View
315
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
2
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
Disediakan Oleh:
Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Makmal dan Hathceri (JPKMH),
AKUATROP
3
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
KANDUNGAN
Perkara M/s
Prakata 1
Penghargaan 2
1.0 Pendahuluan 3
2.0 Dasar Penggunaan Makmal dan Hatcheri 4
3.0 Terma dan Definisi 5
3.1 Pusat Tanggungjawab 5
3.2 Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Makmal
dan Hatcheri (JPKMH) 5
3.3 Makmal Penyelidikan AKUATROP 5
3.4 Hatcheri AKUATROP 6
3.5 Perkhidmatan dan Penggunaan Ruang 6
3.6 Waktu Penggunaan Makmal/Hatcheri 6
3.7 Kad Akses 6
3.8 Borang Pendaftaran 7
3.9 Pengguna Makmal/Hatcheri 7
3.10 Penyelidik 8
3.11 Pelajar 9
3.12 Agensi Luar 11
3.13 Caj Perkhidmatan 12
3.14 Bahan Penyelidikan 12
3.15 Sumbangan Penyelidikan 12
4.0 Prosedur-Prosedur Penggunaan Makmal/Hatcheri 13
4.1 Prosedur Pendaftaran Pensyarah/Penyelidik Bersekutu 13
4.2 Prosedur Pendaftaran Kad Akses Khas 14
4.3 Prosedur Pendaftaran Kad Akses Harian 15
4.4 Prosedur Pendaftaran Hatcheri 16
4.5 Prosedur Peminjaman Peralatan 17
5.0 Peraturan-peraturan Penggunaan Makmal/Hatcheri 18
4
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
5.1 Peraturan Pendaftaran dan Penggunaan Makmal
AKUATROP 18
KANDUNGAN
Perkara M/s
5.2 Peraturan Pendaftaran dan Penggunaan Hatcheri
AKUATROP 20
5.3 Peraturan Penggunaan Selepas Waktu Operasi 22
5.4 Peraturan Keselamatan Pengendalian Sisa Kimia Makmal 23
6.0 Peraturan Pinjaman Peralatan Makmal dan Hatcheri 24
7.0 Prosedur Menghadapi Kemalangan 26
8.0 Kuasa, Hak dan Tanggungjawab 27
9.0 Lampiran 28
5
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
Prakata
Manual Peraturan Penggunaan Makmal dan Hatcheri AKUATROP – Edisi 1 (2016) ini
diterbitkan untuk diguna pakai oleh semua pengguna makmal dan hatcheri di Institut
Akuakultur Tropika (AKUATROP), Universiti Malaysia Terengganu. Penyediaan
peraturan ini diharapkan dapat dijadikan rujukan utama dalam mencegah dan
mengurangkan risiko bahaya ke atas pengguna melalui amalan budaya kerja yang
selamat di makmal dan hatcheri.
Peraturan ini adalah untuk memastikan dan meningkatkan tahap keselamatan dan
kesihatan pengguna di ruang kerja makmal dan hatcheri. Secara tidak langsung amalan
keselamatan yang diterapkan dapat meningkatkan kualiti penyelidikan dan
perkhidmatan.
Penyediaan peraturan ini mengambil kira peruntukan perundangan negara yang
berkaitan seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974, Akta Perkhidmatan Bomba 1984, Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta
Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan lain – lain peraturan yang berkuatkuasa.
Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penyediaan Manual Peraturan
Penggunaan Makmal dan Hatcheri Akuatrop – Edisi 1 (2016) di Institut Akuakultur
Tropika (AKUATROP), Universiti Malaysia Terengganu.
Sekian.
Prof. Emeritus Dr. Mohd Azmi Ambak
Pengarah
Institut Akuakultur Tropika
Universiti Malaysia Terengganu.
6
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
Penghargaan
Beberapa bab dalam buku peraturan ini telah diambil dan diolah dari ‘Buku Peraturan
Keselamatan Kesihatan FST’, ‘Buku Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Makmal
Berpusat’ dan ‘Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Makmal serta Kerja Lapangan
Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran (PPSMS) Edisi 1 – 2014 mengikut
kesesuaian makmal dan hatcheri di Institut Akuakultur Tropika (AKUATROP), Universiti
Malaysia Terengganu.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua staf makmal dan hatcheri di
AKUATROP yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan
manual peraturan ini.
Sekian. Terima Kasih.
Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Makmal dan Hatcheri AKUATROP
7
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
1.0 Pendahuluan
Manual peraturan penggunaan makmal dan hatcheri ini dihasilkan sebagai
panduan kepada semua kakitangan, pensyarah, penyelidik, pelajar dan semua
pengguna yang ingin berurusan dan menjalankan kerja-kerja di makmal dan
hatcheri AKUATROP. Manual ini mengandungi penerangan dasar, prosedur
penggunaan dan peraturan-peraturan bagi pengurusan makmal dan hatcheri
AKUATROP. Prosedur dan peraturan ini diselaraskan dengan peraturan makmal
lain di Universiti Malaysia Terangganu (UMT) seperti Institut Bioteknologi Marin
(IMB), Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) dan Makmal Berpusat. Manual
ini memberi fokus kepada aspek pengurusan dan keselamatan makmal/hatcheri.
Objektif manual ini bertujuan untuk:
1.1 Menyediakan panduan penggunaan makmal dan hatcheri kepada semua
pengguna bagi melancarkan setiap urusan berkaitan makmal dan hatcheri.
1.2 Menerangkan secara ringkas peraturan, prosedur dan garis panduan untuk
dipatuhi.
1.3 Mencegah daripada berlakunya kemalangan di makmal dan hatcheri akibat
daripada kecuaian atau tindakan tidak selamat oleh pengguna.
Secara kesimpulannya, manual ini akan memberi banyak manfaat dan membantu
para pensyarah, staf, pelajar dan pengguna yang ingin berurusan bagi
mendapatkan maklumat yang jelas berkaitan panduan pengurusan makmal dan
hatcheri, peraturan-peraturan, prosedur-prosedur dan garis panduan serta
dokumen sokongan lain bagi menjalankan sebarang aktivti di makmal dan hatcheri
AKUATROP. Melalui manual ini, diharapkan agar dapat mewujudkan sistem
pengurusan yang terbaik bagi pengurusan makmal dan hatcheri AKUATROP dan
seterusnya memastikan keselamatan pengguna semasa menjalankan aktiviti di
makmal dan hatcheri AKUATROP.
8
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
2.0 Dasar Penggunaan Makmal dan Hatcheri
2.1 Mewujudkan persekitaran dan ruang kerja di makmal dan hatcheri yang
selamat dan sihat kepada semua pengguna.
2.2 Membangunkan aktiviti penyelidikan yang berkaitan bidang akuakultur dan
perikanan bagi meningkatkan pengeluaran dan sekuriti makanan negara.
2.3 Menyokong penghasilan penyelidikan yang berimpak tinggi untuk
meningkatkan produktiviti dan daya saing bidang akuakultur dan perikanan
negara.
2.4 Menawarkan kemudahan penyelidikan yang terkini dan berteknologi tinggi
bagi pembangunan sumber baru untuk bidang akuakultur dan perikanan
negara.
