View
2.087
Download
8
Category
Preview:
Citation preview
TAJUK:KAEDAH STRUKTURAL
DAN TEKNIK SOAL JAWAB
NAMA AHLI KUMPULAN:SITI KHUZAIFAH BT MAT YASIM199263NOR SAIDA BT SULAIMAN 199264SITI ALIAH BT ROSLI 199265NUR ERMA SUZIEYANTIE BT TALIB199386NADIRAH BT HALIM 199451NOR ASMIDA BT MUDA 199511
Pendekatan struktural melihat sesuatu berdasarkan struktur dan fungsi.
Karya sastera pula dinilai berdasarkan unsur fizikal seperti watak, latar, teknik dan sebagainya yang membangun karya sastera itu dan fungsi-fungsi unsur tersebut untuk menyampaikan isi karya sastera.
Kaedah cara atau peraturan membuat sesuatu terutamanya yang bersistem atau yang biasa
Struktur cara sesuatu terbina @ terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur atau aspek hingga menjadi sesuatu pola, sistem atau bentuk tertentu
Struktural berkaitan dengan struktur
Kamus Dewan Edisi Keempat
(Abd.Aziz Ab Talib, 2000) ialah satu cara yang digunakan dalam satu proses pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan.
Kaedah Struktural juga dikenali sebagai kaedah linguistik lisan, fonetik ataupun kaedah reform
Teori struktural ini berkembang luas pada dekad 1960-an.
Ferdinand de Saussure ,1857- percaya bahawa bahasa mempunyai struktur dalaman yang tersendiri dan mengandungi peraturan-peraturannya yang tersusun
Berasaskan kepada Teori Struktural Pendekatan ini memberi penumpuan
terhadap aspek-aspek struktur yang membina teks
Struktur sesebuah teks dalam Kesusasteraan Melayu:
tema, plot, perwatakan, bahasa, latar, nilai pengajaran dan sudut pandangan
Struktur ini amat penting dalam membentuk sesebuah prosa atau puisi.
Tema Plot Perwatakan Bahasa Latar Nilai pengajaran Sudut pandangan struktur
1. Pendekatan secara induktif• Pendekatan bersifat induktif - murid
sendiri yang mengesan, mengenal pasti, dan menganalisis objektif tertentu dalam elemen struktur.
• Guru - membantu murid membuat rumusan tepat sahaja.
• Setiap unsur-unsur mempunyai pertalian antara satu sama lain.
2. Perhubungan antara struktur• Dalam pengajaran dan pembelajaran
kesusasteraan - pemahaman terhadap setiap elemen struktur dan perhubungannya hendaklah diberi perhatian.
3. Mengutamakan objektif tertentu• Kaedah struktural juga memberi
tumpuan kepada objektif. • Hal ini bermaksud pengajaran hanya
tertumpu kepada elemen struktur dan tidak mengambil kira aspek-aspek lain.
4. Pembelajaran banyak dipandu oleh guru
Walaupun para pelajar dibenarkan membincangkan sesuatu isu tentang elemen struktur, tetapi perbincangan itu tidak boleh keluar daripada definisi atau acuan yang telah ditetapkan oleh guru.
5. Bahan bantu mengajar tidak dipentingkan
Tidak mementingkan bahan bantu mengajar-kerana ia mementingkan kefahaman pelajar terhadap elemen struktur.
6. Memudahkan proses pengajaran• Memudahkan proses pengajaran -
kerana pengetahuan tentang elemen struktur dalam sesebuah karya kesusasteraan.
• Amat sesuai bagi para pelajar yang berada pada tingkat tinggi.
7. Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu
• Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum pengajaran dimulakan dan kemudian setiap unsur itu akan dijelaskan secara terperinci.
Prosa Lebai Malang telah dijadikan contoh untuk mengkaji bentuk struktural tersebutTema dan persoalan, plot, watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa, dan nilai pengajaran.
