14
1 | Bahasa Melayu | Tahun 6 KERTAS MODEL UPSR • SET 1 KERTAS MODEL UpSR • SET 3 Soalan 1 hingga 9 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Bahagian A [20 markah] 1 “Anuar, hendak pergi ke sekolah kerana ada latihan tekwando,” kata Ali dan Tan. A mereka C dia B kami D kamu 2 Faizal menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri. A telah C sudah B pernah D hendak 3 Program ceramah itu mendapat sokongan daripada seluruh warga sekolah. A gagah C padu B teguh D kukuh 4 “Segala titah akan laksanakan,” kata Hang Tuah kepada sultan. A tuanku ... patik B beta ... hamba C tuanku ... hamba D baginda ... patik 5 Baginda melawat Kem Tahanan Kamunting bersama-sama dengan rombongannya. A merafak sembah B menjunjung titah C mencemar duli D menerima menghadap Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah. 6 Budak lelaki itu sedang asyik bermain sabun yang berwarna-warni. A bebuli B gegasing C bebola D bebuih 7 Misbun Sidek merupakan ketua skuad badminton kebangsaan. A juruteknik B jurucakap C jurulatih D jurutera 8 Puan Aziah nasi beriani kepada tetamunya sempena majlis cukur jambul cucunya. A dihidangi C menghidangkan B hidangkan D menghidangi Satu jam lima belas minit MARKAH Pemahaman Penulisan JUMLAH 50 50 100 KERTAS MODEL UPSR SET 3 PEMAHAMAN

KERTAS MODEL UPSR

Embed Size (px)

Citation preview

1 | Bahasa Melayu | Tahun 6

KER

TA

S M

OD

EL U

PS

R •

SET

1K

ERT

AS

MO

DEL

Up

SR

• S

ET 3

Soalan 1 hingga 9Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Bahagian A[20 markah]

1 “Anuar, hendak pergi ke sekolah kerana ada latihan tekwando,” kata Ali dan Tan.A mereka C diaB kami D kamu

2 Faizal menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri.A telah C sudahB pernah D hendak

3 Program ceramah itu mendapat sokongan daripada seluruh warga sekolah.

A gagah C paduB teguh D kukuh

4 “Segala titah akan laksanakan,” kata Hang Tuah kepada sultan.A tuanku ... patikB beta ... hambaC tuanku ... hambaD baginda ... patik

5 Baginda melawat Kem Tahanan Kamunting bersama-sama dengan rombongannya.A merafak sembahB menjunjung titahC mencemar duliD menerima menghadap

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Budak lelaki itu sedang asyik bermain sabun yang berwarna-warni.A bebuliB gegasingC bebolaD bebuih

7 Misbun Sidek merupakan ketua skuad badminton kebangsaan.A juruteknikB jurucakapC jurulatihD jurutera

8 Puan Aziah nasi beriani kepada tetamunya sempena majlis cukur jambul cucunya.A dihidangi C menghidangkanB hidangkan D menghidangi

Satu jam lima belas minit

MARKAHPemahaman Penulisan JUMLAH

50 50 100

KERTAS MODEL UPSRSET 3

PEMAHAMAN

2 | Bahasa Melayu | Tahun 6

Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.9 Puan Halimah melihat kain sutera di

kedai itu.A putih mataB rambang mataC cuci mataD tanda mata

10 Cikgu Aman menjelaskan cara-cara menjawab soalan peperiksaan dengan betul kepada pelajar-pelajarnya.

Pilih perkataan sinonim bagi menjelaskan.I menerangkanII menghuraikanIII mencadangkanIV mengadakanA I dan II C I dan IVB II dan III D III dan IV

11 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Saya selalu diingatkan agar menjadi lelaki yang matang dan masak.

II Kakak tidak pergi melancong kerana kandungannya sudah cukup masak.

III Buah durian yang sudah cukup masak akan gugur dengan sendiri.

IV Anak-anaknya sudah masak dengan perangai ayahnya yang pemalas.A I dan II C I dan IVB II dan III D III dan IV

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.12 Saya pernah dianugerahkan sebagai penyanyi

lelaki terbaik.A Siapakah yang menganugerahkan anugerah

seni suara ini kepada Datuk?B Di manakah Datuk menerima anugerah seni

suara ini?C Apakah anugerah yang pernah Datuk terima

dalam bidang seni suara ini?D Mengapakah anugerah seni suara ini

diberikan kepada Datuk?

13 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

Mengapakah kanak-kanak tidak dibenarkan mandi di sungai itu?A Sebuah kilang didirikan di tepi sungai itu.B Arus sungai itu sangat deras.C Sungai itu sangat cetek dan berpasir.D Tidak ramai orang mandi-manda di situ.

