Assignment Buku Sumber Matematik

Preview:

DESCRIPTION

Assignment Buku Sumber Matematik oum jan 2013

Citation preview

HBMT 1203

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

BUKU KERJA MATEMATIK PRASEKOLAH

MASHITAH HANIM BINTI DAHALIM

750814085502001

750814085502

013-2627801

mashanim@ymail.com

Nama Tutor:

PUAN HASLINA BINTI JAAFAR

Pusat Pembelajaran:

BANGI LEARNING CENTRE

Semester:

SMP PPG JANUARI 2013

1

MASHITAH HANIM BINTI DAHALIM

750814085502

SMP PPG SEPTEMBER 2012

2

ISI KANDUNGAN HALAMAN

PENGENALAN 3

1.0 TOPIK 1 : TAMBAH 4

1.1 AKTIVITI 1 5

LEMBARAN KERJA 1 13

1.2 AKTIVITI 2 14

LEMBARAN KERJA 2 18

2.0 TOPIK 2 : WANG 20

2.1 AKTIVITI 1 21

LEMBARAN KERJA 1 25

2.2 AKTIVITI 2 27

LEMBARAN KERJA 2 33

3.0 TOPIK 3 : BENTUK 3D 34

3.1 AKTIVITI 1 35

LEMBARAN KERJA 1 40

3.2 AKTIVITI 2 41

LEMBARAN KERJA 2 44

3

Pengenalan

Buku kerja Matematik Pra Sekolah ini sesuai digunapakai oleh guru sebagai

panduan dalam mengajar kanak-kanak pra sekolah yang baharu peringkat

permulaan dalam mempelajari matematik. Kandungan buku ini memfokuskan

tentang 3 topik penting dalam pendidikan matematik pra sekolah iaitu topik

tambah, wang dan bentuk 3 dimensi. Kandungan isi pengajarannya lengkap dengan

langkah-langkah pengajaran yang yang disusun bersistematik agar guru dapat

menaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak pra

sekolah . Setiap topik diolah dengan gambar gambar, huruf dan gambarajah yang

sesuai dengan tahap perkembangan psikologi kanak-kanak pra agar dapat menarik

minat dan memberi keseronokan dalam belajar matemaik.

Ciri penting buku dalam siri ini adalah seperti berikut:

Ditulis dalam bahasa yang mudah, mudah untuk understant

Mengandungi pelbagai aktiviti untuk menjadikan pembelajaran

menyeronokkan

Digambarkan dengan gambar yang meriah, berwarna-warni untuk menarik

perhatian interestang anak muda

Jawapan lengkap diberikan kepada semua soalan sebagai panduan untuk

guru-guru dan ibu bapa

4

5

Kemahiran :

Menambah dua himpunan yang disatukan dan menyatakan hasil

tambah dengan membilang semua objek.

Objektif :

Di akhir pengajaran dan pembelajaran berupaya menambah dua

himpunan yang disatukan dan menyatakan hasil tambah dengan

membilang semua objek hingga 10.

Hasil Pembelajaran :

a) Murid dapat menyebut dan menulis ayat matematik .

b) Murid dapat menambah menggunakan dua kumpulan objek

secara melintang.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Slide Powerpoint

2. Kad Gambar

3. Lembaran Kerja

6

Langkah-langkah Pengajaran :

Aktiviti 1 : Menambah menggunakan susunan melintang.

a) Guru menayangkan slide powerpoint gambar dua kumpulan belon musim

panas dan minta murid mengira jumlah belon musim panas yang terdapat

dalam slide tersebut mengikut warna.

Guru membimbing murid mengira kumpulan belon musim panas berwarna

biru seperti gambar di bawah dengan klik pada slide. Paparan akan

disusun secara melintang dan paparan belon jenis tersebut sebanyak 3.

7

Guru seterusnya klik pada slide dan membimbing murid mengira

kumpulan belon musim panas yang seterusnya iaitu berwarna biru gelap

seperti gambar di bawah Paparan akan disusun secara melintang di sebelah

kanan pula seperti gambar di bawah . Paparan belon panas jenis tersebut

sebanyak 2.