2.5 Memberi peluang bagi penyelidik UMT memperkukuhkan jaringan kerjasama
dengan penyelidik luar dan juga agensi yang berkaitan.
9
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
3.0 Definisi Terma dan Syarat-syarat Am
3.1 Pusat Tanggungjawab (PTJ)
Mana-mana entiti akademik, pentadbiran atau perkhidmatan yang diberi
kuasa oleh Universiti untuk mengurus dan mengawal sumber
kewangan dan lain-lain sumber, melainkan ditentukan Naib Canselor
UMT seperti AKUATROP, INOS, IMB, PPSPA, PPSTM Pejabat
Canselori, Pejabat Pendaftar, Perpustakaan dan sebagainya.
3.2 Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Makmal dan Hatcheri
(JPKMH).
3.2.1 Satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk membincangkan
mengenai pengurusan, keselamatan, perancangan, peraturan,
aktiviti dan sebagainya yang melibatkan makmal dan hatcheri di
AKUATROP.
3.2.2 Ahli JPKMH hendaklah terdiri daripada Timbalan Pengarah
(Pengerusi), Penolong Pendaftar, Pegawai Sains, Pegawai
Perikanan, Penolong Pegawai Sains dan Penolong Pegawai
Perikanan.
3.3 Makmal Penyelidikan AKUATROP
3.3.1 Makmal yang dikhaskan untuk aktiviti penyelidikan berkaitan
akuakultur dan perikanan yang diletakkan di bawah bidang
kuasa AKUATROP dan merangkumi makmal-makmal berikut:
I. Makmal Pemakanan Organisma Akuatik
II. Makmal Kualiti Air
III. Makmal Virologi
IV. Makmal Genetik Organisma Akuatik
V. Makmal Parasitologi Organisma Akuatik
VI. Makmal Fisiologi Organisma Akuatik
VII. Makmal Histologi Organisma Akuatik
10
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
VIII. Makmal Mikrobiologi Organisma Akuatik
IX. Makmal Bioteknologi Organisma Akuatik
X. Makmal Kultur Makanan Hidup
XI. Makmal Mikroskopi 1
XII. Makmal Bioinformatik Akuakultur
3.4 Hatcheri Penyelidikan AKUATROP
3.4.1 Hatcheri yang dikhususkan untuk aktiviti penyelidikan akuakultur
dan perikanan yang diletakkan di bawah bidang kuasa
AKUATROP.
3.4.2 Ruang kerja di hatcheri merangkumi:
I. Ruang Penetasan
II. Makmal Kuarantin
III. Makmal Mikroskopi 2
IV. Makmal Makanan Hidup
V. Makmal Persediaan
VI. Galeri Akuakultur
VII. Ruang Kultur Ikan Hiasan
3.5 Perkhidmatan dan Penggunaan Ruang
Semua perkhidmatan dan penggunaan ruang di makmal dan hatcheri
adalah untuk tujuan penyelidikan, pemindahan teknologi/ilmu dan
latihan.
3.6 Waktu Penggunaan Makmal/Hatcheri
Waktu operasi: 8.00 pagi hingga 10.00 malam (tertakluk kepada
ketetapan pihak pengurusan AKUATROP).
I - Waktu pejabat: 8.00 pagi hingga 4.45 petang.
II - Selepas waktu pejabat:
a. 4.46 petang hingga 10.00 malam.
b. Jumaat, Sabtu dan hari kelepasan am.
11
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
3.7 Kad Akses
3.7.1 Kad elektronik yang diperlukan untuk mengakses makmal
penyelidikan AKUATROP. Setiap makmal penyelidikan
AKUATROP dilengkapi dengan sistem kad akses bagi urusan
keluar dan masuk.
3.7.2 Setiap pengguna perlu memiliki kad akses tersebut sebelum
menggunakan makmal.
3.7.3 Terdapat dua (2) jenis kad akses yang digunakan dalam
pengurusan makmal di AKUATROP iaitu:
I - Kad Akses Khas
a. Kad Akses Khas adalah kad akses yang boleh
dipegang/disimpan dan digunakan oleh pengguna untuk
suatu tempoh masa yang dibenarkan seperti satu (1)
semester untuk pelajar pascasiswazah dan sepanjang
tempoh penyelidikan untuk penyelidik/pensyarah.
b. Pengguna perlu memperbaharui permohonan apabila
tempoh masa yang dibenarkan telah tamat.
c. Jumlah makmal yang boleh diakses bergantung kepada
kelulusan dan kategori pengguna. d. Kad akses ini diuruskan oleh pegawai pengurus yang telah
dilantik khas oleh AKUATROP.
II - Kad Akses Harian
a. Kad Akses Harian adalah kad akses yang hanya boleh
mengakses satu (1) makmal tertentu sahaja.
b. Kad akses ini diuruskan oleh setiap pegawai makmal dan
penggunaan hanya sah pada waktu pejabat sahaja.
12
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
3.8 Borang Pendaftaran
3.8.1 Merujuk kepada borang yang digunakan dalam permohonan
untuk menggunakan kemudahan makmal dan hatcheri.
3.8.2 Borang-borang tersebut adalah:
a. UMT/AKUATROP/FELO-01
b. UMT/AKUATROP/JPKMH-101 (Borang Kemudahan
Makmal)
c. UMT/AKUATROP/JPKMH-201 (Borang Kemudahan
Hatceri)
d. UMT/AKUATROP/JPKMH-001 (Borang Kawalan Hazard
Kepada Kesihatan dan Penilaian Risiko)
e. UMT/AKUATROP/JPKMH-002 (Borang Selepas waktu
Operasi)
f. UMT/AKUATROP/JPKMH-003 (Borang Isytihar
Barangan)
g. Slip Pendaftaran Makmal/Hatcheri
3.9 Pengguna
Seseorang yang menggunakan makmal atau hatcheri sama ada
pelajar, penyelidik, pensyarah, pegawai UMT atau mana-mana orang
lain yang diberi kebenaran oleh pihak pengurusan AKUATROP.
3.10 Penyelidik
Individu yang menjalankan aktiviti penyelidikan atau kajian yang terdiri
daripada pensyarah/staf penyelidikan dan Pembantu Penyelidik
(RA/GRA).
3.10.1 Penyelidik AKUATROP
I. Penyelidik yang dilantik secara tetap, lantikan “dual
appointment”, dipinjamkan atau lantikan sementara ke
AKUATROP yang Terdiri daripada Pengarah/ Timbalan
Pengarah/ Pensyarah/ Staf Penyelidikan/ Pembantu Penyelidik
(RA/GRA).
13
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
II. Membenarkan maklumat penyelidikan digunakan untuk data
KPI atau; Buku Laporan Tahunan AKUATROP atau; untuk apa-
apa kepentingan AKUATROP.
III. Semua penyelidik digalakkan melibatkan staf AKUATROP
dalam menjalankan penyelidikan.
IV. Sekiranya melibatkan staf makmal/hatcheri AKUATROP dalam
penyelidikan, penyelidik perlu memasukkan nama staf terlibat
dalam senarai pengarang.
