View
140
Download
9
Category
Preview:
DESCRIPTION
Bab 1-3
Citation preview
1
BAB SATU
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Bahasa Arab merupakan salah satu daripada tiga bahasa utama yang
memainkan peranan penting dalam sejarah dan peradaban manusia. Pengkaji
sejarah telah menambah dua lagi bahasa menjadikan kesemuanya lima bahasa
utama yang telah memberi sumbangan besar dalam sejarah perkembangan
tamadun manusia. Bahasa tersebut ialah bahasa Cina Kuno, bahasa Sanskrit,
bahasa Latin, bahasa Greek dan bahasa Arab. Walau bagaimanapun hanya
bahasa Arab yang masih digunakan dan terus berkembang sehingga kini ( Abd.
Razak, 2007).
Bahasa Arab juga merupakan bahasa yang tidak asing kepada orang Melayu
beragama Islam. Ini kerana ianya telah menjadi bahasa pengantar kepada
Pendidikan Agama Islam di Malaysia sejak sekian lama dahulu. Pendidikan
Islam yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar diajar oleh
mubaligh-mubaligh Arab yang berdagang di Tanah Melayu masa itu. Masjid,
surau dan rumah-rumah tok guru adalah menjadi tempat di mana ilmu agama ini
diajar. Pendidikan pada masa itu tidaklah dijalankan secara formal dan
sistematik dengan sistem silibus yang seragam. Silibus adalah berasaskan
kepada Al-Quran, Sunnah dan Hadith. (KPM, 1997).
Bahasa Arab sebagai bahasa ilmu utama umat Islam telah mendapat sambutan
hangat di kalangan anak-anak orang Melayu untuk mempelajarinya. Mengikut
2
perangkaaan yang dikeluarkan oleh JAPIM melalui laman resminya
http://www.japim.edu.my/bkpim/bakbsm_bm.htm sehingga 31 Disember 2003,
jumlah murid yang mempelajari bahasa Arab Komunikasi di peringkat menengah
ialah seramai 84,651 orang murid di 538 buah sekolah seluruh negara. Angka ini
termasuk juga bilangan murid yang belajar di sekolah-sekolah Agama Negeri
(SAN) dan Agama Rakyat (SAR).
Memandangkan sambutan baik masyarakat terhadap bahasa Arab, sistem
pendidikan aliran agama telah diperluaskan lagi. Di peringkat sekolah, kerajaan
bercadang untuk memperluaskan aliran agama di semua sekolah menengah
kebangsaan. Ini memberikan peluang pelajar mengambil bidang agama dan
bidang lain mengikut pilihan. Pelajar akan mengambil mata pelajaran bahasa
Arab sebagai teras dan elektif lain seperti Tasawwur, syariat dan sebagainya
(Berita Harian, Mei 20.1998).
Kurikulum bahasa Arab telah diperkenalkan secara rasmi oleh Kementerian
Pendidikan pada 1 Januari 1977 seiring dengan penubuhan Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia. Dalam tempoh empat tahun pertama
penubuhan SMKA, kurikulum bahasa Arab adalah didasarkan kepada prosedur
peperiksaan mata pelajaran ini yang sedia ada di Lembaga Peperiksaan
Malaysia. Selepas itu pada tahun 1981, Bahagian Pendidikan Islam (sekarang
dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Islam dan Moral yang disingkatkan dengan
JAPIM) telah menggubal dua buah sukatan pelajaran bahasa Arab; satu sukatan
untuk SMKA dan satu lagi untuk Sekolah Berasrama Penuh.
3
Selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
pada tahun 1989, Kurikulum bahasa Arab juga digubal semula. Sukatan
pelajaran bahasa Arab ini, dilaksanakan di semua SMKA, KAA dan SBP mulai
tahun 1991. Pada peringkat awal, namanya kekal dengan bahasa Arab
sehinggalah pada 12 Jun 1991, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) telah
memutuskan supaya nama bahasa Arab diubah kepada Bahasa Arab
Komunikasi. Selain daripada itu Jawatankuasa Kurikulum Pusat juga meluluskan
mata pelajaran baru iaitu Bahasa Arab Tinggi dan dilaksanakan mulai tahun
1992. (JAPIM, 2007 )
Kurikulum bahasa Arab di negara ini terus berkembang apabila pada tahun 2000
Kementerian pelajaran Malaysia telah sekali lagi membuat semakan terhadap
kurikulum tersebut (Zawawi Ismail et al. 2005). Perubahan–perubahan yang
berlaku terhadap kurikulum bahasa Arab menunjukkan penilaian telah dibuat
terhadap keberkesanan kurikulum yang diguna pakai sebelumnya (Mohd Zainul
Ariffin, 2007).
1.1 Latar Belakang Pendekatan Komunikatif
Kemahiran bertutur dengan menggunakan bahasa Arab Fushah adalah salah
satu kemahiran yang harus dikuasai oleh semua pelajar yang mempelajari mata
pelajaran Bahasa Arab Komunikasi dan mesti menjadi kemahiran utama yang
mesti dicapai oleh setiap pelajar. Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi
(BAK) yang diajar di sekolah menengah menyatakan dengan jelas bahawa
Kurikulum BAK dengan jelas menghendakkan pengajaran Bahasa Arab
menggunakan pendekatan komunikatif. (KPM, 2001).
4
Guru-guru memainkan peranan penting dalam memastikan hasrat kurikulum
BAK ini tercapai. Menurut Muhammad Azhar dan Hassan Basri (2005),
pengajaran yang dilaksanakan mengikut prinsip-prinsip pendekatan komunikatif
yang baik akan melahirkan pelajar yang dapat menguasai bahasa Arab dari segi
sistem bahasa dan juga kemahiran berbahasa. Bagi memastikan kehendak
kurikulum ini tercapai, Kementerian Pelajaran telah mengadakan latihan khusus
kepada guru-guru bahasa Arab di dalam dan luar negara termasuk di Arab Saudi
dan Sudan. Pada tahun 1984 Kementerian Pelajaran (pada ketika itu
Kementerian Pendidikan) dengan kerjasama The Islamic Educational, Scientific
and Cultural Organization (ISESCO) telah menganjur beberapa siri kursus dalam
perkhidmatan bagi guru-guru bahasa Arab. Melalui kursus-kursus tersebut guru-
guru bahasa Arab mula didedahkan dengan pendekatan komunikatif dalam
pengajaran bahasa Arab (JAPIM, 2007).
Usaha yang dilaksanakan oleh kementerian untuk meningkatkan kualiti
pengajaran guru-guru bahasa Arab adalah termasuk dalam usaha kerajaan
untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Mengikut Najib (1996), kualiti
dalam pengurusan perkhidmatan pendidikan merupakan satu agenda penting
memandangkan sumber manusia memainkan peranan utama dalam
pembangunan sesebuah negara.
Pengenalan dan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
telah membawa satu perubahan yang penting terhadap rupa bentuk serta corak
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. KPM telah memperkenalkan
sukatan baru yang dikenali dengan nama Bahasa Arab Komunikasi. Matlamat
5
Bahasa Arab Komunikasi bertujuan agar pelajar boleh menguasai kecekapan
berbahasa sebagai medium berkomunikasi yang berkesan di samping
meningkatkan penghayatan nilai-nilai murni (KPM 1992).
Sehubungan dengan itu peranan guru dalam bilik darjah turut berubah. Guru
berperanan sebagai perancang, pembimbing, dan pemudah cara. Malah
pengajaran dan pembelajaran lebih berfokuskan pelajar (Abdul Rashid Ali 1993).
Aspek penting yang ditekankan dalam pendidikan Bahasa Arab Komunikasi
dalam KBSM ialah kecekapan berkomunikasi dengan berkesan secara lisan dan
bertulis. Penekanan kepada aspek kemahiran berkomunikasi menunjukkan suatu
kesedaran di kalangan para pendidik bahasa Arab di Negara ini tentang
kepentingan kecekapan komunikatif dalam pengajaran bahasa Arab.
Suatu perkara yang harus diakui bahawa guru-guru yang mengajar bahasa Arab
adalah dari kalangan guru-guru yang terlatih yang mana merupakan para
graduan dalam dan luar Negara. Banyak kursus dalam perkhidmatan telah
dianjur oleh KPM untuk guru-guru bahasa Arab. Melalui kursus-kursus tersebut
para guru bahasa Arab didedahkan dengan konsep baru dalam pengajaran dan
pembelajaran bajasa Arab. Bahasa Arab secara beransur-ansur telah teralih
kepada pendekatan komunikatif (KPM 1992).
1.2 Pernyataan Masalah
Bahasa Arab sering kali dianggap sebagai bahasa yang sukar untuk dipelajari
dan jauh sekali dapat dituturkan dalam suasana persekolahan; terutamanya
dalam suasana kehidupan yang sebenar melainkan dalam situasi yang amat
terhad. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab hanya berbentuk
6
pemindahan dan penerimaan pengetahuan; lebih mementingkan aspek
pengajaran nahu dan struktur bahasa serta tidak menitik beratkan aplikasi
komunikasi. Fenomena ini mewujudkan suasana pembelajaran yang tidak
merangsang pelajar untuk menggunakan bahasa Arab bagi tujuan komunikasi.
Masalah ini ditambahkan dengan sistem pendidikan pada masa kini yang terlalu
berorientasikan peperiksaan (Marsis Muhamad Nasir 1998).
Akhirnya apa yang telah berlaku semenjak sekian lama di dalam bilik darjah
akan terus berlaku di mana fokus pengajaran guru hanya untuk menyediakan
pelajar bagi tujuan lulus dalam peperiksaan tanpa mempedulikan penguasaan
pelajar terhadap kemahiran komunikasi. Ini menyebabkan sebahagian sahaja
kemahiran bahasa yang mampu dikuasai oleh pelajar. Menurut Mohd Zainul
Ariffin (2007), pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab
Komunikasi yang dilaksanakan disekolah lebih berbentuk komunikasi sehala dan
berpusatkan guru. Situasi ini tidak menepati falsafah pengajaran melalui
pendekatan komunikatif. Kajian Mohamad Ibrahim (1999) di dalam Zawawi
Ismail et al. (2005), juga mendapati semua objektif bahasa Arab KBSM tidak
dapat dicapai sepenuhnya kecuali kemahiran membaca sahaja.
Mengikut Wan Zahid (1993), majoriti masih berpendapat bahawa pelajar yang
dihasilkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi negara tidak mampu
memenuhi pengisian wawasan 2020 dan aspirasi negara ke alaf teknologi
maklumat. Justeru itulah disarankan agar pihak yang berkaitan dengan
pembangunan dan perkembangan pendidikan lebih peka dengan keperluan dan
perubahan sejagat. Untuk itu mengikut Harun (1996), perkhidmatan pendidikan
harus berani menghadapi anjakan paradigma. Nilai dan kepercayaan harus
7
dicabar dan seterusnya menyingkirkan mana-mana faktor yang menghalang
penambahbaikan kualiti.
Berdasarkan teori-teori pemerolehan dan pembelajaran bahasa, terdapat
pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi
dan Bahasa Arab Tinggi boleh dilaksanakan di sekolah. Namun begitu,
pendekatan komunikatif dicadangkan untuk dilaksanakan di sekolah kerana sifat
dan tujuan bahasa itu sendiri ialah untuk berkomunikasi dengan Pencipta,
manusia dan alam (JAPIM, 2007). Menurut Paul Rowan (2006), cara terbaik
pembelajaran bahasa untuk tujuan menguasai kemahiran bercakap dan
mendengar ialah melalui pelaksanaan aktiviti bercakap dan membaca secara
langsung di dalam bilik darjah.
Melalui pendekatan komunikatif ini, usaha pembinaan minda merentas kurikulum
seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran diharapkan dapat dicapai.
Menurut Wan Mohd Zahid (1997) aspek pembinaan minda merentas kurikulum
masih kurang menonjol walaupun ia merupakan matlamat yang perlu ditekankan
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR). Ini kerana secara umumnya, 95 % proses pengajaran
dan pembelajaran masih berpusat kepada guru dan hanya 5 % membabitkan
interaksi pelajar. Kelemahan ini tidak sewajarnya berlaku dalam bidang
pendidikan yang kegiatan utamanya memerlukan aspek kemahiran berfikir serta
pengembangan minda.
Pelaksanaan ujian lisan bahasa Arab dalam peperiksaan PMR dan SPM yang
bermula pada tahun 2005 merupakan kemuncak manifestasi kepentingan
8
komunikasi lisan dan penguasaan kemahiran bercakap dan mendengar di
kalangan pelajar. Semua pelajar yang mengambil kertas bahasa Arab mesti
mengambil ujian lisan yang menjadi sebahagian daripada kertas ini. Kegagalan
dalam ujian lisan boleh menjejaskan gred pencapaian para pelajar di peringkat
PMR dan SPM.
Pendekatan komunikatif adalah pendekatan yang melihat bahasa perlu diajar
melalui komunikasi. Oleh itu guru akan mewujudkan situasi sebenar dalam bilik
darjah dan meminta pelajar melakukan main peranan, simulasi, interaksi sebenar
dan lain-lain aktiviti komunikatif. Dengan ini pelajar dapat mempelajari bahasa
yang sesuai di dalam pelbagai bentuk situasi. Melalui aktiviti komunikatif pelajar
akan menggunakan bahasa untuk melakukan pelbagai tugas komunikasi dan
dapat menggunakan bahasa tersebut untuk interaksi sosial dengan orang lain
(Muhammad Azhar dan Hassan Basri, 2005).
