View
68
Download
11
Category
Preview:
Citation preview
KPT 6054 – KAJIAN DALAM TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL
PENSYARAH
PROF MADYA DATO DR ABD LATIF HAJI GAPOR
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA:
ANALISIS JURNAL
DISEDIAKAN OLEH :-SHAM SUHAILA BINTI MOHD SALEH
M20141000675SARJANA (PEND) PENDIDIKAN KHAS
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
KOD TAJUK JURNAL SUMBER
1
Jurnal 1 Penggunaan Alat Rangkaian Sosial di kalangan Pelajar di
sebuah IPTS di Kota Kinabalu, Malaysia
Zaidatun Tasir, *Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Seminar Penyelidikan
Pendidikan Institut
Perguruan Batu Lintang
Tahun 2007
Jurnal 2 Software for Teaching Emotions to
Students with Autism Spectrum Disorder
J. Lozano, J. Ballesta & S. Alcaraz
Murcia (Spain)
Comunicar, nº 36, v.
XVIII, 2011, Scientific
Journal of Media
Litreracy; ISSN: 1134-
3478; pages 139-147
Jurnal 3 Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program
Pendidikan Khas Aliran Teknik dan Vokasional di Malaysia
Baharom Mohamad
ATIKAN, 1(1) 2011
Jurnal 4 Pembangunan Perisian Kursus ‘Saya Suka Belajar’ Untuk
Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Autisme
Salman Firdaus Sidek, Nur Saadah Fathil, Nur Zuhaidah
Mohamed Zain, Kamaliah Muhammad Universiti Pendidikan
Sultan Idris
Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu – JPBM (Malay
Language Education Journal
– MyLEJ)
Jurnal 5 Keberkesanan Penggunaan Multimedia Terhadap Penguasaan
Kemahiran Sukan Bola Baling
Abang Ismail bin Abang Haji Julhi (Institut Perguruan Batu
Lintang), Mohd. Taib bin Harun (Universiti Kebangsaan
Malaysia)
Seminar Penyelidikan
Pendidikan Institut
Perguruan Batu Lintang
Tahun 2007
Jurnal 6 Effectiveness of Facebook Based Learning to Enhance
Creativity among Islamic Studies Students by Employing Isman
Instructional Design Model
Alias, Norlidah; Siraj, Saedah; Daud, Mohd Khairul Azman Md;
Hussin, Zaharah
Turkish Online Journal of
Educational Technology -
TOJET, v12 n1 p60-67
Jan 2013
Jurnal 7 Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan
Tradisional ke Atas Pencapaian Matematik dan Sikap Matematik
di Kalangan Pelajar Berisiko
Jurnal Teknologi
Maklumat & Multimedia
5(2009): 79 -89
2
Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd Hasan Selamat & Bahaman
Abu Samah
Jurnal 8 Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran
ICT
Norazah Mohd. Nordin Ngau Chai Hong
Jurnal Pendidikan
Malaysia 34(1)(2009):
111 - 129
Jurnal 9 Effect Of Using Facebook To Assist English For Business
Communication Course Instruction
Ru-Chu Shih
National Pingtung University of Science and Technology,
Taiwan vincent@npust.edu.tw
TOJET: The Turkish
Online Journal of
Educational Technology –
January 2013, volume 12
Issue
Jurnal 10 Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-
Kanak Disleksia
Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi
Mokhtar & Nor Aziah Alias
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor,
Malaysia
Jurnal Teknologi
Pendidikan Malaysia Jilid
1, Nombor 2, Jun 2011
POLA PENYELIDIKAN ICT DALAM PENDIDIKAN GURU MALAYSIA:
ANALISIS JURNAL YANG DIBACA
1.0 PENGENALAN
3
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication
Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup
tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan
pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan
perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. teknologi maklumat boleh
diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan
maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi
disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat
menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan
komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram,
PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Perkembangan ICT menjanjikan potensi besar, terutama dalam pendidikan, iaitu
dengan mengubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara menyesuaikan
setiap maklumat, dan sebagainya. Sejajar dengan perkembangan ICT dalam dunia
pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil beberapa langkah
dalam mengintegrasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
di semua peringkat sekolah. Proses P&P yang berlaku merupakan elemen penting dalam
meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Pendidikan khas juga tidak terkecuali dari
tempias perkembangan ICT yang mana ia banyak memberi faedah kepada proses P&P yang
berlaku di sekolah pendidikan khas.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi
maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan
menggunakan teknologi. Contohnya, dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi
,imej dan sebagai pengesan gerakan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan
proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana
teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada
sumber kepada penerima. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu
pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan
selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat
membantu dan menolong mereka (pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap,
berkesan, mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat,
proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu,
4
opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan
sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang menyatakan
sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang
mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan,
merancang, mengawal dan menganalis. Menurut Collis dan Jung (2003), kesan penggunaan
internet dan web sebagai alat komunikasi yang biasa digunakan dalam masyarakat mulai
pertengahan tahun 1990 telah memberi kesan yang besar terhadap sistem pendidikan guru.
