Allahyarham Tunku Abdul Rahman

Preview:

DESCRIPTION

esei

Citation preview

ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN:

BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA (1957-1970)

ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJmerupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Allahyarham dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu (31 Ogos 1957) dan Bapa Kemerdekaan Malaysia (16 September 1963). 

Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj diputerakan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah. Ayahanda Allahyarham ialah Almarhum Sultan Abdul Halim Syah

dan bondanya bernama Cik Manjalara.

AllahyarhamTunku Abdul Rahman dibantu oleh rakan-rakan dalam UMNO seperti Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail untuk menggembleng tenaga orang Melayu dan kaum-kaum lain di negara ini dalam usaha menuntut kemerdekaan. Pada 8 Februari 1956, perjanjian ditandatangani oleh semua pihak yang terlibat bagi merangka Perlembagaan  Malaya dan  seterusnya pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu oleh Allayarham Tunku pada 31 Ogos 1957. Kepulangan Allahyarham bersama Rombongan Merdeka yang lain dari London telah disambut

meriah dalam satu peristiwa bersejarah di Bandar Hilir Melaka.

Allahyarham Tunku Abdul Rahman muncul sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama (1957-1970). Falsafah hidup Allahyarham Tunku ialah, " Jika ada masalah jangan dibawa ke tempat tidur". Allahyarham meninggal dunia pada 6 Disember 1990.

ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSIN:

BAPA PEMBANGUNAN (1970-1976)

ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAKyang lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia meninggal dunia pada 14 Januari 1976. Negarawan yang cukup berjasa ini dilahirkan di Paya Keladi, Pekan, Pahang pada 11 Mac 1922. Allahyarham Tun Razak semasa kecilnya menjalani kehidupan yang susah.  Tun Razak mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jambu Langgar. Setiap hari, Allahyarham berjalan kaki

sejauh enam batu ulang alik ke sekolah tanpa bersepatu.

Allahyarham menggantikan bapanya sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar yang baru dalam usia 27 tahun. Pada tahun yang sama, iaitu 1950 Allahyarham menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Pada tahun itu jugalah bermula khidmatnya dalam Malay Civil Service (MCS).

Allahyarham begitu terkenal sebagao Bapa Pembangunan. Daripada fikiran Allahyarham lahirlah Rancangan Pembangunan Luar Bandar dan Buku Merah (1960) yang mengandungi rancangan kerajaan bagi berbagai-bagai projek pembangunan di setiap daerah dan negeri.

Allahyarham Tun Razaklah yang mempelopori pentadbiran secara Bilik Gerakan, pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1970), Dasar Pelajaran Razak (1956), Buku Hijau (1974) dan berbagai-bagai dasar lagi untuk membangunkan kehidupan rakyat negara ini.

ALLAHYARHAM TUN HUSSEIN BIN ONN:

BAPA PERPADUAN(1976-1981)

ALLAHYARHAM TUN HUSSEIN ONN,putera sulung Datuk Onn Jaafar adalah bekas Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Perdana Menteri Malaysia ketiga ini dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari 1922. Allahyarham mendapat pendidikan sehingga Senior Cambridge di English College, Johor Bahru.

Allahyarham Tun Hussein mengasaskan penubuhan Pemuda  UMNO sebagai sayap kepada UMNO. Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO yang pertama dalam usia 28 tahun.

Berikutan dengan kematian Allahyarham Tun Dr. Ismail, Allahyarham Hussein Onn yang ketika itu bergelar Datuk dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973 dan juga memegang jawatan Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Dibawah pimpinan Allahyarham Tun Hussein, Malaysia terus maju baik dari segi ekonomi mahupun sosial. Dua peristiwa penting pada zamannya ialah pelancaran Rancangan Malaysia Keenpat pada bulan April, 1981 dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada 20 April 1981.

Allahyarham pernah kata, " Saya tidak penting, apa yang penting ialah apa yang saya lakukan." Ini benar-benar dilaksanakan dengan pengunduran Allahyarham sebagai Perdana Menteri Malaysia Ketiga (1976-1981) atas sebab-sebab kesihatan. Allahyarham Tun Hussein Onn pulang ke rahmatullah pada 29 Mei 1990.

TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

BAPA PEMODENAN(1981-2003)

TUN DR.MAHATHIR MOHAMAD dilantik menjadi Perdana Menteri keempat pada 16 Julai 1981. Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Alor Star,Kedah. Tun Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal dan menengah di bandar kelahirannya itu. Pada tahun 1974, beliau melanjutkan pengajian di Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura. Selepas menamatkan pengajiannya, beliau menyertai perkhidmatan awam Malaysia sebagai Pegawai Perubatan.

