diselesaikan. Pada gelungan kedua, guru mesti mereflek dan membuat

adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Walau bagaimanapun, satu

kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada

mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian

tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan

tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan.

Beberapa rancangan tindakan telah difikirkan yang mana

kemungkinannya mampu untuk meningkatkan kemahiran dan kemampuan

murid-murid untuk membezakan penggunaan huruf b dan p ketika

menulis perkataan. Pelbagai kaedah telah dirancangkan dan penyusunan

tindakan yang akan dijalankan telah pun disusun agar dapat membuat

perlaksanaan dengan baik dan tersusun.Kaedah dan tindakan yang

dirancang disenaraikan dalam jadual berikut.

Setelah melihat masalah kekeliruan murid-murid dari perspektif

psikologi, termasuk setiap aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan

juga intelektual, sekali lagi persekitaran murid-murid ini baik di sekolah

ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya terutama sekali

aspek ejaan kerana terdapat interaksi antara perkembangan dan

persekitarannya. Walau  apa jua kaedah yang hendak digunakan adalah

untuk membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian yang

cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak melupakan batasan

yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah untuk

mengatasi masalah kekeliran penggunaan huruf b dan p ini akan

dijelaskan.

18

Kaedah A&B iaitu kaedah atas dan bawah yang telah dicipta bagi

mengatasi masalah kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam menulis

sesuatu perkataan. Kaedah A&B ini merupakan satu kaedah yang lebih

memfokuskan kepada murid untuk mengenal dan memahami penggunaan

huruf b dan p dalam menulis sesuatu perkataan dan ayat. Berikut

merupakan langkah-langkah dalam menjalankan kaedah A&B ini:

 Langkah 1

Untuk langkah pertama ini, pengkaji menjalankan pemerhatian untuk

mengenal pasti secara tidak langsung tentang kekeliruan terhadap

penggunaan huruf b dan p. Pemerhatian dilakukan dengan pengkaji

membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid di dalam buku tulis dan

lembaran kerja mereka. Di situ dapat dilihat bahawa terdapat masalah

dimana murid sering kali salah dalam penggunaan huruf b dan p ketika

menulis perkataan.

Selain itu, pengkaji juga membuat ujian diagnostik terhadap murid-

murid. Ujian ini dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran murid

dalam pengejaan sesuatu perkataan itu terutama sekali perkataan yang

mempunyai huruf b dan p. Ini kerana tahap kemahiran setiap murid

adalah berbeza-beza. Jadi hasil dari ujian ini akan memudahkan guru

untuk merancang latihan yang bersesuaian dengan murid. Ujian ini juga

dapat melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada

kelemahan murid tersebut.

Dalam langkah ini juga pengkaji menjalankan soal selidik kepada

murid-murid. Soal selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti kemampuan

sebenar murid-murid dalam kalangan Tahun 4 ini. Dalam soal selidik ini

pelbagai soalan akan ditanya dan fokus soal selidik ini adalah untuk

menentukan tahap seseorang murid dalam mengenal perbezaan diantara

huruf  b dan p.

19

Langkah 2

Setelah mendapat hasil keputusan pemerhatian, ujian diagnostik dan

juga soal selidik, analisis hasil dapatan tersebut dilakukan dan tindakan

diambil bagi mengenalpasti subjek kajian yang memerlukan bimbingan.

Tindakan selanjutnya adalah dengan memulakan intervensi melalui sesi

penerangan dan pengajaran teknik mengenal huruf b dan p. Pengkaji

memberikan pengetahuan asas terlebih dahulu kepada subjek kajian.

Dalam langkah ini, pengkaji menerangkan kepada murid teknik

menulis huruf b yang betul iaitu dengan kedudukan bermula dari

pangkalnya diatas terlebih dahulu. Manakala bagi huruf p pula,

kedudukan pensil bermula dari pangkalnya dibawah dahulu. Cara ini

secara mudah dapat difahami oleh murid-murid dalam tujuan mengenal

bentuk dan cara penulisan huruf b dan p dengan betul.

