View
225
Download
7
Category
Preview:
Citation preview
1
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TAJUK : “ HIASI KEHIDUPAN DENGAN AMAL JARIAH”
30 MEI 2014M / 1 SYA’BAN 1435H
____________________________________________________________
.
2
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Khatib memperingatkan diri ini dan sidang jemaah yang dimuliakan
sekalian, marilah kita bersama-sama bertaqwa kepada Allah SWT dengan
sebenar-benar taqwa, agar kita dapat melaksanakan segala perintah-Nya
dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah bersama kita berpegang
kepada tali Allah SWT, yakni dengan menjaga hubungan kita sebagai
hamba-Nya dan juga hubungan sesama insan, agar penyatuan ummah
dapat direalisasikan bermula di dalam rumah Allah SWT yang penuh
barakah ini. Nikmat Islam yang dikecapi dan hamparan luas keamanan
yang kita nikmati selama ini, seharusnya kita syukuri dengan meningkatkan
amal ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha
Pencipta lagi Maha Berkuasa serta menjalin eratkan hubungan kita
sesama manusia. Semoga, hidup kita sentiasa dicucuri rahmat serta
kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT di dalam Surah
Ali-'Imran ayat 103 :
Maksudnya : ″ Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah,
dan janganlah berpecah belah.″
Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk
“HIASILAH KEHIDUPAN DENGAN AMAL JARIAH.”
3
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Kehidupan di dunia ini saling memerlukan antara satu sama lain. Kita tidak
mampu untuk hidup bersendirian kerana kita memerlukan kehidupan
berpasangan, kehidupan berkeluarga dan kehidupan bermasyarakat.
Masyarakat di negara kita berkongsi pelbagai budaya, bangsa, bahasa dan
adat kepercayaan. Kita mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu
ditunaikan dalam kehidupan bermasyarakat. Apabila bercakap mengenai
tanggungjawab sosial ia bermaksud memberi komitmen, sumbangan dan
peranan dalam melaksanakan kewajipan kepada perkara-perkara yang
berkait rapat dengan kehidupan masyarakat sekitar dan persekitaran. Hal
ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan dalam komuniti.
Islam adalah agama yang mencintai keharmonian dan keamanan. Justeru
itu, Islam amat mengambil berat hubungan sesama manusia khususnya
dalam mengeratkan silaturrahim sesama kaum keluarga, saudara mara,
sahabat handai, masyarakat setempat mahupun jiran tetangga.
Sebagai masyarakat majmuk, kita digalakkan memelihara hubungan baik
bukan sahaja sesama Islam, bahkan dengan mereka yang bukan
beragama Islam. Kehidupan bermasyarakat perlu kita harmonikan dan
dijaga dengan baik. Sebarang bentuk bantuan dan pertolongan amat
diperlukan dalam kehidupan seharian, sama ada bantuan daripada yang
berkemampuan kepada yang kurang mampu ataupun bantuan daripada
yang tidak berkemampuan kepada yang mampu. Apapun bentuknya
bukanlah hanya menjurus kepada harta benda dan kewangan, mungkin
juga bantuan tenaga boleh disalurkan. Namun begitu, perlu diingatkan
bahawa setiap bantuan atau pertolongan yang disalurkan haruslah kepada
4
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
perkara yang membawa kebaikan sahaja. Manakala perkara yang
membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran amat ditegah oleh Islam.
Hal ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Maaidah ayat 2 :
Maksudnya : “Dan tolong menolonglah kamu dalam (melakukan)
kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat
dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
sangat pedih siksaan-Nya.”
Islam adalah cara hidup yang lengkap dan mengutamakan aspek
hubungan sesama manusia dalam mewujudkan persaudaraan, perpaduan
dan silaturrahim. Ia agama yang menghubungkan kasih sayang sesama
Islam, saudara, keluarga dan manusia. Dalam menjaga hubungan dengan
Allah SWT, hubungan sesama manusia perlu diperbaiki dan dijaga sebaik
mungkin. Rasulullah SAW ketika ditanya mengenai sikap manusia yang
baik, menjawab dengan sabdanya yang bermaksud : “Orang-orang yang
baik antara mereka ialah orang yang paling bertaqwa kepada Allah,
dan orang yang menjaga hubungan silaturrahimnya sesama keluarga
dan saudara, dan orang yang mengajak kepada kebaikan serta orang
yang melarang kemungkaran.” (Hadis riwayat at-Thabrani).
