Teks Ucapan Hari Orientasi Tahun 1 2016

Embed Size (px)

DESCRIPTION

CAKAP2 AJE

Citation preview

Teks Ucapan Pengacara MajlisMajlis Orientasi Pelajar Tahun 1 & Pra Sekolah Sesi 2016

Mayang berliut berisi padat,Tidak bercabang lembut empulur,Resamnya timur menjunjung adat,Bila bertandang salam dihulur.

Assalamualaikum wr. Brkt. dan Selamat sejahteraYang Berusaha Pn hjh Azizah bt Abdul Aziz, Guru Besar SK Permatang Pauh, Yang dihormati guru-guru Penolong Kanan SKPP Pn. Che Maizun bt. Che Ros Penolong Kanan Akademik, Pn. Nor askiah bt Mohd Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Annisliza bt Abd Aziz Penolong Kanan Ko-kurikulum, warga pendidik SKPP, serta yang dikasihi para ibu bapa sekalian.

Terima kasih diucapkan kepada para tetamu, guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar yang telah hadir untuk meraikan Majlis Orientasi Tahun 1 2016. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan ke hadrat Illahi kerana hari ini kita masih diberi kesihatan yang baik. Maka dengan itu, kita dapat hadir ke Majlis Orientasi TAhun 1 dan Pra sekolah ini untuk berkenalan dan bermesra dengan pihak pentadbiran sekolah serta budaya di sekolah ini.

2.0 Bacaan Doa

Hadirin yang dihormati bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Md Azahari bin Saad. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.(Bacaan doa)Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

3.0 ucapan Guru Besar Tanpa melengah-lengahkan masa lagi, majlis mempersilakan Puan Guru Besar, Pn hjh. azizah bt Abd Aziz untuk memberikan ucapan.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Pesanan Pengetua)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn hjh azizah bt Abd Aziz atas pesanan yang disampaikan tadi.

4.0 Taklimat Penolong Kanan 1Seterusnya, majlis menjemput, Pn. Che Maizun bt. Che Ros selaku Penolong Kanan Akademik untuk menyampaikan taklimat berkaitan dengan program akademik. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.(Taklimat Akademik)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas taklimat sebentar tadi.

4.0 Taklimat Penolong Kanan HemSeterusnya, majlis menjemput, Pn. Pn Nor Askiah bt Mohd Yusof selaku Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan taklimat berkaitan murid-murid sepanjang berada di sekolah. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.(Taklimat Akademik)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas taklimat sebentar tadi.

5.0 Taklimat Bimbingan dan KaunselingTidak lengkap majlis tanpa taklimat drpd guru bimbingan sekolah. Maka dengan itu, sy menjemput Pn Nor Ashida selaku Guru bimbingan SKPP yang baru menggantikan En. Ibrahim b. Mansur untuk memberikan taklimat. Dipersilakan.

(Taklimat b&K)Terima kasih diatas taklimat itu tadi.

6.0 Taklimat LinusSekarang tibalah masa untuk taklimat daripada Unit LINUS Sekolah kebangsaan Permatang PAuh. Dengan segala hormatnya dijemput Pn. Zanariah bt Zakaria untuk memberikan taklimat. Dipersilakan.

Taklimat LINUSTerima kasih PN. Zanariah di atas taklimat itu tadi. Diharapkan ibubapa juga dapat bantu mengajar murid membaca ketika dirumah supaya kita dapat mencapai murid sifar LINUS.

7.0 Taklimat Penyelaras PBSMajlis diteruskan lagi dengan menjemput, Cik Shaliza bt Shaidan selaku Guru Penyelaras PBS untuk memberi penerangan berkaitan system PBS yang dijalankan di sekolah ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.(Taklimat PBS)Terima kasih diucapkan kepada Cik Shaliza di atas penerangan yang cukup jelas dan padat. Semoga para ibu bapa lebih jelas dalam perkara PBS ini.

Dengan berakhirnya kalam daripada penyelaras PBS itu tadi, maka sampai di sini sahaja majlis kita pada hari ini

8.0 Penutup majlis Akhir kalam, pihak sekolah juga ingin merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada para ibu bapa yang memberi komitmen yang tinggi terhadap pelajaran anak-anak. Sesungguhnya komitmen tuan puan adalah inspirasi kami...dengan itu,tamatlah majlis kita pada pagi ini. Semoga hubungan pihak sekolah dan ibu bapa akan terus erat...sekian..wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.