View
843
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
INSTITUT
PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPISKERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PROGRAM
PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH)
NAMA PELAJAR : NOR HAZIRAH BINTI MOHAMMAD NASIR870504-29-5308
KUMPULAN / UNIT : PRA / MU / BM / BINAMA INSTITUT : INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN
AFZANNAMA PENSYARAH : ENCIK MOHAMAD RAHIMTARIKH SERAHAN : 10 FEBRUARI 2007
HALAMAN JUDUL
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH)
JABATAN KAJIAN SOSIALINSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPIS, PAHANG
PENGHARGAAN
2
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…
ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KAMI KE HADRAT ILAHI KERANA
DENGAN LIMPAH IZIN DAN KURNIANYA DAPAT JUGA KAMI MENYIAPKAN
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH
SARJANA MUDA PENDIDIKAN INI DENGAN JAYANYA.
UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA PENSYARAH
YANG BANYAK MEMBERIKAN DORONGAN DAN TUNJUK AJAR KEPADA KAMI
DALAM PROSES MENYIAPKAN TUGASAN INI. INPUT – INPUT YANG BERNAS
DAN BERGUNA DARIPADA BELIAU BANYAK MEMBANTU KAMI SEPANJANG
PROSES MENYIAPKAN TUGASAN INI.
TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA JUGA KAMI UCAPKAN KEPADA
AHLI KELUARGA ATAS BANTUAN KEWANGAN DAN SOKONGAN MORAL
DALAM MENYIAPKAN TUGASAN INI. DORONGAN DARIPADA AHLI KELUARGA
BANYAK MEMBANTU KAMI UNTUK MENYIAPKAN TUGASAN INI.
AKHIR SEKALI, TERIMA KASIH JUGA KAMI UCAPKAN BUAT TEMAN –
TEMAN SEKELAS YANG BANYAK MEMBANTU DAN MENCURAH IDEA DALAM
MENYIAPKAN TUGASAN INI DENGAN SEPENUHNYA. TERIMA KASIH BUAT
SEMUA..
WASSALAM…
HALAMAN PENGAKUAN
3
“ SAYA AKUI BAHAWA KARYA INI ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI KECUALI NUKILAN DAN RINGKASAN YANG TIAP – TIAP SATUNYA TELAH SAYA
JELASKAN SUMBERNYA.”
TANDATANGAN :
NAMA PENULIS : NOR HAZIRAH BINTI MOHAMMAD NASIR870504-29-5308
TARIKH :
SENARAI KANDUNGAN
4
ISI KANDUNGAN
1.0 HALAMAN JUDUL
2.0 AKUAN PELAJAR
I. PELAJAR 1II. PELAJAR 2
3.0 PENGHARGAAN 4.0 SOALAN TUGASAN
5.0 PENGENALAN
6.0JENIS DAN BENTUK WAYANG KULIT DI MALAYSIA
I. WAYANG KELANTANII. WAYANG MELAYU
III. WAYANG GEDEKIV. WAYANG PURWO
7.0 PERBEZAAN YANG TERDAPAT ANTARA SETIAP JENIS WAYANG KULIT
I. BENTUK PATUNG II. MUZIK WAYANG KULIT
III. DALANG
8.0PROSES MEMBUAT PATUNG WAYANG KULIT
I. KULIT LEMBU DI JEMUR UNTUK DIKERINGKANII. KULIT LEMBU DITEBUK DENGAN MENGGUNAKAN LINGKARAN
KERTASIII. BULUH , TALI DAN PEWARNA
9.0SUSUNAN PEMAIN DAN ALAT MUZIK DALAM PANGGUNG WAYANG KULIT
10.0 WAYANG KULIT DI INDONESIA
11.0 TOKOH WAYANG KULIT
5
I. PERIBADIII. PENDIDIKAN DAN PENGLIBATAN AWAL
III. MINAT DAN DORONGANIV. HASIL PERSEMBAHANV. PENGHARGAAN / PENGIKTIRAFAN / ANUGERAHVI. KEBOLEHAN LAIN
12.0 CD MP3 MUZIK WAYANG KULIT
13.0 KESIMPULAN
14.0 BIBLIOGRAFI
15.0 JADUAL PERLAKSANAAN TUGASAN
16.0 LAMPIRAN
6
WAYANG
7
KULIT
MP3 MUZIK WAYANG KULIT
8
Menurut WIKIPEDIA ,Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang
yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing).
Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka.Ia
merupakan seni tradisional Asia Tenggara merangkumi Malaysia dan Indonesia, yang
terutama berkembang di Jawa dan disebelah timur semenanjung Malaysia seperti di
Kelantan dan Trengganu.
Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-
tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga
dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden.Dalang memainkan wayang kulit di
balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan
lampu eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton yang berada disebelah
berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada ke kelir. Untuk dapat
memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-
tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar.Wayang kulit lebih popular di Jawa
bahagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih sering dimainkan di Jawa
Barat.
