View
245
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
i | P E L A N I N T E G R I T I J P B W S
I S I K A N D U N G A N
Aspirasi Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Negeri Sabah ii
Hala Tuju Strategik JPBWS iii
Tujuan 1
Latarbelakang 1
Komitmen Terhadap Integriti 2
Agenda Integriti JPBWS 2
Peranan Warga JPBWS 3
Kod Etika JPBWS 5
Pendekatan 6
Rangka Kerja Pelan Integriti JPBWS 9
Fokus Pelan Integriti JPBWS 11
Objektif Pelan Integriti JPBWS 12
Tempoh Perlaksanaan 14
Mekanisme Perlaksanaan 14
Penutup 14
Pelan Tindakan - Lampiran A 15
Dicetak oleh Pencetak KerajaanDatuk Haji Salsidu bin Haji Ibrahim,
P.G.D.K., K.M.N., J.P.Jabatan Cetak Kerajaan Sabah, Malaysia
2017
P E L A N I N T E G R I T I J P B W S | i i
Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana den-gan izinNya maka penyediaan Pelan Integriti Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Neg-eri Sabah (PI-JPBWS) 2016-2020 telah dapat disempurnakan.
Bagi mencapai agenda pengukuhan integriti nasional, sebuah masyarakat hendaklah mem-punyai ciri-ciri moral dan etika di mana setiap warganya mempunyai nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh serta budi pekerti yang luhur. Dalam konteks pengukuhan integ-riti di kalangan warga Jabatan Perancang Ban-dar dan Wilayah pula, penyediaan PI-JPBWS diharapkan mampu untuk melahirkan sumber manusia yang mempunyai nilai-nilai sahsiah, profesionalisme dan kepimpinan yang unggul dan akhirnya dapat menyumbang kepada pen-capaian aspirasi kerajaan dalam mengukuh-kan intergriti di kalangan warga JPBWS.
Menjadi harapan saya dengan lahirnya PI-JPB-WS usaha-usaha pembudayaan dan penguku-han nilai-nilai integriti di Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah dapat dilaksanakan den-gan lebih terancang serta membawa kepada pengekalan momentum transformasi perkh-idmatan awam yang lebih cemerlang. Justeru itu, perlaksanaan program dan aktiviti yang bersesuaian adalah penting dalam membantu ke arah meningkatkan integriti warga JPBWS dan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang efektif di jabatan ini.
A S P I R A S I P E N G A R A H
Akhir sekali, saya ingin menyeru agar semua war-ga JPBWS agar dapat memberikan komitmen da-lam menjayakan agenda PI-JPBWS ini. Saya ya-kin bahawa dengan adanya usaha berterusan oleh seluruh warga JPBWS dalam melaksanakan strate-gi dan proram yang digariskan dalam PI-JPBWS ini, usaha untuk menjadikan Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah sebagai sebuah agensi kerajaan yang mengamalkan agenda integ-riti menjadi kenyataan.
Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
TPr. Tuan Haji Mursidi Haji SapiePengarah
Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Sabah
i i i | P E L A N I N T E G R I T I J P B W S
H A L A T U J U S T R A T E G I K
Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Trans-formasi Nasional pada tahun 2012 bagi mem-perkukuhkan gagasan transformasi terhadap perkhidmatan awam dan negara.
Melaluinya, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah (JPBWS) telah menye-diakan visi, misi dan peranan bagi memboleh-kan matlamat negara maju berpendapatan ting-gi menjelang tahun 2020 dapat dicapai.
Ini terserlah melalui peranan JPBWS dalam memas-tikan pengurusan organisasinya dilaksanakan den-gan lebih teratur supaya sistem penyampaian perkh-idmatan awamnya lebih cekap dan berkesan.
Secara tidak langsung, sistem penyampaian awam yang baik akan meningkatkan kepuasan, kebaha-giaan dan kegembiraan rakyat terhadap dasar-dasar Kerajaan selaras dengan slogan “Rakyat Didahulu-kan, Pencapaian Diutamakan.
V I S I
M I S I
P E R A N A N
Peneraju perancangan bandar dan desa untuk pembangunan tanah yang teratur, progresif dan mapan di seluruh negeri Sabah termasuk kawasan perairannya.
Persekitaran kehidupan manusia yang berkualiti
Perancangan yang lengkap, efektif dan efisein
Sistem penyampaian perkhidmatan berkesanPenyediaan kawasan
lapang yang strategikPerancang Bandar
yang berkemahiran
Penasihat Teknikal Kerajaan Negeri
Penasihat Teknikal Pihak Berkuasa Tempatan
Menyediakan Skim Perancangan
Urusetia Lembaga Pusat Perancang Bandar dan Desa
MemberiKhidmat Nasihat
P E L A N I N T E G R I T I J P B W S | 1
1 . 0 T U J UA N
Pelan Integriti JPBWS (PI-JPBWS) ini dibangunk-an untuk menjadikan JPBWS sebuah agensi ker-ajaan yang cemerlang dalam aspek pembudayaan
nilai-nilai murni dan integriti. Ia juga memastikan JPB-WS dapat menerajui usaha-usaha transformasi perkh-idmatan awam khususnya dalam aspek-aspek tersebut secara strategik dan berkesan.
Untuk mencapai tujuan tersebut, pelan ini menggariskan beberapa strategi dan program ke arah menyemarakkan pembudayaan akhlak, etika dan integriti dalam semua aspek pelaksanaan tugas dan penyampaian perkhid-matan kepada pihak stakeholder dan pelanggan.
Pelan ini juga bertujuan membentuk keperibadian yang unggul di kalangan warga JPBWS serta memupuk sikap bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik selaras dengan visi dan misi JPBWS.
2 . 0 L ATA R B E L A K A N G
2.1 PELAN INTEGRITI NASIONAL
Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan pada 23 April 2004 di mana ianya merupakan antara lang-kah penting yang diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha meningkatkan integriti dan pembudayaan nilai-nilai murni di kalangan lapisan rakyat dan in-stitusi.
PIN dirangka bagi merealisasikan cabaran ke 4 Wa-wasan 2020, iaitu “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan keroha-nian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”.
PIN juga menyediakan pelan tindakan secara berse-padu dan menyeluruh untuk mempertingkatkan in-tegriti nasional.
Bagi mencapai agenda integriti sektor awam dalam PIN objektif berikut perlu dicapai iaitu:
• Pemantapan prinsip ketelusan, tanggungjawab dan tadbir urus terbaik; dan• Peningkatan integriti jentera pentadbiran awam
Pencapaian objektif-objektif di atas adalah melalui pelaksanaan strategi-strategi berikut:
Strategi 1 : Memantapkan Keberkesanan Tadbir Urus TerbaikStrategi 2 : Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian PerkhidmatanStrategi 3 : Melaksanakan Program Kesedaran Memerangi Rasuah, Penyelewengan dan Salah
Guna Kuasa serta Meningkatkan IntegritiStrategi 4 : Memantapkan Pentadbiran Sistem KeadilanStrategi 5 : Memantapkan Pengurusan Sumber Manusia
2 | P E L A N I N T E G R I T I J P B W S
3 . 0 K O M I T M E N T E R H A D A P I N T E G R I T I
3.1 KONSEP DAN DEFINISI
NilaiNilai ditakrifkan sebagai kepercayaan yang men-dorong seseorang atau sesebuah institusi untuk ber-tindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.
EtikaEtika boleh diertikan sebagai himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku indivi-du, organisasi dan profesion.
Etika IndividuEtika individu ialah himpunan nilai pada diri indivi-du yang membimbingnya dalam membezakan antara yang betul dan yang salah,yang baik dan yang buruk, yang patut dan boleh dilakukan, serta yang tidak pa-tut dan tidak boleh dilakukan.
Etika OrganisasiEtika Organisasi merupakan garispanduan yang me-mandu perlakuan dan tindakan anggota organisasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
IntegritiIntegriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkait erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan seharian.
Integriti IndividuIntegriti individu ialah kesedaran di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang diamalkan, di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta di antara kepentingan diri dan kepentingan umum. Seseorang dikatakan berin-tegriti apabila dia bertindak atau bertingkah laku se-demikian secara konsisten dalam pelbagai segi.
Integriti OrganisasiIntegriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan ter-baik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan diha-yati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.
Sumber: Pelan Integriti Nasional (2004) dan INTAN(1991).
4 . 0 A G E N D A I N T E G R I T I J P B W S
Tiga (3) elemen integriti yang penting akan diberi-kan penekanan iaitu sahsiah, profesionalisme dan ke-pimpinan yang unggul dalam memperkukuhkan in-tegriti warga JPBWS.
Aspek sahsiah
Program-program yang sesuai bagi memastikan se-tiap individu atau warga JPBWS mempunyai sahsiah yang kukuh untuk bekerja dengan bersih, cekap dan amanah.
Warga JPBWS mesti mempunyai tekad untuk beker-ja keras dan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada pekerjaan yang dilakukan. Mereka haruslah yakin dan percaya bahawa setiap perbua-tan yang baik pasti akan dibalas dengan kebaikan dan setiap perbuatan buruk pasti berakhir dengan kesudahan yang merugikan.
P E L A N I N T E G R I T I J P B W S | 3
Aspek Profesionalisme
Warga JPBWS perlu memastikan agar semua pelak-sanaan tugas hendaklah berasaskan kepada ilmu, kepintaran dan etika kerja yang ditetapkan. Oleh itu mereka hendaklah memastikan bahawa mereka memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompeten-si yang diperlukan dalam menyampaikan perkhid-matan kepada pelanggan.
Warga JPBWS juga hendaklah mematuhi segala pera-turan dan dasar yang ditetapkan serta mengutamakan kepentingan organisasi dalam setiap tindakan yang diambil.
Dalam konteks integriti, warga JPBWS wajar ‘ber-buat atau melakukan sesuatu yang betul walau-pun tidak siapa yang melihat’. Keadaan ini selaras dengan konsep ihsan, iaitu membuat sesuatu seo-lah-olah Tuhan sedang memerhatikan setiap gerak geri kita.
Aspek Kepimpinan Yang Unggul
Kepimpinan yang unggul merupakan penggerak dan peneraju perubahan dalam sesebuah organ-isasi. Dalam konteks pembudayaan nilai-nilai murni, peranan kepimpinan amat penting dalammewujudkan persekitaran yang menyokong kepa-da pembentukan budaya tersebut.