Pada tahun 1957, beliau meninggalkan perkhidmatan awam untuk membuka klinik persendirian di Alor Star.Tun Dr.Mahathir mula aktif dalam arena politik pada tahun 1945. Beliau menjadi ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO sejak ditubuhkan pada tahun 1964. Selepas memenangi pilihanraya umum pada tahun 1964, Tun Dr. Mahathir dilantik menjadi Ajli Parlimen.

Pada tahun 1974, Tun Dr. Mahathir bertanding dalam pilihanraya umum dan beliau memenanginya. Seterusnya beliau  telah dilantik menjadi Menteri Pelajaran. Dua tahun kemudian, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana

Menteri selain terus menjalankan peranan dan tugasnya sebagai Menteri Pelajaran.

Tun Dr. Mahathir  berkahwin dengan seorang doktor,iaitu Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Mereka dikurniai dengan tujuh cahaya mata, iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Antara jasa Tun Dr.Mahathir semasa memegang tampuk pemerintahan ialah memperkenalkan Dasar Pndang Timur, iaitu mencontohi etika kerja negara sebelah timur, terutamanya Jepun dalam tahun 1981. Beliau juga menyeragamkan waktu anatara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Di bawah kepimpinna beliau juga banyak projek berprestij telah dijalankan seperti projek kereta nasional, Proton Saga, pembangunan Menara Berkembar Petronas, pembinan Pusat Pentadbiran Putrajaya dan lain-lain.

Tun Dr. Mahathir bersara pada 31 Oktober 2003 setelah berkhidmat sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

TUN ABDULLAH BIN AHMAD BADAWI 

BAPA PEMBANGUNAN INSAN (2003-2009)

TUN ABDULLAH BIN AHMAD BADAWI,dilantik menjadi Perdana Menteri  Malaysia yang kelima pada 31 Oktober 2003.Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939

di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Beliau kemudiannya   meneruskan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah  Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1974.

Setelah tamat pengajian,Tun Abdullah menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Tun Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Beliau mula bergerak aktif dalam arena politik setelah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan beliau berjaya

mengekalkan kerusi parlimen tersebut sehingga kini.

Tun Abdullah pernah memegang jawatan-jawatan penting dalam beberapa kementerian. Beliau dilantiksebagai Setiusaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan(1978-1980), Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-1981), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-1984), Menteri Pelajaran (1984-1986) dan Menteri Pertahanan (1986-1987). Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik sebagai Menteri Luar sehingga Januari 1999. Seterusnya, Tun Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri  pada Januari 1999, sebelum

dilantik jadi Perdana Menteri . Selain itu,TUn Abdullah juga ialah Menteri Keewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Tun Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurnia dua orang cahayamata serta empat cucu. Pada tahun 2007, beliau telah berkahwin dengan Jeanne Abdullah.

DATO' SERI MOHD NAJIB BIN TUN HJ. ABD RAZAK

(2009 hingga sekarang)

DATO' SRI NAJIB TUN HJ ABD RAZAK, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-6 dihadapan Yang di-Pertua Agong pada 3 April 2009.

Beliau merupakan anak sulung Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abd. Razak yang

dilahirkan pada23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau telah mendapat pendidikan di St. John's Institution, Kuala Lumpur dan Malvern Boy's College, Worcestershire, England dan menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Ekonomi Perindustrian daripada Nottingham University.

Selepas tamat penagajian pada tahun 1974, beliau menyertai  PETRONAS sebagai eksekutif. Namun, kematian bapanya ketika beliau berusia 22 tahun menyebabkan  beliau beralih arah ke bidang politik. Pada tahun 1976, beliau terpilih untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Pekan, menjadikan

beliau ahli parlimen yang paling muda dalam sejarah Malaysia.

Bermula dengan jawatan Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada tahun 1978-1980, Dato' Sri Mohd Najib kemudiannya menjawat pelbagai jawatan di pelbagai kementerian.Beliau merupakan Timbalan Menteri Pelajaran pada tahun 1980-1981 dan Timbalan Menteri Kewangan pada tahun 1981-1982. Pada tahun 1982, iaitu ketika berusia 29 tahun, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Pahang sehinggalah 1986.

Pada tahun 1986-1987, beliau dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1990-1995 dan sekali lagi pada tahun 1999-2008. Pada tahun 1995-1999,Dato' Sri Mohd Najib dilantik sebagai Menteri Pelajaran.Beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2004. Dato' Sri Mohd Najib. Beliau telah berkahwin dengan Datin Sri Rosmah Mansor dan mempunyai lima orang anak.

Sememangnya semua tokoh-tokoh di atas telah memberi banyak sumbangan yang tidak terhingga dalam mewujudkan sebuah Negara Malaysia sehinggalah nama Malaysia terkenal di mata dunia hingga ke hari ini.

Recommended