9
PENGEN
ALAN
Sesuatu bangsa yang bertamadun ditakrifkan menerusi paparan kesenian
yang tinggi dan dijelmakan dalam pelbagai manifestasi seperti seni lukis, seni pentas,
11
seni muzik, seni sastera, seni filem dan seumpamanya. Secara umum seni boleh
difahamkan sebagai sesuatu yang halus, elok, cantik, menusuk jiwa dan memuaskan
pancaindera
Wayang kulit adalah seni tradisional Indonesia, yang terutama
berkembang di Jawa dan disebelah timur semenanjung Malaysia seperti di Kelantan
dan Terengganu. Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi
narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh musik gamelan yang dimainkan
sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. Dalang
memainkan wayang kulit di balik kelir, yaitu layar yang terbuat dari kain putih,
sementara di belakangnya disorotkan lampu listrik atau lampu minyak (blencong),
sehingga para penonton yang berada di sisi lain dari layar dapat melihat bayangan
wayang yang jatuh ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang(lakon), penonton
harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di
layar.Wayang kulit lebih populer di Jawa bagian tengah dan timur, sedangkan wayang
golek lebih sering dimainkan di Jawa Barat.
Wayang kulit ialah aktiviti di mana patung, objek atau bahan digerakkan
serentak dengan skrip yang dibaca atau skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan
yang diceritakan. Kita boleh menggunakan berbagai-bagai jenis patung yang
melambangkan watak-watak tertentu. Aktiviti ini menggunakan gerak-geri, patung, dan
gambar. Bunyi-bunyian boleh juga digunakan.
12
Mengikut Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), wayang
ialah patung dan lain-lain yang dibuat daripada kulit dan lain-lain untuk
mempertunjukkan sesuatu cerita. Patung-patung wayang kulit boleh berbentuk
manusia, haiwan, dan objek-objek lain yang digeraklakonkan mengikut watak, situasi
atau cerita tertentu. Patung ini dapat dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas
tebal. Biasanya patung ini nipis dan berbentuk dua dimensi.
Pemain wayang kulit menggunakan dialog sesuai dengan watak patung
berkenaan. Suara latar, muzik, atau bunyi-bunyi tertentu diadakan bagi mengiringi
pergerakan patung itu.
i) Wayang Kelantan (disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan dan berasas
kepada pengaruh Patani).
ii) Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruh Jawa)
iii) Wayang Purwo (disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit dengan dengan
bahasa Melayu tempatan).
iv) Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan bahasa Melayu
loghat tempatan).
Dari keempat-empat jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati di
Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur, yang ketiga terdapat di bahagian Selatan
Pantai Barat Semenanjung terutamanya di Johor dan yang keempat terdapat di negeri
Kedah, Perlis dan beberapa negeri utara Pantai Barat Semenanjung.
13
Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di
Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau Patani
(Selatan Thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah mengalami
perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks masyarakat tempatan.
Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit pada dasarnya merupakan satu alat
perhubungan masyarakat di samping satu rupa pengutaraan kesenian
Pada asasnya, aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak masih lagi
mengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan-adegan kelakar
'comic relief' yang sering terdapat di sepanjang cerita wayang kulit itu, ianya jelas
mengemukakan unsur-unsur tempatan dari segi bahasa dan juga peristiwa-peristiwa
yang digambarkan. Oleh itu, wayang kulit sebenamya boleh dinikmati (hayati) dalam
dua peringkat. Kedua-duanya mempunyai peranan yang penting.
14
JENIS DAN
BENTUK WAYANG KULIT
15
DI MALAYS
IAA. WAYANG KELANTAN
Pengenalan
16
Jenis wayang kulit ini dahulunya dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana
pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam.
Walaubagaimanapun, ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk ke
Kelantan melalui Patani. Wayang ini tersebar dengan meluas di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia.
Isi Cerita
Cerita yang dimuat dalam wayang ini berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama.
Hikayat Seri Rama merupakan himpunan cerita yang disadur dari epik Ramayana
tradisi India.
Watak utama wayang Kelantan Laksamana & Seri Rama
17
Wayang Kelantan
Patung-Patung
Ukiran hiasan patung-patung wayang ini menunjukkan banyak persamaan dengan
patung-patung Patani. Ia diukir dalam bentuk mengiring dan kebanyakkannya berdiri di
atas kenderaan. Dari segi pergerakan mekanikal, hanya tangan di sebelah hadapan
yang dapat bergerak sambil memegang alat senjata atau kebesaran lain.
Alat Muzik
Alat-alat muzik wayang tersebut terdiri dari sebatang serunai, sepasang gedombak,
sepasang geduk, sepasang gong (tetawak), sepasang kesi, sebiji mong dan canang.
Bahasa
Bahasa pengantar dalam teater tradisional ini ialah dialek Melayu Kelantan yang
mempamerkan pengaruh Patani.
B. WAYANG MELAYU
18
Pengenalan
Wayang jenis ini terdapat di Pantai Timur, terutama Kelantan dan Terengganu. Walau
bagaimanapun, bilangannya amat terhad.
Wayang Melayu
Isi Cerita
Cerita Wayang Melayu berdasarkan episod-episod dari epik Mahabharata, terutamanya
cerita Pendawa Lima. Wayang ini juga dipengaruhi oleh cerita Panji.