Proses pengajaran yang dilaksanakan tanpa berasaskan teori dan perancangan
yang teliti bukan sahaja akan menjadikan seseorang pelajar gagal untuk
menguasai kemahiran-kemahiran bahasa, tetapi menggambarkan kekurangan
penguasaan guru terhadap aspek ilmu dan pedagogi bahasa tersebut. Mengikut
Osman Khalid (2000), tahap penguasaan kemahiran berbahasa Arab di
kalangan pelajar adalah semakin menurun dan di bawah paras jangkaan yang
patut ada pada mereka. Kesimpulan yang dinyatakan oleh Osman Khalid ini
adalah didasarkan kepada pengalaman belasan tahun beliau dan rakan-rakan
sebagai pemeriksa kertas bahasa Arab sama ada di peringkat PMR, SPM dan
STPM dan juga sebagai tenaga pengajar bahasa Arab di Fakulti Pengajian
Islam, UKM.
9
1.3 Persoalan Kajian
Kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat menjawab persoalan-persoalan
berikut :
1.3.1 Pendekatan Komunikatif
i. Adakah pendekatan komunikatif dalam pengajaran
Bahasa Arab Komunikasi memberi kesan terhadap
pencapaian pelajar ?
ii. Adakah aktiviti komunikatif yang dilaksanakan oleh guru
lebih berkesan berbanding dengan pendekatan biasa yang
lazim diamalkan oleh guru bahasa Arab di dalam kelas?
1.3.2 Kepercayaan pelajar terhadap pencapaian lisan
i. Adakah terdapat perbezaan pencapaian antara gender
pelajar ?
ii. Adakah status sosio-ekonomi keluarga mempengaruhi
pencapaian pelajar?
iii. Adakah pencapaian mata pelajaran bahasa di peringkat
UPSR mempengaruhi pencapaian pelajar?
10
1.3.3 Persepsi Guru
i. Apakah persepsi guru terhadap pendekatan komunikatif ?
ii. Apakah persepsi guru terhadap pendekatan pengajaran
mereka ?
1.3.4 Pencapaian Keseluruhan Pelajar
i. Adakah terdapat perbezaan min markah ujian pra dan
ujian pos.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat kesan pendekatan
komunikatif terhadap pencapaian lisan di kalangan pelajar bahasa Arab
Komunikasi. Secara khususnya objektif kajian ini adalah seperti berikut :
i. membandingkan kesan pendekatan komunikatif dengan
pendekatan yang lazim diamalkan oleh guru bahasa Arab.
ii. mengenalpasti perbezaan pencapaian ujian lisan pelajar dalam
kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen.
iii. mengenalpasti persepsi guru terhadap pendekatan komunikatif
dalam pengajaran mereka.
iv. Mengenalpasti perbezaan pencapaian pelajar dari segi :
a. gender
11
b. status sosial-ekonomi
c. pencapaian cemerlang mata pelajaran UPSR
v. Membandingkan min pencapaian sebelum dan selepas
pengajaran.
1.5 Hipotesisi Kajian
Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk menguji hipotesis utama seperti
berikut :
Ho 1 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min pencapaian
kumpulan eksperimen dan kawalan.
Ho 2 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min pencapaian
keseluruhan pelajar lelaki dan perempuan dalam ujian lisan.
Ho 3 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara latar belakang sosio –
ekonomi keluarga dengan min pencapaian keseluruhan pelajar.
Ho 4 : tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor peningkatan
markah keseluruhan dengan pencapaian UPSR bahasa.
Ho 5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara min markah ujian
pra dengan min markah ujian pos.
Ho 6 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kepelbagaian aktiviti
komunikatif dengan min pencapaian keseluruhan pelajar.
12
: tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pendekatan
biasa dengan pencapaian keseluruhan pelajar.
1.6 Kerangka Konseptual Kajian
Satu rangka konseptual diperlukan untuk memandu kajian ini supaya menjurus
kepada tujuan dan matlamat kajian. Untuk tujuan itu, Rajah 1.0 dibentuk supaya
kajian kesan pendekatan komunikatif lebih terarah kepada matlamat kajian.
Kajian kesan pendekatan komunikatif terhadap pencapaian pelajar adalah
berasaskan kepada pemboleh ubah tidak bersandar, teori pendekatan
komunikatif dan pemboleh ubah bersandar berdasarkan kerangka seperti rajah
1.0 di bawah.
13
PELAJAR
LATAR BELAKANG IBUBAPA
STATUS SOSIO - EKONOMI
GURU
Rajah 1.0 : Kerangka Konseptual Kajian
PEMBOLEH UBAH TIDAK
BERSANDAR
PEMBOLEH UBAH BERSANDAR
P
E
N
D
E
K
A
T
A
N
K
O
M
U
N
I
K
A
T
I
F
PENCAPAIAN PELAJAR
14
1.7 Kepentingan Kajian
Sukatan pelajaran Bahasa Arab Komunikasi yang mula diperkenalkan pada
tahun 1991 menyarankan penggunaan pendekatan komunikatif dan pengajaran
dan pembelajaran. Tujuan utama pengajaran Bahasa Arab Komunikasi
berasaskan pendekatan komunikatif supaya para pelajar dapat menggunakan
bahasa Arab dengan baik secara lisan dan penulisan dalam pelbagai situasi.
Kajian yang akan dijalankan cuba meninjau sejauh mana pendekatan
komunikatif dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran Bahasa Arab dan
kesannya terhadap peningkatan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar.
Dapatan dari kajian ini diharapkan akan dapat membantu pelbagai pihak untuk
mengambil langkah-langkah yang perlu untuk meningkatkan kualiti pengajaran
guru dan meningkatkan kemahiran pelajar dalam berkomunikasi.
Kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat membantu Jabatan Pelajaran,
Pejabat Pelajaran Daerah, Pentadbir sekolah dan guru bahasa Arab khususnya
untuk mengenal pasti punca kegagalan pelajar untuk menguasai kemahiran-
kemahiran bahasa dan seterusnya memperolehi keputusan cemerlang dalam
mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi pada peringkat PMR. Kajian ini juga
diharapkan dapat memberi imformasi berguna tentang keberkaitan pemilihan
pendekatan pengajaran guru dengan penguasaan kemahiran bertutur di
kalangan pelajar dan pencapaian mereka di dalam peperiksaan.
Melahirkan para guru yang mempunyai visi yang bersesuaian dengan hasrat
negara adalah merupakan misi penting Bahagian Pendidikan Guru, KPM. Ianya
telah dinyatakan secara jelas dalam falsafah pendidikan guru iaitu untuk
15
melahirkan guru yang mempunyai wawasan dan dapat mentafsir serta memupuk
aspirasi dan matlamat yang ingin dicapai oleh negara. Ini amat penting dalam
melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, progresif dan dinamik
(BPG, 1982).
Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan panduan kepada organisasi
pendidikan khususnya Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), selaku
pihak yang bertanggungjawab secara lansung kepada pendidikan bahasa Arab
untuk merangka perancangan dan strategi pengajaran alternatif bagi
meningkatkan penguasaan pelajar terhadap kemahiran-kemahiran bahasa
khususnya kemahiran bertutur samada diperingkat rendah mahupun menengah.
Mengikut Bennet (1992), tanpa strategi sesebuah organisasi pendidikan tidak
berkeyakinan untuk mengambil peluang mahupun mengekang ancaman bagi
memastikan segala matlamat yang dirancang oleh organisasi tercapai.
1.8 Batasan Kajian
Memandangkan masa kajian serta sumber yang terhad, kajian ini hanya
melibatkan sebuah sekolah menengah di daerah Seberang Perai Utara yang
mempunyai Kelas Aliran Agama (KAA) sahaja. Kajian ini akan hanya melibat
pelajar tingkatan 1 kelas KAA di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang
Tok Jaya.
Selain daripada itu, kajian ini juga hanya memfokuskan kepada kesan
pencapaian lisan yang hanya menguji kemahiran mendengar dan bertutur. Ini
kerana kemahiran-kemahiran ini merupakan merupakan kemahiran yang diuji
dalam ujian lisan bahasa Arab PMR bermula tahun 2005.
16
Penekanan dalam kajian ini juga turut diberikan kepada aspek kefahaman
konsep pendekatan komunikatif, pendedahan kepada pengetahuan pendekatan
komunikatif, pelaksanaan prinsip pendekatan komunikatif, pendedahan kepada
pengetahuan pendekatan komunikatif, pelaksanaan prinsip-prinsip pendekatan
komunikatif, masalah pengajaran menggunakan pendekatan komunikatif,
cadangan bagi mengatasi masalah tersebut dan kesan terhadap peningkatan
kemahiran komunikasi dalam bahasa Arab di kalangan pelajar.
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Kesan
i. Konseptual
Berdasarkan Kamus Dewan (2005), kesan membawa maksud tanda
yang ditinggalkan oleh sesuatu bekas. Ianya juga membawa maksud
sesuatu samada kebaikan atau keburukan yang timbul daripada sesuatu
kejadian, perbuatan, tindakan dan lain-lain. Sementara itu Kamus Oxford
(1998) pula mentakrifkan kesan sebagai satu perubahan yang
merupakan satu hasil atau akibat daripada satu tindakan atau sebab lain.
Ia juga membawa maksud takat di mana sesuatu perkara itu berjaya atau
terlaksana.
ii. Operasional
Perkataan kesan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah perubahan dari
segi kemampuan pelajar untuk berkomunikasi dengan menggunakan
17
medium bahasa Arab. Ianya dapat diukur berdasarkan penilaian lisan
yang dijalankan pada akhir sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Penilaian yang dilakukan akan menggunakan
konstrak tatabahasa dan kosa kata, sebutan, intonasi dan nada, fasih dan
bermakna serta bertatasusila.
1.9.2 Pendekatan
i. Konseptual
Mengikut Kamus Dewan (2005), pendekatan membawa maksud kaedah,
cara, langkah dan sebagainya yang diambil untuk memulakan dan
melaksanakan tugas. satu cara berurusan dengan sesuatu. Kamus
Oxford (1998) pula mentakrifkan pendekatan sebagai satu cara
berurusan dengan sesuatu atau satu cadangan awal atau permintaan.
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan
untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi
pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau
sesuatu kemahiran. (http://www.teachersrock.net/pdkt.htm diakseskan
pada 15.03.2007)
ii. Operasional
Dalam kajian ini, pendekatan dimaksudkan sebagai satu kaedah dan cara
yang dilaksanakan oleh guru bahasa Arab untuk mencapai tujuan
pembelajaran melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah
18
dirancang terlebih dahulu. Ianya bermula sebaik sahaja ucapan salam
dan bacaan doa sehinggalah tamat tempoh pengajaran guru tersebut.
1.9.3 Pendekatan Komunikatif
i. Konseptual
Mengikut Kamus Dewan (2005), pendekatan membawa maksud kaedah,
cara, langkah dan sebagainya yang diambil untuk memulakan dan
melaksanakan tugas. Komunikatif pula bermaksud sedia atau dapat
berhubung untuk mengadakan komunikasi atau menyampaikan sesuatu
maksud. Hasil daripada gabungan perkataan pendekatan dan komunikatif
membawa maksud kaedah perhubungan secara komunikasi untuk
menyampaikan sesuatu maksud. Muhammad Azhar dan Hassan Basri
(2005) mendifinasikan pendekatan komunikatif sebagai satu pendekatan
dalam pengajaran bahasa yang melihat bahasa itu perlu diajar melalui
cara komunikasi.
Kamaruddin (1998), mentakrifkan pendekatan komunikatif sebagai
pendekatan yang berpusatkan kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti
meminta maaf, bercerita, melapor, menyampaikan maklumat dan lain-lain
lagi yang diperlukan dan berlaku dalam amalan masyarakat. Pendekatan
ini menekankan kepada bagaimana menyerapkan bentuk-bentuk
pendekatan gramatikal yang bertujuan komunikatif.
19
ii. Operasional
Pendekatan komunikatif dalam kajian ini merujuk kepada segala aktiviti
pengajaran guru dan pembelajaran murid sama ada yang melibatkan
interaksi guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar yang
menggunakan bahasa Arab sebagai medium untuk menyampaiakn apa
sahaja maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran.
1.9.4 Pencapaian
i. Konseptual
Peningkatan prestasi yang ditunjukkan atau hasil yang diperolehi selepas melalui
satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian boleh dilihat dalam
bentuk markah, perubahan tingkah laku, sikap dan lain-lain. Menurut Kamus
Dewan (2005), pencapaian adalah apa yang telah dicapai, diperolehi atau
dihasilkan.
ii. Operasional
Dalam kajian ini, pencapaian adalah markah yang diperolehi oleh para pelajar
dalam ujian lisan selepas pengajaran menggunakan aktiviti pendekatan
komunikatif untuk kumpulan eksperimen dan pengajaran yang lazim digunakan
oleh guru bahasa Arab untuk kumpulan kawalan.
20
1.9.5 Bahasa Arab Komunikasi
i. Konseptual
Mengikut Kamus Dewan (2005), bahasa ialah sistem bunyi suara yang
dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.
Arab pula bermaksud bangsa yang berasal dari semenanjung besar barat
daya Asia. Dengan ini bahasa Arab ialah bahasa yang dituturkan oleh
bangsa ini yang merupakan bahasa al-Quran.
Sementara itu mengikut Nik Hassan Basri (2005) bahasa ialah kebolehan
semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang
arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk
berkomunikasi. Perkataan komunikasi pula seperti yang ditakrifkan oleh Ee
Ah Meng (1996) ialah merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan
atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami
maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku.
ii. Operasional
Bahasa Arab dalam kajian ini merujuk kepada satu mata pelajaran elektif
yang diajar kepada pelajar di SMK Agama dan Kelas Aliran Agama (KAA) di
Sekolah Menengah Kebangsaan bermula dari tingkatan satu hingga
tingkatan tiga. Jumlah jam yang diperuntukkan untuk pengajaran mata
pelajaran ini secara formal ialah selama 4 jam seminggu.
21
1.10 Rumusan
Dalam bab ini penyelidik menerangkan secara ringkas latar belakang pengajaran
bahasa Arab di Malaysia dan juga sejarah pendekatan komunikatif yang
diamalakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab Komunikasi.