V. Digalakkan untuk menggunakan peruntukan sendiri bagi
membeli bahan kimia dan bekalan penyelidikan.
VI. Diberikan kad akses khas bewarna KUNING (Boleh akses
semua makmal tanpa had).
3.10.2 Penyelidik Bersekutu AKUATROP
I. Penyelidik dari PTJ lain yang berdaftar dengan AKUATROP
untuk menggunakan kemudahan/ menjalankan penyelidikan di
AKUATROP
II. Berdaftar dengan AKUATROP sebagai penyelidik bersekutu
dengan mengisi borang permohonan AKUATROP/FELO-01
III. Menjalankan penyelidikan dalam bidang akuakultur atau;
IV. Menjalankan penyelidikan dalam bidang berkaitan perikanan:
a. Produk Perikanan
b. Sumber Perikanan
V. Membenarkan maklumat penyelidikan digunakan untuk data
KPI atau; Buku Laporan Tahunan AKUATROP atau; untuk apa-
apa kepentingan AKUATROP.
VI. Perlu mengamalkan penerbitan bersama dalam penyelidikan
yang dijalankan atau;
VII. Meletakkan alamat AKUATROP sebagai alamat bersama
(affiliation).
VIII. Meletakkan nama AKUATROP dan staf terlibat di bahagian
penghargaan (acknowledgement) dalam penerbitan.
IX. Perlu ada geran bagi menampung keperluan penyelidikan.
14
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
X. Sekiranya melibatkan staf makmal/hatcheri AKUATROP dalam
penyelidikan, penyelidik perlu memasukkan nama staf terlibat
dalam senarai pengarang.
XI. Boleh mendapatkan kad akses khas berwarna MERAH.
(Hanya boleh akses maksimum 3 makmal).
3.10.3 Penyelidik tidak bersekutu AKUATROP
I. Penyelidik yang tidak berdaftar dengan AKUATROP tetapi
menggunakan kemudahan/menjalankan penyelidikan
sementara di AKUATROP.
II. Penggunaan alatan terhad kepada alatan yang tidak terdapat
di makmal-makmal lain di UMT.
III. Berdaftar menggunakan borang UMT/AKUATROP/JPKMH-
101 dan;
IV. Perlu mendapat kebenaran bertulis daripada
Pengarah/Timbalan Pengarah.
V. Perlu meletakkan nama AKUATROP atau staf terlibat di
bahagian penghargaan (acknowledgement) dalam penerbitan.
VI. Caj Perkhidmatan akan dikenakan bergantung kepada
perkhidmatan yang diberikan.
VII. Hanya boleh mengakses makmal terhad kepada keperluan
dengan menggunakan kad akses harian berwarna PUTIH.
VIII.Masa penggunaan: 8.30 pagi – 4.30 petang (hari bekerja).
15
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
3.11 Pelajar
Merujuk kepada Pelajar Pascasiswazah yang berdaftar dan aktif
pada semester semasa sahaja.
3.11.1 Pelajar AKUATROP
I. Pelajar pascasiswazah yang berdaftar di bawah PTJ
AKUATROP atau:
II. Pelajar dari PTJ lain tetapi mempunyai PENYELIA daripada
pensyarah/penyelidik AKUATROP.
III. Daftar penggunaan makmal/hatcheri menggunakan borang:
a. UMT/AKUATROP/JPKMH-101(Borang Kemudahan
Makmal) atau UMT/AKUATROP/JPKMH-201 (Borang
Kemudahan Hatceri).
b. UMT/AKUATROP/JPKMH-001 (Borang Kawalan Hazard
Kepada Kesihatan dan Penilaian Risiko).
c. Slip Pendaftaran Makmal/Hatcheri
IV. Waktu penggunaan makmal/hatcheri adalah dari 8.00 pagi
hingga 10.00 malam tetapi:
V. Penggunaan selepas 10.00 malam perlu kepada permohonan
bertulis dengan mengisi borang UMT/AKUATROP/JPKMH-
002
VI. Boleh mengakses sebanyak 4 makmal (MSc.) dan 5 makmal
(PhD.)
VII. Pengguna akan diberikan kad akses khas berwarna Hijau.
3.11.2 Pelajar Pensyarah/penyelidik Bersekutu AKUATROP
I. Pelajar Pascasiswazah dari PTJ lain yang mempunyai
PENYELIA PERTAMA yang bersekutu dengan AKUATROP
II. Daftar penggunaan makmal/hatcheri menggunakan borang:
a. UMT/AKUATROP/JPKMH-101 (Borang Kemudahan
Makmal) atau UMT/AKUATROP/JPKMH-201 ( Borang
Kemudahan Hatceri)
16
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
b. UMT/AKUATROP/JPKMH-001 (Borang Kawalan
Hazard Kepada Kesihatan dan Penilaian Risiko)
c. Slip Pendaftaran Makmal/Hatcheri
III. Waktu penggunaan makmal/hatcheri adalah dari 8.00 pagi
hingga 10.00 malam tetapi:
IV. Penggunaan selepas 10.00 malam perlu kepada permohonan
bertulis dengan mengisi borang UMT/AKUATROP/JPKMH-
002
V. Boleh mengakses sebanyak 3 makmal sahaja (MSc. & PhD)
VI. Semua bahan kimia/radas/bekalan (consumable) mesti dibawa
dari PTJ masing-masing.
VII Pengguna akan diberikan kad akses khas berwarna Hijau.
3.11.3 Pelajar Pensyarah/Penyelidik Tidak Bersekutu
I. Pelajar Pascasiswazah dari PTJ lain yang ingin menggunakan
kemudahan makmal/hatcheri tetapi tidak mempunyai penyelia
yang berdaftar dengan AKUATROP sebagai
pensyarah/penyelidik bersekutu.
II. Daftar penggunaan makmal/hatcheri menggunakan borang:
a. UMT/AKUATROP/JPKMH-101 (Borang Kemudahan
Makmal) atau UMT/AKUATROP/JPKMH-201 (Borang
Kemudahan Hatcheri).
III. Perlu mendapat kebenaran bertulis daripada
Pengarah/Timbalan Pengarah (menggunakan borang yang
telah disediakan).
IV. Kelulusan permohonan bergantung kepada kekosongan (rujuk
pegawai makmal berkenaan).
V. Semua bahan kimia/radas/bekalan (consumable) mesti dibawa
dari PTJ masing-masing.
VI. Hanya kemudahan peralatan saintifik sahaja disediakan.
VII. Caj Perkhidmatan dikenakan bergantung kepada
perkhidmatan yang diberikan.
17
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
VIII.Masa penggunaan : 8.30 pagi – 4.30 petang (hari bekerja
sahaja)
IX. Pengguna akan diberikan Kad Akses Harian (Makmal).
X. Penggunaan selepas waktu pejabat adalah tidak dibenarkan.
3.12 Agensi Luar
3.12.1 Merujuk kepada jabatan kerajaan, GLC, NGO, syarikat
swasta atau individu luar yang ingin mendapatkan
perkhidmatan atau menggunakan kemudahan makmal dan
hatcheri.