Patung-Patung
Dari segi pergerakan, ia menunjukkan persamaan dengan wayang purwo iaitu boleh
digerakkan kedua-dua belah tangan patung. Patung wayang ini senang untuk
dikenalpasti mengikut kedudukan kepala. Patung berwatak baik biasanya
menundukkan kepala ke bawah dan bentuk tubuhnya adalah kecil serta elok. Patung
berwatak kasar dan sombong lazimnya berhidung besar serta mendongak ke atas.
Alat Muzik
Alat muziknya terdiri dari sebatang rebab, enam biji canang, dua biji gong
besar, satu biji mong, dua biji gendang dan sepasang kesi.
19
Bahasa
Cerita ini disampaikan dalam bahasa Jawa di samping diselitkan dialek
Melayu tempatan.
C. WAYANG GEDEK
20
Wayang gedek
Pengenalan
Wayang Gedek tersebar di bahagian Utara Pantai Barat Malaysia, terutamanya Kedah
dan Perlis. Wayang ini dimainkan oleh orang MeIayu dan juga Siam tempatan. Ia
dipercayai berasal dari sejenis wayang kulit siam yang dikenali sebagai Nong Talung
dan sebab inilah patung serta alat muziknya mahupun corak paluannya mirip Siam.
Isi cerita
Isi cerita wayang Gedek mempunyai banyak persamaan dengan Nong Talung. Walau
bagaimanapun, berlaku beberapa pengubahsuaian dalam wayang ini yang
menyaksikan penerapan unsur-unsur setempat. Cerita Wayang Gedek banyak
diselitkan babak-babak cerita yang popular pada masa kini.
Patung-Patung
Secara umumnya, ia menunjukkan pengaruh Nong Talung baik dari segi ukiran,
pakaian, hiasan dan seumpamanya. Patung-patung wayang ini diukir mengadap ke
hadapan.
Alat Muzik
Alat muzik wayang ini terdiri daripada sepasang gedombak, sepasang gong, sepasang
kerincing, sebiji geduk dan sebatang serunai.
Bahasa
Biasanya wayang ini disampaikan sama ada dalam loghat Siam mahupun dialek
Melayu Kedah.
21
Babak dalam wayang gedek
D. WAYANG PURWO
Pengenalan
Wayang ini terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat, terutamanya Johor dan
dimainkan oleh penduduk keturunan Jawa.
22
Wayang Purwo
Isi Cerita
Cerita wayang ini berdasarkan cerita Pendawa Jawa yang disadur dari epik
Mahabharata India. Begitupun, ceritanya tidak memperlihatkan pengaruh cerita panji.
Patung-Patung
Secara keseluruhan patung-patung ini menyerupai patung wayang kulit Kelantan.
Perbezaan yang nyata adalah dari segi bentuk mata patung, iaitu mata Jaitan untuk
watak pahlawan, mata pepelangan untuk watak jahat dan mata prebes untuk watak
pertapa.
Alat Muzik
Alat Muzik wayang purwo berbeza dengan wayang lain kerana terdiri dari sebiji gong
besar (agong), sebiji gong suwukan, satu set gambang, lima biji kempul, lima biji
kenong, dua set gonder, satu slentem, satu set saron, satu set peking (saron penerus),
satu set ketok/kompang, satu batang rebab dan satu biji gendang. Oleh itu, nada yang
mengiringi persembahan wayang ini juga berlainan.
23
Bahasa
Wayang ini disampaikan dalam bahasa Jawa namun dialek Melayu tempatan juga
diselitkan dalam dialog cerita.
Dalang dan pemain alat muzik dalam persembahan wayang kulit purwo
24
PERBEZAAN YANG TERDAP
AT ANTARA
25
SETIAP JENIS
WAYANG KULIT
a. Bentuk Patung
Patung dari jenis wayang kulit yang berpengaruh Jawa mempunyai kedua sendi tangan
dan dapat digerakkan tetapi pada patung wayang kulit Kelantan hanya sendi sebelah
hadapan patung itu sahaja yang digerakkan. Watak patung-patung utama dalam
wayang kulit Kelantan selalunya dikemukakan terletak di atas satu rupa kenderaan
kenaikan seperti naga, ular dan buaya. Sebaliknya, ciri ini tidak terdapat dalam patung-
patung wayang kulit Jawa. Hampir keseluruhan patung wayang kulit dipersembahkan
26
dalam kedudukan mengiring. Hanya patung wayang gedek sahaja yang terdapat
patungpatungnya dibentuk berhadapan. Pada keseluruhannya hampir semua patung-
patung wayang kulit yang berpengaruh Jawa dan Thai mengekalkan ciri-ciri asalnya
dari segi pakaian, tudung kepala dan peralatan-peralatan senjata tetapi di mana
terdapat watakwatak tempatan di dalam cerita segala ciri-ciri tempatan digunakan.
Sebagai contohnya watak-watak tempatan seperti Wak Long, Pak Dogol, Mahasiko
(wayang Kelantan); Semar dan Cemuras/Turas (wayang Melayu) bukan sahaja
melambangkan perwatakan tempatan tetapi pembentukan patungnya juga terkeluar
dari kelaziman pembentukan patung-patung yang lain..