1) SINOPSIS Lebai Malang menerima undangan menghadiri tiga majlis kenduri
yang berlainan pada hari yang sama. Kendurinya adalah pengebumian orang mati, khatam pengajian, kenduri/berdikir maulud. Sebelum membuat keputusan untuk menghadiri majlis, Pak Lebai berfikir akan habuan yang diterima. Jika menziarahi orang mati akan disedekahkan kain putih dan tikar. Jika ke majlis khatam pengajian akan diberi daging, beras, kelapa dan perut akan kenyang. Jika ke kenduri maulud akan diberi lempeng penganan dan dijamu selera.
Pak Lebai pergi menziarahi jenazah dahulu. Malang menimpa apabila Pak Lebai lewat sampai ketiga-tiga tempat yang mengadakan majlis. Pak lebai mendapat lempeng penganan di majlis maulud. Pak Lebai teringat akan nira kabungnya lalu menyangkut lempeng pada sigai dan memanjat pokok kabung itu. Lempengya dilarikan anjing pula. Pak Lebai mengejarnya dan apabila anjing itu masuk ke dalam lubang, Pak Lebai membuka pakaiannya dan diletakkan di situ. Pak Lebai juga tidak dapat menangkap burung punai. Bajunya juga sudah diambil orang . Lebai malang pulang berbogel dan dimarahi isterinya.
Plot didefinisikan sebagai penceritaan peristiwa berasaskan kepada sebab dan musabab (Forster, 1962:93).
memberi fokus kepada suatu idea utama dalam fikiran watak
kronologi dalam perceritaan - permulaan, pertengahan dan kesudahan (Yahya Ismail, 1973: 53).
PERMULAAN Watak Lebai diperkenalkan Dijemput ke 3 majlis
PERKEMBANGAN / KONFLIK Tidak tahu hendak ke mana Semua majlis telah selesai. Teringat air nira
KLIMAKS Anjing melarikan lempeng
PELERAIAN Dimarah dan dipukul oleh Mak Lebai
TEKNIK PLOT : Dialog dan Suspen
Tema - persoalan utama yang merangkumi aspek tujuan melalui unsur-unsur yang terdiri daripada objek, peristiwa, kejadian dan sebagainya ( Othman Puteh & Ramli Isin 1988;6 ).
Tema- didefinisikan juga sebagai sesuatu yang menjadi buah fikiran utama pengarang dalam sesebuah naratif (cerita).
Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.
TEMA Kegagalan
menggunakan akal fikiran.
PERSOALAN Keikhlasan
melakukan sesuatu.
Kepentingan menepati masa.
Kepentingan menguruskan rezeki dengan bijak.
Aspek latar juga dapat menerangkan suasana dalam teks yang digunakan oleh penulis serta dapat menghubungkaitkan antara tema, plot, watak dan gaya bahasa yang terdapat dalam sesebuah prosa
Terbahagi kepada tiga jenis:- 1) latar masa, 2) latar masyarakat 3) latar tempat
LATAR TEMPAT Kampung - tepi hutan
LATAR MASA 1 hari : pagi ke malam
LATAR MASYARAKAT Tamak ( cth: Lebai Malang ) Cepat marah ( cth : Mak Lebai ) Masyarakat Islam ( cth : penduduk
kampung ) Tidak ikhlas ( cth : Lebai Malang ) Ikhlas ( cth : penduduk kampung )
Aspek watak dan perwatakan terbahagi kepada dua bahagian iaitu watak bulat dan watak leper.
Maksud watak bulat ialah watak yang berkembang atau hidup dan sentiasa menunjukkan reaksi atau peranan dalam pelbagai peristiwa atau situasi
Watak leper ialah watak yang statik.
LEBAI MALANG Terburu - buru Tidak ikhlas Alim Tidak menepati
waktu Panas baran
MAK LEBAI Panas baran Tidak
menghormati suami
Suka memukul suami
Cepat marah
Cara seseorang pengarang itu memindahkan semua unsur bahasa yang dimiliki ke dalam puisi atau karyanya untuk menyerlahkan lagi idea-idea dan pemikirannya.
