View
5.513
Download
8
Category
Preview:
Citation preview
Soalan Tatabahasa 16
Bahasa Melayu
UPSR
Kerja-kerja ________ bangunan bersejarah itu dijalankan oleh Syarikat Teguh Sdn. Bhd.
A penyelenggaraan B pengurusan C pengelolaan D penyusunan
Pekerja-pekerja itu hilang mata ________ setelah kilang tempat mereka bekerja hangus terbakar semalam
A pekerjaan B pencarian C perolehan D pendapatan
Nek Jah terpaksa menjalani ______ mata di hospital dua kali sebulan selama enam bulan.
A pemeriksaan B pembacaan C penglihatan D pengiraan
________ beliau tentang sistem ejaan Bahasa Melayu amat luas walaupun beliau orang asing.
A Pengetahuan B Pengalaman C Pengukuhan D Pengajaran
________ penduduk di situ untuk memiliki rumah sendiri dijangka akan berakhir tidak lama lagi.
A Penungguan B Penglihatan C Penjelmaan D Penantian
_________ Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur akan dirasmikan oleh Perdana Menteri.
A Pertemuan B Perjumpaan C Percakapan D Persidangan
________ ke atas mereka sepanjang berada dalm tahanan pihak musuh tidak terperi lagi kejamnya.
A Penganiyaan B Penyeksaan C Penderitaan D Penyusahan
________ antara ayah dan ibu berkisar tentang persiapan majlis perkahwinan kakak saya.
A Perbualan B Perkataan C Perdebatan D Percakaran
“Orang yang degil memang patut diberikan sedikit _______ agar mereka sedar,” kata Rozana dengan geram
A pelajaran B pengajaran C pendidikan D pengetahuan
Helikopter itu _________ terhempas dan usaha mencari dan menyelamat sudah dimulakan
A diragui B diingati C difahami D dikhuatiri
________ sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-56 masih lagi dirasai oleh rakyat Malaysia dan pelancong asing.
A Kebaikan B Kesukaan C Keriangan D Kehangatan
Ibu bapa yang sering _______ segala kemahuan anak mereka adalah satu tindakan yang kurang baik
A meragui B menuruti C mentaati D mengikuti
_________pada tiang pintu gerbang itu sungguh halus dan berseni
A Tulisan B Ukiran C Corakan D Lukisan
Saya akan _______ isi hati saya yang terpendam selama ini kepada guru kelas.
A suarakan B bisikkan C luahkan D katakan
Nelayan-nelayan itu berasa lega kerana mendapat ______ pampasan bagi bot mereka yang rosak akibat tsunami.
A huluran B bayaran C bantuan D sokongan
Siti tidak menghiraukan ________ Ahmad kerana hatinya telah terluka.
A paksaan B rayuan C desakan D seruan
Bunyi _______ saksafon itu sungguh mempesonakan para penonton yang ada di dewan itu.
A paluan B tiupan C petikan D gesekan
Kelarai ialah seni ______ yang terkenal dalam kalangan orang Melayu.
A anyaman B sulaman C tekatan D ukiran
“_______ segala kerja yang saya beri sebelum kamu semua pulang,” kata Cikgu Ahmad kepada murid-murid kelas itu.
A Lakukan B Kerjakan C Usahakan D Sudahkan
“Bolehkan saudara ______ kepada saya rumah Mak Cik Siti bidan?” tanya Ahmad kepada pemuda itu.
A gambarkan B tunjukkan C jelaskan D arahkan
Askar-askar itu sentiasa bersedia dan akan mengikut segala ________ ketua mereka.
A aturan B ajakan C arahan D pimpinan
_______ drama itu naik geram dengan sikap pelakon-pelakon baharu yang kurang berdisiplin.
A Pemilik B Pengurus C Penonton D Pengarah
Kami tidak terkejut ______ berita pasukan Malaysia menang kerana sudah menjangkanya dari awal.
A melihat B menonton C mendengar D memerhati
Siti _______ kerana terkejut apabila Marlia menyergahnya ketika dia sedang asyik membaca buku cerita seram.
A meraung B memekik C melompat D menjerit
Penduduk Kampung Maju Jaya bergilir-gilir _______ kawasan kampung mereka pada setiap malam untuk mencegah kejadian jenayah.
A menjaga B meronda C menyelia D mengawas
“Cuba ______ jiwa mereka dahulu sebelum awak mengambil sebarang tindakan,” kata guru besar kepada Cikgu Ahmad.
A masuki B dalami C selami D alami
Hujan yang _______ telah mengaburi pandanganku ketika memandu kereta.
A menitis B menitik C merintik D mencurah
Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor berbangga dengan ______ sekolah itu dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
A peningkatan B pemantapan C pencapaian D perubahan
Pendatang tanpa izin itu lari ______ untuk melepaskan diri apabila diserbu oleh pihak imigresen.
A berkejaran B berserakan C berkeliaran D bertempiaran
Pihak peguam bela sedang _______ saksi pendakwa dalam perbicaraan kes bunuh itu.
A menyoal balas B menyoal siasat C menyoal jawab D menyoal selidik
Recommended