Keunikan Hikayat Abdullah

Preview:

DESCRIPTION

SDDD

Citation preview

KEUNIKAN HIKAYAT ABDULLAH

1.0: Pembinaan Jati Diri Bangsa

1.1 JATI DIRI MASYARAKAT MELAYU MELAKA YANG JUMUD

• Berdasarkan kisah-kisah yang telah diceritakan oleh Abdullah mengenai masyarakat pada masa itu, jelas dilihat bahawa jati diri masyarakat Melayu pada masa itu masih bersifat konservatif dan tertutup dengan tradisi lama sedia ada sejak zaman berzaman semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

• Mereka kekal dengan kepercayaan terhadap adat dan kepercayaan tertentu yang kadangkala bersikap jumud dan tertutup daripada arus perubahan semasa pada waktu itu.

• Abdullah lahir dan hidup di tengah-tengah masyarakat Melaka pada zaman pendudukan British di Melaka.

• Zaman tersebut telah menyaksikan bagaimana jati diri masyarakat Melayu di Melaka berada di dua persimpangan, suatu pihak yang dilihat cuba untuk mengekalkan jati diri bangsa yang diwarisi zaman berzaman.

• Manakala satu pihak yang lain pula dilihat terbuka kepada perubahan sesuai dengan peredaran masa.

BUKTI

• Abdullah Munsyi secara tidak langsung telah menggambarkan mengenai jati diri masyarakat Melayu di Melaka pada ketika itu yang dilihat mempercayai pelbagai adat yang pelik dan karut-marut dalam kehidupan mereka.

• Masyarakat Melayu pada zaman Abdullah Munsyi masih kekal dengan kepercayaan yang karut marut, adat resam yang jahat dan mundur dan taat kepada rajanya dengan sebenar-benar taat walaupun kelakuan raja mereka itu kadangkala itu zalim dan tidak bermoral (Kassim Ahmad, 2004).

• Menurut Siti Aisah Murad (1996), antara contoh kepercayaan karut yang dipercayai oleh masyarakat Melayu pada ketika itu termasuklah adat “menjual anak” yang turut dilakukan oleh ibu bapa Abdullah Munsyi sendiri.

TAHUKAH ANDA?

• Masyarakat Melaka pada zaman Abdullah Munsyi juga masih lagi menebal dengan kepercayaan terhadap perkara mistik dan magis seperti dalam peristiwa perobohan Kota Melaka oleh British dan peristiwa menangkap gajah.

• Contohnya, ketika usaha Tuan Farquhar untuk merobohkan Kota Melaka itu tidak berjaya, masyarakat Melaka percaya bahawa keadaan tersebut disebabkan oleh para jembalang yang menjaga kota tersebut daripada dihancurkan.

• Masyarakat Melaka pada ketika itu dilihat taksub dan percaya dengan kebolehan ilmu gajah Encik Sulung dalam menjinakkan hampir 63 ekor gajah di Hulu Melaka.

• Abdullah Munsyi yang melihat peristiwa tersebut menganggap perkara tersebut dilakukan dengan kebijaksanaan dan bukannya melalui ilmu mistik seperti hikmat, ubatan ataupun jin. (Siti Aisah Murad, 1996).

• Masyarakat Melayu Melaka pada zaman kehidupan Abdullah Munsyi juga mempunyai kepercayaan Islam yang agak ortodoks dan tertutup.

• Misalnya, masyarakat pada zaman itu menegah anak-anak mereka atau sesiapa yang cubauntuk mempelajari bahasa Inggeris atau belajar dengan orang-orang Inggeris.

• Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa mempelajari ilmu Inggeris seolah-olah murtad dan masuk Kristian.

“ Jangan baca kitab ini. Buangkan, karena ini kitab orang putih. Nanti rosak iman kita.”

Maka jawabku kepada mereka itu, “Bagaimana engkau boleh tau ini kitab orang putih?

Bukankah ini bahasa Melayu? Dan bolehkah ia ini merosakkan iman kita? Apakah ertinya iman itu?... ertinya iman itu kuketahui, percaya. Maka

jikalau kiranya tiada percaya aku akan dia, bolehkah rosak iman? ....” Maka diamlah mereka

itu.”

