View
561
Download
11
Category
Preview:
DESCRIPTION
jn
Citation preview
PENGENALAN
Reka bentuk merupakan proses penghasilan suatu produk baru atau
pengubahsuaian sesuatu produk kepada yang lebih baik bagi memenuhi kehendak
pengguna. Produk yang dihasilkan adalah daripada idea tersendiri dan mempunyai
nilai komersial yang tersendiri.
Setiap reka bentuk yang dibuat adalah berpandukan kepada masalah yang
timbul dan cara untuk mengatasi masalah tersebut.. Penghasilan produk baru
merangkumi semua aspek dan mengikut kehendak ataupun kegunaannya.
Disamping mempunyai ciri-ciri yang memenuhi kehendak pengguna, produk yang
dihasilkan mestilah mempunyai ciri-ciri keselamatan dan rekabentuk moden, produk
ini juga perlulah mempunyai potensi untuk dipasarkan dan boleh mendapat
pulangan modal yang menguntungkan. Produk reka cipta ini mestilah sesuatu yang
asli. In bermaksud produk ini adalah rekaan sendiri yang datang dari idea dan
pemikiran sendiri.
Sesbuah reka bentuk itu dianggap berjaya sekiranya memenuhi setiap aspek
berikut:
Persekitaran
Keadaan persekitaran banyak mempengaruhi keselesaan pengguna. Oleh itu, proses
reka bentuk barangan perlu mengambil kira keadaan persekitaran di mana produk itu
digunakan.
Ekonomi
Satu produk yang direka bentuk harus mempunyai nilai ekonomi. Kos produk yang
direka bentuk bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Penggunaan barang yang
mahal atau sukar didapati akan meningkatkan harga pasarannya jika dipasarkan tanpa
meningkatkan nilai ekonomi barang itu. Oleh itu adalah wajar menggunakan bahan
tempatan yang murah dan mudah didapat
Ergonomik
Ergonomik adalah kajian saitifik tentang perhubungan antara manusia dengan
persekitaran kehidupannya. Ergonomik berkait rapat dengan keselesaan manusia dan
kemudahan penggunaan satu alat, barang atau bahan.
Suatu produk yang direka bentuk perlu mengambil kira faktor ergonomik daripada
aspek-aspek:
1. saiz
2. penglihatan
3. sentuh
Estetika
Merupakan nilai keindahan suatu barangan pada pandanagn manusia. Nilai estetika
suatu produk terletak pada rupa, bentuk dan sifat-sifat fizikal lain. Manusia secara
semulajadinya meminati dan menggemari sesuatu yang indah dan cantik. Unsur-unsur
estetik yang boleh diterapkan dalam reka bentuk termasuklah:
1. warna
2. bentuk
3. tekstur
4. garisan
Keselamatan
Aspek keselamatan tidak boleh diabaikan sama sekali dalam mereka bentuk suatu
produk. Produk yang direka bentuk mestilah selamat untuk semua peringkat umur manusia.
Sesungguhnya bidang ini merupakan suatu yang amat berguna kepada
masyarakat dan negara kerana ianya dapat melahirkan masyarakat yang kreatif dan
inovatif seterusnya berupaya menggunakan ilmu dan kepakaran yang ada untuk
mempertingkatkan produktiviti negara tidak kira dalam bidang teknologi, ekonomi
dan sebagainya.
REKA CIPTA INOVASI
Mengenalpasti masalah yang hendak diselesaikan.
Idea permulaan.Apa yang hendak dicipta untuk
Mendapatkan maklumat untuk
Objek yang sedia ada.
Mengenalpasti kelemahan, kekurangan, peluang dan menambah
nilai.
Fungsi – tujuan ciptaan.
Bentuk (Form).
Bahan.
Penyambungan.
Penyantuman.
Kekuatan.
Ciri-ciri istimewa keselamatan.
Memilih lakaran yang dirasakan terbaik / sesuai
Beberapa bentuk lakaran ciptaan yang hendak dihasilkan.
Membuat Model / PrototypeLukisan kerja.
Rancangan kerja
PengujianNO OK
Jadual kerjaAlatanBahanLangkah proses kerja
Lukisan kerja untuk pengilangan.
Pengeluaran untuk pasaran.
Maklumbalas pengguna.
OKTeruskan
pengeluaran.
NO
Tidak dapat menyelesaikan masalah
Tidak dapat mendapat sambutan pengguna.
NO
Membuat lakaran ciptaan
Proses reka cipta dan inovasi
LATAR BELAKANG PROJEK
RAK BUKU
Rak buku ini dibuat bagi memudahkan pengguna untuk menyusun dan menyimpan
buku dengan lebih terarur lagi. Dengan adanya rak buku ini, pengguna dapat
menyimpan buku-buku yang dimiliki dengan lebih teratur dan sistematik dan
memudahkan mereka untuk mencari buku-buku yang telah disimpan sebelum ini.