Kajian ini dijalankan berdasarkan pernyataan masalah yang timbul iaitu
kelemahan yang masih wujud dalam pencapaian bahasa Arab di kalangan para
pelajar khususnya dalam penguasaan kemahiran bertutur. Persoalan-persoalan
yang ditimbulkan telah membawa kepada penetapan objektif dan kepentingan
kajian yang dilakukan ini.
Sementara itu hipotesisi yang dinyatakan oleh penyelididk diharapkan dapat
menyelesaikan beberapa permasalahan yang berkaitan di antara pemboleh
ubah-pemboleh ubah. Penyelidik juga telah menghadkan batasan kajian dari
segi tempat dan fokus kajian supaya ianya tidak bersifat terlalu umum. Kajian ini
akan dijalankan di dua buah sekolah dan hanya melihat kesan pencapaian lisan
sahaja. Bagi menjelaskan tajuk kajian pula penyelidik telah menjelaskan definisi
frasa yang membentuk tajuk kajian secara konseptual dan operasional. Ini
dilakukan supaya konsep dan istilah yang digunakan dapat difahami dengan
jelas dan tidak timbul lagi sebarang kesamaran.
22
BAB 2
SOROTAN LITERATUR
2.0 Pendahuluan Kemahiran bertutur dengan menggunakan bahasa Arab Fushah adalah salah
satu kemahiran yang harus dikuasai oleh semua pelajar yang mempelajari mata
pelajaran Bahasa Arab Komunikasi dan mesti menjadi kemahiran utama yang
mesti dicapai oleh setiap pelajar. Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi
(BAK) yang diajar di sekolah menengah menyatakan dengan jelas bahawa
Kurikulum BAK dengan jelas menghendakkan pengajaran Bahasa Arab
menggunakan pendekatan komunikatif. Menurut Abd. Rahim (1999),
pendekatan ini masih lagi diragui dan tidak difahami oleh sebahagian besar guru
bahasa Arab di Malaysia. Hal ini menyebabkan mereka tidak mempunyai
keupayaan untuk melaksanakan pengajaran bahasa Arab mengikut kaedah dan
pendekatan yang disarankan dan terus bertahan dengan kaedah tradisional.
Kemantapan penguasaan guru terhadap pedagogi pengajaran dan pembelajaran
sesuatu yang bermakna. Ini kerana mengikut Esah Sulaiman (2004) aktiviti
pengajaran dan pembelajaran adalah aktiviti yang tidak dapat dipisahkan dengan
penguasaan kemahiran pedagogi. Ianya akan menjadikan pengajaran guru itu
berkesan dan pengajaran yang berkesan akan membantu murid-murid
memahami mata pelajaran dengan lebih mudah dan menjadikan ianya
menyeronokkan. Mengikut Dick & Reiser (1989) di dalam
http://www.tutor.com.my/tutor/motivasi/artikel/pendidikan pembelajaran berkesan
adalah pembelajaran yang menyeronokkan. Keseronokan belajar adalah sesuatu
23
yang diharapkan oleh semua golongan guru terhadap pelajar-pelajarnya.
Keseronokan membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak belajar,
manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajar-
pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam
proses pengajaran pembelajaran.
2.1 Tujuan Kemahiran Komunikatif
Mengikut Margie S Berns (1984), fungsi bahasa adalah untuk berinteraksi dan
ianya adalah meliputi interaksi interpersonal dan interaksi dalam hubungan
dengan masyarakat. Oleh kerana itu pembelajaran bahasa perlu melihat
penggunaan atau fungsi bahasa dalam kedua-dua konteks iaitu linguistik dan
kemasyarakatan. Mengikut Teori Konstruktivisme Sosial yang telah
diperkenalkan oleh Lev Semenovich Vygotsky (1962), bahasa ( ucapan dan
tulisan ) yang digunakan semasa berinteraksi memainkan peranan yang amat
penting sebagai alat komunikasi bagi membina dan memperkembang
pengetahuan dan pengalaman. Ini kerana menurut L.S Vygotsky (1978) lagi,
perkembangan dalam diri kanak-kanak berlaku dua kali iaitu pada peringkat
masyarakat dan pada peringkat diri sendiri. Kedua-dua peringkat perkembangan
ini akan membolehkan berlaku dan terbentuknya pemikiran pada tahap tinggi
(high order thinking) dan intrapersonal
(http://planet.time.net.my/KLCC/azm01/teori/ Teori_Pembudayaan_Sosial. htm
diakseskan pada 22.01.2007 ).
Berdasarkan teori di atas, interaksi komunikasi sosial berperanan penting dalam
membina pengetahuan dalam minda pelajar. Ini kerana interaksi sosial
24
merupakan salah satu persekitaran semula jadi yang dialami oleh individu-
individu yang normal. Berdasarkan kepentingan interaksi komunikatif dalam
pembelajaran murid, guru haruslah mewujudkan aktiviti komunikatif yang
berbentuk interaksi sosial di kalangan para pelajar dengan pelajar, pelajar
dengan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan demikian,
seorang guru itu dapat membantu kanak-kanak yang mula mengikuti pendidikan
formal melengkapkan serta memperbaiki pengetahuan tidak formal yang telah
terbina sebelum ini. Menurut Ginsburg & Baron ( 1993), satu pendekatan yang
berguna haruslah boleh merangsang secara spontan, minat dan penglibatan
kanak-kanak dalam persekitaran yang semula jadi dan menolong mereka
memperkembang dan melengkapi pengetahuan yang tidak formal.
Sementara itu Koehler dan Prior (1993) pula menegaskan bahawa interaksi guru
dan pelajar adalah sesuatu yang penting semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini adalah didasarkan kepada dapatan kajiannya bahawa ramai
responden bersetuju bahawa proses pengajaran dan pembelajaran boleh
berlaku tanpa buku teks, papan tulis, atau bahan manipulatif, tetapi proses
pembelajaran hanya akan berlaku untuk beberapa orang pelajar sahaja
sekiranya interaksi pelajar dengan guru dan rakannya dihapuskan. Interaksi
pelajar dengan guru dan rakan sebayanya merupakan ’nadi’ kepada
terlaksananya proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, interaksi sosial
antara guru dan pelajar, pelajar dengan pelajar, secara individu atau
berkumpulan kecil merupakan satu proses komunikasi yang harus diwujudkan di
dalam bilik darjah pengajaran dan pembelajaran.
25
2.2 Proses Pelaksanaan Komunikasi lisan
Perlaksanaan komunikasi lisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mempunyai struktur-struktur tertentu dengan fungsi dan konteks tersendiri.
Kecekapan guru memanipulasikan struktur-struktur tersebut akan mempengaruhi
kualiti komunikasi mereka dan pebelajaran murid. Kajian tentang pelaksanaan
komunikasi lisan terdiri daripada dua perspektif iaitu komunikasi lisan dalam
pengajaran dan penggunaan struktur komunikasi lisan ( Mehan, 1979; Cazden,
1988).
Komunikasi lisan dalam pengajaran bermula apabila guru melakukan inisiasi
dengan mengemukakan soalan rangsangan untuk menggalakkan pelajar
berkomunikasi (Steinberg 1985; Cazden 1988). Guru berfungsi sebagai
pembimbing, pemudah cara serta pendorong kepada pelajar (Breen dan Candlin
1980). Guru harus mengurangkan bercakap tetapi banyak mendengar dan
membimbing serta menggalakkan pelajar berinteraktif secara aktif. Pelajar akan
lebih bersemangat untuk menggunakan bahasa yang dipelajari kerana mereka
diberi peluang seluas-luasnya untuk berkomunikasi (Larsen-Freeman 1986).
Guru juga mestilah sentiasa memikirkan strategi pengajaran yang sesuai untuk
meningkatkan penguasaan bahasa pelajar. Antara strategi yang sesuai
dilakukan ialah mempraktikkan aktiviti seperti perbualan, perbincangan,
syarahan dan ucapan (Safiah Osman, 1996). Hammer J (1983) telah
menyenaraikan lima tugas yang patut dimainkan oleh guru yang menggunakan
pendekatan komunikatif :
i. Sebagai pengawal perjalanan pembelajaran pelajar.
26
ii. Sebagai penilai dan membetulkan kesalahan pelajar.
iii. Sebagai pengurus pembelajaran pelajar.
iv. Sebagai pembina rangsangan semasa melaksanakan tugas
pengajaran.
v. Sebagai peserta; menawarkan bantuan bila diperlukan oleh
pelajar.
2.3 Matlamat Pendekatan Komunikatif
Menurut Hymes (1972), matlamat pengajaran bahasa secara komunikatif ialah
untuk mencapai apa yang diistilahkan sebagai “kecekapan komunikatif”
(communicative competence). Canale dan Swain (1980) bersetuju bahawa
kemahiran berkomunikasi (communicative competence) adalah penting difahami
dan ia adalah kemahiran yang diperlukan dalam proses berkomunikasi dan ini
boleh dihasilkan sekiranya proses pembelajaran berlaku di dalam situasi yang
sebenar (real).
Richards dan Rodgers (1991) menyarankan dua matlamat pendekatan
komunikatif dalam pengajaran bahasa:
i. Untuk menjadikan kemahiran berkomunikasi sebagai matlamat
pengajaran bahasa; dan
ii. Untuk memperkembangkan cara pengajaran kemahiran yang
melambangkan saling berkaitan antara bahasa dan proses
komunikasi.
27
Sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa pengajaran bahasa secara
komunikatif lebih menekankan aspek pengetahuan tentang peraturan
menggunakan sesuatu bahasa di samping tatabahasa yang betul. Ia juga
berkaitan dengan apa yang seseorang itu perlu dengan bahasa yang hendak
diucapkan. Dengan lain perkataan, tujuan pendekatan komunikatif ialah untuk
membuka peluang seluas-luasnya kepada para pelajar menggunakan bahasa
yang betul yang mempunyai nilai-nilai komunikasi yang tinggi di dalam bilik
darjah. Dengan ini juga pelajar dapat membaca dan memahami ayat-ayat
bahasa asing (bahasa Arab) di samping dapat menyelesaikan berbagai masalah
bahasa berkomunikasi yang sering kali diberikan kepada mereka.
2.4 Elemen-elemen Komunikatif
Komunikasi adalah suatu proses yang membabitkan penyampai dan penerima
yang menyampaikan dan menerima maklumat dan menghasilkan kesan.
Mengikut Verderber (1977) komunikasi adalah satu proses mengongsi makna
yang dilakukan melalui proses pengiriman dan penerimaan baik secara sengaja
ataupun sebaliknya.
Oleh kerana itu, mengikut Chomsky (1957) di dalam Mohd Shaarani (2004)
komunikasi akan berlaku apabila penutur dan pendengar memiliki dua perkara
penting, iaitu kemampuan dan pengucapan. Kemampuan yang dimaksudkan
berada dalam otak yang berupaya merumus dan menghasilkan kalimat yang
tidak terbatas banyaknya. Dengan lain perkataan kemampuan adalah
pengetahuan penutur mengenai bahasanya dan pengucapan pula adalah unsur
yang berada di luar dan dapat diertikan sebagai bunyi–bunyi yang dilafazkan.
28
Bunyi-bunyi ini mempunyai makna dan dapat difahami oleh pendengarnya.
Kemampuan menghasilkan pengucapan atau-pun bunyi-bunyi inilah yang
menghasilkan pertuturan iaitu ayat-ayat yang didengar oleh pendengar melalui
telinga ke otak dan diulangi apabila sipendengar bertutur.
Berdasarkan skema laku-ucapan ini jelas menunjukkan setiap komunikasi adalah
dilakukan oleh dua orang tertentu. Ianya dapat dilihat seperti yang diringkaskan
melalui rajah 2.1 di bawah :
Penutur Pendengar
Pemberi Penerima
Rajah 2.1 : Elemen Komunikasi
Sementara itu Widdowson (1979), telah mengklasifikasikan kemahiran
mendengar dan membaca sebagai kemahiran menerima komunikasi dan
kemahiran bertutur dan menulis adalah kemahiran menyampaikan komunikasi.
Kemahiran mendengar dan bertutur menggunakan media lisan dan kemahiran
menulis dan membaca menggunakan media tulisan.
2.5 Model Aktiviti Komunikatif
Mengikut Littlewood (1981), aktiviti komunikatif dapat dibahagikan kepada dua
peringkata iaitu aktiviti pra komunikatif dan aktiviti komunikati. Aktiviti-aktiviti ini
Mesej/ Maklumat
29
dilaksanakan secara berperingkat seperti rajah 2.2. Pada peringkat aktiviti pra
komunikatif para pelajar dilatih dengan latihan separa kemahiran komunikatif.
Ianya dilakukan secara berulang-ulang melalui pelbagai cara yang bertujuan
untuk memboleh pelajar mempelajari bahasa yang sesuai didalam pelbagai
situasi. Melalui aktiviti komunikatif juga pelajar berpeluang menggunakan bahasa
untuk melakukan pelbagai tugas komunikasi dan menggunakan bahasa untuk
interaksi sosial dengan orang lain.
Oleh kerana pengajaran bahasa melalui pendekatan komunikatif adalah
pendekatan yang menggunakan situasi-situasi kehidupan sebenar yang
memerlukan kepada komunikasi, maka mengikut Ann Galloway (1993), adalah
menjadi tanggungjawab guru mewujudkan satu situasi bahawa pelajar-pelajar
adalah berkemungkinan untuk berjumpa dalam kehidupan sebenar. Keadaan ini
berbeza cara pengajaran bahasa yang menggunakan pendekatan audiolingual
yang bergantung pada pengulangan dan pengajukan. Melalui simulasi-simulasi
kehidupan sebenar yang sentiasa bertukar dari hari ke hari menjadikan pelajar
bermotivasi untuk belajar dan ianya datang daripada keinginan mereka untuk
belajar dalam cara yang bermakna.
