Upload
upsi
View
2
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
i
KOMPETENSI GURU SAINS BERIJAZAH BERDASARKAN LOKASI PENEMPATAN
DAN TEMPOH MENGAJAR
MOHAMMAD HAZIQ BIN MAHMOOD
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2015
ii
KOMPETENSI GURU SAINS BERIJAZAH BERDASARKAN LOKASI PENEMPATAN DAN TEMPOH MENGAJAR
MOHAMMAD HAZIQ BIN MAHMOOD
KERTAS PROJEK DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI KELAYAKAN
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN BIOLOGI
FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK,UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2015
iii
Sila Taipkan [Kertas Projek/ Sarjana Penyelidikan/Sarjana Penyelidikan Dan Kerja Kursus/Doktor Falsafah]
INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN
Perakuan ini telah dibuat pada AHAD 7 JUN 2015.
i. Perakuan pelajar :
Saya, MOHAMMAD HAZIQ BIN MAHMOOD, M20131000529, JABATAN SAINS DAN MATEMATIK dengan ini mengaku bahawa disertasi/tesis yang bertajuk KOMPETENSI GURU SAINS BERIJAZAH BERDASARKAN LOKASI PENEMPATAN DAN TEMPOH MENGAJAR adalah hasil kerja saya sendiri. Saya tidak memplagiat dan apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya
_________________________
Tandatangan pelajar
ii. Perakuan Penyelia:
Saya, SYAKIRAH BINTI SAMSUDIN dengan ini mengesahkan bahawa hasil kerja pelajar yang bertajuk
KOMPETENSI GURU SAINS BERIJAZAH BERDASARKAN LOKASI PENEMPATAN DAN TEMPOH
MENGAJAR dihasilkan oleh pelajar seperti nama di atas, dan telah diserahkan kepada Institut
Pengajian Siswazah bagi memenuhi syarat untuk memperoleh Ijazah SARJANA PENDIDIKAN
BIOLOGI .
____________________ __________________________
Tarikh Tandatangan Penyelia
iv
INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH /INSTITUTE OF GRADUATE STUDIES
BORANG PENGESAHAN PENYERAHAN "[TESIS/DISERTASI/LAPORAN KERTAS PROJEK]" DECLARATION OF "[THESIS/DISSERTATION/PROJECT PAPER FORM]"
Tajuk / Title: KOMPETENSI GURU SAINS BERIJAZAH BERDASARKAN LOKASI PENEMPATAN DAN TEMPOH MENGAJAR
No. Matrik /Matric’s No.: M20131000529 Saya / I : MOHAMMAD HAZIQ BIN MAHMOOD
mengaku membenarkan [Tesis/Disertasi/Laporan-Kertas-Projek] (Doktor-Falsafah/Sarjana )* ini disimpan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perpustakaan Tuanku Bainun) dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:-acknowledged that my [Thesis/Dissertation/Project-Paper] is kept at Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tuanku Bainun Library) and reserves the right as follows:-
1. Tesis/Disertasi/Laporan Kertas Projek ini adalah hak milik UPSI.The thesis is the property of Universiti Pendidikan Sultan Idris
2. Perpustakaan Tuanku Bainun dibenarkan membuat salinan untuk tujuan rujukan sahaja.Tuanku Bainun Library has the right to make copies for the purpose of research only.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan Tesis/Disertasi ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi Pengajian Tinggi.The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.
4. Perpustakaan tidak dibenarkan membuat penjualan salinan Tesis/Disertasi ini bagi kategori TIDAK TERHAD.The Library is not allowed to make any profit for ‘Open Access’ Thesis/Dissertation.
5. Sila tandakan ( √ ) bagi pilihan kategori di bawah / Please tick ( √ ) for category below:-
Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub dalam Akta Rahsia Rasmi 1972. / Contains confidential information under the Official Secret Act 1972
SULIT/CONFIDENTIAL
Mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan ini dijalankan. / Contains restircted information as specified by the organization where research was done.
TERHAD/RESTRICTED
TIDAK TERHAD / OPEN ACCESS
(Tandatangan Penyelia / Signature of Supervisor)
& (Nama & Cop Rasmi / Name & Official Stamp)
(Tandatangan Pelajar/ Signature)
Tarikh: _________________
Catatan: Jika Tesis/Disertasi ini SULIT @ TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.Notes: If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.
v
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah yang menjadikan alam semesta dan salam buat junjungan
Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat baginda.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya telah berjaya
menyiapkan kertas projek bagi memenuhi syarat Ijazah Sarjana Biologi. Ribuan
terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah penyelia saya Dr Syakirah binti
Samsudin kerana tidak pernah jemu dalam memberi pendapat dan idea serta
bimbingan dalam proses menyiapkan kertas projek ini. Terima kasih juga diucapkan
kepada pensyarah-pensyarah yang telah mengajar saya dan berkongsi pendapat serta
idea tentang kajian yang telah saya jalankan. Ribuan terima kasih kepada Professor
Dr Saberi Othman, Dr Mai Shihah Abdullah, Dr. Hafsah binti Taha, Dr Wong Chee
Fah, Dr Som Cit a/p Si Nang, dan lain-lain pensyarah di Fakulti Sains dan
Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pegawai- pegawai PPD
Sandakan dan Kinabatangan di atas kerjasama yang telah diberikan dalam
mengedarkan borang soal selidik kajian ini. Tidak lupa juga kepada Tuan Guru Besar
SK Batu Puteh En. Megat Alias bin Megat Muda serta Penolong- penolong Kanan
yang banyak memberi sokongan kepada saya. Terima kasih juga diucapkan kepada
Pn Khalidah binti Abdul Rahman serta En Mahmood bin Ishak atas sokongan yang
tidak terhingga dan sentiasa mendoakan kejayaan yang terbaik kepada saya. Tidak
lupa juga buat isteri Nursuriana binti Osman kerana banyak membantu saya dalam
menyiapkan projek ini. Akhir sekali saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada 78 orang guru berijazah di kawasan pedalaman, luar bandar serta bandar
kerana sudi menjadi responden dalam kajian ini. Akhir kalam semoga segala usaha
dan bantuan yang telah dihulurkan mendapat rahmat serta keredhaan daripada Allah
S.W.T.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan dan perhubungan kompetensi
guru Sains berdasarkan lokasi penempatan dan tempoh mengajar bagi guru-guru
berijazah di daerah Sandakan dan Kinabatangan. Rekabentuk kajian adalah dengan
menggunakan kaedah tinjauan soal selidik yang diedarkan pada setiap sekolah di
daerah Kinabatangan dan Sandakan bagi mendapatkan maklumat kajian. Soal selidik
juga terdapat dalam bentuk aplikasi laman sesawang bagi memudahkan pengkaji
mengumpul maklumat. Sebanyak 30 buah sekolah di kedua-dua daerah terlibat dan
dipilih bertujuan bagi mengenalpasti tahap kompetensi guru mengikut lokasi
penempatan serta tempoh mengajar. Data dianalisis menggunakan kaedah ANOVA
dan korelasi Spearman SPSS 17.0. Hasil kajian mendapati bahawa tidak ada
perbezaan kompetensi yang signifikan di antara lokasi penempatan guru (p=0.114,
p>0.005) dan tidak terdapat perbezaan kompetensi yang signifikan di antara tempoh
mengajar guru (p=0.057, p>0.005). Kajian juga mendapati tidak terdapat
perhubungan yang signifikan bagi kompetensi dengan lokasi penempatan guru
(p=0.58, p>0.005) dan tidak terdapat perhubungan yang signifikan bagi kompetensi
guru dengan tempoh mengajar (p=0.57, p>0.005). Hasil dapatan kajian menunjukkan
kompetensi guru baharu dan berpengalaman tidak dipengaruhi oleh lokasi
penempatan dan tempoh mengajar. Selain daripada itu juga kajian ini dapat
membantu pihak Pejabat Pelajaran Daerah bagi mengenalpasti kursus dan bimbingan
yang perlu diberikan bagi membantu mereka mencapai kompetensi yang diperlukan
oleh guru.
vii
COMPETENCE OF TEACHERS LOCATION BASED ON PLACEMENT LOCATION AND DURATION OF TEACHING SERVICE
ABSTRACT
This study aims to identify the differences and relationships of the Science teachers’
competency in the placement location and duration of service among certified
teachers in Sandakan and Kinabatangan. Research design involved questionnaires
survey method where questionnaires were distributed to every school in
Kinabatangan and Sandakan district to obtain the information for this study. The
questionnaire was also available in the form of web application to facilitate
researcher to gather information. A total of 30 schools in the two district have
involved and were chosen to identify the level of competency among teachers in the
placement location and duration of service. Data were analyzed using ANOVA and
Spearman correlation SPSS 17.0. The study found that there was no significant
difference among teachers’ competency between placement location (p = 0.114, p
<0.005) and there was no significant difference in competency between teachers’
service duration (p = 0.057, p <0.005). There was no significant relationship
between competency and teacher placement location (p = 0.58, p <0.005) and there
was no significant relationship between teacher competency and service duration (p
= 0.57, p <0.005). The findings show that the competency of novice and
experiencesd teachers are not influenced by the placement location and service
duration. Besides that this study will help the District Education Office to identify the
training and guidance that need to be provided in helping them to achieve
competency needed by a teacher.
viii
KANDUNGAN
Muka Surat
PENGAKUAN iiiPENGESAHAN viPENGHARGAAN vABSTRAK viABSTRACT viiKANDUNGAN viiiSENARAI JADUAL xiSENARAI RAJAH xiiSENARAI LAMPIRAN xiii
x
BAB 1 PENGENALAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Kajian 5
1.1.1 Standard Kompetensi Guru Malaysia 7
1.2 Permasalah Kajian 10
1.3 Objektif Kajian 12
1.4 Persoalan Kajian 12
1.5 Hipotesis Kajian 13
1.6 Kepentingan Kajian 13
1.7 Batasan Kajian 15
1.8 Definisi Operasional 16
1.8.1 Kompetensi Guru 16
1.8.2 Kategori Sekolah 16
1.8.3 Bandar 17
1.8.4 Tempoh Mengajar 17
1.9 Kerangka Konseptual 18
BAB 2 KAJIAN LITERARTUR
2.1 Pengenalan 20
2.1.1 Konsep Atau Teori Kompetensi 20
2.2 Standard Guru Malaysia 21
2.2.1 Sikap Professional 21
2.2.2 Pengetahuan Profesional 24
2.2.3 Amalan Profesional 25
2.3 Penempatan 27
2.4 Faktor-faktor Penyumbang Tahap Kompetensi 28
2.5 Tempoh Perkhidmatan atau Pengalaman Mengajar 28
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 40
3.2 Rekabentuk Kajian 40
3.3 Persampelan 41
xi
3.4 Instrumen Kajian 41
3.5 Tahap Realibiliti Instrumen 43
3.6 Prosedur Kajian 43
3.7 Analisis Data 44
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 47
4.1.1 Kompetensi Guru Berdasarkan Penempatan di
Bandar, Luar Bandar dan Pedalaman
49
4.1.2 Kompetensi Guru Berdasarkan Tempoh Mengajar 52
4.1.3 Hubungan Antara Kompetensi Guru Dengan
Penempatan
55
4.1.4 Hubungan Kompetensi Dengan Tempoh Mengajar 56
4.2 Rumusan 58
BAB 5 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Ringkasan Kajian 59
5.3 Perbincangan 60
5.3.1 Kompetensi Guru Berdasarkan Lokasi Penempatan 60
5.3.2 Kompetensi Guru Berdasarkan Tempoh Mengajar 64
5.3.3 Hubungan di antara Kompetensi Guru dan Lokasi
Penempatan
66
5.3.4 Hubungan di antara Kompetensi Guru dan Tempoh
Mengajar
69
5.4 Rumusan 71
5.5 Implikasi & Cadangan 75
5.6 Kesimpulan 77
RUJUKAN 78
xiii
SENARAI JADUAL
No Jadual Muka Surat
3.1 Penetapan Alpha Cronbach George & Mallory
(2003)
42
3.2 Jadual Kebolehpercayaan Item 43
3.3 Nilai Kompetensi Nilai Min 45
3.4 Nilai Korelasi /Hubungan 46
4.1 Taburan Kompetensi Guru Dengan Lokasi
Penempatan
52
4.2 Ujian ANOVA Kompetensi Guru Dengan Lokasi
Penempatan
52
4.3 Kesan Saiz Kumpulan Antara Lokasi Penempatan 52
4.4 Keputusan Ujian Post Hoc Tukey Kompetensi
Guru Dengan Lokasi Penempatan
52
4.5 Taburan Kompetensi Guru Dengan Tempoh
Mengajar
53
4.6 Ujian ANOVA Kompetensi Guru Dengan
Tempoh Mengajar
53
4.7 Keputusan Ujian Post Hoc Tukey Kompetensi
Guru Dengan Tempoh Mengajar
54
xiv
4.8 Kesan Saiz Kumpulan Tempoh Perkhidmatan 55
4.9 Korelasi Kompetensi Guru Dengan Lokasi
Penempatan
56
4.10 Korelasi Kompetensi Guru Dengan Tempoh
Mengajar
57
SENARAI RAJAH
No Rajah Muka Surat
1.1 Kerangka Konseptual Kajian 18
xvi
SENARAI LAMPIRAN
A. Jadual 1: Bahagian Kompetensi Pengajaran 90
B Jadual 2: Kompetensi Bagi Elemen amalan Profesional 94
C. Borang Soal Selidik 102
D. Surat Kebenran Dari Pihak Universiti 108
E. Seurat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia (EPRD)
109
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Guru merupakan profesion yang memerlukan kepakaran dan kemahiran dalam
mendidik bukan sahaja dari segi perkembangan ilmu tetapi ia juga berkait rapat
dengan akhlak dan budi pekerti seseorang individu. Tugas menjadi guru ini
memerlukan kemahiran yang tinggi dalam mengenalpasti kelemahan dan kekuatan
seseorang individu bagi memudahkan cara membentuk masyarakat yang madani.
Menurut undang- undang Republik Indonesia fasal 1 butir 1 no. 14 tahun 2005
tentang guru dan pensyarah - Guru adalah pendidik profesional dengan tugas utama
mendidik, mengajar, membimbing, mengarahkan, melatih, menilai dan mentaksir
anak didik bagi pendidikan formal, pendidikan rendah dan pendidikan menengah.
Selain daripada itu menurut Haskew dan Jonathan (2001) menyatakan bahawa guru
boleh didefinisikan sebagai seseorang yang mempunyai kemampuan dalam menatar
dan mengelola kelas. Sehubungan dengan itu guru bertanggungjawab sebagai ibu
bapa kedua bagi komponen masyarakat kerana sebahagian daripada masa yang
diluangkan oleh murid di sekolah adalah lebih kurang satu per tiga hari. Ini
menunjukkan guru memainkan peranan yang penting dalam membina masyarakat
dalam sesebuah negara. Sehubungan dengan itu banyak program perguruan
2
diwujudkan di seluruh Malaysia bagi memantapkan dan melahirkan masyarakat yang
berkualiti.
Bagi menghasilkan guru yang berkompetensi dalam mengajar, akses dalam
pendidikan di seluruh negara kita perlulah sekata dan seimbang bagi membolehkan
guru menghasilkan masyarakat yang berilmu. Namun begitu, terdapat beberapa
kawasan di pedalaman Sabah tidak mendapat akses kepada maklumat pendidikan
atas talian. Keadaan ini mengakibatkan tahap pendidikan murid di kawasan ini
sedikit terjejas. Kawasan pedalaman biasanya kurang mendapat kemudahan yang
lengkap berbanding murid-murid yang belajar di bandar kerana keadaan jalan yang
tidak baik dan kurang kemudahan asas seperti bangunan yang kurang kondusif
menyebabkan kadar penyerapan ilmu terganggu. Akses jalur lebar yang
mempengaruhi penyebaran ilmu yang sedang diterapkan oleh pihak kerajaan menjadi
tidak terkesan berikutan keadaan dhaif capaian jalur lebar yang lemah di kawasan
pedalaman dan kampung di Sabah. Oleh itu adalah penting menghasilkan guru yang
mampu memberikan ilmu setanding dengan tahap murid di bandar. Ini adalah kerana
guru yang berkompetensi sudah pasti dapat menyesuaikan diri dengan dan
menggunakan strategi berkesan mengikut situasi persekitaran. Menurut Gonzi et al.
(1990), kompetensi merujuk kepada gabungan sifat-sifat yang mendasari beberapa
aspek prestasi yang baik.
Guru yang berkompetensi juga merupakan guru yang mempunyai kompetensi
yang baik dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menjurus
kepada pembangunan murid yang baik. Dalam melahirkan guru yang profesional,
3
terdapat pelbagai ciri yang menyumbang kepada pembelajaran berkesan tetapi semua
ciri dan kompetensi memerlukan latihan, penambahbaikan dan perkembangan.
Mengajar merupakan satu profesion yang kompleks dengan motivasi instrinsik dan
ekstrinsik. Messick (1984) menjelaskan bahawa kecekapan atau kompetensi merujuk
kepada apa yang orang tahu dan kebolehan melakukan sesuatu di bawah keadaan
yang kondusif manakala prestasi merujuk kepada keadaan yang sebenar yang boleh
dilakukan menurut apa yang sedia ada. Kompetensi merangkumi pengetahuan dan
kebolehan manakala prestasi merangkumi proses mengakses dan menggunakan
pelbagai afektif, motivasi, penumpuan dan gaya faktor-faktor yang mempengaruhi
sesuatu keadaan. Mengikut Kim dan Kellough (1994) untuk menjadi seorang guru
yang berkesan, seseorang itu mesti mahir di dalam membuat keputusan yang tepat
pada sebarang keadaan. Keputusan yang tepat dapat dibuat sekiranya seseorang guru
itu memiliki perkara-perkara berikut: (1) akal budi (2) kepintaran (3) ilmu tentang
kurikulum dan pedagogi (4) kesanggupan untuk ditegur dan diperbetulkan
kelemahannya dalam aspek pengajaran melalui refleksi diri supaya menjadi guru
contoh.
Ciri-ciri guru yang berkompetensi bergantung kepada latihan dan program
serta kursus yang dijalani oleh guru tersebut. Menurut Lembaga Antarabangsa
Standard Latihan, Pencapaian dan Arahan (IBSTPI), (2007) "... satu set bersepadu
kemahiran, pengetahuan, dan sikap yang membolehkan seseorang untuk melakukan
aktiviti-aktiviti pekerjaan yang diberi dengan berkesan atau fungsi kepada standard
yang diharapkan dalam pekerjaan. Kecekapan IBSTPI adalah penyata tingkah laku
bukan personaliti atau kepercayaan, tetapi mereka sering mencerminkan sikap.