Guru menjelaskan kapada murid, jika ingin mengetahui jumlah kesemua

belon panas tersebut kita boleh menggunakan operasi tambah ( + ) seperti

paparan slide / gambar di bawah. Di mana 3 + 2 = 5 .

8

b) Bagi memberi pemahaman yang jelas operasi penambahan menggunakan

baris, guru memaparkan slide belon panas tersebut dalam susunan

melintang seperti slide / gambar di bawah. Di sini guru memberi

penegasan penambahan 2 kumpulan adalah mengira kesemua objek yang

diberi.

c) Bagi memberi pengukuhan dan pemahaman yang jelas operasi

penambahan menggunakan kepada pelajar, guru akan memaparkan Slide

yang mengandungi objek ikan dan diminta membuat penambahan dalam

bentuk susunan melintang seperti di bawah. Di mana penambahannya

ialah 4 + 3 = 7 .

9

d) Seterusnya, murid diminta mengaplikasikan teknik penambahan ini secara

kumpulan. Guru mengagihkan pelajar kepada 5 kumpulan yang terdiri 6

orang pelajar.

Setiap kumpulan diberikan kad gambar dan diminta berbincang sebelum

dipanggil ke hadapan untuk melekat kad gambar di papan putih dan

membuat penambahan berdasarkan jumlah objek kad gambar yang telah

diberikan.

Berikut ialah contoh kad gambar yang telah diberikan kepada 5 kumpulan.

Kumpulan 1:

Kumpulan 2:

10

Kumpulan 3:

Kumpulan 4:

Kumpulan 5:

11

e) Semasa pembentangan kumpulan, guru membimbing pelajar untuk

melekat secara melintang dan membuat pengiraan .

f) Guru mengedarkan lembaran kerja untuk di buat oleh setiap pelajar bagi

melihat kefahaman pelajar dalam menambah dua himpunan yang

disatukan dan menyatakan hasil tambah dengan membilang semua objek

hingga 10.

Berikut ialah lembaran kerja yang diberikan kepada pelajar.

12

1) Kira dan tambah.

a)

b)

c)

13

Aktiviti 2 : Menambah Sehingga 10 dalam Bentuk Menegak.

Kemahiran :

Menambah dua himpunan yang disatukan dan menyatakan hasil

tambah dengan membilang semua objek.

Objektif :

Di akhir pengajaran dan pembelajaran berupaya menambah dua

himpunan yang disatukan dan menyatakan hasil tambah dengan

membilang semua objek hingga 10.

Hasil Pembelajaran :

a) Murid dapat menambah menggunakan jari

b) Murid dapat menambah menggunakan dua kumpulan objek

secara menegak.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Slide Powerpoint

2. Kad Gambar

3. Lembaran Kerja

14

Langkah-langkah Pengajaran :

Aktiviti 2 : Menambah Sehingga 10 dalam Bentuk Menegak.

a) Guru menayangkan slide powerpoint gambar dua kumpulan objek layang-

layang dan minta murid mengira jumlah layang-layang yang terdapat

dalam slide tersebut.

Guru akan meminta murid meneka nombor yang sepatutnya di tulis di

ruangan ayat matematik bagi mewakili kumpulan layang-layang yang

terdapat dalam slide tersebut.

Pelajar dibimbing oleh guru untuk menulis ayat matematik dalam bentuk

melintang bagi memenuhi kehendak kontekstual pelajar dengan pelajaran

sebelum ini.

15

Guru akan memaparkan slide seterusnya seperti di bawah bagi menyemak

jawapan dua kotak yang mewakili bilangan layang-layang tersebut untuk

dibandingkan dengan jawapan pelajar.

Guru seterusnya menjelaskan kepada pelajar bahawa penambahan ayat

matematik adalah lebih mudah di jalankan sekiranya ditulis dalam bentuk

menegak seperti slide di bawah.

