View
15
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
PENGGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN (E-LEARNING) BAGI
MATAPELAJARAN TEKNOLOGI AUDIO DAN VIDEO DIGITAL DI FAKULTI
PENDIDIKAN, UTM
RABEAH BINTI HJ MANSHOR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Allah kerana dengan izin-Nya jua, maka projek ini dapat
dilaksanakan dengan sempurna.
Sekalung penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Dr Abdul Rahim Hj
Hamdan atas segala kesabaran, tunjuk ajar, dorongan, kritikan, teguran dan bimbingan
sepanjang usaha saya menyiapkan kajian ini.
Dedikasi khas untuk Dr. Jamalludin Harun, pensyarah matapelajaran Teknologi
Audio dan Video Digital (SPT 3312), semester 2, sessi 2004/2005 yang menunjukkan
komitmen dan kesungguhan yang tidak berbelah bagi dalam mendidik kami semua.
Terimalah hasil kajian ini sebagai pencetus diri untuk terus menabur budi.
Ribuan terima kasih ditujukan kepada Pensyarah Jabatan Multimedia, Encik
Rosni Zamuddin Shah Mohd Sidek atas segala idea dan perbincangan awal semasa proses
pemilihan tajuk bagi projek sarjana muda.
Akhir kata, terima kasih kepada semua pelajar tahun akhir SPK dan SPP atas
kerjasama yang diberikan sebagai responden bagi kajian ini dan kepada semua yang
terlibat dalam membantu samaada secara langsung atau tidak langsung.
ABSTRAK
Manfaat perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah
mewarnai dunia pendidikan terutama di peringkat pengajian tinggi. Antara aplikasi yang
sangat popular ialah pembelajaran elektronik atau sistem e-learning. Kajian ini
dijalankan untuk mengetahui tentang sistem e-pembelajaran bagi matapelajaran
Teknologi Audio dan Video Digital dari aspek tahap penggunaan sistem e-pembelajaran;
tahap kefahaman pelajar terhadap matapelajaran ini dengan penggunaan sistem e-
pembelajaran dan sikap pelajar sepanjang penggunaan sistem ini. Ia juga dijalankan
untuk mengetahui samaada terdapat hubungan antara ketiga-tiga aspek yang dikaji
dengan gred akhir yang dicapai oleh pelajar bagi matapelajaran ini. Pensampelan tidak
rawak bertujuan digunakan ke atas 80 orang responden iaitu pelajar 5SPK dan 5SPP di
Fakulti Pendidikan, UTM. Data dianalisis dengan menggunakan perisian statistik (SPSS).
Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan sistem e-pembelajaran adalah sederhana;
tahap kefahaman pelajar terhadap matapelajaran ini dengan penggunaan sistem e-
pembelajaran adalah tinggi; dan sikap pelajar sepanjang penggunaan sistem ini adalah
positif. Secara keseluruhannya, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ketiga-
tiga aspek yang dikaji dengan gred akhir yang dicapai oleh pelajar bagi matapelajaran ini.
Sebagai kesimpulan, beberapa cadangan dikemukakan untuk memperbaiki kelemahan
sistem sediaada.
ABSTRACT
A development of an information and communication technology (ICT) was
coloring an education world, especially in higher education. The most popular application
nowadays is an ‘e-learning’ system. This study is undertaken to identify the level of using
an e-learning system for the subject of Audio and Video Digital Technology from few
aspect of; the level of using e-learning system itself; the level of understandings in
learning the subject by using e-learning system and student’s behavior toward using the
system. To end with, the survey also wants to identify whether there are any relationship
between those aspects with final grade achieved by the students for the subject. Random
indirect sampling was used in this survey to over 80s respondents from 5SPK and 5SPP
at Faculty of Education, UTM. The result was analyzed by using statistical software
(SPSS). The finding revealed that; the level of using e-learning system are in-between;
the level of understandings in learning the subjects by using e-learning system are high;
student’s behavior toward using the system are positive. Generally, there is no significant
relationship between those three aspects with final grade achieved by the students for the