4
Profesion keguruan memerlukan guru perlu sentiasa memperbaharui
pengetahuan dan kemahirannya. Seorang guru seharusnya perlu berilmu bukan
sekadar mengikut keperluan murid tetapi juga perlu meningkatkan ilmu kendiri.
Program perguruan merupakan salah satu program pendidikan yang
dijalankan di kebanyakan intitusi pendidikan di seluruh Malaysia. Malaysia adalah
antara negara yang mempunyai sistem kurikulum yang berprestij dan sehubungan
dengan itu, kerajaan telah mewujudkan beberapa program ijazah perguruan yang
pelbagai. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia.
Antara program-program ijazah yang dijalankan di institusi pendidikan ialah Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP), program pendidikan mengikut kursus yang diadakan di setiap universiti
dan program pengijazahan perguruan. Sehubungan dengan itu program-program ini
dilaksanakan bagi melahirkan guru yang mempunyai kemahiran yang menyeluruh
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian dan
keperluan pelajar masa kini. Selain daripada itu program ijazah perguruan ini juga
adalah bertujuan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan
guru dengan menerapkan pelbagai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) dan teknologi maklumat selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan generasi
yang celik teknologi maklumat (IT) dan mempunyai minda kelas pertama.
1.1 Latar Belakang Kajian
5
Kompetensi adalah berbeza mengikut acuan sesebuah negara dalam pendidikan.
Kurikulum yang dirangka adalah mengikut kepada hala tuju dan matlamat yang ingin
dicapai negara. Bagi mencapai matlamat negara, guru yang berkualiti dan
berkompetensi diperlukan. Kompetensi juga adalah sangat luas dari segi pelbagai
aspek. Bagi memastikan kompetensi guru dapat diukur, terdapat pelbagai kajian yang
dijalankan di Australia, United Kingdom dan Australia. Kompetensi yang telah
disepakati oleh badan pendidikan Australia dalam membangunkan set yang diiktiraf
oleh piawaian profesional, Lembaga Pendaftaran Guru, Queensland (2002)
menyatakan bahawa seorang guru harus sentiasa meningkatkan pengetahuan mereka.
Sehubungan dengan itu kerajaan Australia telah merangka satu kompetensi nasional
bagi memanfaatkan komuniti pendidikan. Kompetensi (lampiran A jadual 1) meliputi
bahagian pengajaran di dalam kelas yang dapat di senaraikan kepada lima bahagian
seperti berikut:
Kompetensi 1: Menggunakan dan membangunkan pengetahuan dan nilai- nilai
profesional.
i. Kompetensi 2: Berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja dengan pelajar dan
lain-lain.
ii. Kompetensi 3: Merancang dan menguruskan proses pembelajaran
pengajaran
iii. Kompetensi 4: Pemantauan dan penilaian kemajuan pelajar dan hasil
Pembelajaran.
Kompetensi 5: Merefleksi dan merancang untuk peningkatan berterusan
6
Bagi tahap kompetensi di Malaysia berdasarkan Standard Guru Malaysia
menyatakan bahawa kompetensi guru haruslah dibina atas 10 prinsip iaitu berkaitan
dengan (i) pengetahuan tentang matapelajaran, (ii) pengetahuan tentang
perkembangan dan pembelajaran individu, (iii) menyesuaikan pengajaran untuk
keperluan individu, (iv) kepelbagaian strategi pengajaran, (v) kemahiran
memotivasikan dan menguruskan kelas, (vi) kemahiran komunikasi, (vii) kemahiran
merancang pengajaran, (viii) penaksiran pembelajaran pelajar, (ix) komitmen dan
tanggungjawab profesional, dan (x) perkongsian.
Intipati kepada standard kompetensi guru adalah kompetensi yang berkait
dengan kompetensi berikut:
1. Reka bentuk dan perancangan pengajaran yang memperkembangkan
keupayaan pelajar untuk mencapai standard akademik.
2. Membina dan mengekalkan klimaks pembelajaran yang menyokong
perkembangan keupayaan pelajar untuk mencapai standard akademik.
3. Pelaksanaan dan pengurusan pengajaran guru yang memperkembangkan
keupayaan pelajar untuk mencapai standard akademik.
4. Akses pembelajaran dan komunikasi terhadap pelajar, ibu bapa, dan lain-
lain profesional yang menyumbang kepada keupayaan pelajar untuk
mencapai standard akademik.
5. Berkolaborasi dengan rakan sejawat, ibu bapa, komuniti dan lain-lain
agensi untuk membentuk, melaksanakan, dan menyokong program
pembelajaran yang memperkembangkan keupayaan pelajar untuk mencapai
7
standard akademik dan transit dari sekolah ke pekerjaan atau ke pendidikan
lanjut.
6. Melihat dan menilai prestasi keseluruhan dan melaksanakan plan
pembangunan profesional.
7. Mempunyai pengetahuan akademik yang spesifik di dalam mata pelajaran
yang bersesuaian dengan perkembangan pengetahuan dan perkembangan
standard akademik pelajar.
8. Menunjukkan pengetahuan profesional terkini yang memadai untuk
mereka bentuk dan merancang pengajaran yang efektif, melaksana dan
mengurus pengajaran, membina dan mengekalkan kesesuaian persekitaran
pembelajaran, dan menaksir pembelajaran pelajar.
1.1.1 Standard Kompetensi Guru Malaysia
Standard Kompetensi Guru Malaysia disyorkan agar merangkumi tiga standard
profesional dalam tugas guru iaitu sikap profesional, pengetahuan profesional dan
amalan profesional. Elemen-elemen ini saling berkaitan antara satu sama lain.
Adalah dicadangkan rangka kerja ini dibahagikan kepada tiga fasa utama yang
merujuk kepada bidang kerja guru. Tiga fasa utama tugas guru ini dinamik dan tidak
berkaitan dengan tempoh perkhidmatan. Seseorang guru mungkin boleh berada pada
mana-mana fasa dalam mana-mana tahap karier mereka. Semua guru di setiap fasa
perlu menguasai standard sikap profesional dan standard pengetahuan profesional.
Rangka kerja ini dibentuk sedemikian rupa supaya dengan reka bentuk begini guru-
guru lebih terarah dan terbimbing dalam menentukan tahap kompetensi masing-
8
masing sama ada di tahap asas sederhana atau cemerlang. Fasa-fasa ini juga bakal
memberi ruang kepada para guru untuk terus menyahut cabaran untuk mencapai
tahap kompeten tertinggi iaitu fasa tiga. Malah cabaran yang lebih hebat lagi ialah
mengekalkan pencapaian atau tahap kompetensi yang terbaik. Fasa-fasa ini akan
dibincangkan dengan lebih terperinci dalam bab dua.
Tahap kompetensi guru adalah satu aspek yang sangat penting dalam
melahirkan murid yang berdaya saing. Sehubungan dengan itu Program Ijazah
Perguruan dijalankan bagi memberi kesediaan guru dengan pelbagai kemahiran
pengajaran dan pembelajaran dalam membentuk acuan rakyat di masa depan. Kualiti
pendidikan bergantung kepada kualiti dan kompetensi guru. Guru yang berkualiti dan
berkompetensi dapat merubah dan mengadun strategi selaras dengan keadaan
persekitaran dan tahap pemikiran murid yang diajar. Tahap kompetensi dan kualiti
guru yang baik dapat dicapai melalui latihan dan teori yang dipelajari semasa di
institusi pengajian pendidikan. Namun begitu ada kemahiran yang perlu di pelajari
oleh guru melalui latihan rutin selepas ditempatkan di sekolah masing-masing.
Antara tugas-tugas yang sering di hadapi oleh guru yang baru ditempatkan adalah
tugas guru kelas, tugas-tugas pentadbiran seperti pengurusan fail panitia, pengurusan
kantin, stor dan asset sekolah, pengurusan buku teks, dan pelbagai lagi menyebabkan
guru tidak kompetensi dalam melaksanakan tugas yang sepatutnya. Arus perubahan
dalam pendidikan juga boleh menjadi faktor kepada asimilasi seorang guru untuk
mengikuti arus perubahan dalam pendidikan yang menganggu kompetensi guru.
Keadaan ini menyebabkan guru memerlukan beberapa tahun untuk menjadi
kompeten dalam melaksanakaan tugas sebagai seorang guru.
9
Arus perubahan pendidikan terutamanya guru dan strategi pendidikan dalam
bilik darjah yang lebih kepada penggunaan komputer dan akses internet juga sedikit
sebanyak adalah faktor kompetensi guru terganggu. Namun begitu arus perubahan
pendidikan menggunakan jalur lebar adalah tidak sekata dan tidak adil kepada murid-
murid yang berasal di pedalaman dan kampung-kampung kerana kebanyakan
kemudahan di kawasan ini adalah jauh berbeza berbanding sekolah yang berada di
bandar. Keadaan di kawasan pedalaman khususnya tidak mendapat perkhidmatan
jalur lebar yang pantas seperti di kawasan bandar. Selain daripada itu juga keadaan
bangunan yang uzur juga merupakan salah satu faktor kenapa komputer tidak dapat
dipelihara dengan baik. Keadaan bekalan elektrik yang tidak stabil pula
menyebabkan komputer terbakar dan menyebabkan strategi menggunakan komputer
sebagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi terbatas. Hasrat
murni kerajaan yang telah mengadakan dan menjalankan aplikasi jalur lebar dengan
menggunakan 1BestariNet Virtual Learning Environment (Frog VLE) hanyalah
dapat diakses oleh guru, murid dan ibu- bapa yang berada di kawasan bandar sahaja.
Oleh itu guru yang kompeten haruslah bijak dalam mengalakkan proses
pembelajaran interaktif yang berbeza bagi menghasilkan pendidikan yang berkualiti
dan setanding dengan murid yang berada di bandar. Guru yang berkesan ialah guru
yang mampu menunjukkan personaliti yang baik dan profesional dalam bekerja.
Guru yang berkesan juga adalah guru yang mampu menunjukkan prestasi yang baik
walaupun terdapat kekangan dari segi perkembangan sesuatu tempat baik dari segi
budaya ataupun kemajuan.
10
Kajian ini dijalankan di Sabah di daerah Kinabatangan dan Sandakan kerana
pengkaji berada di kawasan tersebut. Lokasi sekolah adalah umum dan meliputi
sekolah bandar, luar bandar dan pedalaman. Responden pula terdiri daripada guru-
guru berijazah yang telah ditempatkan di sekolah tersebut dan berkhidmat lebih
daripada satu tahun ke atas. Kajian ini dijalankan selama tiga bulan bagi membuat
perbandingan kompetensi guru berijazah major Sains di bandar dan luar bandar serta
tempoh perkhidmatan di sekolah rendah.
1.2 Permasalah Kajian
Masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perkara biasa
yang dialami dalam sesebuah negara. Kompetensi guru atau tenaga pengajar yang
mahir merupakan salah satu kunci utama dalam meningkatkan kualiti pendidikan di
negara kita. Perubahan dalam kurikulum Sains dan Matematik adalah selaras dengan
perkembangan negara. Sesebuah negara tidak dapat berkembang sekiranya kurang
tenaga mahir bagi membangunkan negara tersebut. Data yang diperolehi dari pasaran
pekerja menyokong pendapat mengenai kekurangan sumber manusia atau
kekosongan di dalam pekerjaan memerlukan kelayakan Sains dan disokong dengan
kemahiran berkomunikasi dan berbahasa Inggeris (Azuhar, 2003).
Selain daripada itu juga masalah timbul apabila kawasan pedalaman di sekitar
tidak dapat kemudahan yang sama seperti kemudahan yang terdapat di sekolah
kawasan bandar ataupun luar bandar. Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr
11
Mohd Puad Zarkashi (2015) menyatakan bahawa kebanyakan sekolah di Sabah dan
Sarawak masih belum terbela kerana keadaan kemudahan yang terdapat di sekolah
Sabah dan Sarawak adalah dhaif dan menyedihkan. Beliau juga menyatakan
kemudahan internet terutamanya telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan
yang juga bertujuan membantu para guru dalam menyampaikan ilmu secara berkesan
adalah tidak relevan kerana kebanyakan sekolah di Sabah dan Sarawak tidak
mendapat capaian internet bagi melaksanakan program itu.
Satu program mengajar di pedalaman telah di jalankan oleh seorang
pensyarah Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Muhammad Khairi Mohamed Nor
(2012) menyatakan dalam laporannya bahawa kemudahan infrastruktur yang
selalunya kurang baik terutama di kawasan pedalaman bermula dengan jalan
perhubungan, sistem komunikasi, kemudahan infrastruktur di kawasan sekolah,
tempat tinggal, bekalan air dan elektrik dan sebagainya menjadi cabaran yang
terpaksa dilalui oleh guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman ini. Masalah
yang timbul di kawasan penempatan guru menjadi masalah sekiranya penempatan
menjadi punca utama kompetensi guru terganggu.
Dunia pendidikan kini telah jauh berbeza dan berubah dan keadaan ini
menyebabkan guru perlulah sentiasa meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan
mengikut tahap perkembangan pendidikan masa kini. Kualiti pendidikan adalah
saling berkait rapat dengan kualiti guru. Pendidikan pada abad ke- 21 bukan sahaja
memerlukan kita melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi
dalam bidang industri dan teknologi, pengurusan dan perdagangan tetapi juga harus
12
menghasilkan insan yang mempunyai sistem nilai dan etika serta akhlak yang baik,
berperibadi mulia, bertanggungjawab, patuh kepada Tuhan serta berkemampuan
untuk membangunkan masyarakat dan negara (Shahril dan Habib; 2001). Dalam
dunia moden yang berkembang pesat ini, peranan sekolah telah berubah dan guru
perlu meningkatkan domain pengetahuan dan kecekapan-kecekapan baru untuk
membolehkan mereka mengikut peredaran zaman (Sani, 2005). Justeru itu kajian ini
adalah juga bertujuan bagi mengenalpasti kompetensi guru di Sabah serta kaitannya
dengan berdasarkan lokasi penempatan dan tempoh perkhidmatan .
1.3 Objektif Kajian
1. Membuat perbandingan kompetensi guru pedalaman, luar bandar dan bandar.
2. Membuat perbandingan kompetensi guru mengikut tempoh mengajar.
3. Mengetahui hubungan antara kompetensi dengan penempatan guru.
4. Mengetahui hubungan antara kompetensi dengan tempoh mengajar.
1.4 Persoalan Kajian
1. Adakah terdapat perbezaan kompetensi antara guru pedalaman, luar bandar
dan bandar?
2. Adakah terdapat perbezaan kompetensi antara guru yang lama mengajar
berbanding guru yang baru berkhidmat?
3. Adakah semakin maju (bandar) lokasi guru ditempatkan, semakin kompeten
guru tersebut?
4. Adakah semakin lama guru mengajar, semakin kompeten guru tersebut?
13
1.5 Hipotesis Kajian
H01. Tiada perbezaan kompetensi yang signifikan di antara penempatan guru.
H02. Tiada perbezaan kompetensi yang signifikan di antara tempoh mengajar guru.
H03. Tiada perhubungan yang signifikan antara kompetensi guru dengan lokasi
penempatan guru.
H04. Tiada perhubungan yang signifikan antara kompetensi guru dengan tempoh
guru mengajar.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti perbandingan tahap
kompetensi guru pedalaman, luar bandar dan bandar serta pengalaman mengajar.
Guru di luar bandar mendapat lebih pendedahan terhadap isu semasa dan
perkembangan teknologi. Menurut Zalika et al. (2009) mendapati terdapat jurang
perbezaan pencapaian pelajar di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman. Antara
faktor perbezaan pencapaian ini ialah tiada kesedaran ibu bapa, kemiskinan keluarga,
sikap pelajar, kekurangan bahan bantu pengajar, kemudahan infrastruktur, dan jurang
pendapatan penduduk yang ketara. Sehubungan dengan itu guru yang berada di luar
bandar lebih terdedah kepada implementasi penggunaan teknik mengajar serta
strategi pengajaran yang baharu berbanding guru yang berada di pedalaman.
Keadaan ini menjadikan guru di bandar lebih kompeten dari segi penggunaan
14
pelbagai bahan mengajar yang baharu. Keadaan ini menyebabkan guru yang berada
di luar bandar dan pedalaman tertinggal dari segi perkembangan kemahiran dan
teknik mengajar yang baru dan terhasilnya kurang kompetensi dalam penggunaan
alatan teknologi yang baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui kajian ini
pengkaji dapat mengenalpasti kompetensi guru dan mengetahui tahap kemahiran
guru mengajar di sesuatu kawasan sama ada di bandar, luar bandar atau di
pedalaman.
Selain daripada itu, tempoh perkhidmatan atau pengalaman mungkin
merupakan salah satu elemen dalam mengukur kompetensi guru. Guru yang
berkhidmat lebih lama mungkin mempunyai kompetensi yang lebih tetapi mungkin
juga kurang kerana kurang mahir dalam penggunaan bahan berteknologi. Sistem
pendidikan masa kini lebih banyak menggunakan teknologi seperti pengisian Sistem
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS), Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
(SAPS), Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) dan sebagainya.
Rentetan itu terdapat rungutan terhadap sistem ini mengatakan lebih menyusahkan
ramai guru. Kajian ini adalah untuk melihat perbandingan kompetensi adakah
dipengaruhi oleh lokasi penempatan ataupun tempoh perkhidmatan guru.
Selain daripada itu juga kajian ini boleh dirujuk oleh Pejabat Pelajaran
Daerah di peringkat daerah atau sekolah bagi menambahbaik mutu pendidikan dan
kemahiran mengajar guru pelatih di IPG dan kursus pendidikan di IPT. Di samping
15
itu juga kajian ini dapat membantu murid mendapat untuk mendapathak sama rata
yang perlu murid peroleh daripada sistem pendidikan di negara kita.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini mempunyai batasan dari segi kekangan masa yang suntuk bagi
memastikan responden turut serta dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan di beberapa
kawasan di seluruh daerah Kinabatangan dan Sandakan dan keadaan ini
melambatkan proses kajian itu dijalankan.
Selain daripada itu juga kajian ini mendapat kekangan dari segi kerjasama
responden untuk bertindak cepat dalam mengisi soal selidik yang diberi. Responden
juga tidak memberikan kerjasama dengan baik kerana melibatkan kos kewangan dan
masa berkhidmat. Kekangan dari pihak atasan juga mungkin akan berlaku kerana
soal selidik yang diedarkan juga adalah berkait dengan pentadbir yang perlu terlibat
bagi mendapatkan pendapat mengenai kompetensi guru berijazah.