14 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Sejak akhir-akhir ini masalah ponteng sekolah semakin menjadi-jadi.A Masalah ponteng sekolah semakin menjadi-

jadi sejak akhir-akhir ini.B Pelajar sering memperkatakan masalah

ponteng sekolah sejak akhir-akhir ini.C Masalah ponteng sekolah dan pelajar adalah

perkara yang semakin menjadi-jadi.D Masalah dan ponteng sekolah semakin

menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Soalan 15Pilih ayat yang betul.

15 I Kain songket itu sungguh cantik dibuat daripada benang suteraII Petani itu turun ke bendang dengan sebatang

cangkul dan sebilah parang.III Para pelajar yang berjaya akan diraikan

dalam suatu majlis khas.IV Pak Halim memberitahu polis dia kenal orang

itu.A I dan II B II dan IIIC I dan IV D III dan IV

3 | Bahasa Melayu | Tahun 6

KER

TA

S M

OD

EL U

PS

R •

SET

1K

ERT

AS

MO

DEL

Up

SR

• S

ET 3

Soalan 16 hingga 20Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum. Antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysia ialah kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut dan lain-lain. Penduduk Malaysia bebas bergaul antara satu sama lain. Ini dapat dibuktikan apabila tiba musim perayaan bagi sesuatu kaum, kaum yang lain akan turut sama meraikannya. Hubungan mereka bagai aur dengan tebing. Sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir, kemarau atau sebagainya, setiap kaum akan berkerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira taraf hidup, agama dan bangsa. Penduduk Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa perantaraan. Dalam setiap urusan, mereka menggunakan bahasa Melayu untuk berhubung. Di samping itu, setiap kaum masih boleh menggunakan bahasa ibunda mereka. Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Walaupun agama Islam adalah agama rasmi, namun rakyat bebas menganut agama masing-masing. Mereka juga bebas mengamalkan kebudayaan masing-masing. Semangat persaudaraan terjalin erat dalam kalangan penduduk Malaysia. Hal ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan membangun.

16 Apakah yang menyebabkan Malaysia terkenal di mata dunia?A Sebuah negara yang mempunyai penduduk

pelbagai kaum.B Sebuah negara yang mempunyai pelbagai

perayaan.C Sebuah negara yang menggunakan bahasa

Melayu untuk berhubung.D Sebuah negara yang sering mengalami

bencana alam.

17 Rangkai kata bagai aur dengan tebing dalam petikan maksudA hubungan yang tidak pernah dipisahkan.B persahabatan yang amat erat.C membuat sesuatu pekerjaan itu biarlah

hingga selesai.D hidup bekerjasama dan bermuafakat

18 Apakah bahasa rasmi yang digunakan oleh penduduk Malaysia?A Bahasa MandarinB Bahasa TamilC Bahasa MelayuD Bahasa Inggeris

19 Rangkai kata bahasa ibunda dalam petikan bermaksudA bahasa kedua yang diketahui atau dapat

digunakan oleh seseorang.B bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.C bahasa yang tidak betul struktur dan

tatabahasanya.D bahasa yang bercampur aduk dengan

pengaruh bahasa asing.

20 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.A Penduduk Malaysia hanya boleh menganut

agama Islam.B Penduduk Malaysia bebas mengamalkan

kebudayaan masing-masing.C Negara Malaysia hanya terdapat kaum

Melayu, Cina dan India.D Agama Islam bukan agama rasmi penduduk

Malaysia.

BAHAGIAN A TAMAT

4 | Bahasa Melayu | Tahun 6

Bahagian B[30 markah]

Soalan 21(a) Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya. Tulis perkataan yang betul

dalam ruang yang disediakan.

(i) Rahimi berazam dari memasarkan perniagaan kraf tangan ibunya ke peringkat antarabangsa.

(ii) Encik Saad makan nasi lemak sambil minum air kopi pada Warung Haji Alim berdekatan masjid itu.

(iii) Bengkel Bahasa Melayu itu telah dihadiri oleh para peserta di Semenanjung.

[3 markah]

(b) Tandakan (3) di dalam petak yang disediakan bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

(i) Pak Rusli menebas lalang itu dengan se sabit yang tajam.

batang bentuk bilah ✓

(ii) Emak membeli se cili kering dan beberapa petai di pasar tadi.

bungkuspapan

✓biji

berkaskepalikat

[2 markah]

(c) Tulis jawapan yang lengkap bagi soalan yang diberikan dengan menggunakan ayat yang lengkap. Raja Azlan : Khabarkan kepada paduka ayahanda dan bonda, beta akan berangkat ke istana sesudah senja.