16

Guru memberi penerangan kepada pelajar bagaimana menyusun dalam

bentuk menegak untuk memudahkan operasi penambahan dan mencari

jawapan bagi soalan tersebut. Di mana 3 + 3 = 6 .

b) Seterusnya guru memanggil seorang pelajar ke hadapan untuk melekatkan

kad gambar dalam susunan menegak . Murid lain melihat bagaimana

pelajar menyusun kad tersebut dan membuat kiraaan .

17

Guru meminta semua pelajar membuat kiraan bersama-sama bagi

membuat semakan jawapan pelajar tersebut. Di mana pelajar akan

menyebut lima tambah lima sama dengan sepuluh ( 5 + 5 = 10 ).

Guru memberi penjelasan bahawa menyusun objek dalam bentuk menegak

adalah lebih mudahdan cepat untuk membuat kiraan terutamnya nombor

yang lebih besar.

c) Guru mengedarkan lembaran kerja untuk di buat oleh setiap pelajar bagi

melihat kefahaman pelajar dalam menambah dua himpunan yang

disatukan dalam bentuk menegak. Semua soalan adalah merupakan hasil

tambah objek hingga 10.

Berikut ialah lembaran kerja yang diberikan kepada pelajar.

18

1) Kira dan tambah.

a)

b)

19

c)

d)

20

21

Kemahiran :

Mengenali dan menulis simbol bagi matawang Malaysia .

Objektif :

Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar berupaya mengenali

dan menulis nilai bagi matawang Malaysia

Hasil Pembelajaran :

a) Murid dapat menyebut dan menulis nilai dalam perkataan .

b) Murid dapat menjelaskan rupa bentuk duit syiling Malaysia.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Slide Powerpoint

2. Duit Syiling 5 Sen, 10 Sen, 20 Sen and 50 Sen

3. Pensil Warna

4. Gunting dan Gam

5. Lembaran Kerja

22

Langkah-langkah Pengajaran :

Aktiviti 1 : Corak Duit Syiling Malaysia.

a) Guru menggoyangkan bekas yang mengandungi duit syiling kemudian meminta

pelajar meneka apakah yang terdapat dalam bekas tersebut .

Guru seterusnya menuangkan duit syiling atas meja selpas pelajar berjaya

menekanya.

Guru mejelaskan duit syiling Malaysia mempunyai pelbagai saiz dan nilai. Guru

menunjukkan duit syiling 5 Sen, 10 Sen, 20 Sen and 50 Sen kepada pelajar sambil

menayangkan slide yang mengandungi jenis-jenis duit syiling Malaysia seperti di

bawah dan meminta pelajar menyebut bersama-sama nilai syiling tersebut.

23

b) Guru mengedar sehelai kertas A4 kepada setiap pelajar. Seterusnya guru meminta

pelajar mengeluarkan duit syiling dan pensil warna.

Guru meminta setiap pelajar melorekkan kertas di atas duit syiling dengan

menggunakan pensil membentuk rupa, bentuk, saiz duit syiling tersebut.

Guru seterusnya meminta beberapa pelajar untuk tampil ke hadapan dan

menunjukkan hasilan mereka sambil menceritakan ciri-ciri duit syiling tersebut.

Guru membantu mereka menyenaraikan ciri-ciri duit syiling Malaysia dari segi

rupa, saiz, bentuk dan warna.

c) Guru seterusnya meminta pelajar menggunting setiap satu nilai duit syiling

malaysia 5 Sen, 10 Sen, 20 Sen and 50 Sen dan melekatkannya pada jadual di

lembaran kerja yang di berikan.

Guru Membimbing pelajar untuk menggunting dan melekatkan corak duit syiling

tersebut pada kertas lembaran kerja. Guru menunjukkan contoh dengan

memaparkan slide yang mengandungi duit syiling yang dilekatkan pada jadual

seperti slide di bawah.