Latihan penggunaan bahasa asing yang dipelajari adalah merupakan asas
penting dalam pembelajaran bahasa. Melalui latihan ini pelajar berpeluang untuk
berlatih kemahiran komunikatif, melancarkan sebutan dalam sistem bahasa dan
akhirnya mempunyai kemahiran untuk peringkat seterusnya iaitu aktiviti
komunikatif. Latihan penggunaan bahasa ditumpukan kepada du perkara :
pertama, bentuk linguistk dan kedua, makna yang perlu disampaikan. Walaupun
begitu, pendekatan ini tidak menghalang pembelajaran bahasa asing sekiranya
30
Aktiviti Komunikatif Fungsian Aktiviti Interaksi Sosial
pelajar kurang mahir dalam penguasaan bentuk linguistik, sebaliknya pelajar
digalakkan menggunakan segala perbendaharaan kata yang sedia ada bagi
memindahkan makna dalam penggunaaan bahasa asing pada sesuatu
komunikasi sosial ( Littlewood, 1981).
Aktiviti Struktural
Rajah 2.2 : Aktiviti Komunikatif Modul Littlewood (1981)
Littlewood (1981), seterusnya menambah bahawa latihan-latihan dalam
pendekatan komunikatif mempunyai tujuan-tujuan seperti berikut :
Aktiviti Komunikatif
Aktiviti Prakomunikatif
Aktiviti Spara Komunikatif
31
1. Meluaskan konteks komunikasi pelajar agar mereka dapat memberikan
tumpuan kepada makna tanpa memikirkan kepada bentuk linguistik yang
perlu digunakan.
2. Membantu pelajar meningkatkan kecekapan bahasa yang akan
digunakan.
3. Meningkatkan kebolehan pelajar untuk memilih bentuk bahasa yang
paling sesuai dengan konteks penggunaannya.
2.6 Bentuk dan Struktur Interaksi Komunikatif
Aktiviti komunikatif ialah aktivirti yang menggunakan kemahiran komunikasi
sepenuhnya ketika melakukan sesuatu interaksi. Berdasarkan Modul aktiviti
komunikati Littlewood dalam rajah 2.2, terdapat dua bentuk aktiviti komunikasi
yang boleh digunakan iaitu aktiviti komunikasi fungsian dan aktiviti hubungan
sosial.
Mengikut Littlewood (1981), aktiviti komunikasi fungsian dapat dibahagikan
kepada beberapa aktiviti seperti berikut :
1. Berkongsi maklumat dengan kerjasama yang terkawal. Untuk
melaksanakan aktiviti ini pelajar perlu berkongsi maklumat terhad yang
ada pada mereka seperti mengenalpasti maklumat yang hilang dalam
gambar yang sama tetapi tidak serupa, mencari pasangan yang sama
dari gambar-gambar yang diberikan dan lain-lain lagi. Perkongsian
maklumat ini dilakukan untuk menjayakan tugasan yang diberikan.
32
2. Berkongsi maklumat dengan kerjasama yang tidak terkawal. Dalam
aktiviti ini pelajar perlu melibatkan diri dalam kerjasama sepenuhnya di
kalangan kumpulan pelajar bagi menyelesaikan masalah atau tugasan.
Pelajar perlu berkomuniukasi untuk menyusun corak atau gambar
mengikut arahan yang diberikan.
3. Berkongsi untuk memproses maklumat. Dalam aktiviti ini pelajar perlu
berbincang untuk menilai maklumat bagi menyelesaikan sesuatu masalah
atau tugasan.
4. Aktiviti memproses maklumat. Aktiviti ini memerlukan pelajar mempunyai
maklumat tentang semua fakta. Ini akan merangsang pelajar untuk
berkomunikasi kerana mereka perlu berbincang bagi menilai fakta yang
dikumpul bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Sementara itu aktiviti interaksi sosial mengikut Littlewood (1981) ialah aktiviti
aktiviti penggunaan bahasa dalam situasi yang hampir menyerupai penggunaan
bahasa sebenar dan ianya boleh dilakukan melalui :
1. Guru menjadikan bilik darjah sebagai persekitaran sosial. Segala
perbualan dalam bahasa perlu dilaksanakan melalui penggunaan dialog
dalam bahasa tersebut.
2. Menyediakan aktiviti simulasi dan main peranan bagi membolehkan
pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari.
3. Menyediakan aktiviti permaianan bahasa.
33
4. Menjalankan aktiviti perbincangan dan perbahasan tetang isu-isu
semasa.
Dari segi kriteria aktiviti komunikatif pula, Hammer (2001) telah menggariskan
beberapa kriteria seperti berikut :
1. Tujuan komunikasi. Untuk melakukan komunikasi sebenar dan bukan
untuk mempraktikkan bahasa sahaja. Oleh itu ada jurang maklumat
antara peserta komunikasi.
2. Hasrat komunikasi. Aktiviti hendaklah menimbulkan hasrat untuk
berkomunikasi. Pelajar merasakan mereka benar-benar perlu untuk
berkomunikasi.
3. Kandungan dan bukan struktur. Dalam melaksanakan aktiviti, pelajar
perlu menumpukan perhatian kepada apa yang mereka perkatakan dan
bukan kepada bagaimana mereka memperkatakan.
4. Kepelbagaian struktur bahsa. Aktiviti hendaklah membolehkan pelajar
menggunakan pelbagai bentuk struktur bahasa. Dengan ini pelajar akan
merasa bebas untuk menggunakan apa jua bentuk struktur bahasa yang
menjadi pilihan.
5. Tiada campur tangan guru. Aktivi ini membolehkan pelajar
melaksanakannya sesama mereka. Penilaian guru adalah berasaskan
kepada pencapaian pelajar dalam komunikasi dan bukan penggunaan
bahasa.
34
6. Tiada pengawalan bahan. Aktiviti tidak mengawal bahasa yang akan
digunakan oleh pelajar tetapi pelajar yang memilih sendiri bahasa yang
akan mereka guna.
Rajah 2.3 : Modul Kriteria Aktiviti Komunikatif Hammer (2001)
Sementara Mehan (1979), membahagikan bentuk komunikasi lisan kepada
tiga iaitu arahan, maklumat dan pencukilan bakat. Ketiga-tiga bentuk
komunikasi ini dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan untuk mencapai objektif pengajaran dan kadar penggunaannya
KRITERIA AKTIVITI
KOMUNIKATIF
Tujuan Komunikasi
Hasrat Komunikasi
Kandungan Bukan Struktur
Kepelbagaian Struktur Bahasa
Tiada Campur Tangan Guru
Tiada Pengawalan Bahan
35
adalah tidak sekata. Ianya bergantung kepada tahap dan kandungan
pengajaran yang sedang dilaksanakan.
2.7 Bentuk Komunikasi Dalam Bilik Darjah
Bentuk komunikasi yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dapat diklasifikasikan kepada beberapa bentuk. Mengikut
Mohd Shaarani (2004) di antara bentuk komunikasi dalam bilik darjah ialah :
a. Bilik darjah jenis acuh tak acuh
Komunikasi berlaku secara bebas. Ia tidak menekankan mana-mana
corak ataupun jenis hubungan. Murid tidak dilarang daripada mencabar
pendapat guru dan mereka juga tidak didedahkan kepada maklumat-
maklumat berkaitan dengan penyataan idea-idea secara bebas.
b. Bilik darjah jenis perlindungan
Mengutamakan komunikasi bercorak sosio iaitu murid-murid digalakkan
menyesuaikan diri dan berkawan baik dengan orang lain dengan cara
menjauhkan diri daripada sebarang idea yang kontroversi. Mereka juga
dilarang mengemukakan idea-idea yang bercanggah.
c. Bilik darjah kepelbagaian
Murid-murid digalakkan mencari idea-idea baru dan kerap didedahkan
kepada bahan-bahan yang kontroversi. Dengan cara ini murid-murid
36
dapat membuat keputusan sendiri tanpa bimbang sebarang
percanggahan pendapat dengan mereka akan merosakkan perhubungan.
d. Bilik darjah jenis kesetujuan
Menekankan kedua-dua corak komunikasi (kepelbagaian dan
perlindungan): ketika murid-murid terdedah kepada isu-isu kontroversi,
mereka dikehendaki membentuk konsep yang dipadu dengan bentuk
komunikasi sosio tetapi dilarang melawan pendapat guru supaya tidak
menjejaskan hubungan guru-murid. Pada pandangan si murid, dia patut
belajar daripada idea-idea guru-guru dan menerapkan nilai-nilai yang
sesuai dalam kehidupan mereka.
Berdasarkan kepada pola komunikasi dalam bilik darjah yang telah dikemukakan
oleh Mohd Shaarani (2004), dapatlah dirumuskan bahawa sekurang-kurangnya
terdapat empat bentuk pola komunikasi yang boleh dilakukan oleh seseorang
guru. Mereka boleh memilih mana-mana pola yang sesuai mengikut keadaan
dan masa yang difikirkan perlu semasa melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini kerana suasana di dalam kelas dikuasai oleh guru dan
merekalah yang bertanggungjawab mencorakkan bagaimana kelas dan para
pelajarnya harus berfungsi ataupun berkomunikasi semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.
Walaupun guru mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan untuk
melaksanakan pola komunikasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
tetapi mengikut pengamatan penyelidik, bentuk komunikasi bilik darjah jenis
37
kepelbagaian adalah yang terbaik dan unggul bagi menyediakan kanak-kanak
untuk sebuah masyarakat membangun. Ini kerana mereka diberi kebebasan
untuk menjana idea-idea baru dan dibimbing untuk membuat keputusan. Hal ini
akan melahirkan murid-murid yang lebih tahu keadaan semasa, lebih menonjol
dalam pelajaran, lebih aktif di sekolah dan lebih matang dalam menyuarakan
pendapat.
2.8 Komunikasi Sewaktu Proses Pengajaran
Dalam bilik darjah orang yang terlibat dalam komunikasi ialah guru dan murid.
Komunikasi ini dibahagikan kepada komunikasi murid dengan murid dan guru
dengan murid.
2.8.1 Komunikasi Murid Sesama Murid
Perbualan dan perbincangan sesama murid menghasilkan banyak peluang untuk
menghurai, membuat justifikasi dan berkongsi cara dan idea mereka. Hasil dari
hubungan ini murid boleh bertukar pandangan dan pendapat mereka tentang
sesuatu perkara. Daya tanggapan setiap murid adalah berbeza mengikut tahap
perkembangan kognitif murid di samping dari mana proses pembelajaran yang
telah mereka lalui. Mengikut Mansor dan rakan-rakan (1979) hubungan ini
ditunjukkan dalam bentuk rajah 2.4.
38
Rajah 2.4 Komunikasi Murid Sesama Murid
Merujuk rajah 2.4, Individu A dan Individu B mempunyai pengalaman dan
pembelajaran yang berbeza. Semakin banyak kesamaan dalam pengalaman dan
pembelajaran anatara kedua individu itu, maka semakin mudah proses
komunikasi antara murid. Melalui pengalaman dan pembelajaran yang berbeza
juga akan memudahkan prose pembelajaran antara mereka memandangkan
murid lebih selesa bila bersama dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu guru
kena memastikan perhubungan ini diatur dan disusun supaya murid mendapat
manafaat dari proses komunikasi sesama mereka. Aktiviti kumpulan perlu
dititikberatkan supaya murid dapat menggunakan pengalaman mereka untuk
membantu rakan mereka dalam proses pembelajaran.
Individu A Individu B
Lapangan rujuk yang sama yang
memungkinkan
komunikasi antara murid.
39
2.8.2 Komunikasi Guru-Murid
Soal jawab yang mencabar merupakan cara yang berkesan untuk merangsang
pemikiran dan perbincangan serta membolehkan murid terlibat dengan
komunikasi dalam kelas (Karnowaski .L.1995). Hubungan ini membantu dan
memberi ruang kepada murid untuk memperkenalkan idea ,mendapat
maklumbalas tentang pendapat mereka di samping boleh mendengar
pandangan orang lain.Murid mempelajari sesuatu sebagaimana guru belajar dari
murid. Melalui hubungan ini murid boleh memberitahu guru apa yang mereka
tahu dan tidak tahu. Proses ini sebenarnya membina sebahagian daripada
kemahiran komunikasi (Azman, 2001)
Menurut Azman (2001) lagi, semasa berkomunikasi dengan pelajar guru
menggunakan tulisan di papan hitam untuk menjelaskan ideanya dan
berkomunikasi dengan murid. Guru juga menggunakan komunikasi lisan dan
komunikasi secara gerak-geri untuk menjelaskan ideanya.Ketiga-tiga cara di atas
membolehkan guru menyampaikan sesuatu idea apabila berkomunikasi dengan
murid. Bagi memastikan sesuatu idea dan konsep yang disampaikan dengan
berkesan guru sepatutnya mengetahui bila dan bagaimana menggunakan cara
berkomunikasi yang sesuai dengan murid.
2.9 Kajian Pendekatan Komunikatif
2.9.1 Kajian Luar Negara
Pengajaran bahasa secara komunikatif merupakan satu kaedah pengajaran
bahasa asing yang menganggap bahawa bahasa bukan setakat mengkaji dan
menganalisa himpunan perkataan semata-mata, malah bagaimana untuk
40
memahami nilai-nilai komunikasi yang terdapat dalamnya seperti yang diucapkan
oleh penutur atau ditulis oleh penulis (Abdullah Endut 1993).
Kajian pendekatan komunikatif dalam amalan pengajaran bahasa telah dilakukan
oleh ramai penyelidik dan telah bermula sejak tahun 60-an lagi. Diantara
penyelidik yang telah melaksanakan kajian ini ialah Frust dan Amidon (1967),
Amidon dan Flanders (1967), Flanders (1970), Sinclair dan Gumper (1973),
Brown (1987), Brumfit & Johnson(1979), Hymes(1972), Nattinger(1984),
Nunan(1987& 1989), Richards & Rodgers(1986), Rossner(1988),
Savingnon(1983), White(1989), Yalden (1983), (Hymes(1972) dan Littlewood
(1981).
