19
1 SKPS 6013 ETIKA ALAM SEKITAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN TAJUK SOALAN 2 PESAWAT PENERBANGAN ANTARABANGSA MENGGUNAKAN SUMBER RUANG UDARA, DARATAN DAN LAUTAN BEBERAPA NEGARA. INI BERERTI IMPLIKASI YANG KOMPLEKS, APABILA TERJADI KEMALANGAN ATAU MUSIBAH TERTENTU KEPADA PENERBANGAN TERSEBUT. DALAM KONTEKS INI APAKAH PERHITUNGAN ETIKA ALAM SEKITAR YANG DAPAT DIRUMUSKAN DARI TRAGEDI KEHILANGAN MH370 BARU-BARU INI. PENSYARAH: PROF. DR AMRIAH BINTI BUANG NAMA: MAZNI BINTI BALI P74297

ETIKA ALAM SEKITAR

  • Upload
    ukm-my

  • View
    2

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

1

SKPS 6013

ETIKA ALAM SEKITAR

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN

TAJUK SOALAN 2

PESAWAT PENERBANGAN ANTARABANGSA MENGGUNAKAN SUMBER RUANG UDARA, DARATAN DAN LAUTAN BEBERAPA NEGARA. INI

BERERTI IMPLIKASI YANG KOMPLEKS, APABILA TERJADI KEMALANGAN ATAU MUSIBAH TERTENTU KEPADA PENERBANGAN

TERSEBUT. DALAM KONTEKS INI APAKAH PERHITUNGAN ETIKA ALAM SEKITAR YANG DAPAT DIRUMUSKAN DARI TRAGEDI KEHILANGAN

MH370 BARU-BARU INI.

PENSYARAH:

PROF. DR AMRIAH BINTI BUANG

NAMA:

MAZNI BINTI BALI

P74297

2

SENARAI KANDUNGAN

 

1. PENGENALAN & KRONOLOGI KEJADIAN .................................................... 3

2. PERHITUNGAN ETIKA ALAM SEKITAR DARI TRAGEDI KEHILANGAN

MH370 .................................................................................................................... 4

2.1 Kelemahan Pemantauan Ruang Penerbangan .................................................. 4

2.3 Pencarian di Ruang Alam yang Luas ................................................................ 7

2.4 Faktor Alam Sekitar ........................................................................................ 10

2.5 Keterbatasan Teknologi Penerbangan ............................................................ 12

2.5 Antara Keselamatan dan Pertimbangan Kos .................................................. 14

3. KESIMPULAN ..................................................................................................... 17

4. RUJUKAN ............................................................................................................ 18

SENARAI RAJAH

Rajah 1: Fakta pesawat MH370. (Sumber : www.infoharian.com) ............................... 3  

Rajah 2: Lakaran pergerakan MH370 yang dikesan oleh radar TUDM ........................ 5  

Rajah 3 : Kawasan pencarian MH370 ........................................................................... 8  

Rajah 4 : Kawasan yang dapat di kesan oleh radar. ..................................................... 13  

SENARAI JADUAL

Jadual 1: Senarai menara kawalan penerbangan dalam dan luar Malaysia yang

berpotensi untuk mengesan MH370 semasa merentasi Selat Melaka ........ 7  

3

1. PENGENALAN & KRONOLOGI KEJADIAN

Kehilangan Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH 370, Boeing 777-

200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac 2014

(Sabtu) telah menggegarkan seluruh dunia antarabangsa. Kejadian misteri ini berlaku

ketika pesawat dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam

selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul

12.41 am waktu Malaysia.

Rajah 1: Fakta pesawat MH370. (Sumber : www.infoharian.com)

Tragedi ini sememangnya memberi impak yang negatif terhadap imej Negara

Malaysia, walaupun begitu bantuan-bantuan yang diterima daripada negara-negara

lain dalam proses serta operasi mencari dan menyelamat menunjukkan keprihatinan

sejagat yang positif dalam perhubungan diplomatik di antara negara-negara yang

terlibat. Namun, usaha tersebut sukar menemui kesimpulannya dan pelbagai teori

yang dianalisis untuk proses pencarian tersebut. Pada hari ke-16 operasi mencari dan

menyelamat, Pihak Kerajaan Malaysia akhirnya mengulaskan tragedi tersebut setelah

mengambilkira pelbagai aspek dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia

Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan bahawa penerbangan MH 370 tersebut

telah berakhir di Selatan Lautan Hindi. Namun kesimpulan tersebut tidak berakhir

begitu sahaja di mana pelbagai pihak masih menjalankan siasatan dan telah membawa

kepada pelbagai rentetan dan kesan-kesan yang memberi impak yang besar terhadap

negara, persekitaran dan juga perhubungan global.

4

Kehilangan MH 370 ini bukan sekadar kemalangan biasa di ruang udara tetapi

melibatkan pelbagai aspek yang perlu diambilkira dalam tragedi ini kerana

terdapatnya pelbagai isu yang mungkin saling berkaitan serta melibatkan pelbagai

prinsip etika yang boleh dikenalpasti berikutan daripada kronologi dan penyiasatan

kehilangan MH 370 ini.

