View
288
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
1/60
18. MENGAJAR SAINS DALAM BAHASA INGGERIS : MASALAH DAN
PENYELESAIANNYA.
( Roslee Bin Osman )
1. Pengenalan
1.1 Pendahuluan
Kurikulum pendidikan sains mendukung cita-cita dan aspirasi negara kearah
mewujudkan masyarkat Malaysia yang saintifik, progresif dan inovatif sertamenyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi masa depan. Bagi mencapai hasrat
ini, pengajaran dan pembelajaran sains perlu menghasilkan pelajar yang kritis, kreatif dan
ketrampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Pelajar yang berbudayasains dan teknologi mempunyai sikap ingin tahu dan suka mencuba, celik sains, bersikap
terbuka dan berupaya membuat keputusan berdasarkan fakta-fakta sains (Sharifah Nor &Senin 2001)
Sains merupakan satu mata pelajaran teras yang penting dalam kurikulum sekolah
rendah dan menengah. Mata pelajaran sains untuk sekolah menengah merupakan satu
program yang dilaksanakan dalam tempoh lima tahun untuk murid tingkatan satu hinggaketingkatan lima. Program ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kefahaman
tentang sains serta aplikasinya dalam kehidupan harian dan kemajuan teknologi
berlandaskan nilai murni. Kemahiran saintifik diperlukan dalam usaha mencari,memahami dan menggunakan ilmu pengetahuan sains (Sukatan Pelajaran KBSM Sains
2000).
Mata pelajaran sains mengikut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu SekolahMenengah Sains (2000), merupakan satu bidang yang merangkumi pengetahuan ,
kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Oleh itu integrasi tiga elemen ini amat penting
untuk menjamin mutu pendidikan sains. Mata pelajaran sains adalah satu bidang ilmu pengetahunan yang membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid
memahami alam sekitar mereka dengan lebih mendalam.
Mata pelajaran Sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah bertujuan
membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dan kemahiran sains,
mengembangkan daya pemikiran saintifik serta memupuk nilai-nilai murni untuk
membolehkan mereka memahami dan menghargai sains dan aplikasinya dalamkehidupan. Juga keupayaan menyelesaikan maslah harian bagi membentuk warganegara
yang bertanggungjawab (Malaysia, 1988b). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
juga menekankan kepada kemahiran saintifik yang kemahiran proses sains dan kemahiranmanipulatif (Subahan & Senin 1999).
Menurut pendapat dari Tajul Ariffin ( 1990), sains merupakan usaha pencarianilmu yang berasaskan ilmu yang berasaskan kepada pengamatan; pemerhatian,
40
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
2/60
kemampuan akal manusia dalam usaha untuk memahami fenomena-fenomena serta
peraturan-peraturan yang diwujudkan oleh Pencipta.
Sains dan matematik adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan
pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan
pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada kemjuan dan pembangunannegara. Sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi ditulis atau
disampaikan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, pendedahan awal kepada Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untukmenguatkan asas bagi memperolehi maklumat dan ilmu terutama dalam bidang Sains
daan Matemaik, selain menambah masa kontek terhadap bahasa Inggeris (Kenyataan
Akhbar Menteri Pendidikan 20 Julai 2002).
Berhubung dengan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris,
Kementerian Pendidikan telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana yang
dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Rafie Mahat
bagi merangka strategi pelaksanaan dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasaInggeris. Jawatankuasa pelaksanaan telah mengambil kira pelbagai pandangan, ulasan
dan ulasan dari pelbagai pihak seperti ahli akademik, pendidik, majlis gurubesar/pengetua, kesatuan-kesatuan guru dan orang ramai. Pada 19 Julai 2002, Mesyuarat
Khas Jemaah Menteri telah menimbang pelbagai strategi yang kemukakan oleh
Jawatankuasa pelaksanaan dan memutuskan perkara-perkara berikut:
(i) Penggunaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris dilaksanakan sepenuhanya di Tahun 1, tingkatan 1 dan
Tingkatan 6 Rendah, mulai 2003.
(ii) Di kelas atau tingkatan lain, sekolah-sekolah digalakkan mengajar mata
pelajaran ini dalam bahasa Inggeris.
(iii) Pelaksanaan dasar ini di Kolej Matrikulasi akan bermula pada tahun 2004
manakala di Politeknik, pelaksanaan dasar ini akan bermula pada 2008,iaitu selepas pelajar kumpulan pertama menduduki SPM sepenuhnya
dalam bahasa Inggeris pada 2007.
(iv) Peperiksaan sepenuhnya mata pelajaran sains dan matematik ini dalambahasa Inggeris bgai UPSR ialah pada 2008, PMR (2005), SPM (2007)
serta STPM dan Matrikulasi (2004). Bagaimana, mulai 2003 semua
peperiksaan awam akan dilaksanakan dalam dwibahasa.
(v) Keutamaan akan diberi kepada pembekalan infrastruktur ICT seperti
computer notebook, projector LCD dan skrin serta bahan-bahan interaktifkepada sekolah-sekolah. Bekalan elektrik dan telefon akan dibekalkan
secepat mungkin kepada sekolah-sekolah yang masih tidak
mempunyainya. Sekolah-sekolah juga akan debekalkan bahan-bahan
rujukan bercorak sains.
41
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
3/60
(vi) Bagi melengkapkan guru dengan kemahiran asas berbahasa Inggeris,
Kementerian Pendidikan akan menyediakan kursus-kursus intensif jangkapendek dan jangka panjang. Ini termasuklah program face-to-face full
immersion,kursus hujung minggu, modul pembelajaran kendiri dan
pembelajaran on-line berasaskan web.(vii) Jemaah Menteri juga bersetuju supaya guru-guru yang mengajar mata
pelajaran sains, matematik dan bahasa Inggeris diberi insentif mata
pelajaran kritikal.
(viii) Bagi menggalakkan guru-guru menguasai bahasa Inggeris dengan baik,
kabinet bersetuju memberi kenaikan tiga mata gaji bagi mereka yang
mempunyai kelayakan bahasa Inggeris pada tahap tertentu ( yang akanditentukan kemudian)
(ix) Guru-guru yang menjadi jurulatih utama dalam bidang sains, matematik
dan bahasa Inggeris di bawah program Malaysia Trainers DevelopmentProgram akan diberi keutamaan bagi kenaikan pangkat dari DG3
(peringkat ijazah) ke DG2.
(x) Bayaran elaun khas juga akan diberi kepada guru-guru sains, matematik
dan bahasa Inggeris yang mengajar di luar bandar.
(Mesyuarat Khas Jemaah Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002)
Berdasar perkara-perkara di atas kabinet khas telah memutuskan dalam salah
satu mesyuaratnya menganggap pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalambahasa Inggeris sebagai satu agenda utama negara. Oleh itu kabinet telah mengarahkan
Kementerian Pendidikan memberi perhatian sepenuhnya bagi menjayakan dasar ini. Di
samping itu juga cabinet juga memohon sokongan semua pihak terutamanya para guru,murid-murid, ibu bapa dan seluruh lapisan masyarakat terhadap dasar ini.
Pada 4 Oktober 2002, satu Taklimat Profesional Penyebaran Maklumat MengenaiPengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris yang diadakan di Auditorium Al
Azim, Melaka oleh Datuk Abdul Rafie Mahat, ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
menjelaskan rasional perlaksanaan Matematik dan sains dalam bahasa Inggeris adalah
seperti berikut:
Sains dan matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik.
Penyumbang kepada pembangunan negara. Sebahagaian besar maklumat terkini mengenai bidang ini terdapat
dalam bahasa Inggeris.
Pendedahan awal memberi peluang mengakses maklumat .
Menurut Datuk Abdul Rafie Mahat, setiap sistem pendidikan sentiasa mengalami
perubahan dari masa kesemasa. Perubahan yang bakal dilakukan iaitu Bahasa Inggerissebagai bahasa penghantar untuk mata pelajaran Sains dan matematik adalah supaya
42
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
4/60
pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dan mahir dalam teknologi moden.
Sehubungan dengan itu, beliau m,enyarankan supaya para ibu bapa mengubah minda
mereka untuk menerima perubahan yang baru dan menyokong usaha kerajaan (The Star,30 Dis. 2002).
2. Definasi operational
2.1 Pengajaran
Sharifah Alwiah (1983) juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses keranaapabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan
sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah (1983) juga
menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti
pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar. Yaxley (1991)memberikan pandangan yang berbeza tentang pengajaran. Beliau melihat pengajaran dari
aspek perkembangan kognitif. Yaxley (1991) berpendapat, pengajaran merupakan satu
tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan
makna. Ini menunjukkan pengajaran mempunyai hubungan dengan pengesahan,perubahan, peninjauan semula, penilaian dan penghuraian kepercayaan, nilai-nilai serta
pengertian.
Hasaan Langgulung (1991) mentakrifkan pengajaran sebagai satu proses
pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai daripada generasi tua kepada generasi muda untuk
memastikan jati diri dan penerusan budaya. Mook Soon Sang (1993) mentakrifkanpengajaran adalah proses berkaitan perancangan, pengelolaan , penyampaian, bimbingan
dan penilaian supaya perpindahan ilmu pengetahuan dan kemahiran dapat dilakukan
dengan lebih berkesan.
Yaxley (1991) juga melihat pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan
pemikiran, perasaan dan penilaian. Ini termasuklah interaksi antara guru dengan pelajarataupun pelajar dengan pelajar. Teuku Iskandar (1986) mentakrifkan pengajaran adalah
perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau
sistem mengajar atau aspek yang dipentingkan dan sebagainya.
Konsep pengajaran dalam konteks kerja kursus ini setelah merangkumi takrifan
yang dikemukakan oleh Sharifah Alwiah (1983) Hasaan Langgulung (1991) Mook Soon
Sang (1993) dan Yaxley (1991) Kajian ini mentakrifkan pengajaran itu sebagai satuproses mengajar yang melibatkan aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar,
menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Ini termasuklah
interaksi antara guru dengan pelajar ataupun pelajar dengan pelajar. satu prosespemindahan ilmu, kemahiran dan nilai. dengan lebih berkesan.Di samping itu pengajaran
di dalam matapelajaran sains juga juga adalah mempunyai hubungan dengan pengesahan,
perubahan, peninjauan semula, penilaian dan penghuraian kepercayaan, nilai-nilai sertapengertian. aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian.
Secara kensensusnya strategi pengajaran merangkumi cara ini kandungan
pengajaran dipersembahankan pelajar bagi mencapai objektif pengajaran dan untuk
43
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
5/60
menggalakkan pembinaan serta memupuk strategi pembelajaran yang efektif bagi pelajar
(Burden & Byrd). Secara amnya strategi pengajaran yang berpusatkan guru( seperti
memberi penerangan kuliah, membaca, soal jawab dan latihan) dan strategi berpusatkan pe;ajar ( seperti perbincangan, sumbang saran, main peranan, simulasi, penyelesaian
masalah dan permainan).