 Langkah 3

Langkah seterusnya, pengkaji memperkenalkan kaedah A&B (Atas dan

Bawah) kepada subjek kajian. Pengkaji melatih kefahaman subjek kajian

tentang huruf kecil b dan p menggunakan bahan bantu mengajar. Kaedah

A&B ini akan dipraktikkan oleh murid dalam latihan menulis perkataan

yang mempunyai huruf kecil b dan p. Setelah itu, pengkaji memberikan

ujian pertama kepada subjek kajian yang mana mereka dikehendaki untuk

mengenal pasti kedudukan huruf b dan p dalam sesebuah petikan yang

diberikan dengan cara menggariskan atau membulatkan. Cara ini

bertujuan untuk membiasakan mereka dengan kedudukan huruf-huruf

tersebut dalam sesuatu perkataan sekali gus dapat memberi gambaran

kepada mereka tentang penggunaan huruf b dan p dalam sesuatu

perkataan itu.

20

 L angkah 4

Pada langkah keempat ini, pengkaji akan melaksanakan intervensi

latihan dan pengukuhan untuk menguji subjek kajian dengan cara

menyenaraikan perkataan-perkataan yang mempunyai huruf b dan p

dengan ejaan yang betul berdasarkan petikan teks. Mereka akan

menggunakan pengetahuan yang mereka ada untuk menulis semula

perkataan yang telah dilihat dalam latihan sebelum ini. Cara sebegini

akan membantu mereka mengenal dan mengecam ejaan yang betul bagi

sesuatu perkataan itu. Selain itu, mereka juga dapat melatih diri mereka

dalam menulis sesuatu perkataan itu dengan menggunakan huruf b dan p

dengan betul.

Langkah 5

Setelah melaksanakan ujian dalam langkah 4, pengkaji akan membuat

penilaian terhadap hasil kerja subjek kajian. Berdasarkan penilaian yang

dibuat, mereka yang lulus atau mampu menyelesaikan ujian yang

dilaksanakan dengan baik akan diambil tindakan selanjutnya. Manakala

subjek kajian yang masih lagi tidak mampu mengenal perbezaan huruf b

dan p dengan ujian dalam langkah 4 akan diuji semula. Dengan cara ini

pengkaji akan mengulangi semula langkah 3 dan 4 untuk memastikan

bahawa subjek kajian yang masih lagi tidak melepasi tahap yang

diinginkan itu dapat melaksanakannya dengan lebih baik.

Langkah 6Setelah pengkaji melaksanakan pusingan kedua bagi subjek kajian yang

belum mencapai tahap di langkah 5, pengkaji mengumpulkan hasil

dapatan yang diperolehi. Hasil tersebut direkodkan ke dalam penulisan

kajian tindakah yang akan dihasilkan kelak. Justeru itu, pengkaji sendiri

dapat merumuskan bahawa kaedah yang digunakan iaitu Kaedah A&B

21

berhasil untuk dilaksanakan ataupun tidak. Segala keputusan dan tindakan

yang dilaksanakan akan dijilidkan.

6.0 PERANCANGAN KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Setelah memperoleh data-data yang dikehendaki dengan cara membuat

pemerhatian, ujian, temu bual serta latihan dan penilaian, kaedah

pengumpulan data juga perlu bersesuaian dengan cara bagaimana

sesuatu data itu hendak dikumpul atau direkodkan. Berikut adalah

beberapa kaedah pengumpulan data yang dirancang dalam merekod

maklumat atau data yang diperolehi.

6.1 Kaedah PemerhatianKaedah pemerhatian merupakan salah satu kaedah

pengumpulan data yang sesuai digunakan bagi mengenal pasti

masalah sama ada pada peringkat awal atau sepanjang proses

tindakan. Dalam teknik pemerhatian ini boleh terbahagi kepada

beberapa bahagian antaranya pemerhatian di awal tindakan,

pemerhatian ketika tindakan berjalan dan pemerhatian di akhir tindakan.

22

Pemerhatian di awal tindakan adalah seperti membuat

pemerhatian terhadap hasil kerja murid yang lepas, antaranya

membuat semakan terhadap buku latihan murid dan ujian

bulanan murid yang lepas. Pemerhatian ini adalah untuk

mendapatkan gambaran awal mengenai masalah yang dihadapi

murid serta mengenal tahap prestasi murid ketika itu.

Kaedah pemerhatian ketika tindakan pula adalah pemerhatian

yang akan dilakukan sepanjang proses tindakan itu berjalan. Ia

disebabkan pengakaji ingin melihat dan meneliti sebarang

perkembangan dan perubahan yang berlaku terhadap prestasi

murid ketika menjalankan kaedah tersebut. Ini adalah penting

kerana ia dapat mengenal pasti sama ada murid mampu

membuat perubahan yang positif dalam masa yang lebih singkat

dari jangkaan pengkaji atau sebaliknya.