2. PERHITUNGAN ETIKA ALAM SEKITAR DARI TRAGEDI

KEHILANGAN MH370

2.1 Kelemahan Pemantauan Ruang Penerbangan

Kelemahan sistem keselamatan dan kawalan udara antarabangsa terserlah

berikutan kehilangan pesawat MH370 di kawasan sibuk Asia Tenggara. Dalam laluan

rutin dari Kuala Lumpur ke Beijing, sistem komunikasi pesawat berkenaan terhenti

sejurus pengawal trafik udara di Kuala Lumpur menyerahkan kawalannya kepada

pengendali di Pusat Kawalan Trafik Udara Ho Chi Minh City (HCMATCC). Ketua

Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) menyebut komunikasi terakhir antara

MH370 dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) dibuat pada

1:21:04 waktu Malaysia, semasa ia melepasi IGARI.

Menurut Leftenan Jeneral Vo Van Tuan, seorang pegawai kementerian

pertahanan Vietnam MH370 sedang beralih ke kawalan trafik udara bandar Ho Chi

Minh pada pukul 1:22 pagi waktu tempatan, namun pesawat tersebut tidak kelihatan

dan tidak dapat dikesan di ruang udara wilayah Ca Mau. Tepat pada pukul 01:38:19

HCMATCC mula bertanya mengenai MH370 dan memaklum kepada KLATCC

bahawa komunikasi secara lisan tidak dapat dirakam dengan MH370 di mana krew

pesawat tersebut tidak berkomunikasi dengan kawalan trafik udara. Jarak masa 17

minit dalam membuat pertanyaan mengenai kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac

lalu adalah berpunca dari pusat kawalan trafik udara di Vietnam. Sedangkan protokol

menetapkan masa 5 minit untuk pesawat itu menghubungi HCMATCC sebaik sahaja

ia melepas waypoint IGARI, iaitu sempadan di mana sesuatu pesawat akan mula

dipantau oleh Vietnam.

Selain kelewatan menara kawalan udara Vietnam bertindak, kelewatan selama

empat jam untuk mengaktifkan sistem menyelamat penerbangan selepas MH370

5

hilang dari radar pada 1.21 pagi, 8 Mac lepas juga dilihat sebagai satu kelemahan

kawalan keselamatan ruang udara. Pada 07.24am, barulah Pihak Penerbangan

Malaysia telah mengesahkan bahawa perhubungan MH370 telah hilang dan operasi

mencari dan menyelamat telah bermula. Sedangkan telah termaktub di dalam

Konvensyen Chicago 1944, dalam Perkara 16 bahawa Pihak berkuasa setiap negera

mempunyai hak untuk mencari pesawat negera-negera lain, tanpa kelengahan yang

tidak munasabah.

Di ruang udara yang berbeza, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui

radar utama dapat mengesan MH370 setelah ia hilang komunikasi dengan Pusat

Kawalan Trafik Udara yang sepatutya. Pesawat MH370 telah berjaya dikesan radar

TUDM apabila dilihat berpatah balik. Pada mulanya, TUDM beranggapan pesawat

yang tidak dikenali mungkin berbuat demikian kerana menerima arahan menara

kawalan trafik udara. Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri

berkata pesawat tersebut boleh menerima arahan tertentu dari menara kawalan dan

melencong ke laluan lain jika dikehendaki tetapi keadaan tersebut bukan sesuatu yang

memerlukan tindakan daripada TUDM walaupun ia dikesan di radar utama.

Rajah 2: Lakaran pergerakan MH370 yang dikesan oleh radar TUDM

6

Keselesaan berhadapan dengan rutin harian, mengaburi mata pihak TUDM

lalu menganggapan kehadiran (keadaan) berpatah balik pesawat tersebut adalah mesra

pesawat yang mungkin menerima arahan dari menara kawalan, tetapi apa yang di lihat

akhirnya pesawat tersebut hilang dari radar di Laut Andaman atau Utara Selat Melaka

kerana mana-mana radar di dunia hanya boleh mencerap sekitar 250 batu nautika

sahaja. Kelemahan sistem pertahanan dan keselamatan negara tercanang di seluruh

pelusuk dunia dek kelalaian dan tidak kurang profesioanal TUDM yang memandang

remeh kehadiran pesawat misteri di ruang udara negara ini. Walaupun pesawat

misteri tersebut mungkin menerima arahan tertentu dari menara kawalan dan

melencong ke laluan lain, tetapi keadaan tersebut bukan sesuatu alasan bagi TUDM

mengabaikan dan tidak membuat sebarang tindakan kerana menganggapnya satu

kelaziman. Mengapa perlu mengambil mudah atas kelaziman? Sedangkan dalam

aspek pertahanan negara tiada istilah kelaziman. Musuh menunggu masa untuk

meratah pertahanan pertahanan negara ketika kita sedang asyik lewa.

Menurut teori etika Minimum Wrong yang dikatakan sebagai satu kesalahan

itu adalah apabila sesuatu benda yang dilakukan memberikan kesan kepada manusia.

Jika TUDM telah menjalankan tugas mereka, berkemungkinan besar tragedi

kehilangan MH370 ini tidak akan berlaku. TUDM mempunyai peluang untuk

menghantar pesawat pejuangnya untuk memintas dan menyelamatkan pesawat

MH370 jika juruterbangnya tidak berupaya ataupun pesawat mehadapi masalah

komunikasi, alatan kemudi ataupun maslaah teknikal lain agar pesawat tersebut dapat

mendarat dengan selamat di lapangan terbang berdekatan lokasi tersebut iaitu di Pulau

Pinang dan Lapangan Terbang Langkawi.