1.2 JATI DIRI ABDULLAH MUNSYI

• Sikap dan sifat Abdullah Munsyi yang bertentangan dengan masyarakat sezamannya itu akhirnya menjadi ikutan masyarakat Melayu yang bangkit dalam Gerakan Islah pada awal abad ke-20 seperti angkatan Syed Syeikh al-Hadi, angkatan Za‟ba dan Angkatan 50 (ASAS 50). (Kassim Ahmad, 2004: xxvii)

• Digelar Abdullah Paderi

REALISTIK DAN BERFIKIRAN TERBUKA

• Menurut A.H Hill (1969) dalam The Hikayat Abdullah

“Abdullah was the first writer in Malay to bring realism to this art....”.

• Keterbukaan Abdullah dapat dilihat apabila beliau bertindak menterjemah Kitab Injil ke dalam bahasa Melayu, sesuatu yang dianggap sebagai menyalahi agama oleh sebahagian besar masyarakat pada masa tersebut.

• Abdullah Munsyi juga bersekolah di sekolah mubaligh pada ketika itu iaitu Anglo Chinese College

2.2 KAGUM AKAN SAINS DAN TEKNOLOGI

• Keterbukaan Abdullah juga menyebabkan beliau menjadi seorang pengagum kepada sains dan teknologi serta menolak kepercayaan karut dalam masyarakat Melayu pada masa tersebut.

• Menurut Kassim Ahmad (2004), kekaguman Abdullah terhadap sains dinukilkan di dalam hikayatnya apabila beliau melihat sendiri sebuah kapal asap yang datang ke Singapura, selain menyaksikan demonstrasi sebuah alat pengambil gambar, kamera yang awal.

KEKAL BERJATI DIRI MELAYU

• Walaupun masyarakat Melaka memandang Abdullah sebagai seorang yang bersifat kebaratan, hakikatnya jati diri Abdullah terhadap bangsa Melayu cukup tinggi terutamanya melalui pemikirannya yang sentiasa memikirkan mengenai nasib orang Melayu yang berada dalam keadaan yang menyedihkan dan malang.

• Misalnya, Kassim Ahmad (2004) menjelaskan bahawa Abdullah sentiasa mengenangkan nasib orang Melayu yang mundur dalam ilmu pengetahuan:

“ Adapun segala hal ehwal mereka itu sekalian senantiasa bersama-sama dengan aku. Maka kulihat hal ehwal mereka itu dan tabiat mereka itu dan kelakuan mereka itu dan adat mereka itu daripada kecilku sampailah sekian umurku, maka ku perhatikan juga, maka adalah kudapati bangsa Melayu itu makin lama usahkan makin pandai, makin pula bodohnya, adanya.”

SAYANG AKAN BAHASA MELAYU• Abdullah juga seorang yang begitu sayang akan bahasa

Melayu dan sampai ke suatu tahap cuba untuk menyusun nahu bahasa Melayu sebagai satu panduan kepada generasi yang akan datang.

“....Bermula bahasa Melayu ini bukankah seperti hutan rimba besar keadaannya, penuh dengan semak samun dan duri pun berceracangan dan akar pun bersengkarut, dan kayu pun lintang-pukang dan lorongnya pun simpang-siur dan tanahnya pun tinggi rendah? Maka daripada zaman adanya bahasa itu sampai sekarang ini adakah seorang yang bernafsu hendak membetulkan atau mengaturkan jalannya atau hukumnya?”

2.0: Pembentukan Masyarakat

Pembentukan Masyarakat yang

Hidup dalam Zaman Perubahan

• Abdullah Munsyi hidup dalam satu zaman perubahan:

Zaman feudal Melayu di Tanah

Melayu

Zaman pemerintahan

kolonial Inggeris di Tanah Melayu

• Abdullah telah dilihat cuba menggambarkan berlakunya pertembungan dua aliran dalam keilmuan:

Aliran ilmu pengetahuan

masyarakat yang sedia ada (tradisi)

Ilmu pengetahuan Barat yang membawa

pelbagai pembaharuan dan kelebihan kepada

masyarakat.