3.12.2 Pemohon perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada
Pengarah AKUATROP.
3.12.3 Kerja-kerja yang dilakukan mesti berkaitan dengan bidang
akuakultur atau perikanan.
3.12.4 Segala kos berkaitan kerja-kerja yang dilakukan hendaklah
ditanggung oleh agensi berkenaan.
3.12.5 Caj-caj yang berkaitan akan ditentukan oleh jawatankuasa
yang dilantik oleh AKUATROP.
3.12.6 Sebarang aktiviti penyelidikan yang dilakukan di makmal dan
hatcheri adalah tertakluk dengan Peraturan Penggunaan
Makmal dan Hatcheri AKUATROP.
3.12.7 Penggunaan sebarang peralatan canggih di makmal perlu
diselia oleh staf AKUATROP yang bertanggungjawab.
3.12.8 Pihak AKUATROP berhak untuk menarik balik kelulusan yang
telah diberi pada bila-bila masa sekiranya tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
3.13 Caj Perkhidmatan
3.13.1 Caj perkhidmatan analisis/ujian makmal dan caj penggunaan
ruang boleh dikenakan kepada pengguna mengikut kadar yang
ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Universiti. Bagi maksud
pengenaan caj perkhidmatan ini, pengguna hendaklah
bermaksud selain pelajar atau pekerja UMT.
18
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
3.13.2 Segala tuntutan perjalanan yang melibatkan staf AKUATROP
adalah di bawah tanggungan vot penyelidik/agensi luar yang
berkenaan.
3.14 Bahan Penyelidikan
3.14.1 Penyelidik perlu menyediakan sendiri KEPERLUAN
SPESIFIK bagi projek penyelidikan yang dijalankan.
3.14.2 Penggunaan bahan asas seperti alat pelindung diri (PPE) dan
alat radas hanya disediakan untuk PENYELIDIK AKUATROP
SAHAJA.
3.15 Sumbangan Penyelidik
3.15.1 Penyelidik bersekutu perlu meletakkan nama AKUATROP
sebagai alamat bersama (affiliation) dalam semua penerbitan
yang melibatkan perkhidmatan dan penggunaan di
AKUATROP.
3.15.2 Membenarkan maklumat penyelidikan (penyelidik
AKUATROP/bersekutu) digunakan untuk data KPI
AKUATROP atau; Buku Laporan Tahunan AKUATROP atau;
untuk apa-apa kepentingan AKUATROP.
3.15.3 Penyelidik tidak bersekutu perlu meletakkan nama
AKUATROP dalam penghargaan (acknowledgement) dalam
semua penerbitan yang melibatkan perkhidmatan dan
penggunaan di AKUATROP.
19
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
4.0 Prosedur-Prosedur Penggunaan Makmal/Hatcheri
4.1 Prosedur Pendaftaran Pensyarah/Penyelidik Bersekutu
Keterangan / Tanggungjawab Carta Alir Rujukan
1.
2.
3.
4.
5.
MULA
Pensyarah/penyelidik mendapatkan borang
permohonan, UMT/AKUATROP/FELO-01
daripada Penolong Pendaftar AKUATROP.
Pensyarah/penyelidik mengisi dengan
lengkap borang dan mengembalikan borang
kepada penolong pendaftar AKUATROP.
Penolong pendaftar menyerahkan borang
kepada Pengarah AKUATROP.
Pengarah AKUATROP mengesahkan dan
meluluskan permohonan.
Surat Lantikan sebagai penyelidik bersekutu
AKUATROP dikeluarkan.
SELESAI
1
2
3
4
5
20
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
4.2 Prosedur Pendaftaran Kad Akses Khas
KETERANGAN / TANGGUNGJAWAB CARTA ALIR RUJUKAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
MULA Pengguna mendapatkan borang UMT/AKUATROP/JPKMH-101 di Pejabat Am AKUATROP. Pengguna mengisi dengan lengkap bahagian B, C, F, G, H & J. Pengguna mengisi dengan lengkap borang UMT/AKUATROP/JPKMH-001 (Kawalan Bahan Hazard Kepada Kesihatan dan Penilaian Risiko). Pengguna mengisi dengan lengkap berserta gambar ukuran passport pada Slip Pendaftaran setiap makmal yang hendak digunakan. Pengguna melampirkan Slip Pendaftaran Semester atau surat lantikan Pembantu Penyelidik (RA/GRA) bersama borang UMT/AKUATROP/JPKMH-101 Pengguna mendapatkan pengesahan daripada penyelia pertama dan kedua dibahagian G. Pengguna mendapatkan pengesahan daripada pegawai setiap makmal yang digunakan dibahagian F dan menyerahkan Slip Pendaftaran Makmal. Pengguna menghantar borang yang lengkap kepada pegawai pengurus Kad Akses Khas. Pegawai pengurus kad akses Khas menyerahkan kad akses. TAMAT PENGGUNAAN Pengguna menyerahkan kembali Kad Akses kepada Pegawai Pengurus Kad Akses Khas. SELESAI
Pelajar : i- Phd ii- MsC. iii- RA & GRA - AKUATROP & Felo Bersukutu Sahaja.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
21
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
4.3 Prosedur Pendaftaran Kad Akses Harian
Keterangan / Tanggungjawab Carta Alir Rujukan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
MULA Pengguna mendapatkan borang UMT/AKUATROP/JPKMH-101 di Pejabat Am AKUATROP. Pengguna mengisi dengan lengkap bahagian A, B, C, D, G, H & J. Pengguna mendapatkan pengesahan daripada penyelia pertama dan kedua di bahagian G. Pengguna mendapatkan pengesahan daripada pegawai makmal yang digunakan di bahagian H. Pegawai makmal menyerahkan kad akses harian. Pengguna mengisi buku log kad akses harian. TAMAT PENGGUNAAN Pengguna menyerahkan kembali Kad Akses kepada Pegawai Makmal. SELESAI
1
2
3
4
5
6
7
22
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
4.4 Prosedur Pendaftaran Hatcheri
KETERANGAN / TANGGUNGJAWAB CARTA ALIR RUJUKAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10
MULA Pengguna mendapatkan borang UMT/AKUATROP/JPKMH-201 di Pejabat Am AKUATROP / Pejabat Operasi Hatcheri. Pengguna mengisi dengan lengkap bahagian A, B, C, D, E, F, & G. Pengguna mengisi dengan lengkap borang UMT/AKUATROP/JPKMH-001 (Kawalan Bahan Hazard Kepada Kesihatan dan Penilaian Risiko). Pengguna mengisi dengan lengkap berserta gambar ukuran passport pada Slip Pendaftaran Makmal/Hatcheri. Pengguna melampirkan Slip Pendaftaran Semester atau surat lantikan Pembantu Penyelidik (RA/GRA) bersama borang
UMT/AKUATROP/JPKMH-201. Pengguna mendapatkan pengesahan daripada penyelia pertama di bahagian H. Sekiranya pengguna bukan pelajar yang berdaftar dengan AKUATROP, sila dapatkan kelulusan daripada Pengarah/Timb. Pengarah AKUATROP di bahagian I. Pengguna menghantar borang yang lengkap kepada Ketua Hatcheri Ketua Hatcheri akan menyerahkan kunci hatcheri kepada pelajar. TAMAT PENGGUNAAN Pengguna menyerahkan kembali Kunci Hatcheri kepada Ketua Hatcheri dan menandatangani pada bahagian J pada borang. SELESAI