subject. As a conclusion, few ideas were discussed to improve the system
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis 8
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.8 Skop dan Batasan Kajian 10
1.9 Definisi dan Istilah Operasional 11
1.8.1 Keberkesanan 11
1.8.2 Penggunaan 11
1.8.3 E-Pembelajaran 12
1.8.4 Pembelajaran 12
1.8.5 Teknologi Audio dan Video Digital 12
1.8.6 Fakulti Pendidikan 12
1.8.7 Universiti Teknologi Malaysia 13
1.8.8 Kefahaman 13
1.8.9 Sikap 13
1.8.10 Gred 13
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Pembelajaran 14
2.2.1 Definisi Pembelajaran 15
2.2.2 Pengelasan Pembelajaran 15
2.3 E-Pembelajaran 17
2.3.1 Pengenalan kepada E-Pembelajaran 17
2.3.2 Definisi E-Pembelajaran 18
2.3.3 Sejarah Perkembangan E-Pembelajaran 19
2.3.4 Fungsi E-Pembelajaran 19
2.3.5 Ciri-ciri E-Pembelajaran 20
2.3.6 Kelebihan E-Pembelajaran 21
2.3.7 Kelemahan E-Pembelajaran 23
2.4 Internet 23
2.4.1 Pengenalan kepada Internet 24
2.4.2 Sejarah Penggunaan Internet 24
2.4.3 Jaringan Sedunia (World Wide Web) 25
2.5 Kajian-kajian Terdahulu 26
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.3 Tempat Kajian 31
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 31
3.5 Instrumen Kajian 32
3.6 Kajian Rintis 37
3.7 Analisis Data 38
3.8 Prosedur Kajian 41
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Profil Responden 44
4.3 Analisis Tahap Penggunaan Sistem 47
e-Pembelajaran bagi Matapelajaran Teknologi
Audio dan Video Digital
4.4 Analisis Tahap Kefahaman Pelajar 52
5SPK dan 5SPP Terhadap Matapelajaran
Teknologi Audio Video Digital
dengan Pen ggunaan Sistem e-Pembelajara
4.5 Analisis Faktor Sikap Pelajar 56
5SPK dan 5SPP sepanjang Penggunaan
Sistem e-Pembelajaran bagi Matapelajaran
Teknologi Audio dan Video Digital
4.7 Pengujian Hipotesis 60
4.7.1 Hipotesis 1 61
4.7.2 Hipotesis 2 62
4.7.3 Hipotesis 3 63
4.8 Kesimpulan 64
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Kesimpulan Kajian 66
5.2.1 Rumusan Keputusan dan Implikasi Kajian 66
5.2.1.1 Keputusan Keseluruhan 67
Tahap Penggunaan
Sistem e-Pembelajaran
5.2.1.2 Keputusan Keseluruhan 67
Tahap Kefahaman Pelajar
5SPK dan 5SPP dengan
penggunaan sistem
e-pembelajaran
5.2.1.3 Keputusan Keseluruhan 70
Faktor Sikap Pelajar 5SPK dan
5SPP sepanjang penggunaan
sistem e-Pembelajaran
5.2.1.4 Keputusan Keseluruhan 71
Hubungan antara Tahap
Penggunaan Sistem e-pembelajaran
dengan Gred Akhir
5.2.1.5 Keputusan Keseluruhan 71
Hubungan antara Tahap
Kefahaman Pelajar
dengan Gred Akhir
5.2.1.6 Keputusan Keseluruhan 72
Hubungan antara Faktor
Sikap Pelajar dengan Gred Akhir
5.3 Cadangan 72
5.3.1 Cadangan Kajian Lanjutan 75
RUJUKAN 77
LAMPIRAN 81
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang dengan
pesatnya selaras dengan kewujudan Multimedia Super Coridor (MSC) yang menjadi
aspirasi Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad. Aspirasi beliau
ini yang dicetuskan semasa ucapan sempena Pelancaran Putrajaya pada 29 Ogos 1995
(Hizamnuddin Awang, 1996) bukan saja menjadi aspirasi peribadi beliau malah telah
mula berkembang dan dikongsi oleh seluruh rakyat.
Penggunaan aplikasi dalam teknologi tersebut telah menjalar ke seluruh aspek
kehidupan di era teknologi ini, tidak terkecuali bidang pendidikan. Penggunaan sistem e-
pembelajaran (e-learning) telah menjadi satu sistem pembelajaran terkini yang dikatakan
mampu mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam sistem pembelajaran
tradisional.
Pendedahan dan aplikasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
menjadikan pelajar lebih bersedia dan berminat untuk menerima pelajaran yang
diajarkan. Kenyataan ini jelas kerana komputer dalam pendidikan boleh berperanan
sebagai tutor, tool, tutee sebagaimana yang dijelaskan oleh Robert Taylor pada tahun
1980 (Baharuddin Aris, et.al 2001)
Secara keseluruhannya, Bab 1 ini akan menerangkan tentang pengenalan kepada
kajian yang akan dijalankan, latarbelakang masalah, pernyataan masalah, objektif,
persoalan kajian, kepentingan kajian, skop dan batasan kajian serta definisi dan istilah
operasional.
