12
1 ڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو بها جابتن حال إ حمم اسڬا ول ا سمبيلن دار نڬري الوص خصJABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAJUK : HIASI KEHIDUPAN DENGAN AMAL JARIAH30 MEI 2014M / 1 SYA’BAN 1435H ____________________________________________________________ .

TAJUK : HIASI KEHIDUPAN DENGAN AMAL JARIAHekhutbah.ns.gov.my/upload/6032-KHUTBAH JUMAAT - HIASI KEHIDUP… · 1 واروس ناد دجسم نسوروڠڤ نيڬاهب صوصخلاراد

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TAJUK : HIASI KEHIDUPAN DENGAN AMAL JARIAHekhutbah.ns.gov.my/upload/6032-KHUTBAH JUMAAT - HIASI KEHIDUP… · 1 واروس ناد دجسم نسوروڠڤ نيڬاهب صوصخلاراد

1

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TAJUK : “ HIASI KEHIDUPAN DENGAN AMAL JARIAH”

30 MEI 2014M / 1 SYA’BAN 1435H

____________________________________________________________

.

Page 2: TAJUK : HIASI KEHIDUPAN DENGAN AMAL JARIAHekhutbah.ns.gov.my/upload/6032-KHUTBAH JUMAAT - HIASI KEHIDUP… · 1 واروس ناد دجسم نسوروڠڤ نيڬاهب صوصخلاراد

2

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Khatib memperingatkan diri ini dan sidang jemaah yang dimuliakan

sekalian, marilah kita bersama-sama bertaqwa kepada Allah SWT dengan

sebenar-benar taqwa, agar kita dapat melaksanakan segala perintah-Nya

dan menjauhi segala tegahan-Nya. Marilah bersama kita berpegang

kepada tali Allah SWT, yakni dengan menjaga hubungan kita sebagai

hamba-Nya dan juga hubungan sesama insan, agar penyatuan ummah

dapat direalisasikan bermula di dalam rumah Allah SWT yang penuh

barakah ini. Nikmat Islam yang dikecapi dan hamparan luas keamanan

yang kita nikmati selama ini, seharusnya kita syukuri dengan meningkatkan

amal ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha

Pencipta lagi Maha Berkuasa serta menjalin eratkan hubungan kita

sesama manusia. Semoga, hidup kita sentiasa dicucuri rahmat serta

kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT di dalam Surah

Ali-'Imran ayat 103 :

Maksudnya : ″ Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah,

dan janganlah berpecah belah.″

Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk

“HIASILAH KEHIDUPAN DENGAN AMAL JARIAH.”

Page 3: TAJUK : HIASI KEHIDUPAN DENGAN AMAL JARIAHekhutbah.ns.gov.my/upload/6032-KHUTBAH JUMAAT - HIASI KEHIDUP… · 1 واروس ناد دجسم نسوروڠڤ نيڬاهب صوصخلاراد

3

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Kehidupan di dunia ini saling memerlukan antara satu sama lain. Kita tidak

mampu untuk hidup bersendirian kerana kita memerlukan kehidupan

berpasangan, kehidupan berkeluarga dan kehidupan bermasyarakat.

Masyarakat di negara kita berkongsi pelbagai budaya, bangsa, bahasa dan

adat kepercayaan. Kita mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu

ditunaikan dalam kehidupan bermasyarakat. Apabila bercakap mengenai

tanggungjawab sosial ia bermaksud memberi komitmen, sumbangan dan

peranan dalam melaksanakan kewajipan kepada perkara-perkara yang

berkait rapat dengan kehidupan masyarakat sekitar dan persekitaran. Hal

ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan dalam komuniti.

Islam adalah agama yang mencintai keharmonian dan keamanan. Justeru

itu, Islam amat mengambil berat hubungan sesama manusia khususnya

dalam mengeratkan silaturrahim sesama kaum keluarga, saudara mara,

sahabat handai, masyarakat setempat mahupun jiran tetangga.

Sebagai masyarakat majmuk, kita digalakkan memelihara hubungan baik

bukan sahaja sesama Islam, bahkan dengan mereka yang bukan

beragama Islam. Kehidupan bermasyarakat perlu kita harmonikan dan

dijaga dengan baik. Sebarang bentuk bantuan dan pertolongan amat

diperlukan dalam kehidupan seharian, sama ada bantuan daripada yang

berkemampuan kepada yang kurang mampu ataupun bantuan daripada

yang tidak berkemampuan kepada yang mampu. Apapun bentuknya

bukanlah hanya menjurus kepada harta benda dan kewangan, mungkin

juga bantuan tenaga boleh disalurkan. Namun begitu, perlu diingatkan

bahawa setiap bantuan atau pertolongan yang disalurkan haruslah kepada

Page 4: TAJUK : HIASI KEHIDUPAN DENGAN AMAL JARIAHekhutbah.ns.gov.my/upload/6032-KHUTBAH JUMAAT - HIASI KEHIDUP… · 1 واروس ناد دجسم نسوروڠڤ نيڬاهب صوصخلاراد

4

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

perkara yang membawa kebaikan sahaja. Manakala perkara yang

membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran amat ditegah oleh Islam.

