14
1 SKRIP PENGACARAAN MAJLIS SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN ROYALTI DAN ANUGERAH BUKU UNISZA 2013 10.00 PAGI 31 OKTOBER 2013 TH HOTEL & CONVENTION CENTRE, KUALA TERENGGANU ANJURAN PENERBIT UniSZA Tentatif Program Majlis Penyampaian Royalti Dan Anugerah Buku 2013 9.30 pagi Ketibaan Jemputan dan Ketua-ketua PTj 9.45 pagi Ketibaan Naib Canselor 10.00 pagi Lagu Negaraku Bacaan Doa Ucapan Aluan Pengarah Penerbit UniSZA Ucapan Perasmian Naib Canselor UniSZA Penyampaian Royalti Penyampaian Anugerah Buku Lagu UniSZA Sesi Bergambar Jamuan Bersurai

teks pengacaraan majlis

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks pengacara majlis

Citation preview

1

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS SEMPENA

MAJLIS PENYAMPAIAN ROYALTI DAN ANUGERAH BUKU UNISZA 2013

10.00 PAGI

31 OKTOBER 2013

TH HOTEL & CONVENTION CENTRE, KUALA TERENGGANU

ANJURAN

PENERBIT UniSZA

Tentatif Program

Majlis Penyampaian Royalti Dan Anugerah Buku 2013

9.30 pagi Ketibaan Jemputan dan Ketua-ketua PTj

9.45 pagi Ketibaan Naib Canselor

10.00 pagi Lagu Negaraku

Bacaan Doa

Ucapan Aluan Pengarah Penerbit UniSZA

Ucapan Perasmian Naib Canselor UniSZA

Penyampaian Royalti

Penyampaian Anugerah Buku

Lagu UniSZA

Sesi Bergambar

Jamuan Bersurai

2

1) PRA PENGUMUMAN TINDAKAN

MASA 9:55 am

(5 Minit Sebelum Pengumuman Ketibaan)

MOHON PERHATIAN! MOHON PERHATIAN! Assalamu’alaykom WRT WBT; Para hadirin yang di hormati sekalian, Majlis mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan untuk mengambil tempat duduk masing-masing. Bagi memastikan kelangsungan majlis pada pagi ini, Majlis memohon kerjasama para hadirin sekalian. PERTAMA, mohon tuan-tuan dan puan-puan pastikan telefon bimbit berada dalam mod senyap atau dimatikan. Dan KEDUA, tuan-tuan dan puan-puan dimohon terus berdiri untuk lagu Negaraku yang akan dialunkan sejurus selepas ketibaan Yang berbahagia Naib Canselor. Majlis akan bermula sebentar lagi. Terima Kasih.

3

2) PENGUMUMAN KETIBAAN TINDAKAN

MASA 10:00

am

Diumumkan ketibaan

YANG BERBAHAGIA

PROF. DR. YAHAYA IBRAHIM,

NAIB CANSELOR,

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

… Dan diiringi oleh … YANG BERUSAHA …

PROF. MADYA DR. KAMARUL SHUKRI MAT TEH, …

Pengarah, Penerbit UniSZA

Dan pegawai-pegawai pengurusan tertinggi UniSZA.

PARA HADIRIN DI MOHON BERDIRI.

***** LAGU NEGARAKU *****

3) PEMBUKA BICARA TINDAKAN

BISMILLAHIRAHMIAANIRRAHIIM,

ASSALAAMU ‘ALAYKOM WRT WBT.

ROBBISROH LI SODRI, WAYYASSIRLI AMRI,

WAH LUL ‘UKDATAN MIN LISAANI YAFQOHU QAULI.

4

4) PENGHARGAAN PROTOKOL TINDAKAN

MASA 10:05

am

Yang Berbahagia Profesor Dr. Yahaya Ibrahim

Naib Canselor

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Nik Wan Omar

Timbalan Naib Canselor, HEPA, UniSZA

Yang Berusaha Prof. Dr. Kamaruddin Mohd Said

Penolong Naib Canselor, UniSZA

Yang Berusaha Encik Nordin Jusoh

Pendaftar UniSZA

Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri Mat Teh

Pengarah, Penerbit UniSZA

Yang Berusaha Ketua-Ketua PTj, UniSZA

Para penulis yang di raikan, Wakil-wakil fakulti Dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang di hormati sekalian.