1.2 Latarbelakang Masalah
Pendidikan secara tradisi biasanya dikaitkan dengan ‘chalk and talk’, iaitu proses
pengajaran dan pembelajaran yang hanya melibatkan dua entiti utama sahaja iaitu
pensyarah dan pelajar. Dalam pengajaran secara tradisi, komunikasi sehala banyak
berlaku dimana seseorang pensyarah memainkan tugas utama sebagai penyalur maklumat
yang utama dan pelajar lebih kepada mendengar. Secara umumnya, proses pengajaran
dan pembelajaran di UTM bertumpu kepada cara syarahan, iaitu pensyarah
menyampaikan pengajaran secara linear melalui syarahan.
Namun begitu, seiring dengan perkembangan teknologi komputer dan
mulitimedia mutakhir ini, proses pengajaran tersebut telah banyak mengalami perubahan
positif dimana corak pengajaran pensyarah telah diperkuatkan dan diperkukuhkan dengan
penggunaan bahan multimedia. Ia secara langsung telah memberikan nilai tambah (value
added) kepada proses pengajaran tersebut.
Dalam proses ini, penggunaan komputer adalah tertumpu kepada cara dan strategi
persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ia kepada ilmu pengetahuan
yang bermakna serta bermanfaat. Teks isi pelajaran yang panjang, diringkaskan ataupun
dipersembahkan semula menggunakan media-media yang lebih menarik dan bersifat
lebih dinamik. Menggunakan pelbagai media apabila menyampaikan maklumat
menjadikan persembahan lebih menarik dan mampu merangsang minda pelajar
(Jamalludin dan Zaidatun, 2003).
Pembelajaran berbantukan komputer berkembang pesat dalam arus pendidikan
perdana. Ia banyak melibatkan penggunaan perisian pendidikan (courseware) berasaskan
CD-ROM yang dibekalkan ke sekolah-sekolah oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia. Tindakan ini dilihat lebih bertumpu kepada beberapa matapelajaran di sekolah,
terutamanya Sains dan Matematik. Perkembangan ini telah menggalakkan guru dan
pensyarah meningkatkan kepakaran untuk membolehkan mereka menyediakan sendiri
bahan bantu mengajar dengan menggunakan multimedia.
Pada masa yang sama, perkembangan teknologi World Wide Web atau Internet
begitu dominan serta mendapat tempat dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia
(Bragg,1999). Ia telah mula memberikan haluan baru kepada sistem pendidikan. Khan
(1997) menyatakan bahawa pembelajaran menerusi web atau web based instruction
(WBI) adalah program pembelajaran berasaskan hipermedia yang memanfaatkan susun
atur serta sumber dari World Wide Web. Ia menjadi satu lagi pendekatan yang semakin
mendapat perhatian dan ia masih dikaji daripada pelbagai aspek oleh golongan pendidik.
Hasil serta potensi yang diperoleh daripada proses pengkajian berterusan tersebut masih
berkembang dan mula menjanjikan perubahan yang positif (Collins, 1996; Schutte, 1997)
Secara keseluruhannya, pembelajaran berbantukan komputer atau khususnya
pembelajaran secara atas talian (online atau web based instructions) telah memberikan
satu impak yang baru kepada corak pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan.
1.3 Pernyataan Masalah
Latarbelakang penggunaan sistem e-pembelajaran di Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) telah bermula sejak beberapa tahun yang lalu. Namun begitu, sistem e-
pembelajaran rasmi universiti telah diperkenalkan pada sessi pengajian 2004/2005
semester 2 yang telah dikelolakan oleh Pusat Komputer dan Komunikasi (CICT). Ia
boleh dicapai melalui alamat URL: http://elearning.utm.my. Sistem ini secara umumnya
telah menyediakan satu ruang maya kepada semua pensyarah dan pelajar untuk
berinteraksi di persekitaran web.
Gambarajah 1.1: Antaramuka (interface) Laman utama e-Pembelajaran Universiti
Teknologi Malaysia
Secara teknikalnya, apabila pelajar mendaftar satu matapelajaran, pelajar tersebut
akan dapat mencapai (access) laman matapelajaran tersebut. Pelbagai aktiviti dapat
dilakukan pada laman tersebut seperti memuat turun (download) nota daripada
pensyarah, membuat kuiz secara online, menyemak jawapan, bertukar-tukar pendapat
sesama pelajar dan pensyarah, menyampaikan maklumat mengenai kursus dan
matapelajaran dan berkomunikasi secara live dengan pensyarah melalui Chat Room.