Bagi kaedah pemerhatian di akhir pula, tindakan dijalankan

selepas melaksanakan kaedah A&B tersebut. Pemerhatian ini

adalah bertujuan bagi memastikan murid-murid dapat menerima

dengan baik atau juga dapat menilai sama ada kaedah yang

digunakan itu mampu dilaksanakan dengan jayanya atau pun

tidak.

6.2 Kaedah TemubualTemubual merupakan satu pemerhatian yang lebih menjurus

kepada respon berbentuk verbal dan juga gerak badan. Temubual

membolehkan pengkaji menyelidik dengan lebih terperinci akan

masalah murid-murid tersebut. Menurut Merriem (1998)

penggunaan temubual bertujuan untuk mengumpulkan maklumat

yang tepat sepeti sosiodemografik, umur, pendapatan, taraf

perkahwinan, tahap pendidikan dan sebagainya.

Di sini pengkaji dapat membuat temubual bersama guru

pembimbing dan guru kelas bagi mengetahui akan masalah yang

dihadapi oleh murid dan juga pengkaji sendiri boleh membuat

tamubual bersama murid itu sendiri.Melalui kaedah pengumpulan

data secara temu bual, terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu

bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual

terbuka. Temu bual berstrukturadalah temu bual yang mengandungi

23

soalan-solan yang telah dirancang secara rapi dan teratur supaya

maklum balas yang spesifik diperoleh.

Selain itu, temu bual tidak berstruktur atau lebih dikenali

sebagai temu bual terbuka dimulakan dengan suatu ransangan

umum. Responden digalakkan untuk memberi respon secara

bebas. Seterusnya soalan-soalan lanjutan dirangka mengikut

keperluan semasa. Temu bual jenis separa ini pula

menggabungkan dua jenis temu bual yang telah dijelaskan

sebelum ini iaitu hasil gabungan temu bual terbuka dan temu

bual berstruktur.

Melalui kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menggunakan

kaedah temu bual jenis separa struktur untuk mendapatkan

maklumat yang berkaitan setelah kaedah rawatan selesai

dijalankan terhadap responden. Temu bual ini akan pengkaji

laksanakan bersama guru Bahasa Melayu Tahun 4 dan semua

responden yang terlibat dengan kajian ini. Maklumat yang telah

diperoleh melalui temu bual ini akan memudahkan pengkaji

menganalisis data dan membuat laporan kajian.

6.3 Ujian Pra Dan Pos Ujian pra dan pos akan dianalisis secara menyeluruh dan juga

secara individu. Dalam analisis secara menyeluruh, saya akan

mengumpulkan markah-markah hasil ujian pra yang telah

pengkaji laksanakan di dalam bilik darjah. Kemudian, hasil ujian

itu akan pengkaji rekodkan. Tindakan yang sama juga akan

pengkaji lakukan selepas pengkaji melaksanakan intervensi

kepada para responden. Pengkaji akan mengumpulkan data

tentang pencapaian semua responden setelah menjalani sesi

intervensi dan merekodkannya. Selepas itu, perbandingan akan

dibuat dengan melihat kemajuan dan pencapaian murid melalui

ujian pra dan ujian pos.

24

Bagi analisis secara individu pula, markah yang terendah akan

dianalisis jenis kesalahan dan kelemahan murid. Kemudian,

pengkaji akan melihat semula murid-murid tersebut selepas

melaksanakan intervensi sama ada murid berkenaan

menunjukkan kemajuan yang positif atau sebaliknya. Jika murid

menunjukkan kemajuan yang kurang memberangsangkan,

pengkaji akan cuba memikirkan kaedah yang lebih baik atau

mengubah kaedah yang sedia ada dan ditambah baik dengan

kaedah yang lain pula.

7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

7.1 Jadual Pelaksanaan

Peringkat TindakanTempoh

Pelaksanaan

Catatan

1(TinjauanIsu DanMasalah)

Pengkaji melakukan pemerhatian terhadap masalahyang dihadapi oleh murid kelas Tahun 4 berkaitan dengan

10 12–Februari

2015

Pemerhatian dilakukan terhadap semua murid

25

Bahasa Melayu

Pengkaji melaksanakan temubual tidak berstruktur kepada guru matapelajaran Bahasa Melayu untuk mendapatkan maklumat tentangmasalah yang dihadapi oleh murid

Menyemak hasil kerja murid yanglalu

Meminta kebenaran kepadapihak sekolah untuk melaksanakan kajian

2(Merancang

KaedahKajian)

Menentukan objektif dan soalan kajian

Merancang intervensi yang sesuai dengan masalah yang dihadapi

Membina ujian pra dan pos

15 - 20Februari

2015

Kajian berdasarkan murid tahun 4 seramai 25 orang

Intervensi yang dipilih.