OBJEKTIF/PERSOALAN/PERNYATAAN MASALAH
J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10 JUMLAH
Mereka bentuk dan membangunkan bahan teknologi instruksional
√ √ √ √ √ √ 6
Mengkaji kesan penggunaan teknologi pendidikan terhadap pelajar
√ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10
Mengkaji kesan penggunaan teknologi pendidikan terhadap guru/pendidik
√ √ 2
Meninjau penggunaan alat berasaskan teknologi di kalangan pelajar
√ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10
Meninjau penggunaan teknologi instruksional di kalangan guru
√ 1
2.0 METODOLOGI
Kaedah analisis kandungan telah digunakan untuk menganalisis kesemua artikel di dalam
jurnal ini. Metodologi ini digunakan kerana ia memudahkan penyelidik untuk menyemak data
yang banyak secara sistematik (Gao, 1996; seperti dinyatakan dalam Stemler, 2001) dan
membolehkan penyelidik membentuk soalan semasa menganalisis penulisan untuk
menghasilkan keputusan yang boleh dihitung (Carney, 1972). Tujuan penggunaan analisis
kandungan dalam kajian ini adalah untuk mencari dan menghuraikan fokus penyelidikan
yang telah dijalankan dalam pendidikan perguruan. Sebanyak 18 konsep kluster telah
digunakan untuk mengkategorikan konsep yang muncul dalam artikel-artikel tersebut.
Konsep kluster tersebut diubah suai daripada kluster saranan Masood (2004) berdasarkan
5
analisis kandungan yang beliau lakukan terhadap jurnal teknologi pendidikan tersohor iaitu
Educational Technology, Research and Development (ETR&D) yang diterbitkan antara tahun
1993 hingga 2002 (10 tahun). Jadual 1 menerangkan 18 konsep kluster tersebut. Berdasarkan
analisis, terdapat 10 artikel yang membincangkan tentang program pendidikan perguruan.
Jadual 1 : Huraian konsep yang telah digunakan (Masood, 2004)
No. Kluster Konsep Huraian Konsep
1. Teknologi pengajaran /
pendidikan
Teknologi pengajaran / pendidikan (TP) secara
menyeluruh, penyelidikan dalam TP, teori pengajaran
dan pembelajaran
2. Bidang atau disiplin lain Pelbagai disiplin lain
3. Pemboleh ubah proses
instruksi
Kawalan pengguna, interaktiviti, maklum balas
4. Elemen proses instruksi Objektif instruksi, advance organisers, capaian
Maklumat
5. Perspektif pengajaran dan
pembelajaran
Behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme, situated
cognition, pembelajaran generatif, model ARCS, chaos
theory, elaboration theory, dll.
6. Kaedah instruksi Pembelajaran kolaboratif / koperatif, aktiviti
metakognitif, pembelajaran diindividukan,
pembelajaran-berasaskan-masalah (PBL), simulasi
(main peranan), dll.
7. Sistem penyampaian /
format media
Pendidikan jarak jauh, audio visual, penyampaian
berasaskan web/Internet, sistem respon pelajar, sistem
tutoran pintar, pengajaran-berbantu-komputer (CAI),
instruksi terancang, multimedia, dll.
