View
161
Download
11
Category
Preview:
DESCRIPTION
TENAGA SOLAR
Citation preview
1
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
1.0 PENGENALAN
Teknologi Hijau sebenarnya merujuk kepada teknologi mesra alam, tidak
mencemarkan dan diperbaharui serta mempunyai nilai kecekapan yang tinggi.Di
antara bidang yang berkaitan dengan teknologi hijau adalah kimia hijau, tenaga,
nanoteknologihijau dan bangunan hijau.Ketika ini di Malaysia, teknologi hijau
merujuk kepada penggunaan tenaga yang cekap dan menjimatkan.
1.1 Definisi
Teknologi Hijau merupakan pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta
sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
1.2 Ciri-ciri Teknologi Hijau
Teknologi hijau merujuk kepada produk, peralatan atau sistem yang memenuhi
kriteria- kriteria berikut:
i. Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran.
ii. Mempunyai pembebasan gas rumah hijau (GHG) yang rendah
atau sifar.
iii. Selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat
dan lebih baik untuk semua kehidupan.
iv. Menjimatkan tenaga dan sumber asli.
v. Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
1.3 Sejarah Teknologi Hijau
Sejarah awal tentang teknologi hijau ini tidak dapat dijumpai dengan tepat. Tetapi
terdapat bukti mengatakan ia digunakan sejak awal abad ke-20 berdasarkan
penggunaan teksi berkuasa elektrik di Manhattan pada tahun 1890. Konsep ini terus
berkembang dari hari ke hari kerana kualiti alam sekitar yang semakin teruk selain
kekurangan tenaga dan bahan mentah semakin ketara.
2
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
2.0 TEKNOLOGI TENAGA SOLAR
Perkataan solar berasal dari Latin Sol atau dikenali sebagai helios yang bermaksud
matahari. Tenaga solar ini adalah satu teknologi yang digunapakai bagi
menghasilkan tenaga daripada cahaya matahari.Matahari adalah pemberian dari
Allah kepada semua makhluk dibumi untuk mendapat manfaat darinya.Di dalam al-
Quran, banyak ayat yang memperkatakan mengenai matahari. Firman Allah
Subhanahu Wata‟ala:
“Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya.”
(Surah Yunus, Ayat 5)
“Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan
Dia menjadikan juga padanya lampu dan bulan yang memberi cahaya.”
(Surah al-Furqan, Ayat 61)
Tenaga matahari telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak
beberapa abad dan telah digunakan secara meluas ketika ketiadaan bekalan tenaga
lain, seperti di kawasan terpencil dan di angkasa lepas. Tenaga matahari sekarang
digunakan dengan meluas dalam sistem pemanasan, generasi elektrik dan
penyahmasinan air laut.
3
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
Tenaga ini sangat penting bagi menyokong kehidupan di bumi ini dengan
membekalkan haba kepada hidupan dan memberikan cahaya kepada bumi.Pada masa
kini, tenaga suria banyak digunakandalam penjanaan tenaga elektrik.Teknologi
penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga solar telah banyak dibangunkan di
negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat.Namun penggunaan tenaga
solar masih amat terhad di Malaysia.Penggunaan tenaga solar yang utama adalah
sistem pemanasan air bersolar di hotel-hotel, industri kecil makanan dan minuman
serta di rumah-rumah golongan kelas pertengahan atas.
Tenaga solar boleh ditukarkan kepada tenaga elektrik melalui dua cara iaitu
alat fotovoltan (PV) atau sel-sel suria dan loji kuasa suria.
2.1 Kaedah Fotovoltan
Kaedah fotovoltan berfungsi dengan menukarkan sinar radiasi daripada matahari
kepada arus elektrik menggunakan semikonduktor.Bahan fotovoltan seperti cadium
telluride dan cooper indium gallium selenide digunakan sebagai sel solar di dalam
panel solar bagi menjana tenaga fotovoltan. Kaedah fotovoltan ini banyak digunakan
dalam teknologi-teknologi yang lain bagi penjanaan tenaga elektrik. Antaranya ialah
satelit dan kereta elektrik.
Sumber: http://infotenaga.blogspot.com/2012/04/tenaga-suria-tenaga-
solar.html#sthash.vApAlakf.dpuf
4
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
2.1.1 Alat Voltan Foto (PV) atau „sel – sel suria‟
Alat Fotovoltan (PV) atau „sel – sel suria‟ menukarkan cahaya
matahari terus kepada tenaga elektrik.Setiap sel suria dikumpulkan menjadi
panel dan susunan panel boleh digunakan secara meluas, dari sel – sel kecil
yang hanya mencas kalkulator dan bateri jam, sehinggalah kepada loji
janakuasa yang merangkumi beberapa ekar.
5
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
Cahaya Matahari mengandungi foton, atau zarah – zarah tenaga
suria.Foton – foton ini terdiri daripada pelbagai jumlah tenaga yang
bergantung kepada perbezaan panjang gelombang cahaya spektrum suria.
Apabila foton mengenai sel suria, ia mungkin dipantulkan semula,
terus menembusi, atau diserap. Hanya foton yang diserap membekalkan
tenaga untuk menjana elektrik. Apabila cukup cahaya Matahari (tenaga) yang
diserap oleh bahan (semikonduktor), elektron akan terkeluar daripada atom
bahan, oleh itu elektron secara semulajadi bergerak menuju ke permukaan.
Apabila elektron meninggalkan kedudukan mereka, ia membentuk
lubang. Apabila banyak elektron yang bercas negatif bergerak menuju ke
permukaan sel, hasilnya ialah berlaku ketidakseimbangan cas antara sel – sel
pada permukaan hadapan dan belakang yang membentuk potensi voltan sama
seperti terminal negatif dan positif sesebuah bateri. Apabila dua permukaan
tersebut disambungkan dengan beban luaran, seperti alatan elektrik, arus
elektrik akan mengalir. (Rujuk lampiran video: http://youtu.be/K76r41jaGJg )
2.2 Loji Pengumpulan Kuasa Suria
Loji pengumpulan kuasa suria menjana elektrik dengan menggunakan haba daripada
pengumpul terma suria untuk memanaskan cecair yang mana akan menghasilkan
stim memberi kuasa kepada generator.
Loji kuasa terma suria menggunakan sinaran matahari untuk memanaskan
cecair ke satu suhu yang amat tinggi. Cecair itu kemudiannnya dialirkan menerusi
paip, oleh itu ia boleh memindahkan habanya kepada air untuk menghasilkan stim.
Stim ditukarkan kepada tenaga mekanikal atau kinetik dalam turbin dan kemudian
kepada elektrik oleh generator yang disambungkan kepada turbin.
6
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
Tenaga terma suria selalunya digunakan untuk memanaskan air yang
digunakan di rumah dan juga kolam renang dan untuk memanaskan bahagian dalam
bangunan („pemanasan ruang‟).
3.0 INOVASI KUMPULAN
Mengagumi kehebatan tenaga solar sebagai tenaga semulajadi, maka projek inovasi
yang dipilih ialah membina lampu jalan di kawasan sekolah yang dikuasakan oleh
tenaga solar.
3.1 Tajuk
Membuat Lampu Jalan Kawasan Sekolah Berasaskan Tenaga Solar. (Rujuk
lampiran video :http://www.youtube.com/watch?v=hD0Fou73dwo )
3.2 Tujuan Penggunaan Kuasa Solar
i. Untuk membuat kesan yang positif terhadap alam sekitar
ii. Untuk membangunkan teknologi hijau dengan menggunakan tenaga
solar untuk mengurangkan pencemaran di seluruh dunia.
iii. Untuk memanfaatkan tenaga solar di kawasan pedalaman yang sukar
dihubungi dengan talian kuasa elektrik.
iv. Untuk mengurangkan penggunaan elektrik di rumah dan pejabat
dengan menggantikan sumber tenaga.
7
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
v. Untuk mendapatkan faedah kewangan sekarang dan pada masa akan
datang
vi. Untuk mendapatkan kemerdekaan tenaga, kebolehpercayaan dan
keselamatan.
3.3 Faedah
i. Menjimatkan kos kerana boleh diintergrasikan berasaskan sumber
tenagasolar.
ii. Jangka hayat lampu LED melebihi 10 tahun;
iii. Pencahayaan adalah 8 kali lebih terang daripada lampu biasa
iv. Mengurangkan pengeluaran gas karbon dioksida kerana lampunya tidak
bertoksin
4.0 PENGHASILAN LAMPU JALAN MENGGUNAKAN TENAGA
SOLAR
Lampu jalan tenaga solar merupakan satu alternatif terbaik untuk menjimatkan
penggunaan tenaga elektrik selain dari mesra alam dan selamat.Lampujalan yang
dibina daritenagasolarmenggunakankuasa yang sangatsedikit.Lampu jalanini
dibangunkan denganpanel solar/solarcellsebagai sumber kuasa.Ia juga
tidakmemerlukan kabelelektrik dan sangatsesuai untuk kawasanyangtiada bekalan
elektrik. Selain itu, penggunaan lampu jalan ini sangat sesuai di kawasan yang
mempunyai kadar penerimaan cahaya matahari yang tinggi. Lebih banyak
pendedahan panel solar terhadap cahaya matahari, lebih banyak tenaga boleh
disimpan.
Walaubagaimanapun, rekaan lampu jalan tenaga solar perlulah mengambil
kira simpanan tenaga yang cukup untuk kekal cerah hingga ke subuh.Maka bateri
perlu digunakan untuk menampung keperluan dalam keadaan cuaca buruk sekurang-
kurangnya untuk tempoh beberapa hari.
Beberapa pertimbanganperlu diberi perhatian untuk membina
lampujalanberasaskanpanel solar/solarcelldan LED:
8
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
i. Daya tahanperantipanel solar/solarcelldan lampuLED
ii. Tanparangkaian kabelelektrik,bersifatmandiri,menggunakan tenaga
matahari
iii. Tidakmerosakkankemudahan denganpenggaliankabel.
iv. Tanparawatan
v. Pemasangansangat mudah.
vi. Mudah alih.
Contoh Lampu Jalan Tenaga SolardenganPanelSolar /SolarCell
http://www.panelsurya.com/index.php/id/-lampu/lampu-led-jalan
Contoh rekaan lampu berasaskan LED yang dikuasakan oleh tenaga
solar untuk pencahayaan kawasan luar bangunan.
Rekaan ini boleh diubahsuai dengan mudah untuk lain-lain bentuk
pemasangan selain dari lekapan dinding.
9
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
4.1 Komponen Lampu
Spesifikasi
1. Panel Solar : 20MP
2. Bateri : 12V 26Ah
3. Controller : 12V 3A
4. Sumber Lampu : 7W, LED
5. Kabel : 2.5mm 2X1
6. Membekalkan tenaga untuk
tempoh 3 hari
Lampu jalan berkuasa suria ini terdiri daripada lima bahagian utama:
i. Panel Suria
Panel suria adalah salah satu bahagian yang paling penting lampu
jalan suria, panel suria akan menukar tenaga suria kepada tenaga
elektrik. Terdapat 2 jenis panel suria: mono-kristal dan poli-kristal.
Kadar penukaran panel suria mono-kristal adalah lebih tinggi
berbanding poli-kristal.
10
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
Solar panel dibina menggunakan unit-unit kecil sel solar
dengan rating 5V, 50mA.
ii. Lekapan Cahaya
LED biasanya digunakan sebagai sumber pencahayaan lampu jalan
suria moden, LED akan menyediakan kecerahan lebih tinggi dengan
penggunaan tenaga yang lebih rendah. Penggunaan tenaga lekapan
LED adalah sekurang-kurangnya 50% lebih rendah berbanding
lekapan SBT yang digunakan secara meluas sebagai sumber lampu
bagi lampu jalan tradisional. LED tidak perlu masa pemanasan turut
membenarkan penggunaan pengesan gerakan untuk kecekapan
tambahan.
11
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
Lampu LED menyala apabila persekitaran menjadi
malap/gelap.Semakin gelap keadaan persekitaran,semakin terang
cahaya lampu.
iii. Bateri Cas Semula
Bateri akan menyimpan elektrik daripada panel suria pada siang hari
dan membekalkan tenaga kepada lekapan pada waktu malam. Kitaran
hayat bateri adalah sangat penting untuk jangka hayat lampu dan
keupayaan bateri akan menjejaskan hari sandaran lampu. Biasanya
ada 2 jenis bateri: Bateri Kitaran Dalam Sel Gel dan Bateri Asid
Plumbum.
iv. Suis Pengawal
Pengawal juga sangat penting bagi lampu jalan suria. Pengawal
biasanya akan membuat keputusan samaada untuk menghidupkan /
mematikan mengecas dan pemasangan lampu. Beberapa pengawal
moden diprogramkan supaya pengguna yang boleh memutuskan masa
yang sesuai untuk mengecaj, pencahayaan dan malap.
v. Tiang
Tiang yang kukuh adalah perlu untuk semua lampu jalan, terutama
untuk lampu jalan suria bagi menampung komponen yang dipasang
pada tiang iaitu pelekapan, panel suria dan kadang kala
bateri.Rintangan angin juga perlu diambil kira apabila memilih jenis
tiang.Kebiasaannya ketinggiantiangadalah antara5mhingga14m.
Manakala jarak antaratiangbermula dari15mhingga 40m. Jarak
antaratiangbergantungketinggiantiang, jenislampu,dan cahayayang
diperlukan.
Setiap lampu jalan boleh memiliki panel fotovoltan sendiri, bebas daripada
lampu jalan yang lain. Juga, beberapa panel boleh dipasang sebagai sumber kuasa
utama di lokasi yang berasingan dan membekalkan kuasa kepada beberapa lampu
jalan.
12
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
4.2 Pemasangan
Rajah di atas menunjukkan sambungan satu set komponen
sistem solar. Setiap komponen dalam sistem tersebut
mempunyai fungsinya masing-masing.
i. Sel suria
13
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
Contoh-contoh di atas adalah sel solar yang boleh diperolehi dengan agak
mudah. Bagi projek rekacipta yang memerlukan rating kuasa yang lebih
tinggi, kombinasi beberapa sel solar boleh disambung secara bersiri, atau
selari bagi membentuk panel solar (solar panel). Teknik ini adalah lebih
sesuai di dalam menghasilkan dimensi dan rating kuasa panel solar yang
menepati keperluan rekacipta anda, berbanding pengunaan panel ready-
made.
Sebelum membina panel, bahagian belakang sel solar disusun dan
ditampal dengan pita pelekat bagi mengelakkan ia bergerak. Sel-sel ini
kemudiannya dilekatkan pada permukaan plat akrilik.
Berfungsi sebagai sumber elektrik.Sebuah sel suria yang
didedahkan di bawah cahaya matahari yang terik boleh menghasilkan 20v
– 23v/ 1.9 – 2.4A (38 – 50 watt) atau lebih kurang 350 watt sehari.
Panel solar harus yang sepadan dengan keperluan rekaan
anda.Pendekatan menghasilkan panel solar sendiri adalah pilihan yang
lebih praktikal.Unit sel solar ini memberikan prestasi lebih baik dimana di
bawah matahari yang terik, ia mampu menjana sekitar 5.13V dan 57mA.
Pelantar panel diperbuat daripada plat akrilik (Acrylic) yang dipotong
menjadi segiempat sama dan digerudi untuk memberikan akses kepada
contact point setiap sel solar.
14
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
Penyambungan wayar kepada setiap sel adalah secara kombinasi
selari dan bersiri.
Panel solar yang telah siap.Sisi solar panel di „rivet‟kan dengan
stok aluminum “L” bar.Bahagian atas solar panel diletakkan
Phototransistor untuk pensuisan dan pengesanan cahaya.Di bawah
sinaran matahari terik, solar panel ini mampu menjana sekitar 2.6 Watt.
(Rujuk lampiran video :
http://www.youtube.com/watch?v=VYupwVhwSo4&feature=player_emb
edded )
ii. Control On/Off
Digunakan sebagai pengawal pengisian bateri dan menghubungkan bateri
dengan beban (inverter).
15
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
Contoh suis Single Pole Double Throw (SPDT).
Contoh litar pengecasan solar yang ringkas.
iii. Bateri
Untuk menyimpan tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sel suria di waktu
siang. Bateri seharusnya mampu untuk menghidupkan lampu LED
selama satu malam.
16
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
Bateri Ni-Mh dan Lead-Acid mempunyai toleransi yang tinggi
terhadap arus pengecasan yang berubah-ubah. Dengan menggunakan
teknik yang dikenali sebagai Trickle Charging, bateri Ni-Mh dan Lead-
Acid dapat dicas dengan selamat (tanpa risiko terlebih cas) tanpa
menggunakan litar kawalan selagi arus pengecasan adalah tidak melebihi
10% rating arus bateri tersebut.
Jika dibandingkan prestasi antara bateri Ni-Mh dan Lead-Acid, bateri
jenis Lead-Acid mempunyai keupayaan kapasiti menyimpan cas yang
lebih tinggi berbanding Ni-Mh. Mengambilkira kesemua faktor ini, bateri
Lead-Acid adalah pilihan paling ideal untuk untuk rekacipta sebegini, dan
tidak hairanlah ia juga digunakan dengan meluas di dalam aplikasi-
aplikasi tenaga solar komersil.
Bateri jenis Ni-Cad dan Li-Ion memerlukan arus dan voltan yang
malar serta litar kawalan pengecasan agar ianya dapat dicas dengan
selamat tanpa risiko terlebih cas (overcharging). Kedua-dua bateri ini
tidak begitu sesuai digunakan untuk aplikasi rekacipta berkaitan solar
kerana keamatan cahaya matahari sentiasa berubah-ubah dan tertakluk
kepada keadaaan cuaca.
17
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
Perumah lampu yang memuatkan litar dan bateri. Kami memilih
bateri Lead-Acid 6V (rating paling rendah dan agak mudah
diperolehi). Rating arus bagi bateri ini adalah 4.5AH (Amp Hour).
Maka ianya dapat dicas melalui teknik Trickle Charging dengan arus
tidak melebihi 450mA ( 10% rating arus bateri).
Nilai voltan dan arus yang dilabelkan di bahagian Charging
Instruction bateri di atas adalah panduan bagi penggunaan litar
pengecasan dari sumber elektrik malar (contohnya pengecas komersil
yang menggunakan bekalan elektrik dari soket dinding) dan tidak
boleh diaplikasikan secara terus untuk konteks Trickle Charging dan
janakuasa tenaga boleh baharu.
iv. Inverter
Untuk mengubah tegangan DC 12V dari bateri menjadi 220 AC.Inverter
yang boleh menghasilkan gelombang sinus adalah lebih baik.
18
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
v. Weather Proofing
Pengkalisan cuacaatauwheather proofingadalahlangkah
tambahan bagi lampu solar yang akan diletakkan di persekitaran yang
terdedah kepada elemen cuaca (seperti hujan, panas dan kelembapan).