Kajian pada peringkat awal tentang pendekatan komunikatif adalah tertumpu
kepada pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Sementara kajian dan tulisan
tahun 70-an pula lebih tertumpu kepada percakapan guru dan pelajar (Flanders,
1970; Sinclair & Coulthard, 1975; Mehan 1979). Kajian komunikasi lisan oleh
para sarjana sekitar tahun 80-an seperti Cazden (1986) dan Arends (1998) pula
banyak meninjau penglibatan pelajar dalam aktiviti kumpulan dan sesi soal
jawab. Hasil kajian Cadzen menyimpulkan komunikasi lisan pelajar berlaku
dengan lebih aktif melalui aktiviti kumpulan berbanding semasa pengajaran guru.
Ini kerana pelajar lebih banyak mendengar penerangan guru daripada terlibat
secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kajian-kajian sekitar tahun 90-an pula seperti kajian Ann Galloway (1993),
Pearson dan fernandez (1994), Braidi (1995), Polio dan Gass(1998) lebih
berfokus kepada struktur komunikasi lisan di dalam bilik darjah. Mereka juga
41
mengkaji hubungan antara komunikasi lisan guru dengan pelajar, peranan
komunikasi lisan dalam pengajaran dan juga bentuk-bentuk komunikasi lisan
yang berlaku.
Mengikut Ann Galloway (1993), pendekatan komunikatif dalam pengajaran
bahasa adalah satu pendekatan yang lahir hasil daripada ketidakpuasan hati
para pendidik dan ahli bahasa dengan audiolingual dan tatabahasa terjemahan
dalam pengajaran bahasa asing. Mereka berpendapat, pendekatan yang
diamalkan selama ini tidak menjadikan pembelajaran para pelajar berlaku
secara realistik dan bahasa yang lengkap. Hasilnya mereka tidak tahu
bagaimana untuk menggunakan ungkapan dan bahasa komunikasi sosial yang
sesuai bagi sesuatu bahasa yang mereka pelajari. Kegagalan ini merupakan
satu kerugian bagi seseorang pelajar bahasa.
Menurut Littlewood (1981) pula, pendekatan komunikatif dalam pengajaran
bahasa adalah pendekatan yang memberi perhatian terhadap fungsi sesuatu
bahasa. Ianya memberi penekankan kepada aktiviti-aktiviti komunikatif yang
melibatkan penggunaan bahasa yang betul dalam kehidupan harian. Richards
et.al. (.2003) pula berpandangan, pendekatan komunikatif adalah satu
pendekatan dalam pengajaran bahasa asing atau bahasa kedua yang
menekankan matlamat pembelajaran bahasa untuk kecekapan komunikatif.
Ianya juga bertujuan untuk menjadikan komunikasi sesuatu yang bermakna dan
tumpuan dalam seluruh aktiviti bilik darjah.
42
2.9.2. Kajian Dalam Negara
Di Malaysia, kajian pendekatan komunikatif dalam pengajaran juga telah
dilaksanakan oleh beberapa penyelidik. Di antara mereka ialah Arfah (1981),
Roselan(2003) dan Seman (2005). Kajian Arfah (1981) ini adalah difokuskan
kepada interaksi lisan dalam pembelajaran bahasa Melayu dan dikhususkan
kepada interaksi lisan yang tidak berkesan di antara guru dengan pelajar. Arfah
juga dalam kajiannya ini meninjau komunikasi yang berlaku di antara pelajar
dengan rakan sebaya di luar bilik darjah dan juga dengan ibubapa mereka di
rumah. Berdasarkan analisis perbualan Gumperz dan Herashimchuk(1973) Arfah
telah mengkelaskan perbualan kepada tiga kategori ; iaitu informasi, aktiviti dan
tindak balas negatif. Mengikut Arfah, komunikasi tidak berkesan berlaku apabila
strategi komunikasi yang berbeza digunakan di dalam bilik darjah.
Sementara itu kajian Roselan (2003) difokuskan untuk melihat amalan interaksi
lisan dalam pengajaran bahasa Melayu. Kajian ini ialah kajian kualitatif dan
dilaksanakan di empat buah sekolah berasrama penuh (SBP) yang elit. Melalui
pendekatan psikologi, Roselan menghuraikan amalan interaksi lisan dengan
tujuan untuk memahami rasional responden terhadap persepsi dan amalan
mereka ini. Di samping sebagai alat untuk menilai kefahaman pelajar,
kecekapan interaksi lisan juga akan menambahkan keyakinan pelajar untuk
belajar dan faktor penentu keberkesanan pengajaran.
Hasil kajian Roselan (2003) juga mendapati bahawa masalah kawalan kelas
menyebabkan kurangnya kecenderungan guru untuk melakukan interaksi lisan
secara ekstensif dengan pelajar dan, antara pelajar dengan pelajar. Seterusnya
43
Roselan juga turut meninjau bentuk-bentuk interaksi lisan yang berlaku semasa
pengajaran bahasa Melayu. Di antara bentuk-bentuk interaksi lisan yang menjadi
amalan guru ialah interaksi lisan penerangan, penyoalan, penilaian, kawalan dan
arahan. Selaian daripada itu kajian Roselan mendapati faktor pengalaman
antara faktor yang membolehkan para guru menguasai seni pelaksanaan
interaksi lisan pengajaran ini
Kesimpulan daripada kajian yang dilakukan ini, Roselan (2003) mendapati
perspektif guru terhadap amalan pengajaran masih lagi kekal dalam paradigma
tradisional walaupun mereka telah didedahkan dengan pelbagai teori dan
perspektif pendidikan. Oleh itu usaha untuk merubah perspektif tradisional
terhadap amalan pengajaran di kalangan guru perlu dilakukan dengan
bersungguh-sungguh.
Kajian Seman (2005) juga adalah kajian kualitatif yang difokuskan kepada
komunikasi lisan semasa pengajaran dan pembelajaran Komsas. Dalam kajian
ini, Seman telah menggabungkan model pengajaran Allwright dan Bailey (1991)
dan pendekatan Gumperz dan Herasimchuk (1973) untuk dijadikan satu model
kajian. Kajian kualitatif ini telah menggunakan lima orang responden guru yang
mengajar bahasa Melayu dan lima orang responden pelajar di tingkatan empat.
Kajian ini telah dilaksanakan di dua buah sekolah menengah ; sebuah di Kuala
Lumpur dan sebuah lagi di kawasan Hulu Langat, Selangor.
Dapatan kajian Seman (2005) ini dihuraiakan melalui dua bahagian; bahagian
pertama profil responden dan bahagian kedua ialah tafsiran serta rumusan
bentuk-bentuk interaksi lisan yang telah digunakan oleh responden kajian.
44
Sebanyak lima persoalan telah dilihat oleh Seman dalam kajiannya tentang
interaksi lisan dalam pengajaran Komsas. Persoalan-persoalan tersebut ialah :
i. Bagaimanakah guru dan pelajar menggunakan interaksi lisan
semasa inisasi dalam pengajaran dan pembelajaran Komsas.
ii. Bagaimanakah guru dan pelajar menggunakan interaksi lisan
semasa meminta informasi.
iii. Bagaimanakah guru dan pelajar menggunakan interaksi lisan
semasa menyampaikan informasi.
iv. Bagaimanakah guru dan pelajar menggunakan interaksi lisan
semasa menyampaikan arahan.
v. Bagaimanakah guru dan pelajar menggunakan interaksi lisan
semasa penutupan pelajaran.
Hasil kajian Seman (2005) ini mendapati masalah komunikasi lisan yang berlaku
ialah ianya banyak berfokus kepada guru dan penglibatan pelajar adalah terhad.
Selain daripada itu kekangan peperiksaan juga tururt menjadikan komunikasi
pengajaran guru adalah lebih berfokus kepada peperiksaan. Ini menyebabkan
banyak aspek perbincangan yang dilaksanakan adalah lebih tertumpu kepada
komponenan struktul sesebuah karya. Keadaan ini menjadikan interaksi lisan
hanya berlaku dalam bentuk komunikasi sehala dan pelajar hanya akan
menjawab apabila diminta oleh guru.
Walaupun begitu keadaan yang berlaku, kajian Seman ini mendapati aktiviti
komunikasi lisan telah dilaksanakan mengikut peringkat-peringkat pengajaran
dan pembelajaran dan berkait rapat dengan objektif serta strategi yang
digunakan oleh guru.
45
2.9.3 Kajian Pendekatan Komunikatif Dalam Pengajaran Bahasa Arab
Kajian secara khusus tentang pendekatan komunikatif dalam pengajaran bahasa
Arab masih kurang dilakukan oleh para penyelidik. Di antara mereka yang telah
menjalankan kajian tentang permasalahan dan pendekatan pengajaran bahasa
Arab ialah Sohair Abdel Moneim Sery (1990), Maimun Aqsha Lubis (1991), Ab.
Gani Jalil (1993), Mohd Azhar (2000), Jefriddin Pilus(2001) dan Arman Md.
Rusoff (2004).
Sohair Abdel Moneim Sery (1990) telah membuat kajian tentang masalah-
masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Sekolah-sekolah
Menengah Kebangsaan Agama dan mencadangkan beberapa cara untuk
mengatasi masalah-masalah itu. Beliau telah memilih 12 buah sekolah di seluruh
Malaysia sebagai sampel kajiannya ini. Beliau telah menggunakan kaedah soal
selidik untuk mengumpulkan data yang diperlukan dalam kajian ini, iaitu :
Pertama soal selidik tentang pendapat guru-guru berhubung dengan pengajaran
Bahasa Arab dan kedua soal selidik tentang pencapaian murid dalam Bahasa
Arab.
Melalui kajian ini, Sohair Abdel Moneim Sery (1990) mendapati pendekatan
komunikatif tidak dilaksankan sepenuhnya oleh para guru. Kaedah campuran
merupakan kaedah yang paling popular digunakan oleh guru-guru yang
mengajar bahasa Arab dan diikuti oleh kaedah terjemahan dan kaedah
menghafal. Walaupun dapatan kajian ini menunjukkan 73 % daripada responden
menyatakan tidak bersetuju penggunaan bahasa Ibunda dalam pengajaran
46
bahasa Arab namun masih ramai lagi guru yang menggunakan kaedah ini. Ini
kerana mereka tidak memiliki pengalaman dan keupayaan yang cukup untuk
mengajar bahasa ini. Kajian ini juga telah mendedahkan kepada kita secara tidak
langsung wujud pertentangan di antara kepercayaan guru terhadap kaedah
mengajar dengan amalan yang mereka laksanakan.
Berdasarkan kajian Sohair Abdel Moneim Sery (1990) juga, majoriti responden
iaitu 73 % yang menjadi sampel kajian ini berpendapat guru mempunyai peranan
penting untuk meningkatkan tahap pencapaian murid-murid dalam Bahasa Arab
di sekolah. Oleh itu ketidakupayaan guru untuk mengajar dan menggunakan
kaedah yang sesuai dalam pengajaran bahasa Arab adalah diantara penyebab
utama kemerosotan tahap pencapaian pelajar dan ketidakmampuan mereka
untuk mencapai tahap kemahiran bahasa pada tahap yang memuaskan.
Sementara itu Maimun Aqsha Lubis (1991) telah memfokuskan kajiannya untuk
membandingkan keberkesanan dua kaedah pengajaran bahasa Arab iaitu di
antara kaedah al-Sam'iyat al-Shafawiyah atau kaedah komunukatif dengan
Kaedah Taqlidiyah atau kaedah tradisional. Kajian ini dilaksanakan kepada
pelajar di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa. Kesan keberkesanan
kedua-dua kaedah ini dilihat melalui empat kemahiran bahasa iaitu mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Kaedah al-Sam'iyat al-Shafawiyah atau kaedah
komunikatif digunakan oleh golongan pensyarah yang mempunyai latar belakang
pendidikan TASL (Teaching Arabic as A Second Language), manakala Kaedah
Taqlidiyah pula digunakan oleh golongan pensyarah yang mempunyai latar
belakang pendidikan TAFL (Teaching Arabic as First Language).
47
Untuk memastikan kesahan serta kebolehpercayaan hasil kajian ini, kedua-dua
kumpulan pelajar yang terlibat dalam kajian ini dikawal dari segi jantina, bangsa,
pengetahuan asas bahasa Arab dan latihan bahasa Arab di luar kelas. Hasil
kajian yang telah dijalankan ini menunjukkan kedua-dua kaedah yang
dilaksanakan mempunyai kelebihan tersendiri. Kaedah al-Sam'iyat al-
Shafawiyah atau kaedah komunikatif mengatasi kaedah Taqlidiyah atau
Tradisionsl bagi kefahaman mendengar dan kemahiran bertutur. Sementara itu
kaedah Taqlidiyah (Tradisional) pula mengatasi kaedah al-Sam'iyat al-
Shafawiyah (Komunikatif) bagi kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Hasil kajian ini melahirkan Kaedah Elektik Sistematik yang merupakan gabungan
daripada kedua-dua kaedah yang ada.
Berbanding dengan kajian Sohair Abdel Moneim Sery (1990) dan kajian Maimun
Aqsha Lubis (1991), kajian Jefriddin Pilus(2003) difokuskan untuk melihat
pelaksanaan pendekatan komunikatif dalam pengajaran guru-guru bahasa Arab.
Kajian yang dilaksanakan oleh Jefriddin Pilus (2001) adalah satu kajian kes dan
dilaksanakan di kalangan guru di Sekolah Menegah Agama Persekutuan Labu,
Negeri Sembilan Darul Khusus. Kaedah pengumpulan maklumat telah yang telah
digunakan ialah kaedah Soal Selidik, Skedul pemerhatian dan Skedul Temu bual
9 orang responden yang mengajar Bahasa Arab Komunikasi telah dijadikan
sampel dalam kajian ini.