Menjawab persoalan mengenai masa yang agak lama diambil untuk

mengumumkan radar yang berjaya di kesan tersebut, TUDM berpendapat pusat

kawalan udara sama ada di Subang atau KLIA mungkin sedang melakukan prosedur

operasi standardnya (SOP) untuk mengesan pesawat itu, dan TUDM juga melakukan

SOP TUDM untuk mengesannya. Menurut krosedur kerja, TUDM atau pihak

berkuasa tidak boleh mengumumkan sebarang maklumat yang tidak dapat disahkan

100 peratus kesahihannya dan semua maklumat pada masa itu perlu diteliti dan

diperhalusi agensi pakar Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), Lembaga

Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan Cawangan Siasatan

7

Kemalangan Udara (AAIB). Namun dalam situasi ini, prosedur menyebabkan negara

kehilangan jejak MH370 sehingga ke hari ini.

Selain radar tentera, negara-negara moden juga menggunakan sistem radar

kawalan lalu lintas udara yang bekerja dalam kedua-dua mod “aktif” (transponder)

dan mod “pasif” (tidak memerlukan transponder). Walaupun sistem kawalan trafik

udara awam secara amnya tidak sekuat atau setepat kerana sistem ketenteraan, mereka

tetap mampu mengesan dan menjejaki MH370 secara sepenuhnya. Malah, sistem

radar mampu mengesan sekawan burung dan objek lain di udara yang jauh lebih kecil

daripada MH370, dengan sepenuhnya. Namun apa yang mengecewakan, menara

kawalan penerbangan awam di Malaysia telah gagal mengesan MH370 yang

dikatakan terbang ke Selat Melaka. Berikut adalah senarai menara kawalan

penerbangan dalam dan luar Malaysia yang berpotensi untuk mengesan MH370

semasa merentasi Selat Melaka :

Menara  kawalan  penerbangan  Malaysia   Menara  kawalan  penerbangan  di  luar  Malaysia  

1. KLIA  2. Lapangan  terbang  Subang  3. Lapangan  terbang  Ipoh  4. Lapangan  terbang  antarabangsa  

Pulau  Pinang  5. Lapangan  terbang  antarabangsa  

Langkawi  6. Lapangan  terbang  Alor  Setar  7. Lapangan  terbang  Kuala  Terengganu  8. Lapangan  terbang  Kota  Bahru  9. Lapangan  terbang  Senai  10. Lapangan  terbang  antarabangsa  

Melaka  

1. Lapangan  terbang  antarabangsa  Changi  2. Lapangan  terbang  antarabangsa  Phuket  3. Lapangan  terbang  antarabangsa  Hat  Yai  4. Lapangan  terbang  antarabangsa  Medan  

Kuala  Namu  5. Lapangan  terbang  Pekanbaru  Indonesia  6. Lapangan  terbang  Krabi  Thailand  7. Lapangan  terbang  Nakhon  Si  Thamarat  

Thailand  8. Lapangan  terbang  Surat  Thani  Thailand  9. Lapangan  terbang  Ko  Samui.  

Jadual 1: Senarai menara kawalan penerbangan dalam dan luar Malaysia yang berpotensi untuk mengesan MH370 semasa merentasi Selat Melaka

2.3 Pencarian di Ruang Alam yang Luas

Setelah MH370 terputus perhubungan dan hilang dari skrin radar, pasukan mencari

dan menyelamat telah di gerakan pada peringkat awal meliputi kawasan seluas

30,000km2 (12,000batu2) di Teluk Thailand, Selat Melaka dan Laut China Selatan

yang. Sebanyak 11 buah negara telah menghantar sejumlah 34 pesawat dan 40 buah

kapal untuk usaha ini. Setelah usaha menemui jalan buntu, kawasan pencarian di

perluaskan sehingga ke Lautan Hindi kerana terdapat isyarat komunikasi terakhir

8

pesawat dengan satelit di kesan di satu dari dua koridor; koridor utara merentangi

kawasan sempadan Kazakhstan dan Turmenistan ke bahagian utara Thailand atau

koridor selatan Lautan Hindi.

Rajah 3 : Kawasan pencarian MH370

Kawasan pencarian seluas 479,147 km yang terletak ke barat daya Perth,

Australia mempunyai cuaca yang sejuk kerana berhampiran dengan antartika. Lautan

luas berkenaan sentiasa bergelora dan berkabus kerana ia menjadi tempat pertemuan

antara arus panas dari Lautan hindi dan arus sejuk dari Antartika. Lautan tersebut juga

mempunyai cuaca yang sering berubah dengan pantas, angin kencang dengan ombak

mencecah setinggi enam meter dan juga diliputi awan tebal yang rendah sehingga

menyukarkan satelit untuk merakan dengan jelas. Arus laut di kawasan berkenaan

amat deras sehingga boleh menghanyutkan objek terapung sejauh 173km dalam

tempoh dua hari sahaja. Purata kedalaman kawasan lautan ini adalah 3,600 meter di

mana terdapat juga jurang yang mempunyai kedalam 8,047 meter iaitu Jurang

Diamantina.