5
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,
Salah satu amal ibadah yang penting dan dituntut dalam Islam adalah
memberi perhatian dalam soal nikmat rezeki yang dikurniakan Allah SWT,
iaitu dari manakah sumber rezeki itu diperolehi dan kemanakah rezeki
tersebut dibelanjakan. Amal ibadah ini mampu membersihkan kekotoran
kebendaan dan melatih rohani mendapatkan akhlak yang mulia dan tinggi
darjatnya di sisi Allah SWT. Mencari rezeki dengan cara yang halal dan
membelanjakannya dengan jalan yang diredhai Allah SWT adalah tuntutan
dalam Islam. Hal ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Tirmidzi yang membawa maksud : Daripada Ibnu
Mas’ud R.A., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak akan bergerak
tapak kaki Ibnu Adam pada hari Qiamat sehingga dia ditanya tentang
5 perkara, iaitu: umurnya untuk apa dihabiskan, masa mudanya,
kemana dipergunakannya, hartanya daripada mana dia
memperolehinya dan kemana dia belanjakannya, dan ilmunya sejauh
mana dia mengamalkannya”.
Manusia hanya memerlukan sedikit harta untuk memenuhi keperluan hidup
di dunia. Harta benda yang di luar keperluan seseorang adalah harta yang
berlebih. Bagi orang-orang yang beriman, tiada sesuatu pun yang paling
dirindui dan dihajati selain memperolehi keredhaan Allah dan dicintai oleh
Allah SWT. Menurut Profesor Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang
bertajuk ‘Islam Dalam Kehidupan Umatnya’ menyatakan bahawa : orang
yang tujuan hidupnya mencari keredhaan Allah SWT, pasti akan
berbuat kebaikan untuk kepentingan sesama manusia. Antara cara
mendapatkan keredhaan Allah SWT dalam membelanjakan rezeki yang
6
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
diperolehi ialah melalui amal jariah seperti menderma dan bersedekah.
Perkara ini sangat dituntut dan Allah SWT amat menyukai mereka yang
berbuat demikian sebagaimana dijelaskan melalui firmannya dalam surah
al-Baqarah ayat 195:
Yang bermaksud : “Belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana
(menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan
diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil), dan
baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu),
kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya
baik amalannya.”
Membelanjakan harta pada jalan Allah SWT mempunyai pengertian dan
konsep yang luas. Ia meliputi perbelanjaan untuk diri sendiri, perbelanjaan
untuk menyara hidup ahli keluarga serta kaum kerabat seperti penyediaan
makanan, tempat tinggal, perubatan, pendidikan dan sebagainya serta
termasuk juga dalam melaksanakan kewajipan mengeluarkan zakat,
bersedekah atau menghulurkan derma kepada golongan yang
memerlukan. Orang-orang yang membelanjakan harta mereka di jalan
Allah tanpa takut menjadi miskin, akan beroleh rahmat yang menakjubkan
dalam kehidupan mereka. Allah SWT mempunyai rahsia tertentu kepada
7
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
mereka yang membelanjakan harta mereka ke jalan-Nya. Tiada
kekurangan yang akan diperolehi sebaliknya Allah SWT akan
menggantikan serta menambah apa yang telah mereka belanjakan dengan
rahmat dan nikmat di dunia.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 215 :
Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apa yang
harus mereka belanjakan (dan kepada siapakah perlu dibelanjakan)?
Katakanlah : “apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka
berikanlah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak anak yatim, orang-
orang miskin dan orang-orang yang yang terlantar dalam perjalanan. Dan
apa jua yang kamu lakukan daripada perkara kebaikan, maka
sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya (dan akan membalas dengan
sebaiknya baiknya).”
Dan juga firman Allah SWT dalam ayat 39, surah Saba’ :
8
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Yang bermaksud : Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya
Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakki-Nya antara
hamba-hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan bagi mereka; dan
apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan
Dialah sebaik-baik Pemberi Rezeki.”
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
Islam memberi nilai yang lebih terhadap amal yang manfaatnya lebih lama
dan lebih terkesan dalam kehidupan umatnya. Rasulullah SAW pernah
mengungkapkan bahawa keutamaan amal jariah antara semua jenis
kebajikan adalah pahalanya akan tetap mengalir walaupun mereka yang
melakukan amal jariah itu telah meninggal dunia. Sabda Rasulullah SAW
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud :
“Apabila meninggal anak cucu Adam, maka terputuslah amalnya
kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil
manfaatnya oleh manusia dan anak yang soleh yang berdoa
untuknya.”
Menurut Rasulullah SAW, amal jariah sebaik-baiknya berkait langsung
dengan kepentingan masyarakat. Baginda SAW bersabda yang membawa
maksud: “Sesungguhnya amal soleh yang akan menyusul seseorang
mukmin setelah dia meninggal dunia kelak ialah ilmu yang dia ajar
dan sebarkan, anak soleh yang dia tinggalkan, mushaf al-Quran yang
dia wariskan, masjid yang dia bangunkan, rumah tempat singgah
musafir yang dia dirikan, air sungai yang dia alirkan, dan sedekah
yang dia keluarkan di kala sihat dan masih hidup. Semua ini akan
9
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
menyusul dirinya ketika dia meninggal dunia kelak.” (Hadis riwayat
Ibnu Majah dan Baihaqi). Amal jariah itu dapat dikategorikan dalam tiga
bidang pembangunan kehidupan manusia, iaitu pembangunan pendidikan
dan ilmu pengetahuan, pembangunan fizikal dan kebendaan serta
pembangunan rohani dan keagamaan. Besarnya manfaat yang dirasakan
oleh manusia yang menerima amal jariah kita, begitulah juga besarnya
keutamaan dan pahalanya di sisi Allah SWT.