Berpandukan Sukatan Pelajaran Bahasa Inggeris KBSM, strategi pengajaran yang
diberi keutamaan dalam pengajaran bahasa Inggeris ialah kemahiran berfikir, kemahiran
belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, nilai kewarganegaraan danpatriotisme, kecerdasan pelbagai, mendapat pengetahuan dari pelbagai bidang ilmu dan
disiplin dan persiapan untuk menghadapi situasi yang sebenar (Kementerian Pelajaran
Malaysia 2003:1)
2.2 Sains
Pusat Perkembangan Kurikulum (1998) mentakrifkan ilmu sains sebagai bidang
ilmu yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni yang
membolehkan pelajar memahami alam sekeling mereka. Kementerian PendidikanMalaysia (2001) menjelaskan bahawa sains, merupakan satu proses yang mengutamakan
kaedah inkuari dan penyelesaian masalah. Kesimpulan dari takrifan tersebut didapatisains dapat memperkembangkan kemahiran untuk mengkaji alam semesta yang
memerlukan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu
pengetahuan diperolehi sebagai hasil penyiasatan. Inkuiri secara saintifik juga
memerlukan dan membolehkan pelajar memperolehi sikap positif dan nilai murni.Falsafah Pendidikan Sains Negara juga telah mengungkapkan bahawa pendidikan sains di
Malaysia bertujuan memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan
kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dab berdaya tahanserta dapat mengusai ilmu sains dan berketerampilan teknologi.(Norazilawati 2003)
2.3 Bahasa Inggeris
Matlamat kurikulum bahasa Inggeris sekolah menengah adalah untuk
melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhikeperluan pelajar dalam urusan seharian, menimba ilmu pengetahuan dan bidang
pekerjaan( Kementerian Pelajaran Malaysia 2003:1). Sementara objektif kurikulum
Bahasa Inggeris Sekolah Menengah adalah:
1. to form and maintain relationships through conversation and
correspondence; take part in social interaction; and to obtain goods
and services
2. to obtain, prosess and use information from various audio-visual and
print sources; and present the information in spoken and written form;
3. to listen to, view, read and respond to different text, and express ideas,
opinions, thoughts and feelings imaginatively and creatively in spoken
and written form; and
44
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
6/60
4. to show an awareness and appreciation of moral values and love
towards the nation.
(KBSM English Language Syllabus, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003:1)
3.0 Rasional
Berdasarkan kenyataan akhbar Menteri Pendidikan 20 Julai 2002, YB Tan Sri
Dato Musa Mohammad, menyatakan sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains
dan teknologi diltulis aatau disampaikan dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikianadalah menjadi keperluan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan
matematik dalam selain menambah masa berkaitan dengan Bahasa Inggeris serta
menguatkan asas pengetahuan bahasa bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Sehubungan itu . pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris didorong oleh dua faktor utama. Pertama, penguasaan bahasa Inggeris para
pelajar tidak memuaskan. Disebabkan kelemahan ini, para pelajar tidak dapat mengikuti
perkembangan semasa penemuan-penemuan dan pencapaian terkini dalam kedua-duabidang tersebut khususnya. Hal ini akan mengurangkan potensi daya saing negara dalam
era globalisasi.
Faktor seterusnya, pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam medium
bahasa Inggeris dilihat sebagi mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris di
Kalangan pelajar di samping kepentingan kedua-dua mata pelajaran itu dalammemajukan negara.( Norazilawati .2004.)
3.1 Kelemahan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris.
Pelbagai pendapat-pendapat dan kajian-kajian yang dijalankan menunjukkanbanyak kebaikan yang didapati pada pelaksanaan pengajaran dan pembelajarn Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris tetapi terdapat juga kelemahan-kelemahan yang harus
diperbaiki ( Azizan Abu Samah, Utusan Malaysia, 2002). Antaranya ialah:
menimbulkan masalah besar sebagai bahasa mata pelajaran Matematik dan Sains.
Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam Mateamtik dan
Sains bukan cara terbaik atasi kelemahan penguasaan bahasa itu.
Objektif setiap mata pelajaran berlainan oleh itu ia tidak boleh dicampur adukkan.
Istlah matematik dan sains terlalu khusus dan maksud berbeza, lebih sesuai jika
digunakan selain daripada Matematik dan Sains agar tidak timbul kekeliruan.
Kekurangan guru Matematik dan Sains yang mahir berbahasa Inggeris. Guru tidak bersedia mengajar, memerlukan waktu untuk menguasai bahasa
Inggeris kerana tidak memiliki kefasihan berkomunikasi berkenaan isi pelajaran.
Pelajar yang tidak mahir bahasa Inggeris, prestasi Matematik dan Sains akan jatuh
akibat tidak faham konsep isi pelajaran. Ini boleh menimbulkan rasa bosan dan
tidak minat sains dan matematik.
45
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
7/60
Proses pengajaran dan pembelajaran tidak boleh dipisahkan dari bahasa yang
difahami dan dihayati oleh guru dan pelajar-pelajar. Oleh itu kita tidak bolehberfikri dalam acuan orang lain.
Tekanan kepada guru, guru terpaksa kekalkan atau tingkatkan prrestasi untuk imej
diri dan sekolah. Pelajar menjadi mangsa dan terabai.dalam jangkamasa pendek
prestasi pasti menurun dan menambahkan kekusutan pendidikan matematik sainsdan teknologi.
Lebih 800 istilah mateamtik dan sains menjadi harta lupus. Ini menyebabkan
kerugian dari asset negara dan pembaziran tenaga dan wang.
Pakar ilmu yang menerbitkan bahan rujukan dalam bahasa melayu semakin
berkurangan.
Kos tinggi- kerosakan notebook, LCD dan lain-lain.
Bimbang dan tidak yakin pada diri pelajar akibat sukar faham konsep dan kurang
motivasi kerana latar belakang keluarga.
3.2 Bantahan
Pengujudan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dan matematikdalam bahasa Inggeris telah menimbulkan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Ada pihak
yang menyokong dan ada yang membantah. Terdapat pihak-pihak yang membantahcadangan pelaksaan tersebut adalah:,( Tan Chia, Sin Chew Jit Poh. 2002)
Gabungan persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong)
Persekutuan Persatuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia
(Dong Zong).
Dewan Perhimpunan Cina Sekangor (DPCS)
Sebab-sebab bantahan ini adalah kerana :
Bimbang kebudayaan serta jati diri masyarakat Cina terjejas.
Bimbang ianya menyekat kebebesan beragama.
Menganggap dasar itu sebagai nahas kepada SJKC kerana akan menghapuskanidentiti sekolah tersebut berikutan hanya satu subjek akan menggunakan bahasa
Cina dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai 2008.
3.3 Usaha-usaha
Untuk meralisasikan pengajaran sains dan mateamtik dalam bahasa Inggeris,
berbagai usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melaksanakan programtersebut antaranya :-
Latihan Bahasa Inggeris bagi guru yang mengajar mata pelajaran Sains danMateamtik (ETeMS)
Perubahan kursus di maktab perguruan di mana subjek Sains dan Matematik di
ajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris bagi program diploma perguruan mulai2003.
46
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
8/60
Program pengkamusan sekolah pelajar didedahkan dengan perbendaharaan kata
bahasa Inggeris yang baru setiap hari.
Menyedikan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sepertinotebook, LCD dan skrin serta bahan interaktif.
Mengadakan Buddy System bagi membantu guru-guru Sains dan Matematik.
( Bahagian Pendidikan Guru, Kementeian Pendidikan Malaysia, 2002)
3.4 Pihak yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan pengajaran Sains dan
Bahasa Inggeris.
Kementerian Pendidikan
- Bahagian Pendidikan Guru (BPG)- Bahagian Buku Teks
- Pusat Perkembangan Kurikulum
- Lembaga Peperikasaan Malaysia (LPM)
- Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
Guru Ibu bapa
Pelajar
3.4 Kaedah Pelaksanaan
Pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik bermula pada bulan Januari 2003
untuk para pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah. Manakala pelaksanaan di
peringkat Tahun 1 bermula pada bulan Mac 2003. Manakala pengajaran Bahasa Inggerisdalam kedu-dua subjek dalam tahun dan tingkatan lain adalah digalakkan. Berikut adalah
senarai pelaksanaan dalam peperiksaan awam yang melibatkan yang melibatkan subjek
Sains dan Mateamtik adalah seperti berikut:-
1. 2003 semua peperiksaan awam UPSR, PMR DAN SPM adalah
dwibahasa2. 2004 STPM dan kolej matrikulasi
3. 2005 PMR
4. 2007 SPM
5. 2008 UPSR dan politeknik.
Berikut adalah usaha Kementerian Pendidikan dalam melengkapi prasarana dan
sumber tenaga manusia seperti dibawah:i) Pembekalan infrastruktur dan bahan bahan interaktif.
ii) Melengkapkan kemudahan elektrik dan internet di semua sekolah di seluruhnegara.
iii) Buku-buku teks Sains dan Mateamtik dalam Bahasa Inggeris.
iv) Kursus-kursus jangka pendek dan jangka panjang untuk guru-guru.
v) Kenaikan pangkat dari DG3 ke DG2 bagi jurulatih utama bidang Sains,Matematik dan Bahasa Inggeris.
47
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
9/60
vi) 1,000 guru dilatih menjadi jurulatih utama.
Guru-guru Sains ,Matematik dan Bahasa Inggeris yang mengajar di luar Bandar.
vii) Kenaikan tiga mata gaji bagi guru yang mencapai tahap kelayakan BahasaInggeris yang ditentuklan oleh Kementerian Pendidikan.
ix) Elaun khas untuk guru-guru Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang mengajar
di luar Bandar.xi) Seramai 47,000 guru-guru Sains dan Matematik mendapat laptop yang bernilai
RM 235 juta.
xii) Guru-guru kontrak dilantik untuk mengisi kekosongan.
3.4.1 Perlaksanaan kurikulum
Tindakan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejajar denganpelaksanaan pengajaran bahasa Inggeris bagi mata pelajarn sains dan matematik adalah,
mengurangkan sukatan pelajaran bagi Sains dan Matematik. Contohnya, kandungan
sukatan pelajaran mateamtik tahun satu untuk mengenali nombor satu hingga lima puluh
telah dikurangkan kepada nombor satu hingga lapan belas. Manakala kandungan sukatanpelajaran sains tingkatan satu pula dikurangkan daripada sembilan tema kepada emapt
tema sahaja. Hampir setengah daripada tema sains tingakatan satu telah dibatalkan.
Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengurangkan sukatan mata
pelajarn sains dan mateamtik ini telah mengurangkan peluang pelajar untuk menimba
ilmu pengetahuan tersebut di dalam persekolah.
Pemilihan buku teks untuk sekolah-sekolah kerajaan di Malaysia adalah di bawah
kawalan Kementerian Pendidikan. Pemilihan itu mestilah bersesuaian dengan pelajarankita. Buku-buku teks sains dan matematik yang disediakan itu didapati menggunakn
perbendaharaan kata tatabahasa Bahasa Inggeris yang tidak bersesuaian di sesetengah
topic. Ini disebabkan buku-buku teks yang disediakan itu tiada perancangan yang rapidan tidak berunding dengan pakar Bahasa Inggeris dalam proses pengarangan buku teks
tersebut.