Persoalannya dengan kawasan seluas ini mampukah manusia menggunakan

keupayaan teknologi untuk mengesan MH370. Sehingga ke hari ini jawapannya

adalah tidak. Jika kita berfikir secara logik akal sekalipun, apabila pesawat terhempas

di atas tanah, mahupun di laut, sudah pasti ada bangkai pesawat ataupun tompokan

minyak. Sehingga tarikh ini, tiada satu pun yang menjadi bukti terhempasnya

pesawat. Ironinya, bolehkah kita percaya MH370 jatuh dengan begitu tenang sekali

di dalam lautan ganas dan tenggelam dengan begitu mudah ke dalam lautan tanpa

9

meninggalkan sebarang petunjuk? Dalam era sofistikated ini sepatutnya kesemua

pesawat penumpang sepatutnya boleh dikesan, walaupun menggunakan teknologi

biasa seperti telefon bimbit. Jika peralatan kamera canggih yang terpasang di ruang

angskasa pada satelit-risikan yang dikendali oleh beberapa buah kuasa besar dunia

mampu mengambil gambar manusia di muka bumi dan sekaligus mengenalpasti

identiti manusia terbabit. Sudah semestinya alatan canggih seperti ini lebih daripada

mampu untuk mengesan objek sebesar 63 meter iaitu MH370. Namun setelah lebih

100 hari usaha pencarian masih berada di jalan buntu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 sememangnya

berdepan dengan cabaran kerahsiaan teknologi serta kemampuan ketenteraan sebenar

pelbagai negara khususnya kuasa besar. Walaupun operasi menjejaki pesawat tang

hilang sejak 8 Mac lalu itu disokong satelit beresolusi tinggi milik China, perancis

dan Australia, yang disifatkan multinasional, hakikatnya usaha mengesan petunjuk

MH370 masih gagal. Namun, satelit ketenteraan, radar berfrekuensi tinggi dan

kekuatan artileri, lazimnya adalah kemampun tersembunyi aset bernilai negara,

kerana teknologi sedemikian penentu barisan pertahanan. Menurut Dr Alias Moh

Sood, Pensyarah Kanan Teknologi Geoinformatik UPM, lebih 50 satelit berlegar di

angkasa yang digunakan sebagai pemancar telekomunikasi dan Sistem Penentu

Sejagat (GPS).

Sebenarnya, satelit tentera mempunyai keupayaan mengesan objek sekecil10

sentimeter. Namun perkara perkara tersebut adalah rasia sulit dan mustahil untuk

didedahkan kepada umum kerana ia mampu mengundang serangan musuh. Kita tidak

boleh menolak kemungkinan terdapat segelintis negara kuasa besar yang mempu

mengesan lokasi akhir MH370 dan serpihan persawat terbabit jika mereka

menggunakan radar ketenteraan tersebut. SAR MH370 ini merupakan satu litar

perlumbaan teknologi serta keupayaan mendahului kecanggihan antara saru negara

dengan negara lain. Persaingan ini ini ada kalanya seperti tidak sihat kerana tumpuan

menonjolkan teknologi untuk reputasi dan berbentuk cegah rintang iaitu sebagai

mesej kepada keupayaan kuasa bear lain bahawa keupayaan teknologi boleh

menggambarkan keupayaan untuk menjadi kuasa besar di masa hadapan. Tindakan

negara yang terlibat ini lebih bersikap Teleologikal iaitu melihat keburukan atau

kebaikan sesuatu tindakan berdasarkan akibat atau hasil yang diperolehi akibat sesetu

tindakan. Ringkasnya, mereka merahsiakan maklumat bagi menjaga keselamatan

10

negara pada masa akan datang. Oleh yang demikian, tindakan ini adalah dianggap

dari segi etika. Sehingga ke hari ini, misi pencarian dasar laut yang baharu masih di

kawasan lautan Hindi, namun lokasinya adalah ratusan batu ke selatan dari kawasan

pencarian sebelum ini. Ketua Pesuruhjaya daripada ATSB Martin Dolan berkata fasa

terbaharu akan memberi fokus kepada kawasan berkeluasan 23,000 batu persegi

(60,000 km persegi) dan menggunakan peralatan sonar berkuasa tinggi untuk mencari

pesawat MH370.

2.4 Faktor Alam Sekitar

Kehilangan MH370 sememangnya telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Jika

dikaitkan dengan faktor alam iaitu keadaan cuaca pada masa penerbangan itu,

pesawat tersebut tidak menyiarkan apa-apa isyarat petanda cuaca buruk, ataupun

masalah teknikal sebelum hilang dari skrin radar. Kelangkapan yang dimilik oleh

syarikat penerbangan iaitu Stesen Kaji Cuaca Aeronotik (AMS) juga melaporkan

keadan cuaca yang baik pada masa itu. AMS melakukan pemantauan cuaca secara

berterusan dan akan memberi amaran kepada lapangan terbang apabila mengesan

keadaan cuaca yang buruk untuk menjaga keselamatan fasiliti lapangan terbang dan

pesawat yang mendarat. Sekiranya MH370 berdepan dengan cuaca buruk, pastinya

juruterbang akan menghantar isyarat kecemasan dan berusaha mengawal pesawat

penerbangan tersebut. Oleh yang demikian, faktor cuaca boleh diabaikan dalam

situasi ini.

Ruang pencarian yang amat luas di Laut China Selatan dan Lautan Hindi

merupakan satu cabaran dan medan untuk menguji kecanggihan teknologi yang

dimiliki oleh manusia. Pasukan mencari dan menyelamatan bukan sahaja berdepan

dengan faktor geografi alam dan cuaca malah, semasa pencarian ini juga dapat

dikesan kawasan-kawasan yang tercemar akibat perbuatan manusia. Keadaan ini pada

awalnya dikatakan sebagai petanda penemuan lokasi pesawat MH370 terhempas

namun setelah hasil kaijian dijalankan menunjukkan perkara sebaliknya. Antaranya

ialah penemuan beberapa tompokan minyak berwarna kuning oleh Agensi

Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) di perairan Vietnam kira-kira 20 batu

nautika daripada lokasi yang dilaporakan hilang. Sangkaan awal bahawa tompokan

minyak yang berpunca daripada pesawat MH370 ini meleset apabila APMM

11

menerima keputusan bahawa sampel tompokan tersebut bukan minyak pesawat tetapi

pencemaran minyak yang berpunca darpada kapal kargo.

