View
667
Download
47
Category
Preview:
Citation preview
TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN
TEKS PENGACARA MAJLIS “KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI”
SEMPENA PERSARAAN TUAN HJ MAWARDI
Pagi yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum
SKPBS,.BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T
Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S). Yang Dihormati En. Mohammad Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan 1, Pn. Bebee Arifa Bt. Said Rastan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SKPBS.Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS,.Seterusnya, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.Selamat datang ke :Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan ,Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS
Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal BismilLah pembuka bicara
Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga Majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz Zuraimy B. Ali. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Zuraimy atas bacaan doa itu tadi.Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulangKepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang ditaburkan oleh Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai PK Ko-kurikulum SKPBS
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid Muhd Alif Ajwad Dipersilakan.Terima kasih diucapkan kepada Muhd Alif Ajwad atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan wakil guru En. Mohammad Saghir B. Mahmud, ntuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Mohammad Saghir B. Mahmud, atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Berusaha Pn Hajjah Rokiah B. Ismail untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang Berusaha Pn Hajjah Rokiah B. Ismail atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupanBegitulah rentetan perjalananWalau sukar untuk ditelanTapi kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
sajak oleh Adik Abadiah dan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman PK Ko-kurikulum SKPBS
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan sajak dan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan. Mudah-mudahan persembahan tersebut dapat memberi sumber inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua.
Buah mengkudu buah bidaraMari disimpan didalam dulangHari ini tuan genap bersaraJasa baik tuan tetap dikenang
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman PK Ko-kurikulum SKPBS. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman atas ucapan itu tadi.
Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan pujiHanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayat
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada murid Tahun 4 A yang akan menyampaikan nasyid yang bertajuk Buatmu Guru. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Demikianlah tadi persembahan nasyid yang sungguh syahdu penampilan persembahan yang cukup istimewa.
Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan sketsa, persembahan daripada murid tahun 5A. Dengan segala hormatnya di persilakan.
Begitu bersahaja murid-murid anak didik Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman melakonkan watak guru kesayangan mereka.
Persemabahan seterusnya ialah persembahan pantun khas ditujukan untuk Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman Dengan segala hormatnya di persilakan.
Demikianlah tadi persembahan pantun yang mencuit rasa dan menjadi ingatan untuk kita semua.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata
sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Tuan Haji Mawardi B. Othman
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Puan Hjjh Rokiah B. Ismail,untuk mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.
Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah ,kelas 1 Arif, 1 Bestari, 2 Arif, 2 Bestari, 3 Arif, 3 Bestari, 4 Arif, 4 Bestari, 5 Arif, 5 Bestari, 6 Arif, dan 6 Bestari
Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Pn Hjjh Rokiah Bt Ismail untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SKBPBS.
Sekarang kita jemput Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG untuk menyampaikan cendamata kenang-kenangan kepada yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman
Sekarang kita jemput wakil pekerja untuk menyampaikan cendamata kenang-kenangan kepada yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman’Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha En. Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama berjalan telah sampai ke destinasiPara hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padiMawar merah dalam jambanganTerima kasih daun keladiBudi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampakEsok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” ini.
Di kesempatan ini juga, kami ingin menyampaikan seloka khusus buat yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman.
Assalamualaikum pembuka bicaraMadah disusun mengungkap rasaSuasana suram pagi yang hibaBagai mengerti gelodak jiwa
CikguMawardi panggilan mesra Guru veteran yang banyak berjasa Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma Tiga dekad begitulah lama
Dari muda hingga berusiaMenjalankan tugas dengan setia
Menabur bakti mencurah jasaTak terbalas dek pelajar semua
Kini sudah tibanya masa Berundur Cikgu Mawardi kerana bersara Hilanglah permata yang berharga Hilang seri hilang cahaya
Sudah biasa kita dengari patah tumbuh hilang berganti namun tak sama guru yang ini Tak mungkin ada galang ganti
Kenangan manis kekal selamanyaJasamu cikgu tak mungkin dilupaPemergianmu cikgu kami redhaSudah suratan berpisah akhirnya
Sampai di sini seloka kami Tidak berakhir hubungan ini Silaturahim terus terpatri Biarpun cikgu Mawardi tiada di sisi
Ampun dan maaf kami pintaAndai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami sekali sekalaAndai rindu datang menjelma
Semoga cikgu Mawardi sihat sejahtera Menyusuri hari-hari yang ceria Di samping beribadat pada yang Esa Moga dilindungi Allah sentiasa.
Majlis sudah sampai ke penghujungnya, kami selaku pengacara ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali
Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan upacara menanam pokok sebagai tanda ingatan kita yang tidak akan luput terhadap yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman di SKPBS ini ,
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Jenguklah kami sekali sekalaAndai rindu datang menjelma
Semoga cikgu Mawardi sihat sejahtera Menyusuri hari-hari yang ceria Di samping beribadat pada yang Esa Moga dilindungi Allah sentiasa.
Majlis sudah sampai ke penghujungnya, kami selaku pengacara ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali
Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan upacara menanam pokok sebagai tanda ingatan kita yang tidak akan luput terhadap yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman di SKPBS ini ,
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Recommended