22
OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS FAKULTI : PENGURUSAN PERNIAGAAN SEMESTER / TAHUN : MEI (2) / 2014 KOD KURSUS : OUMM3203 TAJUK KURSUS : ETIKA PROFESIONAL NO. MATRIKULASI : 761027045206001 NO. KAD PENGNEALAN : 761027045206 NO. TELEFON : 0122398527 E-MEL : [email protected] 1

Etika Profesional

  • Upload
    oum

  • View
    3

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS

FAKULTI : PENGURUSAN PERNIAGAAN

SEMESTER / TAHUN : MEI (2) / 2014

KOD KURSUS : OUMM3203

TAJUK KURSUS : ETIKA PROFESIONAL

NO. MATRIKULASI : 761027045206001

NO. KAD PENGNEALAN : 761027045206

NO. TELEFON : 0122398527

E-MEL : [email protected]

1

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS

PUSAT PEMBELAJARAN : PETALING JAYA

ETIKA merujuk kepada peraturan – peraturan yang di tentukan

oleh seseorang individu bagi memperbaiki sesuatu keadaan

atau moral seseorang individu tersebut. Etika berhubung kait

dengan moral. Moral pula lebih menjerumus kepada tingkah

laku seseorang malah bersikap praktikal kerana ia merupakan

disiplin seseorang. Etika lebih menjerumus kepada teori, ini

bermakna etika lebih bersifat mengkaji, menganalisis dan

mengkritik sistem bermoral itu sendiri, dengan ini jelaslah

bermakna etika bersifat ilmu pengkajian terhadap sesuatu

situasi yang berkaitan dengan gaya hidup bermoral.

Masyarakat Malaysia , mengamalkan cara hidup beretika yang

tinggi dan cara hidup ini mempengaruhi perwatakan diri

hingga dewasa. Masyarakat Islam yang menganuti agama Islam

misalnya mempunyai dan mengamalkan nilai – nilai moral yang

tinggi dan sifat-sifat moral itu adalah etika dalam

beragama. Perkara yang sama berlaku kepada individu yang

menganut agama lain, agama mereka juga mempunyai etika –

etika beragama yang berbeza dan setiap etika itu harus di

patuhi dalam pembentukan sahsiah diri yang cemerlang. Tidak

kira apa agama pun amalan hidup bermoral dan beretika ini2

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICSpasti menjadi tuntutan utama dalam kehidupan seharian setiap

individu. Etika dalam sesebuah agama yang di anuti lebih

menjurus kepada prinsip sesebuah agama. Definisi etika dari

segi bahasa berasal daripada bahasa Inggeris “Ethic” dan

bahasa Greek “Ethos” yang membawa maksud nilai-nilai atau

perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah

laku seseorang individu.

Menurut William Frankena (1973) etika di definasikan dari segi

istilah merujuk dan bermaksud falsafah moral atau pemikiran

berfalsafah, masalah moral dan pertimbangan moral. Etika,

bolehlah di rumuskan sebagai aturan atau pola tingkah laku

yang di hasilkan oleh akal manusia bagi membezakan antara

baik dan buruk dalam masyarakat serta membatasi perlakuan

baik dan jahat atau pun prinsip serta ukuran asas bagi

menentukan tingkah laku yang betul, tingkah laku salah atau

tingkah laku bertanggungjawab, sebagai contoh: dewasa ni

ramai anak muda suka merosakkan harta benda kerajaan seperti

kejadian vandalisma, sudah pastinya perbuatan itu menyalahi

undang – undang kerajaan seperti yang telah ditetapkan oleh

kerajaan hingga menghalang pengguna - pengguna lain

menikmati kemudahan asas yang telah di sediakan. Jelaslah

perbuatan ini menunjukkan betapa fungsi etika di dalam

kehidupan remaja kini kian terhakis dan sudah pasti

perbuatan tersebut menyalahi dan melanggar undang – undang

Negara beretika seperti mana yang telah di tetapkan dan3

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICSmempamirkan perbuatan yang tidak baik kepada negara dan

masyarakat lain amnya.