Selain itu, CNN mengutip keterangan Badan Sains, Teknologi, dan Industri

untuk Pertahanan Nasional China melaporkan Satelit China pencari MH370 telah

menangkap keberadaan tiga objek besar terapung di perairan sebelah timur laut Kuala

Lumpur, di sebelah selatan Vietnam, yang diduga merupakan lokasi pesawat terbang

itu jatuh. Ketiga benda terapung itu berukuran besar, yaitu 13x18 meter, 14x19 meter,

dan 24x22 meter. Seterusnya, imej satelit Thai telah mengesan sebanyak 300 objek

terapung di selatan Lautan Hindi ketika operasi pencarian MH370. Menurut Agensi

Teknologi Angkasa Lepas dan Geo-Teknologi, objek-objek yang berukuran di antara

dua hingga 15 meter itu bertebaran di sekitar 2,700 barat daya Perth. Pihak Berkuasa

Keselamatan Maritim Australia (AMSA) juga telah mengesahkan bahawa terdapat

objek terapung yang ditemui di kawasan pencariannya berukuran 24 meter di Lautan

Hindi. Walaupun berbagai imej dan obejek yang dirakam oleh satelit tetapi tiada

satupun penyataan yang mengesahkan objek-objek berkenaan berkaitan dengan

MH370. Pihak berkenaan hanya menyatakan bahawa jika objek berkenaan bukan

sebahagian daripada MH370 maka ia mungkin kontena yang jatuh dari kapal.

Jika kita lihat dari dimensi yang berlainan dengan mengambil perkiraan objek-

objek ini tidak berkaitan sama sekali dengan MH370, pernahkah kita terfikir bahawa

kejadiaan ini juga secara tidak langsung telah membongkar pencemaran alam yang

telah berlaku tidak kita sedari. Hakikatnya tiada pihak yang memandang serius

perkara ini. Walhal dalam Etika Biocentric Individualism menyatakan bahawa

perhubungan di antara manusia dan persekitaran yang mempunyai kesamarataan dan

saling berkaitan melingkungi pelbagai pengaruh dari segi undang-undang, sosiologi,

teologi, ekonomi, ekologi dan geografi. Sehubungan dengan itu, tindakan tidak

beretika ini seharusnya dibenteras sebelum lautan yang luas bertukas status menjadi

kawasan buangan sisa pepejal dan tumpahan minyak. Walaupun dalam Teori Gaia

mengandaikan bahawa bumi adalah organism hidup yang bergerak sendiri (survival)

boleh bertindak balas terhadap tekanan yang diletakkan ke atasnya. Sebagai contoh

bumi menyesuaikan diri adalah dengan bertindak balas kepada daripada manusia,

melalui pencemaran udara dan gangguan buatan manusia dengan iklim global. Namun

sekiranya pencemaran seperti berlarutan tanpa kawalan, bumi akan mengambil masa

yang sangat lama kembali norma seperti sedia asalnya. Pengajaran daripada misi

12

pencarian MH370 ini juga telah membuktikan bahawa isu pencemaran di sekitar

lautan seperti ini dapat melengah-lengahkan, mengelirukan serta merumitkan usaha

pencarian ini.

2.5 Keterbatasan Teknologi Penerbangan

Kehilangan pesawat MH370 merupakan ujian yang paling bermakna kepada kuasa

dunia masa kini untuk menentukan kecanggihan teknologi mereka menguasai dunia.

Lautan Hindi dan Lautan China Selatan merupakan medan untuk menguji

kecanggihan teknologi yang dimiliki oleh mereka. Malaysia sebagai sebuah negara

yang kecil mempunyai kemampuan teknologi yang terbatas. Oleh itu kegagalan dalam

mengesan kedudukan pesawat dengan pelbagai usaha tidak sepatutnya dijadikan

bahan kecaman. Kegagalan dalam usaha mencari pesawat ini merupakan satu

pengajaran bahawa bidang ilmu manusia adalah terlalu kecil jika dibandingkan

dengan ilmu Allah.

Radar merupakan alat berupa gelombang elektromagnetik yang sering

digunakan bukan sahaja untuk mengesan objek pada jarak tertentu malah dapat

mengesan pergerakkan sesuatu objek. Dalam bidang penerbangan, penggunaan radar

jelas pada penggunaan Air Traffic Control (ATC). ATC merupakan suatu pengendali

dalam pengaturan lalu lintas udara yang berperanan untuk mengatur lalu lalang serta

kelancaran lalu lintas udara bagi setiap pesawat terbang yang akan berlepas, terbang

di udara mahupun pesawat yang akan mendarat. Dalam tragedi kehilangan MH370 ini

terdapat laporan yang mengatakan pesawat MH370 telah terbang di bawah paras

pengesanan radar iaitu di bawah 5000 kaki bagi mengelakkan ianya dikesan radar

terutamanya radar tentera. Pesawat tersebut terbang rendah dan menggunakan

kawasan terlindung (terrain masking) ketika ia terbang merentasi Teluk Bengal dan

menuju utara ke arah daratan. Terrain masking merujuk kepada kebolehan

meletakkan pesawat supaya alam semula jadi bumi menyembunyikannya daripada

gelombang radio yang dihantar daripada sistem radar. Ia adalah teknik yang biasanya

digunakan dalam pertempuran di mana juruterbang tentera akan terbang sangat

rendah di kawasan berbukit atau pergunungan untuk melindungi kedatangan mereka.

Jika hal ini berlaku, individu yang mengawal pesawat itu mempunyai pengetahuan

kukuh mengenai avionic dan navigasi dan meninggalkan jejak yang bersih.

13

Rajah 4 : Kawasan yang dapat di kesan oleh radar.

Namun begitu, menurut Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Penganalisis

Kejuruteraan Penerbangan pesawat ini sememangnya efisien jika terbang pada

ketinggian yang tinggi, namun jika ia terbang setinggi 5,000 kaki, itu akan memberi

tekanan kepada enjin pesawat dan penggunaan bahan api akan menjadi tinggi.

Satu lagi alat berteknologi yang dibahaskan dalam misi pencarian ini ialah

Transponder. Transponder merupakan alat pada radar atau satelit yang menerima

isyarat dan memancarkannya semula pada frekuensi yang berbeza. Alat ini

memberitahu posisi atau lokasi kapal terbang kepada radar daratan. Ia juga boleh

digunakan oleh kapten untuk menghantar kod kecemasan andai berlaku rampasa atau

apa-apa kejadian lain. Transponder sesebuat pesawat hilang hubungan dari radar bumi

atau terpadam disebabkan oleh beberapa perkara iaitu berlaku kecelakaan di udara

seperti pertembungan atau letupan yang memusnahkan kapal, kegagalan elektrikal

sepenuhnya dalam kapal, kegagalan peralatan ataupun juruterbang atau sesiapa sahaja

sengaja mematikan suiz transponder atau meletakkannya dalam mode siap sedia

menjadikan kapal itu tidak lagi berkomunikasi dengan radar daratan.

Biasanya, transmisi elektronik boleh membantu penyiasat dan pengawal udara

untuk mengesan ketinggian pesawat, hala tujunya dan kelajuan. Tetapi apa yang

dinamakan transponders di atas MH370 ini tidak melaporkan apa-apa, sehinggalah ia

berhenti berfungsi. Jet besar juga biasanya membawa pemancar kecemasan yang

kukuh untuk mengenal pasti lokasi pesawat sekiranya berlaku kejadian yang tidak

diingini, jadi pasukan penyelamat boleh pergi dengan cepat ke kawasan itu. Alat-alat

ini, yang direka untuk diaktifkan oleh kesan di atas tanah atau air, tidak menghantar

apa-apa isyarat yang boleh dikesan. Kehilangan kawalan dan semua komunikasi pada

14

masa yang sama merupakan situasi yang tidak pernah berlaku dalam operasi

penerbangan sebelum ini.

Mungkin peristiwa ini boleh memberi pengajaran kepada semua bahawa

kecanggihan teknologi bukan boleh menjamin keselamatan manusia secara

keseluruhannya. Walaupun pesawat tersebut adalah pengangkutan udara yang

tercanggih dan terselamat di dunia maka terdapat faktor lain yang boleh

menggugatkan keselamatan nyawa manusia. Jika usaha manusia gagal untuk mencari

kedudukan pesawat tersebut walaupun menggunakan teknologi yang canggih maka

peristiwa ini perlu dijadikan sebagai renungan bahawa kecanggihan teknologi bukan

merupakan faktor utama keselamatan nyawa manusia atau alat yang boleh menguasai

dunia. Peristiwa ini juga merupakan satu pengajaran kepada kuasa besar bahawa

kecanggihan teknologi mereka menguasai ruangan udara dunia dan lautan terbatas

untuk merentasi langit dan bumi. Keangkuhan mereka untuk menguasai dunia dengan

pelbagai cara sering memperolehi kejayaan dengan begitu pantas sekali tetapi kenapa

dalam usaha untuk mencari kedudukan pesawat MH370 yang kurang kecanggihannya

jika dibandingkan dengan kapal perang mereka sehingga kini masih gagal dijumpai?

Kita seharusnya akur, meskipun dalam etika Technocentrism cenderung

mengatakan bahawa manusia mempunyai kuasa dalam mengawal dan mempengaruhi

alam sekitar dan setiap masalah persekitaran yang berlaku dipercayai mampu diatasi

dengan teknologi, hakikatya ilmu yang manusia miliki umpama setitik air dari lautan

yang luas. Keupayaan manusia terbatas, di mana sains berakhir, di situlah bermulanya

kudrat Allah.

2.5 Antara Keselamatan dan Pertimbangan Kos

Selepas pesawat Air France 447 terhempas di Lautan Atlantik, penyiasat

menyarankan industri penerbangan melaksanakan penambahbaikan yang boleh

membantu pasukan mencari mengenal pasti lokasi kejadian dengan pantas dan

mengesan mereka yang terselamat. Bagaimanapun, tiada tindakan diambil. Laporan

awal Malaysia berhubung MH370 turut menyenaraikan cadangan supaya peranti

pengesan masa sebenar digunakan dalam pesawat komersial

15

Kotak hitam kini menjadi tumpuan dan harapan yang dapat merungkaikan

tragedi yang penih misteri ini. Kotak hitam merupakan satu kumpulan peranti yang

digunakan dalam bidang pengangkutan. Biasanya ia merujuk kepada perakam data

penerbangan (PDP) atau flight data recorder (FDR) dan perakam suara kokpit atau

cockpit voice recorder (CRV) dalam pesawat terbang. FDR akan merakam setiap

isyarat elektronik dan teknikal yang dibuat oleh juruterbang secara terperinci dari segi

ketinggian, kelajuan dan penggunaan peralatan dalam pesawat, manakala CVR pula

merangkam perbualan antara juruterbang dan pembantu serta komunikasi juruterbang

dengan pengendali menara kawalan trafik udara sepanjang penerbangan sehingga

taman sesebuat penerbangan pada saat enjin pesawat dimatikan selepas mendarat di

lapangan terbang. Setiap penerbangan komersial adalah diwajibkan membawa dua

kotak hitam tersebut iaitu FDR dan CVR.

Sistem FDR yang digunakan sekarang pada asalnya menggunakan pita

magnetik yang merekod 30 minit terakhir pesawat secara berulang. Namun, pesawat

moden terkini dilengkapi sistem penyimpanan data secara digital di dalam cakera

solid state. Tambahan pula, menurut Syarikat Honeywell, iaitu syarikat pengeluar

kotak hitam, rekaan alat adalah mengikut ketetapan Pentadbiran Penerbangan

Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) di mana jangka hayat bateri hanya dapat

bertahan sehingga 30 hari selepas berlakunya kejadian tidak diingini. Sekiranya

fizikal kotak hitam tidak ditemui dalam tempoh masa tersebut, operasi SAR akan

menjadi lebih rumit terutamnya dalam kawasan pencarian yang sungguh luas.

Sungguhpun alat ini dapat bertahan pada kedalaman 6,000 meter dan data yang

tersimpan di dalam alat tersebut masih boleh diperolehi walaupun selepas 20 tahun,

namun cabaran terhebat yang harus ditempuhi untuk mencari objek seberat 10kg di

kawasan pencarian seluas 479,147 km.

Saranan sistem FDR yang digunakan sekarang harus digantikan sudah

disuarakan setelah serangan 11 September 2001 lagi apabila kotak rakaman audio dari

American Airlines 77 yang menerobos menara World Trade Center rosak teruk dan

tidak boleh diselamatkan. Selain itu, sekali lagi saranan penaik tarafan sistem FDR

dilakukan pada tahun 2009 selepas berikutan insiden kecelakaan Air France 447 yang

terhempas di tengah laut. FDR pesawat ini hanya berjaya dijumpai selepas hampir dua

tahun di dasar laut. Begitu juga dengan tragedi Kecelakaan Adam Air 574 Indonesia

16

pada tahun 2007 yang turut menunjukkan kepincangan sistem FDR yang sedia ada

kerana ia hanya berjaya ditemui 8 bulan selepas kemalangan berlaku.

Persoalanya mengapa FDR masih lagi perlu dalam betuk fizikal di dalam

pesawat sedangkan sistem storan awanan sudah digunakan secara meluas? Tradisi

penggunaan kotak hitam ini masih dikekalkan kerana, jika rekod penerbangan dan

audio kokpit distrim secara terus ke storan awanan ia akan melibatkan kos yang

tinggi. Oleh itu, pertimbangan antara aspek dan keselamatan kos pembiayaan harus

dibuat oleh syarikat operasi penerbangan. Seharusnya setiap syarikat operasi

penerbangan berpegang kepada Kantian ethics yang berusaha untuk memenuhi

keperluan kewajiban menjawa keselamatan penumpang dan anak kapal sepanjang

penerbangan, bukannya sahaja demi memuaskan kecenderungan untuk mengurangkan

pertimbangan kos serta memaksimumkan keuntungan. Dalam erti kata lain, syarikat

pernerbangan harus membuat sesuastu tindakan yang betul melalui penggunaan

teknologi penerbangan yang canggih walaupun tindakan tersebut mengakibatkan

ketidakgembiraan iaitu terpaksa memperuntukkan kos yang tinggi bagi tujuan itu.

Walaupun terdapat keupayaan teknologi yang lebih berpotensi dan canggih, namun

syarikat penerbangan tidak sanggup membelanjakan jumlah wang yang besar untuk

teknologi baru ini kerana kos operasi sistem ini adalah lebih mahal dari kos

membayar pampasan sekiranya pesawat terhempas. Sama ada suka atau tidak ini

namun ini adalah realitinya.

Jelas sekali sekiranya sistem storan awanan secara langsung digunakan pada

pesawat MH370, sekurang-kurangnya pasukan penyelamat boleh mengecilkan saiz

kawasan pencarian berdasarkan lokasi Global Positioning System (GPS) terakhir.

Data yang disimpan juga kini sudah boleh dianalisa sungguhpun pesawat masih

belum ditemui. Kerana sistem FDR yang sudah terbukti pincang sejak 2001 ini masih

degil digunakan kerana faktor kos, dan sehingga kini seluruh dunia terpaksa menanti

FDR ditemui bagi merungkai misteri kehilangannya.

17

3. KESIMPULAN

Dengan ini, boleh disimpulkan bahawa segala kemalangan dan risiko bahaya

ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja akibat daripada sebarang punca samaada

secara sengaja mahupun tidak disengajakan. Seperti yang kita sedia maklum, kadang-

kadang sesuatu bencana itu berlaku akibat masalah teknikal dan juga fizikal.

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menolak bahawa sesuatu bencana juga boleh

berlaku akibat daripada kesilapan dan kelemahan manusia. Namun sebagai

masyarakat yang beretika, kita hendaklah bertindak balas secara profesional dalam

menerima sebarang bencana yang menimpa. Oleh yang demikian, dalam situasi

tragedi kehilangan pesawat MH370 ini, pelbagai teori yang telah dilontarkan oleh

golongan pakar mahupun masyarakat umum. Walauapapun teori dan pandangan yang

dikemukakan, secara positifnya ia dapat diambil kira dan dinilai sebagai respon

masyarakat yang prihatin dengan kejadian yang berlaku di persekitarannya. Peristiwa

ini juga menunjukkan kelemahan sistem kawalan keselamatan udara yang perlu

ditambah baik dari masa ke semasa mengikut kecanggihan teknologi terkini.