Oleh itu kajian ini dijalankan dengan menggunakan sistem atas talian bagi
membolehkan guru-guru atau responden mengakses borang soal selidik di atas talian
selain daripada borang soal selidik yang diedar di setiap daerah melalui Pejabat
Pelajaran Daerah masing-masing. Langkah ini dapat mempercepatkan data kajian
diperoleh dan dianalisis. Selain daripada itu juga bantuan daripada pihak Pejabat
Pelajaran Daerah membantu dalam memastikan semua guru-guru Sains berijazah
menjawab soal selidik yang telah diedar.
16
1.8 Definisi Operasional
1.8.1 Kompetensi guru
Kompetesi guru ialah tahap kecekapan dan kebolehan guru menjalankan tugas
mengikut ruang lingkup yang sepatutnya. Dalam kajian ini tahap kompetensi guru
diukur dengan menggunakan lima konstruk iaitu kemahiran guru secara umum,
kompetensi guru dalam cara menguruskan pengajaran dan pembelajaran (P&P), cara
guru dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah, cara guru melaksanakan penilaian
terhadap murid dan kemahiran guru menggunakan teknologi dan gaget- gaget terkini.
1.8.2 Kategori Sekolah
Sekolah bandar ialah sekolah yang terdapat di sekitar tempat yang membangun dan
lebih maju berbanding sekolah yang berada di luar bandar. Sekolah bandar biasanya
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang lengkap. Selain daripada itu
bilangan murid juga adalah lebih ramai berbanding sekolah yang berada di luar
bandar atau pedalaman.
Sekolah luar bandar meliputi sekolah yang berada di kampung. Sekolah ini
pada umumnya mempunyai kurang fasiliti yang lengkap ekoran daripada keadaan
persekitaran yang kurang sesuai. Selain daripada itu murid yang berada di luar
bandar juga adalah lebih sedikit berbanding murid di sekolah bandar.
Bagi kategori sekolah pedalaman, sekolah ini biasanya mempunyai
kemudahan yang sangat kurang dari segi kemudahan asas seperti tempat tinggal, air,
17
bekalan elektrik, dan perhubungan. Sekolah di kawasan pedalaman di dalam kajian
ini meliputi sekolah pedalaman satu, pedalaman dua dan pedalaman tiga.
1.8.3 Bandar
Bagi kategori sekolah bandar pula, sekolah yang berada di dalam kawasan bandar
yang mempunyai prasarana yang cukup meliputi kemudahan asas seperti perabot
sekolah, bangunan dan tempat belajar yang lengkap memenuhi keperluan murid.
Sekolah bandar juga boleh dilihat sebagai sebuah sekolah yang mempunyai
kemudahan komunikasi yang lebih canggih seperti capaian internet yang lebih stabil,
jalan ke sekolah yang lebih selamat dan tidak jauh dari penempatan masyarakat, dan
mempunyai talian komunikasi yang baik.
1.8.4 Tempoh Mengajar
Tempoh mengajar adalah masa yang di kira daripada awal penempatan guru di
sesebuah sekolah sehingga masa sekarang. Pengalaman mengajar guru
diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan mengikut Trotter (1986) iaitu guru novis
yang berkhidmat selama satu tahun, guru novis lanjutan berkhidmat antara satu
hingga tiga tahun, Guru cekap pula berkhidmat antara empat hingga lima tahun, guru
mahir berkhidmat antara enam hingga sembilan tahun dan seterusnya guru pakar
yang berkhidmat sepuluh tahun ke atas.
1.9 Kerangka Konseptual
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik yang telah di edarkan
di daerah Kinabatangan dan Sandakan. Soal selidik yang ditadbir mengenai
18
kompetensi guru meliputi lima aspek kompetensi iaitu kompetensi umum, cara
pengajaran dan pembelajaran, pengurusan, penilaian dan pengurusan ICT. Kelima-
lima aspek ini diselidik bagi melihat perbezaan dan perhubungan dengan tempat
mengajar guru serta tempoh perkhidmatan guru. Rajah 1.1 menunjukkan rajah
kerangka konseptual kajian ini:
Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian
Kompetensi Umum
Cara Pengajaran dan Pembelajaran
Pengurusan ICT
KOMPETENSI GURU
Penilaian
Pengurusan dan Pentadbiran
Penempatan
Pengalaman Mengajar
20
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan tentang konsep atau teori tentang kompetensi, pengetahuan
profesional guru yang kompeten dan amalan profesional. Bab ini juga menerangkan
tentang definisi penempatan guru pedalaman, luar bandar dan bandar dengan
kompetensi serta tempoh perkhidmatan guru mengajar yang boleh menyumbang
kepada kompetensi guru mengajar.
2.1.1 Konsep atau Teori Kompetensi
Perkataan kompetensi berasal dari bahasa Latin iaitu ‘compete’ yang membawa
maksud sesuatu yang sesuai. Kompetensi adalah ciri asas yang mengaitkan
keberkesanan dan kebolehan menjalankan sesuatu tugas. Meriam –Webster (2013)
mendefinisikan “competency” sebagai “an ability or skill” yang bermaksud
keupayaan atau kemahiran.
21
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), kompetensi membawa
maksud cekap, berwibawa dan terlatih. Jadi, guru yang kompeten dapat didefinisikan
sebagai guru yang terlatih, berwibawa dan mempunyai kecekapan bukan hanya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, malah di luar bilik darjah.
Guru yang kompeten bukan sahaja mampu mengajar murid dengan
cemerlang, tetapi juga mempunyai keterampilan diri yang meyakinkan,
berpegang dengan prinsip kerja yang tekun, serta bijak menempatkan diri
dalam kalangan komuniti sekolah (Erdiana, 2006).
Guru-guru perlu mempunyai kemahiran selain dari kemahiran mengajar,
tetapi juga kemahiran mengurus, memimpin, berkomunikasi dengan
berkesan, mampu menyelesaikan masalah, serta mempunyai etika kerja yang
tinggi (Nashuha, 2009).
2.2 Standard Guru Malaysia
Standard Guru Malaysia (SGM) merupakan satu standard yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan guru
yang bakal dilahirkan berkualiti dan berkekalan dalam sistem pendidikan negara
sepanjang tempoh perkhidmatan. SGM bertujuan untuk mengenalpasti tahap
kompetensi profesional guru selaras dengan kriteria yang ditetapkan oleh Malaysian
Qualification Framework (MQF). Standard ini dijadikan sumber rujukan kepada
guru, pendidik guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), pentadbir institusi latihan
perguruan, agensi latihan perguruan dan pengetua serta guru besar di sekolah.
Berdasarkan standard kompetensi guru Malaysia, ia merangkumi tiga fasa standard
22
profesional tugas yang merangkumi (a) sikap profesional, (b) pengetahuan
profesional dan (c) amalan profesional.
2.2.1 Sikap Profesional
Sikap profesional merujuk kepada karakter yang telah dikenal pasti sangat penting
untuk pengajaran yang efektif. Ini adalah untuk memastikan supaya guru bersedia
kepada cabaran, kehendak dan kewajipan pengajaran. Sikap profesional
menyediakan nilai yang kukuh, kepercayaan dan kemahiran membuat keputusan dan
tindakan di dalam pekerjaan guru seharian. Standard ini juga menerangkan tentang
sikap dan tingkah laku guru untuk memudahkan pembelajaran pelajar berdasarkan
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
dan Kod Etika Profesion
Perguruan Malaysia. Guru yang kompeten seharusnya memiliki dan
mempamerkan ciri-ciri berikut (Saedah, 2010):
1) Boleh bekerja secara kolaboratif, iaitu mempamerkan kebolehan komunikasi
interpersonal yang cemerlang dan berupaya mewujudkan ruang untuk berkongsi
pengetahuan, idea dan pengalaman. Guru haruslah bersedia untuk mendapatkan
bantuan dari rakan sekerja dan juga bersedia mendengar nasihat. Di samping itu
menganggap pelajar, ibu bapa dan penjaga sebagai rakan kongsi di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
2) Komited di dalam tugas mendidik pelajar dan setiap tindakan dan keputusan
adalah berorientasikan kepentingan pelajar. Sentiasa bersemangat untuk menghadapi
cabaran mendidik pelajar dan mempunyai inspirasi yang tinggi untuk membuat
23
perubahan. Tumpuan sepenuhnya diberikan dalam aspek pendidikan, personal, sosial
dan moral pelajar serta mendidik mereka supaya mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat dan menjadi ahli masyarakat yang aktif dan produktif.
3) Guru mestilah beretika dalam menjalankan tanggungjawab iaitu dengan
menghormati hak setiap individu dan bertindak secara konsisten dan adil. Guru juga
perlu memahami prinsip keadilan sosial dan menterjemahkannya dengan membuat
keputusan yang adil.
4) Guru perlu inovatif iaitu menjadi penyelesai masalah yang kreatif. Bersedia
mengambil risiko untuk mencari penyelesaian baru kepada isu-isu pendidikan dan
mampu membuat invensi dalam perkembangan program pendidikan. Di samping itu
juga, menyediakan pengajaran yang mengambil kira minat pelajar dan berusaha
mengukuhkan pembelajaran pelajar.
5) Guru harus mengendalikan pelajar dengan berhati-hati dan sensitif dalam
mengenal pasti dan mengatasi masalah pelajar dalam pendidikan, fizikal, emosi,
sosial dan keperluan budaya.
6) Guru bersikap positif dalam membantu dan membina hubungan dengan yang lain.
7) Guru menunjukkan fleksibiliti dalam persekitaran kerja yang sentiasa berubah dan
sentiasa bersedia untuk melaksanakan perubahan. Guru perlulah ada perasaan bangga
dengan profesion mereka.
8) Guru berkebolehan untuk membuat refleksi. Guru mampu menganalisis amalan
profesionalisme dan boleh menggunakannya dalam membuat keputusan berdasarkan
fakta. Guru boleh menggunakan pengetahuan profesionalisme untuk merancang
24
tindakan dan menentukan matlamat untuk meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran pelajar.
2.2.2 Pengetahuan profesional
Guru-guru yang kompeten perlu mempunyai pengetahuan yang profesional ke arah
memaksimumkan kemampuan mereka untuk meningkatkan hasil pembelajaran
pelajar. Pengetahuan tentang pelajar, kurikulum, mata pelajaran, pedagogi, ICT,
sangat penting untuk membolehkan guru bertidak balas terhadap perubahan
keperluan pelajar.
Guru yang kompetensi perlulah:
1) Memahami struktur dan fungsi kurikulum dalam pendidikan dan implikasinya
terhadap pengajaran dan pembelajaran.
2) Memahami tujuan, sifat dan penggunaan pelbagai strategi penilaian serta
memahami bagaimana maklumat dapat diperoleh menerusi proses penilaian yang
memberikan kepada corak pengajaran.
3) Memahami bahawa pembelajaran pelajar dipengaruhi oleh perkembangan,
pengalaman, kebolehan, minat, bahasa, keluarga, budaya dan masyarakat.
4) Mengetahui konsep utama, isi kandungan dan proses inkuiri yang merupakan inti
pati kepada proses-proses pembelajaran.
5) Mahir dengan undang-undang dan peraturan sistem pendidikan dan ruang lengkap
kerja guru.
25
6) Peka dengan polisi kerajaan dan Kementerian Pendidikan khususnya yang
berkenaan dengan program pendidikan.
2.2.3 Amalan profesional
Amalan profesional disyorkan agar dikategorikan kepada tiga fasa yang dinamik dan
tidak berkaitan dengan tempoh perkhidmatan. Seseorang guru mungkin boleh berada
pada mana-mana fasa dalam mana-mana tahap karier mereka. Fasa-fasa ini diolah
berdasarkan 5 dimensi dalam pengajaran iaitu:
1) Pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran.
2) Penaksir dan pelapor hasil pembelajaran pelajar.
3) Penglibatan guru dalam peningkatan profesionalisme.
4) Penyertaan guru di dalam perkembangan dan pengurusan kurikulum
5) Pembentukan kerjasama di dalam komuniti sekolah.
Dengan reka bentuk begini guru-guru lebih terarah dan terbimbing dalam
menentukan tahap kompetensi masing-masing sama ada di tahap asas, sederhana atau
cemerlang. Fasa-fasa ini juga bakal memberi ruang kepada para guru untuk terus
menyahut cabaran untuk mencapai tahap kompetensi tertinggi iaitu fasa 3. Malah
cabaran yang lebih hebat lagi ialah mengekalkan pencapaian atau tahap kompetensi
yang terbaik.Elemen amalan professional bagi guru boleh dirujuk seperti dalam
lampiran B Jadual 2 menunjukkan elemen amalan profesional bagi guru.
26
Dalam bidang perkhidmatan perguruan, kompetensi adalah selari dalam
pengukuran tahap prestasi guru-guru. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia
(2013) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, pengukuran prestasi bagi
guru dalam perkhidmatan adalah berdasarkan kompetensi yang telah disenaraikan
dalam gelombang 1 dalam pelan tersebut. Setiap guru perlu mempunyai kompetensi
dalam setiap tempoh perkhidmatan mereka. Kompetensi ini merentasi empat dimensi
yang berbeza iaitu pengajaran dan pembelajaran, nilai-nilai profesional, aktiviti luar
bilik darjah dan sumbangan profesional. Fokus utama dalam instrumen penilaian
adalah merangkumi kecekapan asas seperti pedagogi yang mampu menyokong
pembangunan penilaian aras tinggi murid.
Menurut Suhardiman (1999) kompetensi adalah gabungan kemahiran dan
sikap yang diamalkan dan diaplikasikan dalam bentuk tingkahlaku dalam
perlaksanaan tugas. Aspek-aspek yang mengabungkan kemahiran dan sikap adalah
pengajaran dan pembelajaran, motivasi, disiplin dan sokongan pihak pengurusan ke
atas guru-guru.
Kajian yang telah dijalankan oleh Zarina (2012) melihat kepada kompetensi
dalam kalangan guru biasa dan guru cemerlang serta perbezaan kompetensi diantara
guru-guru tersebut. Melalui kajian tersebut, aspek kompetensi dilihat dari segi
sahsiah, kemahiran dan pengetahuan. Kajian tersebut mengenalpasti tahap
kompetensi guru biasa adalah sederhana berbanding guru cemerlang yang lebih
tinggi tahap kompetensinya. Kajian ini juga mengenalpasti guru cemerlang
merupakan golongan guru yang mempunyai kekuatan mental yang tinggi.
27
Kompetensi guru adalah salah satu faktor yang mempengaruhi tercapainya
tujuan pembelajaran dan pendidikan di sekolah. Kompetensi guru berkait rapat
dengan latar belakang pendidikan guru, dan pengalaman mengajar. Kompetensi guru
dapat dilihat dari segi keberhasilan murid yang diajar dan mutu pembelajaran yang
telah berjaya disampaikan oleh guru tersebut. Ini dapat dilihat dari segi pencapaian
seseorang pelajar dan keputusan yang diperolehi oleh seseorang pelajar tersebut.
2.3 Penempatan
Kajian yang dijalankan oleh Razzaq et al. (2009) telah mengenepikan faktor
penempatan sebagai punca guru tidak bermotivasi dan tidak berprestasi baik. Melalui
kajian tersebut, faktor kemudahan prasarana sekolah, keselesaan tempat bertugas dan
tahap prestasi murid tidak mempengaruhi prestasi dan motivasi guru-guru diawal
penempatan.
Faktor kemudahan asas juga disokong dalam kajian cabaran guru di sekolah
pedalaman (Mahyudin et al. 2008). Walaubagaimanapun, kajian yang telah
dijalankan mendapati terdapat segelintir guru yang tidak gembira dengan faktor
persekitaran kawasan penempatan. Kajian ini mengenalpasti faktor sikap merupakan
punca guru kurang motivasi dan tidak gembira dalam melaksanakan tugas mereka di
kawasan pedalaman.
28
Faktor utama dalam kajian prestasi dan motivasi guru pedalaman menjurus
kepada faktor sikap guru, kemudahan infrastruktur dan sosiobudaya kawasan
penempatan guru. Satu perkara baharu yang boleh dikaji mengenai perbandingan
penempatan adalah faktor penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Perbezaan lokasi penempatan guru membezakan tahap aplikasi ICT dalam sesi
pengajaran akibat keterbatasan infostruktur ICT terutamanya di kawasan pedalaman.
Walaubagaimanapun, masih belum ada kajian perbandingan sekolah luar bandar dan
bandar dalam penggunaan ICT.
2.4 Faktor-faktor penyumbang tahap kompetensi
Azizi dan Fadhlina (2010) dalam kajian kompetensi guru sekolah rendah terhadap
pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris menemukan
dengan beberapa faktor lain yang boleh menyumbang kepada tahap kompetensi guru.
Faktor yang dikenalpasti adalah latihan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran,
menambahkan aktiviti membaca pada bahan bacaan yang berkaitan,
memperbanyakkan sesi soal jawab sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran,
kreatif dan inovatif, dan mahir menggunakan ICT dalam sesi pengajaran.
2.5 Tempoh Perkhidmatan /Pengalaman Mengajar
Pengalaman guru mengajar merupakan salah satu aspek yang penting dalam
menghasilkan pendidikan yang berkualiti sekaligus menunjukkan tahap kompetensi
seseorang guru. Pengalaman dalam suatu pekerjaan dapat meningkatkan kemampuan
kerja. Menurut Oemar (2003: 67) “faedah yang dapat diperoleh guru selama
mengajar selain pengetahuan ialah:
29
1) Mampu berperanan sebagai organisator proses belajar mengajar.
2) Mampu menyusun bahan pelajaran atas dasar pendekatan struktural,
interdisiplin, fungsi, perlakuan dan teknologi.
3) Mampu menyusun garis besar program pengajaran.
4) Mampu memecahkan dan melaksanakan teknik-teknik mengajar yang baik
dalam mencapai tujuan pendidikan.
5) Mampu merencanakan dan melaksanakan teknik-teknik mengajar yang
baik dalam mencapai tujuan pendidikan.
6) Memahami dan mampu melaksanakan kegiatan dan pendidikan luar
sekolah.
Selain daripada itu juga pengalaman mengajar dapat meningkatkan kesedaran
guru mengenai tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh seorang guru di sekolah.
Menurut Benyamin Bwalman dalam kajian Helbert Peter (1999: 89) “pengalaman
adalah pemahaman yang merupakan hasil dari kehidupan melalui beberapa hal dari
praktis atau penglibatannya.” Ini menunjukkan bahawa pengalaman dapat memberi
kesedaran kepada guru dalam menghayati profesion, menyerap dan mengenali serta
memahami kompetensi yang harus dilakukan. Indikator kompetensi setiap guru yang
berpengalaman dapat dilihat dari segi (1)Masa kerja atau jam kerja; (2) keterampilan
dan pengetahuan yang dikembangkan; (3) mengikuti latihan atau pendidikan.