Unsur-unsur gaya bahasa yang penting dalam karya sastera ialah dialog, monolog, dan monolog dalaman
Klasik - cth: maka, kelakian, hatta, persetua, laki isteri
Arab - cth : khatam, maulud, zuhur Peribahasa : “Kalau secupak, takkan
jadi segantang, rezeki sudah banyak itu.”
Syair : “ Lebai nasib langkahan malang, Ke hulu hilir penat berulang, Celaka sial bedebah jembalang, Pakaian dibuang bertelanjang pulang.”
Nilai Nilai merupakan salah
satu elemen yang terdapat kesusasteraan Melayu. Nilai ini amat penting dalam membentuk sesuatu prosa atau puisi
PENGAJARAN Pengajaran merupakan
teladan yang terdapat dalam sesuatu prosa atau puisi. Ia adalah elemen yang penting dalam kesusasteraan Melayu. Hal ini demikian kerana setiap prosa dan puisi yang dihasilkan dalam kesusasteraan Melayu, ia mempunyai pengajaran dan contoh teladan kepada masyarakat
NILAI Kepercayaan
kepada Tuhan Semangat
kejiranan
PENGAJARAN Kita hendaklah
sentiasa menepati masa
Kita perlu bersabar menghadapi dugaan
Kita perlu berfikiran dan bertindak waras
PERLAKSANAAN KAEDAH STRUKTURAL
Tingkatan : 1Genre : Cerita Jenaka Lebai MalangTajuk : Nilai dan Pengajaran dalam cerita jenaka
‘Lebai Malang’
Masa : 45 minit Objektif: Pada akhir pelajaran ini, pelajar-pelajar dapat : Menyatakan dua nilai dan tiga pengajaran yang
terdapat dalam petikan yang dikaji Menghubungkaitkan antara nilai kemanusiaan dan
pengajaran dalam karya.
HPU prosa : 9.0 Menganalisis nilai kemanusiaan dan
pengajaran dalam karya yang dikaji
HPK :9.2 Menjelaskan nilai kemanusiaan dalam karya
yang dikaji
9.3 Menjelaskan pengajaran dalam karya 9.4 Menghubungkaitkan antara nilai kemanusiaan
yang dikaji dengan pengajaran dalam karya
Pengisian Kurikulum : Ilmu : Pendidikan / Moral dan sivikSosiobudaya : Tanggungjawab masyarakat terhadap
agamaNilai kemanusiaan : tolong-menolong, semangat
kejiranan, dan bersyukur.
Kemahiran bernilai tambah : KP, BCB, KB
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
Set Induksi Teks :
Rencana tentang Cerita Jenaka Lebai Malang.
1. Guru mengemukakan beberapa soalan berkaitan isu-isu semasa yang dipaparkan dalam surat khabar.
2. Guru mengedarkan cerita yang mengandungi rencana tentang perwatakan Lebai Malang dan meminta pelajar meneliti tentang sikap-sikap kebodohan dan nasib yang menimpa Lebai Malang tersebut. (Lampiran1)
3. Pelajar-pelajar menyatakan nilai murni yang terdapat dalam rencana.
4. Guru mengaitkan jawapan murid dangan tajuk pelajaran.
BBM :
Keratan Akhbar
KBT:BCB
Membaca, menganalisis
Langkah 1 Istilah Nilai Kemanusiaan
1. Guru menerangkan istilah nilai kemanusiaan serta contohnya
2. Murid-murid diminta menyenaraikan nilai murni yang terdapat dalam petikan.
OHP:
LCD
KB:
Menyenarai
Langkah 2 Petikan cerita jenaka Lebai Malang
1.Nilai Murni
1. Dua orang pelajar membaca petikan (Lampiran 2)
2. Pelajar lain diminta meneliti petikan yang sama.
3. Pelajar berbincang/mengesan nilai murni dalam petikan dengan bantuan guru.
4. Pelajar menyatakan nilai-nilai yang terkandung dalam petikan
5. Lembaran kerja disediakan. Nilai Murni (Lampiran 3)
Langkah 3 Kerja Berpasangan :
1.Nilai MurniBerdasarkan petikan yang telah disediakan
1. Pelajar-pelajar, secara berpasangan diminta membincangkan petikan yang diberikan.
2. Aspek perbincangan meliputi aspek nilai kemanusiaan
Pelajar lelaki (Petikan 4)
Pelajar Perempuan (Petikan 5)
Lampiran 4
Lampiran 5
Teknik :
Perbincangan
Langkah 4 Pembentangan (Pelajar)
1.Nilai MurniRumusan (Guru dan Pelajar)
1. Beberapa orang pelajar melaporkan dapatan masing-masing
2. Pelajar-pelajar lain digalakkan memberi komen/berbincang
*pelajar bersama-sama guru membuat rumusan nilai kemanusiaan dan pengajaran.
Teknik :
Laporan Soal jawabBBM
OHP
LCD
Rumusan Guru
Langkah 5 1. Pengajaran Aktiviti pengukuhan
1.Pelajar-pelajar menghubungkaitkan nilai kemanusiaan dengan pengajaran yang terdapat dalam karya.2.Pelajar-pelajar menjawab soalan lisan/bertulis (Lampiran 6)
Soalan-soalan
Penutup 1. Kognitif2. Sosial
1. Guru membuat kesimpulan pengajaran.
2. Guru memberi pujian/penghargaan kepada pelajar
3. Aplikasi pengetahuan dalam kehidupan seharian.
Penutup :
Berdoa
• Pelajar dapat memahami topik yang disampaikan dengan lebih mudah dan mendalam.
• Guru juga dapat menyampaikan isi pengajaran dengan lebih mudah dan berkesan tanpa menggunakan bahan bantu mengajar.
• Tidak memerlukan sumber dari segi sejarah, psikologi atau aspek ekstrinsik yang lain seperti persekitaran dan suasana.
• Pendekatan ini memudahkan pelajar menghadapi peperiksaan.
Sesi pengajaran terpaksa dijalankan dalam waktu yang lebih panjang.
Pelajar juga berkemungkinan untuk keliru dengan pengajaran melalui kaedah struktural.
memerlukan nilai instrik yang tinggi.
Kaedah yang digunakan juga lebih sesuai digunakan untuk pelajar yang berada pada peringkat tinggi.
Bagi kaedah struktural, kekuatannya adalah murid dapat menguasai aspek tatabahasa dengan mudah, cepat dan mendalam.
Melalui pengaplikasian kaedah mengajar yang pelbagai, diharapkan dapat menyuburkan minat pelajar dalam pembelajaran.
Objektif pengajaran akan dapat dicapai dengan mudah apabila teknik yang digunakan menarik.
TAJUK:KAEDAH STRUKTURAL
DAN TEKNIK SOAL JAWAB
NAMA AHLI KUMPULAN:SITI KHUZAIFAH BT MAT YASIM 199263NOR SAIDA BT SULAIMAN 199264SITI ALIAH BT ROSLI 199265NUR ERMA SUZIEYANTIE BT TALIB 199386NADIRAH BT HALIM 199517ASMIDA BT MUDA 199511
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan popular digunakan dalam bidang pendidikan dan ini menunjukkan ia adalah satu teknik yang kerap digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan isi pelajaran yang disampaikan
mengesan pengetahuan berbahasa pelajar. mendorong pelajar berfikir dan memudahkan
guru untuk menjelaskan sesuatu topik kepada pelajar khasnya mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.
mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar oleh guru
membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
1. Soalan yang ingin dibentuk itu perlulah tepat, jelas dan ringkas.
2. Melibatkan sebaran ke seluruh kelas 3. Soalan yang dibentuk bersesuaian dengan
bahan pengajaran yang bakal disampaikan4. Guru perlu melayan jawapan pelajar
dengan baik tanpa membuatkan pelajar terasa di diskriminasi atau pilih kasih
5. Pemberian petua dan petunjuk yang secukup kepada pelajar
6. Mempelbagaikan bentuk-bentuk soalan yang ingin disoal
Kami mengunjungi pusara bonda Sunyi pagi disinari suria Wangi berseri puspa kemboja Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi Lalang-lalang tinggi berdiri Dua nisan terkapar mati Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat Mesra kasih bonda menatap Sedang lena di dalam rahap Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu Pernah dulu mengucupi dahiku Kini ku rasakan kasihnya lagi Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan Tiada lagi lalang memanjang Ada doa kami pohonkan Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja menghantar kami Meninggalkan makam sepi sendiri Damailah bonda dalam pengabdian Insan kerdil menghadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan Tiada sama bonda melahirkan Kasih bonda tiada sempadan Kemuncak murni kemuliaan insan
3.0 PELAKSANAAN TEKNIK SOAL JAWAB
3.1 Contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH)Tingkatan : Tingkatan 4
Masa : 80 minit
Tajuk : Nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam sajak Ke
Makam Bonda.
Objektif : Pada akhir pelajaran pelajar-pelajar dapat :
i) Menyatakan nilai kemanusiaan dan pengajaran yang terdapat dalam puisi yang dikaji dengan betul.
ii) Menyenaraikan aspek nilai kemanusiaan dan pengajaran yang tersurat dan tersirat dalam sajak Ke Makam Bonda dengan betul.
iii) Membandingkan nilai dan pengajaran yang positif dan negatif secara tersusun dan tepat dalam sajak Ke Makam Bonda.
HPU : (D) 8.0 Menghuraikan nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam puisi
HPK : 8.1 Menerangkan definisi nilai kemanusiaan dan pengajaran.
8.2 Menghuraikan nilai kemanusiaan dan pengajaran.
8.3 Menghubungkaitkan nilai kemanusiaan dengan pengajaran dalam
puisi yang dikaji.
HHP : Aras 1 :
i) Menyenaraikan nilai kemanusiaan dalam karya yang dikaji
: Aras 2 :i) Mengenal pasti nilai kemanusiaan dalam karya berserta
alasanii) Menjelaskan pengajaran berdasarkan contoh dalam karya
Pengisian kurikulum
Ilmu : Pendidikan
Sosiobudaya : Peranan masyarakat
Nilai kemanusiaan : Kekeluargaan, Kasih sayang dan
pengorbanan
Kemahiran Bernilai Tambah : KP (kecerdasan pelbagai), BCB (belajar
cara
belajar), KB( kemahiran berfikir).
Langkah
pengajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan
Set induksiGuru memaparkan lirik lagu “ Ke Makam Bonda”.
Guru memperdengarkan lagu (nasyid) “Ke Makam Bonda”.
Menayangkan video dan gambar-gambar di kawasan perkuburan
Guru mengemukakan soalan-soalan, contohnya:
1)Berikan sebab kenapa tajuk lagu tersebut ialah
“ke Makam Bonda”?
1)Mengapakan setiap rangkap dalam lagu tersebut terdapat ungkapan
‘bonda”?
2)Apakah gambaran yang jelas dalam fikiran pelajar apabila melihat tayangan
video yang di sediakan?
Guru merumuskan perbincangan kemudian mengaitkannya dengan tajuk
pelajaran dan nilai kemanusiaan dan pengajaran.
OHP :
“Ke Makam Bonda”
( lampiran 1)
BBM /ABM:
Audio
Projektor
Laptop
LCD
Langkah 1 Guru menerangkan istilah nilai kemanusiaan dan pengajaran.