Bendahara :

[2 markah]

Menjunjung titah, tuanku.

untuk

di

dari

5 | Bahasa Melayu | Tahun 6

KER

TA

S M

OD

EL U

PS

R •

SET

1K

ERT

AS

MO

DEL

Up

SR

• S

ET 3

(d) Lengkapkan frasa berikut supaya menjadi peribahasa.

(i) Bagai menarik

(ii) Seperti katak

[2 markah]

Soalan 22Tandakan (3) pada ayat yang betul dan (7) pada ayat yang salah.

(i) Azmilah pemain yang terhandal. ✓

(ii) Aida mengambilkan sepinggan nasi goreng untuk Mansur. ✗

(iii) Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ✗

(iv) Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca. ✗

(v) Kami ternampak akan Pak Cik Mat di perhentian bas Terminal Bersepadu Selatan. ✓

[5 markah]Soalan 23Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

pada dari akan demi

hendak mana hingga bagi

(i) Kempen kebersihan itu bermula hari ini dan akan berterusan hingga akhir tahun.

(ii) Barang ini hendak lah dihantar ke destinasinya sebelum pukul tiga petang ini.

(iii) Mak Cik Leha membungkus nasi lemak itu dengan daun pisang.

(iv) “Berusahalah dengan gigih demi masa depan kamu,” pesan Cikgu Aini.

[4 markah]

di bawah tempurung

rambut di dalam tepung

6 | Bahasa Melayu | Tahun 6

(a) Apakah dua proses yang perlu dilakukan sebelum asam keping dipasarkan?

(i)

(ii)

[2 markah]

(b) Mengapakah asam keping perlu melalui proses pemeriksaan kualiti?

[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan pengusaha asam keping untuk memajukan perusahaan mereka?

Tulis jawapan kamu menggunakan ayat yang lengkap.

[3 markah]

Soalan 24 Teliti carta di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Proses Penghasilan Asam Keping

pembersihan

pemasaran

penghirisan

pembungkusan

penjemuran

pemeriksaankualiti

pembungkusan

pemeriksaan kualiti

Asam keping perlu melalui proses pemeriksaan kualiti bagi mengenal pasti kesesuaian tahap

kering asam keping untuk dipasarkan.

Pada pendapat saya, pengusaha asam keping perlu lebih proaktif dan berdaya saing dalam

memasarkan asam keping ke peringkat global untuk memajukan perusahaan mereka.

7 | Bahasa Melayu | Tahun 6

KER

TA

S M

OD

EL U

PS

R •

SET

1K

ERT

AS

MO

DEL

Up

SR

• S

ET 3

Soalan 25Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

BAHAGIAN B TAMAT

AKTIVITI GOTONG-ROYONG KAWASAN PERUMAHAN TAMAN SENTOSA

(a) Berdasarkan gambar, nyatakan dua aktiviti yang sedang dilakukan oleh penduduk perumahan Taman Sentosa.

(i) mengumpul dan mengasingkan bahan kitar semula

(ii) memotong rumput

[2 markah]

(b) Nyatakan satu peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi dalam gambar di atas.

Bagai aur dengan tebing

[2 markah]

8 | Bahasa Melayu | Tahun 6

Satu jam lima belas minit

Bahagian A[10 markah]

[Masa dicadangkan : 15 minit]

Gambar di bawah menunjukkan sambutan hari kantin sekolah.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut.

PENULISAN

9 | Bahasa Melayu | Tahun 6

KER

TA

S M

OD

EL U

PS

R •

SET

1K

ERT

AS

MO

DEL

Up

SR

• S

ET 3

10

1

2

3

4

5

Gambar menunjukkan sambutan hari kantin sekolah.

Beberapa murid lelaki dan perempuan sedang membeli makanan dan minuman di gerai makanan

dan minuman.

Beberapa murid lelaki sedang bermain permainan tradisional gasing, guli dan sepak takraw di

padang sambil disaksikan murid lelaki lain.

Beberapa murid perempuan sedang duduk bermain permainan tradisional congkak dan batu

seremban di bawah khemah.

Seorang murid perempuan menerima hamper di atas pentas.

10 | Bahasa Melayu | Tahun 6

Bahagian B[15 markah]

[Masa dicadangkan : 25 minit]

Gambar di bawah menunjukkan maklumat tentang pesta buah-buahan tempatan.

Tulis ulasan tentang poster buah-buahan tempatan tersebut dalam bentuk perenggan.

Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

TARIKH: 16–27 OGOS 2021

MASA: 8.00 PAGI HINGGA 10.00 MALAM

TEMPAT: LAMAN TIBA 1, MAEPS, SERDANG

Masuk adalah percuma. Jom makan buah-buahan tempatan!