Aliran ilmu pengetahuan

tradisi

Pendidikan agama

(pembacaan al-Quran)

Aliran ilmu pengetahuan

Barat

Pebagai disiplin ilmu

Bahasa, sains, teknologi dan

etika.

• Kehadiran Barat (Inggeris) dan ilmunya disambut dengan penuh skeptikal oleh masyarakat tempatan – termasuklah bapa Abdullah sendiri

• Masyarakat Melayu - cuba untuk mengekalkan diri mereka dengan kehidupan lama mereka

Menurut Kassim Ahmad (2004):

“Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan mencari anak-anak Melayu supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu, baik bahasa Inggeris. Maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang. Karena fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap, dimasukkan Inggeris. Maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu serta memberitau akan mereka itu bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang ke dalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka....”

Berdasarkan apa yang telah dituliskan oleh Abdullah dalam hikayatnya:

• Ternyata masyarakat Melayu dalam zaman transisi tersebut dilihat penuh dengan kesangsian terhadap Inggeris,

• Mereka menganggap Inggeris cuba untuk menjadikan masyarakat tempatan seperti mereka dan menganut agama yang sama dengan mereka iaitu Kristian.

Pada pandangan masyarakat tempatan pada masa tersebut

• Cara Inggeris adalah bersalahan dari segi agama dan pegangan

• Perkara ini dipersetujui oleh bapa Abdullah sendiri iaitu Abdul Kadir.

• Catat Abdullah: “ Aku tiada suka engkau pergi belajar bahasa Inggeris dan suratnya, karena seorang pun orang Islam tiada belajar itu. Dan lagi, banyaklah orang mengatakan pekerjaan itu tiada baik, merosakkan agama...”

Pembentukan Masyarakat yang

Menerima Pendidikan Formal

Pembentukan Masyarakat yang Menerima Pendidikan Formal

• Usaha Inggeris dalam menyebarkan ilmu pengetahuan terutamanya bahasa Inggeris kepada anak-anak tempatan berjaya dilakukan oleh dua orang paderi:– Tuan Milne dan Tuan Thomsen

• Menyebabkan tertubuhnya sebuah sekolah mubaligh di Melaka pada ketika itu - Anglo-Chinese College.

• Menurut Siti Aisah Murad (1996): – sekolah ini telah ditubuhkan atas arahan East India Company – anak-anak Cina, Nasrani dan Melayu belajar menulis dan membaca

bahasa Inggeris.• Abdullah turut belajar di maktab tersebut, bahkan mendorong

orang lain untuk sama-sama belajar di maktab tersebut.

• Kejayaan penubuhan maktab:– menunjukkan bahawa berlakunya

pembentukan sebuah masyarakat baru di era transisi feudal ke kolonialisme di Tanah Melayu.

• Antara perubahan yang berlaku dalam masyarakat:– Pembentukan sebuah masyarakat yang

mendapat pendidikan formal di Melaka pada ketika itu berbanding sebelumnya.

Pembentukan Masyarakat di

Singapura

Pembentukan Masyarakat di Singapura

• Abdullah Munsyi dalam karyanya:• Menggambarkan Pembentukan masyarakat di

Singapura sebahagian besar golongan imigran terutamanya dari China.

• Memperincikan mengenai Singapura sebelum pembinaan loji Inggeris yang digambarkan sebagai sebuah kawasan hutan sebelum Sultan Hussein bertindak membina istananya di Kampung Gelam. (Siti Aisah Murad, 1996)

• Berdasarkan penulisan Abdullah dalam Hikayat Abdullah:

• beliau menggambarkan keadaan masyarakat Singapura ketika beliau membantu menjadi jurutulis kepada Stamford Raffles

• Singapura dipenuhi oleh imigran Cina yang hadir dalam jumlah yang ramai dan membawa budaya kongsi gelap mereka ke Singapura.