5

5) KATA ALUAN TINDAKAN

MASA Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara;

Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara.

Jejaran mengkudu berbias kesuma, Di celah angsana di Bandaraya; Ucapan Aluan pembuka bicara,

Di dewan indah kita bersua. Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan

yang dihormati sekalian ke Dewan Zamrud, TH HOTEL &

CONVENTION CENTRE, KUALA TERENGGANU.

Alhamdulillah, Bersyukur kita ke Hadrat Allah SWT, Kerana

dengan Berkat Limpah Kurnia-Nya yang amat Banyak, Dapat kita

berkumpul pada pagi yang berbahagia ini di MAJLIS

PENYAMPAIAN ROYALTI DAN ANUGERAH BUKU

UNISZA 2013.

6

6) PENGENALAN TINDAKAN

MASA

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN;

Majlis Penyampaian Royalti dan Anugerah Buku 2013 ini

merupakan julung-julung kali ia diadakan dan akan menjadi

majlis dwi tahunan yang bakal mengisi kalendar aktiviti

tahunan UniSZA.

Dengan berlangsungnya majlis pagi ini, objektif utama akan

tercapai dan semua bayaran royalti tertunggak dapat di

sampaikan kepada para penulis dengan harapan agar ia

menjadi insentif kepada para akademik untuk mula atau terus

menulis buku dan diterbitkan.

7) BACAAN DO’A TINDAKAN

MASA Hadirin Hadirat yang di hormati sekalian; Bagi memakmurkan lagi majlis pagi ini, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Shahrizal Nasir untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan; ********

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz

atas bacaan doa sebentar tadi.

7

8) UCAPAN ALUAN PENGARAH PENERBIT UNISZA TINDAKAN

MASA Dayung sampan dulu-duluan,

Singgah berlabuh di Tanjung Jati; Ucapan sebagai alu-aluan,

Mari tuan sama-sama amati.

Majlis di teruskan dengan Ucapan Aluan oleh Pengarah,

Penerbit UniSZA. Untuk itu, majlis mempersilakan

Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri Mat Teh

untuk menyampaikan kata Aluan, Dipersilakan.

*****

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang

Berusaha Pengarah, Penerbit UniSZA atas ucapan aluan beliau

sebentar tadi.

8

9) UCAPAN PERASMIAN NAIB CANSELOR UNISZA TINDAKAN

MASA HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN;

Daun semulur di pekan Sari, Batang jerami rebah ke bumi;

Madah dihulur hajat beri, Mohon tuan sampaikan Kata Perasmi.

MAJLIS dengan sukacitanya MEMPERSILAKAN Yang Berbahagia Profesor Dr. Yahya Ibrahim, Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN. ****** Majlis merakamkan UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH

KEPADA YANG BERBAHAGIA NAIB CANSELOR UNISZA

ATAS UCAPAN ALUAN BELIAU TADI.

Antara inti pati ucapan Yang Berbahagia Professor Naib Canselor

yang dapat saya dikutip tadi ialah seruan agar warga akademik

UniSZA menggunakan peluang dan ruang yang disediakan oleh

pihak universiti untuk tingkatkan kemahiran dalam menghasilkan

penerbitan ilmiah kerana ia memberi faedah kepada perkembangan

kerjaya dan juga memberikan impak positif kepada UniSZA.

9

10) PENYAMPAIAN ROYALTI TINDAKAN

MASA Para Hadirin Yang Di Hormati Sekalian; Acara di teruskan dengan penyampaian Royalti. Untuk makluman para hadirin, sebanyak 13 judul buku layak untuk menerima royalti terkumpul sejak 2006 sehingga akhir bulan September 2013. Tiga buah buku diberi anugerah khas iaitu Anugerah Royalti Tertinggi. Anugerah tersebut diberikan kepada buku yang berjaya mendapat kutipan jumlah Royalti tertinggi. Untuk menyempurnakan acara ini, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Prof Dr Yahaya Ibrahim, Naib Canselor UniSZA dengan diiringi oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr Kamarul Shukri Mat Teh, Pengarah Penerbit UniSZA, untuk menyampaikan Royalti dan Anugerah kepada para penerima. ******** Dengan itu majlis mempersilakan para penulis buku atau wakil yang akan menerima royalti buku untuk tampil ke depan.

******* LIST NAMA ******* 1. 2. 3.

10

11) PENYAMPAIAN ANUGERAH BUKU TINDAKAN

MASA Penerima seterusnya adalah merupakan penerima anugerah khas iaitu Anugerah Royalti Tertinggi 2013. Untuk makluman para hadirin, selain royalti, penerima Anugerah Royalti Tertinggi juga menerima hadiah iringan yang berupa sijil dan plak. ***** Tempat KETIGA Anugerah Royalti Tertinggi 2013 di anugerahkan kepada buku berjudul Dan penulis-penulisnya ialah ……………………………...…..… Dipersilakan penulis-penulisnya untuk tampil ke depan untuk menerima anugerah. ***** Seterusnya; Tempat KEDUA Anugerah Royalti Tertinggi 2013 di anugerahkan kepada buku yang berjudul ……………………… Dan penulis nya ialah ……….………………………………..…… Dipersilakan penulisnya untuk tampil ke depan untuk menerima anugerah. ***** Dan; Tempat PERTAMA Anugerah Royalti Tertinggi 2013 di anugerahkan kepada buku berjudul ……………… Dan penulis-penulisnya ialah ………………………… Dipersilakan penulis-penulisnya untuk tampil ke depan untuk menerima anugerah. ****** MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN SEKALONG TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA ROYALTI BUKU DAN PEMENANG-PEMENANG ANUGERAH ROYALTI TERTINGGI 2013. MAJLIS JUGA MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERBAHAGIA PROF. DR. YAHAYA IBRAHIM, NAIB CANSELOR UniSZA ATAS PENYEMPURNAAN PENYAMPAIAN ROYALTI DAN ANUGERAH BUKU UniSZA 2013 TADI.

11

12) PENYAMPAIAN CENDERAHATI

MASA

PARA HADIRIN YANG SEKALIAN;

Majlis seterusnya ialah acara penyampaian cenderahati;

Demikianlah adat kehidupan,

Orang berbudi kita berbahasa.

Tidak mungkin terbalas budi,

Walau emas sebungkus diberi.

Cuma harapan di dalam dada,

Tanda mata sudi di terima,

Tanda ingatan Moga kekal selama.

MAJLIS menjemput Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri Mat Teh, Pengarah Penerbit UniSZA, selaku penganjur Majlis Penyampaian Royalti dan Anugerah Buku UniSZA 2013 untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Prof. Dr Yahaya Ibrahim, Naib Canselor UniSZA. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Y. Berbahagia Prof. Dr. Yahaya Ibrahim untuk menerima cenderahati. Dipersilakan… *********** Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri atas kesudian beliau menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Prof. Naib Canselor sebentar tadi. DAN MAJLIS SEKALI LAGI MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERBAHAGIA PROF. DR. YAHAYA IBRAHIM ATAS UCAPAN PERASMIAN SERTA PENYAMPAIAN ROYALTI DAN ANUGERAH BUKU UNISZA 2013.

12

13) PESANAN PENAJA TINDAKAN

MASA PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN;

SEBELUM MAJLIS PAGI INI BERAKHIR, DI SINI ADA DUA

PENGUMUMAN DARI PIHAK PENGANJUR;

PERTAMA;

MOHON SEMUA PARA HADIRIN UNTUK HADIR KE sesi

bergambar YANG AKAN DI ADAKAN SEBAIK TAMAT

MAJLIS PADA PAGI INI. UNTUK MAKLUMAN, SESI

BERGAMBAR INI AKAN DIADAKAN DI ………………….

KEDUA;

PARA HADIRIN DIJEMPUT KE MAJLIS MAKAN TENGAH

HARI YANG DISEDIAKAN DI DEWAN LAGENDA

13

14) PENUTUP TINDAKAN

MASA Majlis kita sudah sampai ke pengakhirannya;

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan tahniah kepada

Penerima Royalti dan Anugerah Buku UniSZA 2013 serta

ucapan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran para

hadirin.

Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. DARI SAYA, PENGACARA MAJLIS PADA PAGI INI MAHANI MOHAMAD NAMA DIBERI PENSYARAH BAHASA INGGERIS TUGAS HAKIKI Selesai sudah tugas diberi,

Di lain masa bersua lagi.

****************************************************

PARA HADIRIN DI MOHON BERDIRI UNTUK MENYANYIKAN

LAGU UniSZA.

****************************************************

WASSALAMU’ALAYKOM WRT WBT.

14