38
DIPLOMA PERGURUAN ASAS (KOHORT 8) BINA INSAN GURU (BIG) DTK 2003 TAJUK: REFLEKSI KEM BINA INSAN GURU TEMPAT: KEM CHEMERKAU CEKAS, ULU DONG, RAUB PAHANG TARIKH: 23 HINGGA 25 JANUARI 2015 NAMA PENSYARAH : TN HJ. SAARI B. ZAKARIA NAMA PELAJAR : MUHAMMAD SHEIKH BUKHARI BIN MUHD ARIF NO PELAJAR : 20130708011 NO. KAD PENGENALAN : 911010-14-5367

Assigment BIG

Embed Size (px)

Citation preview

DIPLOMA PERGURUAN ASAS (KOHORT 8)

BINA INSAN GURU (BIG)

DTK 2003

TAJUK: REFLEKSI KEM BINA INSAN GURU

TEMPAT: KEM CHEMERKAU CEKAS, ULU DONG, RAUB PAHANG

TARIKH: 23 HINGGA 25 JANUARI 2015

NAMA PENSYARAH : TN HJ. SAARI B. ZAKARIA

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD SHEIKH BUKHARI BIN MUHD ARIF

NO PELAJAR : 20130708011

NO. KAD PENGENALAN : 911010-14-5367

BIL ISI KANDUNGAN MUKA

1 PENGHARGAAN

2 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

3 LAPORAN DAN REFLEKSI

4 10 JENIS FLORA

5 10 JENIS FAUNA

6 PENUTUP

7 LAMPIRAN

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya

akhirnya saya dapat menyiapkan portfolio Bina Insan Guru (BIG) ini .ribuan terima

kasih saya ucapkan kepada tutor saya iaitu Tn Hj Saari bin Zakaria diatas segala

nasihat dan bimbingan dari beliau. Dengan tunjuk ajar daripada beliau, saya telah

mendapat gambaran yang jelas untuk menghasilkan portfolio ini. Seterusnya, tidak

dilupakan juga kepada sahabat-sahabat dan ahli-ahli kumpulan BIG yang memberi

bantuan dan dorongan dalam menjayakan program ini mahupun rakan-rakan

sekelas yang membantu ketika proses penyiapan portfolio ini berlangsung. Segala

komitmen mereka amat dihargai. Di samping itu, jutaan terima kasih juga kepada

para pensyarah yang telah banyak berkongsi pendapat dan ilmu yang berguna

kepada saya terutamanya pihak pengurusan, ketua jurulatih iaitu Ybhg tuan Hj.Saari

bin Zakaria, fasilitator-fasilitatordanlain-lain. Kerjasama dari semua pihak menjadikan

program BIG bagi Kohort 8 inidapat berjalan dengan lancar. Terima kasih juga buat

kedua ibu bapa saya kerana mengizinkan saya untuk menyertai program ini dan

telah banyak memberi semangat dan doronganyang amat bermakna untuk saya

terus berusaha. Akhir sekali, tidak dilupakan juga pihak-pihak yang membantu

menyumbangkan tenaga, dana dan sebagainya sama ada secara langsong ataupun

tidak langsong.

AHLI JAWATANKUASA INDUKPROGRAM KEM

BINA INSAN GURU (BIG)DPA – KOHORT 8,

SHAH ALAM, SELANGOR.

Penaung : Tuan Hj Mohamad Bin Hj Ikhsan

Ketua Pegawai Eksekutif Kopeda

Kolej Pendidikan Perdana,

Penasihat : Tn. Hj. Saari Bin Zakaria

Pensyarah Bina Insan Guru

Pengerusi : Afif Husaini Bt Abu Hanifah

Timb. Pengerusi : Muslikha Bt Mokhid

Setiausaha : Munera Bt Hashim

Bendahari : Siti Fazihana Bt Mat Siraj

Ketua Unit Kebajikan : Julia Bt Ramli

Ketua Unit Pengangkutan : Noorerdawati Bt Harun

Ketua Unit Keselamatan : Muhammad Sheikh Bukhari B. Muhd Arif

Ketua Unit Disiplin : Mohd Uzir B. Ismail

Ketua Unit Tajaan : Norhashimah Bt Ishak

Ketua Unit Kerohanian : Rohani Bt Ali

Unit Khas : Mohd Jamaluddin B. Ishak

Unit Makanan : Noraihan Bt Md. Noor

Imam Solat : Mohd Jamaluddin B. Ishak

: Mohd Uzir B. Ismail

: Mohd Ismat Audadi B. Ramli

Penyampai Tazkirah : Afif Husaini Bt Abu Hanifah

: Muhammad Sheikh Bukhari B. Muhd Arif

: Noraida Bt Abdul Halim

AHLI JAWATANKUASA INDUKPROGRAM KEM

BINA INSAN GURU (BIG)DPA – KOHORT 8,

SHAH ALAM, SELANGOR.

AHLI JAWATANKUASA PENGGERAK

UNIT KEBAJIKANKetua : Julia Bt RamliAhli : Suzana Bt Wahidun

: Norziana Bt Mohd Sha'rani: Norhamizah Bt Razali: Norzafirah Bt Raza

UNIT PENGANGKUTANKetua : Noorerdawati Bt HarunAhli : Mohd Ismat Audadi B. Ramli

: Dewi Kasuma Lutfiyah Bt Yusof: Noor Farahin Bt Agos Mawardi

UNIT KESELAMATANKetua : Muhammad Sheikh Bukhari B. Muhd ArifAhli : Muhammad Hanafi Bt Mazlan

: Nurfairus Bt Abd Mutalib: Norlela Bt Md. Ali

UNIT DISIPLINKetua : Mohd Uzir B. IsmailAhli : Mariya Bt Dawod

: Iylia' Elyana Bt Saadon: Zawiyah Bt Hj. Othman

UNIT TAJAANKetua : Norhashimah Bt IshakAhli : Norhafizah Bt Abdul Hamid

: Faizah Bt Ahmad: Noraida Bt Abdul Halim

UNIT KEROHANIANKetua : Rohani Bt AliAhli : Mohd Jamaluddin B. Ishak

: Noraida Bt Abdul Halim: Mohd Ismat Audadi B. Ramli

UNIT KHASKetua : Mohd Jamaluddin B. IshakAhli : Afif Husaini Bt Abu Hanifah

: Munera Bt Hashim: Muslikha Bt Mokhid

UNIT MAKANANKetua : Noraihan Bt Md. NoorAhli : Wan Hasnah Bt Wan Ibrahim

: Rizana Bt Ritin: Ili Farhana Bt Doll Kawaid

LAPORAN AKTIVITI 1PERJALAN DARI RUMAH KE KOPEDA

Pada 23 Januari 2015 pagi jumaat, pelajar Kohort 8 Kolej Pendidikan

Perdana merupakan hari yang dimana pada tarikh ini penulis dan rakan-rakan

pelajar lain akan menyertai kursus Bina Insan Guru yang akan berlangsung di Kem

MS Chemerkau, Ulu Chekas, Raub. Sebenarnya berat hati penulis untuk melibatkan

diri sama dalam kursus ini oleh kerana masalah ayah saya tidak sihat . dan

tambahan lagi saya tidak cukup tidur akibat sibuk menyiapkan tugas disekolah.