18

3. RUJUKAN

Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badarudddin. 2014. Membongkar di sebalik misteri MH370. Casamas Resourcers Sdn Bhd. Selangor

Belum disahkan objek dikesan di Selatan Lautan Hindi berkaitan MH370. The Rakyat Post. 22 Mac http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/03/22/belum-disahkan-objek-dikesan-di-selatan-lautan-hindi-berkaitan-mh370/

Chinese satellite images show possible floating objects,” cctv.com, 13 Mac, 2014 http://english.cntv.cn/program/newsupdate/20140313/100889.shtml

Di Sebalik Kehilangan MH370. UKM News Portal 21 Mei http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/1786-mh370-issues-behind-the-scene.html

Flightradar24.com 8 Mac, 2014 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=679309148775178&set=a.116008071771958.7699.111607872211978&type=1&stream_ref=10

Exclusive: Radar data suggests missing Malaysia plane deliberately flown way off course – sources,” Reuters, 14 Mac, 2014 http://www.reuters.com/article/2014/03/14/us-malaysia-airlines-radar-exclusive-idUSBREA2D0DG20140314

Lewat bertindak kehilangan MH370, perlu tanya kawalan udara Vietnam, kata pengarah DCA The Malaysian insider 3 Mac http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lewat-menyedari-kehilangan-mh370-berpunca-dari-pusat-kawalan-udara-vietnam#sthash.D3GY8rrb.dpuf

Oil slicks found near site of crashed Malaysia Airlines plane,” Tuoi Tre news, 8 Mac, 2014, http://tuoitrenews.vn/society/18173/oil-spills-found-near-site-of-crashed-malaysia-airlines-plane

MH370: Objek terbesar yang dikesan terapung di Lautan Hindi berukuran 24 meter Astro Awani 20 Mac http://www.astroawani.com/budget/news/show/mh370-objek-terbesar-yang-dikesan-terapung-di-lautan-hindi-berukuran-24-meter-32172?cp

MH370: Pesawat China temui beberapa objek terapung. Berita Harian 4 Mei http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MH370_PesawatChinatemuibeberapaobjekterapung/Article/index_html

MH370: Keupayaan dan limitasi pesawat Boeing 777. Astro Awani. 19 Mac http://www.astroawani.com/budget/news/show/mh370-keupayaan-dan-limitasi-pesawat-boeing-777-32096

19

MH370: Laporan CNN hanya spekulasi - Tentera Laut ALAM SEKITAR. Berita Harian 29 Mei http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MH370_LaporanCNNhanyaspekulasi-TenteraLautAS/Article/?mutakhir=1

MH370: Komunikasi Antara 1.38 Pagi Dan 6.14 Pagi, 8 Mac Didedah - http://www.suriafm.com.my/mh370/mh370-komunikasi-antara-1-38-pagi-dan-6-14-pagi-8-mac-didedah/#sthash.VnwZUnbO.dpuf

MH370, hilang dengan 1001 persoalan dan kelemahan.The Malaysian insider 22 Mac http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nur-jazlan/article/mh370-hilang-dengan-1001-persoalan-dan-kelemahan

MH370: Pesawat dipercayai terbang menyusuri pinggir ruang udara Indonesia bagi elak dikesan. Astro Awani. 7 April http://www.astroawani.com/news/show/mh370-pesawat-dipercayai-terbang-menyusuri-pinggir-ruang-udara-indonesia-bagi-elak-dikesan-33331?cp

MH370 terbang serendah 1,500m elak dikesan, kata NST - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mh370-terbang-serendah-1500m-elak-dikesan-kata-nst#sthash.qyI2H8f3.dpuf

PRESS CONFERENCE : MH 370 14 MARCH 2014, FRIDAY, 5.30 PM,” Official Portal Ministry of Transport, Malaysia, 14 Mac, 2014 http://www.mot.gov.my/en/Newsroom/Press%20Release/Year%202014/MH370%20Press%20Statement%20by%20Hishammuddin%20Hussein%20on%2014%20March%202014.pdf

PRIME MINISTER’S PRESS STATEMENT ON FLIGHT MH370,” Official Wesite Prime Minister’s Office of Malaysia, 15 Mac, 2014 https://www.pmo.gov.my/?menu=news&news_id=12606&page=1731&news_cat=4

Punca TUDM Tidak Pintas @ Bertindak Pesawat Misteri (Kapal Terbang MH370 MAS) Didedahkan! Berita Semasa 27 Mei. http://www.beritasemasa.com.my/punca-tudm-pesawat-kapal-terbang-mh370-mas

Selepas ditemui satelit, 12 persoalan timbul tentang MH370 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-ditemui-satelit-12-persoalan-timbul-tentang-mh370#sthash.UCMG3jNk.dpuf

Saturday, March 08, Media Statement – MH370 Incident released at 7.24am, ” Malaysia Airlines, 8 Mac, 2014, http://www.malaysiaairlines.com/my/en/site/dark-site.html

Zon pencarian MH370 berpindah ratusan batu ke selatan – ATSB Astro Awani 20 Jun http://www.astroawani.com/news/show/zon-pencarian-mh370-berpindah-ratusan-batu-ke-selatan-atsb-38060?cp