Pemimpin perlu menyediakan suasana yang mem-bolehkan setiap warga melaksanakan tugas ber-landaskan prinsip prinsip integriti seperti ketelu-san, keadilan, akauntabiliti dan nilai-nilai murni yang lain.
Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menyediakan dasar, prosedur dan peraturan yang jelas serta telus bagi menutup ruang untuk seb-arang penyelewengan dan salah laku. Ini adalah penting bagi memastikan integriti menjadi satu budaya korporat di JPBWS.
Oleh itu, jika ketiga-tiga elemen tersebut dilak-sanakan dengan betul ianya akan dapat menja-dikan integriti sebagai satu budaya korporat di JPBWS.
4 | P E L A N I N T E G R I T I J P B W S
Memahami Visi dan Misi JPBWS
Mengamalkan nilai-nilai murni , kualiti peribadi, etika kerja dan tata kelakuan yang digariskan dalam Kod Etika JPBWS
Mematuhi undang-undang, dasar dan peraturan dalam melaksanakan tugas harian
Menepati janji dan memberi komitmen dalam melaksanakan tugasan
Melayan orang lain sebagaimana diri sendiri ingin dilayani
Bercakap benar dan sentiasa menegakkan kebenaran
Mendapatkan nasihat daripada pegawai atasan atau pihak lain yang lebih berpengetahuan jika tidak pasti dengan sesuatu tindakan
Saling membantu untuk melaksanakan tugas dengan betul dari mula
Berani mempersoal, mencabar atau melaporkan tindakan yang menyalahi undang- undang,
dasar dan peraturan kepada pihak berwajib
Berusaha mencegah dan mengelakkan kesilapan
Mencadangkan penambahbaikan untuk mengurangkan kesilapan pada masa hadapan
Bertanggungjawab ke atas segala tindakan yang dilaksanakan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
P E L A N I N T E G R I T I J P B W S | 5
6 . 0 K O D E T I K A J P B W S
Kewajipan Kepada OrganisasiMemahami Hala Tuju JPBWS , Penghayatan Displin
Pengawasan Harta Awam, Keselamatan PerlindunganKeselamatan ICT, Perisytiharan Harta, Pematuhan
Muafakat , Pematuhan Peraturan Dalaman
Etika Perlaksanaan TugasTatakelakuan Rasmi , Aku janji , Ikrar , Intergriti yang
Tinggi , Amalan Berbudi Bahasa , Nilai-nilai Murni
Budaya Warga JPBWSBerpegang Teguh kepada Integriti, Memberi
Perkhidmatan Terbaik, Menghindari Rasuah, Salah Guna Kuasa dan Penyelewengan, Menerima,
Memahami dan Melaksanakan Arahan Pihak Atasan, Menghormati Kepercayaan Agama, Budaya
dan Tatasusila semua Kaum
Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam
Kami pejawat Awam, Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertah ankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut:-
• Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
• Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah;
• Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan;
• Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah;
• Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej Pejawat Awam ; dan
• Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.
10 Nilai Kembangan
TanggungjawabBerdedikasiBerdisplin
BerkerjasamaBerbudi Mulia
IkhlasSabar
SederhanaTekun
6 Nilai Teras
AmanahBenar
BijaksanaAdilTelus
Bersyukur
6 | P E L A N I N T E G R I T I J P B W S
7 . 0 P E N D E K ATA N
Strategi dan program yang digariskan dalam PIO-JPBWS menggunakan tujuh (7) pendekatan berikut:
1. Penghayatan/Penerapan
2. Pengukuhan
3. Pencegahan
4. Komunikasi
5. Pengiktirafan
6. Punitif
7. Pemulihan
• Memberi kefahaman dan kesedaran nilai, etika dan integriti;• Menimbulkan kesedaran dan keinsafan tentang perlunya integriti di peringkat individu dan organisasi; dan• Membudayakan integriti sebagai gaya kerja warga JPBWS.
P E N G H A Y A T A N / P E N E R A P A N
P E N G U K U H A N
• Memantapkan mekanisme ketelusan supaya pelanggan mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh JPBWS;
• Menjadikan pemimpin dan penyelia di semua peringkat sebagai contoh ikutan (role model) kepada kum-pulan yang dipimpin atau diselia;
• Mewujudkan penanda aras dan indikator Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator) bagi seti-ap program dan aktiviti yang dilaksanakan.
• Menyediakan suasana kerja yang berkualiti dan kondusif dengan keperluan fizikal yang sesuai; dan• Mengaplikasi konsep pengurusan dan proses pembelajaran sepanjang hayat.
P E L A N I N T E G R I T I J P B W S | 7
• Mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan dalam sistem dan prosedur kerja serta peraturan-peraturan sedia ada bagi menutup peluang perkara-perkara yang menjejaskan integriti;
• Mengambil tindakan dengan segera sekiranya wujud unsur-unsur atau petunjuk yang boleh membawa ke-pada kemerosotan integriti;
• Memperkasa tadbir urus dan mekanisme kawalan dalaman bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan tugas dan fungsi jabatan;
• Menyediakan sistem maklum balas dan aduan bagi membolehkan aduan mengenai salah laku dilaporkan kepada JPBWS;
• Melaporkan salahguna kuasa yang terus ke pihak berkuasa yang berwajib;• Mengadakan program audit dalaman bagi memastikan pematuhan ke atas peraturan dan mengenalpasti
ruang-ruang penambahbaikan.