Manakala bagi IPTA, buku teks dan bahan rujukan sains dan matamatik dalam
Bahasa Inggeris senang didapati. Kebanyakan buku sains dan matematik IPT diterbit oleh
penerbit luar negeri dalam Bahasa Inggeis. Justeru, maslah yang didapati di sekolah
rendah dan sekolah menegah tidak berlaku di IPTA.
4. Isu-isu
Pelbagai isu telah timbul apabila dasar ini dilakukan yang melibatkan pelajar,
guru dan pensyarah, kurikulum, kewangan dan pihak-pihak lain. Isu-isu ini akan diulas
satu persatu seperti berikut:
4.1 Isu 1 : Adakah guru dan pensyarah bersedia mengajar sains dalam bahasa Inggeris
?
48
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
10/60
Penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dikalangan guru-guru dan pensyarah
yang mengajar sains dan matematik. Di sekolah rendah terdapat 84% , sekolah menengah
69% dan guru-guru tingkatan 6 42% dan pensyarah matrikulasi adalah 29%(UtusanMalaysia 14 Mei 2002)
Guru adalah sebagai pelaksanaan dasar yang terlibat secara langsung dalam
pengajaran mata pelajaran sains. Adakah mereka telah cukup bersedia untukmelaksanakannya? Masalahnya sekarang adalah sebahagian besar guru-guru kurang
bersedia untuk melaksanakannya sama ada dari segi pengusaan bahasa Inggeris itu
sendiri ( Utusan Malaysia 2003)
Maklum balas daripada beberapa orang guru sains dan matematik sekolah
menengah yang telah mengikuti kursus intensif Bahasa Inggeris menunjukkan bahawa
masih ramai lagi guru yang tidak yakin dengan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran .Di samping itu adalah dijangkakan guru-guru sains dan matematik akan
menghadapi masalah membaca dan memahami buku teks atau buku rujukan dalam
Bahasa Inggeris. Justeru itu guru-guru juga menghadapi masalah menyediakan alat bantu
mengajar dalam Bahasa Inggeris bagi pengajaran sains. Implikasinya guru-guru yangmenghadapi masalah memahami buku teks akan hanya mengajar konsep-konsep yang
mereka tahu sahaja. Ketidakmampuan membuat alat bantu mengajar dalam bahasaInggeris mungkin akan menyebabkan kelas sains membosankan, seterusnya oobjektif
pembelajaran tidak dicapai.
Menurut Poh dan Hashimah (1997) untuk meningkatkan kemahiran berfikirsecara kritis dan kreatif (KBKK), pelbagai teknik asas boleh digunakan. Teknik-teknik
asa ini termasuk teknik pemudacaraan, teknik peningkatan metakognitif dan teknik
menyoal. Mampukah guru-guru sains mengaplikasikan pendekatan pengajaran danpembelajaran KBKK di dalam kelas sains dengan perubahan bahas pengantar tersebut?
Sedangkan konsep-konsep besar yang ingin dicapai ini belum dapat difahami dan
dilaksanakn dengan berkesan oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran sainsdan matematik menggunakan Bahasa Melayu (Tajul Ariffin & NorAini 2002).
Inovasi ini menggalakkan penggunaan ICT tetapi didapati tahap kesediaan guruterutama guru mata pelajaran sains dalam penggunaan teknologi semasa proses
pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap yang rendah (Norzita & Noraini Attan
2002). Kajian menunjukkan bahawa 64% daripada guru-guru sukar menggunakan
internet kerana tidak memahami bahasa inggeris walau pun 54% daripada merekamempunyai Komputer sendiri dengan kemudahan internet dirumah ( Narimah & Raju
(2001). Persoalannya guru-guru yang lemah dengan penggunaan teknologi ini,
mampukah menjalankan pengajaran dengan berkesan jika berlaku kesilapan teknikalseperti cara pemasangan yang betul, kerosakan, dan untuk mendapat maklumat dalam
internet.
4.2 Isu 2 :Dapatkah kemahiran saintifik serta nilai murni dalam pengajaran dan
pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris dapat dilaksanakan?
49
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
11/60
Satu cabaran kepada guru kerana pengajaran sains merupakan pengajaran yang
menunjukkan tahap kemahiran saintifik, pendekatan dan amalan yang harus dilakukan
secara interaksi soal jawab berbahasa. Situasi ini tidak mencukupi jika pengajaran sainsdilakukan secara penyediakan perisian dan mengikut skrip yang disediakan oleh pihak
kementerian. Kesannya pengajaran menjadi terbatas kerana tiada interaksi di antara guru
dan pelajar. Akibatnya objektif pengajaran tidak dapat dicapai.
Pengajaran sains adalah untuk membentuk sikap yang saintifik dan nilai murni.
Oleh itu dapatkah guru-guru dapat membentuk sikap dan nilai murni dalam pengantarBahasa Inggeris demi memenuhiFAlsafah Pendidikan negara (FPN), FAlsafah
Pendidikan Sains Negara (FPSN) dan wawasan negara untuk melahirkan insan saintifik
yang beretika di samping dapat meningkatkan kualiti hidup menurut hakikat yang
sebenarnya. Kesan ini dapat dilihat dikalangan guru-guru sains sekolah rendah keranastatistik guru-guru sekolah rendah adalah sebanyak 84% rendah penguasaan Bahasa
Inggeris. Akibatnya jika peringkat rendah terdapat kegagalan dalam menerapkan sikap
dan nilai murni maka akan berlaku ketempangan terhadap matlamat pendidikan sains
negara.
4.3 Isu 3: Adakah kursus ETeMS ( English Language for teaching of Mathematic and
Science) yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dan kerjasama
Jabatan pendidikan Negeri berkesan?
Kursus ETeMS mengandungi 240 jam latihan yang melibatkan pengajaran secaraface to face interaction atau bersemuka dan self instructional packages. Dalam kursus
ini guru diajar oleh seorang jurulataih utama. Selain itu, konsep Buddy System
diperkenalkan dimana guru-guru sains dan Matematik juga akan dibantu oleh guru-guruBahasa Inggeris yang telah dilantik di sekolah masing-masing.
Kurusus ETeMS di kendalikan dalam dua fasa. Setiap fasa meliputi 90 jam pembelajaran secara face to face interaction dan 30 jam secara self instructional
packages.
Jika di lihat dari stastistik penguasaan yang lemah dalam bahasa Inggeris
dikalangan guru-guru didapati. Di sekolah rendah terdapat 84% , sekolah menengah 69%
dan guru-guru tingkatan 6 adalah 42% dan pensyarah matrikulasi adalah 29%(Utusan
Malaysia 14 Mei 2002). Berhubungan dengan ini guru-guru tersebut telah mempelajaribahasa Inggeris di sekolah selama 11 tahun iaitu dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Guru-
guru ini juga, mempunyai kelulusan yang rendah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeis di
peringkat SPM/MCE. ( Masylinda 2004). Adakah kursus ETeMS selama 240 jam bolehmembuat guru-guru tersebut dapat mengatasi penguasaian mereka dalam bahasa
Inggeris ?
Masalah yang timbul ekoran dari kelemahan guru-guru tersebut menguasai bahasa
Inggeris kesannya adalah, sukar untuk mengajar konsep-konsep, istilah-istilah sains
dalam bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu, para pendidik menjangkakan bahawa
masalah broken English dan istilah-istilah sains yang kurang tepat akan berlaku pada
50
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
12/60
awal pelaksanaan, walaupun guru terlibat mengikuti kursus intensif yang disediakan
kementerian ( Masylinda & Rohana 2002a). Jika wujud keadaan sedemikian maka
berkesankah kursus ETeMS yang di jalankan ?
4.4 Isu 4: Apakah peruntukan yang besar untuk perlaksaan ETeMS dapat
meningkatkan kejayaan pada dasar ini?
Kerajaan Malaysia telah memperuntukan sebanyak RM 5 billion untuk
melaksanakan dasar ini ( Portal Pendidikan Utusan Malaysai, 03/01/2002). Menurut TanSri Musa semasa Pelancaran Makmal Komputer Sekolah Seri Sedaya Subang Jaya 2002,
bagi melaksaan di tahun pertama iaitu tahun 2003, peruntukannya adalah sebanyak
RM978.7 juta. Dimana RM60 juta adalah untuk menyediakan perisian tahun satu,
tingkatan satu dan tingkatan 6 rendah. Kerajaan telah membekal peralatan teknologimaklumat dan konukasi (ICT) yang berjumlah RM17ribu bagi setiap orang guru yang
terlibat dalam perlaksnaan dasar ini. Peralatan tersebut termasuklah penyediaan
computer, LCD, dan perisian yang membantu guru melancarkan pengajaran dua subjek
ini dalam bahasa Inggeris. Seramai kebih kuran 30 000 guru yang terlibat dalampengajaran sains dan matematik menggunakan bahasa Inggeris
Di samping itu usaha kerajaan dijalankan dengan melantik semula guru yang telah bersara, perubahan buku teks dan sukatan pelajaran, perlantika jurulatih dan bayaran
insentif untuk semua guru Bahasa Inggeris dan guru-guru yang mengajar subjek
Matematik dan Sains dalam PPMSI.
Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi oleh guru-guru. Dimana guru-
guru yang mahir berbahasa Inggeris diberi pelbagai insentif, berbanding guru-guru yang
mengajar mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Ekonomi, Perdagangan, Sejarah danPendidikan Islam. Jadi persoalan yang ujud adakah guru-guru yang mengajar selain dari
Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik tidak penting dan tidak kritikal untuk mendapat
insentif.
Isu-isu lain akan timbul adalah adakah peruntukan yang besar dapat menjamin
kejayaan yang besar? Adakah semua pihak akan berkerjasama untuk menjayakan dasarini terutama pihak sekolah, guru-guru dan masyarakat? Dari itu hakikatnya ramaikah
pihak pentadbir mahupun guru-guru yang kan mengambil inisiatif ini bagi memastikan
hasrat kerajaan tercapai?
5. Impak kelemahan dalam bahasa Inggeris.
Kita semua sudah sedia maklum kita sudah tidak dapat menolak kepentingabahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan kunci untuk mencari ilmu baru pada
zaman teknologi maklumat ini. Sekiranya seseorang pelajar itu tidak mampu menguasai
bahasa Inggeris dengan baik maka akan terdapat banyak kelemahan yang akan dihadapioleh mereka sama ada sewaktu pengajaran dan pembelajaran atau selepas tamat
pengajian. Antara impak kelemahan dalam bahasa Inggeris adalah:
51
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
13/60
5.1 Impak Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam matapelajaran
Sains
i) Prestasi pencapaian dalam subjek sains pelajar terutama Bumiputra mungkinakan menurun:
Menurut stastistik,pada tahun 2002 sebanyak 40.2% pelajar-pelajar melayu mendapat
pangkat E iaitu tidak Mencapai Tahap Penguasaan Minimun dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris. ( Utusan Malaysia, 28 Disember 2002). Berdasarkan pencapaiankeseluruhan subjek matematik dan sains bagi tahun 1999 hingga 2000 adalah di paras
38.8 % iaitu satu pencapaian yang boleh dianggap minimum. Dengan itu mengunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran ini akan membebankan
pelajar kesannya akan menyebabkan kehilangan minat untuk belajar akibatnya akanmenurunkan prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran berkenaan.
i) Kehilangan minat terhadap mata pelajaran Sains:
Pelajar-pelajar melayu yang lemah dalam menguasai bahasa Inggeris akan
menghadapi masalah yang untuk memahami konsep-konsep sains yang bersifat teknikaldan kefahaman. Di mana peratusan guru yang lemah dalam bahasa Inggeris juga tinggi.