HANUMAN MAHARAJA WANA
27
PAK DOGOL WAK LONG
SERI
RAMA
SERI
DEWI
28
LAKSAMANA
b. Muzik Wayang Kulit
Wayang Kelantan dan wayang gedek adalah diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan
dan sebatang serunai. Wayang Melayu pula diiringi oleh kumpulan muzik paluan
tradisional dan rebab manakala wayang purwo diiringi oleh satu kumpulan gamelan.
RAMAYANA MAHABHARATA BHARATAYUDA
29
c. Dalang
Semua dalang dalam setiap jenis persembahan wayang kulit adalah dibantu oleh dua
orang yang dipanggil pengantin melainkan dalam wayang gedek.
30
PROSES MEMBU
AT 31
PATUNG WAYANG KULIT
Dalang merupakan orang yang bertanggungjawab dalam membuat patung wayang kulit
yang ingin dipersembahkan. Seorang dalang perlu mempunyai kreativiti dan kepintaran
dalam membuat watak-wataknya sendiri dan setiap watak yang dihasilkan itu
seharusnya mempunyai seni reka bentuk yang menarik dan sesuai untuk dipadankan
dalam cerita yang ingin dipersembahkan. Antara proses untuk membuat patung wayang
kulit ialah :
32
1) Kulit lembu dijemur untuk
dikeringkan
Kulit lembu atau kambing yang telah dibersihkan akan direndam ke dalam air campuran
garam, lada, lengkuas dan serai untuk beberapa hari dan kemudian dijemur
menggunakan pacang di penjurunya. Setelah dipastikan kulit tersebut telah benar-
benar kering dan tidak berbau, bulu-bulu yang terdapat pada kulit yang telah kering itu
akan dikikis menggunakan kepingan kaca sehingga bersih.
33
2) Kulit ditebuk dengan
menggunakan lingkaran kertas.
Kertas yang telah siap dilukis dengan wajah dari watak wayang kulit akan ditekapkan ke
atas kulit yang telah dibersihkan. Di sinilah terletaknya kreativiti dan kewibawaan
seorang dalang untuk membentuk patung wayang kulit mengikut watak yang ingin
dipersembahkan.Setiap lorekan dan garis lubang yang ditebuk mempunyai fungsinya
yang tertentu dan watak-watak yang dihasilkan mempunyai identiti estatika yang
tersendiri.
3) Buluh, tali dan pewarna.
Buluh sebagai bahan penyadang diraut rapi dan diikat menggunakan tali kepada kulit
yang telah siap ditebuk. Tali digunakan untuk membuat gerakan pada bibir, tangan dan
lain-lain anggota yang diperlukan pada patung tersebut. Tali ini akan diikat apabila
patung tersebut telah siap diwarnakan mengikut watak yang digambarkan melalui
34
cerita-cerita tertentu. Warna yang biasa digunakan ialah dari bahan dye fabrik dan cat
air. Kerja-kerja mewarnakan patung wayang kulit ini memerlukan kreativiti, bakat dan
kesabaran yang jitu.
SUSUNAN PEMAIN
DAN ALAT MUZIK
35
B & C - Penunjuk Patung
6 - Kesi
7 - Geduk Ibu
8 - Geduk Anak
9 – Canang
10 - Pemain Gong
A - Tok Dalang
1 - Serunai
2 - Gendang Ibu
3 - Gendang Anak
4- Gedombak Ibu
5 - Gedombak Anak
DALAM PANGGUN
G WAYANG
KULITPETUNJUK
36
PERSEMBAHAN
37
WAYANG
38
KULIT
Persembahan wayang kulit terbahagi kepada muzik, percakapan dan gerakgeri.
Lazimnya semasa patung-patung bercakap semua iringan muzik terhenti. Pada masa
patung-patung bercakap hanya sedikit pergerakan boleh didapati dan ini dilakukan
melalui pergerakan sendi tangan patung yang bercakap. Sebaliknya, apabila patung-
patung itu digerakkan samada dalam perjalanan, peperangan atau lain-lain maka
iringan muzik segera membantu membina suasana pergerakan itu.
Pandangan di belakang kelir
Panggung wayang kulit dibina daripada tiang-tiang kayu dengan dinding dan
atap dibuat daripada rumbia atau nipah. Lazimnya panggung ini dibina tiga
atau empat kaki daripada tanah dan merupakan satu pondok yang boleh
mengisi dalang, pemuzik dan alat-alatan untuk persembahan wayang kulit.
Bahagian hadapan panggung ini dipasang dengan sebidang kain putih yang
39
dipanggil kelir dan pada bahagian belakang kelir ini digantung sebuah lampu
(sama ada lampu minyak tanah atau lampu eletrik). Cahaya daripada lampu
inilah yang memantulkan bayang-bayang patung wayang kulit kepada kelir
untuk ditonton dari bahagian hadapan panggung.
Dalam sesebuah persembahan wayang kulit, dalang adalah peneraju utama
sebagai pencerita dan pembawa patung-patung wayang kulit yang berada di
sebalik kelir yang hanya mengeluarkan bayang-bayang mengikut pergerakan
yang dilakukan.