Rosnani (2003) menjelaskan dalam kajiannya bahawa guru yang kurang
berpengalaman menggunakan kemahiran berfikir dalam pengajaran lebih daripada
guru berpengalaman yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun. Ini adalah kerana
30
guru yang kurang pengalaman lebih bermotivasi untuk menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Dalam kajian tersebut juga menyatakan
faktor lain yang membezakan antara pengalaman guru baru dan guru lama seperti
faktor latihan dan jumlah masa mengajar.
Khalid (2009) menjelaskan kepentingan pengaruh faktor pengalaman
terhadap efikasi guru. Guru-guru yang mempunyai pengalaman lebih dari tujuh tahun
berada pada aras efikasi yang tinggi berbanding guru-guru yang mempunyai
pengalaman kurang dari tujuh tahun. Faktor yang meletakkan guru berpengalaman
berada pada tahap efikasi tinggi adalah keyakinan tinggi dalam penglibatan murid,
strategi pengajaran dan pengurusan kelas. Kajian ini juga mengenalpasti faktor
pengalaman mengajar menyumbang pengaruh besar terhadap efikasi guru
berbanding jenis latihan guru.
Hana (2010) dalam kajian mengenai hubungan pengalaman mengajar dan
motivasi telah menghasilkan hubungan yang positif dan signifikan antara
pengalaman mengajar dan motivasi serta kompetensi profesional pada guru.
Penguasaan ilmu dan keterampilan guru yang profesional akan menambahkan
pengalaman mereka.
40
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Kajian dijalankan adalah bertujuan membuat perbandingan dan melihat perhubungan
kompetensi guru bagi lokasi penempatan dan juga tempoh mengajar. Kajian
dijalankan di negeri Sabah di daerah Kinabatangan dan Sandakan. Kajian melibatkan
guru-guru siswazah yang berkhidmat kurang dari 10 tahun dalam perkhidmatan
pendidikan.
3.2 Reka bentuk Kajian
Kajian adalah berbentuk inferens dengan menggunakan borang soal selidik sebagai
alat pengumpulan data. Penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk menerokai
bidang kajian yang kurang dikaji. Ia adalah sesuai untuk menerangkan sesuatu
fenomena dan situasi yang berlaku dengan lebih jelas. Dalam kajian ini kaedah
41
tinjauan menggunakan soal selidik digunakan bagi mendapatkan situasi guru yang
berbeza di penempatan dan tempoh mengajar. Penggunaan soal selidik adalah lebih
mudah, menjimatkan kos dan juga memudahkan pihak responden untuk menjawab
soalan yang dikemukakan. Ia juga dapat memberikan ketepatan dalam sampel kerana
tidak dipengaruhi oleh penyelidik. Sebelum soal selidik diedarkan, kebenaran pihak
berwajib diperolehi untuk membenarkan responden memberikan kerjasama untuk
menjawab soal selidik.
3.3 Persampelan
Pemilihan sampel kajian selaras dengan keperluan rekabentuk dan tujuan kajian.
Tujuan persampelan ialah mendapatkan satu sampel yang mempunyai ciri-ciri umum
populasi, terutamanya ciri-ciri yang perlu diselidiki. Teknik persampelan bertujuan
diguna pakai kepada responden yang terdiri daripada guru siswazah yang berkhidmat
lebih dari satu tahun hingga tiga tahun, empat hingga lima tahun, enam hingga
sembilan tahun dan sepuluh tahun ke atas di daerah Kinabatangan.dan Sandakan.
Sampel dikategorikan kepada guru kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman.
Responden juga terdiri daripada guru major sains sekolah rendah. Kajian ini
dijalankan untuk membandingkan dan melihat perhubungan tahap kompetensi
mengikut penempatan dan tempoh mengajar guru.
3.4 Instrumen
Instrumen kajian yang diguna pakai adalah melalui instrumen penilaian kompetensi
guru yang dijalankan di Pakistan oleh Dr Nabi Bux Jumani. Penilaian kompetensi
42
dan motivasi merujuk kepada komponen kompetensi umum, pengajaran dan
pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran, penilaian dan penggunaan ICT. Terdapat
45 pernyataan dalam instrumen ini dan lima indikator yang dipilih oleh responden.
Lima indikator tersebut ialah sangat setuju, setuju, tidak pasti, kurang setuju dan
sangat tidak setuju.
3.5 Tahap Realibiliti Instrumen
Soal selidik yang ditadbir adalah mempunyai tahap ketekalan standard sebanyak
0.893. Berdasarkan syarat George dan Mallery (2003) menyatakan bahawa nilai
Alpha Cronbach yang bagus adalah 0.7 ke atas.
Jadual 3.1: Jadual penentuan Alpha Cronbach George dan Mallory (2003)
Nilai Alpha Cronbach Tahap Kebolehpercayaan
<.5 Tidak diterima
.5 Lemah
.6 Boleh dipertimbangkan
.7 Diterima
.8 Bagus
.9 Cemerlang
Soal selidik ini mengandungi 45 item yang terbahagi kepada lima bahagian
kompetensi guru. Hasil kajian rintis yang telah dijalankan mendapati soal selidik ini
boleh digunakan kerana memperoleh pekali α= 0.893.
43
Soal selidik ini mencapai tahap cemerlang dan boleh digunakan dalam
menjalankan kajian ini. Berikut adalah nilai Alpha Cronbach yang dicatat dengan
menggunakan soal selidik ini:
Jadual 3.2: Jadual Kebolehpercayaan Item
Statistik Kebolehpercayaan
Alpha
Cronbach
Nilai Purata Alpha Cronbach
Bagi Setiap Item
Bilangan
Item (N)
.893 .903 45
3.6 Prosedur Kajian
Kajian dijalankan di daerah Kinabatangan dan Sandakan. Kebenaran dari pihak yang
terlibat seperti pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kinabatangan dan Sandakan
diperlukan bagi menjalankan kajian ini. Selain daripada itu, surat kebenaran dari
pihak UPSI telah disertakan bagi memohon kebenaran dari pihak Pejabat Pendidikan
Daerah Kinabatangan. Setelah kebenaran diperoleh, kajian dijalankan dengan
mentadbir surat-surat ke semua sekolah-sekolah di daerah Kinabatangan dan
Sandakan dengan bantuan dari Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing. Guru-
guru Sains mengisi soal selidik yang ditadbir secara sistem atas talian yang telah
disertakan dalam lampiran surat tersebut.
Selain daripada itu juga terdapat soal selidik dalam bentuk cakera keras bagi
memudahkan guru yang tidak boleh mengakses dalam sistem atas talian untuk
44
terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang telah dijawab oleh peserta dari daerah
Sandakan dan Kinabatangan dipulangkan semula kepada pengkaji melalui Pejabat
Pendidikan Daerah Kinabatangan.
3.7 Analisis Data
Data dianalisis dengan menggunakan analisis ANOVA dan korelasi Spearman bagi
mendapatkan keputusan kajian kompetensi guru. Analisis ANOVA digunakan bagi
melihat perbandingan guru mengikut lokasi penempatan dan tempoh mengajar guru.
Sementara bagi ujian korelasi Spearman dijalankan adalah bertujuan untuk melihat
adakah terdapat perhubungan kompetensi guru di lokasi penempatan yang berbeza
dan tempoh mengajar. Kajian ini melibatkan dua jenis pembolehubah iaitu
pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah
bersandar terdiri daripada penempatan guru dan tempoh perkhidmatan guru mengajar
manakala bagi pembolehubah tidak bersandar adalah kompetensi guru.
Pembolehubah bersandar bagi penempatan guru pula terbahagi kepada tiga iaitu guru
yang ditempatkan di pedalaman, luar bandar dan bandar manakala bagi tempoh
perkhidmatan guru mengajar terdiri daripada empat bahagian iaitu guru yang
mengajar dari satu hingga tiga tahun, empat hingga enam tahun, tujuh hingga
sembilan tahun dan sepuluh tahun ke atas.
Bagi keputusan ujian ANOVA sehala, nilai signifikan di bawah nilai 0.05
adalah menunjukkan signifikan secara keseluruhan manakala kesan saiz adalah
digunakan untuk melihat pengaruh bagi setiap kumpulan tersebut. Dalam kajian ini,
terdapat tiga kumpulan penempatan guru iaitu bandar, luar bandar dan pedalaman.
45
Pengiraan nilai kompetensi adalah berdasarkan nilai min. Bilangan item
adalah 45 soalan dan meliputi lima skala likert iaitu sangat setuju nilai 5, setuju nilai
4, tidak pasti nilai 3, tidak setuju nilai 2, sangat tidak setuju nilai 1. Berikut adalah
jadual penerangan bagi nilai kompetensi yang dinyatakan di atas:
Jadual 3.3: Nilai Kompetensi Nilai Min
Nilai Skala Likert Julat Tahap Kompetensi
1x45 – 2x45 45- 90 Sangat Rendah
2x45 – 3x45 91 - 134 Rendah
3x45- 4x45 135 - 180 Tinggi
4x45 – 5x45 >180 Sangat Tinggi
Bagi kumpulan tempoh perkhidmatan terbahagi kepada lima kumpulan
iaitu satu tahun, dua hingga tiga tahun, empat hingga lima tahun, enam hingga
sembilan tahun dan sepuluh tahun ke atas perkhidmatan adalah kumpulan yang
dianalisis kesannya menggunakan nilai saiz sampel iaitu 0.04 dikira sebagai kecil,
0.25; sederhana dan nilai 0.64 dikira sebagai besar mengikut Ferguson et al. (2012).
Bagi analisis melihat perhubungan, nilai korelasi Spearman adalah
berdasarkan nilai antara -1 hingga 1. Berikut adalah jadual korelasi (Jadual 3.3) yang
digunakan dalam kajian ini:
46
Jadual 3.4: Nilai Korelasi atau HubunganSaiz Pekali Korelasi (r) Kekuatan Korelasi
.91 hingga 1.00 atau -.91 hingga -1.00 Sangat kuat
.71 hingga .90 atau -.71 hingga -.90 Kuat
.51 hingga .70 atau -.51 hingga -.70 Sederhana
.31 hingga .50 atau - .31 hingga -.50 Lemah
.01 hingga .30 atau -.01 hingga -.30 Sangat Lemah
.00 Tiada Korelasi
Berdasarkan nilai r dalam kajian, penyelidik dapat menginterprestasikan
nilai negatif yang terdapat pada nilai r menunjukkan terdapat perhubungan negatif
pada pembolehubah bersandar dengan tidak bersandar. Ini menunjukkan apabila
pembolehubah x tinggi maka pembolehubah y adalah rendah. Nilai positif pada nilai
r pula menunjukkan terdapat perhubungan yang positif pada pembolehubah
bersandar dengan tidak bersandar. Ini menunjukkan apabila pembolehubah x tinggi
maka pembolehubah y akan turut tinggi.
Keputusan kajian dianalisis dan dilaporkan dalam Bab 4.
47
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Kajian ini telah dijalankan di daerah Kinabatangan dan Sandakan dengan tujuan
melihat perbezaan dan perhubungan kompetensi guru di lokasi penempatan guru dan
tempoh mengajar guru. Kajian ini adalah dapat membantu pihak Pejabat Pelajaran
Dearah mengenalpasti kumpulan guru yang mempunyai masalah kompetensi
seterusnya membantu Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan dan Sandakan
merancang dan meningkatkan kursus yang sepatutnya bagi guru. Ini adalah bertujuan
meningkatkan tahap kecekapan guru di Kinabatangan dan Sandakan dan sekaligus
meningkatkan kualiti pendidikan di dua daerah ini pada masa yang akan datang.
Kajian ini berfokus kepada guru-guru yang berijazah yang mengajar subjek Sains
sahaja. Melalui kajian ini juga kita dapat melihat adakah terdapat perbezaan
kompetensi guru di pedalaman, luar bandar dan bandar. Selain daripada itu juga
48
melalui kajian ini kita dapat melihat sama ada terdapat perbezaan kompetensi guru
mengikut tempoh perkhidmatan guru mengajar ataupun tidak.
Selain daripada itu bab ini membincangkan adakah terdapat perhubungan
kompetensi guru dengan lokasi penempatan guru dan tempoh mengajar guru. Bab ini
juga membincangkan dapatan kajian yang telah diperolehi dari soal selidik bagi
menjawab hipotesis kajian. Dalam bahagian ini, data yang diperolehi melalui kajian
soal selidik dianalisis dan dibentangkan. Data dianalisis bagi melihat perhubungan
menggunakan ujian statistik ANOVA sehala dan ujian statistik korelasi Spearman
bagi melihat perhubungan bagi lokasi penempatan dan tempoh mengajar guru
seterusnya menjawab persoalan kajian.
Sampel terdiri daripada guru-guru Sains yang berijazah yang telah
ditempatkan di sekitar daerah Sandakan dan Kinabatangan di negeri Sabah. Selain
daripada itu sampel juga terdiri daripada guru-guru yang ditempatkan di kawasan
pedalaman, luar bandar dan bandar.
Berikut adalah persoalan- persoalan kajian yang akan dijawab dalam kajian
ini iaitu:
1. Adakah terdapat perbezaan kompetensi antara guru pedalaman, luar bandar
dan bandar?
2. Adakah terdapat perbezaan kompetensi antara guru yang lama mengajar
berbanding guru yang baharu mengajar?
49
3. Adakah guru yang ditempatkan di bandar mempunyai kompetensi yang baik
berbanding guru luar bandar?
4. Adakah guru yang mengajar lebih lama mempunyai kompetensi yang baik
berbanding guru baharu?
Persoalan pertama dan kedua kajian adalah dianalisis dengan
menggunakan ujian ANOVA sehala manakala bagi persoalan kajian tiga dan
empat dianalisis dengan menggunakan ujian korelasi Spearman.
4.1.1 Kompetensi guru berdasarkan lokasi penempatan
Sampel terdiri daripada guru- guru yang mengajar di daerah Sandakan dan
Kinabatangan seramai 78 orang sampel. Terdapat 26 orang guru yang mengajar di
bandar, 26 guru yang mengajar di luar bandar dan 26 orang guru yang mengajar di
pedalaman.
Persoalan Kajian Satu: Adakah terdapat perbezaan kompetensi guru dengan lokasi
penempatan.
Berikut adalah hipotesis bagi menjawab persoalan satu.
H0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min kompetensi guru di
penempatan kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman.
Jadual 4.1 adalah jadual yang menunjukkan bilangan sampel yang mengajar
di bandar, luar bandar dan pedalaman serta nilai min kompetensi guru bagi setiap
penempatan.
50
Jadual 4.1: Taburan Kompetensi Guru Dengan Lokasi PenempatanPenempatan Bilangan (N) Skor Min Sisihan Piawai
Bandar 26 189.6923 13.91048
Luar Bandar 26 182.7692 13.27647
Pedalaman 26 182.6154 14.13387
Jumlah 78 185.0256 13.99812
Berdasarkan dapatan dalam Jadual 4.2, nilai signifikan p>0.005 iaitu p=
0.114. Nilai ini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara kumpulan guru
yang mengajar di bandar, luar bandar dan pedalaman.
Jadual 4.2: Ujian Anova Kompetensi Guru Dengan Lokasi PenempatanKompetensi
Guru
Dengan
Penempatan
Jumlah
Kuasa Dua
Darjah
Kebebasan
Min Kuasa
Dua
Nilai F Signifikan
Antara
Kumpulan
849.641 2 424.821 2.238 .114
Dalam
Kumpulan
14238.308 75 189.844
Jumlah 15087.949 77
51
Jadual 4.3. Keputusan Ujian Post Hoc Tuckey Kompetensi Guru Dengan Lokasi PenempatanPenempatan Guru Perbezaan Min Ralat Piawai Signifikan
Bandar Luar Bandar 6.923 3.821 0.173
Bandar Pedalaman 7.077 3.821 0.160
Luar Bandar Pedalaman 0.154 3.821 0.999
Tidak ada perbezaan yang signifikan dalam skor kompetensi di antara
kumpulan penempatan guru, F (2, 75) = 2.238, p = 0.114. Kompetensi guru yang
mengajar di luar bandar (M = 182.8, S.P = 13.3) dan kompetensi guru yang mengajar
di bandar (M = 189.7, S.P = 13.9) lebih tinggi berbanding kompetensi guru yang
mengajar di pedalaman (M = 182.6, S.P = 14.1). Walaupun keputusan ujian sehala
bagi penempatan guru adalah tidak signifikan secara statistik, perbezaan sebenar
dalam skor min antara kumpulan adalah sederhana. Kesan saiz yang dikira
menggunakan Eta kuasa dua adalah 0.056 (Jadual 4.4).
Hipotesis nul gagal ditolak dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara kompetensi guru dengan penempatan.
52
Jadual 4.4 : Jadual Kesan Saiz Antara Lokasi PenempatanUjian Kesan Antara Subjek
Pembolehubah Bersandar:kompetensi
SumberNilai Jumlah Kuasa Dua
Darjah Kebebasa
nMin Kuasa
Dua F Sig.Nilai Separa R Kuasa Dua
Pembetulan Model
849.641a 2 424.821 2.238 .114 .056
Persilangan 2670290.051 1 2670290.051 14065.699 .000 .995penempatan 849.641 2 424.821 2.238 .114 .056Ralat 14238.308 75 189.844Jumlah 2685378.000 78Jumlah Pembetulan
15087.949 77
a. R Kuasa Dua = .056 (R Kuasa Dua dibetulkan = .031)
4.1.2 Kompetensi guru berdasarkan tempoh mengajar
Bagi kompetensi guru berdasarkan perkhidmatan, empat kategori tempoh mengajar
guru iaitu guru yang mengajar satu hingga tiga tahun, empat hingga 5 tahun, enam
hingga sembilan tahun dan sepuluh tahun ke atas.
Persoalan Kajian 2: Adakah terdapat perbezaan kompetensi guru dengan tempoh
perkhidmatan guru.
H0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min kompetensi guru dengan
tempoh mengajar.
53
Jadual 4.5 menunjukkan terdapat jumlah sampel yang mengajar selama satu
hingga tiga tahun adalah seramai 19 orang, empat hingga lima tahun seramai 19
orang, enam hingga sembilan tahun 20 orang dan sepuluh tahun ke atas adalah
seramai 20 orang. Skor min bagi guru yang mengajar sepuluh tahun ke atas
menunjukkan nilai min tertinggi.