Akibatnya pengajaran dan pembelajaran sains yang bersifat penaakulan, pencerakinan,
pemerian dan ujikaji yang memerlukan penerangan yang jelas gagal di sampaikan dengan
baik kepada pelajar. Kesannya pelajar-pelajar akan kehilangan minat untuk belajar keranatiada rasa keyakinan kepada guru dan rasa mata pelajaran itu menjadi semakin susah.
ii) Sasaran kerajaan untuk mencapai nisbah 60:40 mungkin tidak
tercapai.
Pelajar-pelajar mula beranggapan mata pelajarn sains sebagai satu mata pelajaranyang susah. Oleh itu pelajar lebih cenderung untuk memilih aliran sastera. Justeru itu
hasrat kerajaan untuk mensasarkan 60 peratus sains dan 40 peratus sastera pada tahun
2010 tidak akan tercapai.
iii) Buku ilmiah dalam bahasa Melayu akan terpinggir:
Para cendiakawan akan hilang minat untuk menulis kerana penggunaan buku
ilmiah dan rujukan yang ditulis dalam bahasa Melayu kurang mendapat perhatian orangramai. Keadaan ini memyebabkan buku-buku ilmiah bahasa Melayu tidak digunakan dan
seterusnya akan terpinggir dalam negara kita sendiri.
6. Cadangan
52
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
14/60
Perlaksanaan ETeMS mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Berbagai pendapat
dikemukakan oleh golongan pendidik, ahli-ahli cerdik pandai, ahli politik sehingga ahli
masyarakat terdiri dari golongan ibu bapa dan pelajar-pelajar sendiri. Semua pendapatdan cadangan telah diambil kira untuk memperbaiki lagi ETeMS Berikut adalah
cadangan-cadangan yang di buat hasil kajian dari pelbagai sumber.
a) (Senin 2004) Melalui pengalaman semasa menjalankan kajian ini,
pengkaji mendapati selain daripada mencari punca kesukaran belajar
sains dalam bahasa Inggeris, amalan pengajaran guru juga perludipelbagaikan bagi mengekalkan tumpuan serta minat pelajar. Bagi
mempertingkatkan prestasi pelajar, guru perlu melaksanakan perkara-
perkara berikut:
i) Mempelbagaikan kaedah dan pendekatan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
ii) Memperbanyakkan dan mempelbagaikan latihan.
iii) Menggalakkkan pelajar mengunakan pengetahuan sedia ada.
iv) Memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kajian tindakan yang telah dilaksanakan ini terdapat peningkatan dalam pencapaian
pelajar, menambahkan keseronokkan belajar sains walaupun bukan dalam bahasa ibunda
dan dapat mengurangkan sifat malu untuk berintraksi semasa proses pengajaran danpembelajaran.
b) Guru-guru yang telah menghadiri kursus ETeMS hendaklah melakukan
pengukuhan pembelajaran. Guru-guru tersebut hendaklah menghadiri
kursus pengukuhan yang di adakan pada hujung minggu bagi setiapdaerah-daerah masing-masing. Fasilitator yang dilantik adalah yang betul-
betul berkemahiran tinggi dalam penggajaran bahasa Inggeris dan sains.
Di samping itu guru-guru terlibat perlu memahirkan diri dalam
penggunaan Bahas Inggeris melalui kursus-kursus insentif BahasaInggeris yang dianjurkan, Modul Pembelajaran Kendiri ( Take Home
Package) dan Pembelajran Online (web Base dan skrip pengajaran yang
disedaikan.Tujuannya adalah untuk memantapkan tahap kesediaan guru-guru tersebut dalam pengajaran sains dalam bahasa Inggeris.
c) Peruntukkan yang besar yang diterima oleh semua sekolah dalammenjayakan hasrat kerajaan ini harus diambil perhatian oleh semu pihak
yang terlibat. Terutama guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dan menerima insentif. Guru-
guru tersebut harus mengadakan kelas tambahan sekurang-kurangnya dua
53
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
15/60
waktu seminggu iaitu pada hari sabtu atau waktu sebelah petang. Ini
dilakukan adalah sebagai pengukuhan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.d) Guru-guru yang terlibat dalam pengajaran mata pelajaran sains dalam bahasa
Inggeris di galakkan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris melalui
kursus-kursus dianjurkan pihak jabatan atau Kementerian Pelajaran atau inisiatif sendiri.
e) Guru-guru perlu diberi pendedahan secara intensif berhubung dengan proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris melalui latihandalam yang dikendalikan oleh guru pakar.
f) Guru-guru digalakkan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
secara kongsi sama terutama bagi tahuk-tqajuk yang masih belum dikuasai sepenuhnya.Ini khususnya bagi guru-guru baru.
g) Guru-guru yang terlibat mesti sentiasa bersedia untuk memperlengkapkan diri dan
menambah nilai pengetahuan kemahiran computer atau ICT mereka dengan mengikutkursus dan latihan kemahiran prasarana computer atau ICT dari masa ke sama
h) Pihak sekolah, ketua bidang, ketua panitia dan para guru yang mengajar mata
pelajaran sains dan matematik hendaklah berkerjasama untuk manghasilkan bahan
pengajaran yang sesuai dan selaras dengan perubahan sukatan pelajaran.
i) Pihak Jabatan Pendidikan perlu menyediakn prasarana yang mencukupi bagi
kegunaan guru dan pelajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lancar dan berkesan.(Norzita Mohd Darus 2004)
7. Kesimpulan
Secara keseluruhan boleh disimpulkan bahawa tahap kesediaan guru mengajar
Saians dan matematik dalam Bahasa Inggeris masih berada pada tahap yang sederhana.
Ini mungkin disebabkan pelaksanaannya yang masih baru memerlukan guru sedikit lagimasa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaraan pengajaran yang berbeza. Kursus-
kursus yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung
pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sedikit sebanyak dapat
membantu guru meningkatkan tahap kesediaan pengetahuan, sikap dan kemahiranmereka untuk mengajar subjek berkenaan dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, guru juga
perlu mempunyai inisiatif sendiri terutamanya dalam mencari ilmu pengetahuan baru
agar usaha untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahas Inggerisini dapat dijalankan dengan jayanya.(Masyilda 2004)
RUJUKAN
Azizan Abu Samah, Utusan Malaysia, 2002
Badan Khas ditubuh rangka strategi mahir Inggeris. 2002. Utusan
54
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
16/60
Malaysia 14 Mei 2002.
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002)
Kementerian Pelajaran Malaysia 2003. Manual kursus kajian tindakan.Kuala Lumpur : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan.
Kenyataan Akhbar Menteri Pendidikan. 2002. Kenyataan YB Tan SriMusa Mohamad mengenai perlaksanaan pengjaran dan
pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. 20 Julai 2002
Masyilda Abu Bakar. 2004. Tahap kesediaan guru mengajar sains danmatematik dalam bahasa Inggeris, kertas Projek Pendidikan. Bangi. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mesyuarat Khas Jemaah Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia,
2002.Mook Soon Sang .1997. Pedagogi 2. Pelaksanaan pengajaran. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Narimah Ismail & Raju, C.J. 2001. Lemah Bahasa Inggeris. 64% guru
sukar guna internet. Utusan Malaysia 15 Ogos 2002.Norazilawati .Abdullah.2004. Persepsepi Guru-Guru Sains dan
Matematik Tingkatn Satu terhadap keberkesanan kursus ETeMS.KertasProjek Pendidikan Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norazilawati Abdul Halim. 2003. PPK Laksana Program Tingkat
Penguasaan bahasa Inggeris. Berita Harian. 18 Disember 2003.
Poh Swee Hing & Hashimah. 1997. Amalan repleksi murid-muridsekolah rendah semasa menjalankan projek reka bentuk
teknologi. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Hlm
149-155..Sharifah Alwiah Alsagoff.1983. Ilmu Pendidikan. Kuala Lumpur
Heinmann Asis.
Tajul Ariffin Noordin & NorAini Dan. 2002. Pendidikan danPembangunan Manusia:pendekatan Bersepadu. Bangi: As-
Syabab Media.
Tajul Ariffin Nordin. 1990. Pendidikan : Satu pemikiran semula. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pusaka.
Tan Chia, Sin Chew Jit Poh. 2002
The Star, 30 Dis. 2002Utusan Malaysia 2003
Utusan Malaysia, 03/01/2002
Utusan Malaysia, 28 Disember 2002
55
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
17/60
19. PENGURUSAN UJIAN SETARA DI PERINGKAT DAERAH
SEJAUH MANAKAH IANYA BERKESAN
( Hasnah Binti Yusuff )
PENDAHULUAN
Matlamat pendidikaan di Malaysia berdasarkan kepada Falsafah
Pendidikaan Negara yang berhasrat untuk melahirkan individu yang
berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek , rohani, emosidan jasmani. Untuk menentukan hasrat ini tercapai, penilaian menjadi aspek
penting dalam pendidikan formal di sekolah-sekolah. Melalui penilaian, arahdan tahap perkembangan individu dapat dikesan seperti yang dihasratkan.
( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991).
Kebanyakan ujian pencapaian piawai yang dijalankan oleh badan- badan peperiksaan mendapat kritikan berbagai-bagai pihak kerana gagal
56
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
18/60
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
19/60
Pengukuran tahap pencapaian akademik adalah menerusi ujian atau
peperiksaan yang juga berbeza tahap dan namanya. Sehubungan dengan itu,
diwujudkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian MenengahRendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan
(STPM) dan lain-lain lagi. Sulaiman Masri (2005).
Di sekolah, tugas utama guru adalah mengajar. Dalam proses
pengajaran pembelajaran ada objektif-objektif yang hendak dicapai oleh guru.
Guru menggunakan berbagai-bagai cara atau kaedah untuk menyampaikanobjektif-objektif tadi. Untuk mengetahui samada objektif-objektif ini tercapai
atau tidak, ujian perlu dijalankan. Daripada ujian dapatlah ditentukan samada
kaedah yang telah digunakan itu berkesan dan dapat mencapai objektif-objektif
yang dicitakan.
Penilaian dan peperiksaan juga dapat mentaksir sejauhmana pengajaran
guru meninggalkan kesan terhadap kemajuan pembelajaran pelajar.Daripada
maklum balas yang diperoleh, guru dapat mengambil langkah memperbaiki pengajaran bagi meneguhkan lagi pembelajaran pelajar. Oleh itu penilaian
adalah satu proses edaran yang melibatkan aktiviti pengujian dan pengukuran (Abd. Ghafar Md. Din, 2003).