Hasil kajian yang dilaksanakan oleh Jefriddin Pilus (2001), mendapati
penggunaan kaedah komunikatif dalam pengajaran guru bahasa Arab adalah
pada tahap minimum. Puncanya seperti yang dinyatakan dalam dapatan kajian
ini ialah kefahaman para guru terhadap konsep pendekatan komunikatif dalam
48
pengajaran bahasa adalah pada tahap sederhana. Hasil analisis kajian juga
menunjukkan pendedahan guru terhadap konsep pendekatan komunikatif dalam
pengajaran masih tidak mencukupi dan berada di tahap sederhana. Majoriti
reponden menyatakan bahawa masalah utama mereka dalam menggunakan
pendekatan dalam pengajaran mereka ialah kekurangan pengetahuan yang
berkaitan dengan pendekatan komunikatif. Bagi mengatasi masalah yang
dihadapi oleh guru ini, Jefriddin Pilus (2001) ini juga telah mencadangkan agar
tahap pemahaman guru terhadap konsep dan aktiviti pendekatan komunikatif
dipertingkatkan. Ianya dapat dilakukan melalui kursus-kursus jangka pendek dan
jangka panjang, seminar serta pemantauan berterusan dari pihak yang berwajib.
Sementara itu Arman Md. Rusoff (2004) telah mengkhususkan kajiannya untuk
melihat persepsi pelajar terhadap penggunaan pendekatan komunikatif dalam
pengajaran Bahasa Arab Komunikasi. Dalam kajian ini kaedah soal selidik
digunakan untuk mengumpul maklumat daripada 120 orang responden. Mereka
adalah tingkatan empat SMK Agama Mahaad Hamidiah, Kajang yang telah
mengambil mata pelajaran bahasa Arab komunikasi di peringkat Penilaian
Menengah Rendah (PMR). Hasil kajian Arman mendapati bahawa pelaksanaan
aktiviti komunikatif yang dilaksankan oleh para guru adalah pada tahap tinggi.
Namun begitu penglibatan responden dalam aktiviti komunikasi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap sederhana sahaja.
2.10 Rumusan
Dalam bab ini penyelidik telah menjelaskan secara ringkas pada permulaannya
mengenai kaitan penguasaan guru terhadap ilmu pedagogi dengan kualiti
49
penyampaian dan pengajaran guru. Sebagai sokongan kepada kenyataan ini
penyelidik telah mengemukakan pandangan tokoh-tokoh dari dalam dan luar
negara. Selepas itu penyelidik mula membuat tinjauan tetang perkara-perkara
yang berkaitan dengan kemahiran komunikatif. Ini termasuklah tujuan kemahiran
komunikatif, proses pelaksanaan komunikasi lisan dalam pengajaran, elemen-
elemen, bentuk dan juga struktur komunuikasi lisan.
Penyelidik juga turut meninjau model aktiviti komunikatif dan kriterial pemilihan
aktiviti komunikatif dalam pengajaran bahasa. Seterusnya bagi melihat
kepentingan tajuk pendekatan komunikatif ini, penyelidik telah meninjau kajian-
kajian lepas yang berkaitan dengannya. Ianya dimulakan dengan tinjauan kajian
di luar negara dan diakhiri dengan kajian di dalam negara. Sebagai penutup
kepada sorotan literatur, penyelidik telah memuat tinjauan khusus tentang kajian
pendekatan komunikatif dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.
Walaupun kajian tentang pendekatan komunikatif dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab masih kurang dan difokuskan kepada aspek yang
berbeza, ianya masih lagi dalam topik yang sama iaitu untuk meninjau
pelaksanaan pendekatan komunikatif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
50
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan Bab ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan reka bentuk kajian,
persampelan kajian, pemboleh ubah, instrumen kajian, alat ukur, prosedur
kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis data.
Kajian ini akan menerangkan kesan pendekatan komunikatif terhadap
pencapaian lisan pelajar bahasa Arab tingkatan 1 berdasarkan pengajaran
modul pendekatan komunikatif yang disediakan oleh penyelidik untuk kumpulan
eksperimen dan pendekatan pengajaran yang lazim digunakan oleh guru untuk
kumpulan kawalan.
3.1 Reka bentuk kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan kesan pencapaian pelajar untuk
kumpulan eksperimen yang menggunakan pendekatan komunikatif dalam
pengajaran bahasa Arab dengan kumpulan kawalan yang mengikuti pengajaran
guru menggunakan pendekatan lain daripada komunikatif. Kajian ini tidak
dijalankan dalam suasana normal di dalam kelas seperti biasa, dimana pelajar
yang terlibat dipecahkan kepada dua kumpulan dan dilaksanakan pada waktu
petang. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah berbentuk
kuasai eksperimen. Ini kerana kaedah ini sesuai untuk menguji perbandingan
kesan dalam pelbagai situasi di mana teknik sepenuhnya tidak dapat dilakukan
(Neuman,1991), terutamanya dalam situasi sebenar di sekolah. Reka bentuk
51
kajian kuasi eksperimen adalah berdasarkan kumpulan kawalan tidak setara
( Campbell dan stanley, 1963 dan Mohd Majid Konting, 1990).
Kumpulan tidak setara merujuk kepada sekurang-kurangnya kepada salah satu
ciri di antara kumpulan akan mempunyai nilai jangkaan yang berbeza walaupun
sesuatu eksperimen tidak memberi kesan (Cook dan Campbell, 1979). Dalam
kajian ini, faktor yang memberi kesan kepada perbezaan asal antara kumpulan
ialah tahap pencapaian pelajar dalam ujian lisan.
Kumpulan Ujian Pra Pemboleh ubah Ujian Pos
Eksperimen C1 0 C1
Kawalan C1 - C1
C1 : Ujian pra dan ujian pos 0 : Olahan yang diberikan kepada kumpulan eksperimen iaitu modul
Pendekatan Komunikatif Jadual 3.0 : Reka bentuk kajian ” Nonequivalent Control Group Design”
Perbandingan pencapaian lisan pelajar akan dilakukan berdasarkan ujian pos
dan pra bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Pelaksanaan ujian
pra dan pos bertujuan untuk mendapatkan kepastian tentang kesan pelaksanaan
modul pendekatan komunikatif bagi kumpulan eksperimen dan pengajaran yang
lazim yang dijalankan guru bagi kumpulan kawalan.
Manakala reka bentuk faktorial kajian yang sesuai ialah reka bentuk faktorial 2 x
2 x 2 x, iaitu dua modul pengajaran x dua jantina x dua status sosio ekonomi.
Tujuan reka bentuk ini ialah untuk melihat kesan pendekatan komunikatif ke atas
52
kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan yang menggunakan
pendekatan biasa digunakan oleh guru.
Pemboleh ubah
Bebas
Pemboleh ubah Bersandar
Pendekatan komunikatif
Pendekatan biasa
Status Sosiso Ekonomi
Status Sosiso Ekonomi
L
P L P
Pencapaian lisan
pelajar
Kawalan
eksperimen
Jadual 3.1 : Reka Bentuk Faktorial 2x2x2x2
Tinjauan dijalankan untuk melihat sejauh mana pendekatan komunikatif
dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di
beberapa buah sekolah menengah terpilih di Seberang Perai. Manakala kajian
bentuk kuasi eksperimen dilakukan untuk melihat sejauh mana penggunaan
pendekatan komunikatif memberi kesan terhadap peningkatan kemahiran
berkomunikasi di kalangan pelajar.
Bagi kaedah tinjauan penyelidik akan menggunakan reka bentuk kajian yang
dicadangkan oleh Wiersman (1992). Reka bentuk kajian tersebut terdiri daripada
langkah-langkah berikut :
53
RAJAH 3.1 : Komponen Reka Bentuk Kajian Diubahsuai Daripada Model Wiersman 1991
Peringkat Persediaan
pasti masalah kajian
Mengkaji bahan yang berkaitan
Mengenal Jangka masa kajian
Menentukan prosedur kajian
Membentuk alat kajian
Kajian Rintis
Imbas muka permasalahan
Membina instrumen
Kajian rintis instrumen
Analisis dapatan kajian
Rombakan
Persediaan Akhir
Menganalisi data
Menginterpretasi data
Menyemak teori
Menulis tesis
Pengumpulan Data
Pemilihan sample
Mengumpul data
54
3.2 Persampelan Kajian Kajian ini dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya
dalam daerah Seberang Perai Utara. Sampel dalam kajian ini adalah terdiri
daripada pelajar tingkatan satu seramai 46 orang yang mempunyai pencapaian
UPSR yang hampir sama. Kelas yang dipilih adalah kelas khas yang dikenali
dengan nama Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah-sekolah menengah
kebangsaan. Bilangan pelajar bagi kedua-dua kelas adalah hampir sama dan
mengandungi kedua-dua jantina; laki-laki dan perempuan. Tujuan penyelidik
memilih sampel dari tingkatan satu ialah kerana mereka tidak terlibat dengan
peperiksaan awam. Ini juga memudahkan penyelidik untuk mendapat kebenaran
daripada pihak pengurusan sekolah dan kerjasama daripada guru yang terlibat.
Berhubung dengan jenis dan cara untuk mendapatkan sampel daripada
populasi, penyelidik seperti Cates (1990) dan Kempthorne dalam Ary, et, al.
(1985) telah membahagikannya kepada dua populasi ; populasi sasaran dan
populasi eksperimen. Untuk memilih kedua-dua bentuk populasi yang telah
dinyatakan di atas, Cates (1990), telah menyarankan kepada penyelidik agar
mengambil kira ciri-ciri dan sifat semula jadi populasi sasaran. Ini kerana
ketepatan pengenalan penyelidik terhadap populasi sasaran akan memudahkan
mereka untuk mengenal pasti satu populasi eksperimen yang akan diperolehi
sampel daripadanya.
Dalam kajian yang dilaksanakan ini, populasi sasaran ialah pelajar tingkatan satu
yang mengambil mata pelajaran bahasa Arab komunikasi sebagai mata
pelajaran elektif. Populasi pula ialah pelajar tingkatan satu yang mempunyai ciri-
55
ciri dan sifat populasi sasaran. Di antara ciri-ciri yang sama yang dimiliki oleh
populasi ialah ; belajar di bawah sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran
Malaysia, menggunakan kurikulum dan sukatan pelajaran yang sama,
mempelajari bahasa Arab sebagai mata pelajaran elektif, terdiri daripada pelajar
lelaki dan perempuan, belajar dalam tingkatan yang sama iaitu tingkatan satu,
saiz kelas antara 20-25 orang pelajar dan diajar oleh guru-guru lepasan ijazah.
Daerah
Sekolah
Kumpulan
Jumlah
Jantina
Jumlah Lelaki Perempuan
Seberang
Perai
Utara
SMK Permatang
Tok Jaya
Kawalan 23 9 14
46
Eksperimen 23 9 14
Jadual 3.2 : Sampel Kajian berdasarkan Lokasi dan Jantina
3.3 Pemboleh ubah kajian
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan dua pemboleh ubah; pemboleh ubah
tidak bersandar iaitu pengajaran guru dan pemboleh ubah bersandar iaitu
pencapaian lisan pelajar.
3.3.1. Pemboleh ubah tidak bersandar atau bebas
Pemboleh ubah tidak bersandar atau bebas yang digunakan dalam kajian ini
ialah :
56
i. Pendekatan pengajaran guru. Melalui pendekatan pengajaran guru
dua modul pengajaran digunakan iaitu pendekatan komunikatif untuk
kumpulan eksperimen dan pendekatan biasa untuk kumpulan
kawalan. Kedua-dua modul yang digunakan ini bertujuan untuk
mengkaji tahap penguasaan murid terhadap kemahiran komunikasi
lisan. Pelaksanaan pendekatan komunikatif dalam pengajaran akan
berpandukan modul aktiviti komunikatif yang disediakan oleh
penyelidik dan pendekatan biasa berdasarkan bentuk pengajaran
lazim guru tersebut. Untuk menentukan kesahan pencapaian pelajar,
topik dan masa pengajaran bagi kedua-dua pendekatan ini akan
diselaraskan.
ii. Jantina Pelajar. Responden dalam kajian ini terdiri daripada pelajar
lelaki dan perempuan di sekolah yang dipilih untuk dijadikan lokasi
kajian.
iii. Status sosio-ekonomi. Status sosio-ekonomi yang dilihat dalam
kajian ini ialah pendapatan ibu bapa, pekerjaan dan tahap pendidikan
mereka.
iv. Pencapaian UPSR. Pencapaian mata pelajaran yang dilihat ialah
pencapaian mata pelajaran bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris.
57
3.3.2 Pemboleh ubah bersandar
Pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini ialah pencapaian dalam kedua-dua
ujian; ujian pra dan ujian pos. Pencapaian pelajar dalam kedua-dua ujian ini
hanya diukur berdasarkan pencapaian lisan sahaja. Skema pemarkahan ujian
lisan ini adalah berdasarkan kepada skema pemarkahan yang digariskan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia dan dilaksanakan oleh guru yang mengajar
mata pelajaran bahasa Arab. Ini kerana ujian lisan di peringkat PMR berstatus
PLBS sahaja.
3.4 Instrumen kajian
Menurut Tuckman (1978), soal selidik dan temu bual merupakan dua cara yang
berkesan untuk mendapatkan maklumat daripada responden selain daripada
membuat pemerhatian terhadap tingkah laku mereka. Soal selidik digunakan
untuk memperoleh maklumat mengenai fakta , kepercayaan, kehendak,
perasaan dan sebagainya (Isaac dan Michael, 1981). Oleh itu dalam kajian ini,
penyelidik akan menggunakan ujian prestasi yang meliputi ujian pra dan ujian
pos, soalan soal selidik, pemerhatian dan temu bual sebagai instrumen kajian.