• menceritakankeberaniannya menyelinap masuk ke dalam kongsi gelap T‟ien Ti Hui di pedalaman Singapura. (A.H Hill, 1969:15)

Kisah penyelinapan ke dalam konsi gelapT‟ien Ti Hui

• Abdullah telah menyamar sebagai seorang pengemis

• Menyaksikan pembakaran kertas nazar, upacara meminum darah di hadapan berhala dan seksaan ke atas ahli kongsi gelap yang melanggar peraturan kongsi gelap tersebut.

• Kejayaan Abdullah menyelinap itu telah memberikan satu gambaran kepada kita mengenai struktur kongsi gelap Cina di Tanah Melayu pada ketika itu.

• Catatan - beliau ditugaskan untuk menulis satu undang-undang yang menjadi hukum dan adat dalam negeri Singapura

• Termasuklah hal berkaitan dengan larangan perjudian dan menanam candu di Singapura oleh Raffles.

• Menurut Siti Aisah Murad (1996): kebanyakan masyarakat menyambut baik undang-undang yang dibuat Raffles kecuali masyarakat Cina.

Catatan Abdullah mengenai undang-undang tersebut:

“Maka adalah daripada masa surat itu sudah ditampalkan, maka segala hukum dan adat dalam negeri Singapura pun tetaplah, maka segala bangsa pun terlalulah sukacita sebab mendengarkan hukum dan adat yang diadakan oleh Tuan Raffles itu; melainkan orang Cina juga yang tiada suka, sebab dalam undang-undang itu menegahkan tiada boleh bermain judi, maka sebab itu kebanyakan orang-orang Cina yang mengempas dan menarik nafas panjang, maka adalah masing-masing mereka itu dengan masam mukanya, serta mengumpat dan memaki akan Tuan Raffles sebab menegahkan orang daripada bermain judi itu.”

• Pembentukan sebuah masyarakat di Singapura adalah jauh berbeza dengan masyarakat di sekitarnya di alam Melayu pada masa tersebut.

• Kebanjiran imigran telah mengubah keadaan masyarakat

• Pertentangan budaya di antara orang Cina dan orang tempatan Melayu terutamanya dalam kegiatan perjudian, arak, candu dan kongsi gelap.

Berdasarkan Hikayat Abdullah…..

• Contohnya, undang-undang yang dibuat oleh Raffles dalam mengharamkan judi dan candu

• Mendapat reaksi berbeza dalam kalangan penduduk tempatan, imigran Cina dan pegawai Inggeris.

• Hal ini menunjukkan berlakunya pertembungan budaya dalam kalangan masyarakat di Singapura pada waktu tersebut.

Masyarakat yang Mengekalkan

Amalan Perhambaan

Masyarakat yang Mengekalkan Amalan Perhambaan

• Aspek pembentukan masyarakat turut dimuatkan oleh Abdullah dalam hikayatnya

• Termasuklah penggunaan institusi perhambaan dalam masyarakat

• Menurut Kassim Ahmad (2004), ahli-ahli sejarah dan pengkaji masyarakat Malaysia zaman pramoden terhutang budi kepada Abdullah kerana dua catatannya dalam buku Hikayat Abdullah tentang kewujudan hamba abdi pada masa tersebut

Misalnya, catatan beliau mengenai hamba yang telah dibawa oleh orang Bugis:

“ .... Hatta setelah keesokan harinya, pagi-pagi aku turunlah ke laut hendak pergi melihatkan itu. Maka apabila sampai ke perahu itu, maka kulihat penuh sesak dengan hamba. Ada kira-kira tiga ratus orang: laki-laki, perempuan, budak-budak. Ada yang bunting hampir beranak, yakni bunting sarat. Maka terlalu kasihan hatiku melihat akan dia. Maka sebentar lagi kulihat orang-orang Cina datang beratus-ratus hendak membeli itu....”