Hal ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Maaidah ayat 2 :

Maksudnya : “Dan tolong menolonglah kamu dalam (melakukan)

kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu tolong menolong dalam berbuat

dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah

sangat pedih siksaan-Nya.”

Islam adalah cara hidup yang lengkap dan mengutamakan aspek

hubungan sesama manusia dalam mewujudkan persaudaraan, perpaduan

dan silaturrahim. Ia agama yang menghubungkan kasih sayang sesama

Islam, saudara, keluarga dan manusia. Dalam menjaga hubungan dengan

Allah SWT, hubungan sesama manusia perlu diperbaiki dan dijaga sebaik

mungkin. Rasulullah SAW ketika ditanya mengenai sikap manusia yang

baik, menjawab dengan sabdanya yang bermaksud : “Orang-orang yang

baik antara mereka ialah orang yang paling bertaqwa kepada Allah,

dan orang yang menjaga hubungan silaturrahimnya sesama keluarga

dan saudara, dan orang yang mengajak kepada kebaikan serta orang

yang melarang kemungkaran.” (Hadis riwayat at-Thabrani).

Page 5: TAJUK : HIASI KEHIDUPAN DENGAN AMAL JARIAHekhutbah.ns.gov.my/upload/6032-KHUTBAH JUMAAT - HIASI KEHIDUP… · 1 واروس ناد دجسم نسوروڠڤ نيڬاهب صوصخلاراد

5

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Salah satu amal ibadah yang penting dan dituntut dalam Islam adalah

memberi perhatian dalam soal nikmat rezeki yang dikurniakan Allah SWT,

iaitu dari manakah sumber rezeki itu diperolehi dan kemanakah rezeki

tersebut dibelanjakan. Amal ibadah ini mampu membersihkan kekotoran

kebendaan dan melatih rohani mendapatkan akhlak yang mulia dan tinggi

darjatnya di sisi Allah SWT. Mencari rezeki dengan cara yang halal dan

membelanjakannya dengan jalan yang diredhai Allah SWT adalah tuntutan

dalam Islam. Hal ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang

diriwayatkan oleh Tirmidzi yang membawa maksud : Daripada Ibnu

Mas’ud R.A., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak akan bergerak

tapak kaki Ibnu Adam pada hari Qiamat sehingga dia ditanya tentang

5 perkara, iaitu: umurnya untuk apa dihabiskan, masa mudanya,

kemana dipergunakannya, hartanya daripada mana dia

memperolehinya dan kemana dia belanjakannya, dan ilmunya sejauh

mana dia mengamalkannya”.

Manusia hanya memerlukan sedikit harta untuk memenuhi keperluan hidup

di dunia. Harta benda yang di luar keperluan seseorang adalah harta yang

berlebih. Bagi orang-orang yang beriman, tiada sesuatu pun yang paling

dirindui dan dihajati selain memperolehi keredhaan Allah dan dicintai oleh

Allah SWT. Menurut Profesor Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang

bertajuk ‘Islam Dalam Kehidupan Umatnya’ menyatakan bahawa : orang

yang tujuan hidupnya mencari keredhaan Allah SWT, pasti akan

berbuat kebaikan untuk kepentingan sesama manusia. Antara cara

mendapatkan keredhaan Allah SWT dalam membelanjakan rezeki yang

Page 6: TAJUK : HIASI KEHIDUPAN DENGAN AMAL JARIAHekhutbah.ns.gov.my/upload/6032-KHUTBAH JUMAAT - HIASI KEHIDUP… · 1 واروس ناد دجسم نسوروڠڤ نيڬاهب صوصخلاراد

6

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

diperolehi ialah melalui amal jariah seperti menderma dan bersedekah.

Perkara ini sangat dituntut dan Allah SWT amat menyukai mereka yang

berbuat demikian sebagaimana dijelaskan melalui firmannya dalam surah

al-Baqarah ayat 195:

Yang bermaksud : “Belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana

(menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan

diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil), dan

baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu),

kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya

baik amalannya.”