3.4.1 Ujian Prestasi Ujian prestasi digunakan untuk mengukur pencapaian lisan pelajar selepas tamat
sesuatu sesi pengajaran. Ia dilaksanakan sebanyak 2 kali selepas 2 sesi
pengajaran untuk kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Soalan yang
dikemukakan adalah berdasarkan format soalan ujian lisan PLBS yang
58
disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM). Pelaksanaan ujian
prestasi ini dilaksanakan selama 2 bulan. Tempoh ini pada pandangan penyelidik
sudah memadai kerana kajian yang dijalankan selama sekurang-kurangnya 2
minggu menurut Slavin (1983) sudah memadai untuk menentukan kesan
pencapaian pelajar. Penyelidik juga berpendapat, kajian yang terlalu lama akan
mengganggu perjalanan rutin pengajaran guru dan sekolah.
Dalam menyediakan soalan ujian pra dan juga ujian pos, bentuk soalan yang
akan dikemukakan akan dibincangkan oleh penyelidik dengan guru kanan
bidang, guru panitia dan juga guru pakar bahasa Arab. Ianya dilakukan supaya
soalan yang dikemukakan bersesuaian dengan tahap pelajar tingkatan satu dan
kesahan kandungannya dipercayai. Pentadbiran ujian akan dilaksanakan oleh
penyelidik dengan kerjasama guru mata pelajaran tersebut.
3.4.2 Soalan soal selidik Soalan soal selidik yang dikemukakan adalah berkaitan dengan pendekatan
komunikatif dalam pengajaran bahasa Arab komunikasi. Ianya adalah berkaitan
dengan persepsi guru dan persepsi pelajar. Sebahagian besar daripada soalan-
soalan ini diolah sendiri oleh penyelidik dan sebahagian lagi adalah soalan yang
telah diubahsuai daripada beberapa set soalan soal selidik Halim Ahmad (2006),
Yahaya Wan Chik (2003) dan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Pendidikan
Sultan Idris (2007).
Semasa menyediakan soalan-soalan soal selidik ini, penyelidik telah berbincang
dua orang guru bahasa Melayu dan dua orang guru bahasa Arab di tempat
59
penyelidik bertugas. Setelah selesai pembinaan soalan-soalan tersebut, ianya
telah disemak oleh 2 orang pakar bahasa Melayu untuk menilai kesesuaian laras
bahasa dan frasa-frasa yang digunakan. Untuk menilai ketepatan item-item
pula, soalan-soalan ini telah disemak oleh dua orang pakar bahasa Arab. Pakar-
pakar yang dirujuk berpuas hati dengan status soalan yang terdapat dalam set
soal selidik yang akan digunakan untuk kajian rintis nanti.
i. Soal selidik persepsi pelajar Bentuk soalan dalam soal selidik ini dibahagikan kepada 2 bahagian; bahagian A
berkaitan dengan maklumat dan latar belakang murid dan guru dan bahagian B
berkaitan dengan persepsi mereka tentang pendekatan komunikatif dalam
pengajaran bahasa Arab. Antara maklumat latar belakang murid yang ditanya
ialah jantina, bangsa, keputusan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris UPSR,
pekerjaan, pendapatan dan tahap pendidikan ibu bapa. Taburan dimensi item
soalan-soalan yang dikemukakan adalah seperti jadual 3.3 di bawah ;
Dimensi soalan Bilangan soalan
Item soalan
Persepsi dan sikap pelajar terhadap pendekatan komunikatif
9 1, 2, 3, 4, 5, 7, 8, 9
Persepsi pelajar terhadap pengajaran guru
16 10, 11, 12,13,14, 15,16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25,
Penglibatan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
6 26, 27, 28, 29, 30, 31
Komunikasi lisan guru dengan pelajar
9 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40
60
Jumlah item
40
Jadual 3.3 : Dimensi soalan soal selidik persepsi dan sikap pelajar
Soal selidik yang disediakan ini akan diberikan kepada semua pelajar yang
menjadi sampel kajian ini iaitu seramai 50 orang. Soalan soal selidik ini akan
diedar selepas kajian dilaksanakan di dalam bilik darjah. Para pelajar akan diberi
masa selama 45 minit untuk untuk menjawab 40 item soalan tersebut dan akan
ditadbir oleh penyelidik sendiri.
Untuk menyemak dan memastikan kesesuaian, kesahan dan kebolehpercayaan
item-item yang dikemukakan, satu ujian rintis telah dijalankan. Ujian yang
melibatkan 20 orang responden telah dilaksanakan di SMK Datuk Haji Ahmad
Said, Sg Dua yang tidak terlibat dalam kajian ini. Para pelajar diperuntukkan
masa selama 45 minit untuk menjawab 40 item soalan dan ditadbirkan oleh
penyelidik sendiri. Keputusan ujian bagi setiap item yang telah dijalankan kajian
rintis ini akan penyelidik nyatakan secara jelas di bawah sub topik kajian rintis
nanti.
Untuk tujuan menganalisis kebolehpercayaan item-item soalan yang telah diuji
dalam kajian rintis ini, model pengukuran Alpha (Cronbach) yang diasaskan
kepada model kekonsistenan dalam (internal consistency) telah digunakan. Hasil
daripada analisis tersebut, nilai Alpha yang diperolehi ialah 0.9560 (lihat lampiran
C : analisis ujian Alpha). Nilai maksimum bagi pekali kebolehpercayaan ialah
bersamaan dengan 1.
61
Berdasarkan hasil analisis nilai Alpha 0.9560 menunjukkan item-item yang
digunakan adalah boleh digunakan untuk kajian ini. Jawapan yang konsisten
yang diberikan oleh responden dalam kajian rintis ini memberi maksud bahawa
alat ukur ini adalah tepat dan boleh dipercayai. Ianya akan memberi nilai ukuran
yang hampir sama dan tidak berubah jika digunakan kepada responden yang
lain dan pada masa yang berlainan.
ii. Soal selidik persepsi guru
Alat kajian untuk melihat persepsi guru pula adalah gabungan daripada soalan
yang diolah sendiri oleh penyelidik dengan soalan soal selidik Fakulti Sains Dan
Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris berkaitan dengan persepsi guru
terhadap pengajaran dan pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris dan soalan
soal selidik berkaitan dengan interaksi dalam bilik darjah diterjemahkan dan
diubahsuai dari laman http://www.learningparths.org/questionaires. Soalan-
soalan dari set kaji selidik di atas telah diubahsuai supaya bersesuaian dengan
pendekatan pengajaran bahasa Arab.
Soalan soal selidik untuk melihat persepsi guru juga dibahagikan kepada dua
bahagian; bahagian A berkaitan dengan maklumat demografi guru yang meliputi
jantina, umur, pengalaman mengajar, kursus yang pernah dihadiri dan juga
lokasi sekolah. Sementara bahagian B pula adalah soalan-soalan yang berkaitan
dengan persepsi guru terhadap pendekatan komunikatif dan aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan konsep ini. Taburan dimensi soalan adalah seperti jadual 3.4.
62
Dimensi soalan Bilangan soalan
Item soalan
Perspektif pendekatan
9 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,
Perspektif amalan komunikatif
12 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21,
Perspektif pengajaran
14 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35
Jumlah item
35
Jadual 3.4 : Dimensi soalan soal selidik persepsi guru
Sampel yang dipilih untuk kajian ini adalah terdiri daripada 15 orang guru yang
mengajar bahasa Arab di sekolah-sekolah menengah di beberapa buah negeri di
Semenanjung Malaysia. Seperti set soalan soal selidik yang dikemukakan
kepada pelajar, set soalan ini juga telah melalui satu ujian rintis untuk tujuan
menyemak dan memastikan kesesuaian, kesahan dan kebolehpercayaan item-
item yang dikemukakan. Ujian yang melibatkan 15 orang responden telah
dilaksanakan kepada guru-guru bahasa Arab dari pelbagai tempat; dua orang
dari Perak, dua orang dari Kelantan, dua orang dari Selangor, dua orang dari
Kedah dan tujuh orang dari Pulau Pinang. Para guru diperuntukkan masa
selama seminggu untuk menjawab 35 item soalan yang telah dihantar melalui e-
mail kepada mereka.
Soalan soal selidik ini juga telah dianalisis menggunakan model Alpha
(Cronbach) yang diasaskan kepada model kekonsistenan dalam (internal
consistency). Hasil daripada analisis tersebut, nilai Alpha yang diperolehi ialah
63
0.8012 (lihat lampiran D : analisis ujian Alpha). Nilai maksimum bagi pekali
kebolehpercayaan ialah bersamaan dengan 1.
Berdasarkan kepada nilai Alpha Cronbach's yang diperolehi daripada kajian
rintis ini adalah tinggi dan hampir menyamai nilai 1; iaitu 0.9560 untuk persepsi
pelajar dan 0.8012 untuk persepsi guru, penyelidik menjangkakan dapatan
dalam kajian sebenar nanti adalah positif. Ini bermakna pendekatan komunikatif
memberi kesan ke atas pencapaian lisan pelajar bahasa Arab Komunikasi.
3.5 Alat Pengukuran Kajian
Alat ukur kajian ialah alat yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat
tentang subjek. Dalam kajian yang dilaksanakan ini, alat ukur kajian adalah
merujuk kepada ujian prestasi setiap pelajar. Ini kerana mengikut Cates (1990)
apabila sesuatu kajian itu bermaksud menguji pencapaian subjek dalam bidang
tertentu alat kajian itu selalunya dikenali sebagai ujian.
3.5.1 Ujian Kemahiran Lisan.
Ujian kemahiran lisan yang telah dilaksanakan dalam dua ujian prestasi; ujian
pra dan ujian pos akan dinilai oleh guru bahasa Arab yang telah berpengalaman
menilai calon-calon yang mengambil kertas Bahasa Arab Komunikasi di
peringkat PMR. Untuk memastikan kebolehpercayaan pencapaian pelajar dalam
ujian lisan ini, skala markah yang diguna pakai adalah berdasarkan kepada
skema pemarkahan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Ringkasan kepada
skema pemarkahan adalah seperti jadual 3.6 di bawah.
64
Markah Tahap Pencapaian
51-60 Cemerlang
41-50 Kepujian
30-40 Pencapaian
00-29 Gagal
Jadual 3.5 : Pelaporan pencapaian
Seperti yang telah dinyatakan dalam bab 1, aspek yang dinilai dalam ujian lisan
bagi menguji pencapaian pelajar ialah; aspek kemahiran mendengar dan aspek
kemahiran lisan. Bagi tujuan menguji kemahiran mendengar, tiga teks yang
panjang setiap satu adalah antara 40-50 patah perkataan diperdengarkan
kepada pelajar dan diikuti dengan lima soalan kefahaman. Setiap jawapan yang
tepat diberi dua markah.
Manakala kemahiran lisan pula diuji melalui dua cara; pertama perbualan dan
kedua perihal gambar. Dalam sesi perbualan, para pelajar akan dikemukakan
dua soalan berkaitan tentang diri dan tiga soalan tentang persekitaran. Bagi sesi
perihal gambar pula, pelajar akan dibekalkan dengan sekeping gambar yang
mengandungi suatu situasi. Berdasarkan situasi gambar tersebut pelajar diminta
memperihalkannya dengan lima ayat yang lengkap.
65
Bil Elemen Aspek Skor Kriteria
1.Perbualan
2.Perihal Gambar
1. Perbualan tentang diri dan persekitaran pelajar.
2. Perihal gambar
Cemerlang (3 markah
setiap soalan)
Menepati semua kriteria berikut : -Menyebut perkataan dengan betul
-Menyusun perkataan menjadi ayat yang betul
-Memberi respon dengan tepat.
Kepujian (2 markah
setiap soalan)
Menepati mana-mana dua kriteria di bawah : -Menyebut perkataan dengan betul
-Menyusun perkataan menjadi ayat yang betul
-Memberi respon dengan tepat.
Pencapaian (1 markah
setiap soalan)
Menepati mana-mana satu kriteria di bawah : -Menyebut perkataan dengan betul
-Menyusun perkataan menjadi ayat yang betul
-Memberi respon dengan tepat.
Jadual 3.6 : Skema pemarkahan
66
3.5.2 Kesahan Alat Pengukuran
Konsep kesahan adalah penting bagi setiap alat yang digunakan untuk
mengukur pencapaian subjek dalam sesuatu bidang yang dikaji. Ini kerana
mengikut Cates (1990) kesahan adalah bermaksud setakat mana alat tersebut
boleh melaksanakan fungsinya sebagaimana yang semestinya. Oleh itu, alat
tersebut dianggap sah apabila ia mengukur sesuatu pengukuran yang
sepatutnya diukur.
Dalam kajian ini item-item soalan soal selidik dan ujian prestasi telah dinilai oleh
guru-guru bahasa Arab yang mempunyai pengalaman mengajar dan memeriksa
kertas bahasa Arab di peringkat peperiksaan awam. Kesahan item-item dilihat
dari aspek; pertama kesahan lahir iaitu keadaan alat itu dalam keadaan baik dan
kelihatan betul, kedua kesahan kandungan yang bermaksud alat tersebut
merangkumi kandungan yang bersesuaian dengan kajian penyelidikan dan
ketiga kesahan ramalan yang membawa maksud setakat mana prestasi subjek
akur kepada prestasi yang diramalkan.
3.5.3 Kebolehpercayaan Alat Pengukuran.
Kebolehpercayaan bermaksud ketekalan sesuatu alat untuk melahirkan skor
yang ketara (Cates, 1990). Ini bermaksud bahawa nilai ukuran adalah hampir
sama dan konsisten jika diuji kepada subjek yang berlainan di segi masa dan
tempat. Kestabilan hasil ujian adalah penting kerana skor yang diperolehi
diyakini berpunca daripada sifat peribadi subjek dan tidak dipengaruhi oleh
perkara-perkara lain semasa pelaksanaan sesuatu ujian. Indeks
kebolehpercayaan item ialah bernilai antara 0 hingga 1 pada skala pengukuran
67
yang mempunyai maksud yang hampir sama dengan nilai Alpha Cronbach
(Bond & Fox, 2001).