3(Pelaksanaan Tindakan)

Pengkaji melaksanakan ujian untuk mengesan prestasi murid sebelum melaksanakan intervensi

Pengkaji melaksanakan

26 Februari 05 Mac–2015

Kajian berdasarkan murid tahun 4 seramai 25 orang

Pengumpulandata berpandukan hasil ujian

26

intervensi yang sesuai

Pengkaji mengumpul data

4(AnalisisTindakan)

Menganalisis tindakan

- Mengira kemajuan dan peratusan hasil daripada pengumpulan data

5(MembuatRefleksi)

Membuat refleksi berdasarkan analisis tindakan

7.2 Kos Kajian atau Perbelanjaan

Bi Item/Perkara Kuantit Harga Jumlah

27

l. i Seunit1. Kertas Putih A4 1 RM 10.00 RM 10.00

2. Dakwat Printer 1 RM 80.00 RM 80.00

3. Buku Rujukan 2 RM 20.00 RM 40.00

4. Cetakan Bahan - RM 20.00 RM 20.00

5. Alat Tulis - RM 20.00 RM 20.00

Jumlah Keseluruhan RM 170.00

28

REFLEKSI

TAJUK/ISU

BMM 3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 BAHASA MELAYU SEKOLAH– –RENDAH

KEKUATAN

Pada semester ini, saya telah melaksanakan tugasan bagi subjek

Penyelidikan Tindakan 1 Bahasa Melayu Sekolah Rendah – (BMM 3133).

Dalam tugasan ini, saya dikehendaki melaksanakan satu kajian

penyelidikan Bahasa Melayu bagi sekolah rendah. Saya perlu mencari satu

masalah ataupun isu yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran di

dalam sekolah, kemudian mengenalpasti apa masalah yang murid sedang

hadapi. Melalui maklumat-maklumat tersebut, saya perlu merancang

intervensi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Subjek ini merupakan antara subjek yang agak sukar kerana

terdapat banyak sub topik yang perlu dipelajari. Justeru itu, kemahiran

mengingat amat penting semasa mempelajari subjek ini. Semasa

melaksanakan tugasan subjek ini, saya telah merujuk banyak bahan

daripada buku mahupun laman sesawang. Justeru itu, dari aspek

pemerolehan maklumat, saya tidak mengalami masalah besar untuk

mendapatkan maklumat. Walaupun pada sebelum ini saya telah

mempelajari tentang topik-topik yang ada dalam subjek ini, namun bukan

secara menyeluruh dan lebih mendalam seperti dalam subjek ini.

Tambahan pula, saya bersyukur kerana pensyarah dan rakan-rakan turut

membantu sewaktu saya mempunyai persoalan mengenai tugasan ini.

Selain itu, perkara-perkara yang terdapat dalam bidang Penyelidikan

Tindakan juga mempunyai banyak faedahnya kepada guru khususnya saya

sendiri yang akan bergelar guru kelak. Dengan sedikit pembacaan dan

perbincangan bersama rakan-rakan dalam menyempurnakan tugasan ini,

kami mendapat input yang sangat berguna yang boleh diaplikasikan di

sekolah kelak.

Kesimpulannya, tugasan bagi subjek ini telah memberikan saya

pengetahuan yang lebih mendalam mengenai bidang Penyelidikan

Tindakan. Tambahan pula, bidang Penyelidikan Tindakan ini sesuaut yang

harus dipelajari dan merupakan ilmu yang harus dikuasai oleh seseorang

29

guru itu kerana bidang ini merupakan sesuatu yang sangat berguna

apabila berhadapan dengan murid-murid kelak. Isu-isu dalam pdp akan

dapat diselesaikan melalui pelaksanaan penyelidikan tindakan ini kelak.

Bidang penyelidikan tindakan ini juga amat penting kerana bidang ini

adalah sesuatu yang akan diaplikasikan secara berterusan sehinggalah ke

peringkat yang lebih tinggi dan isu-isu yang lebih major untuk dianalisis.