Namun sebagai seorang pelajar penulis tekadkan hati untuk turut sama

menghadirkan diri dalam kursus ini walaupun terpaksa menyerahkan tugas dan

tanggungjawab sebagai anak untuk menjaga ayah yang sedang sakit. Penulis

bersama rakan yang lain menaiki bas di kampong pandan dan bergerak ke

KOPEDA untuk berkumpul.Alhamdulillah pukul 8.40 pagi bas selamat tiba di

KOPEDA.

REFLEKSI

Sebagai seorang pelajar memerlukan kesediaan aspek mental,fizikal dan

emosi yang baik dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Seseorang murid yang

sudah bersedia untuk belajar contohnya mampu menghayati dan memahami

sesuatu pelajaran dengan lebih mudah berbanding dengan murid yang masih belum

bersedia di mana di akhir pembelajaran mereka akan berada dalam keadaan

kekeliruan.Justeru, murid-murid harus berada dalam keadaan bersedia di sepanjang

masa agar sebarang tindakan yang bakal dilakukan nanti mencapai tujuan asalnya..

Sebagai seorang guru pula perlulah bersedia dari pelbagai aspek dari segi

mental,fizikal dan emosi. Sebelum guru memulakan pengajaran, mereka lazimnya

bertanya kepada murid-murid sama ada mereka sudah bersedia untuk belajar atau

belum. Malah perkataan bersedia digunakan dalam pelbagai situasi seperti bersedia

untuk bermain, bersedia untuk berbincang, bersedia untuk diperiksa dan

sebagainya. Oleh itu, kesediaan pembelajaran sangat penting bagi memastikan

murid-murid memperoleh ilmu daripada apa yang dipelajari. Ini boleh dikatakan

kana-kanak tidak dapat memhami sesuatu konsep apabila tahap pemikirannya

belum sampai ke tahap itu.

Seterusnya didikan ibubapa dari segi fizikal, mental dan emosi seperti

membimbing anak melalui teladan akhlak baik mampu membantu mereka bijak

menilai apa yang baik atau buruk tanpa boleh dipengaruhi oleh sesiapa.

Ibu bapa tidak perlu takut merotan anak yang melakukan kesalahan seperti

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perintahkanlah anakmu melaksanakan

solat pada usia mereka tujuh tahun dan pukullah mereka apabila enggan

mengerjakannya pada usia 10 tahun.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Nabi tidak meminta anak dipukul sebelum usianya 10 tahun walaupun mereka

melanggar perintah Allah SWT, tetapi mereka perlu sentiasa dinasihat dan dibimbing

supaya proses pembentukan akhlak mulia dapat dilakukan dengan sempurna serta

konsisten.

Ibu bapa yang tidak bertegas atau merotan anak kerana meninggalkan

perintah Allah SWT selepas mereka berusia 10 tahun bakal mendepani anak yang

tidak boleh ditegur jika melakukan kesalahan, tidak taat perintah Tuhan, serta keliru

antara suruhan dan larangan agama. anak-anak perlulah mengorbankan segalanya

kepada anak-anak agar kehidupan anak-anak pada masa hadapan lebih bermakna.

Berikan didikan yang sempurna kepada anak-anak supaya anak-anak tidak memilih

jalan yang salah ketika mereka besar kelak.

LAPORAN AKTIVITI 2SESI TAKLIMAT

( peserta mendengar taklimat dari Ybhg Tuan Hj. Saari bin Zakaria )

Hari : Jumaat ( hari pertama )

Tarikh : 23/1/2015

Masa : 9.00 pagi

Sebelum bertolak ke Ulu Chekas, semua peserta telah diberi taklimat ringkas

oleh Ybhg tuan Hj. Saari bin Zakaria. Dalam sesi taklimat ini tuan Hj Saari

menekankan kepada peserta tentang perjalanan yang akan dilalui peserta

memandangkan hari jumaat dan yang mana akan mengganggu solat jumaat bagi

peserta lelaki dan juga sedikit sebanyak penerangan mengenai aktiviti yang akan

dilakukan setibanya di Kem MS Chemerkau nanti.

REFLEKSISebagai seorang pelajar ataupun peserta haruslah peka terhadap segala apa

taklimat atau penerangan yang disampaikan oleh guru dan perlulah dititik beratkan

agar pelajar tidak melakukan kesalahan mahupun kesilapan ketika sepanjang

berada tempat kursus.

Sebagai seorang guru pula sebelum memulakan sesuatu aktiviti, guru

haruslah memberi taklimat atau penerangan kepada pelajar yang jelas, supaya

pelajar dapat memahami mesej yang disampaikan seterusnya pelajar dapat bersiap

sedia dari segi fizikal mahupun mental. Apatah lagi aktiviti yang akan dilakukan

adalah aktiviti lasak, yang mana pelajar dapat menyiapkan segala persiapan yang

sepatutnya berkenaan aktiviti tersebut.

Sebagai ibu bapa pula haruslah memberi penerangan dan nasihat yang baik

kepada anak-anak agar menjadi anak yang soleh dan berakhlak mulia,

Ibubasemestinya ingin melihat anak-anak membesar dengan penuh disiplin. Jadi ibu

bapa juga perlu menerapkan disiplin kepada anak-anak samada di rumah mahupun

ketika di luar. Ini dapat membantu anak-anak menjadi seorang yang berdisiplin dan

berakhlak mulia.

LAPORAN AKTIVITI 3RIVER CROSSING ( merentas sungai )

Hari : Jumaat ( hari pertama )

Tarikh : 23/1/2015

Masa : 3.00 petang

Setelah sesi taklimat ringkas yang disampiakan oleh ybhg tuan hj. Shaari,

para peserta akan menghadapi aktiviti merentas sungai ataupun river crossing.

Aktiviti ini sangat mencabar yang mana peserta perlu mengharungi sungai untuk ke

sebarang kerana setiap peserta memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang

kuat. Peserta perlu mengikuti segala arahan yang ditetapkan agar segala

kemalangan atau kecelakaan dapat dielakkan memandangkan arus sungai amat

deras.

Peserta perlu melalui dua fasa iaitu fasa pertama peserta perlu merentasi

sungai untuk ke seberang dengan berpaut pada tali yang telah direntangkan

merentasi sungai tersebut dan fasa kedua peserta perlu berpatah balik juga

merentasi sungai dengan berpaut pada tali yang telah direntangkan tetapi melalui

lokasi yang berbeza. Peserta dilepaskan mengikut kumpulan masing-masing dan

Alhamdulillah semua peserta dapat melaksanakan aktiviti ini dengan jayanya,

walaupun terdapat beberapa orang peserta wanita yang sedang hamil tapi tetap

dapat melakukannya dengan baik.

REFLEKSI

( gelagat peserta ketika merentas sungai )

Sebagai seorang pelajar haruslah berfikiran positif dalam menempuh

rintangan yang menanti dihadapan dalam menggapai sesuatu kejayaan, seseorang

pelajar itu perlu tekadkan diri untuk menempuh rintangan yang ada dengan hati yang

sabar dan janganlah mudah berputus asa. Apa sahaja arahan dan tunjuk ajar

daripada guru perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pelajar. Begitu jua sikap

bantu membantu antara rakan-rakan perlu ada dalam diri setiap pelajar kerana

rakan-rakan adalah individu yang paling hampir dengan pelajar tidak kira dalam apa

jua situasi.

Seterusnya seorang guru merupakan seorang yang boleh menjadi pendidik

dan mentor yang amat penting dalam mendidik dan membimbing pelajar. Guru juga

beperanan membantu pelajar-pelajarnya dengan memberi tunjuk ajar yang

sebaiknya bahkan menjadi seorang moderator yang mahir dalam membantu pelajar

menyelesaikan masalah samada dalam pelajaran mahupun masalah peribadi. Guru

perlu bijak menangani masalah serta mampu memberi suntikan semangat kepada

pelajar dalam melalui liku-liku kehidupan yang semakin mencabar.

Begitu juga peranan ibubapa harus bertanggungjawab dalam membimbing

serta memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak dalam menyelami masalah

yang dihadapi oleh mereka. Ibubapa tidak boleh terlalu menyerah atau

mengharapkkan kepada guru-guru semata-mata. Ibubapa perlu memberi bantuan

yang sewajarnya kepada anak-anak sekiranya terdapat anak-anak yang tidak dapat

menyelesaikan masalah mereka. Disinilah peranan ibubapa untuk memberi

pandangan dan nasihat bagaimana hendak menghadapi masalah-masalah tersebut

dan memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka mampu menyelesaikan

masalah dengan sendiri tanpa bantuan orang lain.

LAPORAN AKTIVITI 4TAZKIRAH

Hari : Sabtu ( hari pertama )

Tarikh : 24/1/2015

Masa : 8.00 mlm

( peserta khusyuk mendengar tazkirah )

Setelah selesai menunaikan solat jama’ maghrib dengan isya’ peserta

di sajikan dengan santapan rohani melalui tazkirah yang di samapaikan oleh

en. Ismat Audadi bin Ramli yang berkisarkan beberapa hadis untuk iktibar dan

penghayatan kepada para peserta.

REFLEKSI

Sebagai seorang pelajar, ilmu agama sangat penting dalam kehidupan yang

perlu diserapkan kedalam diri supaya perkara-perkara yang bertentangan dengan

agama dapat dibendung dengan mengamalkan prinsip’ Amar Makruf Nahi Mungkar’

Zaman moden pada masa kini banyak masalah-masalah ataupun gejala sosial

makin menjadi-jadi di kalangan remaja islam adalah kerana kurangnya pengetahuan

tentang hukum hakam dan didikan agama yang secukupnya.

Guru merupakan seorang pendidik dalam membimbing serta memberi

tauladan yang baik kepada masyarakat.Guru merupakan insan yang mulia dan

berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi

melahirkan generasi Muslim yang beriman dan beramal soleh serta sanggup

melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Guru dalam

sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan anak didiknya serta sanggup

bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan kesejahteraan orang lain.

Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran :

يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت  Maksudnya: “Supaya Allah  meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara

kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu)

beberapa darjat”. (Surah Al-Mujaadalah ayat 11)

Islam meletakkan tugas sebagai guru yang melaksanakan tugas tarbiyah

adalah ditempat yang sungguh mulia, seluruh masa yang digunakan dikira sebagai

ibadah, setiap langkah dari rumah ke sekolah dan pulang kerumah dari sekolah

akan mendapat satu pahala dan dihapuskan satu dosa, menyampaikan ilmu secara

hikmah dan ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang paling tinggi

pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam.

Sebagai ibu bapa pula dorongan yang perlu diberikan oleh keluarga adalah

dengan memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana anak-

anak yang mempunyai didikan agama yang sempurna akan menjadikan seorang itu

berakhlak mulia,terang hati dan lebih mudah untuk menerima pelajaran. Mereka

akan mempunyai prinsip hidup yang teguh, sekali gus menyebabkan mereka tidak

mudah terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa dalam masyarakat

kini.  Oleh itu, jelaslah bahawa didikan agama yang sempurna merupakan salah satu

dorongan yang sangat penting yang perlu diberikan oleh keluarga untuk berjaya

didunia dan diakhirat..

LAPORAN AKTIVITI 5KEMBARA MALAM ( NIGHT WALKING )

Hari : Jumaat ( hari pertama )

Tarikh : 23/1/2015

Masa : 9.30 malam

Daripada taklimat ringkas dari Ybhg tuan hj. Saari, aktiviti ini akan dilalui oleh

pelajar dengan 3 fasa. Fasa pertama pelajar bergerak dalam barisan yang panjang

dan mengikut kumpulan masing-masing.Pada fasa ini peserta perlu melalui jalan

kampung yang gelap menuju ke check point yang telah ditentukan. Pada fasa ini

pelajar bebas menggunakan lampu suluh ketika dalam perjalanan menuju ke check

point. Dengan bantuan lampu suluh sedikit sebanyak mengurangkan rasa seram

ataupun berdebar-debar dalam diri pelajar kerana kawasan tersebut adalah

kampung yang gelap dan sunyi.Walaupun hanya berbekalkan lampu suluh namun

penulis kuatkan semangat untuk teruskan program ini semata-mata inginkan

pengalaman dan yang mana selama ini penulis cuma mendengar pengalaman

rakan-rakan yang sudah merasai aktiviti seperti ini. Bagi penulis pengalaman ini

tidak mudah dilupakan begitu jua peserta lain.

Fasa kedua, setelah tiba di check point yang mana keadaannya begitu gelap

sekali yang mana kawasannya adalah hutan, pelajar telah dilepaskan seorang demi

seorang oleh pembantu Ybhg en. Shaari tanpa bantuan lampu suluh dengan

berpandukan tali sebagai pandu arah untuk keluar dari hutan tersebut Jarak diantara

pelajar dengan pelajar adalah lebih kurang 3-4 minit dan pergerakannnya amat

perlahan. Setelah hampir 15 minit dalam perkiraan penulis, tibalah giliran penulis

dilepaskan berjalan bersendirian menempuh kegelapan malam tanpa bantuan lampu

suluh yang sememangnya tidak dibenarkan.Barulah penulis sedar bagamaina

sukarnya bagi orang yang cacat penglihatan khususnya, melalui kehidupan sebagai

pelajar dan juga mengharungi kehidupan seharian. Namun Alhamdulillah penulis

dapat menempuhi aktiviti ini dengan baik.

REFLKESI

Sebagai seorang pelajar perlu menanamkan dalam diri sikap cekal, tabah

dan tidak mudah putus asa. Sekiranya ingin berjaya, usaha yang gigih dan lebih

perlu ada untuk berjaya walau dengan apa sahaja rintangan yang menghalang.

Bahkan pelajar hendaklah memajukan diri untuk keluar dari kehidupan yang gelap

kepada kehidupan yang cerah iaitu dari tidak pandai kepada lebih pandai. Segala

kesulitan atau kesusahan dapat di elakkan sekiranya menjadikan guru sebagai

tempat rujukan.

Sebagai seorang guru pula haruslah bijak dan berusaha untuk menarik

keyakinan pelajar yang lemah agar bangkit memajukan diri. Guru perlulah sentiasa

peka serta menjadi pemerhati kepada pelajar-pelajar dan membimbing mereka

kearah kehidupan yang cemerlang duniawi mahupun akhirat. Dorongan dan

galakan daripada guru juga dianggap penting memandangkan guru merupakan

insan yang mampu merubah personaliti pelajar.

Kepada ibu bapa ataupun masyarakat diluar sana haruslah bersama-sama

berganding bahu membantu dalam usaha memajukan anak-anak. Jangan biarkan

anak-anak leka dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri sendiri.

Berusahalah memimpin anak-anak keluar dari zaman kegelapan yang amat

merugikan, Sebaliknya tunjuklah mereka jalan keluar untuk terus maju ke hadapan

tanpa lagi menoleh kebelakang walaupun terpaksa menempuh berbagai rintangan

yang tidak diduga. Malah tiupkkan kata-kata semangat kepada anak-anak supaya

jangan cepat mengalah dan bersabar dalam menempuh rintangan, yang mana

kebahagiaan pasti akan dikecapi di kemudian hari jika berusaha gigih.

LAPORAN AKTIVITI 6

KEMBARA HUTAN ( JUNGGLE TRACKING )

Hari : Sabtu ( hari pertama )

Tarikh : 24/1/2015

Masa : 9.00 pagi

( peserta mendengar taklimat ringkar dari Ybhg Tuan Hj. Saari sebelum masuk hutan )

Hari kedua aktiviti akan diteruskan dengan kembara hutan. Sebelum bermula

peserta diberi taklimat berkenaan dengan aktiviti kembara hutan yang bakal

ditempuhi. Peserta juga didedahkan dengan beberapa ilmu berkaitan ikatan tali bagi

aktiviti memanjat atau ketika menuruni bukit yang curam. Seperti contoh ikatan keti

dan ikatan pencuri.

( Tuan Hj. Saari menunjukkan cara ikatan tali )

Setelah selesai mempelajari serba sedikit ilmu ikatan tali, peserta mula

bergerak dalam barisan yang panjang menuju ke dalam hutan.ketika di dalam hutan

kesemua peserta dapat menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan allah S.W.T

yang maha agung. Berbagai jenis tumbuhan ataupun flora yang terdapat di

sepanjang laluan. Begitu juga tidak ketinggalan terdapat haiwan ataupun fauna yang

ditemui.

Setelah berjalan hampir 15 minit, kini tiba masanya peserta memulakan

pendakian bukit yang sedikit tinggi, dan hampir 5 minit mendakai peserta diuji pula

cara menuruni bukit. Disinilah perlunya kemahiran ikatan serta ketahanan mental

dan fizikal kepada para peserta kerana sedikit kesilapan atau kealpaan akan

menerima padah. Peserta juga mendapat pengalaman baru dan dapat merasai

sendiri pengalaman mendaki dan menuruni bukit dengan cara yang selamat.

( peserta menuruni bukit dengan menggunakan tali )

REFLEKSIAktiviti ini mengajar seseorang pelajar agar mensyukuri nikmat dan

keindahan ciptaan Allah serta perlu bina prinsip hidup yang mantap seperti ‘Saya

yakin saya boleh’ bertujuan untuk meningkatkan semangat dan keyakinan diri agar

menjadi lebih berani menghadapi cabaran hidup dalam mencapai kejayaan. Sikap

bantu membantu juga amat penting diantara sesama pelajar samada dalam

pelajaran mahupun apa jua perkara, bak kata pepatah “ berat sama di pikul ringan

sama di jinjing”.

Bagi seorang guru, penting baginya mempunyai stamina yang tinggi kerana

tugas seorang guru bukan hanya mengajar di dalam kelas sewaktu P&P. Seorang

guru juga perlu bergiat aktif di dalam aktiviti luar bilik darjah iaitu kurikulum di mana

wujudnya persatuan dan kelab, unit beruniform serta sukan dan permainan. Jika

seorang guru yang lemah dari segi stamina, kemungkinan besar sukar untuk guru

tersebut melaksanakan setiap aktiviti luar bersama dengan para pelajar dengan

baik.

Sebagai Ibu bapa pula haruslah peka dan sentiasa memberi sokongan serta

dorongan kepada anak-anak agar terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan,hal ini

kerana sukan dapat melahirkan seorang individu yang sihat dan membentuk

menjadikan seorang yang berfikiran positif , Hal ini dikatakan demikian kerana

dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan

tinggi serta tidak cepat putus asa. Peranan ibubapa dan guru-guru umpama aur

dengan tebing. Kerjasama dua hala antara guru-guru dan ibubapa amat penting

dalam menentukan misi dan visi sekolah itu tercapai seterusnya membentuk

generasi yang berdaya saing serta bersemangat juang yang tinggi.

LAPORAN AKTIVITI 7

FLYING FOX

Hari : Sabtu ( hari pertama )

Tarikh : 24/1/2015

Masa : 12.00 tengahari

( gelagat peserta ketika aktiviti flying fox )

Aktiviti ini berjalan selepas aktiviti kembara hutan. Walaupun aktiviti ini seperti

mudah untuk dilakukan, namun para peserta perlu mempunyai tahap keyakinan

yang tinggi untuk melakukan aktiviti ini. Aktiviti ini adalah salah satu aktiviti yang

menguji keyakinan setiap orang peserta yang mana dapat melihat sejauh mana

keberanian dan keyakinan peserta ketika berada ditempat yang tinggi.

REFLEKSI

Sebagai seorang pelajar perlu ada sifat keyakinan diri dan perlu menjananya

serta perlu disuburkan.Pelajar harus yakin pada diri sendiri dahulu sebelum

mendapat keyakinan orang lain terhadap kita kerana peneraju kejayaan adalah diri

sendiri. Dengan adanya keyakinan yang tinggi seseorang pelajar itu dapat

mencapai matlamat dalam setiap apa yang mereka ceburi.

Kepada guru perlulah membantu pelajar menanam sikap yakin dan berani

kepada diri sendiri sebagai tiupan semangat kepada pelajar agar kehidupan mereka

di masa hadapan lebih terjamin. Guru juga perlu mengembangkan potensi yang

sedia ada dalam murid-murid samada dalam bidang akedemik, kesukanan, bidang

seni dan sebagainya agar murid dapat membina keyakinan diri. Guru juga tidak

boleh membandingkan antara murid-muridnya kerana setiap murid adalah berbeza

dan unik. Seorang guru juga tidak boleh melabel seperti murid ‘pandai’ dan murid

‘lembab’ atau sebagainya. Ini lambat laun murid-murid akan mempercayai bahawa

mereka betul-betul lembab dan tidak berguna. Guru mesti pandai menggunakan

penilaian yang pelbagai kerana prestasi akademik murid sentiasa berubah.

Begitu juga kepada ibubapa perlu membimbing anak-anak agar mempunyai

sikap yakin dan berani dalam diri sendiri.Hal ini kerana dengan menerapkan

keyakinan kepada anak-anak dapat membentuk keperibadian yang baik. Anak-anak

perlu diberi bimbingan dari kecil lagi untuk mempunyai sikap ini,

LAPORAN AKTIVITI 8

AKTIVITI BEBAS

( MERONDA KAWASAN KAMPUNG MENAIKI TRUCK TONG DRUM )

Hari : Sabtu ( hari pertama )

Tarikh : 24/1/2015

Masa : 5.00 petang

( peserta teruja dapat menaiki truck tong drum )

Peserta diberi aktivitti bebas di mana memilih untuk menaiki truck tong drum.

Truck ini di reka khas oleh pemilik kem chemerkau untuk membawa pengunjung

melawat persekitaran kawasan kampung. Peserta berpeluang melihat keindahan

persekitaran kampung pada waktu petang. Udara yang nyaman, persekitaran yang

aman jauh dari hiruk pikuk bising bunyi kenderaan seperti dibandar. Suasana

kampung yang mengusik jiwa para peserta yang amat tenang dan damai. Ditambah

lagi kawasam kampung dikelilingi jeram sungai yang mengasyikkan.

( menikmati keindahan waktu petang kawasan kampung )

Para peserta amat teruja kerana dapat melihat sendiri aktiviti-aktiviti

penduduk kampung di waktu petang tambahan pula terdapat juga beberapa buah

chalet yang menjadi sumber pendapatan penduduk kampung dan juga jeram-jeram

sungai yang cantik dan bersih dan terpelihara menjadi daya tarikan pengunjung

untuk datang kesini.

REFLEKSI

Seseorang pelajar perlu mengetahui atau memahami adat-adat dan cara

hidup penduduk yang tinggal dikawasan kampung. Ini kerana kebiasaannya

penduduk yang tinggal di kampung memiliki nilai persahabatan yang begitu akrab

dan nilai kejiranan yang begitu tinggi yang mana saling mengambil berat antara satu

sama lain yang jarang-jarang berlaku dengan penduduk di bandar-bandar. Begitu

juga dengan keindahan alam ciptaan Allah yang begitu cantik yang perlu dinikmati

dan dijaga sebaiknya oleh setiap pelajar serta mensyukuri dengan nikmat yang di

kurniakan olehnya.

Bagi guru pula perlu memainkan peranan dengan menerapkan nilai-nilai

kemanusiaan yang tinggi dengan menyelitkan kehidupan penduduk di kawasan

kampung kepada pelajar-pelajar ketika sesi p&p. Dengan ini murid dapat memahami

kehidupan sebenar penduduk yang tinggal di kawasan kampung. Begitu juga guru

boleh menganjurkan program-progaram cintakan alam sekitar ataupun cintakan

sungai kita dalam menyemai semangat cintakan keindahan alam ciptaan Allah

S.W.T kepada pelajar-pelajar.

Bagi ibu bapa ataupun masyarakat di luar sana hendaklah menjaga alam

sekitar. Didiklah anak-anak dengan mencintai alam sekitar dengan sebaiknya seperti

tidak membuang sampah ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai kita menjadi

kotor dan airnya tercemar, begitu juga jangan menebang hutan sesuka hati atau

pembakaran terbuka yang mengakibatkan alam ciptaan Allah menjadi rosak. Lebih-

lebih lagi untuk masa hadapan anak-anak bangsa kita.

LAPORAN AKTIVITI 9

MALAM KEBUDAYAAN

Hari : Sabtu ( hari pertama )

Tarikh : 24/1/2015

Masa : 9.00 malam

( gelagat peserta dengan kostum masing-masing )

Malam kebudayaan adalah salah satu aktiviti yang dipersembahkan oleh setiap

kumpulan. Setiap kumpulan mempersembahkan persembahan yang bertemakan

budaya yang ada di Malaysia. Aktiviti ini adalah sebagai memupuk semangat

cintakan budaya dan Negara kepada peserta bahkan ia juga dapat mengingatkan

kepada peserta bahawa Malaysia mempunyai berbagai budaya, bahasa, kaum, dan

agama. Ini membuatkan Malaysia merupakan sebuah Negara yang unik di mata

dunia.

Setiap kumpulan membuat persembahan yang berbeza-beza seperti

kumpulan 1 membuat persembahan dikir barat yang mana ia terkenal dari negeri

Kelantan. Kumpulan 2 pula membuat tarian modern diselit dengan tarian tamil.

Kumpulan 3 pula membuat persembahan boria yang sememangnya terkenal di

negeri Pulau Pinang. Seterusnya kumpulan 4 membuat persembahan tarian inang

yang begitu mengasyikkan manakala kumpulan yang terakhir membuat

persembahan dikir barat versi campuran negeri dengan pakaian beragam. Kesemua

persembahan mendapat pujian daripaga Ybhg tuan pensyarah dan berhasrat untuk

mengenengahkan bakat-bakat yang ada pada peserta. Persembhan berakhir pada

jam 10.30 malam.

REFLEKSISebagai seorang pelajar warisan budaya perlu diketahui dan dikekalkan

dalam membentuk nilai-nilai murni kerana mempunyai indentiti tersendiri dalam

sesuatu budaya. Pelajar juga perlu ada sikap cintakan budaya yang ada di Malaysia

yang mana ia dapat mempertahankan budaya yang wujud sejak zaman berzaman

agar ia terus diamalkan dan diwarisi oleh pewaris-pewaris melayu akan datang bak

kata pepatah melayu ada menyebut tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan.

Sebagai seorang guru pula perlu memupuk semangat kepada pelajar agar

cintakan budaya agar nilai-nilai murni dapat diambil.Selain itu, guru perlu juga

menyebarkan segala maklumat yang ada mengenai budaya, termasuk juga bangsa,

bahasa. kaum serta agama yang ada di Malaysia supaya pelajar dapat mengenali

lebih mendalam suapaya dapat melahirkan sikap hormat menghormati diantara satu

sama lain.

Kepada ibubapa pula boleh dikatakan lebih arif tentang budaya kerana

ibubapa di Malaysia telah dididik sejak kecil dalam hidup yang berbudaya. Ini

memberi kelebihan kepada ibu bapa untuk menerapkan nilai budaya yang telah

lama diamalkan ke dalam diri anak-anak. Didiklah anak-anak supaya

mempertahankan budaya agar tidak pupus kerana arus kemodenan yang kian pesat

ini banyak budaya-budaya barat yang berada di Negara kita Malaysia

LAPORAN AKTIVITI 10

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM BIG

Hari : Ahad ( )

Tarikh : 25/1/2015

Masa : 11.00 pagi

( peserta menbuat persembahan terakhir kepada pensyarah)

Setelah selesai aktiviti dalam kumpulan yang terakhir, tibalah masa yang ditunggu-

tunggu iaitu majlis penyampaian hadiah, sebelum iti pelajar kohort 8

mempersembahkan satu persembahan khas untuk pensyarah dengan

mendendangkan sebuah lagu ‘ Guru tersayang’ yang diketuai oleh nur fairus.

REFLEKSI

Guru merupakan lubuk akal lautan ilmu, sebagai seorang pelajar harus

mengigati dan menghargai guru walaupun mereka tidak berkhidmat sebagai tenaga

pengajar lagi, sebagai contoh meraikan sambutan Hari Guru pada setiap tanggal 16

Mei dengan memberi hadiah kepada guru yang mengajar kita sebagai tanda

penghargaan atas segala usaha dan titik peluh yang dicurahkan,hadiah yang diberi

tidak semestinya berpaksi kepada wang ringgit semata-mata tetapi mestilah

disetakan dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Jika tidak mampu memberi hadiah,

ucapan selamat hari guru sudah cukup bermakna buat guru.

Sebagai seorang guru pula perlu menyayangi dan mengasihi pelajarnya dalam

mendidik agar berjaya dengan cemerlang serta sentiasa mendoakan kesejahteraan

pelajar. Dengan member tumpuan dan perhatian kepada pelajar ia dapat melahirkan

sikap kasih saying antara satu sama lain seterusnya memberi peluang guru menjadi

pemangkin kecermelangan akademik serta sahsiah pelajar.

Ibubapa memberi peranan yang penting kepada masyarakat dan negara.

Ibubapa perlu memberikan kasih sayang dan meluangkan lebih masa dengan anak-

anak sebagai contoh ibubapa boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti

sekolah untuk mengeratkan hubungan dan mengurangkan tekanan anak-anak

dalam aspek pembelajaran serta menghargai anak-anak dengan memberi hadiah

sebagai galakan kerana mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran

FLORA DAN FAUNA

FLORA

1. Pokok Daun Kapal terbang

Pokok Selaput Tunggul ("Eupatorium odoratum") atau juga dikenali

sebagai pokok Kapalterbang adalah sejenis rumpai yang biasa dijumpai tumbuh

dikawasan terbuka.Tumbuhan ini berbatang lembut dengan bahagian dalam

batangnya mengandungi span berwarna putih. Ia boleh tumbuh disemua jenis tanah

termasuk tanah jenis berbatu. Ia memerlukan kawasan terbuka dan tidak akan

tumbuh dikawasan yang terlindung oleh kanopi pokok lain.

Daun kapalterbang dijadikan ubat luka. Caranya ialah dengan

menghancurkan daunnya dan ditampal pada bahagian yang luka itu. Selain daripada

itu daun kapalterbang merupakan ubat yang mujarab untuk meredakan kembung

perut dan cirit birit pada bayi. Caranya daun kapal terbang dan kapur dikisar

menggunakan tapak tangan hingga hancur dan mengeluarkan buih. Buih ini

kemudiannya disapu pada perut bayi dan dibarut.Kadang-kadang daun sekentut

juga dikisar bersama dengan daun kapal terbang dan kapur untuk ubat kembung

dan cirit birit bayi.Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal pada kulit

dengan cara mengisar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan dan disapukan

pada bahagian yang berkenaan.Selain daripada kegunaan perubatan daun kapal

terbang juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses memeram buah-

buahan seperti pisang dan cempedak.Peringatan: Selepas guna pokok ini cuci

tangan bersih-bersih dan pastikan jangan ada sedikitpun kandungan dari tumbuhan

ini masuk kedalam badan kita.Keracunan ini juga boleh dipindahkan oleh ibu yang

mengandung kepada bayinya melalui uri.Simptom yang biasa di tunjukkan ialah

sakit perut yang teramat sangat, muntah dan hepatomegali(pembesaran hati). Ini

disebabkan oleh bahan aktif Alkaloid pyrolizidin yang terdapat pada keseluruhan

pokok tersebut. Malangnya simptom ini hanya dapat dikesan selepas beberapa hari

dari masa kejadian. Oleh itu anda di nasihatkan supaya berhati-hati menggunakan

tumbuhan ini. Dapatkan pertolongan doktor dengan segera jika sebarang bahagian

dari pokok ini termasuk ke dalam tubuh anda.

2. Pokok Rotan

Pokok Rotan ialah nama untuk sebilangan pokok palma panjat Asia tropika

daripada famili Arecaceae dan terdiri daripada genus-genus Calamus, 

Daemonorops, dan Korthalsia. Berbeza dengan kebanyakan pokok palma, daun-

daun pokok rotan tidak tumbuh berumpun menjadi silara; daun-daunnya mempunyai

cangkuk yang panjang supaya memudahkan pokok-pokok rotan untuk memanjat

ke silara pokok yang lain. Daripada batang pokok rotan yang mempunyai panjang

yang luar biasa (sering beberapa ratus kaki), terdapatlah rotan komersil yang kukuh

dan mempunyai diameter yang seragam.

Rotan digunakan untuk tongkat (umpamanya, rotan Melaka) atau dibelah

untuk membuat barang anyaman rotan, bakul, dan kerusi. Resin daripada buah

rotan dikenali secara komersil sebagai "darah naga" (bahasa Inggeris: dragon's

blood) dan dipercayai mempunyai khasiat-khasiat perubatan oleh

orang Yunani, Rom dan Arab. Resin ini amat dikenali oleh

pembuat biola Itali pada abad ke-18 sebagai sumber varnis. Salah satu sumber

utama untuk resin perubatan dan varnis ini ialah buah mentah Daemonorops

draco yang berasal dari Tanah Melayu. Walaupun kekadang masih digunakan untuk

proses gores foto, darah naga sebagai bahan pewarna telah digantikan dengan

damar tiruan.

2. Pokok Buluh

3.Buluh (juga dikenali sebagai aur atau bambu) merupakan suku bagi

 tumbuhan saka berbunga daripada keluarga Poaceae. Struktur pokok buluh adalah

berongga di bahagian tengah dan keratan rentas berkas vaskularnya terletak

bertaburan di seluruh batang. Ia juga tidak mempunyai xilem. Buluh adalah antara

tumbuhan yang paling pantas membesar di dunia disebabkan oleh sistem

bersandar rizomnya yang unik. Tumbuhan ini mempunyai kepentingan dari segi

ekonomi dan budaya di rantau Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan dimana

ia digunakan sebagai bahan binaan, sumber makanan dan juga keluaran mentah

serbaguna. Terdapat sepuluh jenis genus buluh dan ia dibahagikan lagi kepada

1,450 spesies. Spesies ini boleh ditemui di pelbagai tempat dengan iklim berbeza

sama ada di kawasan pergunungan yang sejuk ataupun kawasan tropika yang

panas.