Dalam kajian ini, setiap soalan soal selidik yang digunakan telah dianalisis
dengan menggunakan model Alpha Cronbach dan hanya item yang mempunyai
nilai pada tahap pekali Alpha sekurang-kurangnya 0.65 ke atas sahaja diterima.
Ini bagi memastikan item soalan yang digunakan adalah sesuai dan tepat.
3.5.4 Skala soalan soal selidik
Untuk pengumpulan data, borang soal selidik digunakan untuk mengumpulkan
maklumat sama ada berkaitan dengan sikap kendiri pelajar mahupun persepsi
guru. Soalan yang dikemukakan adalah berbentuk positif dan menggunakan
skala Likert 5 point. Skala yang digunakan adalah seperti berikut :
1 : Sangat Tidak setuju
2 : Tidak Setuju
3 : Tidak Pasti
4 : Setuju
5 : Sangat Setuju
Berdasarkan skala di atas, subjek akan menyatakan sikap mereka terhadap
setiap kenyataan secara jujur dari skala 1 hingga 5. Markah bagi setiap individu
akan ditentukan dengan menjumlahkan nilai-nilai dari setiap item yang diberikan
oleh subjek.
68
3.6 Prosedur Kajian
Prosedur kajian atau cara pelaksanaan kerja yang dilaksanakan oleh penyelidik
dalam melaksanakan kajian. Urutan pelaksanaan kerja yang akan dilaksanakan
oleh penyelidik ialah sebagaimana yang ditunjukkan melalui ringkas dalam rajah
3.1 di bawah.
Rajah 3.1 : Prosedur Kajian
Pelaksanaan kajian
Kenal pasti sampel
Memohon kebenaran USM
Memohon kebenaran EPRD. KPM
Memohon kebenaran JPN
Memohon kebenaran PPD
Memohon kebenaran sekolah
Analisis data
Dapatan kajian
Penjelasan kepada
guru dan pelajar
terlibat
Penjelasan kepada
pihak pentadbiran,
guru kanan bahasa
dab panitia bahasa
Arab.
69
Jadual Perancangan Kerja
MINGGU/ TARIKH AKTIVITI
Januari
- Perjumpaan pertama dengan penyelia projek
penyelidikan - Perbincangan cadangan tajuk.
Februari
- literature di perpustakaan. - Merangka cadangan penyelidikan dan kajian. - Perbincangan rangka cadangan kajian dengan
penyelia.
Mac
]
- Penulisan bab 1 - Perbincangan hasil tulisan penyelidikan bab 1 dengan
penyelia projek. - Pemurnian tulisan penyelidikan bab 1
Mac
- Membuat sorotan kajian tajuk penyelidikan dan teori yang berkaitan.
- Penulisan bab 2.
5
- Perbincangan bab 2 dengan penyelia. - Pemurnian penulisan bab 2.
6
- Perbincangan hasil pemurnian bab 2 dengan penyelia penyelidikan.
- Membuat tinjauan tentang metodologi kajian.
7
]
- Penulisan bab3 - Perbincangan bab 3 dengan penyelia.
8
- Pemurnian bab 3 - Perbincangan hasil pemurnian dengan penyelia.
9
- Perbincangan terakhir dengan penyelia tentang
cadangan projek penyelidikan. - Penulisan lengkap bab 1, bab2 dan bab 3.
10
- Penyerahan draf lengkap penulisan bab 1, bab 2, bab
3, bab4 dan bab 5. - Pemurnian, semakan dan bukukan cadangan projek
penyelidikan.
11
- Penyerahan projek penyelidikan kepada penyelia.
Jadual 3.7 : Perancangan Kerja
70
3.6.1 Prosedur Pemilihan sampel
Pelaksanaan kajian adalah berdasarkan prosedur pemilihan sampel yang dikeluarkan
oleh Bahagian Perancangan dan Kajian Dasar Penyelidikan (EPRD), Kementerian
Pelajaran Malaysia. Setelah menentukan sekolah yang akan dijadikan lokasi kajian,
penyelidik akan memohon kebenaran daripada USM, Bahagian Perancangan dan
Kajian Dasar Penyelidikan (EPRD), Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan Pejabat
Pelajaran Daerah Utara dan Tengah. Setelah mendapat kebenaran dari pihak yang
dinyatakan tadi, penyelidik akan memohon kebenaran secara rasmi daripada pentadbir
sekolah dan meminta persetujuan guru mata pelajaran bahasa Arab tingkatan 1 yang
terlibat dalam kajian ini.
3.6.2 Prosedur Pelaksanaan Kajian
Penyelidik akan melaksanakan kajian ini selama 2 bulan dan dibahagikan kepada 2
fasal. Dalam fasal pertama selama sebulan, kajian yang akan dilaksanakan di SMK
Permatang Tok Jaya akan dilaksanakan pada waktu petang dari jam 2.10 sehingga 3.40
selepas sesi rasmi persekolahan. Ujian pra akan dijalankan pada minggu pertama kajian
Setiap kumpulan akan melalui sesi pengajaran sebanyak 2 kali seminggu selama 2
minggu berturut-turut. Jumlah masa yang diperuntukkan untuk setiap sesi pengajaran
dan pembelajaran ialah 90 minit. Pada minggu keempat ujian pos akan dijalankan.
untuk ujian pra, 90 minit untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dan 90 minit untuk
ujian pos.
Setelah fasal pertama selesai, fasal kedua kedua selama sebulan juga akan
dilaksanakan. Pelaksanaan fasal kedua adalah sama seperti pelaksanaan fasala
pertama dari segi tempoh masa pengajaran, ujian pra dan pos serta lokasi kajian.
71
Sepanjang tempoh tersebut penyelidik akan menyelia pelaksanaan sesi pengajaran dan
pembelajaran agar perjalanannya bertepatan dengan modul pendekatan komunikatif
yang disediakan.
Selain daripada itu perbincangan dengan guru-guru yang terlibat juga akan
dilaksanakan bagi memastikan objektif kajian yang dilaksanakan ini tercapai. Soalan kaji
selidik akan diedarkan kepada pelajar untuk menjawabnya setelah tempoh kajian di
sekolah ini tamat. Pada masa yang sama juga penyelidik akan mengedarkan soalan kaji
selidik kepada 30 orang guru di sekitar kawasan Seberang Perai Utara dan Tengah.
3.7 Prosedur Kutipan Data
Pungutan markah bagi ujian akan dilaksanakan sebanyak 2 kali; sekali untuk ujian pra
dan sekali untuk ujian pos. Data daripada ujian pra akan digunakan sebagai petunjuk
pencapaian lisan pelajar sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
untuk kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Sementara itu data markah dari
ujian pos pula digunakan membandingkan pencapaian pelajar selepas pengajaran yang
menggunakan pendekatan komunikatif untuk kumpulan eksperimen dan pendekatan
biasa untuk kumpulan kawalan.
Markah yang dikumpulkan ini akan dianalisis dalam bentuk purata dan peratus untuk
tujuan perbandingan peningkatan atau penurunan. Selain daripada itu ianya juga untuk
tujuan perbandingan antara kumpulan iaitu kumpulan kawalan dengan kumpulan
eksperimen.
72
Minggu Kelas Pengajaran dan pembelajaran Masa
1
Eksperimen
Ujian Pra 1 80 minit Kawalan
Eksperimen
Pengajaran 1 80 minit
Kawalan
Eksperimen
Pengajaran 2 80 minit
Kawalan
2
Eksperimen
Pengajaran 3 80 minit
Kawalan
Eksperimen Ujian Pos
80 minit Kawalan
Eksperimen
80 minit Kawalan
3
Eksperimen Ujian Pra 2
80 minit Kawalan
Eksperimen Pengajaran 1
80 minit Kawalan
Eksperimen Pengajaran 2
80 minit Kawalan
4
Eksperimen Pengajaran 3
80 minit Kawalan
Eksperimen Ujian Pos
80 minit Kawalan
Jadual 3.8 : Rangka pelaksanaan kajian dalam kelas
73
3.8 Prosedur Analisis Data
Data yang diperolehi daripada soalan soal selidik akan dianalisis dan diproses dengan
menggunakan perisian komputer SPSS versi 11.5. Statistik deskriptif digunakan untuk
menerangkan demografi sampel kajian. Maklumat seperti sekolah, jantina, keputusan
UPSR, pendapatan, pekerjaan dan tahap pendidikan ibu bapa serta persepsi pelajar
terhadap pendekatan pengajaran guru akan menggunakan jumlah skor, min, peratus
dan kekerapan.
Sementara itu statistik inferensial digunakan bagi mengutip data markah ujian pos. Data
ini akan dianalisis menggunakan teknik ancova bagi melihat perbezaan pencapaian di
antara dua kumpulan; kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Ujian t digunakan
untuk melihat perbezaan pencapaian dari segi jantina, sekolah bandar dan luar bandar,
pendapatan dan tahap pendidikan ibu bapa.
Anova dua hala digunakan untuk mengenal pasti kesan pendekatan komunikatif dari
perspektif guru dan kolerasi untuk melihat perhubungan di antara pendekatan
komunikatif dengan pendekatan lain dalam pencapaian lisan pelajar.
3.9 Kajian Rintis
Bagi memastikan kebolehpercayaan soalan dan keberkesanan alat pengukuran, satu
kajian rintis telah dilaksanakan. Seramai 20 orang pelajar tingkatan 1 dari sekolah
Menengah Kebangsaan Datuk Ahmad Said telah dipilih secara rawak mudah sebagai
responden kajian rintis ini. Sebanyak 40 item soalan soal selidik telah digunakan untuk
dijawab oleh responden dalam masa 45 minit.
74
Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti tahap kefahaman responden
terhadap arahan, kesesuaian bahasa, ayat serta kandungan keseluruhan instrumen
yang digunakan di samping untuk mendapat nilai Cronbach’s Alpha. Hasil daripada
kajian rintis ini, nilai Cronbach’s Alpha ialah 0.9560 iaitu hampir dengan nilai satu (Rujuk
Lampiran C). Dengan ini dapat disimpulkan bahawa alat uji yang digunakan ini
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan serta boleh digunakan dalam kajian ini.
Dimensi soalan
Bil. Item Nilai Alpha
Persepsi dan sikap pelajar terhadap pendekatan komunikatif
9 0.7810
Persepsi pelajar terhadap pengajaran guru
16
0.8940
Penglibatan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
6 0.8894
Komunikasi lisan guru dengan pelajar
9 0.7810
Jumlah item
40 0.9560
Jadual 3.9 : Keputusan Kajian Rintis Soal Selidik Persepsi Pelajar
Sementara itu, soalan soal selidik untuk persepsi guru juga telah penyelidik laksanakan
kajian rintis juga. Seramai 15 orang guru yang mengajar bahasa Arab telah dipilih untuk
menjawab 35 item soalan. Memandangkan kesibukan tugas para guru, mereka telah
75
diberi masa seminggu untuk menjawab dan mengembalikan borang soal selidik kepada
penyelidik. Hasil daripada kajian rintis ini , nilai Cronbach’s Alpha yang diperolehi ialah
nilai 0.7549 iaitu hampir dengan nilai satu.
Setelah meneliti nilai Alpha Cronbach's bagi setiap item, maka penyelidik telah
menggugurkan beberapa item yang nilai yang rendah iaitu item ke empat dalam dimensi
perspektif pendekatan, item ke lapan dan ke dua belas dalam dimensi perspektif amalan
komunikatif dan item ke tiga dalam dimensi perspektif pengajaran. Setelah lima item
digugurkan nilai Alpha Cronbach's telah meningkat kepada 0.8012 (Rujuk Lampiran D).
Item-item yang digugurkan ini akan dilakukan pengubahsuaian terhadap laras bahasa
dan isi kandungannya supaya nilai Alpha Cronbach's meningkat.
Dimensi soalan
Bil. Item Nilai Alpha
Perspektif pendekatan
8 0.6552
Perspektif amalan komunikatif
10 0.7793
Perspektif pengajaran
12 0.5262
Jumlah item
30 0.8012
Jadual 3.10 : Keputusan Kajian Rintis Soal Selidik Persepsi Guru
76
3.10 Rumusan
Tujuan utama penyelidikan ini dijalankan ialah untuk melihat kesan pendekatan
komunikatif terhadap pencapaian lisan pelajar bahasa Arab Komunikasi berbanding
dengan pendekatan-pendekatan lain. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan
kaedah kuasi eksperimen yang melibatkan dua kumpulan pelajar; kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan. Seramai 46 orang pelajar dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya telah dipilih untuk dijadikan subjek
kajian.
Sementara itu pemboleh ubah kajian pula terdiri daripada pemboleh ubah bebas iaitu
gender, sosio-ekonomi dan pencapaian mata pelajaran bahasa UPSR. Manakala
pemboleh ubah bersandar pula ialah pencapaian pelajar dalam ujian lisan.
Teknik pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik ialah teknik pengumpulan
data secara kuantitatif diskriptif. Data statistik yang diperolehi diproses menggunakan
program SPSS 11.5 dengan menggunakan ujian t-test, anova, ancova dan kolerasi.
Bagi mendapatkan data kajian dan menganalisiskannya, satu reka bentuk kajian telah
dirangka oleh penyelidik. Reka bentuk kajian ini dapat diringkaskan seperti rajah 3.11
di bawah.
Berdasarkan kepada nilai pekali Alpha Cronbach's yang menghampiri nilai 1 dalam
kajian rintis yang telah dilaksanakan, penyelidik menjangkakan dapatan yang positif
juga akan diperolehi dalam kajian sebenar nanti. Ini memberi makna bahawa
pendekatan komunikatif memberi kesan kepada pencapaian lisan pelajar bahasa
Arab.
77
Rajah 3.2 : Reka Bentuk Kajian
Penilaian
Kumpulan
Kawalan
Kumpulan
Eksperimen
Pendekatan
Biasa
Pendekatan
Komunikatif
Ujian Pos
Ujian Pra
Analisis Dapatan
ANNOVA
t-test
Soalan Soal
selidik Analisis
Recommended