- Terbuka kepada semua pensyarah, staf
penyelidikan dan pelajar pasca siswazah yang menjalankan kajian yang
berkaitan dengan bidang
akuakultur sahaja.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
23
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
4.5 Prosedur Peminjaman Peralatan
KETERANGAN / TANGGUNGJAWAB CARTA ALIR RUJUKAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
MULA Peminjam mendapatkan borang UMT/AKUATROP/JPKMH-101 (untuk makmal) di Pejabat Am AKUATROP atau UMT/AKUATROP/JPKMH-201 (untuk hatcheri) di pejabat operasi hatcheri. Peminjam mengisi dengan lengkap bahagian: I- B, C, D, G & J (untuk makmal). II- A, B, F & G (untuk hatcheri) Peminjam mendapatkan pengesahan daripada penyelia pertama dan kedua di bahagian G (untuk makmal). Peminjam menghantar borang yang lengkap kepada pegawai berkenaan. INSURAN? Perlu/tidak perlu Peminjam menginsurankan peralatan yang hendak dipinjam. Peminjam menyerahkan sijil insuran peralatan kepada pegawai berkenaan. Pegawai menyerahkan peralatan kepada peminjam. Lanjutan Peminjaman? Ya/tidak Peminjam mengisi bahagian E (untuk makmal) atau bahagian G (untuk hatcheri) untuk melanjutkan tempoh peminjaman. Tamat Penggunaan/peminjaman Peminjam memulangkan semula perlatan yang dipinjam kepada pegawai berkenaan dan mengisi maklumat di bahagian I. SELESAI
Tidak
Ya
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Perlu
Tidak
Perlu
24
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
5.0 Peraturan-peraturan Penggunaan Makmal/Hatcheri
5.1 Peraturan Pendaftaran dan Penggunaan Makmal AKUATROP
5.1.1 Penggunaan makmal AKUATROP terbuka kepada semua
warga UMT yang menjalankan penyelidikan dalam bidang
Akuakultur dan Perikanan.
5.1.2 Permohonan bagi pelajar perlu dibuat menggunakan borang
UMT/AKUATROP/JPKMH-101 sekurang-kurangnya 3 hari
bekerja sebelum penggunaan.
5.1.3 Penggunaan makmal adalah melalui sistem kad akses.
5.1.4 Pengguna perlu mengisi dan menghantar borang Kawalan
Bahan Hazard kepada Kesihatan dan Penilaian Risiko
bersama borang UMT/AKUATROP/JPKMH-001.
5.1.5 Pengguna tidak dibenarkan sama sekali memberi kad akses
tersebut kepada pengguna yang lain. Sekiranya didapati
berbuat demikian, penggunaan tersebut akan disekat serta
merta.
5.1.6 Pengguna perlu mengisytiharkan semua bahan kimia, alat
radas dan bahan penyelidikan yang dibawa masuk ke dalam
makmal AKUATROP menggunakan borang
UMT/AKUATROP/JPKMH-003.
5.1.7 Pendaftaran Kad Akses Khas hanya terbuka kepada
penyelidik/pelajar AKUATROP dan penyelidik/pelajar
penyelidik bersekutu AKUATROP sahaja yang mana terhad
untuk SATU (1) SEMESTER sahaja.
5.1.8 Pendaftaran Kad Akses Harian terbuka kepada semua
pengguna dan terhad untuk 1 makmal sahaja.
5.1.9 Pengguna perlu melabel semua bahan kimia, alat radas dan
bahan penyelidikan dengan jelas butir-butir berkenaan projek
yang dijalankan seperti nama, nombor telefon, tajuk projek dan
sebagainya pada mana-mana bahagian yang bersesuaian dan
mudah dilihat. Jika tidak, Pegawai Makmal berhak melupuskan
25
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
mana-mana bahan dan peralatan penyelidikan yang tidak
berlabel.
5.1.10 Sebarang penambahan barang dan ruang yang digunakan
seperti bahan kimia atau alat radas hendaklah dimaklumkan
kepada Pegawai Makmal dengan membuat penambahan pada
borang yang sedia ada (UMT/AKUATROP/JPKMH-003).
5.1.11 Kebersihan makmal adalah tanggungjawab semua pengguna
makmal. Oleh itu pengguna hendaklah sentiasa memastikan
makmal berada dalam keadaan yang bersih dan teratur
terutamanya di bahagian yang digunakan.
5.1.12 Pengguna adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
keselamatan bahan kimia, alat radas dan bahan penyelidikan
masing-masing.
5.1.13 Pihak AKUATROP tidak bertanggungjawab atas sebarang
kecuaian, kehilangan dan kerosakan pada barang milik
pengguna yang terdapat di dalam makmal.
5.1.14 Penggunaan peralatan elektrik di makmal seperti lampu,
pemanas, wayar penyambung dan sebagainya hendaklah
digunakan dan diurus dengan baik bagi mengelakkan
berlakunya litar pintas.
5.1.15 Penggunaan bekalan air adalah terkawal terutamanya bekalan
air masin di dalam makmal. Pastikan bekalan air digunakan
sebaik mungkin bagi mengelakkan berlakunya pembaziran air.
5.1.16 Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala
barangan dan peralatan makmal yang digunakan dan dipinjam.
5.1.17 Semua barang yang dipinjam hendaklah dipulangkan kepada
Pegawai Makmal selepas selesai digunakan dalam keadaan
yang baik dan sempurna.
5.1.18 Setiap ruang dan segala peralatan yang sudah tidak digunakan
lagi hendaklah dibersihkan daripada sebarang kekotoran dan
disusun dengan baik.
5.1.19 Individu yang tidak berdaftar dilarang sama sekali berada di
dalam makmal.
26
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
5.1.20 Setiap pengguna dilarang membawa masuk pelawat atau
individu lain tanpa makluman dan kebenaran daripada pegawai
makmal atau pengurusan tertinggi AKUATROP.
5.1.21 Semua bahan kimia/radas/bekalan (consumable) mesti dibawa
dari Jabatan masing-masing.
5.1.22 Pihak pengurusan makmal AKUATROP berhak menghalang
pengguna daripada menggunakan kemudahan makmal jika
pengguna gagal mematuhi peraturan dan keselamatan yang
ditetapkan.
27
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
5.2 Peraturan Pendaftaran dan Penggunaan Hatcheri AKUATROP
5.2.1 Penggunaan hatcheri AKUATROP terbuka kepada semua
warga UMT yang menjalankan penyelidikan dalam bidang
akuakultur dan perikanan.
5.2.2 Pengguna hatcheri HANYA DIBENARKAN menjalankan aktiviti
penyelidikan di Ruang Penetasan sahaja.