P E N C E G A H A N
K O M U N I K A S I
• Menggunakan pelbagai saluran komunikasi sebagai medium utama mempromosikan pembudayaan nilai-nilai murni;
• Memastikan kandungan hebahan sentiasa tepat, bermaklumat serta memberi impak ke arah menyemarak-kan penghayatan nilai-nilai murni di semua peringkat dan lapisan; dan
• Memberikan penjelasan yang berkesan supaya boleh meningkatkan keinsafan akibat tindakan-tindakan yang tidak berintegriti sekiranya dilakukan.
P E N G I K T A R A F A N
• Mewujudkan sistem penilaian yang lebih berkesan, adil dan saksama bagi tujuan penghargaan atau anuger-ah kepada warga;
• Mengadakan program dan acara yang bersesuaian dengan Bulan Inovasi dan Integriti. • Mengenalpasti dan memberikan pengiktirafan kepada individu / kumpulan yang cemerlang dalam mem-
budayakan dan memantapkan integriti di jabatan.
8 | P E L A N I N T E G R I T I J P B W S
P U N I T I F
P E M U L I H A N
• Melaksanakan tindakan penguatkuasaan atas perlanggaran peraturan atau undang-undang dengan tegas, adil dan saksama tanpa unsur pilih kasih;
• Melaksanakan sistem pengurusan tatatertib jabatan dengan pantas dan berkesan mengikut proses dan prosedur yang ditetapkan; dan
• Menentukan tindakan punitif (menghukum) dilaksanakan berasaskan konsep keadilan dan pengajaran.
• Melaksanakan program pemulihan yang berkesan kepada warga JPBWS yang melanggar disiplin, tatater-tib atau yang berprestasi rendah melalui program kaunseling dan motivasi; dan
• Memberi ruang kepada setiap warga JPBWS untuk memperbaiki kelemahan diri melalui refresher course dan pusingan kerja.
P E L A N I N T E G R I T I J P B W S | 9
8 . 0 R A N G K A K E R J A P E L A N I N T E G R I T I J P B W S
Untuk memastikan tadbir urus JPBWS yang lebih mantap, kukuh dan berintegriti, satu rangka kerja yang menyeluruh bagi pelaksanaan tadbir urus yang terbaik diperlukan. Rangka kerja PI-JPBWS seperti rajah di bawah disediakan selaras dengan strategi yang digariskan dalam Pelan Integriti Nasional (PIN).
PI-JPBWS adalah dibangunkan dengan 4 objektif utama dan disokong oleh lima belas (15) nilai budaya Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Sabah. Ianya adalah bertujuan untuk mencapai misi dan visi JPBWS dan seter-usnya mencapai objektif yang telah digariskan dalam Pelan Integeriti Nasional.
Rangka Kerja Pelan Integriti Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Sabah
VISI
Sebagai peneraju perancangan bandar dan desa untuk pembangunan tanah yang teratur, progresif dan mapan di seluruh negeri Sabah termasuk kawasan perairannya.
MISI
1. Mewujudkan persekitaran manusia yang berkualiti dan mampan, selaras dengan Rancnagan Pembangunan Jangka Panjang Sabah(RPJPS), Pembangunan Koridor Sabah dan Wawasan 2020.2. Memastikan sistem perancangan yang lengkap, efektif dan efisyen bagi memelihara keseimbangan pemban-gunan dan alam sekitar.3. Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang cepat dan berkesan menerusi pengujudan pejabat-pe-jabat cawangan di setiap daerah menjelang tahun 2020.4. Memastikan penyediaan kawasan lapang, taman awam, taman rekreasi yang strategik, indah, selesa, selamat dan berdaya maju.5. Melahirkan Perancang Bandar yang berkemahiran, berpengetahuan dan berdaya saing.
1 0 | P E L A N I N T E G R I T I J P B W S
8.1 NILAI BERSAMA
1. CompetentBerkhidmat dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah terhadap segala tugas dengan mengamal-kan nilai-nilai murni dan tonggak 12.
2. ConfidentSentiasa yakin dalam membuat keputusan yang cepat, tepat dan berintegriti.
3. CredibilityBertindak dengan cekap, cepat dan tepat pada setiap masa dengan kemahiran yang mencukupi.
4. CommitmentBerkhidmat dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah terhadap segala tugas dengan mengamal-kan nilai-nilai murni dan tonggak 12.
5. CapabilitySentiasa meningkatkan keupayaan bekerja dan beru-saha memperbaiki dan meningkatkan kemahiran.
6. CourtesyMenyelitkan ihsan atau sentiasa berbuat baik dalam setiap pekerjaan atau perkara.
7. ConsistencyMengamalkan momentum penyampaian perkhid-matan pada tahap yang tinggi dan konsisten setiap masa.
8. CompassionBekerja dengan penuh rasa belas kasihan terhadap rakan sekerja pada landasan yang betul.
9. ContactSentiasa mengekalkan hubungan baikdengan stake-holder, pelanggan dan rakan sekerja yang lain.
10. CommunicationMengamalkan cara komunikasi yang efektif.
11. Cooperation/CollaborationMeluaskan rangkaian perhubungan dengan meningkatkan hubungan kerjasama dengan entiti lain.
12. CoordinationMengamalkan koordinasi dalam kerja berpasukan.
13. Constructive CritisicmSentiasa memberikan kritikan yang membina terha-dap suatu permasalahan atau perkara.
14. CorrectionMembuat pembetulan dengan cepat dan mengamal-kan sifar kesilapan dalam setiap tugas yang dilak-sanakan.
15. CreativitySentiasa berfikiran secara kreatif dan kritis dalam memperbaiki penyampaian perkhidmatan dan menghasilkan output yang berinovatif.