8. Pembangunan instruksi (ID) ID, model ID, elemen atau fasa ID, analisis, reka bentuk,
pembangunan, pelaksanaan, penilaian
9. Pemboleh ubah produksi Atribut program, 3-dimensi, reka bentuk mesej, kiu,
animasi, dll.
10. Hasil pembelajaran Pencapaian pelajar, pembelajaran fakta, konsep, prinsip,
6
prosedur, kemahiran psikomotor, sikap, maklumat
verbal, kognitif, dll.
11. Pemboleh ubah pelajar Motivasi, usia/gred/tahap perkembangan, gender,
pengetahuan sedia ada, storan dan akses mental, dll.
12. Persekitaran pembelajaran Persekitaran pembelajaran
13. Penilaian Penilaian, kebolehgunaan, penilaian formatif, penilaian
sumatif, pengujian adaptif, dll.
14. Teknologi prestasi (PT) dan
Sistem sokongan prestasi
Model PT, sistem sokongan prestasi elektronik, job-aid,
video-conferencing, dll.
15. Perubahan organisasi Perubahan sistemik, penstrukturan/reformasi sekolah
16. Profesion Etika, kemahiran / kompetensi, piawaian, pensijilan
17. Budaya Budaya organisasi, institusi, bangsa, dll.
18. Pemboleh ubah guru Sokongan, gaya kognitif, sikap terhadap amalan instruksi
3.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
Jadual 2 menunjukkan analisis kekerapan konep yang muncul di dalam artikel yang dikaji
iaitu berkaitan penyelidikan ICT di dalam program pendidikan guru di Malaysia. Berdasarkan
kekerapan konsep yang muncul dalam artikel didapati bahawa :
No Konsep Kekerapan Konsep
(Muncul)
1. Hasil pembelajaran atau learner outcomes 10 kali
2. Pemboleh ubah pelajar atau learner variables 10 kali
3. Sistem penyampaian atau delivery system 9 kali
4. Pemboleh ubah proses instruksi atau instructional process
variables
8 kali
5. Teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran atau
instructional or educational technology
8 kali
6. Penilaian 8 kali
7. Bidang atau disiplin lain 7 kali
8. Pembangunan instruksi atau Instructional Development
(ID), pemboleh ubah produksi atau production variables
6 kali
7
dan perubahan organisasi atau organisational change
9. Kaedah instruksi atau instructional methods 6 kali
10. Persekitaran pembelajaran atau learning environment 6 kali
11. Elemen proses instruksi atau instructional process
elements, perspektif pengajaran dan pembelajaran atau
teaching and learning perspectives, penilaian atau
evaluation serta profesion atau the profession
5 kali
12.. Perspektif pengajaran/ pembelajaran dan budaya 3 kali
13. Teknologi prestasi dan sistem sokongan prestasi dan
profesion
2 kali
14. Perubahan Organisasi dan Pemboleh ubah guru 1 kali
Konsep hasil pembelajaran dan pemboleh ubah pelajar merupakan konsep yang
mempunyai kekerapan yang paling tinggi di dalam jurnal yang telah dibaca berkaitan ICT
di dalam program pendidikan guru di Malaysia. Konsep hasil pembelajaran (learner
outcomes) merupakan konsep yang membincangkan pencapaian pelajar, kemahiran
interpersonal serta persepsi pelajar. Ronaldi Saleh et.al (2011) telah mengkaji penggunaan
animasi di dalam instruksi khas untuk kanak-kanak disleksia. Kajian mendapati bahawa
pelajar bersetuju bahawa LO distruktur dengan baik, menarik. dan bersetuju bahawa
kandungan adalah sesuai dengan keperluan. Menurut Norazah Mohd. Nordin & Ngau
Chai Hong (2009), WebQuest menyediakan kemudahan pengaksesan e-pembelajaran.