MAKSUD UJIAN SETARA
Ujian yang telah dibentuk, ditadbir dan dapat dianalisis secara
piawaian. Semua pelajar akan mengambil ujian yang sama dalam keadaan
yang sama dan masa yang sama untuk semua murid. Begitu juga arahan yangdibaca oleh guru semasa ujian walau di mana juga ia diadakan. Tujuan supaya
markah yang dicapai dapat dibandingkan
Item-item soalan untuk setiap matapelajaran dibina oleh beberapa orang guru penggubal soalan yang berpengalaman seperti Ketua Panitia setiap mata
pelajaran. Tarikh dan masa bagi peperiksaan ini diselaraskan bagi setiap
sekolah di sebuah tempat di daerah masing-masing.
Di antara ujian yang diadakan setara di peringkat daerah ialah
peperiksaan percubaan Penialaian Menengah Rendah (PMR), peperiksaan
percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan percubaan SijilTinggi Pelajaran Malaysia (STPM).Menurut Omar (1978), Peperiksaan
mempunyai tiga tujuan utama, iaitu untuk menilai, pemilihan dan pensijilan.
Keputusan yang diperolehi daripada peperiksaan ini boleh digunakan untukmemperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran untuk masa akan datang.
KEPENTINGAN UJIAN SETARA
Penggubalan soalan untuk kegunaan secara setara amat penting dan
bermanfaat kepada guru kerana pembinaan item yang sah dan boleh dipercayai
dapat dibuat secara lebih teliti oleh guru-guru berpengalaman yang dapat
58
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
20/60
berbincang dalam satu jawatankuasa penggubalan soalan. Keterlibatan secara
langsung guru cemerlang ( guru pakar) dalam penggubalan soalan ini akan
memperkembangkan lagi fungsi mereka di daerah atau negeri. Hal ini memberikesan baik kepada peperiksaan yang dikelolakan secara setara di setiap daerah,
mempunyai kesahan serentak yang tinggi dan dapat digunakan untuk
menganggarkan pencapaian pelajar di peringkat peperiksaan sebenar.
Kajian yang telah dijalankan oleh Rifin Ani (2001) tentang peperiksaan
percubaan setara/selaras PMR 2000 bagi matapelajaran Sains mendapatiterdapatnya korelasi yang kuat di antara pencapaian Sains peperiksaan
percubaan PMR 2000 dengan pencapaian kertas Sains peperiksaan PMR 2000.
Dapatan kajian membuktikan kertas Sains peperiksaan percubaan PMR 2000
mempunyai kesahan serentak dengan kertas Sains peperiksaan sebenar PMR2000.
Kebanyakan ibu bapa sedar tentang kepentingan kejayaan dalam
peperiksaan untuk meningkatkan mobility social. Dengan itu adan timbulsuasana
SEBAB-SEBAB DIADAKAN UJIAN SETARA
Peperiksaan/ujian adalah instrumen yang sangat penting dalam bidang
pengukuran dan penilaian. Peperiksaan/ujian mempunyai tiga tujuan utama,iaitu untuk menilai, pemilihan dan pensijilan ke atas seseorang individu
(Hopkins & Stanley 1998). Di samping itu , ujian juga bertujuan untuk
menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam menguasai pelajaran yangtelah diajarkan kepada mereka.
Dalam kajian status dan keperluan guru dalam pelaksanaan Penilaian
Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) mendapati ramai guru kurang yakindan kurang mempunyai kemahiran dalam penyediaan alat penilain (Pusat
Perkembangan Kurikulum 1988). Oleh itu, hasil penilaian yang diperoleh
adalah diragui kesahan dan kebolehpercayaannya. Lebih-lebih lagi jika hasilitu tidak dapat memberi maklumat sebagaimana yang dikehendaki, maka usaha
ini sekadar membuang masa sahaja ( Abu Bakar, 1987).
Menurut Abu Bakar (1990) pembinaan ujian yang baik memerlukankemahiran yang tinggi. Oleh itu satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah
dengan mempertanggungjawabkan penyediaan alat-alat penilaian ini kepada
pihak berpusat. Ini bermakna sesuatu agensi atau badan luar yang rasmibertanggungjawab menyediakan alat ujian piawai yang pasti akan kesahan dan
kebolehpercayaan. Justeru ujian setara di peringkat daerah telah diadakan.
KEPENTINGAN UJIAN SETARA
Penggubalan soalan untuk kegunaan secara setara amat penting dan
bermanfaat kepada guru kerana pembinaan item yang sah dan boleh dipercayai
59
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
21/60
dapat dibuat secara lebih teliti oleh guru-guru berpengalaman yang dapat
berbincang dalam satu jawatankuasa penggubalan soalan. Keterlibatan secara
langsung guru cemerlang ( guru pakar) dalam penggubalan soalan ini akanmemperkembangkan lagi fungsi mereka di daerah atau negeri. Hal ini memberi
kesan baik kepada peperiksaan yang dikelolakan secara setara di setiap daerah,
mempunyai kesahan serentak yang tinggi dan dapat digunakan untukmenganggarkan pencapaian pelajar di peringkat peperiksaan sebenar.
Kajian yang telah dijalankan oleh Rifin Ani (2001) tentang peperiksaan percubaan setara/selaras PMR 2000 bagi matapelajaran Sains mendapati
terdapatnya korelasi yang kuat di antara pencapaian Sains peperiksaan
percubaan PMR 2000 dengan pencapaian kertas Sains peperiksaan PMR 2000.
Dapatan kajian membuktikan kertas Sains peperiksaan percubaan PMR 2000mempunyai kesahan serentak dengan kertas Sains peperiksaan sebenar PMR
2000.
Kebanyakan ibu bapa sedar tentang kepentingan kejayaan dalampeperiksaan untuk meningkatkan mobility social. Dengan itu akan timbul
suasana mementingkan peperiksaan dalam pendidikan. Kepercayaan terhadappeperiksaan di kalangan masyarakat sungguh mendalam sehinggakan kita
mungkin tidak yakin untuk memilih seseorang calon bagi tujuan tertentu tanpa
terlebih dahulu melihat keputusan peperiksaannya. Kejayaan dalam
peperiksaan dianggap asas kejayaan dalam pekerjaan dan kehidupan(Maimunah 1990).
Peperiksaan/ujian dapat menimbulkan konflik terutama di kalanganpara pelajar dan guru-guru serta masyarakat. Menurut teori konflik Karl Marx
(Ritzer 1996) , yang menyatakan bahawa masyarakat sentiasa berkonflik dan
berada dalam ketegangan. Keadaan ini biasanya berterusan. Ini kerana setiapgolongan masyarakat ingin menjaga kepentingan masing-masing.
Kebiasaannya, konflik seperti ini boleh membawa kesan yang baik untuk
kemajuan masyarakat dan negara.
Aspek kesahan, kebolehpercayaan dan analisis item yang diambilkira
dalam penggubalan soalan percubaan setara amat berguna untuk menilai
pencapaian pelajar dan dapat dijadikan panduan kepada guru dan ibu bapakerana kemiripan soalan peperiksaan percubaan dapat mencerminkan
pencapaian pelajar dalam peperiksaan sebenar. Hal ini menjadi petanda kepada
guru mahupun ibu bapa memberikan galakan dan usaha untuk meningkatkanprestasi dalam peperiksaan sebenar.
Kajian kepada set soalan yang sah dan boleh dipercayai danmempunyai item-item yang sesuai dapat dijadikan koleksi set-set soalan yang
berguna untuk menguji pencapaian semasa para pelajar. Ini disebabkan item-
item yang terbina mempunyai kesahan serentak yang tinggi dengan kertas
soalan yang sebenar. Dalam hal ini guru dapat membuat tindakan awal dan
60
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
22/60
merancang program-program pemulihan bagi pelajar yang lemah dan program
pengkayaan bagi pelajar yang cemerlang serta dapat dijadikan panduan kepada
guru dan ibu bapa untuk memberi galakan dan usaha untuk meningkatkanprestasi dalam peperiksaan sebenar.
MENENTUKAN KEBERKESANAN UJIAN
Dalam kertas kerja ini penulis akan memfokuskan perbincangan dalam
aspek keberkesanan ujian yang dijalankan serentak atau setara dankeberkesanan pengurusan ujian setara di peringkat daerah. Untuk menentukan
keberkesanan sesuatu ujian, ujian tersebut perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Kebolehpercayaan
Salah satu definisi kebolehpercayaan yang diberi oleh kamus ialah
sesuatu hal yang dapat dipercayai. Oleh itu pekali kebolehpercayaan bagi
suatu ujian menunjukkan sejauh mana skor yang diperolehi seseorang di dalamujian itu dapat dipercayai.Kebolehpercayaan selalunya diungkapkan dalam
bentuk kestabilan dan kekonsistenan skor ujian iru. Dua perkataan ini selaludigunakan sebagai pertimbangan untuk menentukan secara pengiraan sejauh
mana skor bagi satu set ujian boleh dupercayai.
Kebolehpercayaan ini bermaksud bahawa ujian yang dilaksanakan itudapat mengukur dengan tepat dan tekal apa yang hendak diuji. Ujian yang
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi mempunyai ketepatan, ketekalan
dan kestabilan untuk mengukur prestasi seseorang pelajar. Ujian itu dapatmemberi ukuran yang sama terhadap prestasi pelajar jika digunakan dari
semasa ke semasa, atau apabila pelajar mengambil ujian itu beberapa kali
dalam satu jangka masa yang pendek. Kebolehpercayaan ujian amat pentingkerana penguji ingin supaya markah yang diperoleh oleh seseorang pelajar itu
ditentukan oleh keupayaannya sendiri dan bukan kerana faktor luaran, seperti
nasib atau kebetulan.
Menurut Mokhtar Ismail (1995), kebolehpercayaan ujian boleh disebut
sebagai darjah ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu benda,
sesuatu ciri atau sifat seseorang. Kebolehpercayaan juga merujuk kepadakeputusan yang diperolehi melalui peralatan penilaian seperti ujian dan soal
selidik. Oleh itu adalah lebih sesuai disebut kebolehpercayaan ke atas markah
ujian atau ke atas pengukuran daripada ke atas ujian atau peralatan itu sendiri.Anggaran kebolehpercayaan lazimnya merujuk kepada satu jenis ketekalan
tertentu.
Menurut Rashid Johar (2001) ujian yang berkualiti mempunyai unsur
kebelehpercayaan yang tinggi. Kebolehpercayaan merujuk kepada sifat
61
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
23/60
kestabilan, ketekalan, ketepatan dan kesepaduan yang mana kebolehpercayan
mengutamakan semua unsur tersebut .