PESTA BUAH-BUAHAN TEMPATAN

CABUTANBERTUAH

PERSEMBAHANARTIS

JEMPUTAN

11 | Bahasa Melayu | Tahun 6

KER

TA

S M

OD

EL U

PS

R •

SET

1K

ERT

AS

MO

DEL

Up

SR

• S

ET 3

15

Poster tersebut menunjukkan maklumat pesta buah-buahan tempatan.

Pesta buah-buahan tempatan berlangsung pada 16–27 Ogos 2021 di Laman Tiba 1, MAEPS, Serdang.

Pesta buah-buahan tempatan berlangsung pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

Tiada bayaran akan dikenakan untuk mengunjungi pesta buah-buahan tempatan. Orang ramai

dijemput hadir dan menikmati buah-buahan tempatan. Terdapat juga gerai menjual air yang dihasilkan /

daripada buah-buahan tempatan. Selain itu, para pengunjung berkesempatan menyertai cabutan bertuah.

Pesta buah-buahan juga dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan.

Kesimpulannya, pengunjung berkesempatan merasa dan mengenali buah-buahan tempatan.

12 | Bahasa Melayu | Tahun 6

Bahagian C[25 markah]

[Masa dicadangkan : 35 minit]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1

“Sejak hari itu, aku sering membantu ibu membuat kerja-kerja rumah. Aku tidak akan malas lagi.”

Tulis karangan yang berakhir dengan ayat di atas.

ATAU

Soalan 2

Tulis sebuah karangan tentang tanggungjawab sebagai seorang murid.

13 | Bahasa Melayu | Tahun 6

KER

TA

S M

OD

EL U

PS

R •

SET

1K

ERT

AS

MO

DEL

Up

SR

• S

ET 3

No. Soalan

Soalan 1

Aku merupakan anak tunggal dalam keluarga. Oleh sebab itu, aku sentiasa dimanjakan dan ditatang

bagai menatang minyak yang penuh oleh ayah dan ibu.

Ayahku cuma seorang petani. Oleh itu, ibu juga terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan kami.

Meskipun hidup serba kekurangan, namun semua kehendakku sering dituruti oleh ayah dan ibu. Jika

tidak, aku pasti akan merajuk dan menangis.

Suatu hari, aku meminta ayah membelikan aku sebuah komputer riba. Aku ingin mempunyai komputer

sendiri. Pada mulanya, ayah tidak bersetuju kerana ayah tidak mempunyai wang yang cukup. Aku terus

masuk ke bilik dan merajuk.

Ayah dan ibu terpaksa menurutkan sahaja kehendak aku. Ayah dan ibu mula bekerja lebih masa bagi

mengumpul wang. Aku langsung tidak mempedulikan penat lelah kedua-dua ayah dan ibuku.

Beberapa hari kemudian, aku dapati ibuku tidak pergi bekerja dan hanya terbaring di atas katil. Aku

melihat wajah ibuku pucat dan tidak bermaya. Badan ibuku panas. Rupa-rupanya ibuku jatuh sakit. Ayah

membawa ibuku ke hospital. Doktor memberitahu aku dan ayahku bahawa ibu sakit kerana kurang rehat

dan tekanan bekerja.

Aku berasa sedih kerana membiarkan ayah dan ibuku bekerja keras. Sejak hari itu, aku sering

membantu ibuku membuat kerja-kerja rumah. Aku tidak akan malas lagi.

14 | Bahasa Melayu | Tahun 6

25KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Soalan 2

Setiap orang mempunyai tanggungjawab masing-masing. Murid-murid juga mempunyai tanggungjawab

yang tersendiri.

Tanggungjawab seorang murid adalah untuk belajar. Sebagai seorang murid, kita haruslah berusaha

menuntut ilmu sehingga akhir hayat. Menuntut ilmu ini bukan setakat di sekolah, malahan di mana-mana

sahaja.

Selain itu, seorang murid wajib menghormati gurunya. Ini juga merupakan tanggungjawab murid

terhadap gurunya sebagai orang yang mendidik mereka di sekolah. Menghormati guru bermaksud

menghargai jasa dan pengorbanan guru.

Sebagai seorang murid, kita haruslah menyiapkan kerja sekolah atau tugasan yang diberi oleh guru

dengan ikhlas. Murid bertanggungjawab memastikan tugasan itu dapat diselesaikan dalam masa yang

telah ditetapkan.

Di samping itu juga, murid-murid perlu bertanggungjawab menjaga peralatan belajar mereka. Hal ini

untuk memastikan urusan pembelajaran mereka sempurna dan berjalan lancar. Menjaga kebersihan bilik

darjah dan sekolah juga sebahagian daripada tanggungjawab seorang murid.

Kesimpulannya, setiap murid hendaklah menjalankan tanggungjawab mereka demi memajukan diri

mereka sendiri. Jadikan tanggungjawab itu sebagai satu amanat yang perlu dilaksanakan.