Membelanjakan harta pada jalan Allah SWT mempunyai pengertian dan

konsep yang luas. Ia meliputi perbelanjaan untuk diri sendiri, perbelanjaan

untuk menyara hidup ahli keluarga serta kaum kerabat seperti penyediaan

makanan, tempat tinggal, perubatan, pendidikan dan sebagainya serta

termasuk juga dalam melaksanakan kewajipan mengeluarkan zakat,

bersedekah atau menghulurkan derma kepada golongan yang

memerlukan. Orang-orang yang membelanjakan harta mereka di jalan

Allah tanpa takut menjadi miskin, akan beroleh rahmat yang menakjubkan

dalam kehidupan mereka. Allah SWT mempunyai rahsia tertentu kepada

Page 7: TAJUK : HIASI KEHIDUPAN DENGAN AMAL JARIAHekhutbah.ns.gov.my/upload/6032-KHUTBAH JUMAAT - HIASI KEHIDUP… · 1 واروس ناد دجسم نسوروڠڤ نيڬاهب صوصخلاراد

7

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

mereka yang membelanjakan harta mereka ke jalan-Nya. Tiada

kekurangan yang akan diperolehi sebaliknya Allah SWT akan

menggantikan serta menambah apa yang telah mereka belanjakan dengan

rahmat dan nikmat di dunia.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 215 :

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apa yang

harus mereka belanjakan (dan kepada siapakah perlu dibelanjakan)?

Katakanlah : “apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka

berikanlah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak anak yatim, orang-

orang miskin dan orang-orang yang yang terlantar dalam perjalanan. Dan

apa jua yang kamu lakukan daripada perkara kebaikan, maka

sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya (dan akan membalas dengan

sebaiknya baiknya).”

Dan juga firman Allah SWT dalam ayat 39, surah Saba’ :

Page 8: TAJUK : HIASI KEHIDUPAN DENGAN AMAL JARIAHekhutbah.ns.gov.my/upload/6032-KHUTBAH JUMAAT - HIASI KEHIDUP… · 1 واروس ناد دجسم نسوروڠڤ نيڬاهب صوصخلاراد

8

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Yang bermaksud : Katakanlah (Wahai Muhammad): “Sesungguhnya

Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakki-Nya antara

hamba-hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan bagi mereka; dan

apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan

Dialah sebaik-baik Pemberi Rezeki.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Islam memberi nilai yang lebih terhadap amal yang manfaatnya lebih lama

dan lebih terkesan dalam kehidupan umatnya. Rasulullah SAW pernah

mengungkapkan bahawa keutamaan amal jariah antara semua jenis

kebajikan adalah pahalanya akan tetap mengalir walaupun mereka yang

melakukan amal jariah itu telah meninggal dunia. Sabda Rasulullah SAW

dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud :

“Apabila meninggal anak cucu Adam, maka terputuslah amalnya

kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil

manfaatnya oleh manusia dan anak yang soleh yang berdoa

untuknya.”

Menurut Rasulullah SAW, amal jariah sebaik-baiknya berkait langsung

dengan kepentingan masyarakat. Baginda SAW bersabda yang membawa

maksud: “Sesungguhnya amal soleh yang akan menyusul seseorang

mukmin setelah dia meninggal dunia kelak ialah ilmu yang dia ajar

dan sebarkan, anak soleh yang dia tinggalkan, mushaf al-Quran yang

dia wariskan, masjid yang dia bangunkan, rumah tempat singgah

musafir yang dia dirikan, air sungai yang dia alirkan, dan sedekah

yang dia keluarkan di kala sihat dan masih hidup. Semua ini akan

Page 9: TAJUK : HIASI KEHIDUPAN DENGAN AMAL JARIAHekhutbah.ns.gov.my/upload/6032-KHUTBAH JUMAAT - HIASI KEHIDUP… · 1 واروس ناد دجسم نسوروڠڤ نيڬاهب صوصخلاراد

9

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

menyusul dirinya ketika dia meninggal dunia kelak.” (Hadis riwayat

Ibnu Majah dan Baihaqi). Amal jariah itu dapat dikategorikan dalam tiga

bidang pembangunan kehidupan manusia, iaitu pembangunan pendidikan

dan ilmu pengetahuan, pembangunan fizikal dan kebendaan serta

pembangunan rohani dan keagamaan. Besarnya manfaat yang dirasakan

oleh manusia yang menerima amal jariah kita, begitulah juga besarnya

keutamaan dan pahalanya di sisi Allah SWT.

Profesor Dr. Yusuf al-Qardhawi menyatakan : “Kalau kamu muslim mahu

memahami dan memiliki keimanan yang benar serta mengetahui

makna keutamaan fiqh, maka dia akan merasa kebahagiaan yang lebih

besar dan suasana kerohanian yang lebih kuat setiap kali dia dapat

mengalihkan dana ibadah haji (bagi yang pernah menunaikan hal yang

wajib) itu untuk memelihara anak-anak yatim, memberi makan orang-

orang yang kelaparan, memberi tempat perlindungan orang-orang

yang terlantar, mengubati orang-orang sakit, mendidik orang-orang

yang bodoh, atau memberi kesempatan kerja kepada para

penganggur.”