P E L A N I N T E G R I T I J P B W S | 1 1
9 . 0 F O K U S P E L A N I N T E G R I T I J P B W S
FOKUS PELAN
INTEGRITIJPBWS
Penekanan terhadaptiga elemen integriti
iaitu sahsiah,profesionalisme dan
kepimpinan yang unggul
Program yang sesuai dilaksanakan bagi memastikan
warga JPBWS mempunyai sahsiah yang kukuh untuk berkerja
dengan Bersih, Cekap dan Amanah
Warga JPBWS mampumelaksanakan tugasberasaskan ilmu dan
kepintaran serta etika kerjayang ditetapkan.
Peranan kepimpinanmewujudkan persekitaran
yang menyokong pembentukan nilai murni
1 2 | P E L A N I N T E G R I T I J P B W S
1 0 . 0 O B J E K T I F P I - J P B W S
Pelaksanaan PI-JPBWS adalah berasaskan kepada empat (4) objektif yang telah dikenalpasti iaitu:
Objektif 1: Memantapkan Tadbir Urus Terbaik;Objektif 2: Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan;Objektif 3: Memantapkan Budaya Integriti; danObjektif 4: Memantapkan Pengurusan Sumber Manusia.
OBJEKTIF 1
M E M A N T A P K A N P E N T A D B I R U R U S
Y A N G T E R B A I K
STRATEGI• Memperkasakan Sistem Kawalan Dalaman dan Sistem Keadilan• Memantapkan Mekanisme Tadbir Urus• Meningkatkan Tahap Disiplin• Meningkatkan Prestasi Pegawai
OBJEKTIF 2
M E N I N G K A T K A NK E B E R K E S A N A N
S I S T E M P E N YA M P A I A N P E R K H I D M A T A N
STRATEGI• Memperluaskan Penggunaan ICT Dalam Melaksanakan Tugas• Memantapkan Sistem Pengurusan Pelanggan• Mewujudkan Persekitaran Kerja yang Kondusif
1
2
P E L A N I N T E G R I T I J P B W S | 1 3
OBJEKTIF 3
M E M A N T A P K A N B U D A Y A I N T E G R I T I
STRATEGI• Meningkatkan Pengukuhan Nilai- nilai Murni• Membentuk dan Membangun Integriti Individu• Meningkatkan Pemantauan dan Penilaian• Meningkatkan Kesedaran Tanggungjawab Sosial• Mengukuhkan Hubungan Warga JPBWS
3
OBJEKTIF 4
M E M A N T A P K A NP E N G U R U S A N
S U M B E R M A N U S I A
STRATEGI• Memperkasakan Program Pem bangunan Sumber Manusia, Pembangunan Kerjaya dan Pembangunan Kepimpinan• Meningkatkan Program Pengiktirafan dan Penghargaan• Meningkatkan Pengetahuan dan Kreativiti Sumber Manusia.• Menggalakan Hidup Sihat.
4
Program dan aktiviti bagi mencapai objektif-objektif strategik ini adalah seperti dalam Pelan Tindakan di Lampiran A.
1 4 | P E L A N I N T E G R I T I J P B W S
1 2 . 0 M E K A N I S M E P E R L A K S A N A A N
1 1 . 0 T E M P O H P E R L A K S A N A A NStrategi-strategi yang ditetapkan dalam PI-JPBWS dirangka untuk tempoh 2016 hingga 2020.
Bagi memastikan setiap program/aktiviti yang telah dirancang dalam Pelan Tindakan PI-JPBWS dilak-sanakan dengan jayanya, pemantauan secara berterusan dilakukan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Keu-tuhan Tadbir Urus (JKTU) sebagai medium utama.
Ini adalah selaras dengan peranan JKTU itu sendiri iaitu untuk memastikan bahawa jentera pentadbiran kerajaan terus menerus cekap, berdisiplin dan berpegang teguh kepada syarat keutuhan yang paling tinggi dengan berpandukan nilai-nilai murni. JKTU juga ditubuhkan bagi mengatasi masalah dan kelemahan khususnya dalam pengurusan kewangan, pelanggaran disiplin, gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Perkara ini dinyatakan dalam Pelan Integriti Nasional dan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009 berkenaan dengan Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir.
Pengerusi Ketua Jabatan
Setiausaha Bahagian Pentadbiran
Ahli-Ahli Semua Ketua Bahagian/Unit
Jawatankuasa Perlaksana
1 3 . 0 P E N U T U P
Pelan Integriti JPBWS disediakan adalah bertujuan untuk meningkatkan dan menggalakkan pembudayaan serta kreativiti di kalangan warga kerjanya. Dengan adanya Pelan Integriti JPBWS, setiap warga kerja JPBWS diharapkan dapat menghayati serta melaksanakan tugas-tugas harian dengan penuh integriti. Di samping itu, ianya juga menjadi hasrat Jabatan untuk mempertingkatkan sistem perkhidmatan Jabatan dan menjadikan integriti sebagai teras dalam meningkatkan imej Jabatan di mata awam.