Guru boleh menentukan kebolehpercayaan sesuatu ujian dengan
memberi ujian yang sama kepada kumpulan pelajar yang sama sebanyak dua
kali. Jarak antara kedua-dua ujian itu adalah antara satu hingga dua minggu.Setelah ujian yang kedua diadakan, guru boleh membandingkan markah yang
diperoleh oleh setiap pelajar di dalam kedua-dua ujian tersebut. Sekiranya
perbezaannya kecil, boleh dikatakan bahawa ujian itu mempunyaikebolehpercayaan yang tinggi.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pengukuran
kebolehpercayaan seperti Rajah 2 dibawah :
Sebaran market
Keobjektifan
Panjang Ujian
Kepantasan Kesukaran Ujian
RAJAH 2. 1 Faktor-faktor yang mempengaruhi pengukuran
kebolehpercayaan
2. Kesahan
Kesahan bermaksud bahawa sesuatu ujian itu benar-benar menguji perkara- perkara yang hendak diuji. Soalan-soalan yang disediakan adalah sesuai
dengan kemahiran dan tahap yang diharap pelajar mencapainya. Ujian yang
mempunyai kesahan yang tinggi dapat dikatakan memperlihatkan keadaanyang sebenar tentang perkara yang hendak diuji itu. Menurut Mook Soon Sang
(1994) sesuatu ujian dikatakan sah jika ujian tersebut benar-benar dan tepat
mengukur semua perkara yang hendak diukur. Menurut Rashid Johar (2001),
62
Kebolehpercayaan
Ujian Tekal atau
Tidak
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
24/60
apabila kesahan diguna dalam hubungan kepada pengujian dan penlaian,
kesahan dilihat:
a. Berkaitan dengan keputusan-keputusan ujian atau penilaian alat
dan bukan alat tersebut. Perkara yang diambil kira ialah kesahan
keputusan ujian itu.
b. Khusus kepada kegunaan tertentu. Ia tidak boleh dikatakan sebagai kualiti
yang umum. Apabila menerangkan kesahan, perlu memikirkan tentangkegunaan hasil daripada keputusan-keputusan itu.
Kesahan isi kandungan merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa
sepatutnya diuji ( Ee Ah Meng,1994). Jika isi kandungaan ujian tidak sah akanmembawa dua kesan iaitu pelajar tidak dapat menunjukkan kemahiran yang
mereka miliki jika mereka tidak diuji tentang perkara tersebut. Kedua item
yang tidak relevan akan mengakibatkan para pelajar menjawab salah hanya
disebabkan oleh isi yang tidak diajar oleh guru ( Wiersma & Jurs, 1990).Menurut Rasyid Johar (2001) kesahan isi kandungaan melibatkan pemeriksaan
sistematik isi ujian untuk menentukan samada ia meliputi sampel yangmewakili domain tingkahlaku yang diukur. Kesahan ini merupakan ciri penting
dalam pembinaan sesuatu ujian yang sah.
Untuk menentukan sesuatu ujian itu mempunyai darjah kesahan yangtinggi atau rendah, ianya boleh ditentukan dengan menggunakan pekali
kebolehpercayaan. Menurut Mokhtar Ismail (1995) terdapat beberapa elemen
yang mempengaruhi darjah kesahan sesuatu ujian. Antaranya ialah sepertiyang digambarkan dalam Rajah 3 di bawah;
Kelemahan membina butiran item
Gerak balas pelajar KESAHAN Kelemahan
dalam
mentadbir ujian
Kelemahan dalam memarkatkan
Ujian
RAJAH 3.1 : Faktor-faktor yang merendahkan Kesahan Ujian.
63
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
25/60
Justeru itu untuk memastikan sesuatu ujian itu mempunyai kesahan isi
kandungan yang tinggi, maka beberapa elemen di bawah perlulah dipatuhi
(Rashid Johar 2001);
a. Menyediakan Jadual Penentu Ujian (JPU)
b. Menulis objektif-objektif pengajaran dengan jelasc. Bidang atau topik yang akan diuji adalah
berdasarkan sukatan
pelajarand. Membina ujian mengikut format yang ditetapkan.
3. Keadilaan
Keadilan bermaksud bahawa pelajar yang mengambil ujian berasakan
bahawa ujian itu dikendalikan secara adil dan tidak menimbulkan rungutan
pelajar. Jangka masa yang diperuntukkan bagi menjawab soalan hendaklah
bersesuaian dengan jumlah atau bentuk soalan yang perlu dijawab. Misalnya,ujian yang mempunyai jawapan terbuka seperti karangan memerlukan masa
yang lebih lama daripada aneka pilihan.
Keadilan juga boleh dikaitkan dengan aras dan pengagihan kesukaran
ujian. Bersesuaian dengan fungsi ujian iaitu untuk mendiskriminasi antara
calon yang berkebolehan dengan yang kurang berkebolehan, maka item yangterkandung dalam sesuatu ujian harus dalam pelbagai peringkat dari segi
kesukarannya. Andaian yang biasa dipegang ialah calon yang lemah akan
boleh menjawab soalan yang mudah sahaja. Calon sederhana akan dapatmenjawab soalan yang mudah dan pertengahan. Calon yang baik akan dapat
menjawab semua aras soalan, iaitu mudah, sederhanadan susah. (Abd. Ghafar
Md. Din, 2003).
4. Kelicinan
Sesuatu ujiaan hendaklah dijalankan secara baik dan tidak terganggu.Ujian hendaklaah diadakan ditempat dan keadaan yang sesuai. Peralatan untuk
ujian, seperti kertas soalan daan kertas menjawab soalan hendaklah
mencukupi. Kesilapan, seperti salah ejaan, salah angka dan kesalahan teknikal
yang lain, sepatutnya tidak berlaku.
PROSEDUR MEMBINA SOALAN
Dalam sesuatu peperiksaan/ujian, kesahan isi kandungan,
kebolehpercayaan dan analisis item merupakan elemen yang sangat pentingdalam menentukan kualiti sesuatu soalan itu. Namun ketiga-tiga aspek ini
sering dipinggirkan oleh para guru. Ini mungkin disebabkan ketiadaan
kemahiran serta masa yang terluang bagi guru atau penggubal soalan
berdasarkan keutamaan yang diberikan dalam tugas-tugas lain seperti
64
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
26/60
memeriksa buku latihan pelajar, menjalankan aktiviti ko-kurukulum dan
sebagainya. Realitinya ketiga-tiga elemen penilaian ini sangat penting dan guru
tidak harus mengabaikannya.
Pemilihan item-item yang benar-benar sesuai dapat mengukur aras
keupayaan pelajar akan memberi keputusan yang sah dan boleh dipercayai.Keputusan ujian yang sah dan boleh dipercayai sangat penting terutamanya ,
jika ujian tersebut digunakan untuk membuat keputusan dalam konteks
pendidikan.
Menurut Mehran dan Lehman (1983), untuk mempastikan item
peperiksaan yang dibina adalah bermutu, item itu mestilah mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Ujian perlu dirancang dengan rapi,dengan menetapkan :
1. Tujuan dan rasional ujian.2. Membina Jadual Penentuan Ujian(JPU) atau Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU).3. Menetapkan struktur dan format kertas ujian.
4. Menetapkan jenis soalan, bentuk dan susunan kertas soalan.
5. Membina item/soalan ujian dan skema pemarkahan.
6. mengedit draf.7. Ujicuba dan pemilihan soalan
8. Mentadbir ujian.
9. Membuat analisis dan tafsiran ujian.10. Membuat laporan dan membuat keputusan terhadap ujian.
CIRI-CIRI SOALAN / ITEM YANG BAIK
Soalan/item yang baik harus mempunyai cirri-ciri berikut:
1. Keakuran
Keakuran dilihat dari tiga aspek :
i. Akur kurikulumPerkara yang ditaksirkan dimana pentaksiran itu dilakukan
(tajuk/konteks) mestilah merupakan sebahagian daripada kurikulum.
ii. Akur spesikasi
Perkara yang ditaksir dan di mana pentaksiran itu dilakukan mestilah
akur dengan spesifikasi ujian di peringkat soalan. Spesifikasi ujiandiwujudkan untuk mengawal mutu kandungan ujian.
iii. Akur peluang
65
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
27/60
Pelajar/calon mestilah diberi peluang yang mencukupi dalam
mempelajari perkara yang ditaksir. Peluang boleh dirujukkan kepada
kemudahan yang ada, kehadiran pengajar, kepakaran mengajar dalammenyampaikan ilmu atau perkara yang ditaksir kepada pelajar / calon
dan pengalaman harian pelajar.
2. Ketepatan dan kejelasan dilihat dari tiga aspek:
i. Tepat dengan konstruk Konstruk ialah perkara yang ditaksir iaitu perkara yang akan
diperkembangkan dalam diri pelajar melalui sesuatu mata pelajaran.
Konstruk merupakan dimensi manusia yang berbentuk konkrik atau
abstrak. Konstruk dikenalpasti dari Sukatan Pelajaran atau HuraianSukatan Pelajaran.
ii. Tepat dengan tajuk/konteks
Soalan yang dihasilkan mestilah menepati tajuk di mana pentaksirankonstruk itu dibuat.
iii. Jelas
Soalan/item yang jelas dari segi stimulus, tugasan dan arahan dapat
memberikan isyarat tentang apa yang harus dilakukan oleh pelajar serta
bagaimana respons harus dikemukakan. Ini menggambarkan sesuatuitem yang ditulis dengan sempurna akan mempunyai darjah
communicability yang tinggi dari segi:
- Kebolehpercayaan
- Kejelasan ekspresi
- Ketekalan stail
3. Kesesuaian dilihat dari tiga aspek:
i. Aras kesukaran
Soalan yang dibina itu mestilah menepati aras kesukaran yang
dihasratkan, iaitu samada aras kesukaran rendah, sederhana atau tinggi. Guruadalah orang yang dapat memberikan pertimbangan professional bagi kategori
kesukaran sesuatu soalan itu. Soalan /item dikategorikan sebagai:
- Soalan/item mudah, iaitu soalan yang mempunyai aras kesukaran
rendah mana soalan itu boleh dijawab oleh sebahagaian besar pelajar.
- Soalan/item sederhana, iaitu item yang mempunyai aras kesukaransederhana di mana item itu boleh dijawab oleh pelajar yang sederhana
dan cemerlang.
- Soalan sukar, iaitu soalan yang mempunyai aras kesukaran tinggi di
mana item itu boleh dijawab oleh pelajar cemerlang sahaja.
66
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
28/60
4. Kepentingan
Oleh kerana soalan yang dikemukakan itu merupakan perwakilan bagi
beberapa konstruk tajuk maka adalah penting untuk memastikan bahawa
idea, isi, kandungan atau perkara yang dikemukakan dalam soalan adalahperkara yang penting dalam pembelajaran pelajar. Perkara yang remeh atau
yang asing kepada mereka hendaklah dielakkan kerana mentksir perkara yang
remeh ini menyebabkan pertimbangan yang kurang berhasil kepada pelajar.5. Adil
Soalan yang dikemukakan itu mestilah tidak memberikan faedah secara
sistematik/automatik kepada golongan/kelompok tertentu dalam masyarakatsamada mengikut ras, jantina, tempat tinggal atau status ekonomi.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendikan (1989)
mencadangkan prosedur berikut perlu diberi perhatian semasa pembinaansoalan iaitu menggunakan jadual penentuan ujian, membina draf soalan yang
lebih, perlukan lebih daripada seorang untuk menyemak item untukmempastikan kejelasan, kaitan dan ketepatan item yang dibina, membina item
di peringkat rendah dan selebihnya item dibina melebihi peringkat
pengetahuan, mengawal panjang sesebuah ujian, selalu mengadakan ujian
meliputi bahagian kecil dalam kandungan, membina arahan yang jelas,menyediakan bimbingan skor ujian dan membuat analisis item untuk menilai
tiap-tiap item yang dibina dan mengukur item tersebut.