Aksi dalang dalam persembahan wayang kulit
Dalang akan memukau perhatian penonton dengan kelebihan dan
kematangannya membuat persembahan dengan gaya dan suara yang tidak
pernah putus dengan ketawa, marah, dan sesekali mendayu-dayu seperti
seorang wanita. Dalang juga secara spontannya akan menyelitkan kisah lucu
yang menarik mengikut rentak seperti lagu-lagu hindustan, dangdut atau lagulagu
ciptaan semasa yang bersesuaian dengan tajuk cerita yang.
40
dipersembahkan. Setiap cerita yang disampaikan oleh dalang adalah untuk
dinikmati dan dihayati oleh para penonton sebagai renungan dan hiburan
pengisi waktu.
Dalang bersama para pemain muzik
Watak wanita dalam persembahan wayang kulit
41
Seri Rama & Laksamana bersama Wak Long & Wak Dogol
Persembahan wayang kulit
Persembahan wayang kulit dilakukan di pelbagai tempat mengikut kemahuan
dan keperluan masyarakatnya. Selalunya pertunjukan untuk :
i) Acara menyembah guru
ii) Mengubat orang sakit
iii) Upacara memuja semangat
iv) Semasa Pesta Menuai atau Pesta Kampung
v) Kepada perayaan Harijadi Raja-raja
42
vi) Sebagai hiburan semata-mata
43
WAYANG
KULIT
44
DI INDONESIA
Wayang Kulit, seni pertunjukan yang sudah cukup tua umurnya, adalah salah satu
bagian dari seni pertunjukan Bali yang hingga kini masih tetap digemari oleh
masyarakat setempat. Di desa-desa maupun di kota, masyarakat masih sering
mempergelarkan Wayang Kulit dalam kaitan dengan upacara agama Hindu, upacara
adat Bali, maupun sebagai hiburan semata.
Wayang Kulit Bali terdiri dari dua jenis, yaitu:
Wayang Lemah ( Wayan Gedog)
45
Wayang Peteng
Asal-usul Wayang Kulit di Indonesia hingga kini masih diperdebatkan oleh para ahli dan
masih belum ada kesepakatan apakah Wayang Kulit memang asli Indonesia, dari India
ataupun dari negara lain. Di lingkungan budaya Bali, pertunjukan Wayang Kulit
diperkirakan sudah ada sejak sekitar abad ke IX. Dalam prasasti Bebetin yang
berangka tahun Çaka 818 ( 896 M), dari zaman pemerintahan raja Ugrasena di Bali,
ditemukan sejumlah istilah seni pertunjukan yang diyakini berarti wayang atau
pertunjukan wayang (baca : Serba Neka
Wayang Kulit Bali, 1975).
Sejak masa lampau pertunjukan Wayang Kulit menjadi salah satu media pendidikan
46
informal bagi warga masyarakat. Betapa tidak, pertunjukan Wayang Kulit yang
memadukan berbagai unsur seni rupa, sastra, gerak dan suara, dalam pementasannya
tidak saja menampilkan lakon-lakon literer yang diambil dari karya-karya sastra klasik
terutama Mahabrata dan Ramayana, kesenian ini juga menyajikan petuah-petuah
mengenai nilai-nilai moral, spiritual dan sosial sehingga masyarakat yang buta huruf
akan memperoleh ajaran-ajaran tatwa, yadnya, etika dan lain-lain. Oleh masyarakat
penonton semuanya ini dijadikan pedoman dan tuntunan bagi kehidupan mereka
sehari-hari.
Sementara para dalang secara kreatif melakukan penyegaran kesenian mereka,
wayang-wayang kreasi baru sudah banyak diciptakan sehingga menambah
perbendaharaan seni perwayangan di pulau ini. Yang tidak kalah pentingnya adalah
munculnya dalang-dalang wanita berbakat yang siap bersaing dengan para dalang pria.
Di Bali, pertunjukan Wayang Kulit melibatkan antara 3 orang sampai 15 orang yang
meliputi : dalang, pengiring dan jika diperlukan sepasang pembantu dalang (tututan).
Komando tertinggi dalam pertunjukan Wayang Kulit ada pada si dalang. Untuk
mementaskan wayang para dalang Bali memerlukan sekitar 125 - 130 lembar wayang
yang disimpan dalam kotak wayang (kropak).
Kiranya belumlah lengkap jika pembahasan mengenai seni pewayangan Bali tidak
dilengkapi dengan adanya beberapa usaha inovasi dan kreatif dari para seniman
dalang di pulau ini, atau memalui kerja patungan atau kolaborasi dengan seniman luar
atau asing. Dalam usahanya memberikan nafas baru dalam wayang Parwa, dalang I
47
Made Sidja atau Ida Bagus Ngurah (Buduk) memasukan gamelan Suling atau
Pegambuhan. Belakangan ini dalang muda berbakat, Ida Bagus Sudiksa berkali-kali
mementaskan wayang kulit Parwa dengan iringan gamelan Angklung lengkap, bahkan
pernah dengan gamelan Balaganjur. Sebagai sajian tugas akhir, baik untuk
menyelesaikan program Seniman (setingkat Sarjana) pada jurusan Seni Pedalangan di
STSI Denpasar, para mahasiswa juga telah melakukan berbagai percobaan. Misalnya:
Penggunaan layar lebar berganda.
penggunaan tata-lampu modern, seperti lampu strobo, spot-lights, dan
sebagainya.
pemakaian overhead-projector untuk menciptakan citra-citra realistis sebagai
latar belakang.
pemakaian pemain wayang dalam jumlah yang banyak dengan satu orang
dalang sebagai narator.
pemakaian wayang golek besar.
dan lain sebagainya.