5.2.3 Pengguna TIDAK DIBENARKAN untuk menjalankan aktiviti
penyelidikan di Makmal Makanan Hidup, Makmal Kuarantin
dan juga Galeri Akuakultur.
5.2.4 Penggunaan Makmal Mikroskop 2 perlu mendapatkan
kebenaran daripada pihak pengurusan hatcheri terlebih
dahulu.
5.2.5 Permohonan bagi pelajar perlu dibuat menggunakan borang
UMT/AKUATROP/JPKMH-201 sekurang-kurangnya 3 hari
sebelum penggunaan.
5.2.6 Pengguna perlu mengisi dan menghantar borang Kawalan
Bahan Hazard kepada Kesihatan dan Penilaian Risiko
bersama borang UMT/AKUATROP/JPKMH-001.
5.2.7 Pengguna perlu mengisytiharkan semua bahan kimia, alat
radas dan bahan penyelidikan yang dibawa masuk ke dalam
hatcheri AKUATROP menggunakan borang
UMT/AKUATROP/JPKMH-003.
5.2.8 Pendaftaran penggunaan hatcheri hanya terbuka kepada
penyelidik/pelajar AKUATROP dan penyelidik/pelajar
penyelidik bersekutu AKUATROP sahaja yang mana terhad
untuk SATU (1) SEMESTER sahaja.
5.2.9 Pengguna perlu melabel setiap ruang, tangki, bahan kimia, alat
radas dan bahan penyelidikan dengan jelas maklumat
berkenaan projek yang dijalankan seperti nama, nombor
telefon, tajuk projek dan sebagainya pada mana-mana
bahagian yang bersesuaian dan mudah dilihat.
5.2.10 Sebarang penambahan barang dan ruang yang digunakan
seperti bahan kimia atau alat radas hendaklah dimaklumkan
28
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
kepada Pegawai hatcheri dengan membuat penambahan pada
borang yang sedia ada UMT/AKUATROP/JPKMH-003.
5.2.11 Kebersihan hatcheri adalah tanggungjawab semua pengguna
hatcheri. Oleh itu pengguna hendaklah sentiasa memastikan
hatcheri berada dalam keadaan yang bersih dan teratur
terutamanya di bahagian yang digunakan.
5.2.12 Pengguna adalah bertanggungjawap sepenuhnya ke atas
keselamatan bahan kimia, alat radas dan bahan penyelidikan
masing-masing.
5.2.13 Pihak AKUATROP tidak bertanggungjawap atas sebarang
kecuaian, kehilangan dan kerosakan pada barang milik
pengguna yang terdapat di dalam hatcheri.
5.2.14 Pengguna/pelawat dilarang sama sekali mengganggu projek
penyelidikan pengguna lain di ruang hatcheri.
5.2.15 Penggunaan peralatan elektrik di hatcheri seperti lampu,
pemanas, wayar penyambung dan sebagainya hendaklah
digunakan dan diurus dengan baik bagi mengelakkan
berlakunya litar pintas.
5.2.16 Penggunaan bekalan air masin dan air tawar di hatcheri perlu
digunakan secara berhemah. ELAKKAN PEMBAZIRAN AIR.
5.2.17 Pengguna perlu memastikan suis lampu dan peralatan yang
tidak digunakan ditutup sebelum meninggalkan hatcheri.
ELAKKAN PEMBAZIRAN ELEKTRIK.
5.2.18 Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala
barangan dan peralatan hatcheri yang digunakan dan dipinjam.
5.2.19 Semua barang yang dipinjam hendaklah dipulangkan kepada
Pegawai Hatcheri selepas selesai digunakan dalam keadaan
yang baik dan sempurna.
5.2.20 Setiap ruang dan segala peralatan yang sudah tidak digunakan
lagi hendaklah dibersihkan dan disusun dengan baik.
5.2.21 Pihak pengurusan Hatcheri AKUATROP berhak menghalang
pengguna daripada menggunakan kemudahan hatcheri jika
29
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
pengguna gagal mematuhi peraturan dan keselamatan yang
ditetapkan.
5.2.22 Pihak AKUATROP tidak bertanggungjawab ke atas
kehilangan/kematian sampel hidup.
5.3 Peraturan Penggunaan Selepas Waktu Operasi
5.3.1 Tertakluk kepada pelajar sahaja.
5.3.2 Keperluan penggunaan selepas waktu operasi mestilah
mempunyai justifikasi yang sah dan munasabah.
5.3.3 Tertakluk kepada perkara 3.6, permohonan hendaklah dibuat
secara bertulis dan mendapat pengesahan daripada penyelia
dengan menggunakan borang UMT/AKUATROP/JPKMH-002.
5.3.4 Pelajar tidak dibenarkan berkerja di dalam makmal/hatcheri
bersendirian kecuali berteman atau terdapat rakan sekerja lain
di makmal atau hatcheri yang sama.
5.3.5 Peneman adalah terhad kepada dua (2) orang sahaja.
5.3.6 Pelajar wajib mengisi buku Daftar Kerja Selepas Waktu
Operasi dengan maklumat berikut:
I. Nama pelajar:
II. Nombor telefon:
III. Nama peneman 1 dan 2:
IV. Waktu masuk dan keluar:
V. Tandatangan masuk dan keluar.
5.3.7 Mana-mana pelajar yang gagal mematuhi peraturan ini tidak
akan dibenarkan menggunakan makmal atau hatcheri.
30
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
5.4 Peraturan Keselamatan Pengendalian Sisa Kimia Makmal
5.4.1 Sisa kimia merujuk kepada bahan kimia :
I. Terhasil dari eksperimen
II. Tidak diketahui komposisinya
III. Berlebihan (tersilap ambil dari kuantiti sepatutnya)
IV. Telah luput tarikh
V. Telah berubah sifat fizikal atau sifat kimia
5.4.2 Dilarang membuang sebarang sisa kimia ke dalam sinki atau
tong sampah. Buang sisa kimia ke dalam bekas yang
disediakan.
5.4.3 Pengguna hendaklah melabel perkataan SISA/WASTE dan
mengklasifikasikan sisa-sisa kimia seperti yang digariskan
oleh pihak Kualiti Alam Sdn Bhd. (Rujuk lampiran 8).
5.4.4 Sisa kimia mengandungi logam berat seperti merkuri, arsenik
dan plumbum perlu diasingkan daripada sisa kimia lain.
5.4.5 Sisa bahan sianida dan sebatiannya hendaklah dibotolkan
berasingan.
5.4.6 Dilarang mengisi penuh larutan sisa (cecair) di dalam botol,
tinggalkan ruang udara sebanyak 15% - 25% untuk proses
pemeruwapan berlaku.
5.4.7 Pastikan sisa kimia di isi ke dalam botol gelap (botol amber)
kecuali sisa asid hidroflorik yang perlu di isi ke dalam botol
plastik.
5.4.8 Pengguna hendaklah mengumpul dan menyerahkan kepada
Bahagian Pengurusan Stor dan Bahan Kimia AKUATROP
sebelum pegawai berkenaan memindahkan sisa kimia dengan
SEGERA ke rumah penyimpanan khas sisa kimia UMT
(dibelakang bangunan MST & MSB).