Prosedur di atas dapat membantu guru membina item ujian yang sah
dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Namun, pada praktiknya guru
lebih menumpukan kepada persediaan item yang selaras dengan objektif.Kajian Jamilah Ali (1990) dan Ismail Alias (1993) mendapati lebih kurang
50% guru menggunakan JPU semasa membina item ujian. Pada umumnya,
mereka nampaknya bersetuju bahawa JPU membantu mereka dalampenyediaan item ujian, tetapi mereka kurang merujuk kepada JPU semasa
membina ujian. Kajian Abd. Hadi Mohamad (1996) mendapati bahawa lebih
40 peratus guru yang dikaji mengakui bahawa mereka kurang mahir membina
JPU. Kelemahan dalam membina JPU menyebabkan mereka kurang cenderungmenggunakannya.
PENGURUSAN
Pengurusan adalah proses merancang, menjamin kualiti, melaksana,
memantau dan menilai sesuatu kerja. Menurut Stoner dan Wankel (1987),
Jaafar (1988), Koontz dan Weihrich (1997), Bateman dan Snell (2002) fungsi
pengurusan merangkumi perancangan, pengorganisasian, penstafan,
67
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
29/60
pemimpinan dan pengawalan Koontz dan Weihrich (1997) menegaskan
perancangan melibatkan pemilihan misi dan objektif serta tindakan untuk
mencapainya. Bateman dan Snell (2002) menjelaskan perancangan perludibuat untuk mencapai objektif organisasi. Fungsi pengurusan seterusnya
adalah pengorganisasian. Menurut Jaafar (1988) pengorganisasian menentukan
cara mana matlamat tersebut dicapai dan menetapkan peranan dan tugas yangmesti dijalankan oleh tiap-tiap pekerja dan staf dalam organisasi tersebut. Di
sini jelaslah fungsi pengorganisasian adalah menentukan kaedah-kaedah yang
akan digunakan bagi mencapai matlamat yang dirancang (Fauzia Osman2000).
Seorang guru pengurusan iaitu Juran (dalam Oakland 1990)
mencadangkan 10 langkah untuk membaiki kualiti iaitu:
1. Bina kesedaran tentang keperluan dan peluang untuk menambah
kualiti.
2. Tentukan matlamat untuk menambah kualiti.3. Aturkan cara untuk mencapai matlamat contohnya,
menubuhkan kualiti kaunsel, mengenal pasti masalah, memilihprojek, melantik kumpulan, dan menetapkan fasilitator.
4. Menyedikan latihan
5. Menjalankan projek untuk menyelesaikan
masalah6. Melaporkan perkembangan
7. Memberitahu keputusan
8. Menyimpan Stor `` 9. Menjaga kecepatan dengan membaharui sistem dan proses
syarikat setiap tahun.
Menurut Juran, usaha menambah kuiliti adalah melalui kesedaran pekerja, latihan, komunikasi dan juga projek-projek tertentu bagi
menyelesaikan. Kejayaan peningkatan kualiti juga bergantung kepada
penyertaan dan komitmen semua pihak yang terlibat dalam organisasi bermuladari pengurusan atas, pengurusan pertengahan dan peringkat bawahan. Secara
keseluruhannya, usaha untuk meningkatkan kualiti memerlukan komitmen dari
semua pihak dalam pengurusan sesebuah organisasi.
PENGURUSAN UJIAN
Pengurusan ujian adalah bermaksud proses bagaimana sesuatu sistemmendapatkan maklumat tentang ukuran pencapaian murid dalam pembelajaran
dirancang, dijamin kualiti, dilaksana, dipantau dan dinilai ( Jamil Adimin,
2004). Pengurusan ujian dianggap berjaya dan berkesan sekiranya mempunyaikebolehpercayaan yang tinggi. Kebolehpercayaan adalah ukuran sejauh mana
hasil sesuatu kerja tepat dan konsisten dengan standard yang telah ditetapkan.
68
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
30/60
Untuk memastikan kebolehpercayaan pengurusan atau pengendalian
peperiksaan/ujian pihak PPD hendaklah terlebih dahulu merancang dengan:
1. Membuat jadual atau takwim.
2. Menyediakan standard atau peraturan.
3 Memilih petugas peperiksaan.4. Memberitahu pihak yang terlibat.
5. Mendapatkan maklumat.
6. Memberi latihan profesionalisma.7. Anticipate masalah.
8. Membuat pelan kontingensi.
Seterusnya menjamin kualiti dengan berpegang kepada standard dan peraturankerja. Semasa pelaksanaan hendaklah:
1. Mengikut jadual.
2. Mengikut peraturan.3. Mengikut pekeliling .
4. Mengikut bidang tugas.
Setelah itu pemantauan hendaklah diadakan. Ianya adalah bertujuan untuk:
1. Mengelak ketidakaturan.2. Mengelak ketidakkonsistenan sistem.
3. Secara regular dan bersistem.
4. Mengikut peraturan.5.. Mengikut bidang tugas.
6. Secara profesional.
7. Berdasarkan ilmu.Langkah seterusnya ialah membuat penilaian untuk membuat
keputusan sepanjang dan selepas proses, membaik dan menambah baik dan
merancang strategi berdasarkan maklumat yang tepat (Jamil Adimin , 2004).Kualiti Pengurusan ujian perlu dijamin supaya kesahan dan kebolehpercayaan
hasil pengendalian/pengurusan ujian setara terjamin dan kredibiliti PPD
terjamin.
Pengendalian Dan Pengurusan Soalan Peperiksaan Peringkat Daerah
Sebelum peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM semua sekolah di
Malaysia telah menjalankan Peperiksaan Percubaan. Sesetengan negeri
mengadakan peperiksaan percubaan setara mengikut negeri masing-masingdan ada yang menjalankan peperiksaan percubaan setara mengikut daerah dan
dikenali dengan peperiksaan/ujian setara daerah.
69
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
31/60
Langkah pertama yang dijalankan ialah mengadakan mesyuarat
Jawatankuasa induk JPN bersama Unit Peperiksaan setiap daerah. Dalam
mesyuarat ini akan diputuskan samada Ujian Setara akan dijalankan setaradiperingkat negeeri atau daerah. Pengurusan seterusnya akan diuruskan oleh
PPD sehingga selesai soalan dicetak.
Soalan-soalan peperiksaan yang telah siap dicetak akan dihantar ke
sekolah-sekolah untuk diperbanyakkan. Pihak sekolah bertanggungjawab
memastikan keselamatan soalan-soalan peperiksaan supaya tidak berlakukebocoran. Seterusnya tanggungjawab ini akan diambil alih oleh Setiap
Panitia Matapelajaran untuk menguruskan soalan tersebut samada untuk
memastikan tiada berlaku kebocoran, kecuaian dan ketidak cukupan.
Sepanjang peperiksaan dijalankan guru-guru yang mengawas
peperiksaan adalah terdiri daripada guru-guru sekolah itu sendiri. Sehubungan
dengan itu kefahaman tentang kebolehpercayaan pengurusan ujian amat
penting agar peperiksaan yang dijalankan menepati standard yang telahditetapkan.
Guru-guru matapelajaran bertanggungjawab memeriksa kertas jawapan
pelajar dan markah akan dianalisis dan dihantar ke PPD. Seterusnya markah
semua sekolah dalam daerah tersebut akan dianalisis dan dibandingkan untuk
melihat pencapaian pelajar dalam setiap matapelajaran sebelum mendudukipeperiksaan sebenar.
Jarak antara peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar adalahselama sebulan. Dalam tempoh ini guru-guru akan program pengkayaan untuk
pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan program pemulihan untuk
pelajar yang mencapai keputusan sederhana dan rendah.Carta aliran Pengendalian Dan Pengurusan Soalan Peperiksaan Peringkat
Daerah adalah seperti dalam rajah 4 di bawah.
Mesyuarat J/K induk bersama JPN
( Unit Kurikulum & Peperiksaan)
Mesyuarat J/K kecil bersama PPD
Penggubalan kertas ujian
Pemurnian kertas ujian
70
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
32/60
Pembukaan Tender Percetakan Penyerahan Kertas Soalan kepada
penender yang berjaya
Percetakan kertas soalan
Penghantaran kertas soalan kepusat peperiksaan sekolah
Peperiksaan Percubaan Serentak/selaras
Penganalisisan data peperiksaan
Penghantaran Keputusan Analisis data ke sekolah
Rajah 4.1: Carta aliran aktiviti pembinaan ujian setara daerah.
ISU-ISU DALAM PENGURUSAN UJIAN SETARA DAERAH.
Sebelum Peperiksaan
Oleh kerana ujian setara ini dilaksanakan untuk peperiksaan percubaan
sahaja, maka aspek-aspek keselamatan kurang dititik beratkan. Di antaraaspek-aspek keselamatan yang diabaikan ialah:
1. Keselamatan fizikal.
Isu
Tidak ada bangunan khas yang disediakan di peringkat daerah untuk
dijadikan tempat menguruskan segala hal yang berkaitan dengan
peperiksaan yang mana kawasan dan bangunan ini adalah sebuah
kawasan larangan yang diwartakan.
Cadangan
Menyediakan bangunan khas atau bilik khas sebagai tempat
menguruskan Segala yang berkaitan dengan peperiksaan seperti
71
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
33/60
mesyuarat panel, mesyuarat penyelarasan , analisis data, tempat
menyimpan segala peralatan peperiksaan dan sebagainya. Di dalam
bangunan ini terdapatnya bilik pegawai peperiksaan, Bilik Panelsebagai tempat mengadakan mesyuarat, Bilik Jurutaip dan bilik
komputer serta bilik penyalin.
2. Perlantikan Penggubal
Isu
Guru guru yang dilantik oleh pihak PPD sebagai penggubal adalah
Ketua Panitia mata pelajaran dan guru pakar. Mereka ini tidak
semuanya terlibat secara langsung dengan pemeriksaan soalan atauketua pasukan di peringkat LPM. Ini akan menyebabkan mutu
soalan yang dihasilkan tidak mengikut piawaian yang sebenar.
Cadangan
Guru-guru yang berpengalaman hendaklah dipilih sebagai penggubalkertas Soalan serta guru tersebut juga mestilah pernah bertugas
sebagai pemeriksa ketua pasukan.
3. Kursus Pengujian dan Pengukuran
Isu
Sebelum kertas ujian digubal tidak diadakan kursus atau mesyuarat
khas semua ahli panel yang terlibat. Apa yang berlaku di peringkat
daerah ialah Pengetua akan menentukan siapa yang akan terlibatsebagai panel di sekolah masing-masing. Setiap sekolah akan menjadi
Ketua Panitia Mata pelajaran tertentu dan mereka akan
menguruskan segala hal yang berkaitan dengan penggubalan soalan.Ini menyebabkan penggubal tidak mahir dengan ilmu
pentaksiran.