Sebagai seorang individu yang ingin menjadi manusia yang

berjaya di dunia, pastinya individu tersebut akan berusaha

sedaya mungkin mencapai matlamat hidup yang di inginkan,

setiap individu mengamalkan cara hidup yang beretika dan

cara hidup beretika itu akan membantu individu tersebut

membentuk keperibadiannya samada ke arah kebaikan atau ke

arah keburukan. Walaubagaimanapun, seseorang individu tidak

dapat tidak akan melalui proses kehidupan yang sangat

mencabar dan tidak mustahil individu tersebut akan tersasar

dari tujuan hidup sebenar. Dewasa ini ramai individu yang

melanggar etika kehidupan sebagai seorang individu kerana di

pengaruhi oleh keadaan sekeliling, rakan – rakan dan juga

pengaruh keluarga. Proses pembentukan diri ini berlaku

mengikut situasi kehidupan individu tersebut mahu pun cara

serta proses kehidupan itu telah di tetapkan atau di amalkan

dari keci. Faktor – faktor yang mempengaruhi kehidupan

4

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICSseseorang individu boleh di klasifikasikan kepada beberapa

faktor, sebagai contoh:-

1. Faktor Keluarga

Keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam

pembentukan moral dan etika diri seseorang individu. Didikan

dari kecil adalah pemangkin kepada sahsiah diri ketika

dewasa. Proses pembentukan moral dan etika pada seseorang

individu ini mengambil masa yang sangat lama dan setiap ibu

bapa perlu bersabar dalam membantu seseorang individu

mengekalkan etika bermoral hingga dewasa. Bagaimana individu

itu di didik dari kecil hingga dewasa sangat mempengaruhi

kehidupannya. Jalan mana yang di pilih ketika dewasa nanti

adalah di pengaruhi oleh pembentukan moralnya dari kecil,

samada jalan hidup yang di pilih baik atau buruk di masa

akan datang adalah bergantung pada kehendak individu itu

sendiri, sebagai contoh; kanak – kanak sangat mudah terdedah

dan terpengaruh dengan apa yang di tunjukkan oleh orang

dewasa atau role mode dan apa yang mereka lihat itulah yang

mereka serapkan dalam diri. Mereka mudah meniru apa juga

perbuatan dan perlakuan orang dewasa tanpa mengira baik atau

buruk kerana mereka terlalu kecil untuk membezakan baik dan

buruknya sesuatu tindakan atau perbuatan itu. Oleh kerana

itu ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam

pembenbentukan etika seseorang individu dan etika itu harus

5

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICSdi sulami dengan moral yang cemerlang. Gambarajah di bawah

memberi gambaran dua keluarga yang mempunyai etika dan moral

yang berbeza, jelaslah bahawa pengaruh keluarga sangat

penting bagi membantu dalam pembentukan etika seseorang

individu.

keluarga bermasalah Keluarga

harmonis

6

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICSKegagalan Beretika Kejayaan Beretika

Gambarajah keluarga bermasalah di atas jelas menunjukkan

bahawa telah berlaku perlanggaran etika seseorang individu

yang akhirnya membawa kepada keruntuhan aklak seseorang

individu pada masa akan datang, manakala gambarajah keluarga

harmonis menunjukkan keberhasilan dari amalan hidup yang

beretika. Walaubagaimanapun, apa akan jadi pada etika diri

seseorang individu itu adalah pilihan mereka sendiri kerana

mereka sendiri boleh menilai dan memilih jalan mana yang

mahu di ikut di masa akan datang.

2. Faktor Kawan

Kawan adalah salah satu sebab atau punca yang mengundang

kepada kepincangan atau kerosakan etika hidup seseorang

individu. Walaubagaimana bagus atau baik cara didikan

seseorang individu itu sejak kecilnya jika di zaman remaja

atau dewasanya di pengaruhi oleh rakan – rakan sebaya yang

runtuh moral dan etika hidupnya, jika individu tersebut

mudah terpengaruh dengan rakan – rakan sebaya yang rosak

moral insannya maka akan rosak jugalah masa depannya.

Memilih rakan – rakan yang baik sangat perlu dalam memilih

rakan, umpama pepatah melayu yang selalu di perkatakan

”rakan adalah pakaian kepada rakan yang lain” Oleh kerana

itu mencari rakan sebaya yang tepat dan bermoral adalah

sangat penting bagi remaja – remaja yang meningkat dewasa

7

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICSdan seterusnya akan menyambung kesinambungan kehidupan

beretika yang baik kepada generasi akan datang.

Satu kajian telah di lakukan oleh seorang ahli sosiologi

terkemuka iaitu Thomas Berndt (1979, chapter 8, page 262), memberitahu

bahawa kumpulan rakan sebaya mempunyai peranan yang sangat

kuat dalam mempengaruhi activiti sosial rakan sebaya yang

lain. Sesetengah remaja, rakan sebaya adalah tempat paling

selamat untuk mereka mengadu masalah ketika mereka mempunyai

sebarang masalah tidak kira masalah yang melibatkan masalah

cinta, masalah keluarga mahupun masalah pelajaran, ini

kerana rakan sebaya mempunyai tingkahlaku, sikap dan

identiti yang sama sesama mereka dan remaja berkenaan

merasakan rakan – rakan mereka lebih memahami masalah mereka

dari keluarga sendiri. Thomas Berndt, juga berkata beliau

mendapati kecenderungan seseorang remaja mencari dan memilih

siapa rakan sebaya yang paling tepat untuk menjadi tempat

meluahkan segala masalah mereka adalah paling tinggi ketika

lingkungan umur 14 hingga 15 tahun, di lingkungan umur

begini adalah saat atau masa yang sangat getir atau genting

memandangkan peningkatan gejala social yang meruncing dewasa

ini. Gagal atau berjayanya remaja tersebut bergantung kepada

gagal atau berjayanya remaja itu memilih rakan sebayanya ti

peringkat ini kerana inilah saat penentunya arah hidup

mereka di masa akan datang.

8

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICSLingkungan umur begini paling mudah mempunyai konflik dengan

ibu bapa dan pada lingkungan umur begini juga adalah

lingkungan umur yang mencari – cari akan hala tuju kehidupan

mereka akan datang. Mereka juga mempunyai kecenderungan

tingkah laku anti social paling tinggi. Remaja mudah

terpengaruh dengan rakan sebaya kerana mereka berada dalam

proses membebaskan diri dari kongkongan ibu bapa dan

keluarga malah mula berfikir bahawa keluarga adalah musuh

paling di gerungi dan tidak faham akan keinginan naluri

remaja itu sendiri. Setiap individu bertanggungjawab di atas

setiap perlakuan sendiri dan berkemungkinan menjadi tidak

berdisiplin dan melanggar etika hidup dengan mengikut

kehendak diri sendiri. Pelanggaran etika hidup dan hidup

yang tidak bermoral ini sentiasa di lakukan malah lebih

parah jika mereka tidak menyedari langsung akan kemusnahan

etika diri mereka satu persatu. Pelanggaran – pelanggaran

tidak beretika ini akan mengundang masalah mental pada

remaja tersebut dan tidak di nafikan remaja sebegini akan

mengalami kegagalan dalam pelajaran mereka dan akhirnya

remaja tersebut membuat haluan sendiri dan terus hanyut

dalam hidup yang penuh kegagalan. Mereka rasakan sangat

bagus untuk mereka sedangkan mereka telah melakukan pelbagai

pelanggaran hidup beretika.

3. Faktor Keadaan Sekeliling

9

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICSPersekitaran bermaksud keadaan atau situasi tempat

sekeliling seseorang individu itu menetap, belajar atau

bekerja. Keadaan sekeliling juga merupakan faktor yang

menyumbang kepada pembentukan etika seseorang individu itu

menjadi positif atau negetif. Faktor ini di lihat dan di

analisis dari segi lokasi, tempat dan budaya kawasan

sekelilingnya. Faktor keadaan sekeliling ini boleh di

klasifikasikan kepada dua kawasan iaitu kawasan bandar dan

luar bandar. Kedua – dua kawasan ini mempunyai budaya,

intelektual, kemudahan dan ruang kehidupan yang berbeza

begitu juga dengan tekanan hidup yang berbeza.

Etika hidup di bandar lebih bersistematik berbanding di

kawasan luar bandar, walaubagaimanapun kehidupan di bandar

lebih terdedah kepada permasalahan gensterisma mahu pun

vandalisma. Di bandar juga mempunyai corak pentadbiran

persekitaran penduduknya mengikut kelas – kelas tersendiri,

ini dapat di lihat di sesetengah kawasan elite seperti di

kawasan segitiga emas, kawasan – kawasan penduduk yang

berprofil tinggi, di mana di kawasan ini persekitarannya di

jaga dengan rapi dan baik. Di kawasan tersebut mempunyai

kemudahan yang sangat canggih dari segi pekerjaa,

pendidikan, social, ekonomi serta perancangan pembentukan

bandarnya segalanya tersusun rapi. Kawasan bandar mempunya

kemudahan yang lengkap berbanding luar bandar. Di bandar,

penduduknya tidak mengamalkan komunikasi secara bersemuka10

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICSmalah perjumpaan antara seseorang induvidu dengan individu

yang lain sangat terhad malah mereka tidak mempedulikan akan

permasalahan yang di hadapi di kawasan kejiranan mereka.

Komunikasi yang terjalin lebih bersifat komersial ataupun

urusan perniagaan, pendidikan, social mahupun pekerjaan.

Ini bermakna jurang komunikasi bersemuka antara seseorang

individu dan individu yang lain sekitar kawasan permaustatin

mereka jarang berlaku berbanding di luar bandar di mana

komunikasi lebih kepada seseorang individu dengan individu

yang lain dalam erti kata lain bersemuka, samaada komunikasi

itu bersifat seorang individu bersama seorang individu yang

lain mahu pun komunikasi berbentuk kumpulan.

Kawasan Bandar Kawasan Luar

Bandar

Gambarajah di atas menunjukkan persekitaran kawasan

perumahan antara bandar dan luar bandar. Kawasan prsekitaran

luar bandar mempunyai kawasan hijau yang sangat luas seluas

11

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICSmata memandang dan ini memberikan ketenangan kepada individu

yang tinggal di kawasan tersebut. Persekitaran perumahan di

luar bandar sangat jarang sekali berpagar kebanyakannya

tidak mempunyai sistem keselamatan yang canggih seperti di

bandar. Pergaulan antara penduduk juga sangat tenteram,

kehidupan di luar bandar masih mengamalkan hidup cara ziarah

menziarahi. Kekurangan yang ada bukanlah penyebab untuk

mereka tidak berkomunikasi antara satu dengan lain, mereka

hidup bermuafakat sesama mereka segala keputusan adalah

melalui suara ramai atau melalui perbincangan yang di buat

dari semasa ke semasa. Jika di ukur dari etika diri setiap

individu yang tinggal di luar bandar lebih bermoral

berbanding individu yang tinggal di kawasan bandar ini

kerana individu di luar bandar lebih menitikberatkan

kehidupan bermoral samada dari segi agama ataupun hubungan

sesama manusia. Penduduk di bandar lebih bersikap

mengasingkan diri ataupun “buat hal sendiri”. Kawasan rumah

yang berpagar dan di lengkapi sistem keselamatan yang

canggih menyukarkan komunikasi antara jiran, jika di pandang

dengan sekali pandang individu yang tinggal di bandar lebih

bersikap pentingkan diri sendiri perhubungan antara sesama

kawasan kejiranan juga agak sepi. Komunikasi yang terjalin

juga lebih bersifat komersial samada tujuannya untuk

pendidikan, pekerjaan atau pun kegiatan – kegiatan yang

bersangkut paut dengan hiburan.

12

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICSKesimpulan

Sebagai seorang individu yang berkerjaya dan mempunyai

pengalaman yang pelbagai sejak kecil hingga dewasa, dapatlah

di rumuskan dari ketiga – tiga faktor yang telah di

bincangkan sebentar tadi dapatlah di rumuskan bahawa faktor

keluarga, faktor rakan sebaya dan faktor persekitaran sangat

memainkan peranan penting dalam membantu saya untuk

mengamalkan cara hidup beretika sebagai seorang individu.

Faktor – faktor ini berperanan mencorak diri saya sebagai

seorang insan yang berjati diri samada di awal remaja dan

juga dewasa.

Kehidupan seharian sebagai seorang individu sudah tentu

mencabar kewibawaan saya dalam mengharungi gelombang gelora

kehidupan yang sangat besar dan mencabar. Pengaruh serta

hasutan untuk melakukan perkara yang tidak baik sentiasa

datang mengganggu, jika saya tidak dapat menilai dan memilih

jalan mana yang harus di pilih sudah pasti saya juga

tergolong dalam golongan individu yang rosak nilai moralnya

serta rosak dari segi etika hidup. Etika hidup bermoral

harus di amalkan dan di kekalkan dalam diri bagi menjadi

benteng untuk mengharungi hidup seharian supaya sifat diri

yang ada dalam diri dapat di bentuk menjadi manusia dan

ibndividu yang bermoral di masa hadapan. Hidup tanpa ada

dugaan bukanlah satu kehidupan, setiap kehidupan pasti ada13

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICSdugaan dan cabaran, tidak kira dugaan dari sudut yang baik

atau dugaan yang datang itu buruk dan setiap dugaan – dugaan

ini mengajar kita menjadi manusia yang lebih berjati diri

menghadapi apa juga situasi di masa – masa akan datang.

Sekali lagi, pengalaman yang saya lalui adalah guru terbaik

mengajar saya akan erti sebuah kehidupan, sekali lagi

peranan dan sokongan keluarga adalah sebaik – baik sokongan.

Berhati – hati dalam apa juga tindakan yang akan diambil

adalah sangat penting agar kita tidak tersalah langkah yang

akhirnya mengundang kepada kegagalan hidup. Kehidpan saya

lebih bermakna apabila saya sendiri sedar bahawa kehidupan

beretika itu adalah pemangkin kepada kehidupan yang sangat

harmonis dan berjaya. Selain mengamalkan sikap beretika yang

menjana kepada pengukuhan moral yang tinggi, melalui etika

– etika yang di amalkan dalam kehidupan seharian juga dapat

membantu saya menjadi seorang individu yang berdaya saing

dan mempunyai matlamat hidup yang hakiki termasuk matlamat

untuk mempunya kerjaya yang baik, juga sebagai seorang

individu yang mengamalkan hidup beragama. Selain nilai –

nilai moral yang di amalkan dalam kehidupan seharian, saya

juga mempelajari akan beberapa prinsip hidup beretika yang

di sarankan oleh pakar – pakar analisis seperti teori

Psikososial Ericson, di mana teori ini menekankan perkara asas

yang perlu di utamakan oleh seseorang individu. Prinsip –

prinsip ini dapat membantu saya mengawal cara kehidupan dan14

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICSmenjadikan panduan dengan lebih berjaya dari segi moral

amnya dan hidup beretika khasnya. Prinsip yang di maksudkan

adalah:-

Walaubagaimanapun, saya tidak dapat lari dari berhadapan

pelbagai masalah dan dugaan hidup serta pengaruh – pengaruh

negatif yang datang daripada kawan – kawan yang tidak

bermoral dan beretika yang mempengaruhi saya untuk

meninggaklan cara hidup bermoral dan hidup dalam keadaan

yang tersasar jauh dari etika kehidupan. Sebagai seorang

pekerja di sebuah syarikat yang agak besar dan terkenal

bukanlah menjamin kepada sikap pekerja yang bermoral dan

beretika dalam bekerja. Saya mengalami beberapa situasi

pelanggaran etika yang mana mempengaruhi atau mengganggu

saya ketika bekerja.

15

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICSKeadaan yang tidak beretika dan bermoral ini kadang kala

merimaskan saya. Perkara ini menyebabkan pekerja – pekerja

yang tidak bermoral ini di ambil tindakan disiplin oleh

pihak syarikat dan di kenakan hukuman setimpal berdasarkan

kesalahan yang di lakukan. Di sini saya lampirkan antara

peraturan – peraturan dan etika yang di tetapkan oleh pihak

syarikat kepada pekerja – pekerja termasuk saya sendiri yang

harus di patuhi.

Pemakaian

Peraturan ini meliputi kesemua pekerja kecuali pengarah

urusan, semua pekerja harus mematuhi cara berpakaian

mengikut spesifikasi yang di tetapkan oleh pihak syarikat.