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Harta kekayaan merupakan nikmat kurniaan Allah SWT kepada kita semua

sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Bahkan Islam menggalakkan

umatnya berusaha mencari harta untuk keperluan hidup. Melalui harta

tersebutlah kita mampu menyalurkan bantuan kepada golongan yang

memerlukannya melalui pemberian zakat, derma, sedekah dan sebagainya.

Mencari apa yang ada di dunia dan menyalurkannya untuk mendapat

Page 10: TAJUK : HIASI KEHIDUPAN DENGAN AMAL JARIAHekhutbah.ns.gov.my/upload/6032-KHUTBAH JUMAAT - HIASI KEHIDUP… · 1 واروس ناد دجسم نسوروڠڤ نيڬاهب صوصخلاراد

10

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

ganjaran di akhirat demi meningkatkan keimanan serta kesyukuran kita

kepada Allah SWT.

Firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 77:

Maksudnya : “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah

dikurniakan oleh Allah kepada kamu akan pahala dan kebahagiaan hari

akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan

bekalanmu) daripada dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba

Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu (dengan memberi

nikmat yang melimpah ruah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan

di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang

berbuat kerosakan.”

Sehubungan itu, muhasabahlah diri kita adakah kita ini dalam kalangan

mereka yang bersifat pemurah ataupun sebaliknya dalam membelanjakan

harta yang dimiliki. Setiap harta yang ada pada kita merupakan ujian

daripada Allah SWT, sama ada kita mensyukurinya atau tidak. Ingatlah

bahawa harta yang kita miliki itu tidak akan kekal selamanya kerana apabila

sampai masanya, ia mungkin akan berpindah tangan kepada orang lain

atau hilang entah ke mana. Islam mengingatkan kita agar menafkahkan

harta kepada perkara-perkara yang baik dalam meraih nilai ketaqwaan

Page 11: TAJUK : HIASI KEHIDUPAN DENGAN AMAL JARIAHekhutbah.ns.gov.my/upload/6032-KHUTBAH JUMAAT - HIASI KEHIDUP… · 1 واروس ناد دجسم نسوروڠڤ نيڬاهب صوصخلاراد

11

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

yang tinggi di sisi Allah SWT. Jangan berhenti menanam kebajikan dan

membuat perkara baik dalam hidup ini. Itulah sarana yang akan membawa

kita kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Mudah-mudahan Allah

SWT melipatgandakan rezeki kita, menghapuskan dosa kita, menjadikan

kita hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dan menempatkan kita dalam

golongan hamba-hamba-Nya yang soleh. Pada hari ini, kita telah

melangkah ke dalam bulan Sya;ban iaitu satu bulan yang sangat mulia di

sisi Allah SWT dalam taqwim Islam. Marilah kita penuhinya dengan

memperbanyakkan amal ibadah seperti melakukan ibadat puasa sunat,

bersedekah dan sebagainya.

Melalui khutbah yang disampaikan tadi, dapatlah kita membuat kesimpulan:

Pertama : Harta yang diperolehi adalah anugerah rezeki daripada

Allah SWT dan bukan milik kita sepenuhnya.

Kedua : Allah SWT mengurniakan nikmat rezeki melalui

kemewahan supaya kita menggunakannya untuk jalan kebaikan dan jalan

yang diredhai-Nya.

Ketiga : Tolong menolong dan saling membantu adalah sifat mulia

yang harus ditanam di dalam diri setiap insan tidak kira kepada siapa

pertolongan dan bantuan itu hendak disalurkan.

Keempat : Amal jariah seperti bersedekah atau menderma adalah

ibadat yang pahalanya sentiasa mengalir walaupun kita telah meninggal

dunia. Memberi dengan ikhlas kerana Allah, InsyaAllah kita akan

mendapat ganjaran yang lebih dan berlipatganda.

Page 12: TAJUK : HIASI KEHIDUPAN DENGAN AMAL JARIAHekhutbah.ns.gov.my/upload/6032-KHUTBAH JUMAAT - HIASI KEHIDUP… · 1 واروس ناد دجسم نسوروڠڤ نيڬاهب صوصخلاراد

12

بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراوخصوصالنڬري سمبيلن دار ول اڬام اسالمحجابتن حال إ

Kelima : Bersyukur atas nikmat kurnia Ilahi dengan menggunakan

harta mengikut keperluan dan menyalurkan yang berlebihan kepada yang

memerlukannya demi kepentingan sesama manusia.

Allah SWT berfirman dalam surah at-Taghaabun ayat 17 hingga 18.

Maksudnya: “Dan jika kamu memberikan pinjaman kepada Allah sebagai

pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipatgandakan

balasannya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan

Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang

berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada

golongan yang bersalah supaya bertaubat). Dialah yang mengetahui

segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dialah jua) Yang maha Kuasa, lagi

Maha Bijaksana.”