Jadual 4.5: Taburan Kompetensi Guru Dengan Tempoh Mengajar Guru
Tempoh
Perkhidmatan
Bilangan (N) Skor Min Sisihan Piawai
1 hingga 3 tahun 19 185.5263 16.33799
4 hingga 5 tahun 19 178.7895 9.65850
6 hingga 9 tahun 20 184.5500 14.53299
10 tahun ke atas 20 190.9500 12.85742
Jumlah 78 185.0256 13.99812
Dalam Jadual 4.5 menunjukkan nilai signifikan adalah sebanyak 0.057
menunjukkan nilai p>0.05. Ini menunjukkan nilai yang tidak signifikan tetapi
terdapat perbezaan nilai kompetensi min bagi guru yang mengajar selama sepuluh
tahun ke atas.
Jadual 4.6: Ujian Anova Kompetensi Guru Dengan Tempoh Mengajar Guru
Kompetensi
Guru Dengan
Tempoh
Perkhidmatan
Jumlah
Kuasa Dua
Darjah
Kebebasan
Min Kuasa
Dua
Nilai F Signifikan
Antara 1450.154 3 483.385 2.623 .057
54
Kumpulan
Dalam
Kumpulan
13637.795 74 184.295
Jumlah 15087.949 77
Jadual 4.7. Keputusan Ujian Post Hoc Tuckey Kompetensi Guru Dengan Tempoh
Mengajar Guru
Tempoh Perkhidmatan Guru Perbezaan Min Ralat Piawai Signifikan
1 hingga 3
tahun
4 hingga 5
tahun
6.73684 4.40448 .425
6 hingga 9
tahun
1 hingga 3
tahun
-.97632 4.34907 .996
10 tahun ke
atas
1 hingga 3
tahun
5.42368 4.34907 .599
4 hingga 5
tahun
6 hingga 9
tahun
-5.76053 4.34907 .550
10 tahun ke
atas
4 hingga 5
tahun
12.16053* 4.34907 .033
10 tahun ke
atas
6 hingga 9
tahun
6.40000 4.29295 .448
Tidak ada perbezaan yang signifikan dalam skor kompetensi di antara
kumpulan penempatan guru, F (3, 74) = 2.623, p = 0.057, Kompetensi guru yang
mengajar dari satu tahun hingga tiga tahun berkhidmat (M = 185.5, S.P = 16.3), guru
yang berkhidmat dari empat hingga lima tahun (M = 178.8, S.P = 9.7) dan guru yang
mengajar dari enam tahun hingga sembilan tahun (M = 184.6, S.P = 14.5). Bagi guru
55
yang mengajar sepuluh tahun ke atas mempunyai nilai min yang tertinggi (M =
191.1, S.P = 12.9). Walaupun keputusan ujian sehala bagi tempoh perkhidmatan guru
adalah tidak signifikan secara statistik, perbezaan sebenar dalam skor min antara
kumpulan adalah besar. Kesan saiz yang dikira menggunakan Eta kuasa dua adalah
0.096.
Jadual 4.8: Kesan Saiz Antara Pengalaman Mengajar GuruUjian Kesan Antara Subjek
Pembolehubah Bersandar:kompetensi
Sumber
Nilai Jumalah
Kuasa Dua
Darjah
Kebebasa
n
Min Kuasa
Dua F Sig.
Nilai Separa
R Kuasa Dua
Pembetulan
Model
1450.154a 3 483.385 2.623 .057 .096
Persilangan 2666466.832 1 2666466.832 14468.508 .000 .995
penempatan 1450.154 3 483.385 2.623 .057 .096
Ralat 13637.795 74 184.295
Jumlah 2685378.000 78
Jumlah
Pembetulan
15087.949 77
a. R Kuasa Dua = .056 (R Kuasa Dua dibetulkan = .031)
Hipotesis nul diterima iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
kompetensi guru dengan tempoh perkhidmatan guru yang mengajar lama.
4.1.3 Perhubungan antara kompetensi guru dengan penempatan.
56
Pada bahagian ini adalah bagi melihat perhubungan atau perkaitan antara kompetensi
guru dengan lokasi penempatan guru. Lokasi penempatan guru di pedalaman, luar
bandar dan bandar berkemungkinan memberi kesan terhadap kompetensi guru.
Persoalan Kajian 3: Adakah guru yang ditempatkan di bandar mempunyai
kompetensi yang baik berbanding guru luar bandar?
Hipotesis nul: Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara kompetesi guru
dengan penempatan.
Analisis korelasi spearman digunakan untuk melihat perhubungan antara
kompetensi guru dengan penempatan. Keputusan analisis ujian korelasi Spearman
menunjukkan bahawa perhubungan antara kompetensi guru dengan penempatan
tidak signifikan (r = -.216, p >.05). Hipotesis nul gagal ditolak. Tidak terdapat
perhubungan antara kompetensi guru dengan penempatan.
Jadual 4.9: Keputusan Ujian Korelasi Spearman Kompetensi Guru Dengan Penempatan Guru
Korelasikompetensi tempat
Spearman's rho kompetensi Pekali Korelasi 1.000 -.216
Sig. (2-hala) . .058
N 78 78
Perhubungan negatif yang lemah (r = -.216) antara kompetensi guru dengan
penempatan wujud di dalam sampel mungkin wujud secara kebetulan dan ia
mungkin disebabkan oleh ralat pengukuran atau ralat persampelan. Berdasarkan pada
keputusan analisis ini, adalah dapat disimpulkan bahawa kompetensi dalam populasi
57
guru di daerah Sandakan dan Kinabatangan tidak berhubung kait dengan tempat
mereka berkhidmat.
4.1.4 Hubungan kompetensi dengan tempoh mengajar
Tempoh mengajar guru yang meliputi satu hingga tiga tahun, empat hingga lima
tahun, enam hingga sembilan tahun dan sepuluh tahun ke atas mungkin memberi
kesan terhadap kompetensi guru.
Persoalan Kajian 4: Adakah guru yang berhidmat lebih lama mempunyai
kompetensi yang baik berbanding guru baharu?
Terdapat perhubungan antara kompetensi guru dengan tempoh mengajar.
Hipotesis nul: Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara kompetesi guru
dengan tempoh perkhidmatan.
Analisis korelasi Spearman digunakan untuk melihat perhubungan antara
kompetensi guru dengan tempoh mengajar. Keputusan analisis ujian korelasi
Spearman menunjukkan bahawa perhubungan antara kompetensi guru dengan
penempatan tidak signifikan (r = .217, p > .05). Hipotesis nul gagal ditolak. Tidak
terdapat perhubungan antara kompetensi guru dengan tempoh mengajar.
Jadual 4.10: Keputusan Ujian Korelasi Spearman Kompetensi Guru Tempoh
Mengajar Guru
Korelasi
tempoh kompetensi
Spearman's rho khidmat Pekali Korelasi 1.000 .217
Sig. (2-hala) . .057
N 78 78
58
Perhubungan positif yang lemah (r = .217) antara kompetensi guru dengan
tempoh mengajar guru wujud di dalam sampel mungkin wujud secara kebetulan dan
ia mungkin disebabkan oleh ralat pengukuran atau ralat persampelan. Berdasarkan
pada keputusan analisis ini, adalah dapat disimpulkan bahawa kompetensi dalam
populasi guru di daerah Sandakan dan Kinabatangan berhubung kait tetapi lemah
dengan tempoh mereka mengajar.
4.2 Rumusan
Berdasarkan keputusan yang telah dibincangkan, adalah didapati bahawa tidak
terdapat perbezaan bagi guru yang mengajar di kawasan pedalaman, luar bandar dan
Bandar. Adalah didapati bahawa perbezaan min p>0.005, p= 0.114 antara subjek
adalah tidak signifikan.
Perbezaan kompetensi guru terhadap tempoh mengajar juga menunjukan nilai
yang tidak signifikan. Ini menunjukkan guru yang mengajar selama satu hingga tiga
tahun, empat hingga lima tahun, enam hingga sembilan tahun dan sepuluh tahun ke
atas tidak menunjukkan nilai kompetensi yang berbeza. Nilai min bagi tempoh
perkhidmatan dengan kompetensi guru adalah tidak signifikan iaitu p>0.005,
p=0.057.
Dalam analisis melihat perhubungan kompetensi guru dengan lokasi
penempatan pula, adalah didapati bahawa tidak terdapat perhubungan yang signfikan
kompetensi guru dengan lokasi penempatan (r -.216).
59
Perhubungan bagi kompetensi guru dengan tempoh mengajar juga menunjukkan
nilai korelasi yang lemah iaitu r=.217. Ini menunjukkan nilai korelasi baantara
kompetensi guru dengan tempoh perkhidmatan guru mengajar adalah lemah
59
BAB 5
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan tentang dapatan kajian, implikasi, dan cadangan kajian
lanjutan. Dapatan kajian ini dibincangkan berdasarkan penulisan dan kajian-kajian
terdahulu.
5.2 Ringkasan Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perbezaan dan perhubungan
kompetensi guru dengan penempatan dan tempoh perkhidmatan guru. Kajian ini
merupakan kajian berbentuk tinjauan inferensi dan deskriptif untuk melihat
perbezaan dan perhubungan antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah
tidak bersandar. Proses persampelan adalah secara bertujuan meliputi kawasan
daerah Kinabatangan dan Sandakan. Ini adalah kerana kedua-dua daerah meliputi
dan memenuhi ciri-ciri guru yang diperlukan dalam kajian ini seperti geografi
sekolah yang terbahagi kepada tiga keadaan iaitu bandar, luar bandar dan pedalaman
serta di setiap daerah masing-masing mempunyai kepelbagaian tempoh guru
60
berkhidmat. Terdapat 78 orang guru yang terlibat dalam kajian ini daripada kedua-
dua daerah ini. Kaedah kajian ini menggunakan instrument soal selidik. Analisis data
dibuat secara kuantitatif dengan menggunakan SPSS 17.0, analisis yang digunakan
ialah ANOVA sehala dan korelasi Spearman.
5.3 Perbincangan
Dapatan utama kajian ini merujuk kepada keputusan hipotesis-hipotesis yang telah
diuji adalah seperti berikut:
5.3.1 Kompetensi guru berdasarkan lokasi penempatan
1. Persoalan Kajian 1: Adakah terdapat perbezaan kompetensi antara guru
pedalaman, luar bandar dan bandar?
Setelah kajian di jalankan dan di analisis dalam bab 4, kesemua persoalan kajian
dapat dijawab. Bagi perbezaan kompetensi guru berdasarkan lokasi penempatan guru
dapat dilihat berdasarkan ujian ANOVA sehala. Ujian ANOVA menunjukkan nilai F
(2, 75) = 2.238, p = 0.114 di mana p>0.05. Keputusan analisis ini menunjukkan
hipotesis nul (H01) tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min
kompetensi guru di penempatan kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman
gagal ditolak. Dapatan kajian mendapati kesemua guru di bandar, luar bandar dan
pedalaman mempunyai tahap kompetensi yang tinggi (Rujuk Jadual 4.1 Taburan
Kompetensi Guru Dengan Lokasi Penempatan).
Dapatan kajian ini disokong oleh satu dapatan kajian yang telah dijalankan di
negeri Pahang yang mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
61
antara ciri-ciri demografi, yang meliputi umur, kelayakan akademik, pengalaman
bekerja, status perkahwinan, pengalaman memegang jawatan, bilangan waktu
mengajar, dan latihan yang pernah diterima dengan kompetensi dikalangan guru
teknikal (Suhardiman, 1999). Kajian ini menunjukkan perbezaan pada tempat
mengajar yang mepunyai suasana persekitaran yang berbeza dan kemudahan yang
berbeza tidak memberi kesan kepada guru dalam kompetensi mereka. Dalam kajian
tersebut mendapati bahawa terdapat hubungan dan perkaitan kompetensi dengan
motivasi, disiplin dan sokongan pihak pengurusan.
Berdasarkan dapatan kajian ini menunjukkan kompetensi antara guru yang di
tempatkan di lokasi penempatan yang berbeza adalah tinggi adalah kerana mendapat
sokongan daripada pihak pengurusan dari segi penilaian prestasi kerja yang baik.
Pernyataan ini disokokog oleh satu kajian yang telah dijalankan di Ranau yang
melihat perhubungan penilaian prestasi dan motivasi guru. Dapatan kajian tersebut
mendapati keseluruhan guru meletakkan kepercayaan yang baik kepada pihak
pengurusan guru dan ini menyebabkan motivasi guru meningkat dan prestasi kerja
serta kompetensi guru menjadi baik (Said et al. 2014). Nur Suhaila (2011) dalam
kajiannya juga mendapati apabila keputusan penilaian prestasi kerja tinggi, dapat
meningkatkan kerja guru dan sebaliknya.
Selain daripada itu juga perbezaan kompetensi guru di kalangan guru di
Sandakan terutamanya tidak berbeza adalah kerana terdapat penempatan pembantu
guru di sekitar empat daerah utama iaitu Sandakan, Kudat, Keningau dan Kota
Kinabalu (Berita Harian, 2015). Program pembantu guru ini adalah bertujuan
meringankan beban tugas guru pada masa kini.
62
Dalam satu kajian yang telah dijalankan di sekolah Batang Padang, Manjung,
Kinta, Shah Alam dan Wilayah Persekutuan mendapati terdapat perbezaan yang
signifikan kompetensi guru dengan lokasi sekolah atau penempatan (Iberahim et al.
2010). Dalam kajian tersebut didapati bahawa guru yang ditempatkan di kawasan
yang membangun dan mudah menerima maklumat adalah lebih kompeten
berbanding guru di kawasan pedalaman. Dapatan kajian tersebut berbeza dengan
dapatan pengkaji kerana terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi
kompetensi guru. Antara faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi kompetensi
guru ialah pengaruh daripada pentadbir sekolah, pengaruh sikap guru (Saripudin,
2014).
Berbeza pula dengan dapatan kajian lain mengenai kompetensi menyatakan
kompetensi diukur menerusi kemahiran dan kebolehan guru mewujudkan suasana
pembelajaran yang efektif dan berkesan di kelas yang diajar. Kajian tersebut
mendapati guru di pedalaman mempunyai kemahiran dan kebolehan kompetensi
guru yang lebih tinggi berbanding guru di bandar (Anbuthasan et al. 2013). Ini
menunjukkan kompetensi guru tidak bergantung dengan penempatan dan sama sekali
lokasi sekolah memainkan peranan yang kecil dalam mempengaruhi kompetensi
guru. Ini menunjukkan guru-guru di Sabah tidak mendapat kekangan atau terhalang
oleh prasarana yang kurang dalam usaha mewujudkan pendidikan berkesan tetapi
berjaya menerapkan pembelajaran dan pengajaran dengan baik. Timbalan Menteri
Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi ada menyatakan bahawa beliau merasa terharu dan
bangga kerana guru berjaya mewujudkan persekitaran kondusif di sekolah masing-
masing dan sewajarnya guru bertugas di pedalaman diberi elaun yang lebih
munasabah (Berita Harian, 2009).
63
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Sotiriou (1998), bahawa guru yang
mengajar di kawasan pedalaman perlu membina satu tahap kompetensi yang baru
memandangkan mereka perlu berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan apa
yang dialami di kawasan sekolah yang mempunyai kemudahan yang lengkap.
Kompetensi guru yang berada di pedalaman adalah berbeza mengikut kepakaran
masing-masing. Ada di antara guru pedalaman yang terpaksa menggabungkan kelas
yang mempunyai murid yang berbeza tahap umur. Ini adalah kerana kurangnya kelas
atau bilik darjah yang dibina di sekolah pedalaman. Bekas Menteri Pelajaran Tan Sri
Muhyidin Yasin (2015) menyatakan bahawa kementerian masih perlu meneruskan
pembangunan infrastruktur memandangkan masih terdapat sekolah yang dhaif dan
using, tidak mempunyai bekalan elektrik dan air bersih (Utusan Malaysia, 2015).
Selain daripada itu juga, dapatan kajian mendapati bahawa guru baharu di pedalaman
perlu meningkatkan tahap kompetensi daripada guru-guru yang telah lama
berkhidmat bagi membantu mereka mengetahui teknik yang sesuai untuk sesuatu
komuniti. Bimbingan guru lama didapati dapat meningkatkan kompetensi guru yang
baru ditempatkan di kawasan pedalaman. Kementerian telah menjalankan program
Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah atau lebih dikenali sebagai School
Improvement Specialist Coach di dua negeri terpilih iaitu Kedah dan Sabah
merupakanprogram bimbingan guru cemerlang yang terpilih untuk memberi
bimbingan kepada guru-guru baharu bagi mempertingkatkan keberkesananan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah sekaligus meningkatkan kecemerlangan
murid (Utusan, 2015).
64
5.3.2 Kompetensi guru berdasarkan tempoh mengajar
Persoalan Kajian 2: Adakah terdapat perbezaan kompetensi antara guru yang lama
mengajar berbanding guru yang baharu berkhidmat?
Perbezaan kompetensi guru dengan tempoh guru mengajar di sekolah dapat dilihat
dengan menggunakan ujian ANOVA sehala. Ujian ANOVA menunjukkan nilai F (3,
74) = 2.623, p = 0.057 (p.0.05), keputusan analisis menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan kompetensi guru dengan tempoh mengajar guru
selama satu tahun ke bawah, dua hingga tiga tahun, empat hingga enam tahun,
tujuh hingga sembilan tahun dan sepuluh tahun ke atas. Hasil kajian mendapati
bahawa guru yang mengajar selama empat hingga lima tahun mempunyai
kompetensi yang tinggi manakala bagi guru yang mengajar selama satu hingga tiga
tahun, enam hingga Sembilan tahun dan sepuluh tahun ke atas mencatatkan nilai
kompetensi yang sangat tinggi (rujuk Jadual 4.5: Taburan Kompetensi Guru Dengan
Tempoh Perkhidmatan Guru).
Kajian ini menunjukkan tempoh mengajar yang lama tidak menunjukkan
perbezaan di antara guru. Ini adalah kerana guru-guru baharu yang tidak mempunyai
pengalaman mengajar mempunyai cara tersendiri bagi meningkatkan kompetensi
mereka. Dalam satu kajian tentang guru baharu meningkatkan kompetensi (Aziah et
al. 2002) mendapati bahawa guru baharu atau guru novis beupaya meningkatkan
tahap kompetensi kendiri kerana ia bergantung kepada sikap guru tersebut amalan
profession guru. Kebanyakan guru di Sabah tidak dipengaruhi oleh pengalaman
tetapi guru yang berpengalaman memberi bimbingan kepada guru baharu. Ini dapat
disokokng oleh pernyataan yang telah dibuat oleh Pembantu Menteri Belia dan
65
Sukan (Utusan Borneo, 2015) Datuk Masiung Banah bahawa guru di luar bandar
harus berkerjasama dan berkongsi idea bagi melahirkan pelajar yang cermerlang dan
berkualiti. Selain daripada itu juga guru-guru di Sabah juga mendapat sokongan
moral daripada pihak sekolah bagi membantu mereka mencapai tahap kompetensi
yang sama dengan guru lama. Kewujudan sistem sokongan membantu sosialisasi
guru sandaran terlatih telah dilaksanakan di Sabah (Zohara, 2007) mendapati bahawa
sokongan dapat membantu guru dalam merealisasikan matlamat sekolah seterusnya
meningkatkan kompetensi diri. Selain daripada itu juga pengalaman dari guru lama
terutama guru cemerlang banyak membantu guru baru dalam program Jurulatih
Pakar Pembangunan Sekolah yang telah dijalankan di Sabah bagi meningkatkan
kecemerlangan murid dan meningkatkan keberkekesanan pengajaran guru di sekolah.