Oleh itu, untuk mencapai kecemerlangan yang diharapkan oleh pelanggan, JPBWS perlu bertindak secara strategik di mana melalui PI-JPBWS ianya telah menyediakan rangka dasar, hala tuju dan bidang fokus bagi melaksanakan program-program untuk meningkatkan integriti dalam kalangan warga JPBWS.
Program-program ini akan dikaji semula dari semasa ke semasa sejajar dengan perubahan persekitaran dan keperluan pelanggan. Rangka kerja dalam PI-JPBWS diharap dapat mewujudkan tadbir urus yang mantap, kukuh dan berintegriti yang merupakan asas dalam transformasi Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah secara menyeluruh.
P E L A N I N T E G R I T I J P B W S | 1 5
P E L A N T I N D A K A N
L A M P I R A N A
BA G I T E M P O H 2 0 1 6 - 2 0 2 0
1 6 | P E L A N I N T E G R I T I J P B W S
OBJEKTIF 1
MEMANTAPKAN TADBIR URUS YANG TERBAIK
STRATEGI PERKARA JUMLAH
1 Memperkasakan Sistem Kawalan Dalaman dan Sistem Keadilan
4
2 Memantapkan Mekanisme Tadbr Urus 4
3 Meningkatkan Tahap Disiplin 3
4 Meningkatkan Prestasi Pegawai 2
JUMLAH PROGRAM/AKTIVITI 13
BIL PROGRAM/AKTIVITI
SASARAN PENERAJU MATLAMAT
1 Familiarisasi Pematu-han Kriteria Sistem Penarafan Bintang
2 Tahun Sekali
Bahagian Pentadbiran
Memastikan warga JPBWS ke arah kecemerlangan pencapaian
organisasi
2 Audit Ekosistem Kon-dusif Sektor Awam (EKSA)
2 Tahun Sekali
Bahagian Pentadbiran
Penyampaian perkhidmatan yang lebih mantap dan berkesan
3 Simulasi Prosedur Keselamatan
1 Tahun Sekali
Bahagian Pentadbiran
Penyampaian perkhidmatan yang lebih mantap dan berkesan
4 Pewujudan Arahan Dalaman
Mengikut Keperluan
Bahagian Pentadbiran
Penyampaian perkhidmatan yang lebih mantap dan berkesan
Strategik 1 : Memperkasakan Sistem Kawalan Dalaman dan Sistem Keadilan
P E L A N I N T E G R I T I J P B W S | 1 7
BIL PROGRAM/AKTIVITI
SASARAN PENERAJU MATLAMAT
1 Jawatankuasa Pengurusan Kewangan (JPK)
4 kali Setahun
Bahagian Pentadbiran
Pengurusan kewangan dan akaun yang efektif mengikut
arahan dan pekelilingyang berkuatkuasa
2 Jawatankuasa Penguru-san Aset Alih Kerajaan (JKPAK)
4 kali Setahun
Bahagian Pentadbiran
Pengurusan aset alih kera-jaan yang efektif mengikut arahan dan pekeliling yang
berkuatkuasa
3 Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian
4 kali Setahun
Bahagian Pentadbiran
Peningkatan terhadap Tadbir Urus JPBWS
4 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perancangan Bandar
2 kali Setahun
Bahagian Kawalan
Pembangunan
Peningkatan terhadap ketelusan piawaian
perancangan JPBWS
BIL PROGRAM/AKTIVITI
SASARAN PENERAJU MATLAMAT
1 Memantau Perlaksa-naan Pengisyitiharaan
Harta
Semua Warga JPBWS hendaklah mengisyti-
harkan harta
Bahagian Pentadbiran
Meningkatkan ketelusan dan
integriti Warga JPBWS
2 Memantau aduan pelanggaran tatatertib/penyelesaian kes-kes
tatatertib
Setiap bulanBahagian
PentadbiranMeningkatkan ketelusan dan
integriti Warga JPBWS
3 Penerangan terhadap kesalahan tatatertib dan Jenayah
2 Tahun Sekali
Bahagian Pentadbiran
Meningkatkan kesedaran pegawai dan
mengurangkan kesalahan tatatertib dan
jenayah
Strategik 2 : Memantapkan Mekanisme Tadbir Urus
Strategik 3 : Meningkatkan Tahap Disiplin
1 8 | P E L A N I N T E G R I T I J P B W S
BIL PROGRAM/AKTIVITI
SASARAN PENERAJU MATLAMAT
1 Melaksanakan Pusingan Kerja Atau Penempatan Mengikut Kesesuaian
3 - 5 Tahun Sekali
Bahagian Pentadbiran
Meningkatkan ketelusan dan integriti Warga
JPBWS
2 Melaksanakan Program Pemulihan Seperti Pro-gram Kaunseling, Motivasi, Team Building dan Pro-gram -program Keroha-nian
2 Tahun Sekali
Bahagian Pentadbiran
Meningkatkan motivasi kerja warga JPBWS
Strategik 4 : Meningkatkan Prestasi Pegawai
P E L A N I N T E G R I T I J P B W S | 1 9
MENINGKATKAN KEBERKESANAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN OBJEKTIF 2
STRATEGI PERKARA JUMLAH1 Memperluaskan Penggunaan ICT Dalam
Melaksanakan Tugas3
2 Memantapkan Sistem Pengurusan Pelanggan 4
3 Mewujudkan Persekitaran Kerja Yang Kondusif 2
JUMLAH PROGRAM/AKTIVITI 9
BIL PROGRAM/AKTIVITI
SASARAN PENERAJU MATLAMAT
1 Sistem Pengurusan Dokumen Elektronik (SPDE)
100% Bahagian Pentadbiran
Pengurusan lebih cepat dan berkesan
2 Sistem Semak Maklumat Sendiri Dalam SM2
100% Bahagian Pentadbiran
Pengurusan lebih cepat dan berkesan
3 Pemantauan Keselamatan ICT
100% Bahagian Pentadbiran
Pengurusan lebih cepat dan berkesan
Strategik 1 : Memperluaskan Penggunaan ICT Dalam Melaksanakan Tugas
2 0 | P E L A N I N T E G R I T I J P B W S
BIL PROGRAM/AKTIVITI
SASARAN PENERAJU MATLAMAT
1 Mendapatkan Maklum Balas Berkaitan Perkhidmatan Melalui Aduan Pelanggan
Sepanjang Masa Bahagian Pentadbiran
Kelebihan dan kelemahan dapat dikenalpasti agar tinda-kan sewajarnya dapat diambil
2 Menyemak dan Mengemaskini Piagam Pelanggan
1 Tahun Sekali Bahagian Pentadbiran
Kehendak pelanggan sentiasa tercapai
3 Peti Cadangan Sepanjang Masa Bahagian Pentadbiran
Kehendak pelanggan sentiasa tercapai
4 Memastikan Risalah Mengenai Perkhidmatan Utama JPBWS Dise-diakan Untuk Kemu-dahan Pelanggan Yang Berurusan Di Kaunter
Sepanjang Masa Bahagian Pentadbiran
Memperkasakam konsep delighting the
customers
BIL PROGRAM/AKTIVITI
SASARAN PENERAJU MATLAMAT
1 Pelaksanaan Amalan EkosistemKondusif Sektor Awam (EKSA) atau Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) Secara Berterusan