Profesor Dr. Yusuf al-Qardhawi menyatakan : “Kalau kamu muslim mahu
memahami dan memiliki keimanan yang benar serta mengetahui
makna keutamaan fiqh, maka dia akan merasa kebahagiaan yang lebih
besar dan suasana kerohanian yang lebih kuat setiap kali dia dapat
mengalihkan dana ibadah haji (bagi yang pernah menunaikan hal yang
wajib) itu untuk memelihara anak-anak yatim, memberi makan orang-
orang yang kelaparan, memberi tempat perlindungan orang-orang
yang terlantar, mengubati orang-orang sakit, mendidik orang-orang
yang bodoh, atau memberi kesempatan kerja kepada para
penganggur.”
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Harta kekayaan merupakan nikmat kurniaan Allah SWT kepada kita semua
sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Bahkan Islam menggalakkan
umatnya berusaha mencari harta untuk keperluan hidup. Melalui harta
tersebutlah kita mampu menyalurkan bantuan kepada golongan yang
memerlukannya melalui pemberian zakat, derma, sedekah dan sebagainya.
Mencari apa yang ada di dunia dan menyalurkannya untuk mendapat
10
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
ganjaran di akhirat demi meningkatkan keimanan serta kesyukuran kita
kepada Allah SWT.
Firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 77:
Maksudnya : “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah
dikurniakan oleh Allah kepada kamu akan pahala dan kebahagiaan hari
akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan
bekalanmu) daripada dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba
Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu (dengan memberi
nikmat yang melimpah ruah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan
di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
berbuat kerosakan.”
Sehubungan itu, muhasabahlah diri kita adakah kita ini dalam kalangan
mereka yang bersifat pemurah ataupun sebaliknya dalam membelanjakan
harta yang dimiliki. Setiap harta yang ada pada kita merupakan ujian
daripada Allah SWT, sama ada kita mensyukurinya atau tidak. Ingatlah
bahawa harta yang kita miliki itu tidak akan kekal selamanya kerana apabila
sampai masanya, ia mungkin akan berpindah tangan kepada orang lain
atau hilang entah ke mana. Islam mengingatkan kita agar menafkahkan
harta kepada perkara-perkara yang baik dalam meraih nilai ketaqwaan
11
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
yang tinggi di sisi Allah SWT. Jangan berhenti menanam kebajikan dan
membuat perkara baik dalam hidup ini. Itulah sarana yang akan membawa
kita kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Mudah-mudahan Allah
SWT melipatgandakan rezeki kita, menghapuskan dosa kita, menjadikan
kita hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dan menempatkan kita dalam
golongan hamba-hamba-Nya yang soleh. Pada hari ini, kita telah
melangkah ke dalam bulan Sya;ban iaitu satu bulan yang sangat mulia di
sisi Allah SWT dalam taqwim Islam. Marilah kita penuhinya dengan
memperbanyakkan amal ibadah seperti melakukan ibadat puasa sunat,
bersedekah dan sebagainya.
Melalui khutbah yang disampaikan tadi, dapatlah kita membuat kesimpulan:
Pertama : Harta yang diperolehi adalah anugerah rezeki daripada
Allah SWT dan bukan milik kita sepenuhnya.
Kedua : Allah SWT mengurniakan nikmat rezeki melalui
kemewahan supaya kita menggunakannya untuk jalan kebaikan dan jalan
yang diredhai-Nya.
Ketiga : Tolong menolong dan saling membantu adalah sifat mulia
yang harus ditanam di dalam diri setiap insan tidak kira kepada siapa
pertolongan dan bantuan itu hendak disalurkan.
Keempat : Amal jariah seperti bersedekah atau menderma adalah
ibadat yang pahalanya sentiasa mengalir walaupun kita telah meninggal
dunia. Memberi dengan ikhlas kerana Allah, InsyaAllah kita akan
mendapat ganjaran yang lebih dan berlipatganda.
12
بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ
Kelima : Bersyukur atas nikmat kurnia Ilahi dengan menggunakan
harta mengikut keperluan dan menyalurkan yang berlebihan kepada yang
memerlukannya demi kepentingan sesama manusia.
Allah SWT berfirman dalam surah at-Taghaabun ayat 17 hingga 18.
Maksudnya: “Dan jika kamu memberikan pinjaman kepada Allah sebagai
pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipatgandakan
balasannya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan
Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang
berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada
golongan yang bersalah supaya bertaubat). Dialah yang mengetahui
segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dialah jua) Yang maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana.”
Recommended