Rak buku ini juga dibina dengan bahan yang sesuai dan dibuat dengan nilai-
nilai estetika bagi membuatkan pengguna tertarik dengan produk ini.
Diharap dengan adanya rak buku ini, pengguna lebih berpuas hati serta
memberikan kesenangan kepada mereka untuk menyimpan serta menyusun buku-
buku mereka.
Matlamat
Matlamat projek ini adalah untuk melahirkan idea-idea dan reka bentuk yang
kreatif dan inovatif bagi menepati tugasan rekacipta dalam subjek Pendidikan Teknik
dan Vokasional yang memerlukan pelatih untuk mengaplikasikan kemahiran-
kemahiran yang diperoleh dalam projek reka cipta tersebut dalam kehidupan
seharian mereka.
Reka cipta ini juga dapat menghasilkan produk yang memberi kesengan
kepada pengguna serta mendedahkan pelatih akan proses untuk mereka, membina
dan menyiapkan sebuah reka cipta.
Antara objektif penghasilan reka cipta ini adalah:
Untuk memberi konsep baru tentang penghasilan produk baru berpandukan
produk sedia ada.
Untuk memberikan lebih pilihan kepada pembeli.
Untuk mewujudkan rak buku yang kukuh,kemas,menawan dan harga yang
berpatutan.
Menampilkan kelainan dalam persaingan rak buku gantung.
Fungsi dan Kegunaan Projek
Meletakkan buku, fail dan pelbagai barangan lain.
Rak yang kukuh dan unik.
Kepelbagaian kegunaan kerana saiznya yang kecil dan mempunyai laci
tambahan.
Perbandingan dengan rak buku yang biasa
Rak buku (projek) Rak buku (biasa)
Rupa bentuk yang lebih
menarik
Rupa bentuk yang biasa
Sambungan yang lebih kukuh Sambungan biasa dan tidak kukuh
Mempunyai laci tambahan Tidak mempunyai laci
PENJANAAN IDEA
Proses penjanaan idea adalah satu proses bagi menghasilkan beberapa
rekaaan atau konsep asas yang masih boleh diperkembangkan lagi. Seesorang itu
perlu mendapat cetusan idea bagi membuat rekaan untuk memulakan sesebuah
reka cipta.
Saya telah membuat penyelidikan dan pemerhatian melalui pelbgai sumber
bagi menghasilkan sebuah rekaan rak buku yang dapat memenuhi aspek-aspek
seperti nilai estetika, ekonomi, fungsi dan sebagainya.
Setelah membuat pemerhatian dan penyelidikan, saya dapati rak-rak buku
yang konvesional hanya berfungsi untuk meletakkan buku sahaja. Rak yang akan
saya bina ini mempunyai laci tambahan yang boleh digunakan untuk menyimpan
barang-barang tertentu. Ini membuatkan rak buku ini lebih unik dan menarik untuk
digunakan.
Berpandukan pemerhatian yang telah saya buat berdasarkan rak-rak buku
yang terdapat di kedai-kedai perabot dan gambar-gambar yang terdapat di dalm
internet, saya telah dapat menghasilkan lakaran bagi mendapat gambaran tentang
bentuk rak buku yang akan saya bina nanti.
PERANCANGAN KERJA
Jadual Kerja Projek
Bil
.
Tarikh Perkara/Aktiviti Catatan
1 12-1-11 Taklimat daripada pensyarah tentang
bentuk tugasan.
2 20-1-11 a) Kenal pasti masalah
Masalah dikenalpasti.
Pengumpulan maklumat/data
dibuat melalui soal selidik.
Masalah dianalisis dan membuat
penyelesaian.
b) Cetusan idea.
Pencetusan idea.
Penjanaan idea.
Perekaan projek.
Membuat lukisan
kerja.
Membuat mock-up.
3 3-2-11 Rekaan projek.
a) Menterjemah idea dalam bentuk
grafik/lukisan kerja.
b) Membuat lukisan kerja iaitu:
Lukisan ortografik
Lukisan isometri
Lukisan terurai
Lukisan butiran
c) Membuat model berfungsi.
4 8-2-11 Pemilihan projek.
a) Memilih projek reka bentuk yang
berpotensi.
5 16-2-11 Pendokumentasian.
a) Menyediakan prosedur
pendokumentasian produk reka cipta
mengikut format yang betul:
Tajuk
Latar belakang
Objektif
Fungsi dan kegunaan
Diskripsi projek
Rujukan
6 25-2-11 Perancangan kerja projek.
a) Menyediakan bahan dan komponen
yang diperlukan.
b) Membuat anggaran kos berdasarkan
bahan dan komponen yang dipilih.
Memasang
komponen mengikut
spesifikasi lukisan
kerja.
7 27-2-11 Pembinaan projek
a) Memeriksa dan menguji bahagian
komponen untuk pemasangan.
b) Membina bahagian atau komponen .
c) Memasang dan menyambung
komponen.
d) Membuat kemasan yang sesuai.
Faktor Pemili
han
KOSBahan proses pembuatan pengangkutan masa
SIFAT FIZIKAL BAHANTegasan terikanTegasan mampatanTegasan ricihanTahan karatBeratPengalirPenebatKerasLembut
TEKNIK PEMBUATANPemotonganPembekuanPenyambunganPelarikan Penggerudian
KEWUJUDANKemudahanLokasi untuk mendapat bahan
BAHAN YANG DIGUNAKAN
BIL BAHAN KEGUNAAN / KELEBIHAN
1. MFD Board - Untuk membuat reka bentuk
produk mengikut jenis yang
dikehendaki
- Mudah didapati di pasaran
2. Kayu beroti - Untuk mengukuhkan
kestabilan produk yang
dihasilkan.
3. Cat Penyembur - Untuk mencantikkan benda
projek.
ALAT YANG DIGUNAKAN
Nama alat/ bahan
Maklumat
Pembaris keluli Membuat garisan lurus, menguji keratan permukaan dan megukur.
Skala \ senggatan – inci dan metrik dan perpuluhan
Saiz 6mm – 1m, 150mm – 300mm
Tukul bongkol rata
Membenamkan paku ke dalam kayu.
Tukul gandin kayu Mengetuk alat yang berhulu kayu seperti pahat
Pisau pemotong Memotong polisterin
Mempunyai lebar mata 1-2 cm
Senang untuk memotong mengikut bentuk.
Gergaji belah Memotong kayu mengikut arah uratnya.
Gergaji puting Memotong papan lapis
Memastikan potongan lebih halus
Gam polisterin Melekatkan polisterin.
Tidak boleh bercampur air.
Pita pelekat dua permukaan
Melekatkan antara dua permukaan.
gam Digunakan untuk melekatkan permukaan kayu atau plastic
Cat (kalis air)
Mengemaskan permukaan polisterin
Menghalang air keluar
Mencantikkan permukaan
Ragum meja
Memegang benda kerja dengan teguh, untuk kerja
logam, saiz bergantung kepada lebar rahang.
Penebuk Pusat/Cucuk/Cermat.
Membuat tanda untuk membuat
lubang,membuat tanda pengenalan di sepajang
permukaan kerja,hujung mata lurus dan tirus
digunakan untuk menanggalkan ribet dan
mengeluarkan cemat.
Kikir
Digunakan untuk mengikir dan membuat
penyudahan kerja-kerja kayu.
Sesiku L
Menguji kerataan dan kepersegian
permukaan,membuat garisan
bersudut tegak 90º pada
permukaan bahan kerja,Saiznya
antara 50 mm – 1 m,saiz yang biasa 150 mm.
Mesin Gerudi
Fungsinya adalah untuk menggerudi
bahan logam dan bukan logam untuk
menghasilkan lubang.Ia juga untuk
melulas(reamer) melubang
benam,melubang senggat dan
membenang dalam.
Mesin Pelarik
Membentuk bahan yang
berbentuk silinder, melarik
muka, melarik selara,
memotong ulir skru,,
menggerudi,mengorek,
membuang segi dan
memenggal bahan.
SENARAI BAHAN DAN ANGGARAN KOS BAHAN YANG DIPERLUKAN
Bil. Bahan Kuantiti Harga Seunit
(RM)
Jumlah (RM)
1 MDF 720 x 240 x 15 2 5.00 10.00
2 MDF 600 x 240 x 15 2 4.50 9.00
3 MDF400 x 240 x 15 3 4.00 12.00
4 MDF 170 x 240 x 15 3 1.50 4.50
5 MDF 225 x 170 x 15 3 2.00 6.00
6 PLYWOOD 720 x 600 1 4.00 4.00
7 ENGSEL 3 50 1.50
8 SPRAY JERNIH 1 6.00 6.00
9 SPRAY PUTIH 2 6.00 12.00
10 SKRU 8 0.05 0.40
11 PAKU 50 0.01 0.50
12 KEPINGAN LOGAM 1 5.00 5.00
Jumlah Keseluruhan 70.90
PERANCANGAN KERJA
BIL PROSES DIFINISI CATATAN
1. Melakar
Pencetusan dan
pemilihan idea
terbaik
Proses melakar
adalah proses
melakar produk
dimana produk akan
dilukis / dilakar
beserta ukuran
Lakaran dibuat
secara lisan
2. Membuat lakaran
projek dan lukisan
kerja.