Kesemuanya merupakan wujud nyata dari usaha para seniman dalang muda untuk
terus menyegarkan kehidupan seni Pewayangan di Bali.
Dalam hal iringan, gamelan Selonding dan Selukat juga telah dicoba untuk mengiringi
pertunjukan wayang Bali. Masih merupakan bagian dari perkembangan wayang kulit
Bali adalah wayang Listrik yang merupakan hasil kerja patungan antara seniman (I
Made Sidja, I Nyoman Catra, Desak Suarthi Laksmi) dengan seniman dalang Larry
48
Reed dari San Francisco, Amerika Serikat, yang didukung oleh Gamelan Sekar Jaya di
bawah asuhan komposer muda, I Dewa Bratha. Nama ini diberikan berdasarkan
kenyataan bahwa dalam pertunjukannya terdapat perpaduan dua unsur penting yaitu :
pemain wayang kulit Bali dengan permainan atau proyeksi cahaya lampu listrik.
Pertunjukan pertama wayang listrik ini dilakukan di San Fransisco dan pada tahun 1996
yang lalu juga dipentaskan di Bali dalam rangka Festival Wayang Walter Spies.
WAYANG LEMAH
Dipentaskan pada umumnya siang hari dan dilihat dari fungsinya adalah
termasuk kesenian pelengkap upacara keagamaan. Di beberapa tempat
.
49
disebut dengan Wayang Gedog.
Wayang ini dipentaskan tanpa menggunakan layar atau kelir, dan lampu
blencong. Dalam memainkan wayangnya, dalang menyandarkan wayang-
wayang pada seutas benang putih (benang tukelan) sepanjang sekitar
setengah sampai satu meter yang diikat pada batang kayu dapdap yang
dipancangkan pada batang pisang di kedua sisi dalang. Gamelan
pengiringnya adalah gender wayang yang berlaras slendro (lima nada).
Wayang upacara ini, pementasannya sangat tergantung pada waktu
pelaksanaan upacara keagamaan yang diiringinya, sehingga dapat
dipentaskan pada siang hari, sore ataupun malam hari.
Pendukung pertunjukan ini adalah yang paling kecil, 3 sampai 5 orang yang terdiri dari
seorang dalang dan satu atau dua pasang penabuh gender wayang. Sebagai kesenian
upacara, pertunjukan wayang lemah biasanya mengambil tempat di sekitar tempat
upacara dengan tidak mempergunakan panggung pementasan khusus.
Lakon yang dibawakan pada umumnya bersumber pada cerita Mahabrata yang
disesuaikan dengan jenis dan tingkatan upacara yang diiringinya. Jangka waktu
pementasan Wayang Lemah pada umumnya singkat, sekitar 1 sampai 2 jam.
WAYANG PETENGSesuai dengan namanya, Wayang Peteng dipentaskan pada malam hari secara
50
terbuka untuk umumnya, sebagai sajian hiburan.
Walaupun demikian, ada jenis Wayang yang identik penampilannya, hanya saja waktu
penyelenggaraannya tidak harus pada malam hari. Jenis itu adalah Wayang Upacara
atau wayang sakral, yaitu Wayang Sapuh Leger dan Wayang Sudamala. Waktu
penyelenggaraannya disesuaikan dengan waktu upacara keseluruhan.
Wayang Peteng terdiri dari beberapa jenis, di antaranya:
Wayang Parwa
Wayang Ramayana
Wayang Gambuh
Wayang Calonarang
Wayang Cupak
Wayang Sasak
Wayang Arja
Wayang Tantri
Wayang Babad
TOKOH WAYANG
51
KULIT
Biodata Tokoh
Hamzah Awang Amat (Pak Hamzah)
52
1. Peribadi
Nama : Hamzah Awang Amat
Nama Pena : Tok Dalang Hamzah
Tarikh Lahir : 1940
Tempat lahir : Kampung Kebakat, Tumpat, Kelantan Darul Naim
Keturunan : Melayu
Kediaman : Kampung Gerong, Kota Bahru, Kelantan
Darul Naim
Agama : Islam
Akademik : Sekolah Melayu (darjah 6)
53
2. Pendidikan dan Penglibatan Awal
- Mula belajar bermain wayang kulit semenjak kecil dan mendapat
dorongan serta tunjuk ajar daripada ayahnya Awang Amat,
yang juga merupakan seorang Tok Dalang terkenal di Kelantan.
- Ketika berumur 11 tahun, Pak Hamzah bukan setakat pandai
bermain wayang kulit dan muzik tradisional untuk wayang kulit,
beliau turut berkebolehan membuat persembahan di hadapan
khalayak.
- Di waktu remajanya pula, beliau telah menubuhkan kumpulan
Seri Setia, kumpulan pemuzik tradisional ini telah mengadakan
persembahan bergerak di merata tempat di seluruh
Semenanjung Malaysia (Tanah Melayu) sekitar tahun 50an-
60an.
54
3. Minat dan Dorongan
- Dorongan / galakkan daripada ayahnya sendiri telah
mencetuskan minat yang mendalam terhadap wayang kulit.
- Keinginan untuk mewarisi suatu bentuk kesenian tradisi yang
unik serta mendapat kebangaan bangsa dengan harapan
dapat menyerapkan tradisi tadi kepada generasi yang akan
datang.
- Keinginan untuk memperkenalkan serta meletakkan seni
wayang kulit pada kedudukan yang tinggi sama ada di
peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
55
4. Hasil Persembahan
1950 - 1960an -
Di atas inisiatiI sendiri beliau telah membuat persembahan
di Terenggganu, Pahang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur
bersama kumpulan Seri Setia.
1969 - Membuat persembahan ulung kalinya di Universiti
Malaya anjuran Muzium Negara.
1971 - Membuat persembahan di 10 buah negara dan 31 buah
bandar utama di Eropah serta Afrika atas anjuran
UNESCO dan Kementerian Kebudayaan Belia dan
56
Sukan Malaysia.
1973 - Membuat pertunjukan di Rusia dan Turki.
1974 - Membuat persembahan di Amerika Syarikat (New York
dan Washington), Belgium, Kanada dan England.
1975 - Membuat persembahan di bandaraya Rangoon,
Burma (Myanmar).
1976 - Membuat persembahan di Hong Kong.
1990 - Membuat persembahan di Perancis dan Itali (Rom dan
Pulau Elba).
1993 - Membuat persembahan di Singapura.
57
5.
Penghargaan / Pengiktirafan /
Anugerah
1974 - Dianugerahkan Pingat Pangkuan Negara (PPN) oleh DYMM
Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Tuanku Abdul
Halim Muazam Shah Ibni Almarhum Sultan Badli Shah.
1977 - Sebagai menghargai keaktifan bergiat dalam bidang wayang
kulit, serta bidang yang berkaitan, beliau telah dijemput
menjadi pensyarah Tamu di Universiti Sains Malaysia dalam
muzik tradisional serta wayang kulit dan bertugas di situ
58
sehingga sekarang.
1978 - Dikurniakan pingat Perangai Baik (PB) oleh DYMM Sultan
Kelantan - Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan
Ibrahim.
1989 - Sekali lagi dianugerahi Pingkat Pangkuan Negara (PPN)
oleh Yang Di-Pertuan Agong Sultan Azlan Muhibbuddin
Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarullah-Iahu
Shah.
1992 - Sebagai pengajar kepada Kumpulan Theatreworks
Singapura anjuran NAC (Majlis Seni Kebangsaan).
Hamzah menerima Pingat Pangkuan Negara pada 1974 oleh SeriPaduka Baginda Yang Dipertuan Agong di atas usahanyamempromosikan Malaysia dengan Kebudayaan Tradisional.
59
6. Kebolehan Lain
1. Membuat alat-alat muzik tradisional seperti gendang,
geduk, gedumbak, serunai dan rebab.
2. Berkebolehan bermain rebab.
3. Berkebolehan menampilkan /
mempersembahkan Main Puteri.
Hamzah sedang memberi penerangan tentang Wayang Kulit
Hamzah memberi penerangan tentang watak utama dalam cerita Wayang
Kulit
60
Hamzah sedang membaca pidato penerimaan Anugerah Seni Negara
Hamzah dan isteri dengan hadiah yang diterima
61
Bapa Hamzah iaitu Awang Amat sedang bermain canang
62
Hamzah dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara pada tahun 1996
Penerima Anugerah Seniman Negara Pertama ini dilahirkan pada tahun 1940
di Kampung Kebakat, Kelantan. Hamzah Awang Amat atau lebih dikenali
sebagai Pak Hamzah meminati wayang kulit semenjak berusia belasan tahun
melalui pemerhatian kesenian ini di sekitar kampungnya.
63
Kewibawaan Pak Hamzah bukan sahaja sebagai seorang pemain mahupun
pembuat alat persembahan wayang kulit, malah beliau telah berupaya
mengangkat seni wayang kulit ke peringkat antarabangsa. Selain daripada itu,
penglibatan beliau sebagai tenaga pengajar di institut pengajian tinggi telah
berjaya menghasilkan metodologi pengajaran seni muzik wayang kulit
Kelantan yang amat efisyen, sistematik dan komprehensif.
Bengkel wayang kulit bersama Pak Hamzah
Pada tanggal 1 Januari 2001, Hamzah Awang Amat telah kembali ke
rahmatullah dengan mewasiatkan wayang kulit ini kepada kita, generasi baru
yang akan meneruskan perjuangan beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat
ke atasnya. Al Fatihah.
64
5. Kesimpulan
Wayang kulit sebagai teater tradisional adalah pancaran hati dan perasaan
masyarakat Melayu tradisional. Ia bukan semata-mata sebagai alat hiburan,
tetapi yang lebih penting adalah gambaran sikap, nilai, norma, hati budi dan
konsep hidup serta kepercayaan pemikiran masyarakat pada waktu.
