Refleksi makro 1

Preview:

Citation preview

Rancangan Pengajaran Harian Makro (1) - REFLEKSI

Refleksi

Sebelum

Semasa

Selepas

1. Guru menyediakan dan membuat satu

video untuk persediaan set induksi

sebelum pengajaran dan pembelajaran

berlangsung.

2. Guru menyediakan soalan-soalan skop

peperiksaan sebenar.

1. Permulaan pengajaran semasa di set

induksi video jelas dan memberi idea

baru kepada pelajar untuk permulaan

pembelajaran dapat menarik perhatian

pelajar.

2. Pengetahuan sedia ada pelajar adalah

konsep hubungan.

3. Pelajar mengenal sesuatu yang baru

iaitu set di mana guru menerangkan

dan menekankan dengan jelas

berkaitan set.

4. Ada pelajar yang masih kurang jelas

berkaitan konsep hubungan di mana

ada sesi soal jawab ketika di

perkembangan pengajaran 1.

5. Contoh soalan yang diberikan oleh

guru jelas dan pelajar mudah

memahami dan mengikut contoh

peperiksaan sebenar.

6. Pengurusan masa ketika perkembangan

pengajaran 2 agak gagal kerana

penerangan guru agak panjang dan

pelajar ada yang kurang jelas.

1. Pengurusan masa guru tidak teratur

dan timbul masalah kekangan masa.

2. Terlalu banyak contoh yang diberikan

sesama sesi pengajaran dan

pembelajaran (PdP) menyebabkan

lebih masa.

3. Rumusan penutupan bersama pelajar

agak tidak teratur dan terlalu laju

disebabkan ingin mengejar masa.

4. Pelajar boleh menjawab dengan baik

soalan secara kumpulan dan penilaian

secara individu.

5. Soalan yang diberikan mengikut skop

peperiksaan sebenar dan pelajar boleh

skor dengan baik.

6. Guru perlu memberi penekanan lebih

tentang aspek-aspek nilai murni kepada

pelajar bagi meningkatkan semangat

pelajar.