Dalam satu kajian lain yang dijalankan di daerah Kanpuchiram di Negeri
Tamil Nadu India menyatakan bahawa terdapat perbezaan yang ketara kompetensi
guru dengan tempoh mengajar (Anbuthasan et al, 2013). Dapatan kajian tersebut
mendapati bahawa guru yang mempunyai pengalaman dan tempoh mengajar lebih
lama adalah lebih kompeten kerana dapat mewujudkan suasana pembelajaran dan
pengajaran yang kondusif serta melahirkan ramai murid yang cemerlang. Kajian ini
berbeza dengan dapatan kajian yang telah dijalankan pengkaji kerana umur guru
bukanlah faktor utama kompetensi guru diukur tetapi kompetensi adalah berdasarkan
kebolehan guru menyesuaikan diri dengan persekitaran seterusnya menjalankan
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Ini adalah kerana kebolehan guru
adalah berbeza dan mempunyai kemahiran yang berbeza. Guru yang mempunyai
pengalaman lama mengajar mempunyai pengalaman yang lebih dari segi
pengetahuan dan teknik mengajar berbanding guru baharu. Namun begitu guru
66
baharu mempunyai pendekatan yang lebih berbeza berbanding guru yang lama
berkhidmat menyebabkan murid lebih tertarik kepada guru baharu berbanding guru
lama. Ini selaras dengan artikel pendidikan yang dikeluarkan oleh Natasha, 2014
menyatakan bahawa pendekatan pengajaran guru yang berbeza mempengaruhi
penerimaan murid. Selain daripada itu juga Program Pembangunan Guru Baharu
yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam usaha memantau tahap kompetensi
guru baharu. Dalam program ini guru baharu dipantau oleh guru mentor yang
dilantik oleh pentadbir dan berpengalaman mengajar lebih kurang 5 tahun ke atas
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2014).
5.3.3 Hubungan di antara kompetensi guru dan lokasi penempatan
Persoalan Kajian 3: Adakah guru yang ditempatkan di bandar mempunyai
kompetensi yang baik berbanding guru luar bandar?
Analisis korelasi Spearman menunjukkan nilai r=-0.216 dan p=0.58, hasil keputusan
mendapati tidak terdapat perhubungan yang signifikan kompetensi guru
terhadap penempatan guru di bandar, luar bandar dan pedalaman.
Dalam satu kajian yang telah dijalankan di Universiti Riau Kampus Bina
Widya mendapati bahawa terdapat pengaruh positif penempatan dengan kompetensi
kerja pegawai dalam satu daerah (Romi et al. 2010). Dalam satu pendapat yang lain
penempatan seseorang dalam pekerjaan adalah dipengaruhi oleh faktor keperluan dan
pengetahuan, keterampilan kemampuan dan keperibadian (Schuler & Jackson, 1997).
Faktor-faktor yang telah dinyatakan dalam pernyataan di atas mempengaruhi
67
kompetensi guru di suatu penempatan. Tahap motivasi guru-guru di kawasan
penempatan mereka ditetapkan juga memainkan pengaruh yang tinggi dalam
kompetensi. Peningkatan kompetensi guru dilihat mempunyai pengaruh dari segi
motivasi guru (Dewi, 2013). Selain daripada itu juga Jawatankuasa Teknikal
Bumiputera Sabah dan Sarawak telah menubuhkan jawatankuasa khas yang
memantau pendidikan di pedalaman. Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah bertujuan
memastikan piawaian kemudahan pendidikan di kedua- dua negeri itu dapat
ditingkatkan dari masa ke semasa (Utusan, 2015). Ini menunjukkan kawasan
pedalaman Sabah dan Sarawak juga mendapat perhatian dalam usaha meningkatkan
pendidikan di kawasan tersebut. Program ini juga dilihat sebagai satu sokongan dari
pihak atasan yang seterusnya memberi pengaruh positif kepada guru dalam
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajran di tempat mereka bertugas. Ini
dapat disokojknga dalam kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa pentadbir
atau pihak atasan dapat mengurangkan tekanan guru di sekolah.
Dalam satu kajian yang lain didapati bahawa terdapat enam faktor utama
yang mempengaruhi kompetensi iaitu pengalaman, peluang, persekitaran, ciri-ciri
kendiri, motivasi dan pengetahuan secara teori (Khomeiran et al. 2007). Kajian di
kalangan pegawai polis di Terengganu menyokong dapatan kajian pengkaji kerana
kompetensi pegawai adalah tidak ada kaitan dengan tempat pegawai bertugas, jantina
dan latihan (Zakaria, 2006). Ini selaras dengan tindakan Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian (BPSH) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan
Sarawak telah menyediakan pengalaman, peluang dan pengetahuan secara teori
tentang profesionalisme keguruan kepada guru- guru pedalaman (BPSH, 2010).
68
Program ini juga dilihat dapat meningkatkan kompetensi guru pedalaman dan
membantu mereka mencapai kompetensi yang sama dengan guru di bandar atau luar
bandar.
Selain daripada itu juga satu kajian yang dijalankan Halimatus Saadiah (2003)
yang dipetik daripada buku International Journal of Science and Mathematics
Education (2014) mengkaji tentang kompetensi murid menjawab soalan Kimia yang
baik menemui faktor penempatan yang kurang kemudahan makmal dan kompetensi
guru yang kurang berkemahiran mengajar Sains Kimia menyebabkan salah satu
faktor murid tidak dapat menguasai pembelajaran itu. Kajian ini membuktikan
bahawa kurnang kemudahan makmal adalah salah satyu punca menyebabkan muguru
tidak dapat menjalankan kemahiran pedagogi dengan baik sekaligus menyebabkan
murid gagal mendapat keputusan yang baik dalam subjek Sains Kimia. Bagi
pembangunan sekolah di Sabah, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) menyatakan perhatian penuh akan diberikan
kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan pendidikan khususnya di luar
bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana
mengikut standard minimum (PIPP, 2006-2010). Bekas Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyidin Yasin juga menyatakan bahawa usaha ini (menyediakan
prasarana pendidikan terbaik kepada rakyat Malaysia) adalah gagal. Ini adalah suatu
usaha yang telah Berjaya (Muhyidin, 2015).
Kajian lain mengenai penempatan telah dijalankan mengenai kesedian guru
pelatih terhadap penempatan penempatan di sekolah bukan pilihan (Rasid, 2010)
69
mendapati bahawa tahap kesediaan guru adalah berada pada tahap sederhana.
Dapatan dalam kajian ini mendapati dari aspek penerimaan, pengetahuan, dan
motivasi guru adalah berada pada tahap sederhana. Kebanyakan pelatih perempuan
adalah lebih bersedia berbanding pelatih guru lelaki. Ini menunjukkan penempatan
memainkan peranan dalam mempengaruhi kesediaan diri guru dalam meningkatkan
kompetensi diri tetapi pada kadar yang sederhana..
5.3.4 Hubungan di antara kompetensi guru dan tempoh mengajar
Persoalan Kajian 4: Adakah guru yang berhidmat lebih lama mempunyai
kompetensi yang baik berbanding guru baharu?
Analisis korelasi Spearman menunjukkan nilai r = 0.217 iaitu signifikan p = 0.57
(p>0.05). Nilai r Spearman menunjukkan perhubungan yang lemah dan tidak
terdapat perhubungan yang signifikan antara kompetensi guru dengan tempoh
mengajar guru yang berkhidmat selama satu hingga tiga tahun, empat hingga
lima tahun, enam hingga sembilan tahun dan sepuluh tahun ke atas.
Kajian telah dijalankan di satu daerah di negeri Terengganu dalam kalangan
pegawai polis mendapati bahawa terdapat perhubungan kompetensi pegawai yang
berkhidmat lama (Zakaria, 2006).
Kajian tersebut adalah bertentangan dengan dapatan kajian yang telah
dijalankan oleh pengkaji kerana antara faktor yang di dapati mempengaruhi tahap
kompetensi guru adalah perubahan dalam arus pendidikan. Pendidikan bertaraf dunia
70
akan menentukan kejayaan perubahan insan (Mohd Najib, 1997). Perubahan dalam
bidang pendidikan akan terus berlaku kerana penemuan dan pembaharuan baru akan
mendesak negara kita untuk terus berubah bagi mencapai kedudukan yang lebih baik.
Menurut Mok Soon Sang (1996), guru merupakan iktisas di dalam bidang perguruan
yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan
kepada murid-murid di institusi pendidikan. Manakala Moore (1995), pula
mendefinisikan guru sebagai pakar dalam pengajaran, iaitu orang yang merancang,
memandu dan menilai pembelajaran. Program Dialog Prestasi (DTP) adalah salah
satu program yang telah dilaksanakan di dua negeri di Malaysia iaitu Sabah dan
Sarawak. Program ini adalah bertujuan berbincang masalah yang dihadapi sekolah
dan seterusnya mencari jalan penyelesaian bersama yang meliputi perbincangan
antara pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan pihak sekolah
(Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia, 2015). Dengan adanya program seperti
ini guru dapat bimbingan yang baik dari pemantaun yang berterusan seterusnya
meningkatkan profesion kendiri. Ini dapat diperkukuhkan lagi dengan keberkesanan
School Improvement Specialist Coach (SISC) yang telah dijalankan di satu daerah di
Sabah mendapati bahawa terdapat kesan pengaruh yang positif terhadap sekolah
berprestasi rendah kesan daripada program tersebut. Dengan bimbingan daripada
pihak kementerian dan guru-guru yang lebih berpengalaman serta pihak bahagian
pelajaran sendiri, nescaya tidak akan wujud kurangnya tahap kompetensi guru
walaupun telah lama berkhidmat ataupun guru baharu. Namun begitu kompetensi
sebenarnya adalah tidak berhubungan kerana perkataan komopetensi uitu sendiri
bermaksud kemampuan guru dalam menjalankan kemahirannya mengajar dalam
profession keguruan itu sendiri.
71
Kompetensi guru juga adalah tidak berhubungan dengan tempoh mengajar.
Ini adalah kerana menurut WiIliam (1996) menyatakan amalan guru di bilik darjah
adalah signifikan dalam menentukan kualiti pengajaran mereka. Ini bermakna proses
menjadikan seseorang guru menjadi lebih kompeten perlu dilakukan dari semasa ke
semasa bagi memastikan tahap profesionalisme dan kompetensi guru-guru
dilaksanakan secara berterusan. guru-guru baharu mahupun guru-guru lama ataupun
yang telah menjadi guru besar ataupun penolong kanan harus diberi kursus secara
berterusan bagi menjadikan mereka lebih kompeten. Kesan guru menghadiri kursus
dilihat dapat memperbaiki prestasi kemahiran kerja secara kumpulan dan individu,
memperbanyakkan pengalaman seseorang guru untuk perkembangan kerjaya dan
juga untuk tujuan naik pangkat, membentuk pengetahuan professional,
meningkatkan pendidikan guru secara peribadi, menyediakan guru untuk
menghadapi perubahan dan untuk menjelaskan dasar sekolah atau jabatan (Zafri,
2011).
5.4 Rumusan
Berdasarkan dapatan dan perbincangan kajian ini, adalah dapat dirumuskan bahawa
kompetensi guru adalah pelbagai dan boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antara
faktor yang mempengaruhi kompetensi guru adalah penempatan sekolah, umur,
pengalaman, jantina, pengetahuan dan motivasi guru itu sendiri. Dalam kajian yang
telah dijalankan oleh pengkaji adalah didapati bertentangan dengan kebanyakan
kajian yang telah dijalankan. Ini adalah faktor yang telah dibincangkan dalam
72
dapatan kajian iaitu guru di daerah Kinabatangan dan Sandakan mempunyai
kompetensi yang baik walaupun berada dalam kawasan pedalaman, luar bandar
mahupun bandar. Keadaan ini adalah disebabkan guru mendapat bimbingan yang
baik dari guru lama dan tambahan pula mendapat latihan yang mencukupi semasa
berada di institut perguruan. Institut Pendidikan Guru Malaysia merupakan salah satu
institusi pendidikan yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan kualiti
pendidikan yang bermutu di peringkat sekolah rendah dan menengah. Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menaiktaraf institut pendidikan guru pada tahun 2005
dalam usaha meningkatkan jumlah guru siswazah dan menyediakan guru yang
berkualiti (KPM, 2010). Bimbingan dari guru lama yang menjadi mentor kepada
guru baharu dalam program PPGB menjadi salah satu asas utama dalam peningkatan
motivasi yang dicapai oleh guru baharu di Sabah.Selain daripada itu juga kesediaan
guru menjadi punca utama guru dapat meningkatkan kompetensi diri ke tahap yang
baik. Keadaan sekolah yang dhaif memberikan suasana yang dapat mempengaruhi
tahap kesediaan guru. Berdasarkan statistik dari Kementerian Pendidikan Malaysia
tahun 2010, terdapat 767 sekolah rendah yang tidak ada bekalan elektrik, 1517 tiada
bekalan air bersih, 858 sekolah dua sesi, 2630 sekolah tidak mempungyai makmal
komputer, 1639 sekolah tiada makmal Sains dan 42 sekolah menumpang di sekolah
yang lain. Meskipun kekurangan fasiliti atau kemudahan di sekolah, guru masih
boleh berakomodasi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran di samping
menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan menarik buat murid. Perbezaan
kompetensi antara guru wujud tidak bergantung kepada lokasi sekolah mahupun
tempoh mengajar tetapi bergantung kepada guru itu sendiri.
73
Perbezaan mengikut tempoh mengajar juga adalah tidak ada perbezaan di
daerah Kinabatangan dan Sandakan. Ini adalah kerana guru baru yang ditempatkan
sama ada di kawasan pedalaman, luar bandar ataupun bandar mendapat bimbingan
dan persediaan yang mencukupi sebelum ditempatkan di kawasan tersebut. Program
School Improvement Specialist Coaches (SISC) adalah merupakan program yang
dijalankan di negeri Sabah dan Kedah merupakan satu program yang telah dijalankan
oleh pihak kementerian iatitu menyediakan bimbingan kepada guru-guru di sekolah.
Dalam program ini guru cemerlang akan dilantik menjadi jurulatih pakar kepada
guru-guru di sekolah bagi meningkatkan tahap prestasi atau cara mengajar guru agar
menjadi lebih menarik dan berkesan dengan penerapan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) kepada murid (Izab, 2015). Program ini membantu guru baharu
menyesuaikan diri dengan mudah dan selesa di tempat yang telah ditugaskan dan
seterusnya meningkatkan kompetensi kendiri dengan baik. Guru yang mempunyai
kompetensi yang tinggi dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan
menghasilkan satu suasana pembelajaran yang kondusif bagi murid dan
menghasilkan murid yang cemerlang. Selain daripada itu juga, perbezaan
kompetensi dari segi tempoh mengajar juga tidak memainkan peranan yang penting
sebaliknya kaedah atau pendekatan guru yang digunakan mempengaruhi tahap
kompetensi guru tersebut. Guru yang lama pula mempunyai cara dan kemahiran
tersendiri dalam membantu meningkatkan kompetensi di sekolah. Guru baharu pula
yang didedahkan dengan pelbagai teknik pengajaran dan pendekatan yang baru
kepada pelajar dapat menarik murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain
daripada itu juga, Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) adalah program yang
dijalankan di bawah seliaan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) memainkan peranan
74
yang penting kepada semua guru-guru baharu yang ditempatkan sejak tahun 2011.
Program ini membantu guru baharu dalam menghadapi situasi sebenar pendidikan di
sekolah sekaligus membantu guru baharu dari segi perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran, pengurusan tugas dan juga program sekolah, pengurusan kelas,
pengurusan aktiviti ko-kurikulum, pengurusan majlis dan juga hal-hal lain yang
berkaitan dengan pengurusan murid (Hailmi, 2014). Kompetensi guru secara
keseluruhan tidak dipengaruhi oleh faktor tempoh mengajar.
Perhubungan di antara kompetensi guru dengan penempatan juga adalah tidak
signifikan di kalangan guru-guru di daerah Kinabatangan dan Sandakan. Keadaan ini
adalah disebabkan kompetensi guru mempunyai banyak faktor lain yang boleh
mempengaruhi tahap kompetensi guru. Antara yang telah dinyatakan dalam kajian-
kajian dan pernyataan profesional adalah faktor pengetahuan, keterampilan,
kemampuan dan peribadi. Kesemua faktor-faktor ini memberi pengaruh terhadap
kompetensi guru menyebabkan guru kurang keyakinan. Motivasi yang tinggi
melahirkan tahap kesedaran yang tinggi untuk meningkatkan kompetensi diri ke arah
yang lebih kompeten. menjalankan tugas, bergaul dengan masyarakat yang berbeza
budaya dan bangsa. Selain daripada itu juga kompetensi juga adalah dipengaruhi
oleh motivasi diri sendiri. Motivasi yang tinggi melahirkan tahap kesedaran yang
tinggi untuk meningkatkan diri ke arah yang lebih baik. Namun begitu adalah tidak
dinafikan pengaruh penempatan juga memainkan peranan yang penting dalam
mempengaruhi kompetensi guru kerana keadaan persekitaran yang kurang sempurna
boleh menyebabkan emosi dan keyakinan guru menjalankan tugas terganggu.
75
Dalam kajian ini juga adalah didapati bahawa tempoh mengajar adalah tidak
mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kompetensi guru. Ini adalah kerana
terdapatnya arus perubahan di dalam bidang pendidikan. Selaras dengan itu pihak
kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil langkah untuk
menyediakan kursus yang diperlukan oleh guru pada setiap masa. Oleh itu
kompetensi guru dalam melaksanakan dasar kerajaan atau tugas sebagai seorang
guru tidak terganggu.
5.5 IMPLIKASI DAN CADANGAN
Dapatan kajian ini mempunyai implikasi tertentu terhadap kompetensi guru dengan
lokasi penempatan dan tempoh mengajar di sekolah-sekolah yang dikaji.
1. Guru mempunyai minat dalam meningkatkan tahap kompetensi kendiri.
Kompetensi guru meliputi aspek pengajaran dan pembelajaran, pengurusan
pentadbiran, pengurusan ICT, dan nilai.