Tindakan

Mana – mana pekerja yang melanggar etika ini akan di kenakan

tindakan tatatertib sebelum di berikan amaran.

16

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICSJenayah dan Penyalahgunaan Dadah

Peraturan ini sangat berat dan harus di patuhi oleh mana-

mana pekerja. Pihak majikan akan melakukan pemeriksaan

kesihatan dari masa kesemasa bagi memastikan setiap pekerja

berada dalam keadaan yang terkawal.

Tindakan

Pekerja yang engkar atau melanggar etika syarikat dan tidak

bermoral ini akan di kenakan tindakan pemberhentian kerja

serta merta sejajar dengan peruntukan Akta Jenayah dan

Penyalahgunaan Dadah Berbahaya 1952 (Akta 324). Syarikat

telah menyediakan doktor panel untuk membuat pemeriksaan

berkala dari masa ke semasa.

Gangguan Seksual

Ini juga salah satu pelanggarang salah laku atau pelanggaran

etika yang sangat berat dan makin berleluasa dewasa ini.

Gangguan seksual adalah sejenis pelanggaran etika yang tidak

17

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICSbermoral dan secara tidak langsung boleh menyebabkan tekanan

emosi kepada pekerja yang lain.

Tindakan

Pihak syarikat akan menyiasat dengan terperinci dan apabila

mendapati salah laku atau gangguan seksual benar – benar

berlaku dan telah berlaku antara seorang pekerja kepada

pekerja yang lain, syarikat tanpa teragak – agak akan

mengambil tindakan membuang atau menyerahkan pekerja

tersebut kepada pihak yang lebih berkuasa.

Selain daripada senarai – senarai yang telah di nyatakan di

atas terdapat juga peraturan-peraturan atau perlaksanaan

etika pekerja dan majikan atau majikan dan pekerja

antaranya, pekerja juga harus beramanah, berusaha, cekap,

jujur dan bertanggungjawab dalam melakukan kerja – kerja

18

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICSyang telah di amanahkan sejajar perjanjian yang telah di

persetujui dalam surat di awal tawaran kerja di berikan.

Pekerja juga harus menepati pretasi kerja yang di tetapkan

dan tidak membelakangkan tugas yang telah di berikan oleh

pihak syarikat kepada pekerja tersebut selain tidak

menggunakan harta benda syarikat untuk kepentingan

persendirian atau telah melanggar mana – mana syarat antara

keduanya. Jika pelanggaran etika syarikat atau etika

seseorang itu telah berlaku, individu atau syarikat boleh

membuat lapuran kepada Jabatan Buruh Malaysia dan beberapa

jabatan berkanun yang lain seperti di bawah.

Undang – undang buruh Polis Di Raja

Malaysia

Selain daripada tindakan – tindakan yang boleh di ambil,

majikan terlebih dahulu wajib memberi sebanyak mungkin

pengetahuan tentang undang – undang dan etika syarikat mahu

pun kepentingan beretika sebagai seorang individu seperti di

bawah:

19

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS

Oleh kerana itu, amalan hidup beretika sangat penting dalam

memastikan masa depan yang cemerlang, pilihan selalunya di

tangan kita cara apa yang kita mahu laluan hidup yang bagai

mana kita inginkan adalah hak kita. Hanya kita yang mampu

merubah hidup kita, samada baik atau buruk terpulanglah

kepada kita sendiri. (2856 perkataan)

20

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS

RUJUKAN

1. Buku: William K. Frankena,1973, Ethics, second edition,

chapter one, Morality and Moral Philosophy, An Example Of

Etical Thinking (SOCRATES)

2. Buku : Child, Family, School, Community: Socialization

and Support,

Thomas Berndt (1979, chapter 8, page 262).

3. Laman web, Print Malaysia: Http://www.printnasional.com.my/pnmb/media/file/work_ethics.pdf

4. Laman web, Jabatan Tenaga Malaysia: http://www.jtm.gov.my/ver25/index.php/ms/

5. Laman web, Jabatan Agama Islam Malaysia: http://www.islam.gov.my/en

21

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS

22