5.4.9 Sila tulis maklumat berikut pada setiap botol sisa kimia :
I. Klafisikasi sisa (Cth; A,B, H)
II. Tarikh sisa dibotolkan &
III. Nama penjana sisa
IV. Nama makmal
31
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
6.0 Peraturan Pinjaman Peralatan Makmal dan Hatcheri
6.1 Semua peminjam peralatan makmal dan Hatcheri AKUATROP adalah
tertakluk kepada peraturan ini.
6.2 Permohonan pinjaman boleh dibuat oleh pelajar UMT, pensyarah,
penyelidik, pegawai UMT atau mana-mana pihak yang mempunyai
hubungan rasmi dengan UMT sahaja.
6.3 Pemohon yang terdiri daripada pelajar UMT perlu mendapatkan
pengesahan daripada penyelia projek atau penyelia bersama projek
berkenaan. Penyelia projek atau penyelia bersama bertanggungjawab
memantau proses kerja peralatan yang digunakan oleh peminjam.
6.4 Jika peralatan tersebut dikategorikan sebagai “Energy Risks” (harta dan
peralatan yang digunakan di dalam air), peminjam wajib
menginsurankan peralatan makmal sebelum ke lapangan. Proses
menginsurankan peralatan boleh diuruskan oleh peminjam atau
pegawai sains di makmal berkenaan sama ada menggunakan
peruntukan geran penyelidikan atau melalui peruntukan PTJ masing-
masing. Salinan bayaran insurans (Pesanan Belian/Resit) perlu
dilampirkan sebagai bukti.
6.5 Peminjam hendaklah mengisi ruangan “Borang Kemudahan Makmal
(UMT/AKUATROP/JPKMH-101) dan “Borang Kemudahan Hatcheri
(UMT/AKUATROP/JPKMH-201) dan “Buku Daftar Pergerakan Harta
Modal dan Inventori (KEW.PA-6) dengan lengkap tanpa sebarang
pindaan dan pembetulan. Hanya borang yang lengkap dan jelas sahaja
akan diterima untuk proses pinjaman.
6.6 Permohonan pinjaman hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari
waktu bekerja sebelum tarikh penggunaan peralatan/alat radas.
Tempoh pinjaman maksimum adalah dua minggu sahaja. Pinjaman
melebihi dua minggu memerlukan permohonan baru.
6.7 Peminjam perlu memahami cara pengoperasian peralatan yang
dipinjam sebelum membuat pinjaman. Pihak makmal dan hatcheri
AKUATROP berhak menarik balik kelulusan pinjaman jika mendapati
pengguna tidak memahami cara mengoperasikan peralatan tersebut.
6.8 Setiap peminjam adalah bertanggungjawab terhadap apa-apa
32
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
kekurangan, kerosakan atau kehilangan peralatan yang dipinjam serta
memastikan peralatan yang dipinjam berada dalam keadaan selamat.
6.9 Peminjam perlu memastikan peralatan yang dipinjam dipulangkan
kepada kakitangan makmal dan hatcheri dalam keadaan baik, bersih
dan sempurna.
6.10 Peminjam hendaklah menanggung kos pembaikan peralatan jika
berlaku kerosakan (disebabkan kecuaian) sepanjang tempoh
peminjaman (sebelum alat dipulangkan). Walaupun kos pembaikan
ditanggung oleh peminjam, pengurusan pembaikan akan dilakukan oleh
pihak Pengurusan Makmal dan Hatcheri AKUATROP mengikut
prosedur yang ditetapkan oleh UMT.
6.11 Jika berlaku kehilangan peralatan makmal yang dipinjam, peminjam
wajib membuat laporan di balai Polis berhampiran (tempat kejadian),
seterusnya laporan kepada Bahagian Keselamatan UMT dan Pegawai
Sains yang berkenaan di AKUATROP. Laporan dan dokumentasi
kehilangan berikut akan diuruskan oleh Pegawai Aset berdasarkan
kepada Bab F: Kehilangan dan Hapus Kira Tatacara Pengurusan Aset
Mudah Alih Kerajaan (TPA). Tindakan surcaj boleh dikenakan terhadap
peminjam.
6.12 Kelulusan pinjaman peralatan tertakluk kepada sokongan Pegawai
Sains dan kelulusan Pengarah AKUATROP dan tempahan semasa.
Jika Pegawai Sains berkenaan sedang bercuti atau bertugas di luar
UMT, pelajar boleh mendapatkan tandatangan Pegawai Sains atau
Penolong Pegawai Sains yang telah dilantik sebagai pengganti.
33
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
7.0 Prosedur Menghadapi Kemalangan
7.1 Apabila berlaku kemalangan atau kecemasan di makmal, segera
memaklumkan pada pegawai makmal/pengurusan AKUATROP untuk
tindakan segera. (Rujuk nama pegawai dan nombor telefon di lampiran 9).
7.2 Menjadi tanggungjawab semua pegawai, kakitangan, kontraktor, pelajar
serta pelawat untuk memberi pertolongan cemas kepada mangsa
sebelum menghantarnya ke pusat rawatan/hospital.
7.3 Berikut adalah prosedur semasa berlakunya kemalangan:
a. Mangsa diasingkan dari tempat kejadian
b. Segera memberikan rawatan kecemasan
c. Menghubungi pihak pengurusan jabatan/pusat
d. Menghubungi pihak keselamatan UMT
e. Menghubungi pusat kesihatan UMT
f. Kuarantin kawasan berlaku kemalangan
7.4 Jika berlaku kebakaran, segera menekan penggera atau loceng
kecemasan.
7.5 Memastikan semua pengguna dan kakitangan yang berada di dalam
makmal keluar dengan kadar segera dan segera berada di tempat
berkumpul ketika kecemasan.
7.6 Memastikan semua suis elektrik ditutup dan hendaklah menutup pintu
makmal selepas memastikan semua orang keluar.
7.7 Memberikan bantuan peralatan perlindungan diri kepada mangsa
kecederaan.
7.8 Bahan yang tercemar dengan darah semasa rawatan kecemasan
diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan hendaklah
dikendalikan dengan baik. Langkah keselamatan berikut perlu diambil:
a. Pastikan tidak menyentuh bahan tercemar dengan darah dengan
tangan tanpa pelindung. Sentiasa menggunakan sarung tangan
plastik pakai buang.
b. Menggunakan bahan peluntur (1 per 5 dengan bahagian air) untuk
membersihkan kawasan tercemar.
34
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
c. Memastikan segala bahan yang tercemar seperti sarung tangan,
pakaian dan kain lap dimasukkan dalam beg plastik dan diikat
untuk dilupuskan.
35
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
8.0 Kuasa, Hak dan Tanggungjawab
8.1 Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Makmal dan Hatcheri
AKUATROP berhak menghalang pengguna daripada menggunakan
kemudahan makmal dan hatcheri jika pengguna gagal mematuhi
peraturan dan keselamatan yang ditetapkan.
8.2 Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Makmal dan Hatcheri
AKUATROP berhak mengubah atau meminda mana-mana bahagian di
dalam manual serta borang-borang makmal dan hatcheri AKUATROP
dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian keadaan.