Cadangan
Pihak PPD hendaklah mengadakan kursus kepada semua panel yang
terlibat tentang pengujian dan pengukuran agar soalan yang di
gubal nanti mempunyai kesahan dan kebolehperyaan yang tinggi.Mesyuarat penggubalan soalan hendaklah berpusat di PPD.
4. Kertas soalan dan Peraturan Pemarkahan
Isu
72
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
34/60
Keselamatan soalan-soalan peperiksaan yang telah siap dicetak
sememangnya perlu diberi perhatian. Di peringkat PPD Kertas soalan
dan peraturan pemarkahan yang telah siap dicetak dihantar satusalinan ke sekolah oleh pihak PPD untuk diperbanyakkan, dan
disimpan di sekolah hingga hari peperiksaan. Soalan-soalan ini akan
disimpan di bilik pengetua atau bilik peperiksaan. Justeru keselamatandokumen tidak terjamin.
Cadangan
Kertas soalan dan peraturan pemarkahan hendaklah dianggap sebagai
dokumen sulit dari peringkat penggubalan hinggalah selesai
peperiksaan. Oleh itu kertas soalan dan peraturan pemarkahan yangtelah siap dicetak, diperbanyakkan dan disimpan di PPD dan
diuruskan oleh pegawai yang diberikan kuasa . Pengendalian kertas
soalan oleh pegawai mesti dilakukan dengan bersaksi dan berekod.
Guru tertentu ditugaskan untuk mengambil soalan pada hari peperiksaan bermula. Guru yang menerim kertas soalan mesti
merekodkan dalam buku rekod penerimaan.
Semasa Peperiksaan
Isu
1. Pengawas Peperiksaan
Pengawas peperiksaan adalah terdiri daripada guru-guru di sekolah itu
sendiri. Oleh itu kebolehpercayaan pengawasan itu diragui.
Cadangan
Pihak PPD hendaklah melantik pengawas peperiksaan di kalangan
Guru - guru dengan bertukar antara sekolah.
2. Pemantauan
Semasa ujian percubaan dijalankan pemantauan hendaklah diadakan
samada oleh pegawai PPD atau ditugaskan guru peperiksaan . Ini untuk
memastikan peperiksaan berjalan lancar.
Selepas Peperiksaan
Isu
Setakat ini PPD tidak mengadakan mesyuarat penyelarasan pemarkahanseperti yang dilaksanakan oleh LPM. Ini akan menimbulkan masalah
kepada guru-guru apabila memeriksa kertas soalan subjektif terutama
soalan aras tinggi.
73
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
35/60
Cadangan
Mesyuarat penyelarasan pemeriksaan perlu diadakan supaya pemeriksadapat berbincang tentang skima pemarkahan secara detail dan menentukan
skill atau alat pengukur agar skor yang diberi jitu dengan kemahiran,
kecekapan dan pencapaian calon. Hasilnya keputusan akan tepat dan statistiktepat ( Hjh. Mazni binti Mat Salleh, 2004 )
RUMUSAN
Secara umumnya pengurusan ujian setara yang dijalan di peringkat
daerah memberi kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar dalam
peperiksaan. Ini dapat dibuktikan daripada kajian yang telah dijalankan
menunjukkan bahawa markah yang diperolehi oleh pelajar mempunyaikesahan serentak di antara markah ujian setara dan markah peperiksaan yang
sebenar. Keberkesanan pengurusan ujian setara di peringkat daerah dapat
tingkatkan lagi sekiranya mencapai tahap pengurusan ujian yang memenuhi
standard dan berkualiti. Manakala kertas ujian yang dihasilkan mempunyaikebolehpercayaan dan kesahan serentak yang tinggi serta sesuai untuk
pengujian dan penilaian ke atas pelajar. Pengurusan ujian setara di peringkatdaerah hendaklah mempertingkatkan lagi kualiti pengendalian ujian dengan
mengamalkan prinsip penjaminan kualiti pengendalian ujian iaitu bermatlamat,
mempunyai kesahan, kebolehpercayaan, kebolehurusan, merujuk kepada ilmu
dalam pentaksiran dan kepatuhan kepada prinsip kerja. Di samping itu pengurusan ujian setara di peringkat daerah lebih berkesan jika dapat
menggubal kertas soalan percubaan yang dapat berfungsi mencerminkan
pencapaian sebenar dalam peperiksaan awam yang diuruskan oleh LembagaPeperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia.
BIBLIOGRAFI
Abu Bakar Nordin. 1987. Asas Penilaian Pendidikan. Ed. Ke 2.
Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Abu Bakar Nordin. 1990. Konsep, Peranan dan Amalan Penilaian
Dalam KBSR, Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Penilaian PerlaksanaanKBSR anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum di Institut Aminudin Baki, 21-
25 Mei, 1990.
Abd. Ghafar Md. Din. 2003. Prinsip dan Amalan Pengajaran. Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Ebel, R.L. 1972. The social consequences in educational testing. Inintroductory reading educational measurement. Boston: Houghton MifflinCompany.
Ee Ah Meng. 1994. Perkembangan dan Pelaksanaan Kurikulum. Siri
Pendidikan Pergeruan. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
74
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
36/60
Hopkins, K.D & Stanley, J. C. 1998. Educational and psychological
measurement and evaluation. Ed. Ke 8. Boston.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1989. Panduan Pembinaan Soalan.
Pusat Perkembangan Kurikulum.
Oakland John, S. 1990. Quality Management. Great Britain: Oxford.
Rifin Ani. 2001. Kesahan Isi Kesahan Serentak, Kebolehpercayaan
dan Analisis Item Kertas Sains Peperiksaan Percubaan Selaras PenilaianMenengah Rendah 2000 di Daerah Alor Gajah , Melaka. Projek Sarjana
Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM.
Jamil Adimin .2004. Kebolehan Pengendalian Peperiksaan. Kertas
Kerja dalam mesyuarat pentauliahan Ketua Pemeriksa dan Ketua Pemeriksa
Bersama. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Maimunah. 1990. Kesan Peperiksaan Sekolah Terhadap proses
Pembelajaran Murid-Murid Sekolah Menengah. Tesis Sarjana Pendidikan.
UKM.
Mehrens, W.A. & dan Lehman, 1983. Management and evaluation in
education and psychology. Ed. Ke-3. New York: Holt, Rinehart & Winston.
Mokhtar Ismail.1995.Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang. 1994. Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalampendidikan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mazni Mat Salleh. 2004. Pemeriksaan Berkualiti Satu Penantian.Kertas Kerja dalam mesyuarat pentauliahan Ketua Pemeriksa dan Ketua
Pemeriksa Bersama. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Mohd. Hazim Mokhtar. 2003. Pentaksiran dalam Pendidikan Merujuk
Kriteria. Kertas kerja Seminar Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan. KualaLumpur: LPM.
Omar Mohd Hashim. 1978. Pendidikan persoalan penyelesaian dan
harapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ritzer. G. 1996. Sociology theory. Ed. Ke 4. Singapore: The Mc Graw-Hill Company.
Wiersma, W, & Jurs. S. G. 1990. Educational measurement and
testing. Ed. Ke 2. Boston Allyn and Bacon.
75
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
37/60
20. PEMUPUKAN NILAI DAN ETIKA DALAM PROGRAM PENDIDIKAN
GURU
( Wan Faizal Iskandar Bin Wan Abdullah )
Cabaran Dunia Pendidikan dan Kepentingan Etika Kerja
" Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara
berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan
diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh
itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan
watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai
pendidik yang unggul."Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah.
76
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
38/60
1.0 PENGENALAN
Profesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini
bukanlah semudah yang disangka - kerjanya separuh hari dan cutinya panjang. Sebagai
arkitek sosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar, bukan sekadar memberipendidikan dan menyampaikan ilmu. Gurulah insan yang dipertanggungjawabkan untuk
merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justeru
kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkandengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara.
Lebih daripada itu, guru juga perlu menjadi model utama kepada anak didiknya.
Oleh itu mereka perlu berjiwa besar. Bukan sembarangan orang layak menjadi guru.Hanya mereka yang luhur jiwa dan kental semangatnya yang sanggup mencurahkan bakti
untuk menjadi guru. Kecintaan terhadap profesion ini juga seharusnya bukan sekadar
secara luarannya sahaja, sebaliknya sifat keguruan itu perlu mendarah daging.
Selain itu, guru sering dikaitkan sebagai agen perubahan dalam agenda sosial,
politik dan ekonomi. Perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan selalunyadisalurkan melalui falsafah dan matlamat ( juga merupakan input ) yang perlu
diterjemahkan oleh guru sekolah dalam aktiviti kurikulum dan ko kurikulum.
Falsafah Pendidikan Negara (PPN) pula memberikan matlamat yang jelasmengenai jenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan melahirkan
insan harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya
faktor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagimemberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani
cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh
terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luarlingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri.
Alaf baru ditandai dengan kebangkitan revolusi maklumat dan multimedia yangamat besar pengaruhnya terhadap penyebaran sistem maklumat yang bukan saja memberi
kesan terhadap pembinaan minda generasi muda tapi mencorakkan gaya hidup yang amat
unik di kalangan mereka. Oleh itu, pendidikan tidak hanya dibatasi dengan meletakkan
pendidik sebagai fasilitator semata-mata. Konsep fasilitator dalam konteks budaya bestarimestilah mampu menghubungkan kemajuan teknologi sebagai alat dan kandungan
maklumat mesti mampu membangunkan sahsiah. Justeru itu aspek keinsanan seperti
hubungan guru dengan murid mestilah dalam konteks pendidik sebagai model contohyang memberikan imej teladan.
Oleh yang demikian, bagi memastikan jatidiri guru terus utuh, seseorang guruharuslah mematuhi Etika Profesion Keguruan. Etika ini merupakan panduan tingkah laku
yang menjadi pegangan guru berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Melalui etika inilah
masyarakat boleh menganilisis, menilai serta menentukan sama ada tingkah laku guru
telah mengikut peraturan yang ditetapkan atau sebaliknya. Melalui etika ini juga dapat
77
8/6/2019 Mengajar Sains Dalam Bahasa Inggeris _ Masalah Dan Penyelesaiannya
39/60
membantu guru menangani cabaran dalam dunia pendidikan yang begitu mencabar
dewasa ini.
2.0 DEFINISI ETIKA
Etika berasal dari perkataan Greek iaitu ethos dan ethikos. Ethos bererti sifat,watak, kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya manakala ethikos pula ialah
tatasusila, beradab atau kelakuan atau perbuatan yang baik. Menurut Thiroux (2001),
etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarahkepada makna sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia
tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau tingkahlaku
manusia. Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu, bagaimana manusiabertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu, Ismail Ibrahim (1995) menyebut,
etika ialah sebagai proses pemikiran tentang baik dan buruk berkaitan perilaku seseorang.
Etika juga merupakan suatu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral,
Recommended