7
TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH Tarikh : 23 April 2014 Masa : 10.30 pagi Tempat : Dewan Seri Setia, SK Kota Setia PERKARA/ PEMBACA BUTIRAN CATATAN Ketibaan Tetamu Hariff Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi. Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt. Muhali dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat. Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis PERPISAHAN DAN Lambaian Kasih” sempena perpisahan Pn Hajah Latifah bt mohd yusof , pengetua SMK Dharma. Ucapan Ketua pk1 Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian Majlis menjemput Pn Chan Meng Pheng, Penolong Kanan Tadbir dan kurikulum untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Ucapan YDP Terima kasih diucapkan kepada Yang

Teks Pengerusi Majlis Sanjungan Budi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks

Citation preview

Page 1: Teks Pengerusi Majlis Sanjungan Budi

TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIHTarikh                    : 23 April 2014Masa                     : 10.30 pagiTempat                                : Dewan Seri Setia, SK Kota Setia

PERKARA/ PEMBACA

BUTIRAN CATATAN

Ketibaan Tetamu

Hariff

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt. Muhali dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceriaHari yang berbahagia penuh bermaknaKami bawakan kepada anda Majlis PERPISAHAN DAN Lambaian Kasih” sempena perpisahan Pn Hajah Latifah bt mohd yusof , pengetua SMK Dharma.

Ucapan Ketua pk1

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis menjemput Pn Chan Meng Pheng, Penolong Kanan Tadbir dan kurikulum untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan YDP MGB&PPD

Hariff

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterus menjemput dan mempersilakan En. Abdul Razak b. Hj Adam, YDP MGB Perak Tengah bagi menyampaikan ucapan, dengan segala hormat dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Razak b. Hj. Adam atas ucapan sebentar tadi.

Majlis seterusnya  menjemput dan mempersilakan kepada    Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b.

Page 2: Teks Pengerusi Majlis Sanjungan Budi

Haron Noh RashidPenolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Persembahan Multimedia

Jue

Terima kasih diucapkan kepada  Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupanBegitulah rentetan perjalanan

Walau sukar untuk ditelanTapi kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok.

Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai En. Abdul Karim b. Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt. Muhali untuk naik bersemayam di atas singgahsana. Dipersilakan.

*** Persembahan multimediaUcapanYang DiraiGBHariff

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok . Terima kasih kepada team unit ict SKKS dan individu yang menjayakan persebahan tersebut.Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Hadirin yang dihormati,Majlis seterusnya adalah upacara menepung tawar.Untuk itu, Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid, Penolong PPD Perak Tengah dan Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, YDP PIBG dengan diiringi oleh Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran  naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara tersebut.Dipersilakan.

Terima kasih Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid dan Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor yang sudi menyempurnakan upacara tersebut.

Hadirin yang dimuliakan,Seperti yang kita sedia maklum bahawa esok adalah hari ulang tahun kelahiran Tuan Guru Besar.Untuk itu, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk beliau.

Page 3: Teks Pengerusi Majlis Sanjungan Budi

Sebelum itu, terlebih dahulu  majlis menjemput Tuan Guru Besar dengan diringi oleh isteri tampil ketengah pentas untuk memotong pulut kuning sebagai simbolik menyambut ulang tahun kelahiran  dan persaraan. Dipersilakan.

Hadirin yang dimuliakan,Sama-sama kita nyanyikan lagu selamat hari jadi buat cikgu Karim.Selamat hari jadi, selamat hari jadi cikgu Karim, selamat hari jadi…

Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Karim b. Munok yang sudi menyempurnakan majlis. Terima kasih kepada semua hadirin.

Seterusnya,Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri turun dari singgahsana mengambil tempat di hadapan dewan. Dipersilakan.

PersembahanKhas Gurindam Jiwa

Jue

Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok. Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan mempersilakan.

***………Ucapan GB

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan khas daripada murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang berjudul “Gurindam Jiwa”. Dipersilakan.

**** persembahan

Semoga kita terhibur dengan persembahan khas Gurindam Jiwa  yang cukup istimewa sebentar tadi. Terima kasih diucapkan.Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Ida Rohayu bt. Hussin.

Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Page 4: Teks Pengerusi Majlis Sanjungan Budi

Watikah

HariffInilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai

di pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah Persaraan yang akan disampaikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah kepada En. Abdul Karim b. Munok.

Untuk itu, majlis mempersilakan  Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah naik ke pentas utamauntuk menyempunakan penyampaian watikah tersebut. Dipersilakan.

Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok untuk menerima watikah daripada Penolong PPD. Dipersilakan.

Seterusnya Majlis mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok menyampaikan cenderamata kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh RashidPenolong Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid dan Yang Dirai En. Abdul Karim b. Munok

Penyampaian Hadiah & cenderamata

Jue

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu En. Abdul Karim b. Munok.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Kota Setia mengiringi Yang Diraikan  En. Abdul Karim b. Munok untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Rujuk senarai hadiah……

Penutup

Hariff

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian

Page 5: Teks Pengerusi Majlis Sanjungan Budi

Yang Berusaha  Cik Norsalmi bt. Shaari mengiringi Yang Diraikan  En. Abdul Karim b. Munok sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncakYang ruas dah sampai ke bukuYang kitab sudah berkhatamYang terniat sudah terkabul

Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.Untuk cikgu Karim……….

Guru umpama bintang cemerlangWalau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,Tiada terkalam kasih dijunjung,Jasa baktimu tetap dikenang,Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Penutup

Jue

Majlis  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali

Majlis menjemput Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri serta semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk menjamu selera di khemah utama bersebelahan dengan kantin sekolah.

Page 6: Teks Pengerusi Majlis Sanjungan Budi

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh