View
203
Download
10
Category
Preview:
Citation preview
STRUKTUR KULIT
Disediakan Oleh : Nassruto
(i) Pengenalan Secara Umum.- Kulit menyelaputi keseluruhan
badan dan ia juga adalah bersambungan daripada lapisan membran yang melapisi orifis badan manusia.
- Ia mengawal struktur-struktur di bawahnya daripada kecederaan dan dijangkiti kuman.
- Ia mengandungi saraf-saraf penghujung yang sensitif terhadap suhu, sakit dan sentuhan.
- Ia terlibat dalam proses regulasi suhu badan.
(i) Struktur Kulit.
- Terdapat dua lapisan utama iaitu :-
(a) Epidermis.
(b) Dermis.
KULIT
(a) Epidermis.
- Lapisan ini terbina daripada tisu epithelium berlapisan.
Ia boleh dibahagi kepada :-
Lapisan Bersisik (Horny Layer).- Ia terdapat ke arah luar sekali dan sel-sel
dibahagian ini adalah leper dan tertekan dan telah hilang sifat bentuk selnya.
- Sel-sel disebelah luar lapisan bersisik adalah sel mati.
- Ia akan terkikis apabila telah haus dan diganti dengan sel baru dari lapisan janasel.
Lapisan Janasel (Germinate Layer).
- Sel-sel di bahagian ini adalah bulat dan mempunyai nukleus.
- Sel pada bahagian ini sentiasa membiak dan membentuk sel baru untuk menganti sel yang telah hilang dipermukaan kulit luar.
- Kulit luar tidak dibekalkan dengan salur darah.
- Ia menerima zat makanannya melalui bendalir limfatika yang mengalir di antara sel-sel di apisan yang ke sebelah bawah.
- Kulit luar berbeza tebalnya mengikut tempat dibahagian tubuh dan yang tebal sekali ialah ditapak kaki.
- Pigmen yang dikenali sebagai melanin yang terdapat pada kulit menentukan warna kulit manusia.
(a) Dermis.
- Lapisan ini merupakan kulit sebenar.
- Ia terbina daripada tisu pengikat terutamanya tisu berfiber dan elastik.
KULIT
- Dalam kulit ini terdapat komponen-komponen,
(i) Salur darah.
(ii) Salur limfatika.
(iii) Saraf penghujung.
(iv) Kilang peluh dan duktusnya.
(v) Rambut.
(vi) Kilang sebum.
(vii) Otot arrector pilorum.
(i) Salur darah.
- Arteriol yang membentuk cabang-cabang kapillari membekal kilang peluh, kilang sebum, rambut dan dermis.
- Tiada bekalan darah pada epidermis kerana ia menerima bekalan makanan dan oksigen daripada cecair interstitial hasil daripada salur darah.
(ii) Salur Limfatika.
- Membentuk satu rangkaian luas pada dermis dan pada lapisan dalaman dermis.
(iii) Saraf Penghujung.
- Penghujung-penghujung saraf ini sensitif terhadap perubahan suhu, kesakitan, tekanan dan sentuhan terdapat secara meluas pada dermis.
- Impuls saraf yang diperolehi di saraf penghujung dihantar ke saraf tunjang oleh saraf sensori dan kemudiannya di bahagian sensori cerebrum untuk diinterpretasikan.
(iv) Kilang peluh dan duktusnya.
- Terdapat banyak kilang peluh ini di tapak tangan, tapak kaki, dahi dan ketiak.
- Ia terbina daripada tiub yang berlingkar dan dibekalkan dengan banyak salur darah.
- Dari kilang ini salurnya naik ke atas menembusi kulit dan dikenali sebagai liang peluh.
- Peluh berasal dari darah dan ia mengandungi air dan natrium klorid dan ia juga merupakan kumuh tubuh.
- Kilang peluh ini dirangsangkan oleh saraf simpatatik yang bertindak terhadap perubahan cuaca dan ketakutan.
(v) Rambut.
- Diperolehi di seluruh permukaan kulit melainkan di tapak tangan dan kaki.
- Setiap helai rambut tumbuh dari umbai rambut yang tertanam di dalam lapisan kulit dalam dan dibekalkan dengan salur darah.
- Dengan pembiakan sel-sel baru di bahagian akarnya, rambut itu tumbuh dan menjadi batang rambut
- Batang ini tertolak ke atas, menjadi lebih panjang apabila sel-sel baru itu menolak sel-sel lama keatas.
- Seperti lapisan horny, rambut juga terbina daripada sel-sel yang sudah mati.
(vi) Kilang Sebum.
- Terdapat di seluruh tubuh dan terlebih banyak pada kulit muka, kepala dan bahagian kulit yang berbulu.
- Sebum yang dihasilkan oleh kilang ini membasahkan dan melembutkan kulit serta mengelakkan rambut menjadi kering dan rapuh.
- Kilang sebum istimewa juga didapati di lubang telinga iaitu kilang cerumen dan di kelopak mata iaitu kilang meibomian.
(vii) Otot arrector pilorum.
- Adalah kumpulan otot berserat tak voluntari yang melekat pada folikel rambut.
- Kontraksi menyebabkan rambut berdiri tegak dan menaikkan kulit yang berhampiran.
- Otot ini dirangsangkan oleh saraf simpatatik terutamanya dalam keadaan takut dan sejuk.
- Walaupun otot-otot ini kecil tetapi kontraksi dalam jumlah yang banyak boleh menghasilkan haba badan.
FISIOLOGI KULIT
ISMAIL E
KULIT
A. Keselamatan ( Protection )1) Perlindungan daripada pelbagai penyakit , mikro-organisma dan
bahan-bahan kimia dari masok dalam badan.
2) Mengelakkan kehilangan cecair badan.
3) Bertindak dengan segera ( tindakan reflek ) apabila mengenai sesuatu yang tidak sesuai seperti stimulasi sakit sewaktu tercucuk bagi mengelakkan kecederaan teruk.
Fungsi ini dilaksanakan melalui dua (2) keadaan:-i) Lapisan nipis dan rata tisu epitelial yang bertindak sebagai atap.ii) Lapisan tidak telus air akan bertindak
sebagai penghalang pada kemasukan mikro-organisma.
B. Regulasi Suhu ( Regulation of Temperature )
1) Merupakan tisu pepejal bagi mengelakkan air masuk ke dalam badan.
2) Memberi laluan sedikit ke atas bahan - bahan seperti ubat masuk ke dalam badan.
3) Memberi laluan pada peluh untuk keluar melalui kelenjar peluh dan bertindak sebagai bahan pelembab.
4) Penghasilan haba melalui aktiviti seperti:-i) Kontraksi Otot.ii) Aktiviti bahan-bahan kimia dalam hati.iii) Kontraksi dan reaksi bahan-bahan kimia dalam sistem penghadamam.iv) Makanan yang berlemak dan karbohidrat diulilasikan dalam badan.
Ekresi ( Excretion )1) Melalui perpirasi, sedikit bahan-bahan kumuhan seperti urea dikeluarkan dan nitrogen dikeluarkan lebih dari 1 gm setiap jam.
2) Menghilangkan haba melalui kulit sebanyak 97%.
C. Sintesis ( Syntesis )
1) Membantu menilai pancaran atau sinaran ultra voilet yang berlebihan dari matahari.
2) Membantu menukar bahan-bahan kimia dalam kulit iaitu 7-dehidrokolesterol kepada Vitamin D3 ( Kolekalsiferol )
D. Penerimaan Sensori ( Sensory Receiption )
1) Organ penting mengandungi sensori reseptor terhadap haba, sejuk, rasa, tekanan dan sakit.
Recommended