4. Pokok Bertam

Pokok Bertam adalah sejenis pokok palma yang terdapat di hutan Malaysia

dan Thailand. Nama botaninya Eugeissona tristis. Pokok Bertam adalah tumbuhan

yang hidup di merata hutan pedalaman di Semenanjung Malaysia. Bertam juga

boleh dijadikan atap. Buahnya kadang-kala diukir untuk dijadikan barang hiasan

5. Pokok Senduduk

Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia

merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian di ladang

atau kebun. Terdapat dua jenis pokok senduduk berdasarkan jenis bunganya iaitu

ungu dan putih. Kebanyakan senduduk yang terdapat didalam belukar, atau

kawasan terbiar berbunga ungu. Senduduk putih jarang didapati tumbuh secara

meliar. Ia hanya tumbuh disetengah-setengah kawasan. Dari segi perubatan

tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau.

6. Pokok paku-pakis

Paku-pakis whisk (Psilotophyta) pada awalnya dianggap bukan keluarga

paku-pakis walaupun rupanya hampir sama kerana ia hanya membiak dengan

menggunakan debunga, tanpa biji.

7. Pokok Semalu

Pokok Semalu (Mimosa pudica L.) adalah tumbuhan merayap semusim

(annual) yang sering menarik minat: daun kupuannya kucup kedalam dan terkulai

apabila disentuh, dan kembali terbuka selepas beberapa minit. Mimosa

pudica adalah tumbuhan tempatan yang berasal dari Brazil, tetapi kini adalah rumpai

tropika raya. Batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang.

Dahannya halus, bercabang, dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 m (5

kaki).Daunnya kupuan (bipinnately), dengan satu atau dua pasang pinnae, dan 10-

26 daun kecil setiap pinna. Petioles juga mempunyai duri.

Pokok Semalu dianggap sebagai rumpai kerana durinya yang tajam amat

mengganggu. Selain itu Semalu juga merupakan rumpai yang tegar. Ini disebabkan

walaupun ia dipotong, umbinya mampu menumbuhkan pucuk baru. Selain itu

bahagian batang yang telah di potong mampu menumbuhkan akar baru dan tumbuh

sebagai pokok baru. Pokok Semalu juga mampu membiak melalui biji benih.

8. Pokok Petai

Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Fabaceae yang

berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini

selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, 

Brunei dan Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. Nama

botaninya Parkia speciosa .

9. Pokok Palas

Pokok palas merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia

merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian diladang

atau kebun. Ia biasanya terdapat dipinggir hutan dan kawasan yang berhampiran

paya. Ia bukanlah pokok renek atau herba tetapi lebih kepada keluaga pokok palma.

Pokok Palas Duri mempunyai kegunaan yang istimewa semasa menyambut hari

raya di mana pucuknya yang dipanggil daun palas digunakan untuk

membuat ketupat pulut atau di sesetengah tempat dipanggil lepat

10. Pokok Bayas

Pokok Bayas ialah satu spesies tumbuhan dalam famili  Arecaceae yang

berasal dari Semenanjung Malaysia. Nama botaninya Oncosperma horridum.

Batang pokok bayas adalah keras dan tahan air garam, serangga penggorek,

dan anai-anai. Oleh itu, kayu pokok ini telah digunakan untuk membina kelong-

kelong. Batang pokok ini juga digunakan untuk lantai, ketika dipotong menjadi

kepingan, sedangkan keping-keping yang lebih kecil digunakan sebagai kasau dan

dinding. Umbutnya yang dikeluarkan dari dalam batang, dicencang halus, dibasuh

bersih lalu dimakan mentah dan segar. Ia juga sedap jika dibuat kerabu. Rasanya

manis dan rangup.

FAUNA

1. Kupu-kupu

Kupu-kupu, (bahasa Inggeris: butterfly) adalah sejenis serangga terbang daripada

order Lepidoptera, sama seperti rama-rama. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai

kepak dengan warna yang terang dan menarik. Seperti

serangga holometabolisme lain, kitaran hidup kupu-kupu terdiri daripada empat

bahagian, telur, larva, pupa dan dewasa. Kebanyakan spesies

merupakan diurnal (berjaga siang). Kupu-kupu terdiri daripada kupu-kupu

sejati (superfamili Papilionoidea), skipper (superfamili Hesperioidea) dan kupu-kupu

rerama (superfamili Hedyloidea). Semua famili yang lain dalam Lepidoptera

dipanggil rama-rama. Fosil kupu-kupu yang terawal datang dari pertengahan

zaman Eosen, iaitu 40–50 juta tahun dahulu

2. Tebuan

Tebuan merupakan sejenis serangga terbang yang mempunyai sengat yang

menyakitkan. Tebuan tergolong dalam Order Hymenoptera, Family Vespidae.

Spesis utama terdapat di Malaysia ialah Vespa tropica tropica. Sarang tebuan dibuat

daripada cebisan-cebisan tumbuhan yang dilumatkan menjadi seperti kertas.

3. Pacat

Pacat Lintah dan  adalah haiwan yang tergabung dalam kategori  Annelida 

subkelas Hirudinea. Terdapat jenis lintah yang dapat hidup di daratan, air tawar, dan

laut. Seperti halnya kerabatnya, Oligochaeta, mereka memiliki klitelum untuk

menyimpan telur-telur pada segmen-segmen tertentu. Seperti Oligochaeta, lintah

juga hermafrodit (berkelamin ganda). Lintah obat Eropa, Hirudo medicinalis, telah

sejak lama dimanfaatkan untuk pengeluaran darah (plebotomi) secara medis.

Lintah dibedakan dari pacet bukan berdasarkan taksonomi, tetapi lebih pada

habitat kesukaannya. Lintah sehari-hari hidup di air, sedangkan pacet sehari-harinya

melekat pada daun atau batang pohon (di luar air). Semua spesies lintah

adalah karnivora. Beberapa merupakan predator, mendapat makanan dari berbagai

jenis invertebrata seperti cacing,siput, atau larva serangga.

4. Ulat Gonggok

Gonggok atau juga dikenali sebagai ulat geluntur, sepah

bulan atau mentibang merupakan sejenis artropod dengan badan berbentuk silinder

yang panjang. Badan gonggok mempunyai rangka luar (exoskeleton) dan terbahagi

kepada antara 20 hingga 100 segmen yang bersambung-sambung. Setiap segmen

mempunyai dua pasang kaki (kecuali segmen pertama selepas kepala yang tiada

kaki langsung, dan beberapa segmen selepasnya yang mempunyai hanya sepasang

kaki). Terdapat kira-kira 12,000 jenis spesies gonggok dalam kira-kira 140 famili.

5. Belalang

Belalang adalah serangga dalam suborder Caelifera dalam

susunan Orthoptera. Bagi membezakannya dengan katidid, ia kadang kala dirujuk

sebagai belalang sesungut pendek. Spesies yang bertukar warna dan tabiat pada

populasi tingga digelar belalang juta

6. Semut

Semut ialah serangga sosial dalam famili Formicidae, dan bersama

dengan penyengat dan lebah yang berkaitan, mereka tergolong dalam

kumpulan Hymenoptera. Semut berevolusi daripada keturunan seakan penyengat

dalam zaman pertengahan Usia Kapur antara 110 dengan 130 juta tahun lalu dan

mempelbagai selepas muncul pokok bunga. Kini, terdapat lebih 12,500 spesies

diklasifikasikan dengan jumlah anggaran lebih kurang 22,000 spesies. Mereka

mudah dikenalpasti dengan antena yang menyigung dan struktur seperti nod yang

tersendiri yang membentuk suatu pinggang langsing.