3.0: Kritikan Sosial &

Pendidikan

KRITIKAN SOSIAL• Abdullah Munsyi dalam hikayatnya secara

terbuka melakukan kritikan ke atas beberapa pihak termasuklah raja-raja Melayu, masyarakat Melayu dan sebahagian pegawai Inggeris yang tidak dianggap sebagai tidak bermoral.

Kritikan terhadap Raja-raja Melayu

• Raja-raja Melayu- Misalnya, sebahagian raja-raja Melayu akan mengambil harta benda rakyat dan wanita yang diminati mereka sesuka hati. Abdullah menganggap sikap raja-raja Melayu yang zalim itu menyebabkan orang Melayu kekal dalam kebodohan.

• Tengku Long -yang enggan berniaga ketika diusulkan Raffles kerana kononnya bukan adat golongan diraja untuk berniaga. Abdullah mengkritik sikap Tengku Long yang dilihat malas berkerja dan hanya mengharapkan kesenangan tanpa berusaha.

Kritikan Abdullah terhadap Masyarakat

Melayu• Masyarakat Melayu –terpengaruh dengan tahyul dan kepercayaan

karut maruttidak mempunyai usaha untuk mengajarkan

bahasanya sendiritertutup dan enggan memajukan diri dengan

ilmu pengetahuan yang dibawa oleh Inggeris atas dakwaan kononnya ilmu Inggeris boleh merosakkan akidah.

Kritikan terhadap orang Eropah di

Melaka• Tuan Milne dan Tuan Thomsen yang pandai-

pandai mengajarnya bahasa Melayu sedangkan Abdullah merasakan yang beliau lebih tahu.

• Tuan Bean-sikap bengis dan kejam iaitu mempunyai hobi yang menyeksa binatang dan suka menyakiti tubuh manusia.

PENDIDIKAN• Aspek terpenting dalam kehidupan Abdullah• Dilahirkan dan dibesarkan dalam satu tradisi ilmu

bahasa Melayu dan agama ortodoks yang kukuh.• Menjadi ilmuan semasa besar iaitu guru,

penterjemah, penulis, pengkaji, • Mengemukakan kritikan dan saranan mengenai

pendidikan orang Melayu yang dilihat jauh ketinggalan dan sikap tertutup orang Melayu yang menolak ilmu-ilmu moden dari Barat

Latar belakang pendidikan Abdullah• Abdul Kadir( Ayah) merupakan seorang ahli

bahasa, jurutulis dan khatib, selain menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau seorang berdisiplin dan tegas terhadap pelajaran.

• Peri Achi (Nenek) pula ialah seorang guru besar di Kampung Pali, mengajar lebih kurang dua ratus orang murid membaca, menulis dan mengaji al-Quran.

• zaman kanak-kanak Abdullah telah dihabiskan bersama neneknya di sekolah

• “Maka barang apa-apa pengajarannya kepada budak-budak itu semuanya kuturut sahaja, itulah menjadi permainanku: dari bangun pagi sehingga pukul enam petang tiadalah bunyi apa lain lagi melainkan riuh bunyi belajar dan mengaji sahaja.”

• Telah mula ditekankan dengan ilmu pengetahuan apabila dirinya dihadiahkan dengan sekeping papan loh dan kalam resam menjadi alat permainannya. Melalui papan itu jugalah beliau mula belajar melakar dan membentuk perkataan dalam bentuk garis kasar.

Gemar mencari ilmu• Beliau telah berguru dengan dua orang ahli bahasa

Melayu yang terkemuka di Melaka pada ketika itu iaitu Datuk Sulaiman dan Datuk Astur.

• Melalui gurunya, beliau telah dapat menguasai pengetahuan bahasa Melayu dalam simpulan perkataan, ikatan perkataan, rangkai perkataan, kuasa perkataan dan tujuan perkataan.

• Beliau turut mempelajari pelbagai bahasa pertuturan di Melaka pada ketika itu seperti bahasa Tamil, Hindi, Cina dan Inggeris.

Penyebar ilmu dan memperkembangkan

lagi ilmu• Abdullah telah muncul sebagai seorang guru

al-Quran kepada supai-supai Benggali beragama Islam yang mengawal Kota Melaka.