Walaupun pandangan masyarakat Melayu telah berubah kini dalam sistem
kepercayaan dan nilai budayanya, namun pengaruh dan keyakinan mereka
masih lagi menular dalam bentuk yang lain pula, iaitu berubah kepada nilainilai
individualistik akibat pengaruh budaya barat.
65
BIBLIOGRAFI
http://www.uum.edu.my/pend/ptk/ahli_muzik/ahlimuzik(B43-44)tk3.doc dilayari pada 29 Januari 2007.
http://reg.upm.edu.my/ptk/B/ahli_muzik/B43_B44TK3.pdf dilayari pada 29 Januari 2007.
http://www.google.com.my/interstitial?url=http://bpa.ums.edu.my/exam2/resource/m5120.html dilayari pada 29 Januari 2007.
http://www.uum.edu.my/pkokay/pkokaybm/sm.htm dilayari pada 29 Januari 2007.
http://www.uum.edu.my/pend/ptk/ahli_muzik/ahlimuzik(B43-44)tk3.doc dilayari pada 29 Januari 2007.
http://www.websters-online-dictionary.org/definition/music+theory dilayari pada 29 Januari 2007.
http://en.wikipedia.org/wiki/Music_theory dilayari pada 29 Januari 2007.
http://en.wikipedia.org/wiki/Wayang dilayari pada 4 Februari 2007
http://discover-indo.tierranet.com/wayang.html dilayari pada 4 Februari 2007
http://allmalaysia.info/msiaknow/arts/wayang_kulit.asp dilayari pada 4 Februari 2007
http://allmalaysia.info/news/attraction.asp?id=558&pt=2 dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.art-pacific.com/artifacts/indonesi/puppets/kulit.htm dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/wayangkulit/wayang.htm dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.joglosemar.co.id/wayang.html dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.joglosemar.co.id/wayangperformance.html dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.joglosemar.co.id/wayangjawa.html dilayari pada 4 Februari 2007
http://minyos.its.rmit.edu.au/~dwa/WayangKulit.html dilayari pada 4 Februari 2007
66
http://www.heritage.gov.my/kekkwa/viewbudaya.php?id=969(MP3) dilayari pada 4 Februari 2007
http://id.wikipedia.org/wiki/Wayang_kulit dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.indo.com/culture/wayang.html dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.kedah.gov.my/mknk/mknk_april/Warisan.htm dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/wayangkulit/melayu.htm dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.asiafoto.com/wayang.htm dilayari pada 4 Februari 2007
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wayang_kulit dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.babadbali.com/seni/wayang/wayang-kulit.htm dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.babadbali.com/seni/wayang/wayang-lemah.htm dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.babadbali.com/seni/wayang/wayang-peteng.htm dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.abcmalaysia.com/tour_malaysia/wayang_kulit.htm dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.ethnicarts.com/puppets/wayang_kulit_balinese_shadow_puppet.htm dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.heritage.gov.my/kekkwa/upload/link_fail/hamzah_awang.pdf?PHPSESSID=bc5a273eb17b51966d0ba1ea15c566b2 dilayari pada 4 Februari 2007
http://eyesnowy.fotopages.com/?entry=799080 dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.ask.edu.my/BM/penerbitan.asp?page=3 dilayari pada 4 Februari 2007
http://forum.cari.com.my/archiver/?tid-180138.html dilayari pada 4 Februari 2007
http://www.heritage.gov.my/upload/keratan_akhbar/2006/20060706UM01/ dilayari pada 4 Februari 2007
67
http://www.heritage.gov.my/kekkwa/upload/link_fail/wayang_kulit.pdf?PHPSESSID=7f9fd9e9235904dede1878aa80d3d453 dilayari pada 4 Februari 2007
Wayang kulit/Cawangan Dokumentasi dan Penerbitan/Bahagian Pembangunan Kebudayaan dan Kesenia,/Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia./2003
JADUAL PERLAKSANAAN
BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN
1. Menerima tugasan daripada
pensyarah
29/01/07 Faham dan jelas
tentang tugasan
yang diberi
2. Membuat perbincangan awal
30/01/07/07 Dapat gambaran
68
dengan kawan-kawan tentang
apa yang perlu dilakukan
kasar tentang
tugasan yang
diberikan.
3. Mencari bahan untuk
memulakan kerja kursus
31/01/07 Memilih cerpen
yang sesuai dan
buku-buku rujukan.
4. Membaca berulang kali bagi
memahami soalan
01/02/07 Memastikan semua
perkataan yang
difahami
5. Memulakan kerja seterusnya
mencari sejarah.alat-alat
muzik,dan lain-lain
02/02/07 Merujuk beberapa
bahan rujukan.
6. Berjumpa dengan pensyarah
untuk mengetahui dengan
lebih lanjut kaedah-kaedah
untuk membuat huraian
05/02/07 Agak rumit
melaksanakannya.
69
7. Menyemak semula hasil kerja 06/02/07 Baiki kesilapan.
8. Menghantar tugasan kepada
pensyarah.
08/02/07 Tugasan selesai.
70
LAMPIRAN
71
Recommended