Konsep pemboleh ubah pelajar (learner variables) seperti kebolehan pelajar turut
dikaji. Sebagai contoh, dalam kajian Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas
untuk Kanak-Kanak Disleksia mendapati kanak-kanak disleksia sangat meminati
pendekatan animasi komik interaktif, kanak-kanak disleksia didapati tidak mempunyai
masalah di dalam mengenal pasti huruf dan membaca perkataan yang tertera di skrin
telefon bimbit. Menurut Keates (2000), pengidap disleksia tidak pernah gagal di dalam
menggunakan alat-alat teknologi maklumat seperti komputer. Beacham (2007) juga
percaya bahawa penggunaan multimedia berpotensi untuk menggalakkan pembelajaran
kanak-kanak disleksia. Pada tahun 2010, melalui kajian kebolehgunaan Objek
Pembelajaran Multimedia Interaktif, Fadilahwati et al (2010) mendapati pelajar disleksia
berasa bermotivasi, seronok, mudah dan dibantu di dalam memahami kandungan
pelajaran dengan lebih baik.
8
Konsep budaya (culture) pula melibatkan perkara tentang sesebuah organisasi
tersebut. Contohnya, Zoraini Wati Abas (1995) mendapati bahawa sikap positif yang
diterapkan oleh pentadbir terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah
merupakan laluan terhadap penggunaan komputer dalam pentadbiran sekolah di masa
akan datang. Melalui sikap positif yang ditunjukkan oleh pentadbir sekolah, ia akan
mempengaruhi sikap semua kakitangan sekolah. Menurut Abdul Rahim Razalli, Noor
Aini Ahmad dan Kamaliah Ahmad (2005), kajian menunjukkan bahawa teknologi
komputer mampu memudahkan pelajar-pelajar khas, terutamanya pelajar-pelajar
bermasalah tingkah-laku dan bermasalah pembelajaran, mempelajari kemahiran
membaca, menulis, dan mengira. Konsep sistem penyampaian (delivery system) telah
membincangkan tentang medium penyampaian pengajaran dan pembelajaran berasaskan
internet dan web serta pengajaran berasaskan komputer. Para pelajar diperkenalkan
dengan pelbagai alat pembelajaran berasaskan internet dan web seperti animasi dan
webquest.
9
KEKERAPAN KONSEP KLUSTER YANG MUNCUL DALAM JURNAL
NO KONSEP KLUSTER 1
SOFTWARE FOR
AUTISM SPECTRU
M DISORDER
2
TMK DLM PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS
ALIRAN TEKNIK &
VOKASIONAL
3
“SAYA SUKA
BELAJAR” UNTUK
BM BAGI KANAK-KANAK
AUTISME.
4
KEBERKESANAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA
TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN SUKAN BOLA
BALING
5
KEBERKESANAN
PEMBELAJARAN
BERASASKAN FACEBOOK
6
PERBANDINGAN PENGAJARAN
BERASASKAN MULTIMEDIA
DAN TRADISIONAL
7
PEMBANGUNAN DAN
PENILAIAN BAHAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
BERASASKAN WEB –
WEBQUEST BAGI MATA PELAJARAN
ICT
8
PENGGUNAAN ALAT RANGKAIAN
SOSIAL DI KALANGAN PELAJAR DI
SEBUAH IPTS DI KOTA KINABALU,
MALAYSIA
9
EFFECT OF USING
FACEBOOK TO ASSIST ENGLISH
FOR BUSINESSCOMMUNICATION
COURSE INSTRUCTION
10
ANIMASI KANAK-KANAK
DISLEKSIA
JUMLAH KONSEP MUNCUL
1. Teknologi pendidikan/pengajaran
√ √ √ √ √ √ √ √ 8
2. Bidang atau disiplin lain
√ √ √ √ √ √ √ 7
3. Pemboleh ubah proses instruksi
√ √ √ √ √ √ √ √ 8
4. Elemen proses instruksi
√ √ √ √ √ 5
5. Perspektif pengajaran/pembelajaran
√ √ √ 3
6. Kaedah instruksi √ √ √ √ √ √ 6
7. Sistem penyampaian/format media
√ √ √ √ √ √ √ √ √ 9
10
8. Pembangunan Instruksi
√ √ √ √ √ √ 6
9. Pemboleh ubah Instruksi
√ √ √ √ √ √ 6
10. Hasil Pembelajaran √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10
11. Pemboleh ubah Pelajar
√ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10
12. Persekitaran Pembelajaran
√ √ √ √ √ √ 6
13. Penilaian √ √ √ √ √ √ √ √ 8
14. Teknologi prestasi & sistem sokongan prestasi
√ √ 2
15. Perubahan Organisasi
√ 1
16. Profesion √ √ 2
17. Budaya √ √ √ 3
18. Pemboleh ubah Guru
√ 1
Jadual 2 : Kekerapan konsep yang muncul berdasarkan jurnal yang dibaca
11
Sementara itu, konsep elemen proses instruksi (instructional process elements) melibatkan
perbincangan secara interaktif, maklum balas dan kawalan pelajar. Sebagai contoh, Abang
Ismail bin Abang Haji Julhi (2007) telah menjalankan satu kajian terhadap Keberkesanan
Penggunaan Multimedia Terhadap Penguasaan Kemahiran Sukan Bola Baling yang telah
diaplikasikan di dalam permainan bola baling bagi mendapatkan maklum balas daripada
pemain bola baling. Responden menyatakan bahawa bahawa kaedah multimedia lebih
berkesan daripada kaedah tradisional dalam meningkatkan penguasaan kemahiran hantaran
permainan bola baling. Pada keseluruhannya, jika dibandingkan dengan kaedah tradisional
dan kaedah multimedia, ternyata kaedah multimedia lebih berkesan terhadap penguasaan
kemahiran dalam permainan bola baling berbanding kaedah tradisional yang menggunakan
modul latihan. Kaedah multimedia yang mengabungkan penggunaan alat-alat teknoogi
moden seperti komputer, LCD, dan perisian cakera padat bola baling banyak memberi
implikasi terhadap penguasaan kemahiran sukan bola baling.
4.0 DAPATAN KAJIAN
TEORI KAJIAN NOMBOR JURNAL KEKERAPAN
J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10
Teori Behaviorisme √ 1Teori Konstruktivisme √ √ 2Teori Kognitivisme 0Teori Tingkah laku 0Teori Humanis 0Model Penilaian CIPP 0Model PBL √ 1Model ADDIE √ √ 2Model ARCS 0Model Dick & Carey 0Model Rapid Prototyping
0
Model Reka Bentuk √ √ √ √ √ 5
TEORI KAJIANNOMBOR JURNAL KEKERAPA
NJ1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10
Bagi menguji pencapaian antara pemboleh-ubah
MANOVA 0Analisis Regresi
Linear0
Soal selidik √ √ √ √ √ 5ANCOVA √ √ √ 3
Ujian t √ √ √ √ 412
Bagi menguji kebolehpercayaan
instrumen
Cronbach Alpha √ √ √ 2Korelasi Pearson √ 1Lawson Scientific Reasoning Test
(LSRT)0
REKABENTUK KAJIAN
Rekabentuk Kajian Tajuk Jurnal Jumlah
01 02 03 04 05 06 07 08 09 10
Kajian Tinjauan 1 1 1 1 1 5
Kuasi Eksperimen 11
Kajian Eksperimen 1 1 2
Kajian Kualitatif 1 1 2
JENIS STATISTIK
Jenis Statistik Tajuk Jurnal Jumlah
01 02 03 04 05 06 07 08 09 10
Statistik Deskriptif 1 1 1 1 1 1 1 1 8
Statistik Inferensi 1 1 2
KAEDAH KAJIAN
J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10 Jumlah
Kualitatif √ √ √ √ 4
Kuantitatif √ √ √ √ √ √ √ 7
SAMPEL KAJIAN
J1 J2 J3 J4 J5 J6 J7 J8 J9 J10 JUMLAH
GURU/PENDIDIK √ 1
MURID/PELAJAR √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10
13
DAPATAN KAJIAN
JURNAL DAPATAN KAJIAN
J1 Penggunaan perisian program berbentuk pendidikan mampu meningkatkan,Menstimulasikan da memotivasikan kanak-kanak autisme mempelajari kemahiran sosial dan emosi
J2 Terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan komputer oleh pelajar pendidikan khas dalam proses pengajaran dan pembelajaran
J3 Kesemua responden menunjukkan tingkahlaku yang positif sebelum, semasa dan selepas menggunakan perisisan kursus.
J4 Kaedah Multimedia lebih berkesan daripada Kaedah Tradisional bagi kemahiran menjaring, hantaran, melantun dan kemahiran penjaga gol
J5 “Facebook”telah menjadi medium pembelajaran bagi meningkatkan kreativiti pelajar
5.0 KESIMPULAN
Analisis kandungan yang telah dijalankan mendapati bahawa hasil pembelajaran dan
pemboleh ubah pelajar merupakan kluster yang paling kerap muncul dalam artikel-artikel
melibatkan aplikasi ICT dalam program pendidikan di Malaysia. Ini diikuti oleh kluster
teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran, pemboleh ubah proses instruksi, bidang atau
disiplin lain, pembangunan instruksi, kaedah instruksi, persekitaran pembelajaran serta
penilaian. Ini menunjukkan terdapat konsep-konsep tertentu yang sering menjadi fokus
penyelidikan berkaitan ICT dalam program pendidikan guru, sementara beberapa konsep lain
kurang diberi penekanan. Adalah diharapkan agar analisis kandungan dapat dijalankan ke
atas lebih banyak sumber rujukan seperti jurnal, tesis, prosiding, dan disertasi yang berkaitan.
Kesimpulannya, ICT dapat memudahkan komunikasi, meluaskan pandangan dan pengetahuan
di mana seseorang itu boleh mendapat pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber, sama
ada dari dalam atau luar Negara, memudahkan proses pendidikan, membentuk masyarakat
yang peka kepada keadaan semasa dan menyedarkan masyarakat terhadap isu-isu semasa .
14
RUJUKAN
Irfan Naufal Umar & Nurullizam Jamiat. 2011. Pola Penyelidikan Ict Dalam PendidikanGuru di Malaysia: Analisis Prosiding Teknologi Pendidikan Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 26, No. 1, 1–14, 2011
Norazah Mohd. Nordin &Ngau Chai Hong. 2009. Pembangunan dan Penilaian BahanPengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 111 – 129.
Abang Ismail & Mohd. Taib. 2007. Keberkesanan Penggunaan Multimedia TerhadapPenguasaan Kemahiran Sukan Bola Baling. Seminar Penyelidikan Pendidikan InstitutPerguruan Batu Lintang Tahun 2007.
Atikan. 2011. Teknologi Komunikasi dan Maklumat dalam Program Pendidikan Khas AliranTeknik dan Vokasional di Malaysia.
Ronaldi Saleh Bin Umar, Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Nor Aziah Alias.2011. Menggunakan Animasi di dalam Instruksi Khas untuk Kanak-Kanak Disleksia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011.
Chih-Cheng Lin, Hsien-Sheng Hsiao, Sheng-ping Tseng&Hsin-jung Chan. 2014. LearningEnglish Vocabulary Collaboratively In A Technology-Supported ClassroomDepartment of English, National Taiwan Normal. The Turkish Online Journal of Educational Technology – January 2014, volume 13 issue 1.
Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd Hasan Selamat & Bahaman Abu Samah. 2009.Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas PencapaianMatematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko. Jurnal TeknologiMaklumat & Multimedia 5(2009): 79 -89.
Zaidatun Tasir, Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun. 2011. Penggunaan Alat RangkaianSosial di kalangan Pelajar di sebuah IPTS di Kota Kinabalu, Malaysia. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1, Mac 2011.
Salman Firdaus Sidek,Nur Saadah Fathil,Nur Zuhaidah Mohamed Zain & KamaliahMuhammad. 2014 . Pembangunan Perisian Kursus ‘Saya Suka Belajar’ UntukPembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Autisme. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 1-10
Ru-Chu Shih. 2013. Effect Of Using Facebook To Assist English For BusinessCommunication Course Instruction. The Turkish Online Journal of EducationalTechnology – January 2013, volume 12 Issue 1.
l J. Lozano, J. Ballesta & S. Alcaraz. 2011. Software for Teaching Emotions toStudents with Autism Spectrum Disorder. Scientific Journal of Media Litreracy;ISSN: 1134-3478; pages 139-147.
15
Recommended