Cara paling mudah dan murah adalah dengan menyaluti komponen
eletronik serta menutup segala lubang dan penyambungan dengan
menggunakan hot melt glue / glue gun.
Design Lampu Jalan Tenaga Solar yang mudah & mesra alam iaitu keseluruhan
sistem berada dalam tiang.
19
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
5.0 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN TENAGA SOLAR.
Tenaga suria sudah dibangunakan sehingga Berjaya memberi impak terhadap
kehidupan manusia.Penggunaan teknologi berkuasa tinggi dapat mengatasi
kepupusan sumber asli yang semakin merosot pada masa kini.Tenaga solar Berjaya
menjadi sumber alternative bagi menjana tenaga elekrtik. Malah ia juga dapat
menggantikan sumber petroleum yang digunakan dalam kenderaan.
5.1 Kelebihan Tenaga Suria
20
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
5.2 Kelemahan Tenaga Suria
Dua kelemahan tenaga suria ialah :
i. Jumlah cahaya matahari yang tiba di permukaan bumi tidak tetap. Ia
bergantung kepada lokasi, hari, tahun dan keadaan cuaca.
ii. Disebabkan matahari tidak memancarkan cukup tenaga pada satu tempat
dalam satu masa, satu kawasan yang luas diperlukan untuk
mengumpulkan tenaga pada kadar yang mencukupi untuk menghasilkan
tenaga.
6.0 Kesimpulan
Penggunaan sumber tenaga alternatif mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada
berbagai aspek.Namun dari segi jangkamasa panjang kebaikan-kebaikan dari
penggunaan sumber tenaga alternative ini jauh mengatasi aspek
keburukannya.Penggunaan tenaga ini haruslah digunakan secara terkawal dan
bijaksana.Tenaga alternative seperti tenaga solar ini dilihat sebagai jalan terbaik
untuk menangani krisis tenaga dunia untuk generasi masa hadapan.
21
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
Kesimpulannya, satu sistem pengurusan sumber yang berkesan perlu
dilaksanakan bagi menjamin bekalan dan penggunaan berterusan bagi kegunaan
manusia pada masa hadapan.
22
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
Rujukan
Anderson, Dennis, Ahmed dan Kulsum. (1993). Where we stand with renewable
energy[Electronic Version] Finance and Development.
http://everythingaboutrenewable.blogspot.com/2012/08/solar-street-light-system-pju-
surya.html, diakses pada 3 Nov,2.03am
http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/06/tenaga-yang-boleh-diperbaharui-dan.html
http://infotenaga.blogspot.com/2012/04/tenaga-suria-tenaga-solar.html, diakses pada
3 Nov,1.12am
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/alam-sekitar/4185-teknologi-hijau.html,
diakses pada 2 Nov,5.20pm
http://www.academia.edu/2548559/Pembangunan_Sumber_Tenaga_Yang_Boleh_Di
perbaharui_Mengikut_Perspektif_Islam, diakses pada 12 Okt, 12.08pm
http://www.cpsolarenergy.com/sl1.html, diakses pada 30 Okt, 9.40pm
http://www.rekacipta.net/2011/08/rekacipta-lampu-solar.html, diakses pada 1 Okt,
10.48pm
http://www.st.gov.my, diakses pada 1 Nov, 11.44pm
http://www.youtube.com/watch?v=hD0Fou73dwo, diakses pada 30 Okt,9.24pm
http://www.zulldesign.com.my/produk-dpasaran/lampu-solar.html, diakses pada 1
Okt, 11.00pm
Jauhri P. K. (2005). Encyclopaedia of resource geography volume 2.New Delhi:
AnmolPublications PVT. LTD.
Murtedza Mohamed. (1991). Sumber alam.Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa danPustaka.
Spera, D.A. (2008). Wind turbine technology. Fairfield, NJ (United States): AmericanSociety of
Mechanical Engineers.
23
HBLS 3203 NOR‟AIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206)
LAMPIRAN
Recommended