100% Pematuhan
Bahagian Pentadbiran
Pengurusan lebih berkualiti
2 Menganjurkan Pertandingan Keceriaan Pejabat
100% Penglibatan
Bahagian Pentadbiran
Pengurusan lebih berkualiti
Strategik 2 : Memantapkan Sistem Pengurusan Pelanggan
Strategik 3 : Mewujudkan Persekitaran Kerja yang Kondusif
P E L A N I N T E G R I T I J P B W S | 2 1
MEMANTAPKAN BUDAYA INTEGRITI OBJEKTIF 3
STRATEGI PERKARA JUMLAH
1 Meningkatkan Pengukuhan Nilai-nilai Murni 3
2 Membentuk dan Membangun Integriti Individu 3
3 Meningkatkan Pemantauan dan Penilaian 2
4 Meningkatkan Kesedaran Tanggungjawab Sosial 2
5 Mengukuhkan Hubungan Warga dan PengurusanJPBWS
2
JUMLAH PROGRAM/AKTIVITI 12
BIL PROGRAM/AKTIVITI
SASARAN PENERAJU MATLAMAT
1 Ceramah Integriti 2 Kali Setahun
Bahagian Pentadbiran
Peningkatan dan pembudayaan integriti
2 Meningkatkan Penghayatan Dan Pengamalan Etika Murni Melalui Hebahan Berterusan Yang Berkesan
2 Hebahan Setahun
Bahagian Pentadbiran
Peningkatan danpembudayaan integriti
3 Pemantauan Rekod Kehadiran
Setiap Bulan
Bahagian Pentadbiran
Warga lebih bersikap amanah terhadapmasa
Strategik 1 : Meningkatkan Pengukuhan Nilai - Nilai Murni
2 2 | P E L A N I N T E G R I T I J P B W S
BIL PROGRAM/AKTIVITI
SASARAN PENERAJU MATLAMAT
1 Mengadakan Audit Integriti 1 Tahun Sekali
BahagianPentadbiran
Peningkatan dan pembudayaan
integriti
2 Melaksanakan Kajian Keberke-sanan Program-Program Integ-riti
1 Tahun Sekali
BahagianPentadbiran
Peningkatan dan pembudayaan
integriti
BIL PROGRAM/AKTIVITI
SASARAN PENERAJU MATLAMAT
1 Menghantar warga JPBWS menghadiri Program Pengukuhan Kecerdasan Emosi (Emotional Quotient, EQ)
1 Program Setahun
Bahagian Pentadbiran
Peningkatan dan pembudayaan
integriti
2. Menyediakan Pelan Integriti Individu
Setiap Warga
Bahagian Pentadbiran
Peningkatan dan pembudayaan
integriti
3 Melantik Pegawai Integriti Bertauliah Jabatan (Certified Integrity Officer)
1 Pegawai Bahagian Pentadbiran
Peningkatan dan pembudayaan
integriti
Strategik 2 : Membentuk dan Membangun Integriti Individu
Strategik 3 : Meningkatkan Pemantauan dan Penilaian
P E L A N I N T E G R I T I J P B W S | 2 3
BIL PROGRAM/AKTIVITI
SASARAN PENERAJU MATLAMAT
1 Program Tanggungjawab Sosial Korporat JPBWS (Corporate Social Responsibility, CSR)
2 Tahun Sekali
Kelab Sukan & Rekreasi
JPBW
Peningkatan dan pembudayaan integriti
2 Menganjurkan lawatan ke In-stitusi -Institusi seperti Rumah Orang Tua, Hospital, Rumah Anak Yatim dan sebagainya.
1 Tahun Sekali
Kelab Sukan & Rekreasi
JPBW
Peningkatan dan pembudayaan integriti
BIL PROGRAM/AKTIVITI
SASARAN PENERAJU MATLAMAT
1 Hari Keluarga 2 Tahun Sekali
Kelab Sukan & Rekreasi
JPBW
Mengeratkan hubungan silaturahim dan mewujudkan
sense of belonging
2 Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
4 Kali
Setahun
Kelab Sukan & Rekreasi
JPBW
Mengeratkan hubungan silaturahim dan mewujudkan
sense of belonging
Strategik 4 : Meningkatkan Kesedaran Tanggungjawab Sosial
Strategik 5: Mengukuhkan Hubungan Warga JPBWS
2 4 | P E L A N I N T E G R I T I J P B W S
MEMANTAPKAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA OBJEKTIF 4