Pelajar diminta untuk mengulas maksud setiap rangkap dalam lagu “ Ke makam
Bonda” mengikut pendapat masing-masing
OHP:
Borang LPG 1
(lampiran 2)
Langkah 2 Guru meminta dua pelajar (seorang pelajar lelaki dan seorang
pelajar perempuan) ke hadapan kelas untuk mendeklamasikan sajak
“ Ke Makam Bonda” di hadapan kelas secara berasingan.
Seterusnya, kedua-dua orang pelajar tersebut diminta untuk
mendeklamasikan sajak sambil menjiwai setiap rangkap dalam sajak
tersebut.
Guru meminta 3 orang pelajar lain untuk menanyakan soalan-soalan
yang berkaitan dengan sajak kepada dua pelajar yang
mendeklamasikan sajak.
Contoh soalan:
1)Mengapakah penyajak merasakan bahawa dirinya tidak mampu
membalas jasa ibunya?
Pelajar-pelajar lain diminta mencatat isi perbualan dan soal jawab
tersebut.
Guru merumuskan perbincangan kemudian mengedarkan petikan
sajak “ Ke makam Bonda” kepada pelajar.
Teknik:
Soal jawab
KBT:
KP
Interpersonal
BCB
Mencatat
Langkah 3 Pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan perbincangan
aspek nilai kemanusiaan dan pengajaran yang tersurat dan
tersirat dalam setiap rangkap lagu “Ke Makam Bonda”.
Kumpulan 1-7
Pelajar-pelajar dalam kumpulan masing-masing:
Menyenaraikan aspek nilai kemanusiaan dan pengajaran
yang tersurat dan tersirat dalam sajak Ke Makam Bonda
dengan betul dalam lembaran yang disediakan
( lampiran 3).
Setiap kumpulan diminta menyediakan bahan laporan
dalam kertas majung untuk aktiviti pembentangan
Petikan:
Lampiran 3
Borang LPG
BCB:
Mencatat
Kertas majung
Langkah 4 Pelajar akan membentangkan hasil perbincangan kumpulan di
hadapan kelas
Pelajar-pelajar dari kumpulan lain mencatat dalam bentuk peta
minda dalam buku nota masing-masing.
KB: Melapor
KP: Interpersonal
Langkah 5 Penilaian / refleksi
Guru mengemukakan beberapa soalan lisan
Contoh: 1. Nyatakan 3 nilai kemanusiaan yang terdapat dalam
rangkap ke-2 dan ketiga sajak” Ke Makam Bonda”?
2. Nyatakan 3 pengajaran yang terdapat dalam
rangkap ke-2 dan ketiga sajak” Ke Makam
Bonda”?
3. Pada pendapat kamu, mengapakah penyajak
sangat merindui ibunya, buktikan?
Soalan pengukuhan / pengayaan
(lampiran 4)
Soal jawab
Lampiran 4
Penutup Pelajar dan guru menyanyikan lagi “ Ke
Makam Bonda” beramai-ramai.
Guru membuat rumusan keseluruhannya
sambil menyatakan nilai-nilai kemanusiaan
dan pengajaran-pengajaran yang boleh
dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian.
Guru menutup sesi pengajaran dengan doa
Rumusan.
Motivasi
KESIMPULAN Teknik soal jawab merupakan salah satu
teknik yang kerap dan paling digemari oleh guru-guru.
mewujudkan interaksi antara guru dengan murid. guru bertanyakan soalan dan murid-murid akan
menjawab soalan tersebut . Setiap soalan mempunyai aras kesukaran tertentu
yang bertujuan untuk menguji tahap kefahaman pelajar. untuk merangsang daya kognitif pelajar agar menjadi
lebih efektif dan berkesan. sewajarnya sebagai seorang guru kita seharusnya
menguasai pelbagai teknik mengajar dalam Kesusasteraan Melayu supaya sifat cinta akan sastera Melayu dapat disuburkan dalam jiwa setiap pelajar.
Recommended