• Kemudiannya, Abdullah menjadi guru bahasa Melayu kepada orang-orang Eropah termasuklah dua orang paderi iaitu Tuan Milne dan Tuan Keasberry.

• Kritikan terhadap masyarakat Melayu yang tidak mempunyai sekolah untuk belajar Melayu.

• “...adalah sebesar-besar hairan dalam hatiku sebab melihat hal adat orang-orang kita Melayu itu, yang tiada diperbuat-buat oleh bangsa yang lain-lain dalam dunia ini diperbuatnya! Adakah segala bangsa manusia dalam dunia ini membuangkan bahasanya sendiri, tiada bertempat belajar bahasanya itu, melainkan yang kulihat orang Melayulah yang tiada mengendahkannya.”

• Abdullah turut menekankan tentang keperluan mewujudkan sebuah kitab nahu bahasa Melayu yang menjadi panduan kepada masyarakat Melayu.

4.0: Pemikiran & Peranan

Wanita

4.1: PEMIKIRAN

• Menurut Kassim Ahmad (2004), Abdullah bukan sahaja merupakan seorang penulisMelayu yang agung beliau juga merupakan seorang mujaddid dan ahli fikir. Buahfikirannya, walaupun sudah berusia lebih seratus lima puluh tahun, masih tetap segar dan sesetengahnya masih perlu diusahakan oleh masyarakat Malaysia pada hari ini.

• Pemikiran Abdullah yang liberal dan terkehadapan berbanding masyarakat yangsezaman dengannya, terutamanya terhadap ilmu-ilmu Inggeris, terhadap Injil danKristian dan kritikan-kritikan beliau terhadap kemunduran masyarakat Melayu yangmenebal dengan kepercayaan lama yang penuh dengan kekarutan.

• Menurut Kassim Ahmad (2004), Abdullah Munsyi melalui pergaulannya dengan tokoh-tokoh Inggeris seperti Stamford Raffles dan William Farquhar telahterpengaruh dengan idea-idea Rennaisance (kelahiran semula) yang melanda Eropahpada ketika itu. Pegawai Inggeris seperti Raffles dan Farquhar ini dilihat cenderungkepada pemikiran rasionalis dan humanis dalam diri mereka dan perkara ini cukup terkesan kepada Abdullah.

• Menurut Kassim Ahmad (2004), Abdullah dilihat tertarik dengan idea-idea baru Rennaisance seperti martabat tinggi individu, kebebasan individu, kemuliaan yangdiberi kepada ilmu, pemerintahan mengikut undang-undang, semangat tekun,kebersihan, perancangan dan disiplin dalam kehidupan.

• Disebabkan oleh terpengaruhnya beliau terhadap fahaman rasionalis, Abdullahsecara terang telah menolak sebarang bentuk khurafat, tahyul dan kepercayaankarut lain yang bersebati dalam pemikiran orang-orang Melayu pada ketika itu. Halini dapat dilihat melalui kritikan Abdullah terhadap kepercayaan khurafat dalammasyarakat Melayu:

• “....Segala hantu syaitan yang tersebut itu pun halnya kudapati bohong dan tipu dan perdaya dan silap mata. Maka sebab itulah berani akubersumpah menyebut nama Allah mengatakan bukannya benar; hanyasemata-mata kejahatan dalamnya dunia dan akhirat. Maka adapun orang yang percaya dan orang yang berbuat dan orang yang membenarkan pekerjaan itu sama hukumnya menduakan Allah, sekali-kali tiada yang laindaripada Allah yang boleh memberi baik atau jahat, dan yang mematikan danmenghidupkan, dan yang mendatangkan sesuatu bahaya atau kesukaran di atas hamba-Nya....”