2. Sikap guru adalah penting bagi meningkatkan kompetensi diri dengan
sentiasa mengetahui perkembangan perubahan sistem pendidikan dengan
menghadiri kursus-kursus yang dijalankan oleh pihak Pejabat Pendidikan
Daerah Jabatan Pendidikan Negeri ataupun Kementerian Pendidikan
Malaysia.
3. Setiap sekolah mempunyai tahap prasarana yang berbeza dan kompetensi
guru tidak bergantung kepada tempat guru bertugas tetapi bergantung kepada
kebolehan guru mengadaptasi kemahiran meningkatkan ilmu dengan
menyesuaikan diri dengan persekitaran dan keperluan murid.
76
4. Sikap kendiri guru meningkatkan ilmu memainkan peranan yang penting
dalam merealisasikan kejayaan sesebuah negara menentukan hala tuju
pendidikan negara.
5. Tahap kompetensi guru juga tidak ada kaitan dan perhubungan yang lemah
dengan tempoh mengajar dan guru yang tempoh mengajar lama ataupun baru
harus sentiasa mengikuti kursus peningkatan kendiri bagi meningkatkan
kompetensi masing-masing.
Oleh kerana kajian ini dihadkan oleh batasan kajian, berskala kecil dan
dijalankan dalam jangka masa yang singkat, maka hasil dapatan kajian ini hanya
benar bagi lingkungan kawasan kajian sahaja. Penerusan kajian-kajian seperti ini
sangat baik dan akan memberi maklumat yang berguna kepada institusi pendidikan
di negara kita dengan penekanan kepada jumlah persempelan dan batasan kajian
yang berskala besar, antaranya:
1. Satu kajian yang berskala besar melibatkan semua daerah di seluruh Malaysia
tentang kompetensi guru dengan perhubungan di antara penempatan dengan
tempoh mengajar.
2. Satu kajian tentang pencapaian setiap sekolah berkaitan dengan kompetensi
guru.
3. Satu kajian tentang kesesuaian tentang tahap kompetensi yang diperlukan di
Malaysia.
4. Satu kajian yang menetapkan tahap kompetensi guru mengikut tahap kualiti
pendidikan yang diperlukan di Malaysia.
77
5.6 KESIMPULAN
Secara keseluruhannnya kajian ini mendapati kompetensi guru adalah tidak terdapat
perbezaan terhadap penempatan dan tempoh mengajar guru. Ini menunjukkan
bahawa semua guru-guru di daerah Sandakan dan Kinabatangan mempunyai
kelayakan dan kompetensi yang tinggi dalam melaksanakan tugas sebagai guru.
Selain daripada itu juga kompetensi guru juga menunjukkan tidak terdapat
perhubungan yang kuat dengan tempoh mengajar guru. Bagi pihak kementerian,
kementerian haruslah sentiasa peka dengan kemajuan yang telah guru lakukan dan
penghargaan yang sewajarnya perlulah diberi kepada guru-guru yang berusaha
meningkatkan tahap pendidikan di negara kita. Selain daripada itu juga pihak
kementerian harus memberikan kursus kepada semua guru-guru sepanjang tempoh
mengajar mereka bagi memastikan mereka sentiasa dapat meningkatkan tahap
kompetensi masing-masing. Guru pula haruslah sentiasa berusaha meningkatkan
ilmu pengetahuan bagi terus berusaha bersama ke arah menjadikan negara kita
sebagai negara yang terbilang dan cemerlang.
78
Rujukan
Abdul Razzaq, Abdul Rasid and Ab.Hadi, Mohd Yusop and Madar, Ahmad
Rizal and Mustaffa, Mohamad Zaid and Hashim, Jamaluddin and Baharom,
Madiha (2010) “Kesediaan guru pelatih terhadap penempatan di sekolah bukan
pilihan: kajian ke atas guru pelatih tahun akhir Fakulti Pendidikan Teknikal ,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia”. In: Seminar Majlis Dekan Pendidikan
IPTA 2010 , 2-3 Ogos 2010, Hotel Concorde, Shah Alam.
Abd. Rahim Abd. Rashid (2000). Wawasan dan agenda pendidikan. Kuala Lumpur
:Utusan Publications.
Abdul Said Ambotang, C. A. (2014). Persepsi terhadap Penilaian Prestasi, Komitmen dan Motivasi Kerja Guru.
Aziah Ismail, N. H. (2002). Amalan Pembangunan Profesionalisme Dalam Kalangan
Guru-guru Novis.
Azizi Yahaya & Fadhlina Mohd Aizuddin (2010). “Tahap Kompetensi Guru Sekolah
Rendah terhadap Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris”.
UTM
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, K. (2010). Program Peningkatan Profesionalisme Guru Pedalaman Sabah dan Sarawak. BPSH.
Bahagian Sumber Manusia (2004). Ke arah Pemantapan Skim Perkhidmatan
Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.Kementerian Pelajaran
Malaysia.
79
Borneo, U. (2015). Guru Luar Bandar Perlu Pentingkan Perkongsian Idea dan Budaya Kerja. Sandakan: Utusan Borneo.
Dasar Pendidikan Kebangsaan (2004). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
DBP
E Ferguson, F. P. (2000). A Competency Model for General Practice. Implications
for selection, training and development .
Erdiana Timmong. (2006). Satu Kajian Kes Tahap Kesedaran Terhadap Kepentingan
Kemahiran Generik Dalam Usaha Melahirkan Graduan Cemerlang Di Kalangan
Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda
UTM. Tidak diterbitkan.
Eugene C. Kim, R. D. (1994). Resource Guide for Secondary School Teaching:
Planning for Competence. MacMillan.
Fe’ Josefa G. Nava (1999). Effective teaching behaviours. Kertas kerja dibentangkan
di dalam International Conference On Teacher Education, Hong Kong
Institute Of Education on February 23.
80
George, D., & Mallery, P. (2003). SPSS for Windows step by step: A simple guide
and reference. 11.0 update (4th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
Gonzi, A., Hager, P., & Athanason, J. (1993). The development of competency-
based assessment strategies for the professions. National Office for Overseas
Skills Research Paper No. 8. Canberra, Australia: Australian Government
Publishing Service.
Hailmi. (2014, November 12). Cikgu Hailmi.com. Retrieved Ogos 2015, from Cikgu Hailmi: http://www.cikguhailmi.com/2014/11/ppgb-program-pembangunan-guru-baharu.html
Hana Yuliyani (2010). “Hubungan Antara Pengalaman Mengajar Dan Motivasi
Mengajar Dengan Kompetensi Guru Pendidikan Pancasila Dan
Kewarganegaraan Di Sekolah Menengah Pertama Di Kabupaten
Karanganyar”. Universitas Sebelas Maret Surakarta
Haron, Z. (2011). KAJIAN KOMPETENSI PEGAWAI KANAN POLIS DIRAJA
MALAYSIA KONTINJEN TERENGGANU.
Hj. Iberahim Hassan, M. N. (2010). Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran
dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR.
Ibrahim, S. S. (2013). Standard Kompetensi Guru Malaysia. Kompetensi Guru
Malaysia .
Ibrahim Saad (1990). Perubahan Pendidikan Di Malaysia Satu Cabaran.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
81
INDONESIA, P. R. (2005). UNDANG-UNDANG REPUBLIK INDONESIA NOMOR 14 TAHUN 2005 TENTANG GURU DAN DOSEN. Republik Indonesia.
Insider, T. M. (2015, Mei 22). Muhyiddin ‘menteri pemalas’, kata ahli MT Umno. Retrieved Januari 2015, from http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-menteri-pemalas-kata-pengarah-jasa: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-menteri-pemalas-kata-pengarah-jasa
International Board of Standard For Training, P. a. (2003). Instructor Competencies. Information Age Publishing.
Izab, F. (2015). SISC+ bantu lahir guru berkemahiran tinggi, murid kreatif. Alor Gajah: Utusan Online.
Jamaludin, Z. (2011, Ogos 22). Scribd.com. Retrieved Julai 2015, from Kepentingan dan Kesan Guru Menghadiri Kursus/ Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP): www.scribd.com/mobile/doc/62824350/Kepentingan-Dan-Kesan-Guru-Menghadiri-Kursus
Jemaah Nazir Sekolah (2003). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jemaah Nazir Sekolah (2000). Standard Tinggi Kualiti Pendidikan. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Joseph Watnas (1986). Will Teaching Applied Ethics Improve Schools of Education?
Journal of Teacher Education. May-June 1986.
82
Jumani, N. B. (2007). Study on the Competencies of the Teachers Trained Through Distance Education in Pakistan.
Kassim, N. A. (2003). Kemahiran Berkomunikasi dan Berbahasa Inggeris.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-
2025. KPM: Putrajaya.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Standard Guru Malaysia. KPM: Putrajaya
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010,
Kuala Lumpur.
Kim, E. C., & Kellough, R. D. (1987). A resource guide for secondary school
teaching: Planning for competence (4th Ed.). New York, NY: Macmillan.
Khalid Johari, Zurida Ismail, Shukri Osman & Ahmad Tajuddin Othman (2009).
“Pengaruh Jenis latihan Guru Sekolah Menengah”. Jurnal pendidikan Malaysia.
(34:2). Pp.3-14
Laurence D. Haskew, J. C. (1968). This is Teaching. Illinois: Scott, Foresman and Company.
83
Liu, W. (2005). The study of men and masculinity as an important multicultural competency consideration. Journal of Clinical Psychology , 685-697.
Mahyuddin Arsat dan Maizura Mohd yunus (2008). “Satu Kajian Cabaran Guru Di
Sekolah Pedalaman Daerah Muar. Johor”. Universiti Teknologi Malaysia .
Malaysia, B. T. (2015). Apa itu Dialog Prestasi. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Malaysia, K. P. (2005). Memartabatkan Profesion Keguruan. In Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (p. 107).
Malaysia, K. P. (2006-2010). Memperkasa Sekolah Kebangsaan. In P. I. Pendidikan. KPM.
Malaysia, K. P. (2010). Merapatkan Jurang Pendidkan. In Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006- 2010 (p. 92).
Malaysia, K. P. (2014). Panduan Program Pembangunan Guru Baharu. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Malaysia, U. (2015, September). LEBIH BANYAK GURU BERKUALITI DI PEDALAMAN- MUHYIDDIN. Retrieved September 2015, from http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/5601-lebih-banyak-guru-berkualiti-di-pedalaman-muhyiddin.html
Malaysia, K. P. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Malek, R. A. (2009). Kementerian Tambah Elaun Guru Pedalaman. Berita Harian.
84
Metra, S. M. (2015). Dilambung gelora,risiko diculik, laluan berbatu. Utusan Online.
Meriam. (n.d.). Meriam Webster. Retrieved April 2015, from iword: i.word/idictionary/competency
Messick, S. (1984). The Psychology of Educational Measurement. Journal of
Educational Measurement, 15, 297-300.
Mitias, Ragy. G. E. (1990). Essential Values In Teacher Education: Where Do We
Stand.Kertas kerja dibentang di dalam International Council On Education
For Teaching World Assembly di Singapura pada 27-31 Julai.
Mohamed, Z. A. (1999). Pengurusan Strategik di Sektor Pendidikan. Serdang:
Universiti Putra Malaysia.
Moore, M. H. (1997). Strategic Management in Goverment.
Mohd. Najib (1997) Asas Penyelidikan Sains Sosial Johor. Universiti Teknologi
Malaysia
Mok Soon Sang (1996) Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Subang Jaya, Selangor:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2008) Psikologi Pendidikan dan Pedagogi: Murid dan Alam Belajar
Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
85
Mohammed Sani Ibrahim (2005). Teacher Education Reforms and Teacher
Profesional Standards: How can we help teachers to cope with the changes
and challenges in education ? Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa ke-12
Rangkaian Penyelidikan Literasi dan Pendidikan dalam Pembelajaran di
Fakulti Pendidikan. Universiti Granada, Sepanyol, 11-14 Julai 2005.
Mohammed Sani Ibrahim (1993). Institusi Perguruan Dalam Memenuhi Tuntutan
Malaysia Sebagai Negara Maju. Pendidikan Islam Era 2020: Tasawur Dan
Strategi. Kajang:Percetakan Bintang Jaya
Muda, N. A. (2011). hubungan antara tingkat pendidikan, pengalaman pelatihan dan
pengalaman mengajar dengan kompetensi guru mata pelajaran produktif di
SMK Negeri se-Kab. Banyuwangi. Kompetensi Mengajar guru .
Nor, M. K. (2008). Pengalaman Membantu Bakal Guru si Sekolah Murid Orang Asli. SUngai Petani: Institut Pendidikan Guru Kampus Sulatan Abdul Halim.
Nik Mustapha Hj Nik Hassan (2003). Values-based management: The way forward
for the next millennium. Kuala Lumpur: Institute of Islamic Understanding
Malaysia(IKIM).
Nur Nashuha Shafain (2009). “Kepentingan Penguasaan Kemahiran Generik Di
Kalangan Pelajar Tahun Akhir 4 SPH (Perdana) Fakulti Pendidikan, UTM
Sebagai Persediaan Bakal Guru Di Sekolah”. Projek Sarjana Muda UTM.
Tidak diterbitkan.
86
Online, U. (2015). Jawatankuasa Khas Pantau Pendidikan Kawasan Pedalaman. Kota Marudu: Utusan.
Online, U. (2015, Mei 25). Tiada Pihak Boleh Nafikan Kejayaan Kerajaan Sedia Prasarana Pendidikan Terbaik – TPM. Retrieved Ogos 2015, from UMNO Online merentasi masa: http://www.umno-online.my/2015/05/25/tiada-pihak-boleh-nafikan-kejayaan-kerajaan-sedia-prasarana-pendidikan-terbaik-tpm/
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005, Dasar Latihan Sumber Manusia
Sektor Awam.
Queensland, Q. G. (2005). Professional Standrs for Teachers, Guidelines for Professoional Practice. City East, Brisbane: Education Queensland.
Quinonez, N. (2014, Februari 25). udemy blog. Retrieved Jun 2015, from Different Teaching Styles and How They Effect Your Students: https://blog.udemy.com/teaching-styles/
Peter, H. (1973). The Student Teaching Experience From the Classroom. New Jersey: Merril Pretince-Hall.
Saedah Siraj, M. S. (2014). STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA.
Sari, C. D. (2013). Pengaruh Profesionalisme Guru sdan Motivasi Kerja Terhadap Kinerja Guru SMA Batik 2 Surakarta.
Saripudin. (2014). Retrieved Ogos 2015, from FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KOMPETENSI: http://jurnal.upi.edu/file/06._Saripudin_hal_67_-_88_.pdf
Rahim Abd. Latif (2001). Mengenalpasti Masalah-masalah dalam Melaksanakan
87
Standard ISO 9000. Tesis Sarjana. Bangi : UKM.
Randall S. Schuler, S. E. (2007). Strategic Human Resource Management. Willey .
Razali Ismail (1992). Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan: Satu Tinjauan
Konseptual.Seminar Hari Guru Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan. 12-
13 Julai.
Robiah Sidin (2001). Isu Pembangunan dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur
: Longman.
Romi Pasrah, M. H. (2010). KOMPETENSI KERJA, IKLIM ORGANISASI DAN
PENEMPATAN PEGAWAI.
Rosnani Hashim (2003). “Teaching of Thinking in Malaysia”. Intelectual Discourse.
(11:1). Pp. 27-50. IIUM.
Sa'diyyah, H. (2003). Korelasi Pengalaman Mengajar Dengan Kompetensi Guru Pai.
Kompetensi Guru .
Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som (2001). Isu Pendidikan di Malaysia,
Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur :Utusan Publication .
Shukri Hj Zain dan Syed Ismail Syed Mohamad (2004). Sekolah selamat:
88
Identifikasi profesionalisme guru. Jurnal pengurusan dan kepimpinan
pendidikan, Jilid 14, Bil. 02.
Sotiriou, P. K. (2008). Building Lifelong Learning Networks of Teachers for the
Development of Competence in Teaching in Small Rural Schools. Building
Lifelong Learning Networks of Teachers .
Soltis, Jones F. (1986). Teaching Profesional Ethics. Journal of Teacher Education.
MayJune 1986.
Starratt, Rober, J. (2004). Ethical leadership. San Francisco: Jossey-Bass.
Suhadirman Mohd Lazim (1999). “Kompetensi Pengurusan Pengajaran dan
pembelajaran di kalangan Guru Teknikal PPPLD/PPPBS di Sekolah Menengah
Teknik Negeri Pahang”. UNIMAS
Tabari Khomeiran, R. Y. (2006). International Nursing Review. Professional Competence: factors described by nurses as influencing their development .
TIMSS (2003). Trends in International Mathematics and Science Study 2003.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar KPM. Kementerian Pelajaran
Malaysia. 2004. Utusan Malaysia. 20 Mac 2002.
Tie Fatt Hee (2002). Undang-undang Pendidikan Di Malaysia. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
89
Trotter, Y. D. (2006). Adult learning theories: Impacting professional development
programs. The Delta Kappa Gamma Bulletin, 72(2), 8–13. Retrieved Feb. 15,
2015, from http://vnwebwilsonweb.com/hee/results/results_single.ftPES,jh.
Trunodipo, T. W. (2009, AUgust 31). teddy wirawan. Retrieved 2015, from Faktor
Penyebab Keberhasilan dan Keggagalan Berwirausaha:
https://teddywirawan.wordpress.com/2009/08/31/faktor-penyebab-
keberhasilan-dan-kegagalan-berwirausaha/
Universiti Kebangsaan Malaysia (2000). Etika dan tataterib akademik. Bangi:
Penerbit UKM.
Wan Zarina Wan Ismail (2012). “Kompetensi Guru Sekolah Menengah Luar Bandar
Di Daerah Segamat Dan Hubungannya Dengan Perjawatan Guru Cemerlang”.
UTM
Yasin, S. Z. (2007). Kewujudan Sistem Sokongan Membantu Sosialisasi.
Zainal Yang (2003). Nilai, Etika dan Budaya Kerja Dalam Pentadbiran Sektor Awam
Di Malaysia Dari Perspektif Islam. Jurnal Pengurusan Awam. Jilid 2. Bil.1
Januari 2003.Putrajaya: Penerbitan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Zakaria Othman, S. M. (2013). Penilaian Sebelum dan Selepas Kehadiran School
Improvement Partners Plus di Sebuah Sekolah Berprestasi Rendah di Daerah
Tuaran, Sabah: Satu Kajian Kes Penilaian. Academia.edu.
Zalika Adam, F. K. (2009). MEMPERKASA PENDIDIKAN LUAR BANDAR.