24

d) Guru berbincang dengan murid nilai simbol matawang syiling tersebut dan ditulis

dalam kotak jadual seperti di bawah. Guru menegaskan simbol Sen adalah untuk

matawang syiling Malaysia.

Guru seterusnya menunjukkan bagaimana menulis dalam perkataan seperti slide

di bawah dan meminta pelajar mengisi ruangan jadual pada lembaran kerja yang

diberikan.

Guru seterusnya mengedarkan lembaran kerja kepada pelajar untuk menilai tahap

kefahaman pelajar dalam mengenali simbol matawang / syiling Malaysia seperti

di bawah.

25

Topik : Wang

1) Tuliskan simbol bagi syiling di bawah.

26

Topik : Wang

2) Tuliskan dalam perkataan bagi simbol syiling di bawah.

27

Aktiviti 2 : Tambah dan tolak melibatkan Matawang Malaysia Sehingga

RM10.00

Kemahiran :

Menambah dan menolak wang sehingga RM10.00 .

Objektif :

Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar berupaya membuat

kiraan tambah dan tolak berdasarkan perbelanjaan harian.

Hasil Pembelajaran :

a) Murid dapat menulis bilangan syiling dan wang kertas yang

perlu bagi nilai suatu barangan .

b) Murid dapat membuat kiraan tambah dan tolak berdasarkan

simulasi urusniaga.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Slide Powerpoint

2. Duit Mainan Dalam Matawang Malaysia

3. Kad Belian

4. Lembaran Catatan Penjual dan Pembeli

5. Lembaran Kerja

28

Langkah-langkah Pengajaran :

a) Guru menayangkan nilai harga bagi suatu barangan dan meminta pelajar

menyatakan bilangan yang perlu ada bagi syiling dan wang kertas. Sebagai

contohnya guru memberikan contoh syiling

50 Sen x 4 Keping = RM2.00

Guru membimbing pelajar menyata bilangan syiling yang besamaan nila RM2.00.

Pelajar bebas memberikan sebarang gabungan asalkan bernilai RM2.00.

Contoh : 20 Sen x 10 Keping = RM2.00

29

b) Guru seterusnya mengarahkan murid secara berpasangan untuk menjalankan

simulasi urusniaga menggunakan wang mainan berdasarkan kad belian.

Guru memberi penerangan tugasan bagi pembeli dan juga penjual.

Penjual hendaklah mempamerkan kat gambar yang tercatat harga untuk dibuat

pilihan oleh pembeli.

Penjual mencatat setiap barang di beli dan mengira jumlah yang perlu di bayar

oleh pembeli.

Penjual seterusnya akan memberi baki kepada pembeli berdarsarkan jualan.

Pembeli pula akan diberikan matawang berbeza-beza yang bernilai RM10.00

untuk membuat belian.

Setiap belian hendaklah dicatat pada Kad belian.

Pembeli akan membuat kiraan atas beliannya dan membuat bayaran kepada

penjual dan menerima baki sekiranya ada.

Berikut ialah contoh kad gambar pilihan untuk dibeli oleh pembeli.

30

Berikut ialah contoh kad belian yang perlu di isi oleh pelajar . Di mana belian

tidak boleh melebihi RM10.00.

Guru membimbing pelajar mencatat pada kad lembaran yang diberikan.

c) Guru meminta beberapa pasangan untuk tampil dan membentangkan hasilan

simulasi urusniaga yang telah dijalankan tadi.

Guru memaparkan slide seprti di bawah dan mengisi butiran belian pelajar untuk

menunjukkan transaksi jual beli tersebut.

31

Seterusnya guru membimbing pelajar untuk membuat beberapa contoh kiraan

tolak berdasarkan jadual diberikan untuk mendapatkan jumlah baki seperti di

bawah.

d) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada pelajar untuk menilai tahap kefahaman

pelajar dan keupayaan membuat kiraan tambah dan tolak berdasarkan

perbelanjaan harian.

32

Topik : Wang

1) Padankan nilai barangan dengan matawang yang betul.

33

Topik : Wang

2) Kirakan baki .

34

35

Aktiviti 1: Mengenali dan Melabel Bentuk 3D

Kemahiran :

Mengenali dan melabel bentuk 3D .

Objektif :

Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat mengenal jenis

bentuk 3 Dimensi.

Hasil Pembelajaran :

a) Murid dapat menyusun bentuk mengikut blok dan lubang pada

permainan bentuk 3D.

b) Murid dapat melabel jenis bentuk 3 dimensi

Bahan Bantu Mengajar :

1. Set permainan bentuk 3D

2. Pensel

3. Pensel warna

4. Lembaran kerja

36

Langkah-Langkah Pengajaran:

a) Guru membahagian murid kepada kumpulan kecil iaitu 4 hingga 5 orang dlam

satu kumpulan.

Setiap kumpulan diberikan satu set permainan bentuk 3D dan pensel warna.

Murid dikehendaki memasukkan blok-blok 3D kedalam lubang-lubang bentuk

yang terdapat pada set permainan bentuk itu.

Guru membimbing murid agar mencuba dan terus mencuba agar blok-blok itu

dapat dimasukkan dalam lubang bentuk yang betul.

37

b) Guru seterunya memperkenalkan pelajar kepada jenis-jenis bentuk 3D dengan

memaparkan Slide seperti di bawah.

Pelajar diminta menunjukkan bentuk seperti yang dinyatakan oleh guru sambil

menyebut secara beramai-ramai.

c) Guru seterusnya memanggil pelajar untuk tampil kehadapan dan membuat

cabutan misteri bagi mengeluarkan bentuk 3D berupa gambar untuk di lekatkan

pada papan putih .

Guru akan meminta murid terlebih dahulu megambil kad gambar bentuk 3D dari

kotak kemudian melekatkannya pada papan putih.

38

Murid lain akan dipanggil untuk mengambil kad label untuk menamakan bentuk

3D yang telah di lekatkan oleh pelajar.

39

Guru membimbing pelajar melekat dan malabelkan bentuk-bentuk yang diambil

secra rawak oleh mereka.

d) Guru mengedarkan pelajar lembaran kerja bagi menilai kefahaman pelajar

terhadap mengenal dan melabelkan bentuk 3D.

Lembaran kerja adalah seperti di bawah.

40

Topik : Bentuk

1) Padankan bentuk 3D di bawah.

41

Aktiviti 2: Mengenali dan Melabel Bentuk 3D

Kemahiran :

Menyatakan ciri bentuk-bentuk 3Dimensi .

Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat mengenali

bentuk 3 dimensi dengan objek persekitaran.

Hasil Pembelajaran :

a) Murid dapat memadankan bentuk 3 dimensi dengan objek

persekitaran yang diberi.

Bahan Bantu Mengajar :

1. Kad gambar

2. Slid presentation

3. Lembaran kerja

4. Bongkah 3D

5. Lagu Bongkah

42

Langkah-langkah pengajaran:

a) Guru menayangkan slide perkaitan bentuk 3D dengan objek persekiran dan

meminta murid meneka bentuk apa yang terdapat pada objek tersebut.

Gambaran slide adalah seperti berikut :

b) Guru seterusnya melekatkan kad bentuk 3D dan meminta pelajar

melekatkan objek persekitaran yang sama bentuknya.

Guru seterusnya melekatkan kad bentuk 3 D dipapan putih dan meminta

murid mnyebut beberapa contoh objek persekitaran yang mempunyai

bentuk yang sama. Contohnya:

i) bentuk sfera - bumi, bola, guli dan sebagainya

ii) selinder - tin, tabung dan sebagainya

43

c) Seterusnya guru memperdengarkan lagu kanak-kanak yang bertemakan

bentuk.

Murid dibimbing menyanyikan lagu tersebut bersama iringan muzik.

Klik di sini untuk mendengarkan lagu di atas.

44

Topik : Bentuk

1. Bulatkan objek yang sama bentuk dengan bentuk 3D yang diberikan.

Recommended