36
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
9.0 Lampiran
Lampiran1 - UMT/AKUATROP/FELO-01 (Borang pendaftaran Felo)
40
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
Lampiran2 - UMT/AKUATROP/JPKMH-101 (Borang Kemudahan Makmal)
44
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
Lampiran 3 – UMT/AKUATROP/JPKMH-201 (Borang Kemudahan Hatcheri)
48
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
Lampiran 4 – UMT/AKUATROP/JPKMH-001
57
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
LAMPIRAN 8
(Sumber : Kualiti Alam Schedule Waste Management Guide, April 2001)
GENERAL KUALITI ALAM WASTE CLASSIFICATION GROUP
GROUP WASTE TYPE
A
SISA MINYAK MINERAL
Sisa mengandungi minyak pelincir, minyak hidrolik, tanah yang tercemar dengan minyak dan seumpamanya.
B
SISA KIMIA ORGANIK YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ATAU SULFUR > 1 %
Freon, sisa-sisa PVC, kloroform, pelarut-pelarut, kapasitor danpengubah arus (transformer) yang mengandungi printed circuitboard dan
seumpamanya.
C
SISA PELARUT YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ATAU SULFUR < 1 %
Aseton, alkohol (cth: etanol, metanol), benzena, turpentin, xilenadan seumpamanya. Sisa hendaklah boleh dipam, mengandungi <50 % air dan nilai kalorifik 18 MJ/kg.
H
SISA KIMIA ORGANIK YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ATAU SULFUR < 1 %
Gam, lateks, cat, fenol, dakwat percetakan, minyak sintetik, sabun,epoksi dan seumpamanya.
K
SISA YANG MENGANDUNGI RAKSA
Raksa, lampu wap, cecair COD, bateri yang mengandungi raksadan seumpamanya
T
SISA TIDAK ORGANIK
Asid, alkali, natrium hipoklorit, garam-garam tak organik, enap cemar
logam hidroksida, sisa kromat dan sianida dan seumpamanya
X
SISA TIDAK ORGANIK
Asid, alkali, natrium hipoklorit, garam-garam tak organik, enap cemarlogam hidroksida, sisa kromat dan sianida dan seumpamanya.
Z
LAIN-LAIN
Sisa perubatan, lab - packs, sisa abestos, enap cemar mineral,isosianat (MDI, TDI), bateri dan seumpamanya.
58
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
Lampiran 9
Senarai Nama Pegawai Untuk Dihubungi Jika Berlaku Kecemasan
Bil Nama Pegawai Jawatan No. Telefon
1 Mohd Ihwan Zakariah Pegawai Penyelidik 016-9214005
2 Azmie Ghazali Pegawai Penyelidik 016-7184288
3 Rabi Atun Adawiah Abdullah Pegawai Penyelidik 019-9197766
MAKMAL
1 Ahmad Ideris Abdul Rahim Pegawai Sains 019-4799821
2 Farizan Abdullah Pegawai Sains 019-9582334
3 Amyra Suryatie Kamaruzzan Pegawai Sains 016-9598933
4 Zulizah Ochi Pegawai Sains 013-3718153
5 Noor Zuliana Mohd Noor Pegawai Sains 010-9840765
6 Mohd Zulkarami Endut Pen. Peg. Sains 019-9188859
7 Mohd Shafiq Razak Pen. Peg. Sains 012-9485178
8 Ahmad Shuhaimi Draman Pen. Peg. Sains 019-9537332
9 Ahmad Najmi Ishak Pen. Peg. Sains 018-9097255
10 Wahidah Wahab Pen. Peg. Sains 019-9182124
HATCHERI
1 Rohisyamuddin Othman Peg. Perikanan Kanan
019-9178375
2 Gusti Afiz Gusti Ruslan Noor Pegawai Perikanan 012-9501258
3 Suhairi Mazelan Pegawai Sains 017-4018542
4 Syahnon Mohammad Pegawai Sains 012-9626306
5 Nurul Hayati Ismail Pegawai Perikanan 012-9632252
6 Mohd Zaidi Ibrahim Pen. Peg. Perikanan 013-9700132
7 Mohd Sabri Muda Pen. Peg. Perikanan 013-9951323
8 Mohd Iffa Rezuan Rusdi Pen. Peg. Perikanan 013-3408647
UMT
1 Bilik Operasi 24 Jam Unit Keselamtan 09-6684118
2 Talian Kecemasan Pusat Kesihatan Pelajar (PKP) 019-9393261 09-6684595
LAIN-LAIN AGENSI
1 Balai BOMBA Gong Badak 09-6621388
2 Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) 09-6671643 09-6678246
3 Balai Polis Gong Badak 09-6672222
4 Klinik Kesihatan Batu Rakit 09-6693331
59
MANUAL PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL DAN HATCHERI AKUATROP – EDISI 1 /2016
Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Makmal dan Hatcheri
(JPKMH)
Institut Akuakultur Tropika (AKUATROP)
Pengerusi
Dr. Shahreza Bin Md Sheriff – Timb. Pengarah AKUATROP
Setiausaha
Pn. Wahidah Binti Wahab – Pen. Pegawai Sains
Ahli-ahli
1. Pn. Intan Farina Ijok Binti Idris – Penolong Pendaftar
2. En. Mohd Ihwan Bin Zakariah – Pegawai Penyelidik
3. En. Azmie Bin Ghazali – Pegawai Penyelidik
4. Pn. Rabi Atun Adawiah Binti Abdullah – Pegawai Penyelidik
5. En. Rohisyamuddin Bin Othman – Pegawai Perikanan Kanan
6. En. Muhammad Haniff Bin Mohd Yusoff – Pegawai Perikanan
7. En. Gusti Afiz Binti Gusti Ruslan Noor – Pegawai Perikanan
8. Pn. Nurul hayati Binti Ismail – Pegawai Perikanan
9. En. Suhairi Bin Mazelan – Pegawai Sains
10. Pn. Farizan Bin Abdullah – Pegawai Sains
11. Pn. Noor Zuliana Binti Mohd Noor – Pegawai sains
12. En. Ahmad Ideris Bin Abdul Rahim – Pegawai Sains
13. Pn. Zulizah Binti Ochi – Pegawai Sains
14. Pn. Amyra Suryatie Binti Kamaruzzan – Pegawai Sains
15. En. Syahnon Bin Mohamad – Pegawai Sains
16. En. Mohd Zaidi Bin Ibrahim – Pen. Pegawai Perikanan
17. En. MOhd Sabri Bin Muda – Pen. Pegawai Perikanan
18. En. Mohd Iffa Rezuan Bin Rusdi – Pen. Pegawai Perikanan
19. En. Mohd Zulkarami Bin Endut – Pen. Pegawai Sains
20. En. Mohd Shafiq Bin Mohd Razak – Pen. Pegawai Sains
21. En. Ahmad Shuhaimi Bin Draman – Pen. Pegawai Sains
22. En. Ahmad Najmi Bin Ishak – Pen. Pegawai Sains
Recommended