Justeru itu, saya bersyukur kerana tugasan subjek ini berjaya saya siapkan

dalam tempoh masa yang diberikan walaupun terlibat dengan rencaman

tugasan lain dan aktiviti-aktiviti lain.

KELEMAHAN

Antara kelemahan yang saya hadapi semasa melaksanakan

tugasan ini ialah berkenaan dengan kekangan masa yang sangat padat.

Pada masa yang sama saya perlu menjalani praktikum di sekolah. Maka,

tugasan bagi subjek ini bertindih dengan tugasan praktikum. Hal ini

menyebabkan kelewatan dalam memulakan tugasan ini. Selain itu,

terdapat juga tugasan-tugasan daripada subjek lain yang harus

dilaksanakan secepat yang mungkin. Walaupun perkara-perkara ini

merupakan sesuatu yang sudah biasa dilalui pada setiap semester, namun

faktor ini merupakan antara bebanan dalam tugasan yang pasti dan harus

ditempuhi pada setiap semester.

Memang benar perkara-perkara seperti ini tidak seharusnya

dijadikan alasan untuk menyiapkan tugasan. Namun, hal ini adalah realiti

yang dihadapi oleh pelajar. Persoalannya apabila terlalu banyak kerja yang

diberikan dan kesemuanya perlu dihantar secepat yang mungkin, maka di

sinilah berlakunya ketirisan. Sekadar menyiapkan tugasan namun bukan

memahami isi tugasan. Seharusnya, semua pihak perlu lebih memahami

dan bertoleransi dengan para pelajar kerana yang melaksanakan kesemua

tugasan tersebut ialah pelajar. Jika semua pihak mahukan tugasan

disiapkan secepat yang mungkin maka dimana proses pembelajaran yang

seharusnya ditelusuri oleh pelajar. Apabila hal ini berlaku, saya

beranggapan bahawa objektif yang ingin dicapai dalam melahirkan insan

yang seimbang dari segi JERIS itu sudah terang-terangan menuju

kegagalan.

Semasa melaksanakan tugasan ini, saya menghadapi masalah

dalam menguruskan masa saya kerana terlibat dengan berbagai-bagai

aktiviti yang perlu dilaksanakan pada masa yang sama dan dengan kadar

30

yang segera. Hal ini bukan dihadapi oleh saya seorang sahaja sebaliknya

masalah ini dihadapi oleh kesemua pelajar semester yang sama. Rungutan

dan luahan daripada pelajar-pelajar jelas menunjukkan bahawa lambakan

tugasan yang diberikan tidak memberikan impak yang positif dari aspek

intelek.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sentiasa menemui pensyarah sekiranya mempunyai sebarang perkara yang

kurang jelas berkaitan dengan tugasan. Selain itu, berusaha untuk

mengatur masa agar lebih teratur dan sistematik.

RUJUKAN

31

Abdul Rasid Jamian. (2008) Permasalahan Kemahiran Membaca dan MenulisBahasa

Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar: Jurnal Pendidikan BahasaMelayu.

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiranmembaca dan

menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertaskerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008.Universiti Pendidikan Sultan

Idris. 2-4 Jun 2008.

Kementerian Pelajaran Malaysia.(2006). Huraian Kurikulum PrasekolahKebangsaan.

Selangor Darul Ehsan: Dawama.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Standard KurikulumPrasekolahKebangsaan.Selangor: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Popp (1964). Masalah Kanak-kanak Mengenal Abjad .Melalui jurnal FakultiPendidikan

Universiti Pendidikan Universiti Malaya,Jilid 11, (1984/85)

Noraini Ombi (2009: 215-227). Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan MuridTahun 2

dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Buku Koleksi Kertas KerjaSeminarPenyelidikan IPGM KBL.

Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2005). Panduan PendidikanPrasekolah. Pahang

Darul Makmur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Rohani Rustam & Jamiah A. Bakar. (1995). Bacalah Sayang! Selangor DarulEhsan: Times

Books International

Shahizan Hasan & Ahmad Shahabudin Che Noh. (2006). PanduanMerancang Aktiviti

32

Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Siti Rosmah Mohamed Saripah Sarif. (2005). Ting Ting Minda MeningkatkanPenguasaan

Kemahiran Membaca Gabungan Perkataan Suku Kata Terbuka dan TertutupKV

KVK dalam kalangan Murid Pemulihan Khas Melalui Teori KecerdasanKinestatik.

Yahya Othman. (2006). Mengajar Membaca: Teori dan Aplikasi. Kuala Lumpur:PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

33