Lukisan ortografik,
lukisan isometri dan
bahagian-bahagian
pecahan prototaip
3. Menanda Adalah proses
memindah ukuran
pada bahan
Ukuran dipindahkan
keatas bahan untuk
dikerjakan
4. Memotong Ukuran yang telah
dipindahkan keatas
bahan akan dipotong
dengan
menggunakan alatan
memotong seperti
gergaji dan
sebagainnya
5. Memahat Dalam proses
penghasilan meja
kopi ini saya banyak
melakukan
penyambungan
dengan
menggunakan
tanggam dimana
pahat adalah alatan
yang sesuai
digunakan untuk
menyepih
6. Penyambungan Penyambungan
adalah proses untuk
menyambung
sambungan
Tanggam, paku,
serta gam adalah
sambungan yang
saya gunakan
7. Kemasan Kemasan adalah
langkah terakhir
dalam penyediaan
produk dimana pada
peringkat ini produk
akan mengalami
proses untuk
menaikkan lagi daya
tarikan pada produk
ini
Produk akan di
laskan seta disapu
dengan cat
8. Pengujian produk Pada peringkat ini
produk akan diuji dari
segala segi.
TANGGGAM YANG DIGUNAKAN
TANGGAM TEMU
Tanggam temu paling mudah dan senang untuk dibuat dan digunakan untuk
membina tetingkat, rak atau kotak.
Proses membina tanggam temu:
1. Ukur dan tandakan bahan kepada ukuran yang dikehendaki.
2. Gergaji bahan dengan gergaji putting.
3. uji kepersegian dan kerataan hujung bahan dengan sesiku L.
4. Sapukan glu di bahan, cantum, dan pakukan.
5. uji semula kepersegian tanggam temu dengan sesiku L.
TANGGAM LEKAP PALANG
Proses membina tanggam lekap palang:
1. ukur dan tandakan kedudukan kedua-dua parit yang akan dibina dengan
tepat.
2. uji ketepatan parit yang ditandakan.
3. potong dan pahat kayu, buang bahagian yang tidak dikehendaki untuk
membuat parit tanggam.
4. padankan kedua-dua parit tanggam dan sapukan glu padanya.
5. akhir sekali, pasang kedua-dua bahagian tangam.
BIBLIOGRAFI
Faridah Kasiman, Muhamad Ismail, (1997). Siri Projek Reka Cipta : Sains,
Bahan Kayu 1. Petaling Jaya : Penerbit Setiamas.
V Tharumalingam et al, (1997). Sukses Lengkap Terkini PMR : Kemahiran
Hidup Bersepadu. Petaling Jaya : Pustaka Delta Pelajaran Sdn.Bhd.
Faridah Kasiman, Muhamad Ismail, (1997). Siri Projek Reka Cipta : Bahan
Terbuang Bukan Semulajadi. Petaling Jaya : Penerbit Setiamas.
Faridah Kasiman, Muhamad Ismail, (1997). Siri Projek Reka Cipta : Sains,
Elektrik dan Magnet 2. Petaling Jaya : Penerbit Setiamas.
http://www.rekacipta.com.my
http://www.google.com.my
REFLEKSI
Bagi menyiapkan projek ini, saya telah membuat banyak penyelidikan dan
pemerhatian bagi menghasilkan sebuah reka cipta yang terbaik. Saya perlu
menghasilkan sebuah rak buku yang menarik dan baik.
Dalam proses menyiapkan projek ini, banyak ilmu serta kemahiran baru yang
telah saya perolehi. Untuk membuat rekaan sesebuah projek itu tidak mudah kerana
kita memerlukan idea yang segar serta kreativiti bagi menghasilkan lakaran yang
mempunyai ciri-ciri binaan yang tersendiri.
Saya juga mendapat kemahiran baru seperti kemahiran memotong kayu
dengan baik, memaku kayu serta mengendalikan mesin-mesin pemotong kayu yang
bersaiz besar dan sukar untuk dikawal. Kemahiran ini amat berguna untuk saya
sebagai guru Reka Bentuk dan Teknologi serta boleh digunakan untuk kerja
seharian saya dirumah jika memerlukan.
Saya juga mengalami banyak kesulitan ketika membuat projek ini. Antaranya
ialah kekurangan kayu kerana tersilap ukuran ketika memotong. Hal ini mengajar
saya supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan kerja seharian serta tidak
tergopoh-gapah dalam melakukan kerja.
Kesimpulannya, projek ini telah banyak memberi ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang baru dan tidak terhingga kepada saya. Setiap perkara yang telah
saya pelajari dan perolehi dalam menyiapkan projek ini penting dalam pengajian
saya sebagai seorang bakal guru dan segala imu yang saya telah perolehi ini akan
saya guna dan amalkan dalam kehidupan seharian saya.
Recommended