• Seterusnya, pemikiran humanis Abdullah pula dapat dilihat melalui kritikannya keatas kezaliman raja pada waktu itu ke atas masyarakat Melayu. Tulis Abdullah dalamhikayatnya:

• “... Sebab aku menyatakan zalim dan aniaya perintah raja-rajanyakarena sentiasa tabiat raja Melayu itu, iaitu menghinakan rakyatnya, seolah-olah pada pemandangannya akan rakyat itu seperti binatang, adanya. Makasebab itulah apabila rakyatnya itu bertemu dengan dia dapat tiada hendaklahia dapat duduk di tanah, baik di becak, baik di kotor. Dan lagi, apabila raja-raja itu menghendaki baik anak-anak perempuan, atau barang suatu hartabenda rakyatnya, diambilnya sahaja tanpa menjadi suatu kesusahan atautakut kepada Allah...”

• Pengkisahan mengenai raja-raja Melayu di dalam hikayatnya itu,ternyata Abdullah telah dipengaruhi oleh pemikiran humanis Barat yang menjunjungtinggi kebebasan dan martabat setiap individu yang diperjuangkan olehnya.

• Pemikiran Abdullah ini penuh dengan islah (pembaharuan) dengan mengkritik secaraterbuka ke atas raja-raja Melayu dan masyarakat Melayu yang dianggap sebagaibodoh dan malas. Malah, pemikiran islah yang telah dimulakan Abdullah ini telahditeruskan pula oleh angkatan pemikir Timur Tengah dalam Gerakan Islah sepertiSyed Syeikh al-Hadi. (Kassim Ahmad, 2004)

• Pemikiran Abdullah terhadap bahasa Inggeris adalah berlawanan dengansikap dan pemikiran masyarakat Melayu yang lain terhadap ilmu tersebut. Tulis Abdullah mengenai kepentingan bahasa Inggeris:

• “.... sudah berapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu serta memberitahu akan mereka itu bahawa sekali-kali Inggeris hendak memasukkan seseorang ke dalam agamanya kalau yang empunya diri tiadasuka, melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamudan bahasa Inggeris, kelak nanti di belakang banyak gunanya. Kalau sudah pandai, engkau sekalian boleh mencari kehidupan dengan mudahnya.”

4.2:PERANAN WANITA

PERI ACHI (NENEK ABDULLAH)

• Menurut Siti AisahMurad (1996), Peri Achi adalah merupakan seorang guru besar sebuah sekolah diKampung Pali yang mengandungi lebih kurang 200 orang murid. Sekolah tersebutmenekankan pelajaran membaca, menulis dan mengaji al-Quran.

• Malah, Abdullah juga turut mendapat pendidikan awal bersama neneknya semasabapanya berniaga di Siak.

• Berdasarkan peranan yang dimainkan oleh Peri Achi, hal ini menunjukkanbagaimana wanita pada zaman Abdullah telah memainkan peranannya dalammenjadi tenaga pendidik dalam kalangan masyarakat Melayu. Hal ini secara tidaklangsung juga turut menunjukkan bagaimana wanita turut berperanan dalammembangunkan anak bangsanya pada ketika itu.

SALAMAH (IBU ABDULLAH)• Menurut Siti Aisah Murad (1996), ibu Abdullah sebelum

bernikah dengan bapanyaadalah merupakan seorang wanita India beragama Hindu yang berasal dari Kedah.

• Peranan Salamah dalam hikayat ini menggambarkan beliau sebagai seorang ibuyang penyayang dalam menjaga anak tunggalnya iaitu Abdullah. Walaupun beliaumendapat seorang suami yang keras dalam mendisiplinkan anaknya, beliau tidakpernah mencampuri urusan suaminya itu, malah sentiasa menyokong tindakansuaminya dan menasihati Abdullah supaya bersabar dalam menuntut ilmu.

ISTERI TUAN RAFFLES• Ciri seorang wanita Barat yang berpekerti tinggi sesuai dengan

tarafnya sebagai isteriseorang pegawai tinggi Inggeris.

• Catat Abdullah mengenai isteri Tuan Raffles:

• “Mengenai isteri Tuan Raffles, kulihat dia bukan sembarang perempuan. Setiap hari dia seperti suaminya. Semua kerjanya dilakukan dengan tertib dan sopan dan berwajah manis apabila bertemu dengan orang sama ada miskin ataupun kaya.”

Recommended