4
SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2015 11.45 Murid berkumpul 12.00 Ketibaan guru 12.05 (1)ALUAN PENGERUSI Bismillahirrahmanirrahim · Yang berusaha Pn. Faizah binti Kahar, Guru Besar SK Polis Kem · Yang Berusaha, Pn Zanariah binti Md Jidin, Penolong Kanan Pentadbiran, · Yang Dihormati Pn Zaliah binti Marjuki, Penolong kanan Hal Ehwal Murid, · Yang Dihormati Encik Azmi bin Wahid, Penolong Kanan Kokurikulum, · Yang Dihormati Puan Hjh Norizan binti _____, Penolong Kanan Petang. Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan- rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Bersongkok bersampin segak berseri Berbaju kurung anggun jelita Majlis ramah mesra aidil fitri Bersamalah kita meraikannya Kuih bahulu tradisi kita Ketupat rendang pembuka selera Tangan dihulur maaf dipinta Agar ukhwah terjalin mesra 12.05 (2) Ucapan alu-aluan Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa.

Teks Pengerusi Majlis Jamuan Raya

Embed Size (px)

DESCRIPTION

untuk siapa yang jadi MC

Citation preview

Page 1: Teks Pengerusi Majlis Jamuan Raya

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2015

11.45 Murid berkumpul12.00 Ketibaan guru

12.05 (1)ALUAN PENGERUSIBismillahirrahmanirrahim

· Yang berusaha Pn. Faizah binti Kahar, Guru Besar SK Polis Kem

· Yang Berusaha, Pn Zanariah binti Md Jidin, Penolong Kanan Pentadbiran,

· Yang Dihormati Pn Zaliah binti Marjuki, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,

· Yang Dihormati Encik Azmi bin Wahid, Penolong Kanan Kokurikulum,

· Yang Dihormati Puan Hjh Norizan binti _____, Penolong Kanan Petang.

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Bersongkok bersampin segak berseriBerbaju kurung anggun jelitaMajlis ramah mesra aidil fitriBersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kitaKetupat rendang pembuka seleraTangan dihulur maaf dipintaAgar ukhwah terjalin mesra

12.05 (2) Ucapan alu-aluanAlhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Diam tak diam, tanpa kita sedari, hari ini merupakan hari yang 20 kita meraikan sambutan aidilfitri bersamaan dengan 20 Syawal tahun 1436 H. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan ______ yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2015.

Bagi memeriahkan majlis sambutan hari raya pada kali ini, pihak sekolah telah mengadakan beberapa aktiviti yang menarik untuk semua. Yang pertama adalah pertandingan menghias meja yang disertai oleh badan unit beruniform SK Polis Kem. Kedua, Kuiz Hari Raya. Terdapat 5 soalan akan diberikan pada akhir majlis nanti. Diharap semua murid memberi sepenuh perhatian kerana soalan-soalan yang akan diberikan berkaitan dengan perjalanan majlis kita pada hari ini. Dan aktiviti ketiga disusuli dengan selawat dan marhaban.

Page 2: Teks Pengerusi Majlis Jamuan Raya

12.10 (3) DOAHadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Mohamad Al Rayyan bin Mohamad bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.…terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis yang berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung. In Shaa Allah.

12.15 (4)UCAPAN Guru BesarHadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanyaNasi arab pilihan kitaMari mendengar bingkisan bicaraPuan Guru Besar bermadah kata

Dengan itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, Pn Faizah binti Kahar, Guru Besar SK Polis Kem untuk menyampaikan sepatah dua kata.Majlis mempersilakan.

Terima kasih kepada Pn Faizah binti Kahar, Guru Besar SK Polis Kem di atas ucapannya sebentar tadi.

12.20 (5) Selawat dan Marhaban

Ketupat dimasak terlalu awalBerdiri molek adik berserbanMajlis syukur menyambut SyawalBerseri diiring Selawat dan Marhaban

Bagi meneruskan majlis, dijemput Ust Mohamad Lokman bin Abu Hasan untuk memimpin bacaan selawat dan marhaban. Hadirin diminta berdiri.

Terima kasih di atas bacaan selawat dan marhaban sebentar tadi.

12.40 (6) Jamuan makan

Ketupat lemang dan laksaMi kuah bihun sup tidak dilupaKek dan biskut tersedia di mejaTunggu apa lagi jom kita jamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan.

Page 3: Teks Pengerusi Majlis Jamuan Raya

1.05 (7) Bersurai/ Agihan makanan

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

*waktu penyampaian hadiah*lima soalan kuiz – 1. Hari ini hari ke berapa Syawal

2. sebutkan dua aktiviti yang dijalankan pada majlis hari ini 3. sebutkan tiga unit beruniform yang turut serta dalam pertandingan menghias meja. 4. 5.