Semut membentuk koloni yang bersaiz daripada beberapa puluh individu

pemangsa tinggal di rongga alamiah kecil ke koloni besar berorganisasi yang

menghuni satu kawasan besar dan terdiri daripada jutaan individu. Koloni-koloni

besar ini sebahagian besar ahlinya merupakan semut betina tanpa sayap mandul

yang membentuk kasta "pekerja", "askar", atau kumpulan khusus lain. Koloni ini juga

mempunyai semut jantan subur yang dipanggil "dron" dan satu atau lebih semut

betina sebur yang dipanggil "ratu"..

.

7. Siput

Siput merupakan haiwan jenis moluska, kelas Gastropoda yang mempunyai

cangkerang yang berputar. Siput tidak bertulang belakang (invertebrat). Siput

mempunyai kulit cangkerang yang keras. Haiwan gastropoda lain yang tidak

mempunyai cangkerang dikenali sebagai lintah bulan. Siput terdapat di air tawar, air

masin, dan di daratan.

8. Ikan Talapia

Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies 

ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai

kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak

sungai kecil dan kolam sehingga sungai,tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia

merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair

lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting

di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalamakuakultur di sekeliling

dunia (lihat akuakultur tilapia). Di mana tilapia telah diperkenalkan secara sengaja

atau tidak sengaja, ia semakin menjadi spesies ceroboh yang bermasalah

(lihat tilapia sebagai spesies eksotik).

9. Katak

Katak ialah sejenis haiwan amfibia dalam susunan Anura (bermaksud "tidak

berekor", dari bahasa Greek: an-, tanpa + oura, ekor), dahulunya digelar Salientia 

(bahasa Latin saltare, "melompat"). Katak dewasa bercirikan kaki belakang yang

panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata jongang dan ketiadaan ekor.

Kebanyakan katak menjalani hidup mata jongang, tetapi juga mudah bergerak di

daratan dengan melompat atau memanjat. Katak biasanya bertelur di lopak,

kolam atau tasik; dan larvanya, iaituberudu, berinsang dan bertumbuh dalam air.

Katak dewasa merupakan haiwan maging yang gemar memakan haiwan artropod

(terutamanya serangga), annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi

menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam, terutamanya

ketika musim mengawan.

boleh didapati dari kawasan tropika ke subartik, tetapi kebanyakan spesis

katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata

yang paling banyak kepelbagaian, merangkumi lebih 5,000 spesis yang dikenali.

Namun begitu, populasi spesis katak tertentu kian merosot. Katak dan kodok

sering dibezakan berdasarkan wajahnya yang disebabkan penyesuaian yang

tertumpu kepada persekitaran kering di kalangan haiwan yang bergelar kodok;

bagaimanapun, pembezaan ini tiada dasar taksonominya. Satu-satunya famili yang

diberi nama am "kodok" secara eksklusif ialah Bufonidae, tetapi banyak spesis dari

famili lain turut dipanggil "kodok," dan spesis di bawah genus kodok Atelopus digelar

"katak badut" (harlequin frogs).

10. Tupai

Tupai ialah sejenis rodensia daripada keluarga Sciuridae yang kecil hingga

sederhana saiznya. Di kawasan-kawasan yang bertuturan bahasa Inggeris, tupai

biasanya merujuk kepada spesies-spesies Sciurus dan Tamiasciurus, iaitu tupai-

tupai pokok yang berbulu lebat ekornya dan yang berasal dari Asia, benua

Amerika dan Eropah, kecuali Ireland. Genus-genus yang serupa boleh didapati

di Afrika. Keluarga Sciuridae juga merangkumi tupai terbang serta tupai di atas

tanah seperti tupai tanah, anjing prairie, dan woodchuck. Ahli-ahli keluarga

Anomaluridae kadangkala disalah anggap sebagai "tupai terbang berekor sisik",

walaupun ia tidak berhubungan rapat dengan tupai sebenar.

Tupai merupakan haiwan mamalia dan berdarah panas. Tupai menjaga

anaknya dan merupakan haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan secara amnya.

Tupai adalalah mamalia yang bersosial bermasyarakat di mana tupai jantan dan

betina yang tinggal dalam sarang bersama dan kemudian melahirkan anak. Sarang

tupai terdiri daripada ranting-ranting dan daun-daun kayu yang dibuat dikawasan

agak tinggi dan selamat dari ancaman musuh seperti ular dan burung pemangsa.

Tupai biasanya mengeluarkan bunyi yang nyaring utuk berkomunikasi dengan

kumpulan atau ahli keluarganya apabila mereka mencari makanan atau diganggu

musuh.

Kelebihan tupai yang saya perhatikan ialah kemampuannya bergerak dengan

pantas dan laju diantara satu pokok dan satu dahan ke destinasi yang lain. Tupai

mampu terbang dengan lompatannya dari satu dahan kedahan lain atau dari

bahagian atas kebahagian bawah dengan imbangan kaki dan ekornya. Kukunya

yang tajam menjadikan cengkamannya sangat kuat pada daun atau dahan kayu

yang dia hinggap. Tupai juga mempunyai gigi yang sangat tajam dan mampu

memgigit dengan pantas untuk menebuk kulit buah-buahan malahan kulit atau

batang pokok.

8.0 PENUTUP

      

Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak

pengalaman, input dan pengajaran kepada saya. Saya berasa sangat bertuah

kerana mendapat peluang untuk mengikuti program ini dan masarasa bersyukur

kerana berjaya menjalani kem ini dengan jayanya..Saya berharap apa yang saya

pelajari dalam kem ini akan sentiasa berada dalam ingatan saya dan dapat saya

manfaatkannya apabila menjadi seorang guru pada masa akan datang.Secara

keseluruhannya, program BIG ini telah banyak mendidik saya untuk berfikiran positif,

berani menghadapi cabaran, tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa

bekerjasama dalam satu pasukan. Sepanjang menjalani aktiviti di kem ini,saya

berpeluang untuk menilai diri saya sendiri dan sentiasa berusaha untuk mengatasi

segala kelemahan diri agar dapat memberi persaingan yang sihat kepada rakan-

rakan saya yang lain di samping menjadi seorang bakal pendidik yangberkualiti pada

masa hadapan

            

RUMUSAN

Rujukan:

https://www.google.com/#q=kepentingan+menjaga+warisan+budaya+bangsa

https://www.google.com/#q=kesediaan+ibubapa+terhadap+anak

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tupai(3 april 2015)

http://www.slideshare.net/iyiriz/refleksi-bina-insan-guru-fasa-5-1

http://muhainynassha.blogspot.com/2013/04/refleksi-individu-bina-insan-guru.html