Selain daripada itu, terdapat pelbagai lagi modul lain yang boleh di aplikasikan melalui
laman ini bergantung kepada matapelajaran dan pensyarah tersebut. Antaranya ialah
survey yang membolehkan pelajar memberikan pendapat dan maklumbalas mengenai
perjalanan kelas mereka, grades yang memaparkan markah pelajar, journal yang
membolehkan pelajar menulis catatan atau pendapat mereka tentang perjalanan
pembelajaran mereka serta resources yang memuatkan paparan maklumat pembelajaran.
Gambarajah 1.2 : Antaramuka (interface) Laman e-Pembelajaran Universiti
Teknologi Malaysia – selepas pelajar login ke sistem e-pembelajaran tersebut
Selaras dengan perkembangan teknologi pembelajaran berbantukan komputer
seperti yang dibincangkan dalam seksyen 1.2, terutamanya merujuk kepada pembelajaran
online atau e-pembelajaran, maka kajian ini dilakukan untuk mengetahui tentang
penggunaan teknologi e-pembelajaran ini dikalangan pelajar-pelajar tahun akhir di
Fakulti Pendidikan, UTM.
Penggunaan sistem e-pembelajaran ini akan dinilai melalui beberapa perspektif
yang utama. Antaranya ialah tahap penggunaan sistem ini bagi matapelajaran Teknologi
Audio dan Video Digital dikalangan pelajar 5SPK dan 5SPP sepanjang semester 2, sessi
2004/2005.
Keduanya ialah dari sudut tahap kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran dengan
menggunakan sistem ini. Adakah penggunaan sistem ini dengan aplikasi chat, forum dan
soal jawab yang disediakan dalam sistem ini mampu meningkatkan kefahaman mereka
dalam pembelajaran di bilik kuliah.
Ketiganya menjurus kepada aspek sikap pelajar-pelajar 5SPK dan 5SPP yang
menggunakan sistem ini sepanjang semester tersebut. Apakah sikap mereka
mempengaruhi dan memberikan kesan kepada gred akhir peperiksaan semester bagi
matapelajaran tersebut. Selanjutnya, penyelidik ingin mengetahui samaada terdapat
hubungan antara tahap penggunaan, tahap kefahaman dan sikap pelajar-pelajar 5SPK dan
5SPP terhadap gred akhir peperiksaan bagi matapelajaran Teknologi Audio dan Video
Digital ini.
1.4 Objektif
Kajian ini adalah untuk mengetahui tentang penggunaan sistem e-pembelajaran
oleh pelajar-pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan, UTM. Objektif kajian ini adalah
untuk
(i) mengenal pasti tahap penggunaan sistem e-pembelajaran oleh pelajar-
pelajar tahun 5SPK dan 5SPP bagi matapelajaran Teknologi Audio dan
Video Digital
(ii) mengenal pasti tahap kefahaman pelajar-pelajar tahun 5SPK dan 5SPP
terhadap matapelajaran Teknologi Audio dan Video Digital
dengan penggunaan sistem e-pembelajaran ini
(iii) mengenal pasti sikap pelajar-pelajar tahun 5SPK dan 5SPP sepanjang
penggunaan sistem e-pembelajaran ini bagi matapelajaran Teknologi
Audio dan Video Digital
(iv) mengukur hubungan antara tahap penggunaan, tahap kefahaman dan sikap
pelajar-pelajar tahun 5SPK dan 5SPP terhadap gred akhir yang diperolehi
dalam matapelajaran Teknologi Audio dan Video Digital
1.5 Persoalan Kajian
Antara persoalan kajian yang telah dikenalpasti berdasarkan aspek-aspek yang
telah dibincangkan ialah:
i) Apakah tahap penggunaan sistem e-pembelajaran dikalangan pelajar-pelajar
5SPK dan 5SPP bagi matapelajaran Teknologi Audio dan Video Digital?
ii) Apakah tahap kefahaman pelajar-pelajar 5SPK dan 5SPP terhadap
matapelajaran Teknologi Audio dan Video Digital dengan menggunakan
sistem e-pembelajaran ini?
iii) Apakah sikap pelajar-pelajar 5SPK dan 5SPP sepanjang penggunaan sistem e-
pembelajaran bagi matapelajaran Teknologi Audio dan Video Digital?
iv) Adakah terdapat hubungan antara tahap penggunaan, tahap kefahaman, sikap
pelajar-pelajar 5SPP dan 5SPK terhadap gred peperiksaan akhir semester bagi
matapelajaran Teknologi Audio dan Video Digital dengan penggunaan sistem
e-pembelajaran?
Recommended