STRATEGI PERKARA JUMLAH
1 Memperkasakan Program Pembangunan Sumber Manusia, Pembangunan Kerjaya dan Pembangunan Kepimpinan
3
2 Meningkatkan Program Pengiktirafan dan Penghargaan 3
3 Memperkasakan Pengetahuan dan Kreativiti Sumber Manusia Ke Arah Pembudayaan Organisasi Cemerlang
3
4 Menggalakkan Gaya Hidup Sihat 3
JUMLAH PROGRAM/AKTIVITI 12
Strategik 1 : Memperkasakan Program Pembangunan Sumber Manusia, Pembangunan Kerjaya dan Pembangunan Kepimpinan
BIL PROGRAM/AKTIVITI
SASARAN PENERAJU MATLAMAT
1 Pemantauan Pelaksanaan Pelan Strategik Sumber Manusia (PSSM)
1 Kali Setahun
Bahagian Pentadbiran
Peningkatan dan pembudayaan integriti
2 Pembangunan Kerjaya
Pelan Operasi Latihan
Pusingan Kerja
1 Kali Setahun
1 Posisi Dalam
Tempoh 3-5 Tahun
Bahagian Penyelidikan &
Korporat
Bahagian Pentadbiran
Memastikan kompetensi dan semangat organisasi
warga
JPBWS berada pada tahap maksima
3 Pembangunan KepimpinanMentoring/Coaching
1 Sesi Sebulan SetiapBahagian
Memastikan kompetensi dan semangat organisasi
P E L A N I N T E G R I T I J P B W S | 2 5
BIL PROGRAM/AKTIVITI
SASARAN PENERAJU MATLAMAT
1 Penerima Anugerah Kebesaran
Mengikut Kelayakan
Bahagian Pentadbiran
Menghargai jasa dan khidmat
2 Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(Pencalonan oleh Ketua Bahagian dan Kelulusan Pengarah)
8% daripada
warga
Bahagian Pentadbiran
Menghargai jasa dan khidmat
3 Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang Pengarah
10% daripada
warga
Bahagian Pentadbiran
Menghargai jasa dan khidmat
Strategik 3: Memperkasakan Pengetahuan dan Kreativiti Sumber Manusia Ke Arah Pembudayaan Organisasi Cemerlang
BIL PROGRAM/AKTIVITI
SASARAN PENERAJU MATLAMAT
1 Program Perkongsian Ilmu 2 Kali Setahun
BahagianPenyelidikan &
Korporat
Memastikan pemantapan ilmu Pengetahuan
2 Branding Imej JPBWSPakaian Korporat
100% Penggunaan
Bahagian Pentadbiran
Meningkatkan sense of belonging dan imej JPBWS
3 Program Perkongsian Ilmu 1 KaliSetahun
BahagianPenyelidikan &
Korporat
Memastikan pemantapan ilmu Pengetahuan
Strategik 2: Meningkatkan Program Pengiktirafan dan Penghargaan
2 6 | P E L A N I N T E G R I T I J P B W S
BIL PROGRAM/AKTIVITI
SASARAN PENERAJU MATLAMAT
1 Mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan
2 Tahun Sekali
Kelab Sukan & Rekreasi
JPBW
Warga yang sihat dan proaktif serta dapat meningkatkan produktiviti
2 Mengadakan Kempen Derma Darah
2 Tahun Sekali
Kelab Sukan & Rekreasi
JPBW
Warga yang sihat dan proaktif serta dapat meningkatkan produktiviti
3 Hari Sukan JPBWS 2 Tahun Sekali
Kelab Sukan & Rekreasi
JPBW
Warga yang sihat dan proaktif serta dapat meningkatkan produktiviti
Strategik 4: Menggalakan Hidup Sihat
P E L A N I N T E G R I T I J P B W S | 2 7
LOGO JPBWS
BIRUMelambangkan penyampaian perkhidmatan yang telus dan cekap yang menjadi tonggak utama jabatan.
MERAHMelambangkan pembangunan bagi mewujudkan persekitaran yang berkualiti dan mampan.
HIJAUMelambangkan keharmonian dan kemampanan bagi memelihara keseimbangan pembangunan dan alam sekitar.
Recommended