90
LAMPIRAN AJadual 1: Bahagian Kompetensi Pengajaran
BAHAGIAN KOMPETENSI- 1
Menggunakan dan membangunkan pengetahuan dan nilai-nilai
profesional
1.1 Mengetahui kandungan dan hubungannya dengan matlamat pendidikan.
1.2 Memahami hubungan antara proses siasatan dan pengetahuan kandungan.
1.3 Memahami bagaimana pelajar membangun dan belajar.
1.4 Aktif dalam membangunkan dan menggunakan pengetahuan profesional
1.5 Beroperasi dengan etika yang sesuai.
1.6 Beroperasi di dalam rangka kerja undang-undang dan peraturan
Kepelbagaian nilai, semua pelajar mempunyai hak untuk belajar
BAHAGIAN KOMPETENSI - 2
Berkomunikasi, Berinteraksi dan Bekerja dengan Pelajar dan lain- lain
2.1 Berkomunikasi secara berkesan dengan pelajar
2.2 Membina hubungan positif dengan pelajar
2.3 Mengenali dan bertindak balas kepada perbezaan individu
2.4 Menggalakkan tingkah laku pelajar positif
2.5 Memberi respon kepada peranan dalam pasukan yang bertanggungjawab
bagi pendidikan pelajar
2.6 Bekerja secara berkesan dengan ibu bapa dan lain-lain
2.7 Bekerja secara berkesan dengan ibu bapa dan orang lain yang
bertanggungjawab bagi menjaga pelajar
91
2.8 Berkomunikasi dengan kakitangan sokongan sekolah, profesion dan
masyarakat
BAHAGIAN KOMPETENSI- 3
Merancang dan menguruskan proses pembelajaran pengajaran
3.1 Rancangan program bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran pelajar
tertentu.
3.2 Menepati kandungan, pendekatan pengajaran dan perkembangan murid
dan rancangan pengajaran.
3.3 Mereka bentuk program pengajaran untuk memberi motivasi dan
melibatkan pelajar
3.4 Menstruktur tugas dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
3.5 Menunjukkan fleksibiliti dan responsif
3.6 Mewujudkan harapan yang jelas, mencabar dan boleh dicapai untuk
pelajar
3.7 Menggalakkan pembelajaran kendiri dan kerjasama
3.8 Melibatkan pelajar secara aktif dalam membangunkan pengetahuan
BAHAGIAN KOMPETENSI- 4
Pemantauan dan Penilaian Kemajuan Pelajar dan Hasil Pembelajaran
4.1 Mengetahui asas pendidikan dan peranan penilaian dalam pengajaran
4.2 Menggunakan strategi penilaian yang mengambil kira hubungan antara
pengajaran,pembelajaran & penilaian
4.3 Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan maklum balas mengenai
kemajuan
4.4 Mengekalkan rekod kemajuan pelajar
92
4.5 Memberi laporan kemajuan pelajar kepada ibu bapa dan orang lain yang
bertanggungjawab ke atas pelajar.
BAHAGIAN KOMPETENSI- 5
Merefleksi, Menilai dan Merancang Untuk Peningkatan Berterusan
5.1 Membuat refleksi kritikal kendiri untuk meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran
5.2 Menilai program pengajaran dan pembelajaran
5.3 Merancang untuk memenuhi matlamat peribadi dan sekolah.
5.4 Membangunkan kemahiran profesional dan kapasiti diri.
SUMBER: Majlis Pengajaran Australia, 1996.
Kerangka ini menonjolkan kehidupan peribadi dan profesional guru. Charles
Darwin University, Australia, (2006) telah memberikan penerangan dengan
kemampuan Negara. Rangka kerja untuk permulaan pengajaran dengan
membuat kesimpulan bahawa sasaran keperluan dasar Negara dapat dilihat
melalui program institusi pendidikan.
Organisasi pendidikan mempunyai pandangan mengenai kompetensi
guru yang berbeza. Berdasarkan Davidson College (USA, 2006), kompetensi
guru dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pedagogi dan profesional.
i. Kompetensi Pedagogi
• Guru mengamalkan pengurusan bilik darjah yang berkesan.
• Guru menggunakan pelbagai kaedah untuk mengajar pelajar, termasuk
teknik pembelajaran koperatif.
• Guru menggunakan pelbagai kaedah untuk menilai apa murid telah belajar.
• Guru menyelaraskan arahan mereka dengan kurikulum yang diperlukan dan
mengajar kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
93
• Guru merancang pembelajaran pelajar yang pelbagai penduduk, termasuk
pelajar-pelajar dengan keperluan sosial.
• Guru mempunyai kemahiran yang kukuh.
ii. Kompetensi Profesional
• Guru-guru percaya bahawa semua pelajar boleh belajar.
• Guru tahu dan menghormati pengaruh bangsa, etnik, jantina, agama dan
lain-lain aspek budaya dalam perkembangan kanak-kanak dalam bidang teknologi.
• Guru reflektif tentang amalan mereka
• Guru bekerjasama dengan rakan-rakan, keluarga, dan masyarakat untuk
menyokong persekitaran pembelajaran.
94
LAMPIRAN B
Jadual 2: Kompetensi bagi elemen amalan profesional.
DimensiFasa 1
Guru yang
kompeten pada fasa
ini seharusnya
Fasa 2
Guru yang
kompeten pada fasa
ini seharusnya
Fasa 3
Guru yang
kompeten pada fasa
ini seharusnya
1 Melibatkan
pelajar di
dalam
pengalaman
pembelajaran
.
Menyediakan
pelbagai strategi
pengajaran untuk
memenuhi
keperluan stail
pembelajaran
pelajar.
Menggunakan
contoh strategi
pengajaran dan
teknik yang
memenuhi
keperluan individu
pelajar, kumpulan
atau kelas secara
responsif dan
inklusif .
2Memantau,
menaksir,
merekodkan,
melaporkan
hasil
pembelajaran
pelajar
Menggunakan
sistem penaksiran
yang komprehensif
dan melaporkan
pencapaian hasil
pembelajaran
pelajar
Menggunakan
secara konsisten
sistem penaksiran
dan strategi
pelaporan yang
responsif dan
inklusif.
3 Mereflek
secara
kritikal
pengalaman
Menyumbang
kepada
perkembangan
pembelajaran
Terlibat di dalam
pelbagai aktiviti
pembelajaran dan
pembangunan
95
profesional
untuk
meningkatka
n
keberkesanan
professional.
komuniti. komuniti.
4 Terlibat di
dalam polisi
kurikulum
dan program
kumpulan.
Menyediakan
sokongan kepada
polisi kurikulum
atau program yang
lain.
Menyediakan
kepimpinan di
sekolah dengan
memainkan
peranan utama di
dalam proses
pembanguan
termasuk
kurikulum dan
polisi.
5Mengukuhka
n kerjasama
dengan
pelajar, rakan
sejawat, ibu
bapa, dan
lain-lain.
Menyokong
pembelajaran
pelajar melalui
kerja sama dan
kerja kumpulan
dengan ahli di
dalam komuniti
sekolah.
Memantau kerja
berkumpulan dalam
komuniti sekolah.
Dimensi 1 : Pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran
96
Dimensi ini menerangkan bagaimana guru merancang, membina, mengurus dan
menggunakan pelbagai strategi pengajaran untuk menyokong kualiti pembelajaran
pelajar. Jadual 2.2 adalah penerangan bagi fasa- fasa bagi dimensi 1.
Jadual 2.2: Dimensi 1: Pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran.
Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
● Merancang pengajaran
dan menyediakan
tujuan pembelajaran.
● Mencuba pelbagai
pendekatan pengajaran.
● Mengendalikan
keperluan pelajar dan
memberi keutamaan
kepada kepentingan
sekolah.
● Menentukan apa yang
perlu dipelajari oleh
pelajar.
● Mempunyai
pegangan dan
pendirian
sendiri dalam
pengajaran dan
dan
pembelajaran.
● Yakin dengan
kaedah yang
digunakan dan
mampu
menyediakan
pendekatan
secara
tersendiri.
Menekankan
pembelajaran
berpusatkan
pelajar.
● Bertindak
sebagai
● Memiliki banyak
strategi
pengajaran.
● Menggunakan
pendekatan
global dan
percaya bahawa
pembelajaran
pelajar bukan
sahaja dibantu
oleh guru tetapi
keseluruhan
masyarakat.
● Terbuka kepada
tren baru dalam
pendidikan.
● Menganggap
guru, rakan
sekerja, pakar
dan ibu bapa
perlu
97
pemudah cara
yang membantu
pembelajaran
pelajar.
bekerjasama bagi
menyediakan
pendidikan
terbaik untuk
pelajar.
Dimensi 2 : Pentaksir dan pelapor hasil pembelajaran pelajar. Jadual 2.3 adalah
penerangan bagi setiap fasa.
Jadual 2.3; Dimensi 2: Pentaksir dan pelapor hasil pembelajaran pelajar.
Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
● Menilai pelajar
dengan
menggunakan
pelbagai strategi
penilaian.
● Merekodkan semua
maklumat dari
penilaian dengan
tepat dan konsisten.
● Menggunakan
maklumat ini untuk
melaporkan
perkembangan
pelajar kepada ibu
bapa.
● Mempunyai
lebih banyak
cara
penilaian
dan
perekodan
pelajar.
● Melibatkan diri
secara aktif
dalam
pemantauan di
peringkat
sekolah
termasuk
aktiviti
perekodan dan
pelaporan.
● Menggunakan
penilaian
berterusan untuk
menyediakan
maklumat
tentang
pencapaian
pelajar.
● Menjadi contoh
yang konstruktif
kepada guru lain
untuk
pelaksanaan
strategi
penilaian.
● Melaporkan
maklumat
tentang tahap
98
Sambungan jadual 2.3
● memastikan
kesahan
penilaian dan
mengesahkan
interpretasi
mereka dengan
guru-guru lain.
kefahaman asas
pelajar dan
perkembangan
selepas
mengikuti
pengajaran serta
membuat
cadangan untuk
rancangan
seterusnya.
● Berkongsi
pengetahuan dan
pengalaman
dalam penilaian
untuk membantu
rakan.
● Mengkaji
keberkesanan
strategi penilaian
dan
mencadangkan
penambahbaikan
●
Jadual 2.4 pula menunjukkan penerangan bagi dimensi 3 penglibatan guru dalam
peningkatan profesionalisme.
Jadual 2.4: Dimensi 3 : Penglibatan guru dalam peningkatan profesionalisme. Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
99
Berupaya
mengenal pasti
keperluan
peningkatan
profesionalisme
sendiri
● Mengambil kursus
sama ada secara
Sambungan jadual 2.4
● Terus berusaha
meningkatkan
profesionalisme
diri tetapi fokus
lebih terarah
kepada
pembangunan
pembelajaran
● Terlibat dan
membantu guru
dan rakan
sekerja ke arah
peningkatan
profesionalisme.
formal atau tidak
formal untuk
membantu
mempertingkatkan
pengajaran
● untuk
masyarakat.
● Membantu guru
baru bagi
menyesuaikan
diri dengan
persekitaran
sekolah.
● Mampu
mengenal pasti
kekuatan dan
kelebihan diri
dari konteks
pengetahuan
profesional
untuk
membantu guru-
guru lain.
100
Jadual 2.5 dimensi 4 : Penyertaan guru di dalam perkembangan dan pengurusan
kurikulum
Jadual 2.5 dimensi 4 menerangkan bagaimana penyertaan guru di dalam
pembangunan dan pengurusan polisi kurikulum di dalam persekitaran sekolah
mereka.
Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
● Membina dan
● menggunakan
● kefahaman tentang
Sambungan jadual 2.5
● Menyokong
perkembanga
n polisi
kurikulum
● Menganalisis
persekitaran
pembelajaran
untuk
● kurikulum
● Menyumbang
kepada
● Polisi kurikulum dan
program kumpulan
● Terlibat dengan
tugasan untuk
menyokong polisi
kurikulum dan
● program kumpulan.
atau program
● Menyokong
perlaksanaan
dan
pemantauan
polisi
kurikulum
atau program
● Menyokong
semakan
semula polisi
kurikulum
atau
program.
membangunka
n polisi
kurikulum atau
program yang
lain.
● Memimpin
pembangunan
dan
perlaksanaan
polisi
kurikulum atau
program lain
yang
berasaskan
kurikulum
kebangsaan.
● Menilai polisi
kurikulum dan
101
program lain.
Jadual 2.6 : Dimensi 5 : Pembentukan kerjasama di dalam komuniti sekolah.
Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3
● Mewujudkan
hubungan yang
positifdi antara
pelajar ,rakan
sekerja dan ibu
bapa.
● Mampu bekerja
Sambungan jadual 2.6
● Mewujudkan
hubungan yang
positif dalam
konteks
masyarakat
sekolah yang
lebih luas.
● Menjadi
pemudah
cara dan
mampu
memotivasik
an rakan
sekerja
secara koperatif
dengan guru-guru
lain dan
menghormat
perbezaan
pendapat.
● Mengusahakan
hubungan baik
dengan ibu bapa
dan bersedia
dengan maklumat
terkini berhubung
pelajar dan hal-
ehwal sekolah
● Melihat diri
sebagai ahli
pasukan yang
boleh memainkan
peranan aktif
untuk kebaikan
bersama.
● Menyokong kerja
berpasukan
dengan
melibatkan diri
dengan aktiviti
organisasi.
● Mampu
menjelaskan
dan
berkongsi
pengetahuan
yang
diperoleh
sama ada dari
pengalaman
atau kursus
demi
kebaikan
organisasi.
● Mampu
menyediakan
hala tuju bagi
ahli pasukan
dan mereka
103
LAMPIRAN C
Intrumen Penilaian Kompetensi dan Motivasi Guru
Peribadi Guru
Pengkhususan Major/ Minor : ___________________________________
Subjek Mengajar Di sekolah : ___________________________________
Pengalaman Mengajar Subjek Sains : _______________________________
Kategori Sekolah yang diajar : ___________________________________
Pengalaman Mengajar : ___________________________________
Tandakan pada pandanan yang menepati pendapat anda.
1. SS : Sangat Setuju
2. S : Setuju
3. TP : tidak Pasti
4. TS : Tidak setuju
5. STS : Sangat Tidak setuju
KOMPETENSI UMUM
No
.
Pernyataan SS S TP T STS
1. Saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran
mengikut skop Huraian Sukatan Pelajaran
2. Saya mewujudkan suasana P&P yang kondusif
untuk menggalakkan penglibatan murid
3. Saya memberi peluang kepada murid bagi
perkembangan sosial mereka.
4. Saya cuba pastikan perkembangan kognitif murid
berterusan.
104
5. Saya melaksanakan aktiviti yang konsisten
dengan visi dan keutamaan Negara.
6. Saya menggunakan komunikasi verbal dan
bertulis secara berkesan.
7. Saya menggalakkan perhubungan yang harmoni
dengan rakan sekerja, ibu- bapa, dan masyarakat
untuk menyokong pembelajaran dan
kesejahteraan murid.
8. Saya menunjukkan sikap kepimpinan yang tinggi
sebagai guru.
9. Saya mesra bekerja dengan rakan sekerja, ibu-
bapa dan masyarakat
10. Saya berkomunikasi secara profesional dengan
rakan sekerja, ibu- bapa, dan masyarakat
berkaitan isu pendidikan.
Cara Pengajaran dan Pembelajaran
No
.
Pernyataan SS S TP T STS
11. Saya merancang P&P bagi menggalakkan
tingkahlaku positif murid, selamat dan sihat di
dalam kelas
12. Saya menggunakan ABM tambahan bagi
mewujudkan pembelajaran yang berkesan
105
13. Saya mencapai objektif pembelajaran dengan
jayanya
14. Saya boleh menggunakan kaedah mengajar
mengikut kesesuaian subjek.
15. Saya menggunakan pelbagai strategi berkesan
dalam P&P
16. Saya menggunakan pengetahuan murid,
kandungan subjek dan cara mengajar bagi
memudahkan objektif pembelajaran yang jelas
dapat dicapai
17. Saya meminta refleksi rakan sekerja dan murid
tentang kaedah pengajaran.
18. Saya memahami subjek dan pengetahuan
pedagogi untuk pengajaran.
19. Saya merancang P&P untuk membantu saya
mencapai objektif pembelajaran
Pengurusan dan Pentadbiran
No
.
Pernyataan SS S TP T STS
20. Saya mengaplikasikan konsep perkembangan
pelajar dari segi tumbesaran, peningkatan dan
pembelajaran murid mengikut kesesuaian.
21. Saya mewujudkan suasana pelajaran yang dapat
106
mengenalpasti cara belajar murid yang pelbagai.
22. Saya tahu cara menguruskan kelas dengan baik.
23. Saya menunjukkan penggunaan masa dengan
berkesan dan efisien
24. Saya sentiasa menyumbangkan tenaga secara
berkesan terhadap pengurusan pentadbiran
sekolah.
25. Saya menyiapkan kerja dan tugasan yang
diberikan mengikut kehendak dan masa yang
telah ditetapkan secara bertanggungjawab.
26. Saya bekerjasama dengan baik dengan pihak
pentadbir.
27. Saya sentiasa positif dan menyokong usaha
pentadbir sekolah.
28. Saya sentiasa memberikan pendapat kepada
pentadbir.
29. Saya cekap dan mengetahui skop kerja jawatan
yang dipegang.
30. Saya cekap dalam melakukan kerja seandainya
saya adalah pentadbir.
Penilaian
107
No
.
Pernyataan SS S TP T STS
31. Saya memantau pembelajaran murid.
32. Saya menilai murid berdasarkan apa yang diajar.
33. Saya sentiasa membuat refleksi bagi mengetahui
kesan pengajaran terhadap murid di setiap masa.
34. Saya menilai murid menggunakan teknik dan
prosedur yang berkesan.
35. Saya berkomunikasi murid bagi meningkatkan
kefahaman murid.
Penggunaan ICT
No
.
Pernyataan SS S TP T STS
36. Saya mengikuti perkembangan gadget- gadget
baru
37. Saya suka menggunakan teknologi dalam P&P
38. Saya cekap menguruskan alatan terkini.
39. Saya tidak mempunyai masalah dalam pengisian
menggunakan internet.
40. Saya yakin dengan teknologi dapat menarik minat
murid dalam P&P.
41. Saya kerap menggunakan teknologi terkini
108
apabila masa lapang.
42. Saya berusaha untuk mendapatkan maklumat
terkini tentang perkembangan teknologi.
43. Saya memanfaatkan kemudahan komputer riba
yang terdapat di sekolah.
44. Saya berbesar hati ketika diberikanpeluang
menggunakan teknologi baru.
45. Saya berasa kekok dan tidak yakin menggunakan
teknologi.
LAMPIRAN D
110
SURAT KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN YANG DIKELUARKAN OLEH BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR
PENDIDIKANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA