102

- myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

  • Upload
    others

  • View
    5

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya
Page 2: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

1 http://www.utusan.com.my

ARKIB : 01/04/2014

Keunikan Sungai Petani Inn Oleh OPAT RATTANACHOT [email protected]

Pintu masuk ke Hotel Sungai Petani Inn, Kedah, sedia menanti kedatangan pengunjung baik dari dalam mahupun luar negara.

SUNGAI PETANI 31 Mac- Adakalanya kita berasa �bimbang� dalam mencari tempat penginapan apabila merancang untuk bercuti atau mengunjungi ke sesuatu destinasi.

Namun, masalah tersebut sebenarnya tidak berlaku apabila berkunjung ke bandar Sungai Petani.

Ini kerana banyak pilihan yang boleh dibuat sama ada hotel bajet, bertaraf dua, tiga atau empat bintang, kesemuanya ada ditawar di bandar itu.

Antara hotel yang menawarkan penginapan selesa adalah Sungai Petani Inn. Terletak di Jalan Kolam Air iaitu berdekatan pusat bandar, hotel tersebut sememangnya cukup sinonim dengan Sungai Petani kerana merupakan antara penginapan terawal yang ditawarkan di situ.

Hotel bertaraf tiga bintang itu dilengkapi 114 bilik meliputi 48 bilik superior, 58 deluxe, tujuh suit junior dan satu suite royal menawarkan penginapan selesa untuk semua kategori pelanggan sama ada yang datang untuk tujuan perniagaan, bercuti mahupun singgah untuk melepaskan penat.

Pengurus Besar Kedah Resort Sdn. Bhd. (Kedah Resort), Ibrahim Ishak berkata, hotel tersebut yang dimiliki penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) sebelum ini dikenali sebagai Amanpura Hotel.

Page 3: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

2 http://www.utusan.com.my

Bagaimanapun katanya, premis itu diberi nafas baharu setelah nama hotel ditukar kepada Sungai Petani Inn pada 26 Disember tahun lalu atas persetujuan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir

"Hotel ini sekarang berimej baharu dan perubahan demi perubahan giat dilakukan bersesuaian dengan peredaran masa. Sejak perubahan dilakukan, kita menerima sambutan hebat daripada pengunjung terutama dari luar seperti Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain serta dari Aceh, Indonesia kerana ia menawarkan kadar penginapan berpatutan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Ibrahim berkata, kadar sewa di hotel itu dianggap menarik bersesuaian dengan perkhidmatan setaraf lima bintang yang ditawarkan iaitu serendah RM176 sebilik berserta dengan sarapan pagi.

Tambahnya, selain itu para pengunjung boleh menikmati pelbagai sajian tempatan istimewa di Aroma Coffee House di situ.

"Istimewanya, pelanggan dari luar boleh menikmati pelbagai juadah makanan mengikut cita rasa utara,�� katanya.

Ibrahim berkata, hotel tersebut juga menawarkan kemudahan bilik mesyuarat, bilik seminar dan sebuah dewan yang boleh memuatkan kapasiti 700 orang untuk pelbagai aktiviti.

"Dewan ini mempunyai kemudahan surau, alat pandang dengar (projektor) dan sistem alat siaraya. Buat masa kini, kita mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada pasangan yang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya.

Beliau memberitahu, Hotel Sungai Petani Inn turut mempunyai kakitangan yang pakar dalam bidang pengurusan acara bagi menguruskan majlis perkahwinan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Ketua Unit Pelancongan PKNK berkata, pihaknya kini giat menjalankan usaha mempromosi pelbagai produk pelancongan di tanah besar negeri Kedah.

"Sebelum ini, banyak tumpuan diberikan terhadap Langkawi. Namun, sekarang usaha sedang dilakukan bagi mempromosi kawasan pelancongan menarik seperti di Sungai Petani dan Kulim,�� katanya.

Beliau berkata, kawasan ini sendiri mempunyai banyak tarikan seperti Hutan Paya Bakau Semeling, kawasan penemuan Tamadun Kedah Tua di Lembah Bujang dan aktiviti menyusuri Sungai Merbok.

Katanya, beberapa pengusaha pelancongan tempatan, hotel dan juga Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) sendiri memberikan kerjasama yang baik untuk program tersebut.

Page 4: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

3 http://www.utusan.com.my

ARKIB : 17/03/2014

Bersihkan Pantai Cenang Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK [email protected]

SEBAHAGIAN daripada mahasiswa antarabangsa UniKL yang terlibat dalam program membersih kawasan Pantai Cenang, Langkawi, Kedah, baru-baru ini.

Usaha untuk menjaga kebersihan alam sekitar tidak hanya terletak di bahu penguat kuasa semata-mata, akan tetapi tanggungjawab itu perlu digalas bersama oleh masyarakat setempat selain dibantu oleh syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menyedari hakikat itu, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Environment Idaman Sdn. Bhd. bergabung tenaga melaksanakan tanggungjawab kepada alam sekitar dengan mengadakan program membersih kawasan Pantai Cenang, Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Inisiatif tersebut dilaksanakan bagi tujuan pemuliharaan pantai selain menggalakkan aktiviti pembersihan bagi menyebarkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.

Program anjuran Unit Khidmat Pelajar Antarangsa UniKL yang julung-julung kali diadakan itu melibatkan 30 peserta.

Program ini juga bermatlamat memupuk sikap mencintai alam sekitar dalam memastikan sumber semulajadi di kawasan pantai dikekalkan.

Selain itu, program yang berbentuk eksplorasi itu juga bertujuan memberi peluang kepada setiap mahasiswa antarabangsa UniKL mengenali tempat yang menarik di seluruh negara.

Page 5: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

4 http://www.utusan.com.my

Melalui program ini juga, mahasiswa antarabangsa UniKL dari seluruh negara berpeluang mengetahui keistimewaan budaya, masyarakat dan makanan tempatan.

ARKIB : 14/03/2014

Replika rumah untuk hiasan Oleh Siti Aishah Yusoff Gambar Faizal Baharuddin

Abdul Samad Mohd. Zahari menunjukkan replika rumahrumah tradisional yang dihasilkannya.

SENI hiasan berbentuk replika rumah yang dihasilkan mengunakan tangan sangat unik dan menarik.

Rekaan ini kebiasaannya berdasarkan kepelbagaian jenis rumah di Malaysia seperti rumah Minangkabau, rumah Kedah, rumah Perak, rumah Melaka dan sebagainya.

Semuanya dihasilkan menggunakan bahan-bahan semula jadi yang diperoleh dengan mudah seperti batang pokok buluh, kayu getah, kayu meranti dan sebagainya.

Penggunaan batang pokok bukan sahaja menjadikan setiap rekaan replika rumah lebih unik dan menarik, malah seni ukiran tersebut nampak kreatif dan lebih tarikan keseniannya.

Pengusaha seni kraf tangan, ASMM Hand Craft Enterprise, Abdul Samad Mohd. Zahari berkata, keunikan produk hiasan kraf tangan yang dihasilkan dalam bentuk replika rumah antara produk yang sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada penggemar hiasan kraf.

Page 6: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

5 http://www.utusan.com.my

�Replika rumah yang dihasilkan ini berdasarkan kepelbagaian jenis rumah yang terdapat di Malaysia. Rumah-rumah di setiap negeri mempunyai keunikan tersendiri dari segi bentuk dan fungsinya.

"Sebagai contoh, rumah Minangkabau terkenal dengan identiti bumbung tinggi berbentuk melengkung dan dinding yang berukir.

�Setiap inci reka bentuk dan ruang dalam replika rumah tersebut direka dengan teliti dan terperinci supaya bentuk yang dihasilkan seperti rumah sebenar.

"Untuk menghasilkan replika rumah ini juga beberapa aspek penting perlu diberi perhatian seperti pemilihan jenis kayu yang sesuai. Kayu yang mempunyai kualiti baik menentukan tahap kekukuhan rumah tersebut," katanya.

Tambah Abdul Samad, rumah replika tersebut yang dihasilkan dengan tangan sesuai dipamerkan untuk hiasan dalaman dan luaran kediaman.

�Bentuk dan saiznya yang kecil juga memudahkan disimpan dan dipindahkan ke tempat dalam ruang kediaman.

�Replika rumah ini juga boleh dijadikan barangan hiasan di atas meja sudut dan almari ruang tamu,� jelasnya.

Menurut Abdul Samad, selain menghasilkan produk kraf replika rumah, dia bersama isterinya, turut menyediakan dan menerima tempahan keris dan arca, barangan hiasan dalaman, tabung duit, rantai kunci daripada kayu dan model mainan kayu.

Page 7: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

6 http://www.utusan.com.my

ARKIB : 30/01/2014

Peluang penduduk tambah pendapatan melalui pasar hari

NORSABRINA Mohd. Noor (tiga dari kiri) sambil diperhatikan oleh Sefiah Md. Isa (kanan) melepaskan belon sempena pembukaan Pasar Hari di Dataran Bandar Baharu, Kedah, baru-baru ini

BANDAR BAHARU 29 Jan. - Setelah lama menanti, akhirnya orang ramai berpeluang menikmati pelbagai kemudahan membeli barangan keperluan dapur dengan mudah, termasuk produk industri kecil dan sederhana (IKS) dengan perasmian pasar hari di Dataran Bandar Baharu dekat ini baru-baru ini.

Sambutan pasar hari kelolaan Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) itu dalam kalangan pengunjung pada hari pertama begitu menggalakkan dengan kehadiran penduduk dari tiga penjuru iaitu, Parit Buntar, Perak, Nibong Tebal, Pulau Pinang dan termasuk penduduk setempat.

Apa yang lebih menarik pasar hari yang beroperasi setiap Ahad itu turut memberi peluang kepada penduduk memasarkan produk mereka terutama dalam kalangan usahawan IKS.

Ketika berucap merasmikan pasar hari itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Norsabrina Mohd. Noor berkata, inilah cara terbaik untuk meningkatkan pendapatan penduduk.

"Kawasan ini boleh maju ke arah menarik ramai pembeli jika ia diuruskan dengan baik dan produk- produk yang dijual itu perlu lebih murah serta berkualiti.

Page 8: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

7 http://www.utusan.com.my

"Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga boleh memainkan peranan untuk menarik anak buah untuk tampil berniaga di kawasan itu," katanya.

Yang DiPertua Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB), Datin Sefiah Md. Isa berkata, sebanyak 48 petak ruang niaga dibuka bagi membolehkan peniaga menjual berbagai barangan masing- masing.

"Terpulanglah kepada orang ramai untuk membeli sama ada pakaian, ikan basah, sayur-sayuran, kuih- muih dan lain-lain yang dijual di situ," katanya.

Seorang peniaga, Hamidah Mat, 55, dari Kampung Permatang Simpor berkata, langkah MDBB membuka pasar hari di tempat ini setiap hari Ahad, amat dialu-alukan.

"Sebelum ada pasar hari di sini, saya berniaga di pekan Parit Buntar dan saya yakin bilangan peniaga baru bertambah tidak lama lagi," katanya yang menjual tuala dan kain selimut.

Seorang penjual ais kerim, Aziz Tajuddin, 66, dari Kampung Sungai Kecil Hilir berkata, sebelum ini dia menjual ais krim dengan menaiki motosikal dari kampung ke kampung.

"Bila ada pasar hari, saya ambil peluang berniaga di sini dengan harapan dapat RM30 hingga RM40 sehari," katanya.

Penjual rojak, Zalini Jamaludin, 36, dari Sungai Bakap berkata, beliau tidak menyangka pasar hari itu mendapat sambutan ramai.

Page 9: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

8 http://www.utusan.com.my

ARKIB : 02/01/2014

Berjalan atas pokok

Aliran jeram yang mendamaikan di Sungai Sedim, Kulim.

CUTI persekolahan mungkin sudah berakhir, tetapi pengalaman sepanjang percutian baru-baru ini boleh tentunya dikongsi antara satu sama lain dan seterusnya mungkin boleh dijadikan panduan bagi mereka yang ingin merancang percutian pada masa hadapan.

Destinasi percutian pula berbeza-beza. Ada yang memilih untuk ke tempat-tempat menarik di negara jiran sebagi destinasi untuk membawa keluarga.

Tetapi, dalam negara juga mempunyai pelbagai lokasi menarik yang ada antaranya kita tidak sedari. Setiap negeri di Malaysia mempunyai puluhan tarikan pelancongan untuk dikunjungi yang setiap satu menawarkan pengalaman yang berbeza.

Page 10: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

9 http://www.utusan.com.my

Sungai Sedim juga menjadi lokasi untuk aktiviti sukan lasak.

Ada pula yang cukup unik yang langsung tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawa destinasi atau percutian seperti itu wujud di negara ini.

Ada antaranya kelihatan sederhana, tetapi mempunyai keistimewaan dan keunikan sendiri yang hanya dapat dirasai apabila telah menjejakkan kaki ke sana.

Bagi mereka yang sering berkunjung ke negeri Kedah, destinasi pelancongan yang kerap terlintas di kepala tentunya Pulau Langkawi.

Yang suka membeli-belah pula, sudah tentu berminat ke Bukit Kayu Hitam dan dalam perjalanan pulang mahu singgah di Pekan Rabu, Alor Star untuk membeli barangan tradisional yang jarang boleh didapati di tempat lain.

Tetapi jangan lupa, daerah Kulim yang lebih dikenali sebagai kawasan perindustrian sebenarnya turut memiliki tarikan pelancongannya tersendiri.

Mungkin tidak sehebat destinasi-destinasi lain, tetapi pastinya ia mempunyai kelainan yang mampu memberi kepuasan tersendiri.

Page 11: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

10 http://www.utusan.com.my

Jambatan atas pokok sepanjang hampir satu kilometer yang mendekatkan lagi

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa tempat menarik yang ada di Kulim? Hutan Lipur Sungai Sedim yang berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas adalah antara yang boleh dikunjungi untuk merehatkan minda sambil �bermesra� dengan alam semujadi.

Ini merupakan kawasan hutan tanah pamah yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan semujadi yang ditengah-tengahnya mengalir Sungai Sedim yang menyediakan pelbagai aktiviti air menarik.

Pemandangan dari atas pokok yang memukau.

Ada lapan anak sungai mengalir sepanjang Sungai Sedim yang sejauh 15 kilometer beserta dengan jeram yang menjadi lokasi sukan lasak seperti berkayak dan berakit di arus deras.

Kerana tarikan itu Sungai Sedim dan anak-anak sungai sekitarnya seperti Sungai Reyau, Sungai Merbok, Sungai tebuan, Sungai Karangan, Sungai Terona, Sungai Bekui, Sungai

Page 12: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

11 http://www.utusan.com.my

Bikan dan Sungai Buloh pernah menjadi lokasi pertandingan kayak arus deras peringkat antarabangsa.

Tetapi aktiviti yang paling menarik dan boleh disertai oleh semua orang ialah �berjalan� atas pokok atau �canopy walk�. Dikenali sebagai Tree Top Walk, ia terletak di kaki Gunung Inas dan setinggi 50 meter dari aras bumi.

Mula dibina pada 2004 dan siap pada 2005 dengan jarak hampir satu kilometer untuk membolehkan pengunjung menikmati dan menghayati kaindahan hutan.

PINTU masuk ke Tree Top Walk di Sungai Sedim, Kulim.

Di anggap sebagai yang terpanjang di dunia, berjalan di atas Tree Top Walk ini membolehkan pengunjung melihat dan merasai sendiri pemandangan hutan dari atas pokok.

Malah, ia menjadikan pengunjung lebih dekat dengan flora dan fauna yang terdapat dalam hutan simpan itu dan jika bernasib baik anda akan berselisih dengan penghuninya yang pelbagai itu.

Binaannya pula kemas dan selamat kerana sepanjang jambatan atas pokok itu ada penghadang yang cukup tinggi di kiri dan kanan untuk keselamatan pengunjung.

Oleh itu, bagi mereka yang ada keluarga boleh membawa bersama anak-anak termasuk yang masih bayi. Ini kerana boleh bawa bersama kereta sorong bayi di atas Tree Top Walk ini.

Kalau rasa penat berjalan, maklumlah jaraknya satu kilometer, boleh berehat seketika di check point yang telah disediakan.

Page 13: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

12 http://www.utusan.com.my

Yang pasti, berjalan dari pokok ke pokok ini sememang satu pengalaman yang berbeza. Itu adalah pengalaman yang ditawarkan kepada mereka yang berkunjung ke Hutan Rekreasi Sungai Sedim.

ARKIB : 13/08/2013

Kedah sasar 500,000 lawat muzium Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH [email protected]

Aminuddin Omar

ALOR SETAR 12 Ogos - Lembaga Muzium Negeri Kedah menyasarkan jumlah pengunjung yang melawat enam muzium di negeri ini meningkat sehingga 500,000 orang sepanjang tahun ini.

Page 14: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

13 http://www.utusan.com.my

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan serta Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Aminuddin Omar berkata, sasaran itu menyaksikan peningkatan kira-kira 200,000 pengunjung berbanding lebih 300,000 orang pada tahun lalu.

Katanya, pelbagai program menarik sepanjang tahun ini dirancang di muzium-muzium negeri untuk menarik kehadiran lebih ramai pengunjung bagi mencapai sasaran berkenaan.

"Kita juga menganjurkan Festival Muzium Kedah pada November ini yang dijadual berlangsung selama seminggu. Promosi secara besar-besaran akan diadakan bagi menarik seramai mungkin pengunjung," katanya di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Aminuddin yang juga Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Kedah berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan Pusat untuk membaik pulih dan menambah baik Muzium Padi, Balai Seni Negeri serta Muzium Negeri di sini melibatkan kos lebih RM3 juta.

Katanya, Muzium Padi berusia 10 tahun di Gunung Keriang memerlukan penambahbaikan termasuk dari segi landskap dalaman kerana sudah agak usang selain membaik pulih kerosakan pada lukisan dinding yang retak.

Menurutnya lagi, Balai Seni Negeri pula mengalami kerosakan pada bahagian bumbung menyebabkan kebocoran pada siling dan bangunan itu perlu dicat semula bagi menjadikannya bertambah menarik.

"Landskap hadapan Balai Seni Negeri pula perlu ditambah baik selain kerosakan sebuah bilik di dalam bangunan itu yang perlu diperbaiki," katanya.

Kata beliau, kerja-kerja membaik pulih dan penambahbaikan ketiga-tiga muzium berkenaan diharap dapat memberi kemudahan serta keselesaan kepada pengunjung.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jitra berkata, usaha berkenaan akan dilaksanakan selepas pihaknya menerima peruntukan daripada kerajaan Pusat.

"Tempat yang berlaku kerosakan dan perlu ditambah baik sudah dikenal pasti manakala kertas cadangan juga telah dikemukakan kepada kementerian terlibat. Cuma kita sedang menunggu peruntukan untuk dilaksanakan secepat mungkin," katanya.

Page 15: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

14 http://www.utusan.com.my

ARKIB : 10/08/2013

Menjejak warisan Alor Setar MELANCONG ke sesebuah negeri tidak akan bermakna sekiranya tidak menjejakkan kaki di tempat-tempat menarik di negeri tersebut.

Ia memberi makna sebenar kepada saya apabila dapat mengenali warisan budaya serta masyarakat setempat dengan lebih dekat seperti percutian ke Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

Saya mengambil keputusan untuk bercuti bersendirian selama tiga hari kerana baru sahaja menamatkan latihan industri di salah sebuah syarikat korporat di ibu negara.

Perjalanan bermula dengan menaiki tren Senandung Langkawi pada pukul 10.15 malam, 18 Julai 2013 dari KL Sentral menuju ke Alor Setar.

Tambang kelas ekonomi adalah serendah RM44 untuk perjalanan pergi dan balik.

Selepas mengharungi perjalanan selama 11 jam, saya tiba di Alor Setar keesokan harinya pada pukul 9.15 pagi.

Tugas pertama saya sebaik tiba adalah mencari tempat penginapan. Selepas puas mencari, saya memilih sebuah hotel empat bintang tidak jauh dari stesen keretapi tersebut.

Setelah berehat hampir dua jam, saya memulakan perjalanan menjejaki tempat-tempat menarik di sekitar ibu negeri Kedah. Saya membuat keputusan untuk berjalan kerana ingin melihat sendiri pemandangan negeri ini dengan lebih dekat.

Tempat pertama dituju adalah Masjid Zahir yang terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar.

Rupa bentuknya mengambil ilham daripada Masjid Azizi di Langkat, Sumatera Utara yang dibina pada tahun 1912.

Tiba waktu Zohor, saya mengambil peluang bersembahyang di masjid indah serta bersejarah ini. Selepas itu, saya menuju ke Balai Nobat yang terletak di hadapan Masjid Zahir.

Apa yang menarik hati saya tentang menara ini adalah ia dibina pada tahun 1854. Menara itu menjadi lokasi untuk memainkan alat-alat muzik diraja Kedah seperti nafiri dan gong.

Seterusnya, saya mengunjungi Menara Jam Besar. Menara ini mempunyai tarikannya tersendiri kerana ia akan berdering apabila tiba waktu solat yang mendorong pemukulan nobat di Balai Nobat.

Tanpa melengahkan masa, saya terus berjalan ke Menara Alor Setar yang terletak di Lebuh Raya Darul Aman. Menara telekomunikasi ini merupakan yang ke-22 tertinggi di dunia dan yang kedua tertinggi di Malaysia serta menjadi mercu tanda negeri Kedah.

Page 16: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

15 http://www.utusan.com.my

Dengan bayaran masuk serendah RM6, saya dapat menikmati pemandangan matahari terbenam yang begitu indah dari atas menara tersebut.

Serentak itu, saya turut mengambil kesempatan untuk menikmati juadah Ramadan di Warisan Makcik Sofiah yang merupakan restoran berputar di menara yang mendapat jolokan KL Tower Alor Setar.

Seharian berjalan, saya pulang ke hotel pada pukul 10 malam dan merehatkan diri untuk perjalanan keesokannya.

Tepat pukul 10 pagi pada hari Sabtu, saya mendaftar keluar dari hotel menuju ke Galeri Sultan Abdul Halim serta Istana Kuning yang hanya terletak satu kilometer dari hotel. Galeri ini menempatkan sebahagian barangan dan koleksi peribadi Sultan Kedah untuk tatapan orang ramai.

Seterusnya, saya singgah ke Pekan Rabu untuk melihat kemeriahan di pasar berkenaan. Pekan Rabu dimulakan oleh Tunku Yaakob pada 1920 di tepi Sungai Kedah berdekatan dengan Tanjong Chali. Asalnya, ia beroperasi pada hari Rabu sahaja. Tetapi pada 1932, pekan ini telah dipindahkan ke tapak hari ini dan beroperasi setiap hari selepas Perang Dunia Kedua.

Pasar dua tingkat itu menjual pelbagai barang harian seperti perhiasan lelaki dan wanita, peralatan dapur, kuih-muih moden serta tradisional, pakaian kebangsaan, kain, kraftangan dan sebagainya.

Pada pukul 6 petang, saya berjalan menuju ke stesen keretapi Alor Setar untuk pulang ke Kuala Lumpur. Saya menaiki tren pada pukul 8 malam selepas berbuka dengan juadah yang dibeli dan tiba di KL Sentral pada hari Ahad, pukul 7 pagi.

Walaupun tidak berkesempatan melawat rumah kelahiran Tun Mahathir, Gunung Jerai serta Gunung Keriang yang jauh lebih popular di Alor Setar, saya tetap berasa gembira kerana dapat melawat banyak tempat-tempat menarik di negeri ini.

Saya juga berazam untuk mengunjungi sekali lagi negeri ini dan pergi ke tempat-tempat menarik yang masih belum dituju bersama keluarga kelak. - SYAMIMI HAZIRAH MOHD. SAADOM

Page 17: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

16 http://www.utusan.com.my

ARKIB : 23/07/2013

Taman rekreasi perlu dibaik pulih

SEORANG lelaki melalui jambatan yang rosak dan terbiar di Pusat Rekreasi Pantai Kamloon, Kepala Batas, Pulau Pinang, kelmarin.

KEPALA BATAS 22 Julai - Melihat ketenangan dan keindahan air tasik di Pantai Kamloon di sini, orang ramai pasti tertarik mahu mengunjungi taman rekreasi itu.

Namun hajat itu mungkin terpaksa dilupakan ekoran beberapa kemudahan asasnya termasuk jambatan mengalami kerosakan dan terbiar begitu sahaja.

Sepatutnya perkara itu tidak dibiarkan begitu kerana kawasan berkenaan merupakan satu-satunya kawasan yang strategik dan menjadi tempat untuk dikunjungi.

Pusat tersebut yang terletak bersempadan dengan negeri Kedah mempunyai potensi dimajukan jika kemudahan asasnya tidak dipandang remeh oleh semua pihak.

Apatah lagi, pusat rekreasi itu boleh menjadi daya tarikan pengunjung kerana keindahan tasiknya yang boleh dilihat dari Lebuhraya Utara Selatan.

Untuk masuk ke taman rekreasi berkenaan, pengunjung boleh melalui terowong di bawah lebuh raya dan di pintu masuk taman itu terdapat pondok pengawal.

Bagaimanapun, jalan masuk ke tempat itu mengalami kerosakan dan berlubang yang perlu dibaik pulih segera bagi memudahkan kenderaan memasukinya, sekali gus menjadikannya tempat rekreasi yang menarik.

Tinjauan mendapati beberapa kemudahan asas seperti lantai jambatan kelihatan terbiar dan tidak dipulihkan apabila kayu jambatan itu sebahagiannya telah reput.

Page 18: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

17 http://www.utusan.com.my

Pokok bunga dalam pasu yang diletakkan di kiri kanan jambatan kayu itu juga ada yang mengalami kerosakan.

Taman yang mempunyai tasik di situ juga menjadi tempat kaki pancing untuk melepaskan gian memancing.

Terdapat banyak ikan di situ seperti ikan toman yang menjadi perhatian pemancing.

Seorang penduduk, Khamis Bakar, 50, berkata, kawasan rekreasi itu perlu dibaik pulih bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Menurutnya, ini kerana kawasan itu boleh dimajukan lagi sebagai kawasan tarikan pelancong terutama di Kepala Batas.

"Saya mendapati kawasan itu amat menarik kerana suasana yang tenang apabila berada di situ," katanya ketika diyemui di sini hari ini.

Seorang pengunjung Safiah Abd. Halim, 25, berkata, beberapa kemudahan asas yang ada di situ perlu dinaik taraf bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.

"Saya beberapa kali berkunjung ke sini dan tempat ini selesa untuk dijadikan kawasan berehat sekeluarga," katanya.

Page 19: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

18 http://www.utusan.com.my

ARKIB : 05/08/2011

3 inap desa terbaik di Kedah Oleh SAHBULAH DARWI [email protected]

Sharifah Hashim di hadapan homestay miliknya yang bersih, cantik dikelilingi landskap menarik. � utusan/Halim Khalid

ALOR SETAR 4 Ogos � Homestay atau inap desa kini menjadi produk pelancongan yang kian popular dan di Kedah, permintaan pelancong domestik atau antarabangsa untuk mengunjungi inap desa semakin meningkat.

Dari segi definisinya, inap desa bererti rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada para pelancong.

Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel atau calet di sesetengah tempat khususnya di pedalaman atau luar bandar yang mempunyai tarikan pelancongan.

Ia juga menjadi sumber pendapatan baru kepada penduduk kampung tradisional yang mengusahakannya.

Menerusi kaedah ini, para pelancong boleh tinggal di rumah kampung bersama keluarga angkat bagi membolehkan mereka mengetahui adat budaya dan kesenian masyarakat tempatan selain menerokai keunikan, keindahan dan suasana alam sekitar di kampung itu.

Di Kedah, rumah-rumah yang dijadikan inap desa berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan kerana terdapat permintaan tinggi dari kalangan pelancong.

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa terdapat sebahagiannya terutama di Alor Setar dan Sungai Petani tidak memenuhi kriteria inap desa kerana hanya menyediakan penginapan tanpa sebarang produk pelancongan.

Page 20: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

19 http://www.utusan.com.my

Maka ia lebih kepada rumah sewa penginapan atau sewa harian semata-mata yang dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Inap desa sebenarnya ialah rumah-rumah di sesuatu perkampungan produk pelancongan menarik yang perlu dilesenkan di bawah Kementerian Pelancongan dan ia amat membantu industri pelancongan negara berkembang.

Di Kedah, terdapat tiga perkampungan tradisional yang popular sebagai inap desa iaitu Homestay Desa Keda, Ulu Legong; Homestay Kampung Jeruju, Jerlun dan Homestay Wang Tok Rendong, Langkawi.

Peluang penulis berkunjung ke ketika-tiga inap desa ini mendapati, kesemua rumah yang menjalankan operasi amat indah, bersih, selesa dan menarik. Selain itu, perkampungan tersebut mempunyai pelbagai tarikan pelancongan.

Di Ulu Legong, Pengerusinya, Mohd. Khir Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Pak Long berkata, keunikan Ulu Legong ialah ia menjadi tumpuan orang ramai untuk mandi-manda di kolam air panas.

Selain itu, katanya, pengunjung berpeluang merasai nasi lemang yang enak dan unik sambil menikmati keindahan flora dan fauna kawasan itu yang dikelilingi oleh bukit-bukau.

Pak Long berkata, pengunjung berpeluang mendaki Gunung Baling, mandi di air terjun Lata Gading dan Sungai Angkat serta meninjau dari dekat penghasilan produk kampung seperti kopi kampung, rempeyek, barangan kraf tangan, bunga hiasan, tikar, pembuatan golok, pisau dan urutan tradisional.

��Selain itu, pengunjung juga berpeluang merasai produk kawasan itu seperti tongkat ali, madu tualang, telur ayam kampung, selain meninjau projek pertanian seperti tanaman pisang, ternakan udang galah dan dusun buah-buahan.

��Suasana kampung yang damai dan permai dengan kemesraan penduduk pastinya menambat hati para pelancong untuk berkunjung semula ke Ulu Legong biarpun kedudukannya agak terpencil iaitu 19 kilometer dari pekan Baling.

�Sehingga kini hampir 80 peratus penduduk telah mengikuti kursus penyediaan dan perkhidmatan inap desa oleh Kementerian Pelancongan dengan 26 daripada mereka sudah pun mendaftar sebagai pengusaha inap desa,� katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beristirehat di tepi sawah padi yang subur menghijau.

Page 21: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

20 http://www.utusan.com.my

Sementara itu, Homestay Kampung Jeruju, Jerlun juga tidak kurang hebatnya kerana benar-benar berjaya menyajikan kehidupan kampung sebenar kepada para pelancong berikutan kedudukannya yang terletak di pinggir sawah dan muara sungai.

Pengerusi homestay itu, Rosli Ahmad berkata, pelancong amat tertarik dengan keistimewaan kawasan itu terutama untuk melihat dengan lebih dekat perusahaan belacan, kuih tradisional, meninjau aktiviti penanaman padi, sayur, melawat dusun buah, ternakan lembu, kambing, ayam kampung, udang dan ikan dalam sangkar.

Kampung itu yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Alor Setar atau mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai, mempunyai kira-kira 317 penduduk dan 75 buah rumah dengan 20 daripadanya berdaftar sebagai inap desa.

Seorang pengusaha, Sharifah Hashim, 56, berkata, kegiatan inap desa dapat memberi pendapatan tambahan kepada dia dan suaminya yang bekerja sebagai nelayan.

�Saya dan suami memang gemar menghias rumah dan halaman pada waktu lapang dan sebab itu banyak dekorasi di dalam dan luar rumah menampilkan kreativiti bahan buang untuk dikitar semula sebagai pasu dan hiasan halaman yang menarik,�� ujarnya.

Dalam pada itu, kunjungan ke Langkawi pastinya memberi pengalaman baru yang menarik jika anda berkesempatan menginap di Homestay Kampung Wang Tok Rendong, yang terletak kira-kira enam kilometer dari pekan Kuah.

Keunikan di Tok Rendong ialah terdapat kawasan paya bakau terbesar di ASEAN dengan tarikan eko pelancongan seperti aktiviti tracking, melawat Taman Burung, perusahaan gamat, persembahan kebudayaan dan hasil kraf tangan seramik serta penemuan terbaru ialah pokok kayu bakau terbesar di Asia Tenggara.

Page 22: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

21 http://www.utusan.com.my

ARKIB : 29/03/2014

Kedah Tua setanding tamadun lain

Tapak keagamaan dibina sepenuhnya dengan menggunakan bata yang memiliki tarikh pada tahun 110 Masihi.

TANPA disedari rakyat, Sungai Batu di Lembah Bujang sebenarnya menyembunyikan sebuah khazanah bersejarah berkaitan Kerajaan Kedah Tua yang wujud sejak kurun kelima sebelum Masihi.

Sukar untuk dipercayai bahawa kajian yang dilakukan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Mokhtar Saidin, menunjukkan bukti bahawa telah wujud sebuah ketamadunan Melayu yang sama tinggi dan setanding dengan tamadun-tamadun lain seperti Mohenjodaro, Aztec, Maya dan Babylon.

"Tapak ini sebenarnya telah lama wujud iaitu berusia 110 Masihi. Ini bermakna tapak ini sebenarnya telah dibina pada abad kedua Sebelum Masihi.

"Pentarikhan ini bukan direka, malah ia mengikut sampel kajian yang telahpun dihantar di empat buah negara iaitu Amerika Syarikat, Korea, Jepun dan Jerman," katanya kepada S2 baru-baru ini.

Tambahnya, kajian dan aktiviti ekskavasi sejak 2007 berjaya menemukan pelbagai bentuk monumen yang dipercayai sebuah bangunan yang mempunyai fungsi-fungsi tersendiri. Tetapi malangnya, monumen yang dijumpai hanyalah sekadar tapak bangunan dan sisa runtuhan tiang dan dinding yang dibina menggunakan batu-bata.

"Setelah dikaji dan diselidik secara terperinci terhadap 46 tapak yang telah dibuka itu menunjukkan pelbagai asemblaj termasuk batu-bata, kepingan tembikar serta besi.

Page 23: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

22 http://www.utusan.com.my

"Dalam tempoh tersebut, bagi menyiapkan setiap tapak ekskavasi ini mengambil tempoh masa sekurang-kurangnya lima hingga enam bulan dengan kerahan tenaga seramai 20 orang.

"Tenaga ini terdiri daripada pelajar-pelajar USM dan pelajar dari Knowledge Transfer Programme (KTP) yang terdiri daripada masyarakat setempat yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT)," jelasnya.

Daripada hasil penemuan tersebut, eksperimen arkeologi akan dijalankan bagi menentukan interpretasi terhadap sesuatu artifak yang ditemui termasuk struktur runtuhan bangunan serta pentarikhan yang akan ditentukan menerusi sempel yang diambil.

Mokhtar berkata, sehingga kini, daripada 46 tapak yang telah dibuka sejak lima tahun lalu mendedahkan empat fungsi penting yang menunjukkan bahawa tamadun ini telah mengalami zaman kemajuan yang tinggi sehingga kepada proses peleburan besi.

"Empat fungsi tersebut adalah penemuan sebuah tapak ritual atau keagamaan. Monumen tersebut memiliki keunikan tersendiri kerana mempunyai tapak pada dasarnya berbentuk bulatan dengan diameter 10.1 meter. Manakala di atasnya pula terdapat seni bina empat segi tepat berukuran 5.5 x 5.5 meter. Seterusnya pada bahagian atas senibina empat segi tepat pula terdapat satu struktur bulatan kecil dengan diameter 1.5 meter. Ia dibina sepenuhnya dengan menggunakan bata yang memiliki tarikh pada tahun 110 Masihi.

"Ciri-ciri monumen ini jelas menunjukkan ia digunakan untuk tujuan amalan ritual yang dipercayai mengamalkan kepercayaan animisme iaitu penyembahan kepada alam semula jadi, sekali gus dinamakan monumen Sungai Batu.

"Apa yang menariknya terhadap monumen ini adalah, tiada satupun di dunia yang menemui struktur monumen yang bermula dengan tapak bulatan di bawah. Semuanya bermula dengan senibina berbentuk segi empat dan baharulah dibina struktur bulatan pada bahagian atasnya. Ini jelas menunjukkan bahawa senibina ini adalah senibina tempatan dan jika dibandingkan dengan seni bina lain, ia jelas menggambarkan seni bina Melayu pada ketika itu," jelasnya.

Menurut Mokhtar, berdasarkan struktur tangga yang dijumpai pada bahagian atas monumen yang berada di selatan tapak, ia dipercayai digunakan untuk penyembahan Gunung Jerai yang berada di utaranya.

"Pada mulanya kita menjangkakan masyarakat pada ketika itu menganut agama Hindu-Buddha kerana ia bermula paling awal pada penghujung kurun keempat Masihi, namun sebaliknya tidak kerana dengan data dan bukti yang ditemui ia menunjukkan bahawa masyarakat Melayu di Lembah Bujang pada ketika itu bermula dengan amalan kepercayaan animisme dan kemudiannya dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha dan akhirnya agama Islam.

"Pembinaan candi Hindu-Buddha di sini adalah bersaiz sangat kecil berbanding yang terdapat di tempat lain seperti di Indonesia, Kemboja, malah di selatan India. Ini menunjukkan candi tersebut mungkin digunakan oleh pedagang-pedagang India dan China yang beragama tersebut bersama segelintir masyarakat Melayu di sini," jelasnya.

Fungsi kedua pula, Mokhtar menjumpai sebuah jeti yang dipercayai menjadi pusat pelabuhan kapal dagang serta pengeksportan hasil besi. Sehingga kini, lapan tapak telah mendedahkan

Page 24: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

23 http://www.utusan.com.my

bukti bahawa terdapatnya jeti di tepi sungai yang lokasinya jelas bertentangan antara satu sama lain di hadapan sungai selebar 100 meter.

Menurutnya, fungsi ketiga yang dijumpai di kawasan tersebut mendedahkan bukti bahawa tamadun pada ketika itu telah mengalami zaman kegemilangan yang setanding dengan tamadun awal yang lain. Malah, daripada kajian awal, tamadun ini dipercayai menjadi pengeksport besi kerana hasil kajian telah menemukan sebuah pusat peleburan besi.

"Ada juga lokasi yang menemukan jutaan jongkong-jongkong besi sama ada yang tertanam dalam perut bumi mahupun di atas permukaan tanah," katanya.

Seterusnya, Mokhtar berkata, jika jeti, pusat peleburan dan tempat keagamaan telahpun dimiliki oleh mereka pada ketika itu, amat mustahil sekiranya mereka tidak memiliki sebuah tempat untuk dijadikan pusat pentadbiran.

Katanya, hasil kajian itu turut menjumpai sebuah tapak dipercayai pusat pentadbiran berdasarkan bentuk dan ruangan struktur bangunan.

"Tiga daripada 12 tinggalan senibina tersebut memberikan tarikh pada kurun kelima Sebelum Masihi. Setakat ini, masih banyak lagi kawasan yang sedang dikaji. Contohnya, kumpulan arkeologi masih belum menjumpai kawasan utama seperti pentadbiran perumahan dan juga perkuburan bagi menjawab tanda tanya siapa yang menghuni tamadun ini pada asalnya.

"Saya menjangkakan potensi untuk berada di antara tapak Sungai Batu sekarang sehinggalah membawa kepada puncak Gunung Jerai bagi menjawab persoalan yang timbul. Survei dan pemetaan tanah sedang giat dilaksanakan sehingga hari ini. Dalam tapak itu juga, kami turut menemui 20 kawasan tapak baharu dan salah satu daripadanya berkemungkinan sebuah istana lama," katanya.

Page 25: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

24 http://www.utusan.com.my

ARKIB : 01/02/2014

Harap bangunkan kembali sejarah Kota Kayang - Mansor KHAZANAH ketamadunan negara seperti tapak istana purba Kota Kayang perlu dipelihara untuk tatapan generasi akan datang.

Penduduk Kota Kayang, Mansor Othman berharap, kawasan tersebut mendapat sentuhan pembangunan daripada pihak tertentu khususnya dalam menjaga dan mengekalkan aset purba hasil tinggalan sejarah terdahulu.

Menurutnya, kawasan tersebut perlu dimajukan selain dijadikan kawasan bersejarah untuk tujuan tertentu seperti pelancongan mahupun pusat pemerintahan.

"Kami hanya mengharapkan kepada perubahan daripada aspek persekitaran agar ianya dibangunkan bagi mengekalkan simbol kepada pemerintah yang pernah bertapak di situ satu ketika dahulu.

"Selain itu, sekiranya kawasan ini dibangunkan, saya percaya nilai sejarah yang terdapat dalam kota ini akan diketahui bukan sahaja rakyat Perlis bahkan kepada semua.

"Mungkin juga kawasan ini lebih dikenali dan siapa tahu ia akan menjadi sebuah kompleks bersejarah seperti Kompleks Mahsuri yang terdapat di Langkawi," katanya ketika ditemui di kediamanannya di Kota Kayang baru-baru ini.

Beliau yang teruja dan berbangga menjadi anak jati kota tersebut merasakan tempat itu perlu dijadikan produk pelancongan utama Perlis.

"Tidak cukup sekiranya muzium sahaja dibangunkan di sini walhal tapaknya penuh dengan nilai sejarah khususnya sebagai pusat pemerintahan bagi Kesultanan Melayu Kedah.

"Sebagai daya tarikan kepada pelancong, alternatif lain perlu difikirkan dan dipandang serius dalam memajukan industri pelancongan khususnya bagi negeri Perlis," jelasnya.

Ditanya sejarah Kota Kayang, beliau berkata, kota tersebut wujud kerana pembinaan tembok yang mengelilingi kota tersebut.

"Seingat saya, daripada apa yang diceritakan nenek saya, kota merujuk kepada tembok yang dibina oleh pemerintah bermula dari kaki Bukit Papan sehingga ke muara Sungai Perlis.

"Ketinggian tembok tersebut diantara 1.8 hingga 2.1 meter dan lebarnya pula antara 2.1 hingga 2.4 meter," katanya.

Beliau menambah, di sebelah luar tembok pula terdapat terusan yang membentuk sebatang sungai untuk tujuan pengangkutan.

Page 26: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

25 http://www.utusan.com.my

Selain melindungi wilayah jajahannya daripada diceroboh musuh, tembok turut berfungsi sebagai sempadan tanah jajahan pemerintah Kota Kayang.

"Seingat saya lagi, lebih satu kilometer jarak tembok yang dibina bermula dari kaki Bukit Papan sehingga ke muara Sungai Perlis. Selepas Sungai Perlis, tembok itu masih lagi bersambung membentuk seperti bulatan mengelilingi kawasan atau jajahan Kota Kayang," jelasnya.

Pada ketika itu juga, penduduk Kota Kayang terdiri daripada orang Melayu, peranakan campuran daripada Melayu dan negara lain ekoran perkahwinan campur di antara mereka dengan pedagang-pedagang luar seperti India, China, Thailand dan Bugis.

"Kini, Kota Kayang merupakan sebuah kampung yang bukan lagi menjadi pusat pemerintahan kerajaan negeri," katanya.

ARKIB : 10/08/2013

Menjejak warisan Alor Setar MELANCONG ke sesebuah negeri tidak akan bermakna sekiranya tidak menjejakkan kaki di tempat-tempat menarik di negeri tersebut.

Ia memberi makna sebenar kepada saya apabila dapat mengenali warisan budaya serta masyarakat setempat dengan lebih dekat seperti percutian ke Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

Saya mengambil keputusan untuk bercuti bersendirian selama tiga hari kerana baru sahaja menamatkan latihan industri di salah sebuah syarikat korporat di ibu negara.

Perjalanan bermula dengan menaiki tren Senandung Langkawi pada pukul 10.15 malam, 18 Julai 2013 dari KL Sentral menuju ke Alor Setar.

Tambang kelas ekonomi adalah serendah RM44 untuk perjalanan pergi dan balik.

Selepas mengharungi perjalanan selama 11 jam, saya tiba di Alor Setar keesokan harinya pada pukul 9.15 pagi.

Tugas pertama saya sebaik tiba adalah mencari tempat penginapan. Selepas puas mencari, saya memilih sebuah hotel empat bintang tidak jauh dari stesen keretapi tersebut.

Setelah berehat hampir dua jam, saya memulakan perjalanan menjejaki tempat-tempat menarik di sekitar ibu negeri Kedah. Saya membuat keputusan untuk berjalan kerana ingin melihat sendiri pemandangan negeri ini dengan lebih dekat.

Page 27: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

26 http://www.utusan.com.my

Tempat pertama dituju adalah Masjid Zahir yang terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar.

Rupa bentuknya mengambil ilham daripada Masjid Azizi di Langkat, Sumatera Utara yang dibina pada tahun 1912.

Tiba waktu Zohor, saya mengambil peluang bersembahyang di masjid indah serta bersejarah ini. Selepas itu, saya menuju ke Balai Nobat yang terletak di hadapan Masjid Zahir.

Apa yang menarik hati saya tentang menara ini adalah ia dibina pada tahun 1854. Menara itu menjadi lokasi untuk memainkan alat-alat muzik diraja Kedah seperti nafiri dan gong.

Seterusnya, saya mengunjungi Menara Jam Besar. Menara ini mempunyai tarikannya tersendiri kerana ia akan berdering apabila tiba waktu solat yang mendorong pemukulan nobat di Balai Nobat.

Tanpa melengahkan masa, saya terus berjalan ke Menara Alor Setar yang terletak di Lebuh Raya Darul Aman. Menara telekomunikasi ini merupakan yang ke-22 tertinggi di dunia dan yang kedua tertinggi di Malaysia serta menjadi mercu tanda negeri Kedah.

Dengan bayaran masuk serendah RM6, saya dapat menikmati pemandangan matahari terbenam yang begitu indah dari atas menara tersebut.

Serentak itu, saya turut mengambil kesempatan untuk menikmati juadah Ramadan di Warisan Makcik Sofiah yang merupakan restoran berputar di menara yang mendapat jolokan KL Tower Alor Setar.

Seharian berjalan, saya pulang ke hotel pada pukul 10 malam dan merehatkan diri untuk perjalanan keesokannya.

Tepat pukul 10 pagi pada hari Sabtu, saya mendaftar keluar dari hotel menuju ke Galeri Sultan Abdul Halim serta Istana Kuning yang hanya terletak satu kilometer dari hotel. Galeri ini menempatkan sebahagian barangan dan koleksi peribadi Sultan Kedah untuk tatapan orang ramai.

Seterusnya, saya singgah ke Pekan Rabu untuk melihat kemeriahan di pasar berkenaan. Pekan Rabu dimulakan oleh Tunku Yaakob pada 1920 di tepi Sungai Kedah berdekatan dengan Tanjong Chali. Asalnya, ia beroperasi pada hari Rabu sahaja. Tetapi pada 1932, pekan ini telah dipindahkan ke tapak hari ini dan beroperasi setiap hari selepas Perang Dunia Kedua.

Pasar dua tingkat itu menjual pelbagai barang harian seperti perhiasan lelaki dan wanita, peralatan dapur, kuih-muih moden serta tradisional, pakaian kebangsaan, kain, kraftangan dan sebagainya.

Pada pukul 6 petang, saya berjalan menuju ke stesen keretapi Alor Setar untuk pulang ke Kuala Lumpur. Saya menaiki tren pada pukul 8 malam selepas berbuka dengan juadah yang dibeli dan tiba di KL Sentral pada hari Ahad, pukul 7 pagi.

Page 28: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

27 http://www.utusan.com.my

Walaupun tidak berkesempatan melawat rumah kelahiran Tun Mahathir, Gunung Jerai serta Gunung Keriang yang jauh lebih popular di Alor Setar, saya tetap berasa gembira kerana dapat melawat banyak tempat-tempat menarik di negeri ini.

Saya juga berazam untuk mengunjungi sekali lagi negeri ini dan pergi ke tempat-tempat menarik yang masih belum dituju bersama keluarga kelak. - SYAMIMI HAZIRAH MOHD. SAADOM

ARKIB : 20/12/2003

Evolusi 268 tahun Alor Star Oleh SOPHA SULAIMAN

(Wartawan Utusan) RAMAI pihak terkejut apabila mengetahui bandar Alor Star rupanya lebih tua daripada usia Washington DC, ibu negara Amerika Syarikat. Alor Star juga dikatakan dibuka lebih awal daripada Sydney, bandar raya terbesar di Australia.

Alor Star atau sebelumnya dikenali Kota Setar diasaskan pada 31 Disember 1735 oleh Alhmarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'azzam Shah II, iaitu Sultan Kedah ke-19.

Washington diasaskan pada 1775 manakala Sydney 1778. Ini bermakna Alor Star lebih 40 tahun usianya sebelum kelahiran Washington dan kira-kira 45 tahun lebih tua dari kota raya Sydney yang mempunyai empat juta penduduk.

Menjelang 31 Disember ini genaplah 268 tahun usia Alor Star, iaitu pusat pentadbiran kelapan Kesultanan Negeri Kedah. Bandar ini melalui sejarah yang panjang kerana pernah lumpuh setelah dimusnahkan semasa serangan askar Bugis pada 1770 dan tentera Siam pada 1821.

Sebelum Alor Star, pusat pemerintahan Kesultanan Kedah (bermula 1136) ialah di Kota Bukit Meriam dan Kota Sungai Emas di Kuala Muda sebelum berpindah ke Kota Seputeh, Kota Naga, Kota Sena, Kota Indera Kayangan dan Kota Bukit Pinang.

Selain bandar pentadbiran, Alor Star juga lahir sebagai bandar pertanian kerana di kelilingi oleh sawah padi serta pernah menjadi pelabuhan bagi kapal dagangan yang menyusuri Sungai Kedah melalui Kuala Kedah dan Selat Melaka.

Limbung Kapal, merupakan tempat membina dan membaiki kapal dan tongkang dan nama itu masih kekal sampai sekarang, sementara Pekan Cina dan Pekan Melayu berhampiran Tanjung Chali di pinggir Sungai Kedah merupakan pekan asal bandar Alor Star. Sepanjang tempoh 268 tahun kewujudannya, Alor Star melalui pelbagai peristiwa dan sejarah yang menarik untuk direnungi bersama.

Page 29: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

28 http://www.utusan.com.my

Pada abad ke-18, iaitu Mac 1770 armada Bugis pimpinan Raja Haji menyerang Kedah, memusnahkan Istana Kota Setar dan Balai Besar. Pada April 1771 termeterai perjanjian pertama antara Inggeris yang diketuai oleh Kapten Francis Light dengan Sultan Abdullah Mukaram Shah bagi menamatkan pengaruh Bugis di Kedah.

Istiadat pertabalan Sultan Ahmad Tajudin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-22 berlangsung di Balai Besar pada 17 Mac 1805. Pada 12 November tahun tersebut, tentera Siam atau Ligor menyerang dan menduduki Kota Kuala Kedah serta memusnahkan bandar Alor Star. Peperangan itu menyebabkan Sultan Ahmad Tajudin terpaksa berhijrah ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Melaka. Dalam tempoh itu Alor Star terbiar selama 20 tahun.

Pada 17 Mei 1897 kerajaan Siam menyerahkan kembali wilayah Perlis dan Setul (Satun) yang terpisah sejak 1841 kepada kerajaan Kedah dan penyerahan jajahan takluk itu berlangsung di Balai Besar. Upacara bersejarah itu disaksikan oleh Raja Muda Kedah Tuanku Abdul Aziz, yang mewakili Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Perkahwinan lima orang putera dan puteri Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada 15 Jun 1904 turut mewarnai sejarah Alor Star apabila upacara berlangsung 90 hari dan 90 malam serta menelan belanja RM3 juta.

Sementara pada 25 Julai 1905, badan perundangan negeri - Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan dan Tuanku Abdul Aziz (Raja Muda) dilantik sebagai presiden pertama majlis itu. Berikutan termeterainya Perjanjian Bangkok pada 7 Julai 1909, upacara rasmi penyerahan negeri Kedah dari naungan Siam kepada Inggeris berlangsung di Balai Besar pada 15 Julai 1909.

Bandar Alor Star juga pernah jatuh ke tangan tentera Jepun pada 13 Disember 1941 selepas kemaraan tentera tersebut dari utara Tanah Melayu dalam Perang Dunia Kedua.

Selepas tewas perang, peristiwa pentadbiran tentera Jepun menyerahkan kuasanya kepada pentadbiran tentera Siam untuk mentadbir Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu berlangsung di Padang Court pada 18 Oktober 1946.

Alor Star turut mencatat sejarah apabila perhimpunan raksasa di Padang Court dihadiri lebih 10,000 rakyat Kedah kerana menentang gagasan Malayan Union ciptaan Inggeris. Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri pertama) mengetuai perhimpunan itu bersama pengasas-pengasas UMNO lain termasuk Datuk Onn Jaafar dan Datuk Senu Abdul Rahman. Bandar ini juga mencatat sejarah dalam bidang politik apabila Persidangan Agung UMNO yang keempat berlangsung di Balai Besar dan Sultan Kedah, Sultan Badlishah diberi penghormatan untuk merasmikan perhimpunan itu yang dipengerusikan oleh Datuk Onn.

Pada 20 Februari 1959, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Almarhum Sultan Badlishah ditabal sebagai Sultan Kedah dalam istiadat gilang-gemilang di Balai Besar.

Sebagai mana bandar Alor Star, majlis kerajaan tempatan Daerah Kota Star turut mengalami pertukaran nama kepada Majlis Perbandaran Kota Star (MPKS) pada 1978. Sebelum itu ia dikenali Lembaga Bandaran Alor Star. Bandar tertua di negara ini menyambut jubli perak apabila genap 25 tahun pemerintahan Sultan Abdul Halim pada 25 Julai 1983 dan pada 2 Jun 1990 pula berlangsung perayaan menyambut Bandar Alor Star ke-250 tahun.

Page 30: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

29 http://www.utusan.com.my

Hasrat bagi menaik taraf MPKS kepada Majlis Bandaran Kota Star (MBAS) tercetus apabila mendapat pelawaan daripada Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada bulan Ogos 2000.

Pada April 2001, taklimat diadakan dan mendapat persetujuan Majlis Penuh MPKS dan pada 29 April, kemudian Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan cadangan itu sebelum permohonan rasmi dibuat kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 29 Ogos 2001.

Ia kemudian diikuti dengan permohonan susulan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 27 Januari 2002. MPKS kemudian mengemukakan maklumat tambahan kepada kementerian pada 19 September 2002.

Antara kriteria yang diperlukan sebelum majlis perbandaran itu dinaikkan status sebagai bandar raya ialah bandar itu perlu menjadi pusat pentadbiran negeri, penduduknya tidak kurang 300,000 orang, mengalami perkembangan dan pembangunan ekonomi yang pesat, pusat perniagaan dan perindustrian serta mempunyai institusi kewangan yang kukuh selain ciri istimewa dari segi sejarah.

Majlis perbandaran itu juga berkemampuan dari segi kewangan dengan hasil pendapatan tidak kurang RM80 juta setahun.

Alor Star yang kini mempunyai kira-kira 300,000 penduduk berkembang mengikut arus peredaran masa. Daripada sebuah bandar pertanian kepada pusat perdagangan dan kewangan selain pusat pentadbiran tertua di rantau ini.

Kedudukan Kedah yang strategik dan kaya dengan hasil bumi, menjadikan negeri tertua ini sebagai pintu masuk yang menghubungkan antara timur dan barat melalui Selat Melaka, sekali gus menjadi lokasi yang ideal untuk dijadikan pelabuhan persinggahan di kalangan pedagang China, India dan Arab pada masa lampau.

Alor Star mendapat pengiktirafan sebagai Majlis Bandaraya Alor Star pada 28 November 2003 selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, akan kekal ikatan sejarah dan tradisinya yang kukuh dari segi agama dan budaya.

``Kos hidup yang rendah, keharmonian masyarakat, sentimen dan pegangan agama yang menebal selain muncul bandar yang bersih dan indah akan menjadi ciri-ciri budaya bandar raya ini,'' kata Menteri Besar, Syed Razak yang berusaha keras untuk menaikkan taraf bandar ini sejak tahun 2002 lagi.

Menurut beliau, kenaikan taraf bandar raya ini juga seiring wawasan Kedah Maju 2010, pembangunan Kuala Kedah sebagai pelabuhan tukar barang, bandar diraja Anak Bukit, pembangunan Gunung Keriang, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang bakal mengadakan penerbangan haji terus ke Jeddah selain lapangan terbang terpenting di sebelah utara Semenanjung.

Ibu negeri Jelapang Padi ini memiliki keunikannya tersendiri, selain diwarnai oleh sawah yang menghijau dan menguning, mempunyai tarikan dari segi pelancongan kerana taman laut Pulau Payar yang kaya dengan keindahan batu karang turut dimasukkan dalam peta pentadbirannya.

Page 31: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

30 http://www.utusan.com.my

Bangunan Balai Besar yang terletak di kawasan Kota Setar merupakan mercu tanda pentadbiran negeri pada zaman kesultanan Kedah, mencatat pelbagai sejarah negeri. Kedudukannya berhadapan Masjid Zahir (masjid negeri) merupakan satu gambaran jelas pada masa lalu terdapat perhubungan simbiosis antara sistem pentadbiran negeri dengan agama Islam.

Alor Star yang membangun dari hasil keringat para petani, peniaga dan pentadbir telah melalui perubahan dan pembangunan yang pesat mengikut rentak dan peredaran masa jika dibandingkan 10 atau 20 tahun yang lalu.

Antara bangunan sejarah yang masih dikekalkan ialah kawasan pentadbiran kesultanan Kedah termasuk Balai Besar, Istana Pelamin, Balai Nobat, Masjid Negeri, Bangunan Wan Mat Saman dan Balai Seni.

Selain itu terdapat terusan Wan Mat Saman, Rumah Kelahiran Dr. Mahathir serta kediaman Tunku Abdul Rahman. Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr. Mahathir (Perdana Menteri Pertama dan Perdana Menteri Keempat) adalah anak kelahiran Alor Star.

Sementara Wan Mat Saman pula merupakan Perdana Menteri Kedah yang pertama dan dianggap arkitek kepada pembangunan Kedah kerana turut merancang sistem perairan untuk sawah padi menerusi pembinaan Terusan Mat Saman sepanjang 35 kilometer dari Alor Star ke kaki Gunung Jerai, yang mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan.

Gabungan bangunan sejarah silam dengan keindahan alam semula jadi Pulau Payar, kos hidup yang rendah, pusat membeli belah termasuk Pekan Rabu yang sudah sinonim dengan bandar ini, merupakan aset penting di sektor pelancongan bagi bandar raya ini yang dulunya hanya sebuah `pekan di dalam sawah'.

Page 32: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

31 http://www.utusan.com.my

ARKIB : 04/03/2011

Keistimewaan Gunung Senyum jadi tarikan

Mereka menyifatkan langkah mengadakan program itu ternyata berbaloi kerana memberi pendapatan tambahan selain memperkenalkan kehidupan masyarakat peneroka kepada pelancong.

KUALA KRAU 3 Mac - Masyarakat peneroka Felda Jengka 25 di sini yang terlibat dalam program inap desa berbangga kerana dapat bersama kerajaan mempromosikan produk pelancongan kepada pelancong tempatan dan asing.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Jengka 25, Rosli Yahya, 56, berbangga kerana berjaya mengusahakan program tersebut, sekali gus menaikkan nama kawasan tersebut di negara ini.

Jelasnya, antara pakej pelancongan disediakan seperti harmoni, dari kota ke desa, kembara, kursus dan santai yang menawarkan harga minimum termasuk penginapan serta makan minum.

"Pelancong sama ada tempatan dan asing dibawa melawat tempat bersejarah di Gunung Senyum seperti Gua Terang Bulan, Makam Tok Long dan Gua Angin dengan melalui jalan ladang Jengka 25.

"Persembahan tradisional turut disediakan seperti istiadat perkahwinan orang Melayu, marhaban, kompang, silat, sepak raga bulatan, gendang Kedah dan sukan rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Bagi pelancong dari Jepun, Yuta Kumura, 17, peluang tinggal bersama keluarga Melayu di situ sangat berguna kerana dapat menimba banyak pengalaman dan pengetahuan baru tentang kehidupan masyarakat itu.

Perkara itu disokong oleh rakannya, Mio IKeda, 16, dengan menyifatkan keluarga Melayu di negara ini sangat peramah dan menghormati tetamu seperti masyarakat Jepun.

"Walaupun menghadapi masalah komunikasi tetapi melalui bahasa isyarat, ia lebih mudah kerana masing-masing saling hormat menghormati," katanya.

Rakannya, Saki Nakamishu, 17, berharap akan datang semula ke situ kerana terpikat dengan budaya dan keindahan panorama di tanah rancangan tersebut.

KEADAAN Gua Makam Tok Long di Gunung Senyum merupakan antara daya tarikan dalam program Inap Desa Felda Jengka 25.

Page 33: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

32 http://www.utusan.com.my

ARKIB : 03/02/2011

Dataran hadapan Masjid Zahir bermandi cahaya

Namun sejak awal Januari lalu, kawasan dataran tersebut berubah wajah apabila ia mula menjadi tumpuan ramai setelah dihiasi dengan pokok-pokok lampu berwarna-warni.

ALOR SETAR 2 Feb. - Sebelum ini kawasan dataran di hadapan Masjid Zahir di sini hanya merupakan sebuah dataran kosong yang suram dan dipenuhi dengan remaja yang melepak pada waktu malam.

Tinjauan Utusan Malaysia di sini hari ini mendapati lebih 15 batang pokok lampu berwarna merah, biru, putih dan hijau menghiasi kawasan tersebut dan ia menggamit ratusan pengunjung serta menjadikannya kawasan yang bermandikan cahaya.

Keadaan itu juga menyebabkan lokasi tersebut sesak dengan kenderaan hampir setiap malam.

Selain itu, pokok-pokok lampu itu turut dipasang di kawasan Istana Anak Bukit sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-83 pada bulan lalu.

Rata-rata pengunjung yang ditemui mahukan lampu yang dipasang termasuk di sekitar bandar raya Alor Setar bersempena Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-83 awal bulan lalu dapat dikekalkan.

Seorang pengunjung, Che Mahadzir Abd. Razak, 41, berkata, sebagai anak jati negeri Kedah, dia sangat berbangga apabila kawasan dataran tersebut kini semakin meriah kerana dihiasi dengan lampu-lampu indah tersebut.

"Saya rasa bandar Alor Setar amat kurang lokasi yang menarik seperti ini, jadi saya yakin kawasan ini akan menjadi satu lokasi baru yang mampu menarik pelancong dari luar negeri Kedah untuk datang ke sini.

"Selain itu, pihak yang bertanggungjawab perlulah memastikan ia sentiasa dijaga dan diselenggara dengan baik untuk memastikan pokok-pokok lampu ini sentiasa berfungsi dengan baik," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Katanya lagi, banyak kawasan lain di sekitar Alor Setar seperti Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti di sini juga boleh dipasang lampu-lampu yang menarik seperti di dataran tersebut bagi menarik lebih ramai pelancong ke situ.

Orang ramai mengunjungi dataran berhampiran Masjid Zahir di Alor Setar, semalam untuk melihat keindahan pokok-pokok lampu yang

berwarna-warni.

Page 34: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

33 http://www.utusan.com.my

"Lokasi tersebut merupakan tumpuan golongan berkeluarga melakukan aktiviti riadah pada waktu petang dan saya yakin jika pokok-pokok lampu tersebut dipasang, ia mampu menarik lebih ramai pelancong.

"Tambahan pula, kawasan dataran di depan Masjid Zahir agak kecil jadi sukar untuk meletakkan kenderaan," ujarnya.

Seorang lagi pengunjung, Dr. Okimi Teoh, 58, berkata, lokasi yang dipilih bersesuaian kerana ia merupakan salah satu kawasan tarikan pelancong yang datang ke pusat bandar.

"Kawasan ini berhampiran dengan Balai Nobat, Balai Besar dan Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang merupakan antara tempat bersejarah di negeri Kedah.

"Langkah yang dilaksanakan ini sangat bagus untuk orang ramai bagi mengisi masa lapang mereka bersama keluarga pada waktu malam namun diharap dapat dikekalkan walaupun tiadanya sebarang perayaan," ujarnya.

Page 35: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

1 http://blis.bernama.com

Balai Besar, Istana Pelamin tarikan pelancong ke Kedah

Source:Utusan Malaysia Date: 27-07-2002 ALOR SETAR 26 Julai _ Balai Besar dan Istana Pelamin yang sedang dalam proses baik pulih di sini dijangka menjadi daya tarikan pelancong di Kedah. Balai Besar berusia lebih 200 tahun yang terletak di depan sebuah lagi mercu tanda Alor Setar, Masjid Zahir merupakan bangunan tertua dan bersejarah di negeri. Istana Pelamin pula yang terletak di sebelah belakang Balai Besar kini akan dibuka kepada orang ramai sebagai Muzium Diraja pertengahan tahun depan. Ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti, Datuk Dr. Adi Taha berkata, lebih RM4.6 juta diperuntukkan untuk membaik pulih kedua-dua bangunan selepas ia diambil alih daripada Jabatan Kerja Raya. Jelasnya, tujuan jabatan tersebut mengambil alih kerja membaik pulih ialah bagi memastikan bangunan terbabit dapat dikekalkan dalam bentuk asal kerana nilai seni bina dan sejarahnya yang tinggi. ``Memang kerja membaik pulih bangunan agak rumit kerana melibatkan banyak hasil kerja tangan dan seni yang halus dan oleh itu ia perlu dilakukan secara berhati-hati. ``Kami memperuntukkan RM2.6 juta untuk membaiki Balai Besar dan ianya berjaya disiapkan pada penghujung Mac lalu,'' katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis penyerahan bangunan dan tapak Balai Besar daripada kontraktor, Puncak Utara kepada Jabatan Muzium dan Antikuiti. Menurut Adi, baik pulih pada Balai Besar menjadikan ia lebih harmoni dengan penambahan beberapa elemen seperti struktur pisang sesikat, bumbung pada sayap kiri dan kanan menjadikan bangunan tersebut lebih berkarektoristik. Tambahnya, Balai Besar akan diserahkan kembali kepada Sultan Kedah pada 11 Ogos depan yang akan menentukan sendiri kegunaan bangunan itu. Berhubung dengan Muzium Diraja, beliau menjelaskan, kerja baik pulih dilakukan bagi menaikkan imejnya kepada taraf dunia yang lengkap dengan galeri pameran dan kedai. ``Pada masa sekarang pihak muzium sedang melakukan kerja pengisian dan menjangkakan ia akan dibuka kepada orang ramai pada pertengahan tahun,'' ujarnya. (Source : Utusan Malaysia)

Page 36: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

2 http://blis.bernama.com

JUMLAH PENGUNJUNG KE MUZIUM DIRAJA KEDAH MENINGKAT

Date: 12-12-2011 Author: / ASMA SMS DC MUZIUM-KEDAH ALOR SETAR, 12 Dis (Bernama) -- Jumlah kunjungan pelawat ke Muzium Diraja Kedah meningkat secara mendadak bulan lepas berikutan pelantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. Penolong Kuratornya, Rahimah Ahmad berkata bilangan pengunjung ke muzium tersebut pada bulan lepas adalah seramai 4,0921 berbanding 2,723 pada bulan sama tahun lepas. Katanya selain pengunjung tempatan, pelancong asing seperti dari Thailand, England, Jepun dan Amerika Syarikat turut melawat muzium tersebut. "Itu menunjukkan seluruh rakyat bangga dan bergembira dengan pelantikan baginda Sultan. Mereka datang ke sini kerana hendak tahu sejarah Sultan Kedah setelah baginda dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Seorang pengunjung, Intan Hamidah Yazek, 29, berkata sebagai rakyat negeri Kedah, dia berasa sangat bangga dengan pencapaian Sultan Kedah. Pelantikan ini diharap dapat membawa Kedah sebagai contoh negeri terbaik di Malaysia," katanya. Dia berkata baginda adalah seorang Sultan berjiwa rakyat yang sentiasa mengambil berat hal rakyat. "Saya datang ke sini kerana hendak tahu latar belakang Sultan Kedah dan di sini saya mendapat banyak maklumat memgenai baginda," katanya. Fauzi Manaf, 35, yang datang bersama keluarganya ke muzium itu, berkata dia mengambil peluang cuti sekolah dengan membawa tiga anaknya bagi melihat dengan lebih dekat tentang kehidupan Sultan Kedah sejak baginda kecil. "Banyak maklumat yang saya dapat di sini. Anak-anak pun gembira kerana mereka dapat melihat sendiri kehidupan keluarga diraja sejak dahulu sehingga kini. Pelantikan baginda sangat membanggakan rakyat," katanya. -- BERNAMA ASMA SMS DC

Page 37: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

3 http://blis.bernama.com

RUMAH KELAHIRAN DR MAHATHIR DI ALOR SETAR DITUTUP SEMENTARA

Date: 24-02-2000 Author: / NM MAI KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Rumah tempat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dilahirkan di Alor Setar akan ditutup sementara kepada pengunjung bermula 15 Jun ini. Ketua Cawangan Perhubungan Awam Arkib Negara Faridah Ishak berkata dalam kenyataan hari ini bahawa penutupan itu bagi membolehkan kerja pembesaran dan pengindahan rumah itu dilakukan. Rumah beralamat No.18, Lorong Kilang Ais, off Jalan Pegawai itu akan ditutup sehingga 31 Dis. -- BERNAMA NM MAI

MEMORIAL DAN RUMAH KELAHIRAN DR MAHATHIR DITUTUP SEMENTARA

Date: 13-07-1999 Author: / AFY PR KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Melaka dan Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad di Alor Setar akan ditutup sementara kepada pelawat untuk kerja membaik pulih, menaik taraf bangunan dan mengubahsuai bahan pameran sedia ada. Ketua Cawangan Perhubungan Awam Arkib Negara Malaysia Faridah Ishak hari ini berkata, memorial itu akan ditutup selama enam bulan mulai 1 Ogos hingga 29 Feb 2000. Rumah kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pula akan ditutup selama sebulan mulai 20 Julai ini hingga 20 Ogos, katanya dalam satu kenyataan di sini. -- BERNAMA AFY PR

Tahap keselamatan di Rumah Kelahiran Mahathir diperketat

Source:Utusan Malaysia Date: 08-12-2003 ALOR STAR 7 Dis _ Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kedah (MTPK) akan meningkatkan lagi tahap keselamatan di Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad sebagai usaha mengelakkan daripada kejadian barangan di rumah tersebut hilang atau dicuri pada masa depan. Pengurus Besarnya, Mansur Ismail berkata kamera litar tertutup (CCTV) sedia ada yang terdapat di rumah itu juga akan ditingkatkan sistem keselamatannya bagi membolehkan pemeriksaan yang lebih jelas dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab ke atas rumah berkenaan.

Page 38: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

4 http://blis.bernama.com

Buat masa sekarang, Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad dikendalikan oleh Jabatan Arkib Negara cawangan Kedah. "Kita sedang menyiasat kejadian tersebut dan pihak polis turut bekerjasama membantu kes berkenaan. "Dalam masa yang sama, satu mesyuarat bagi membincangkan langkah- langkah lebih efisien untuk mengatasi masalah tersebut berulang pada masa depan dan langkah itu juga bukan sahaja ditumpukan kepada rumah tersebut tetapi di lain-lain pusat pelancongan di Kedah,'' katanya kepada para pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Pengarah Tourism Malaysia cawangan negeri Kedah dan Perlis, Maizan Ahmad di sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai kes kehilangan sebuah jam antik buatan Switzerland milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dipamerkan di rumah kelahirannya di Jalan Kilang Ais, Tepi Jalan Pegawai di sini Khamis lalu. Kehilangan jam tangan itu disedari oleh salah seorang kakitangan di rumah tersebut dan polis telah mengesahkan bahawa tiada tanda pecah masuk ke dalam rumah tersebut. Utusan Malaysia difahamkan bahawa rumah yang mempamerkan pelbagai peralatan asal atau yang sejenis bahan kepunyaan keluarga Dr. Mahathir serta pelbagai maklumat termasuk bahan-bahan arkib yang berkaitan dengan sejarah hidup beliau sejak lahir hingga berkahwin itu dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV). Bagaimanapun, CCTV itu dipercayai tidak berfungsi sejak beberapa bulan yang lalu kerana pihak pengurusan yang telah menerima laporan kerosakan berhubung kerosakan kamera tersebut tidak mengambil tindakan segera untuk memperbaikinya. (Source : Utusan Malaysia)

SULTAN RASMI MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA NEGERI KEDAH

Date: 29-08-2001 Author: / MZM NMO Memorial Tunku (Bergambar) ALOR SETAR, 29 Ogos (Bergambar) -- Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Negeri Kedah, yang kedua selepas memorial di Kuala Lumpur, dibuka secara rasmi kepada orang ramai mulai hari ini. Pembukaan memorial yang terletak di Lorong Menteri itu dirasmikan oleh Sultan Kedah. Menteri Besar Datuk Seri Syed Razak Syed Zain semasa berucap pada majlis itu berkata penubuhan memorial itu merupakan pengiktirafan khusus kerajaan dan rakyat Kedah kepada putera kelahiran negeri ini yang telah menjadi Perdana Menteri pertama dan banyak berjasa kepada negara. Bagi mereka yang tidak berpeluang melawat memorial di ibu negara, memorial di sini menyediakan segala maklumat untuk mengimbas sejarah perjuangan Tunku menerusi pameran yang diadakan, katanya. "Memorial ini akan menjadi mercu tanda baru bagi negeri ini," katanya. Syed Razak berkata perjuangan Tunku merupakan peristiwa besar dalam sejarah negara kerana sumbangannya sebagai perintis kemerdekaan tidak terukur nilainya. "Kita mengharapkan generasi muda dapat menghayati perjuangan Tunku dan

Page 39: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

5 http://blis.bernama.com

menjadikannya inspirasi ke arah kecemerlangan diri serta mengambil iktibar daripada perjuangan negarawan ulung negara itu," katanya. Bercakap kepada pemberita kemudian Syed Razak berkata penyediaan memorial itu melibatkan kos RM1.3 juta termasuk kos pengubahsuaian rumah dua tingkat yang dahulunya merupakan kediaman untuk pegawai sebuah bank. Katanya memorial itu mempamerkan pelbagai barangan koleksi peribadi Tunku dan ada di antaranya tidak pernah dipamerkan di memorial di Kuala Lumpur. Ia juga mempamerkan keratan akhbar dan dokumen mengenai perjuangan Tunku. -- BERNAMA MZM NMO

MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN JUGA ADA DI KEDAH

Date: 25-05-2001 Author: / MZM PR Memorial-Kedah (Laporan Khas)/Bergambar ALOR SETAR, 25 Mei (Bernama) -- Kedah juga bakal mempunyai Memorial Tunku Abdul Rahman tidak lama lagi. Memorial di Kedah itu adalah yang kedua selepas memorial yang sama didirikan di Jalan Dato' Onn di Kuala Lumpur pada 1994, bagi memperingati jasa besar Perdana Menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman Putra. Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sumber Manusia Osman Md Aji berkata, memorial itu sedang dalam proses untuk disiapkan, iaitu pengubahsuaian sebuah rumah dua tingkat di Jalan Menteri di sini. Rumah itu asalnya adalah milik sebuah bank yang dijadikan kediaman untuk pegawainya. Kerajaan Negeri mendirikan memorial itu atas beberapa sebab iaitu pertama, sebagai tanda memperingati negarawan ulung itu kerana beliau dilahirkan di negeri Kedah serta pernah berkhidmat sebagai pegawai kerajaan di negeri ini. "Ia juga merupakan tempat lengkap untuk generasi masa kini dan akan datang mengenali Tunku Abdul Rahman serta menghayati perjuangannya untuk membawa kemerdekaan kepada negara," katanya. Faktor lain adalah tempat itu juga akan menjadi satu lagi daya tarikan pelancongan di samping menjadi mercu tanda bandar Alor Setar, katanya. Beliau berkata memorial itu, yang melibatkan perbelanjaan RM800,000 untuk disiapkan akan dibuka pada Ogos ini dan berkemungkinan sedikit bayaran masuk akan dikenakan kepada pengunjung. Mengenai pengisian bahan pameran, beliau berkata bahan-bahan itu sebahagiannya akan dibawa dari masa ke masa dari memorial di Kuala Lumpur dan sebahagian lagi adalah koleksi yang telah disimpan di negeri ini. Antara barangan yang akan dipamerkan adalah gambar-gambar dari zaman persekolahan, semasa remaja, semasa menjawat jawatan pegawai kerajaan dan gambar-gambar semasa menjadi Perdana Menteri. "Selain gambar, keratan akhbar, pakaian, peralatan rumah, puluhan tongkat serta pelbagai barangan lain akan turut dipamerkan," katanya. Osman berkata selain ruang pameran memorial itu juga akan mempunyai bilik audio visual, bilik VIP, kaunter penerangan serta tempat menjual cenderamata. Tiga wakaf (tempat berehat seperti pondok) juga akan didirikan di bahagian halaman memorial itu, yang turut dihiasi dengan pelbagai jenis pokok bunga yang menjadi kegemaran Tunku Abdul Rahman. -- BERNAMA MZM PR

Page 40: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

6 http://blis.bernama.com

Memorial Tunku Abdul Rahman sentiasa terima kunjungan tetamu

Date: 17-08-2003 Author: Raihanah Abdullah MERDEKA! Merdeka! Merdeka! Begitulah laungan Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj pada tanggal 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Suara itu tidak lagi kedengaran tetapi nama Tunku Abdul Rahman begitu sinonim dengan kemerdekaan. Apa tidaknya, beliau adalah tokoh negarawan yang berjaya membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah. Justeru, jasa dan pengorbanan Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama itu perlu dikenang oleh segenap lapisan masyarakat, terutama generasi muda dan mereka yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Segala kenangan dan sejarah silam mengenai kemerdekaan tersimpan di Memorial Tunku Abdul Rahman di Jalan Datuk Onn, Kuala Lumpur. Setiap kali menjelang tanggal 31 Ogos, memorial itu memang tidak sepi daripada menerima kunjungan anak-anak merdeka untuk upacara memotong kek sebagai memperingati ulang tahun negara dan kelahiran mereka pada hari penuh bersejarah. Selain sambutan hari jadi anak merdeka, memorial juga mengadakan pelbagai acara sepanjang Bulan Merdeka, mulai hari ini sehingga 16 September ini. Pengarah Pengurusan Arkib, Memorial Tunku Abdul Rahman, Zainol Abidin Abdul Rahman, berkata antara acara yang dijadualkan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini ialah ceramah, debat ala Parlimen, tayangan gambar dan Bicara Merdeka. Beliau berkata, memorial itu mendapat kerjasama daripada Kementerian Pendidikan dan Majlis Debat Antara Universiti (Madun) dalam menjayakan sebahagian besar program sepanjang bulan bersejarah ini. Katanya, sebahagian besar acara itu disertai murid, pelajar dan penuntut universiti tempatan pelbagai bangsa. "Memorial turut mendapatkan kerjasama daripada ahli politik veteran seperti Tan Sri Aishah Ghani, Tan Sri Musa Hitam dan Tan Sri Abdul Aziz Tapa untuk memberi ceramah berkaitan sejarah perjuangan kemerdekaan," katanya ketika ditemui di memorial itu, Rabu lalu. Menyingkap sejarah memorial itu, Zainol Abidin berkata, ia merangkumi tiga bangunan penting iaitu bangunan Residensi yang berusia lebih 100 tahun dan menjadi bangunan utama manakala dua bangunan baru di kiri dan kanan bangunan Residensi. Beliau berkata, Residensi itu disifatkan sebagai tempat bersejarah bagi Tunku dan beliau menduduki rumah itu di antara 1956 dan 1972, iaitu selepas bersara daripada jawatan Perdana Menteri. Katanya, kawasan memorial seluas kira-kira 1.2 hektar itu menyimpan 120,000 unit bahan dan koleksi milik Tunku sepanjang menjadi Perdana Menteri. Pengunjung memorial turut berpeluang melihat biografi Tunku yang disediakan dalam bentuk audio visual, artifak, gambar dan dokumen. Pameran tetap juga merangkumi bahan berkaitan falsafah hidup Tunku yang meliputi konsep keamanan dan perpaduan, kemanusiaan, kebebasan, demokrasi dan pembina bangsa selain pameran Tunku dan media massa. "Memorial ini turut menjadi sebahagian daripada produk pelancongan dan pusat kajian serta penyelidikan bagi mereka yang ingin mengetahui sejarah perjuangan kemerdekaan dan pemikiran Tunku. "Memorial ini turut menjadi tumpuan pelajar institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara yang ingin mengkaji sejarah kemerdekaan negara," katanya sambil menunjukkan pen Parker 61 yang digunakan oleh Tunku untuk menandatangani buku perisytiharan kemerdekaan. Beliau turut menunjukkan meja berbentuk empat segi dan berkaki empat yang digunakan oleh Tunku ketika menandatangani buku itu. Senjata tajam seperti tombak dan keris adalah antara koleksi yang boleh ditemui di ruang tamu atau Bilik Cairo yang menempatkan set sofa berwarna

Page 41: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

7 http://blis.bernama.com

putih dan sering menerima kunjungan tetamu dari luar negara. (END) Source : Berita Minggu

Sejarah di sebalik Memorial Tunku Abdul Rahman

Date: 21-01-2001 Author: Hafizah Iszahanid SELAIN keamanan dan perpaduan kaum yang dirintis Tunku Abdul Rahman, bekas kediaman Tunku yang menjadi sebahagian daripada Memorial Tunku Abdul Rahman di ibu negara terus menjadi saksi jasa tokoh negarawan itu. Kediaman Tunku di Jalan Datuk Onn bukan sekadar tempat berteduh seorang pemimpin, tetapi turut menyimpan sejarah pembentukan sebuah negara. Di situlah masa depan negara diperhitungkan. Sejarah kediaman rasmi Tunku bermula sejak zaman pentadbiran Inggeris. Ketika itu ia kediaman rasmi Residen Inggeris di Selangor. Kediaman rasmi residen sebelum itu di Klang. Residen Inggeris, Kapten W Bloomfield Douglas memindahkannya ke Kuala Lumpur dan didirikan di Jalan Brockman (sebelum ditukar nama kepada Jalan Datuk Onn pada 1963). Sekitar 1888, ketika zaman pentadbiran Sir Frank Swettenham, kediaman itu dibina semula, tetapi ciri-ciri utama bangunan berkenaan tidak diubah. Malah, ia didirikan di atas tapak yang sama. Proses pembinaan keseluruhan kediaman itu hanya siap setahun kemudian dan dijadikan kediaman rasmi residen Inggeris sehinggalah meletusnya Perang Dunia Kedua. Tunku kemudiannya mengambil alih kediaman itu pada era pasca kolonialisme ketika menjadi Perdana Menteri daripada 1956 sehinggalah beliau bersara pada 1970. Sewaktu menetap di situ, kediaman berkenaan bukan saja menjadi kediaman keluarga tetapi di situ juga Tunku melayan tetamu negara. Malah, kerana kekurangan prasarana ketika itu kebanyakan tetamu negara menginap di kediaman Tunku sepanjang lawatan. Kediaman dua tingkat itu terbahagi kepada beberapa bilik dengan bilik tidur utama yang menempatkan dua katil bujang berkelambu di tingkat atas begitu juga dengan bilik tetamu. Di bilik tidur utama juga ada sebuah meja bulat dengan empat kerusi yang diletakkan di anjung luar bilik tidur dan digunakan Tunku untuk minum pagi dan petang sebelum bermain golf. Di tingkat bawah menyediakan sebuah bilik serba indah dengan hiasan kerusi berwarna putih berbunga biru yang dibawa dari Kaherah. Malah bilik itu dinamakan sebagai bilik Cairo. Bilik berkenaan dianggap penting kerana di situlah tempat pertemuan rasmi atau tidak rasmi dengan tetamu luar negara. Di tingkat bawah juga ditempatkan bilik makan dengan meja panjang untuk 30 orang. Ia sering digunakan untuk majlis makan rasmi negara dan juga ketika ada mesyuarat tergempar kabinet terutamanya selepas waktu pejabat dan di sebelah malam. Tunku juga mempunyai bilik pejabat peribadi yang berasingan dengan bilik pejabat hariannya. Pejabat itu hanya mempunyai sebuah meja tulis dan kerusi, kabinet besi dan dua buah kerusi tetamu yang digunakan oleh setiausaha peribadi beliau. Ketika Tunku merasmikan pejabat lama beliau pada 1978, Tunku meminta bekas kediamannya itu dikekalkan dan dijadikan khazanah negara. Hari ini kediaman yang bertukar menjadi Memorial Tunku Abdul Rahman itu sentiasa meriah menerima kunjungan. (END) Source : Berita Harian

Page 42: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

8 http://blis.bernama.com

Memorial Tunku Abdul Rahman diwujudkan di Alor Setar

Source:Utusan Malaysia Date: 22-05-2000 SUNGAI PETANI 21 Mei _ Kerajaan Kedah akan mewujudkan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bagi mengenang jasa dan pengorbanan bekas Perdana Men-teri pertama itu memerdekakan negara ini daripada cengkaman penjajah Inggeris. Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain berkata, sebuah banglo dua tingkat yang sebelum ini milik seorang pengurus bank di Lorong Menteri, Jalan Sultanah, Alor Setar akan dijadikan bangunan memorial itu. Beliau berkata, bangunan itu akan diubah suai bagi menempatkan barangan dan gambar yang berkaitan dengan sejarah hidup Tunku Abdul Rahman sejak kecil hingga dewasa. ``Keputusan untuk mewujudkan memorial itu telah mendapat kelulusan mesyuarat Exco kerajaan negeri, Rabu lalu,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar Ke Arah Pemesatan Pembangunan Sektor Perumahan Negeri Kedah di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Kampus Wilayah Utara di sini, hari ini. Syed Razak memberitahu, Unit Perancang Ekonomi Negeri telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kerja-kerja mengubah suai bangunan itu yang dijangka memakan masa selama enam bulan. Katanya, bangunan yang terletak berhadapan dengan Istana Pelangi itu dipilih kerana reka bentuk klasiknya yang bercirikan kolonial. ``Kita merasakan perlu untuk mewujudkan sebuah memorial bagi Tunku Abdul Rahman walau pun rumah kelahirannya dipelihara di Balai Besar, Alor Setar,'' katanya. Bagi tujuan tersebut, menurut beliau, kerajaan negeri sedang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan peruntukan bagi mewujudkan memorial berkenaan. Dengan wujudnya memorial itu, beliau menjelaskan, Kedah kini mempunyai dua bangunan sejarah bagi Perdana Menteri Malaysia termasuk Rumah Kelahiran Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Jalan Pegawai, di sini. (Source : Utusan Malaysia)

Page 43: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

9 http://blis.bernama.com

MAJLIS PERASMIAN MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA

Date: 10-11-1994 Speaker: DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD UCAPAN OLEH: DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD ( PERDANA MENTERI ) UPACARA: MAJLIS PERASMIAN MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA TEMPAT: JALAN DATO ONN, KUALA LUMPUR TARIKH: 10 NOV 1994 MASA: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Memorial Kebangsaan kerana menjemput saya untuk merasmikan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra pada hari ini. 2. Sesuai dengan majlis pada pagi ini, izinkan saya juga mengucapkan setinggi terima kasih kepada keluarga Almarhum Tunku yang telah dengan ikhlas hati menyerahkan segala khazanah dan bahan-bahan sejarah milik Tunku untuk dijadikan bahan pameran Memorial ini. Sumbangan itu merupakan khazanah negara yang tidak ternilai daripada segi sejarah. Tanpa sumbangan ikhlas daripada keluarga Almarhum Tunku, tidak mungkin Memorial ini dapat dilengkapkan seperti yang kita saksikan pada hari ini. 3. Pada 7 Julai 1992 kita telah melancarkan projek untuk mengadakan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra bagi mengenang jasa dan sumbangan Almarhum kepada bangsa dan negara. Pada hari ini kita berkumpul pula untuk perasmian Memorial ini. 4. Saya difahamkan bahawa Memorial yang tersergam indah ini dibina dengan harga RM30 juta di atas tapak seluas lima ekar. Perbelanjaan Memorial ini adalah daripada sumbangan Kerajaan dan orang ramai, terutama syarikat-syarikat swasta. Memorial ini adalah satu lagi bukti dan contoh kerjasama di antara rakyat dengan Kerajaan yang selaras dengan konsep Persyarikatan Malaysia. 5. Malaysia harus berbangga kerana Memorial ini merupakan Memorial yang terbesar di dunia jika dibandingkan dengan 'Presidential Library' di Amerika, terutamanya 'Ronald Reagan Memorial dan Richard Nixon Memorial'. Ini adalah dilihat daripada segi pengumpulan bahan-bahan yang dikaitkan dengan Tunku yang berjumlah lebih daripada 80,000 bahan serta ruang pameran dan bangunan yang seluas 110,000 kaki persegi. 6. Sebagai satu bangsa yang dihormati dan berdaulat, kita harus sentiasa menghargai sumbangan mereka yang berjasa kepada bangsa dan negara. Tidak siapa dapat mempertikaikan

Page 44: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

10 http://blis.bernama.com

bahawa Tunku Abdul Rahman Putra-lah yang begitu berjasa kepada negara dan merupakan negarawan yang ulung di negara ini. 7. Almarhum Tunku, negarawan yang telah melalui berbagai-bagai liku rintangan dalam perjuangannya untuk mencapai kemerdekaan secara aman, telah berjaya membuktikan bahawa pendekatannya bukan sahaja lebih sihat tetapi juga boleh berjaya. Pada 31 Ogos 1957 maka merdekalah Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian pada tahun 1963 perjuangannya untuk membentuk Malaysia juga tercapai. Asas sistem demokrasi dan perpaduan kaum yang unik seperti yang kita amalkan sekarang telah diilhamkan dan dibentuk oleh Tunku Abdul Rahman melalui suatu proses yang tidak mudah. Semua ini terpapar dalam Memorial Tunku Abdul Rahman Putra. 8. Memorial ini juga diharapkan dapat berperanan sebagai Pusat Penyelidikan mengenai Almarhum Tunku bagi para penyelidik dari dalam dan luar negara. Memorial ini menyediakan segala bahan penyelidikan bermula dari kelahiran, kehidupan harian, sikapnya semasa menjadi anggota Kedah Civil Service, perjuangannya mencapai kemerdekaan, pembinaan bangsa, kegiatannya di dalam dan luar negara hingga ke saat pemergiannya. Saya percaya Memorial ini juga dapat berperanan sebagai satu daya tarikan pelawat-pelawat dari dalam dan luar negara. 9. Sumbangan Tunku terhadap bangsa, agama dan negara bukannya sedikit. Almarhum Tunku mula memperjuangkan bangsanya apabila beliau menjadi Penolong Pegawai Daerah. Berbagai-bagai usaha telah dilakukan oleh Almarhum Tunku untuk menarik perhatian penjajah terhadap kepentingan kaum bangsanya. Bermula dari sinilah Almarhum Tunku melihat betapa perlunya negara ini diperintah oleh bangsanya sendiri, sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Ini dapat dilihat daripada beberapa kenyataan Tunku berhubung dengan kedaulatan sesuatu bangsa dan negara. Sebagai contoh Tunku pernah mengatakan bahawa "Negara ini diterima daripada Melayu, maka patutlah diserahkan balik kepada Melayu. Tetapi kita mestilah ingat sekiranya kita hendak timbang menimbang di atas perasaan-perasaan hawa nafsu bangsa-bangsa asing, apakah yang akan jadi kepada bangsa Melayu kita dan apakah maknanya yang terkandung di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu? Ini negeri hak Melayu dan berilah kelebihan kepada Melayu." Keutamaan kepada kaum bangsanya tidaklah sehingga menidakkan hak orang lain. Hanya yang dituntut ialah kelebihan kepada pemilik asal negara ini untuk memastikan mereka mempunyai tempat dalam negara mereka. 10. Pembangunan yang kita kecapi hari ini tidak mungkin kita nikmati tanpa perjuangan awal Almarhum Tunku untuk membebaskan rakyat daripada belenggu penjajahan dan menyatukan berbagai-bagai kaum di Malaysia. Sikap perkauman dan bermusuhan antara kaum dikikis dan diganti dengan sikap toleransi, kompromi dan saling menghormati antara satu sama lain. Untuk tujuan ini Almarhum Tunku telah membentuk Parti Perikatan, yang menyatukan tiga parti yang mewakili tiga kaum yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu iaitu UMNO, MCA dan MIC, menyatukan mereka sebagai satu bangsa Malaya dengan menggunakan satu bahasa, iaitu Bahasa Kebangsaan yang

Page 45: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

11 http://blis.bernama.com

dapat difahami oleh semua kaum dan mengurangkan prasangka yang wujud serta menyatukan berbagai-bagai bangsa sebagai satu `Bangsa Malaysia' yang merdeka dan berdaulat. Walaupun pada tahun 1969 berlaku rusuhan kaum, tetapi Almarhum Tunku telah terus berpegang kepada prinsip-prinsip perjuangannya dan menyumbang kepada usaha membendung masalah tersebut dalam jangkamasa yang singkat. Prinsip-prinsip Tunku jugalah yang membawa kepada pembentukan Barisan Nasional. 11. Kita beruntung kerana pada hari ini kita dapat hidup dalam keadaan aman dan makmur, berkat asas perpaduan yang dimulai oleh Almarhum Tunku dan diwariskan kepada pengganti-penggantinya. Di seluruh dunia, persengketaan, perang saudara dan permusuhan antara kaum sering dan masih berlaku, dengan meragut ratusan ribu nyawa serta memusnahkan banyak harta benda. Jika kita tidak mengalami nasib yang sama, sebabnya ialah adanya asas toleransi dan perpaduan kaum yang disemai oleh Almarhum Tunku. 12. Mewujudkan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra bukanlah sesuatu yang mudah. Ia telah dibina hasil daripada gabungan usaha Kerajaan dan rakyat terutamanya peniaga dan pengusaha negara kita dengan tujuan yang sama, iaitu untuk memperingati seorang bekas Perdana Menteri dan memperlihatkan kepada rakyat dan generasi akan datang tentang perjuangan, pengorbanan, harapan serta aspirasi seorang pemimpin terhadap negara, bangsa dan agama yang dicintainya. Bahan-bahan yang dipamerkan ini merupakan satu peninggalan sejarah, sejarah yang dicipta dan dibina oleh seorang negarawan yang berjiwa besar yang tidak boleh dilupai atau dipisahkan daripada sejarah negara. 13. Jika kita ingin jadikan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra ini sebagai satu monumen yang boleh dibanggakan dan dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat dan pelawat dari luar, ia perlu diurus dengan cekap dan dilengkapi dengan kepakaran serta pembiayaan yang cukup untuk penyelenggaraannya. Kita bersyukur kerana sumbangan daripada rakyat dan sektor swasta telah menjayakan projek ini. Mereka di kalangan rakyat Malaysia yang mampu hendaklah membantu memelihara Memorial ini. Sumbangan ini akan membuktikan bahawa rakyat Malaysia menghargai jasa-jasa Almarhum Tunku. Sumbangan kepada Tabung Amanah Memorial Tunku Abdul Rahman Putra akan digunakan untuk menyelenggarakannya dengan baik. 14. Walaupun tidak semua bahan mengenai Almarhum Tunku dapat dipamerkan di Memorial ini kerana ruangan yang terhad, namun dengan inisiatif dan kreativiti pihak Arkib Negara Malaysia, bahan-bahan yang terbaik dan menepati mesej penting telah dipilih dan dipamerkan. Mungkin juga khazanah Almarhum ini akan dipamerkan berganti-ganti. 15. Saya berharap pameran di Memorial ini dapat menarik minat orang ramai terutama generasi muda yang bakal mewarisi negara. Semoga mereka dapat mengenal dan mempelajari pengalaman daripada sejarah agar semangat cintakan tanah air akan tersemai subur. Dengan ini mereka akan mempunyai kesedaran betapa pentingnya peristiwa sejarah dijadikan garis panduan dalam membangunkan bangsa dan negara.

Page 46: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

12 http://blis.bernama.com

16. Dengan harapan ini dan dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah, saya dengan sukacitanya merasmikan Memorial Tunku Abdul Rahman Putra. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

RAJA PERMAISURI AGONG LAWAT MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG

Date: 04-04-2001 Author: / ZZ MZM LAT SUNGAI PETANI, 4 April (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah hari ini melawat Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok dekat sini. Semasa lawatan itu, baginda diberi taklimat mengenai muzium oleh Pengarah Arkeologi dan Antikuiti Jabatan Muzium Negara Kamaruddin Zakaria. Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang dibuka secara rasmi pada 1980, antara lain mempamerkan pelbagai artifak seperti porselin, tembikar tanah, serpihan kaca, manik dan seramik Parsi. Secara purata terdapat 1,000 artifak yang dipamerkan di muzium itu. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Tuanku Siti Aishah kini dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke negeri ini sejak Isnin lepas. -- BERNAMA ZZ MZM LAT

35,000 melawat Muzium Arkeologi Lembah Bujang sepanjang empat hari

Source:Utusan Malaysia Date: 18-12-2002 SUNGAI PETANI 17 Dis. _ Lebih 35,000 orang berkunjung sepanjang empat hari program `Jom Ke Lembah Bujang' di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok dekat sini yang berakhir Ahad lalu. Pengarah Jabatan Muzium dan Antiquiti Wilayah Utara, Zulkifli Jaafar berkata, sebahagian pengunjung program tersebut melibatkan pelancong dari luar Kedah termasuk luar negara. Menurutnya, sebanyak 7,500 orang daripada pengunjung itu pula melawat Muzium Arkeologi pada sepanjang tempoh itu. "Jumlah pelawat muzium tersebut dalam tempoh itu tinggi memandangkan purata pelawat sebelum ini ialah 500 orang sehari,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Perlumbaan Zulkifli berkata, antara acara-acara menarik lain yang diadakan pada

Page 47: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

13 http://blis.bernama.com

sepanjang program `Jom Ke Lembah Bujang' ialah perlumbaan motosikal Merbok International Enduro 2002, pameran jabatan dan agensi kerajaan, serta persembahan kebudayaan, jejak warisan, kuiz Lembah Bujang dan teka seramik yang dipamerkan. Katanya, program tersebut diperkenalkan untuk menggalakkan lebih banyak pelancong domestik dan luar negara berkunjung ke Muzium Arkeologi dan kawasan sekitarnya yang kaya dengan khazanah sejarah silam. Menurut beliau, pada masa hadapan program tersebut dirancang melibatkan tempat-tempat menarik lain di Lembah Bujang yang mempunyai keluasan kira-kira 250 kilometer persegi. Selain itu tambahnya, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai, Rosnah Abdul Majid sebelum ini juga telah menyatakan perlumbaan Merbok International Enduro akan diadakan sebanyak tiga kali pada tahun depan. Katanya, penganjuran sukan bertaraf antarabangsa di trek kawasan hutan Muzium Arkeologi ini dijangka dapat menarik lebih banyak pelawat ke muzium tersebut. (Source : Utusan Malaysia)

MENARA ALOR SETAR LANJUT OPERASI PADA MUSIM PERAYAAN

Date: 01-08-2013 Author: / PNAMN KAY RAM MENARA-ALOR SETAR ALOR SETAR, 1 Ogos (Bernama) -- Menara Alor Setar akan melanjutkan operasinya pada musim perayaan Aidilfitri, bermula hari raya pertama sehingga 18 Julai. Menara Alor Setar dalam kenyataan di sini hari ini memberitahu, pada hari raya pertama, ia dibuka mulai 11 pagi hingga 12 malam manakala pada hari raya kedua sehingga 18 Ogos, bermula 9 pagi hingga 12 malam. Pada hari biasa menara akan beroperasi mulai 8.30 pagi hingga 10.30 malam bertujuan memberi peluang kepada orang ramai yang bercuti panjang terutamanya di Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah, untuk melawatnya. -- BERNAMA PNAMN KAY RAM

Page 48: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

14 http://blis.bernama.com

MENARA ALOR SETAR USAHA TARIK LEBIH RAMAI PELANCONG THAI

Date: 30-03-2012 Author: / MKF KAY SN MENARA-PROMOSI ALOR SETAR, 30 Mac (Bernama) -- Menara Alor Setar sedang menggiatkan usaha membawa lebih ramai pelancong Thailand melawat menara itu dengan promosi awal dijalankan di wilayah Satun. Pengurus Besar Menara Alor Setar Hariyati Tahir berkata beliau dan kakitangan Menara Alor Setar telah membuat kunjungan ke Pejabat Gabenor Wilayah Satun, wilayah selatan Thailand, pada 26 dan 27 Mac lepas dalam usaha mempromosikan pakej melawat menara itu. Hariyati berkata walaupun perjumpaan mereka selama tiga jam hanya dihadiri Timbalan Gabenor Wilayah Satun Krittipong Kongkeng dan ejen pelancongan tempatan Thailand, pihak di Thailand bersetuju untuk membawa pelancong mereka ke negeri ini dalam tempoh terdekat. "Kami dimaklumkan gabenor mereka berminat untuk melawat menara Alor Setar dan negeri ini," katanya kepada Bernama di sini. Beliau berkata keindahan permandangan dari atas Menara Alor Setar menarik minat Gabenor Wilayah Satun Thisan Thonglert untuk melawat menara kedua tertinggi di Malaysia itu dalam tempoh terdekat ini. Beliau berkata hasil lawatannya juga secara tidak langsung dapat mempromosi negeri ini kepada rakyat Thailand yang bukan sahaja mahu melawat Menara Alor Setar tetapi juga tempat tarikan pelancongan dan bersejarah lain serta pusat sains negeri yang terletak di Gunung Keriang di sini. Hariyati berkata selain itu Menara Alor Setar turut menawarkan kepada ejen pelancongan Thailand untuk menjadikan menara itu sebagai hub dan destinasi yang perlu disinggah serta dilawati sebelum bergerak ke lokasi lain. "Kami juga akan sediakan pemandu pelancong kepada rombongan pelancong Thailand secara percuma bagi menerangkan dengan lebih terperinci mengenai tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Zahir dan Muzium Diraja kepada mereka," katanya. Beliau berkata pihaknya juga akan menawarkan komisen kepada pemandu pelancong dari Thailand sebagai insentif dan galakkan kepada mereka dalam usaha menarik pelancong negara mereka ke negeri ini terutamanya ke Menara Alor Setar. -- BERNAMA MKF KAY SN

Page 49: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

15 http://blis.bernama.com

PERSEMBAHAN RAKYAT DI MENARA ALOR SETAR

Date: 19-01-2012 Author: / ASMA KAY KLS MENARA-PERSEMBAHAN RAKYAT ALOR SETAR, 19 Jan (Bernama) -- Menara Alor Setar akan mengadakan program Persembahan Rakyat sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan juga Sambutan Tahun Baru Cina Sabtu ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam dan Acara Menara Alor Setar, antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang berlangsungnya program itu ialah sukaneka keluarga seperti rebut kerusi bermuzik, mencari gula-gula dalam tepung, baling gelung, musang berjanggut dan isi air dalam botol. Semua acara itu akan bermula pada pukul 10 pagi dan dijangka berakhir pada 7 petang. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara tersebut. Pada sebelah malamnya, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan pentas seperti nyanyian daripada artis undangan iaitu Ali Terra Rossa, Afee Utopia dan Royce Saayan serta persembahan 'live band' tempatan dan dijangka berakhir pada pukul 1.30 pagi. Gerai-gerai jualan turut akan dibuka sepanjang hari tersebut. Orang ramai yang mahu menikmati panorama indah bandar raya Alor Setar dari ketinggian 88 meter dari aras laut, mereka boleh ke ruang pemerhati dengan harga tiket RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. -- BERNAMA ASMA KAY KLS

Page 50: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

16 http://blis.bernama.com

PROMOSI MENARA ALOR SETAR TUMPU ASPEK PELANCONGAN PENDIDIKAN

Date: 05-02-2010 Author: / AMA SMS AZH ALOR SETAR-MENARA ALOR SETAR, 5 Jan (Bernama) -- Usaha-usaha mempromosi Menara Alor Setar akan ditumpukan kepada pendekatan berbentuk pelancongan pendidikan, selaras dengan kewujudan banyak bangunan serta monumen bersejarah di bandar raya ini. Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Datuk Zulkifli Mohamad berkata promosi yang dijalankan bukan sahaja disasarkan untuk menarik kunjungan pelajar tempatan, malah seluruh warga pendidik dan pelajar asing terutama dari negara jiran seperti Thailand. "Kami sudah rangka pelbagai program bagi menjayakannya sepanjang tahun ini," katanya ketika ditemui Bernama selepas majlis penutup program 'The First International Academic & Culture Festival', di menara Alor Setar di sini hari ini. Merujuk kepada program hari ini, beliau berkata Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd yang merupakan badan pengurus Menara Alor Star, menjemput kira-kira 100 orang pelajar serta guru dari Wichianchom School, Songkla Province, Thailand, untuk melihat pemandangan indah bandar raya. Katanya mereka turut dibawa melawat beberapa tempat menarik seperti Muzium Padi, sebagai sebahagian daripada program yang dirangka khusus bagi menarik ketibaan lebih ramai pelancong dari luar negara menerusi pakej pelancongan pendidikan. -- BERNAMA AMA SMS AZH

Page 51: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

17 http://blis.bernama.com

DR MAHATHIR RASMI MENARA ALOR SETAR KHAMIS INI

Date: 12-08-1997 Author: / MN NMO Mahathir-Menara ALOR SETAR, 12 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad akan merasmikan Menara Alor Setar, menara kedua tertinggi di negara ini semasa lawatan kerja sehari ke Kedah, Khamis ini. Upacara perasmian menara ke-13 tertinggi di dunia yang dimiliki oleh Telekom Malaysia itu akan turut dihadiri Menteri Tenaga, Telekom dan Pos Datuk Leo Moggie. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Perhubungan Korporat Telekom, menara telekomunikasi terletak di Lebuh Raya Darul Aman, di sini dengan ketinggian mencecah 165.5 meter itu merupakan mercu tanda bagi bandar Alor Setar. Menara yang dianggap "adik' Menara Kuala Lumpur itu mula dibina pada 1994 dan dibuka kepada orang ramai mulai Februari lepas. Dari ruang pemerhati yang terletak di aras 88, orang ramai dapat melihat kehijauan bandar Alor Setar yang dikelilingi sawah padi dan menyaksikan pemandangan sehingga ke Selat Melaka. Selain merasmikan menara itu, Dr Mahathir mempunyai aturcara ketat sepanjang lawatan itu. Menteri Besar Tan Sri Sanusi Junid berkata, Perdana Menteri dijadualkan melawat Rumah Rakan Kedah di Jalan Sultanah yang dijadikan pusat media dan kemudiannya melawat bangunan baru Muzium Negeri, di sini yang baru siap dibina. Pada tengah hari, beliau akan meninjau projek pembinaan Tangga Kenari-Seribu Tahun di Gunung Jerai diikuti jamuan bersama penduduk di daerah Yan, katanya. Projek Tangga Kenari-Seribu Tahun adalah pembinaan lebih 10,000 anak tangga dari kaki Gunung Jerai yang bermula di Titi Hayun, Yan sehingga ke puncaknya. Kini, lebih 400 anak tangga telah dibina dan apabila siap kelak bakal mencatatkan rekod dunia sebagai bilangan anak tangga yang terbanyak. Sebelah petang, Dr Mahathir akan melawat daerah Kubang Pasu serta bermesra dengan penduduk-penduduk di situ pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, di Dewan Jitra. -- BERNAMA MN NMO

Page 52: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

1 http://emedia.com.my/

Headline: Tenang,mendamaikan Publication: BM Date of publication: Mar 23, 2014 Section heading: Kembara Page number: 010 Byline / Author: Oleh Nur Syazwana Mansor

Panorama indah alam semula jadi dihiasi kecantikan bukitbukau dan kesegaran tumbuhan menghijau, selain pemandangan air tasik bersih kehijauan, memukau hati penulis sewaktu kali pertama menjejak kaki ke D' Puncak Bris Lake Resort, di Tasik Beris, di Sik, Kedah. Suasananya yang jauh dari bandar besar, menjadikan percutian di tasik ini seperti berada di kampung. Memang tenang terutama pada waktu malam, menjadikan ia sangat sesuai untuk mereka yang ingin mencari tempat berehat yang mendamaikan. Pada waktu pagi pula, boleh melakukan senaman ringan di pinggir tasik sambil menghirup udara segar. Mengakui kali pertama berkunjung ke sana atas urusan kerja, namun keindahan Tasik Beris seolah-olah menggamit penulis untuk berkunjung semula, sekali gus mendalami tarikan itu secara lebih mendalam. Destinasi pilihan Anda juga berpeluang melawat Ladang Anggur Tasik Beris yang terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong di Kedah dan pastinya bermalam di D' Puncak Bris Lake Resort wajar menjadi pilihan agar dapat menikmati percutian yang lebih menyeronokkan. Terletak kira-kira lima kilometer dari ladang berkenaan, perjalanan ke sana sangat mudah kerana tidak perlu berhadapan kesesakan lalu lintas. Hanya 20 minit perjalanan dari pekan Sik, kira-kira 45 minit dari susur keluar Lebuh Raya Gurun dan kira-kira 1 jam 45 minit perjalanan dari Alor Setar atau Sungai Petani. Kunjungan kali ini mendapat bantuan Pemilik D' Puncak Beris Lake Resort, Abdul Rashid Abdullah, 53, yang tidak lokek membawa penulis melawat lokasi tarikan sekitar resort berkenaan, sambil diselangi penerangan bermakna tentang sejarah dan kepelbagaian aktiviti menarik yang ditawarkan di situ. Enam kampung ditenggelamkan Daripada cerita Abdul Rashid, Tasik Beris adalah tasik buatan manusia yang terbentuk hasil pembinaan empangan dengan keluasan 116 kilometer persegi bertujuan membekalkan sumber air bagi keperluan pengairan, kegunaan domestik dan industri untuk kawasan di sekitar Lembah Sungai Muda di Kedah dan Pulau Pinang. Oleh yang demikian, 400 keluarga mendiami kawasan Kampung Sungai Batang, meliputi Kampung Kuala, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Paya dan Kampung Besar, dipindahkan ke penempatan lain, iaitu di Bandar Baru Beris Jaya di Sik, manakala sebuah sekolah terpaksa ditenggelamkan bagi tujuan pembinaan empangan berkenaan.

Page 53: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

2 http://emedia.com.my/

Tidak hairanlah keindahan terbentuk di kawasan berkenaan secara tidak langsung memberi peluang kepada penduduk tempatan dan pengusaha resort membangunkan kawasan berkenaan sebagai lokasi percutian yang menarik untuk dilawati. Harga berpatutan D' Puncak Beris Lake Resort menyediakan 28 ruang penginapan selesa pada harga berpatutan iaitu RM80 untuk satu bilik atau RM40 seorang bagi pelajar dari sekolah atau pusat pengajian yang ingin mengadakan aktiviti perkhemahan di situ dan ia boleh memuatkan kira-kira 200 pengunjung pada satu masa. Selain itu, ada beberapa kemudahan lain disediakan di situ seperti dewan terbuka, surau, tandas awam, kantin dan kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa. Menariknya, D' Puncak Beris Lake Resort bukan sekadar menawarkan penginapan pada harga berpatutan untuk pelancong beristirahat, malah menawarkan pelbagai aktiviti menarik bagi memenuhi percutian di sana. Daging rusa terbaik dari kandang Bagi penggemar aktiviti sukan air, resort ini menawarkan enam jenis aktiviti air seperti berenang merentas tasik, berakit, kayak, bersiar-siar dengan bot, memancing dan belayar di sekitar tasik dengan menaiki Star Cruise ala kampung. Menurut Rashid, kebanyakan pengunjung gemar memilih menjalankan aktiviti mereka ketika berada di atas `Star Cruise ala kampung' yang boleh memuatkan seramai 40 orang pada satu masa. "Kami turut menyediakan pakej BBQ di atas Star Cruise dan pelancong yang mengambil pakej ini berpeluang untuk membuat BBQ sambil belayar mengelilingi Tasik Beris," katanya. Selain aktiviti di kawasan tasik, pihak resort turut menawarkan aktiviti lain seperti perkhemahan, meredah hutan, flying fox dan juga Safari Malam. Kuda jinak Penulis yang berpeluang merasai sendiri pengalaman itu, teruja sebaik melihat gelagat sepasang kuda padi jinak diberi nama Julia dan Hamzah. Sebuah zoo mini di resort ini yang menempatkan kira-kira 10 haiwan seperti burung merak, rusa, burung unta dan angsa. Menurut Rashid, aktiviti Safari Malam akan disediakan dengan permintaan pengunjung dibawa menaiki jentera khas mengelilingi kawasan mini zoo. Masakan ala kampung Dari aspek makanan pula, sememangnya kawasan berkenaan tidak mempunyai banyak pilihan kedai makan, namun pihak resort menyediakan restoran yang membolehkan

Page 54: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

3 http://emedia.com.my/

pelancong menikmati pelbagai jenis masakan ala kampung. Tambah menarik, pelancong berpeluang menikmati pelbagai hidangan berasaskan daging kambing atau rusa kerana pihak resort turut membela kambing dan rusa bagi tujuan berkenaan pada harga RM400 hingga ke RM1,000 bagi kambing dan RM1,500 ke atas bagi rusa termasuk upah sembelih serta memasak. Ternyata sekali memang puas bermalam dan berehat di sini kerana selain menikmati keindahan alam, dapat juga meredakan fikiran kerana kedudukannya yang tenang, jauh daripada hirukpikuk kota. INFO D' Puncak Beris Lake Resort - Cara ke sana: 20 minit perjalanan dari pekan Sik, 45 minit dari susur keluar Lebuh Raya Gurun dan 1 jam 45 minit dari Alor Setar atau Sungai Petani. - Kadar bayaran Masuk : Percuma Bot : RM10 seorang Kayak : RM10 sejam Berkelah : RM5 satu keluarga Memancing : RM3 tanpa had masa - Hubungi: D'Puncak Bris Lake Resort, Tasik Beris, 08200 Sik, Kedah Darul Aman - Tel: 013-429-0084

Page 55: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

4 http://emedia.com.my/

Headline: Sejarah, mitos Baling Publication: BM Date of publication: Mar 16, 2014 Section heading: Kembara Page number: 010 Byline / Author: Oleh Zulhilmi Hat

Baling pernah dikaitkan dengan dua teori asal usul kewujudan daerah kedua terbesar di Kedah iaitu peristiwa Raja Ong Maha Perita atau Raja Bersiong dan perkataan Siam (Thailand) Ban-Lin bermaksud Kampung Kera yang masih dipercayai sehingga hari ini. Teori pertama menurut Hikayat Merong Mahawangsa mengisahkan Raja Bersiong dari keturunan Merong Maha Wangsa yang gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia dan dianggap bersikap kejam. Baginda terpaksa melarikan diri dan mencabut gigi siong lalu membaling gigi itu akhirnya dikenali sebagai Baling. Manakala, teori kedua dikaitkan perkampungan Siam dan Burma (Myanmar) diserang oleh kera yang memusnahkan hasil tanaman penduduk. Susulan itu, penduduk menamakan penempatan mereka itu sebagai Ban-Lin. Ban dalam bahasa Siam bermaksud Kampung, manakala Lin pula kera atau Kampung Kera. Teori nama Baling Untuk disesuaikan dengan penduduk yang bertutur dalam bahasa Melayu loghat Kedah, sebutan Ban-Lin lama kelamaan bertukar menjadi Baling. Sebenarnya teori terbabit adalah cerita lisan yang diwarisi masyarakat di beberapa daerah tertentu di Kedah. Kisah ini diceritakan turun temurun sejak dulu lagi hing-galah ke beberapa generasi terutamanya di dalam daerah Baling ini sendiri. Namun begitu, daerah yang mempunyai keluasan 1,530 kilometer persegi turut mempunyai sejarah pahit tersendiri iaitu peristiwa Rundingan Baling 1955, Ancaman Komunis 1972 dan Peristiwa Memali 1985 yang masih terpahat di hati penduduk daerah Baling. Hari ini, Baling yang mempunyai lapan mukim semakin tersohor seperti daerah lain iaitu Alor Setar, Kubang Pasu, Yan, Kulim, Pokok Sena, Sik, Bandar Baharu, Langkawi dan Padang Terap yang mempunyai keunikan tempat pelancongan dan tidak terdapat di negeri lain. Majlis Daerah Baling (MDB) sudah mula memajukan beberapa tempat menarik untuk dijadikan destinasi pelancongan. Ini termasuk menaik taraf Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong. Sejak 1998, MDB sudah membelanjakan kira-kira RM4.5 juta untuk menjadi pusat rekreasi air panas semula jadi itu sebagai destinasi pelancongan berkonsepkan kekeluargaan. Pekan lama dan baharu Tidak dinafikan bandar Baling hari ini sudah maju dan pesat membangun. Bagaimanapun, di

Page 56: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

5 http://emedia.com.my/

sebalik kepesatan itu, keadaan pekan lama masih kekal. Kepada pengunjung yang suka membeli-belah, pekan Baling Lama menjadi destinasi yang wajib dikunjungi kerana terkenal sebagai pusat membeli peralatan dapur seperti periuk, belanga, barangan plastik dan pakaian pada harga sangat berpatutan. Oleh kerana tidak jauh dengan Pangkalan Hulu, Perak, tidak hairanlah penjual berani menjual barangan pada kadar lebih baik dari tempat lain. Di pekan lama ini juga, mereka yang mencari makanan unik patut mencuba nasi hujan panas, nasi ayam periuk besar dan sate mamak yang boleh didapati di Baling. Galeri Rundingan Baling Daerah Baling juga agak sebati dengan sejarah pertempuran pasukan keselamatan negara dengan pengganas komunis. Ketika zaman darurat sehingga sekitar lewat 70-an, penduduk Baling sudah biasa mendengar bunyi letupan bom dan tembakan. Penduduk ketika itu juga kerap melihat angkatan tentera negara berkumpul dengan kelengkapan senjata di pekan Baling sebelum meneruskan operasi sama ada di Grik atau Pangkalan Hulu (dulu dikenali sebagai Kroh). Untuk pengunjung yang menyukai sejarah Baling, Sekolah Kebangsaan Tunku Putra menyimpan kisah Rundingan Baling 1955 membabitkan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dengan Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dan Rashid Maidin. Disebabkan ia memberi nilai sejarah yang besar kepada negara, tempat rundingan itu dilakukan masih dikekalkan. Ini termasuk mewujudkan Galeri Putera untuk memberi peluang kepada pelawat mendapatkan gambaran atau membayangkan suasana rundingan itu berlangsung. Jam simbol kemerdekaan Turut tersenarai tempat sejarah Baling ialah Menara Jam Baling yang terletak berhampiran Masjid Jamek Baling. Masjid itu juga dikenali sebagai Balai Jam Merdeka yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 25 Februari 1959. Menara ini dibina sebagai persiapan menyambut hari kemerdekaan Tanah Melayu dan hari ini dianggap simbol kemerdekaan yang terdapat di daerah Baling. Lapan kolam air panas semula jadi Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong berubah wajah dari masa ke semasa selepas proses menaik taraf dilakukan untuk dijadikan lokasi pelancongan terkenal di daerah Baling Setiausaha Majlis Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahya, berkata pusat rekreasi yang diambil alih oleh MDB sejak 13 tahun lalu, kini mengalami banyak perubahan dari segi kemudahan. Pelbagai kemudahan

Page 57: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

6 http://emedia.com.my/

"MDB mewujudkan pelbagai kemudahan untuk orang ramai, contohnya menaik taraf surau, tandas, bilik persalinan lelaki dan perempuan, menyediakan tempat makan dan terbaharu menyediakan tempat penginapan untuk pengunjung yang berhasrat bermalam di sini. "Kemudahan ini akan bertambah apabila MDB merancang untuk menjadikan pusat rekreasi ini sebagai taman tema mini dan mini I-City untuk menarik pengunjung datang sama ada siang atau malam," katanya. Ketika ini, lapan kolam air panas semula jadi dibina dengan ciri keselamatan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. "Kolam terbabit memiliki ciri keselamatan dengan dilampirkan batu marmar kalis licin pada setiap kolam mandi wanita, kanak-kanak dan terbuka. Kami merancang untuk membina 12 wakaf dalam masa terdekat bagi kemudahan tempat rehat untuk keluarga jika mereka tidak menginap di sini," katanya. INFO Baling - Baling adalah daerah kedua terbesar selepas Yan. - Daerah Baling bersempadan dengan Betong, dan Pangkalan Hulu, Perak - Keadaan muka bumi daerah Baling adalah tanah pamah di kawasan tengah manakala berbukit bukau di kawasan sempadan Thailand - Baling mempunyai lapan mukim iaitu Siong, Baling/Bongor, Pulai, Kupang, Tawar, Bakai dan Teloi Kanan - Baling turut mempunyai penduduk berketurunan Siam yang tinggal di Kampung Watt, Simpang Empat dan Tass. - Baling juga mempunyai penduduk Orang Asli yang tinggal di Kampung Legong - Gunung Baling yang terletak berhampiran Pekan Baling menjadi lokasi sukan lasak. (END)

Page 58: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

7 http://emedia.com.my/

Headline: Wajib singgah ke Galeri Putera Publication: HM Date of publication: Mar 13, 2014 Section heading: Variasi Page number: 004 Byline / Author: Oleh Suliati Asri

"TAK kenal maka tak cinta". Peribahasa ini sesuai bagi menggambarkan apa yang dimiliki daerah yang nyata antara destinasi pelancongan yang harus dikunjungi. Saat menyebut namanya, pelbagai soalan pasti dilontarkan dan mempersoalkan apa yang akan diperoleh saat berkunjung ke situ. Tetapi, apabila berkunjung ke sana, terlalu banyak yang boleh diceritakan mengenai daerah kedua terbesar di Kedah iaitu Baling. Eksplorasi Media Tahun Melawat Malaysia 2014: Alor Setar-Baling, Kedah memberi peluang penulis menerokai daerah ini dari pelbagai sudut. Kedudukan bersempadan dengan Thailand (Betong) dan Perak di sebelah Timur, daerah Sik dan Kuala Muda di barat dan daerah Kulim di Selatan, Baling nyata mempunyai tarikan pelancongan tersendiri. Berkeluasan 1,530 kilometer persegi, asal usul namanya mempunyai pelbagai versi menarik. Kononnya ada dua teori asal usul Baling. Pertama, nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa Raja Bersiong atau dikenali Raja Ong Maha Perita Deria. Baginda ialah raja keempat daripada keturunan Merong Mahawangsa yang gemar memakan sayur bayam dengan darah manusia. Kelakuan baginda dibenci rakyat menyebabkan baginda melarikan diri dari istana di Lembah Bujang. Ketika dalam kepungan, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi siung. Baginda dikatakan memulas keluar kedua-dua siung di suatu tempat dan membaling gigi itu ke tempat yang kini dikenali dengan Baling. Kedua, Baling dikaitkan dengan orang Siam (Thai) dan orang Burma (Myanmar) yang datang ke daerah itu kira-kira 200 tahun dulu. Selepas merentasi pelbagai jenis rintangan mereka sampai ke Baling dan membuat keputusan membuka kawasan dengan bercucuk tanam dan berniaga. Sungai Ketil dulunya dalam dan luas serta kaya dengan ikan, menjadi alat perhubungan

Page 59: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

8 http://emedia.com.my/

utama penduduk tempatan. Sampan dari Kota Kuala Muda yang sarat dengan barang-barang dagang banyak yang berlabuh di situ. Pangkalan itu turut dijadikan tempat memunggah candu mentah yang dibawa dari Burma. Bagi penduduk yang bertani, tanaman mereka sangat berhasil dan membuatkan mereka gembira. Namun, tanaman mereka diserang beribu-ribu kera dari hutan Gunung Baling. Kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang banyak lalu menamakan kampung mereka `Ban-Lin' yang bermaksud kera. Lama-kelamaan perkataan Ban- Lin bertukar menjadi Baling. Rasanya tidak lengkap datang ke Baling jika tidak singgah ke Sekolah Kebangsaan Tunku Putera yang mengimbau kenangan penuh bersejarah berlakunya `Rundingan Baling'. Kami di bawa ke Galeri Putra iaitu bangunan yang digunakan Komunis Malaya iaitu Chin Peng, Rashid Maidin dan Chin Tien untuk bermalam pada 28 Disember 1955. Bangunan yang dulunya rumah guru itu kini dijadikan mini muzium yang menempatkan pelbagai barang pameran termasuklah gambar peristiwa Rundingan Baling, peralatan pasukan tentera dan komunis. Di Galeri Putra ini juga menempatkan sebuah bilik dengan dua katil yang dikatakan tempat Chin Peng bermalam dan kipas angin yang menjadi satu-satunya barang tinggalan sepanjang rundingan itu. Selesai sesi meneroka di mini muzium itu, kami kemudian di bawa ke lokasi sebenar rundingan itu dijalankan. "Eh, tadi tu bukan bilik rundingan ke? Puas bergambar-gambar dengan potret Chin Peng," seloroh rakan tatkala mengetahui Galeri Putra itu bukanlah bilik rundingan asal. Maklumlah terlalu teruja melihat bilik yang cukup bersejarah itu sampaikan terlupa membaca papan tanda yang dipacak di luar galeri. Ternyata, bilik rundingan yang cukup bersejarah itu dilakukan di bilik darjah yang masih digunakan sampai sekarang. Kemudian, kami meneruskan kembara ke pekan Baling yang mempunyai tarikan tersendiri. Pekan kecil ini yang dipanggil pekan `koboi' ini cukup sibuk dengan kunjungan penduduk yang memanfaatkan cuti hujung minggu untuk membeli pelbagai barangan keperluan harian. Barangan yang dijual memang murah, berbeza harganya berbanding di Kuala Lumpur. Periuk, kuali, sudip, pisau dan pelbagai lagi barangan yang boleh didapati di pekan Baling. Berlatar-belakangkan Gunung Baling, menara jam besar Baling yang masih tersergam indah

Page 60: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

9 http://emedia.com.my/

itu nyata memberi satu gambaran mengagumkan. Agenda kami seterusnya ialah mengunjungi Lata bayu. Lata Bayu adalah antara lokasi rekreasi popular untuk beriadah, terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Baling. Selain Lata Bayu, Baling mempunyai banyak tempat rekreasi, antaranya Lata Celak, Hutan Lipur Lata Bukit Hijau, Lata Gading, Lata Parit dan Lata Telor. Deruan air terjun yang memukul batuan cukup mengasyikkan. Tawa riang anak kecil yang bermain air cukup menyenangkan dan membuatkan kami terlupa panas yang membakar kulit. Selesai menjamu selera dengan sajian sambal udang petai, masa yang ada digunakan untuk melihat keindahan alam semula jadi. Destinasi kami seterusnya ialah Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong. Walaupun pernah ke situ sebelum ini, kunjungan kali itu nyata cukup mengujakan. Ia bagaikan pusat rekreasi yang baru dibuka di Baling. Dibuka pada tahun 2001 di tanah seluas lebih kurang 6.5 hektar, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini adalah destinasi popular di kawasan utara. Di sini, pengunjung dapat menikmati khasiat berendam dalam air panas semula jadi sama ada berenang atau merendam kaki. Satu-satunya pusat rekreasi air panas yang beroperasi 24 jam di Malaysia, ia adalah destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi jika datang ke Baling. Malam di pusat rekreasi ini cukup panjang kerana semakin larut malam, semakin ramai pengunjung yang datang. Bayangkan saja, jam menunjukkan 3 pagi, tetapi riuh rendah dan gelak tawa pengunjung masih kedengaran. Mahukan kelegaan, urutan refleksologi dengan bayaran RM20 untuk 30 minit urutan menambahkan lagi kelegaan selepas berendam air panas. Selain berendam dengan di kolam air panas semula jadi, pelbagai aktiviti disediakan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, antaranya merasai pengalaman melalu denai dan merentas kesejukan jeram air Lata Gading dan Lata Parit. Bagi yang bermalam di sini, selain berkhemah, bilik penginapan disediakan. Kunjungan dua hari satu malam di Baling memberi 1001 kenangan kepada penulis. Walaupun jauh dari kesibukan kota, Baling nyata mempunyai pelbagai tarikan untuk dikunjungi. Info Produk pelancongan sekitar

Page 61: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

10 http://emedia.com.my/

Daerah Baling : * Lata Bayu, Asam Jawa * Hutan Lipur Lata Bukit Hijau * Lata Celak, Kampung Iboi * Gua Batu Kapur * Gunung Baling * Menara Jam Baling * Sempadan Thailand * Kampung Tradisi * Pemandangan indah R&R Gunung Inas * Perkampungan khas Orang Asli * Sungai Angkat * Lata Gading * Lata Parit * Lata Telor Lokasi menjamu selera * Satay Mamak * Nasi Ayam Payung Besar * Restoran Tom Yam dan Ikan Bakar Lokasi penginapan * Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong (Tel: 04-4721548/604-4731024) * Hotel Seri Baling Inn ( Tel 04-4721336) * Rumah Rehat Majlis Daerah Baling (Tel : 04-4706636)

Page 62: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

11 http://emedia.com.my/

Headline: Misteri harta karun Tasik Pedu Publication: BM Date of publication: Mar 2, 2014 Section heading: Kembara Page number: 020 Byline / Author: Oleh Zulhilmi Hat

Tasik Pedu suatu ketika dulu adalah antara kawasan percutian yang menarik dan dianggap tidak pernah putus dikunjungi pelancong walaupun kedudukannya terletak agak jauh di tengah hutan. Di kelilingi hutan malar hijau dan jauh dari bandar utama atau jalan besar, menjadikan percutian di sini cukup mendamaikan, terutama bagi pencinta alam semula jadi. Tasik Pedu sebenarnya adalah Empangan Pedu yang terletak di Padang Terap, Kedah iaitu dalam daerah Pokok Sena dan dikatakan berhampiran sempadan Thailand. Mengikut cerita penduduk kampung di sini, banyak kampung terpaksa ditenggelamkan untuk menakung air. Penduduk tempatan yang menetap di kampung berdekatan Tasik Pedu, Kodar Jaafar, 60, berkata antara misteri yang wujud di tasik ini adalah harta karun yang tenggelam bersama rumah penduduk kampung sehingga ramai yang menyelam untuk mencarinya. "Sehingga kini, beberapa penduduk masih percaya kewujudan harta karun itu yang tertanam di dasar tasik. Bukan saja penduduk tempatan, ada juga penduduk dari Thailand yang pernah cuba menyelam mencari harta karun yang dipercayai dijaga makhluk halus yang wujud sebelum tasik ini dibina lagi. "Sebab itu, orang kampung di sini selalu menasihatkan orang luar yang datang melawat tasik ini, supaya tidak bercakap besar. Ini kerana, segala kemungkinan boleh berlaku kerana banyak kejadian misteri yang belum terungkai di bekas perkampungan Melayu-Pattani berusia ratusan tahun itu," katanya. Tiga resort eksklusif Ketika dalam era kegemilangan, Tasik Pedu mempunyai tiga pusat penginapan eksklusif kepada mereka yang mahu bercuti dalam hutan atau di tengah tasik iaitu Desa Utara Resort, Mutiara Pedu Lake Golf & Resort dan Anjung Pedu Lake Resort. Perjalanan ke setiap resort ini boleh diibaratkan sebagai pengembaraan yang menarik kerana melalui beberapa kampung dan pekan kecil, selain hutan di kiri dan kanan. Bagi mereka yang pernah bercuti di resort berkenaan, mungkin masih mengingati keistimewaannya iaitu aktiviti memancing dari balkoni resort, berkayak, minum petang atau tengah hari di restoran terapung atau menghabiskan masa dengan aktiviti air di sekitar tasik. Malah, mungkin ada yang pernah bercuti sambil melakukan aktiviti bina semangat mahupun merentas hutan bersama jurupandu terlatih untuk mengenali tumbuh-tumbuhan hutan yang

Page 63: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

12 http://emedia.com.my/

terdapat dalam hutan Pedu ini. Bagaimanapun, sudah lebih 10 tahun semua resort itu ditutup, menjadikan suasana di sini menjadi sepi dan sesekali terasa menggerunkan apabila berkunjung ke sekitar Tasik Pedu. Air tasik kering Kemarau yang agak panjang menyebabkan air di Empangan Pedu menyusut. Keadaan ini menjejaskan pemandangan tasik, menjadikan kedatangan pelancong semakin berkurangan, seterusnya menjadi antara punca semua resort itu ditutup. Selepas lebih sedekad terbiar sepi, Kerajaan Kedah dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) berganding bahu membangunkan semula Tasik Pedu sebagai produk pelancongan yang menarik, sekali gus mengembalikan semula zaman kegemilangannya. Penulis yang melalui Lebuh Raya Pedalaman Timur Kedah (TEKIH) dari Durian Burung ke Kupang, turut kagum apabila jalan lama yang pernah menghubungkan tasik terbabit, kini diganti projek lebuh raya baharu. Produk pelancongan seperti rumah bot, pencarian madu lebah Tualang, aktiviti perkhemahan dan memancing semakin giat dilakukan di situ. Kodar yang lebih mesra dipanggil Pak Su, berkata pembangunan semula Tasik Pedu sebagai produk pelancongan sekurang-kurangnya dapat membantu menambah pendapatan penduduk sekitarnya. "Pak Su berharap Tasik Pedu bakal menjadi seperti Pulau Langkawi selepas ini dengan kedatangan ramai pelancong ke sini, sekali gus menjadikan nelayan tidak perlu lagi bergantung kepada hasil ikan air tawar, sebaliknya menambah pendapatan dari sektor pelancongan," katanya. Kampung Melayu-Pattani Menerima tugasan ke Tasik Pedu, Padang Terap, Kedah bagi meninjau kawasan untuk dijadikan lokasi memancing dirasakan perkara biasa kerana negeri Jelapang Padi ini adalah tempat kelahiran penulis iaitu di daerah Pokok Sena. Tambahan pula, tasik buatan manusia yang juga dijadikan bekalan air penduduk di Kedah ini turut menjadi tempat penulis memancing setiap kali pulang bercuti di kampung yang hanya mengambil masa 40 minit ke sana. Sebenarnya, penulis tidak mengetahui asal usul tasik buatan manusia itu. Keadaan tasik itu juga kini agak menyeramkan dan tinggal hanya tiang konkrit binaan resort yang sudah ditutup sebelum ini. Kewujudan jalan lama dari Pekan Kuala Nerang yang bersimpang siur dan berbukit bakau menjadikan tasik yang pernah menarik minat pelancong Taiwan dan Jepun pada waktu itu, kini semakin sunyi sepi. Penulis berusaha mencari `orang lama' sekitar Padang Terap untuk mendapatkan maklumat

Page 64: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

13 http://emedia.com.my/

berkaitan Tasik Pedu dan bertemu seorang nelayan tempatan iaitu Pak Su yang akhirnya menceritakan kisah tasik yang dibina sekitar 1961 itu. Dua versi nama Pedu Pak Su berkata, terdapat dua versi asal-usul nama Pedu iaitu namanya diambil daripada suku kata `pedo-pedo' atau bermaksud bertahan atau bersabar. Mengikut versi kedua pula, Pedu dikatakan diambil sempena nama pokok Pedu yang tumbuh di sekitar hutan daerah Padang Terap. Pedu asalnya perkampungan Islam Melayu-Pattani yang satu masa dulu mempunyai beberapa perkampungan kecil seperti Mong Gajah, Kampung Kuala, Kampung Pongkha dan Kampung Chedeng yang kini ditenggelami air susulan pembinaan empangan untuk aktiviti pengairan ke sawah padi. "Sekitar 1970-an, penduduk kampung ini yang kebanyakannya nelayan sungai dan mencari hasil hutan, dipindahkan oleh kerajaan ke Kampung Pinang di daerah Padang Terap dan Kampung Pinang di daerah Sik bagi menggantikan perkampungan mereka yang tenggelam itu. "Setiap kampung didiami 10 keluarga dengan diketuai seorang Tok Neban atau ketua kampung yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal perkampungan Melayu di sana. "Tanah perkuburan milik perkampungan itu masih ada dan satu ketika dulu, heboh apabila kubur milik orang Islam berusia 100 tahun muncul di tasik ini ketika musim kemarau," katanya yang sudah 30 tahun menjadi nelayan di tasik ini. * Tasik Pedu terletak di daerah Padang Terap. * Berfungsi sebagai bekalan air bersih dan pengairan air sawah padi sekitar Kedah * Untuk ke Tasik Pedu, keluar dari tol Alor Setar Utara menuju Langgar dan Pekan Pokok Sena, kemudian Pekan Kuala Nerang * Anda juga boleh ke Tasik Pedu menerusi tol dari Gurun dan selepas itu menemui banyak papan tanda menuju ke tasik ini. * Tempat terbaik melakukan aktiviti memancing ikan haruan, baung, kelah dan sebarau * Aktiviti fotografi, berkayak, berkhemah, bermalam di rumah bot dan melawat sarang madu lebah boleh dilakukan di tasik ini. (END)

Page 65: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

14 http://emedia.com.my/

Headline: Lambang kebanggaan Publication: BM Date of publication: Mar 2, 2014 Section heading: Main Section Page number: 006 Byline / Author: Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar; Siti Sofia Nasir; Anis Nabilla Md Wazilah

Georgetown: Jambatan Kedua Pulau Pinang dinamakan sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis perasmiannya di Batu Maung, di sini, malam tadi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyempurnakan majlis di hadapan kira-kira 10,000 pengunjung itu turut mengumumkan jambatan berkenaan dibuka secara percuma selama sebulan sebagai tanda penghargaan kepada rakyat. Jambatan berkenaan dibuka kepada orang ramai tepat jam 12.01 tengah malam tadi. Bagaimanapun, kadar tol yang akan dikenakan kepada pengguna masih belum diumumkan. Peristiwa itu sekali gus mengulangi catatan sejarah yang dilakar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu merasmikan pembukaan Jambatan Pulau Pinang, kira-kira 29 tahun lalu iaitu pada 3 Ogos 1985. Majlis yang diadakan secara gilang-gemilang diserikan dengan persembahan bunga api dengan Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor kemudian menaiki pengangkutan khas untuk melawat jambatan yang menelan kos RM4.5 bilion itu. Terdahulu Najib dalam ucapannya berkata, perasmian Jambatan Sultan Abdul Halim itu satu lagi peristiwa yang akan terpahat dalam lipatan sejarah negara. Mengurangkan kesesakan Beliau berkata, jambatan berkenaan adalah mercu tanda baharu negara yang menjadi lambang kebanggaan rakyat Malaysia dan penduduk Pulau Pinang. "Malah, pembukaan jambatan ini akan memangkin pertumbuhan lebih rancak di kawasan setempat, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan membuka peluang perkerjaan. "Oleh itu, jambatan ini bukan saja sebagai ikonik tetapi ia memangkin pembangunan dan merancakkan ekonomi Pulau Pinang dan juga Wilayah Kooridor Ekonomi Utara (NCER)," katanya. Yang turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Najib berkata, Kerajaan Pusat tetap meneruskan pembinaan jambatan berkenaan walaupun tampuk pemerintahan kerajaan negeri bertukar kepada pembangkang pada 2008 kerana ia memberi manfaat kepada rakyat.

Page 66: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

15 http://emedia.com.my/

"Kita mengetepikan fahaman politik dalam merealisasikan misi pembangunan negara. Kalau negara seperti Amerika Syarikat, Turki dan Australia boleh bangga dengan jambatan mereka... Malaysia juga mampu bangga dengan Jambatan Sultan Abdul Halim,"katanya. Jambatan sepanjang 24 kilometer (km) itu yang mana 17 km daripadanya merentasi laut, dibina dengan reka bentuk bersifat lestari alam sekitar menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau. Jambatan itu adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga dunia, mampu menampung kegunaan 100,000 kenderaan sehari. Peristiwa bersejarah pahat memori pengunjung "Sebagai rakyat Pulau Pinang, saya tidak mahu terlepas peluang menyaksikan perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang, selepas gagal menyaksikan perasmian jambatan pertama," kata warga emas, Yob Mat, 70. Bekas kakitangan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) itu berkata, dia bersama anak serta cucunya datang ke lokasi perasmian sejak awal pagi untuk menyaksikan peristiwa bersejarah itu. Ketika pembukaan jambatan pertama pada 1985, dia tidak berpeluang menyaksikan sendiri acara penting itu kerana tidak mempunyai pengangkutan, selain tempat tinggal yang jauh. "Kali ini saya berkesempatan menyaksikan perasmian mercu tanda baru negara ini bersama anak dan cucu saya. Peristiwa ini akan diingati sampai bila-bila," katanya ketika ditemui di sini semalam. Pengunjung, Roshanum Md Noor, 31, berkata dia bersama keluarganya keluar dari rumahnya di Grik, Perak, seawal jam 10 pagi untuk menyaksikan sendiri peristiwa penting berkenaan. Katanya, cuaca panas sejak awal pagi tidak melunturkan semangatnya untuk terus `berkampung' di tapak perasmian berkenaan untuk menyaksikan gimik pelancaran yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Jadi ingatan kepada anak "Saya datang bersama keluarga termasuk anak dan ibu bapa untuk menyaksikan perasmian mercu tanda kebanggaan negara. Saya berharap ia akan menjadi ingatan kepada anak saya untuk diceritakan kepada generasi seterusnya. "Peluang ini datang hanya sekali seumur hidup. Saya bangga menyaksikan sendiri sebahagian daripada lakaran sejarah negara," katanya. Sementara itu, peniaga gerai, Fazil Akashah Othman, menyifatkan peluang berniaga di tapak Karnival Mai Riuhkan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai pengalaman paling bermakna sepanjang bergelar peniaga. Dia berkata, peluang itu digunakan untuk mempromosi produk tempatan kepada pengunjung termasuk pelancong asing yang datang menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

Page 67: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

16 http://emedia.com.my/

"Peluang ini bukan dapat dirasai oleh semua orang. Ia akan dirakam dalam kamus hidup untuk saya ceritakan pada anak cucu bahawa saya berkesempatan berniaga jeruk ketika majlis perasmian pembukaan jambatan kedua ini," katanya yang menjual 14 jenis jeruk madu keluaran syarikatnya. Cuaca panas terik tidak menghalang kira-kira 10,000 pengunjung menghadiri karnival yang diadakan sempena perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang, semalam. Karnival yang diadakan dari jam 10 pagi hingga jam 12 tengah malam itu menyediakan pelbagai program menarik untuk pengunjung antaranya konsert, pertandingan sukan, gerai jualan serta pameran agensi swasta dan kerajaan. Karnival dirasmikan Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pada jam 4 petang. Hadir sama, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof; Pengerusi Majlis Tindakan Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman serta Pengerusi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob. INFO Jambatan Kedua Pulau Pinang - Dibina pada 2008 - Kos pembinaan 4.5 billion - Panjang keseluruhan 24 kilometer - Panjang dalam air 17 kilometer - 7 kilometer membabitkan kawasan darat - Laluan dua lorong berkelebaran 3.5 meter selorong - Lorong kecemasan berkeluasan 2.4 meter - Lorong khas motosikal 3.0 meter Jambatan Pulau Pinang - Dibina pada 1982 - kos pembinaan RM850 juta - Panjang keseluruhan 13.5 kilometer - Panjang dalam air 8.4 kilometer - Laluan motosikal - tiada

Page 68: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

17 http://emedia.com.my/

Headline: Promosi dinamik Publication: HM Date of publication: Feb 27, 2014 Section heading: Variasi Page number: 007 Byline / Author: Oleh Nordiana Shafiee

SUASANA persekitaran Muzium Kota Kuala Kedah di Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah di Kedah sebelum ini agak suram. Namun, keadaan berubah apabila muzium menempatkan artifak lama kini menjadi antara destinasi persinggahan orang ramai bagi melihat peninggalan sejarah dan menyertai aktiviti santai setiap petang termasuk cuti hujung minggu. Ketua Muzium Nurul Hafizah Maaz berkata, sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM), pelbagai aktiviti diadakan bagi menarik pelancong dalam dan luar negara. Beliau berkata, sebelum ini muzium itu kurang mendapat pendedahan dan publisiti menyebabkan destinasi pelancongan itu kurang diketahui ramai termasuk penduduk tempatan. Justeru, bagi merancakkan suasana di muzium itu dan meraikan sambutan TMM tahun ini, pelbagai program diadakan termasuk aktiviti riadah menunggang kuda dan sukan ATV (All-Terrain Vehicle). "Kita mahu orang ramai sedar muzium ini bukan sekadar memberi maklumat sejarah malah orang ramai berpeluang menunggang kuda dan ATV. "Kami juga mahu mendekati masyarakat bukan saja sebagai tempat menimba ilmu tetapi memberi manfaat kepada semua melalui pelbagai aktiviti," katanya. Pihak muzium menggalakkan penganjuran pelbagai aktiviti di kawasan itu termasuk aktiviti jualan bagi menjana ekonomi penduduk setempat. Katanya, berikutan terdapat pelbagai aktiviti jumlah pelancong semakin meningkat dan sehingga Disember tahun lalu, seramai 28,482 mengunjungi muzium itu. "Sambutan menggalakkan daripada pengunjung disebabkan kedudukan muzium amat strategik selain tiada persaingan dan lokasinya pula berhampiran laut dan Marina Harbour. "Kami juga merancang mengadakan karnival bersama muzium pada Ogos depan dengan pengisian bukan saja memberi ilmu pengetahuan selain aktiviti hiburan berbentuk santai termasuk pertandingan memancing," katanya. Pihaknya juga akan menaik taraf kemudahan awam di kawasan muzium demi keselesaan orang ramai. Muzium Kota Kuala Kedah berperanan memulihara, mempamerkan dan mengekalkan warisan sejarah Kota Kuala Kedah yang menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Kedah dari

Page 69: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

18 http://emedia.com.my/

kurun ke-16 hingga kurun ke-18. Pengunjung yang datang ke muzium itu berpeluang untuk melawat galeri pameran Muzium Kota Kuala Kedah yang memaparkan sejarah pembinaan Kota Kuala Kedah. Muzium itu turut mempamerkan lebih 44 koleksi artifak terdiri daripada artifak arkeologi, seramik, pedang Jepun, mata wang kertas, porselin, tembikar, pisau bayonet dan batubatu asal kota. Malah, antara koleksi menarik yang terdapat di muzium itu ialah 14 peluru meriam dan enam buah meriam buatan Belanda yang berusia lebih 100 tahun. Info * Waktu operasi muzium: Setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang * Masuk adalah percuma * Kemudahan Pengangkutan: Pengunjung boleh menaiki bas dari Alor Setar ke Kuala Kedah, menaiki teksi dari Alor Setar atau Terminal feri Kuala Kedah.

Headline: Pesona Pulau Payar Publication: BM Date of publication: Feb 9, 2014 Section heading: Kembara Page number: 006 Byline / Author: Oleh Maria Uffa Zulkafeli

Panorama indah pasir pantai yang memutih, ditambah kesejukan air laut membiru yang dirasai sebaik menjejakkan kaki ke Taman Laut Pulau Payar di Langkawi cukup menenangkan fikiran. Air laut yang sungguh jernih seumpama cermin sehingga boleh melihat aktiviti hidupan yang bergerak bebas di dalam air memang cukup mempesonakan mata memandang sehingga membuatkan kita berasa khayal. Walaupun menjadi sebahagian daripada gugusan Pulau Langkawi, kedudukan Pulau Payar lebih hampir dengan Kuala Kedah. Perjalanannya mengambil masa kira-kira 30 minit berbanding hampir satu jam dari jeti Kuah di Langkawi atau dua jam sekiranya dari Pulau Pinang. Bagi pencinta aktiviti menyelam, Pulau Payar adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan begitu saja. Pulau ini mungkin paling hampir dengan anda untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman berada di dasar laut. Pulau ini diwartakan Jabatan Taman Laut Malaysia, menjadikan persekitaran pulau termasuk

Page 70: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

19 http://emedia.com.my/

hidupan lautnya dikawal mengikut undang-undang yang diperuntukkan. Kemasukan terhad Pembangunan pelancongan secara komersial juga dikawal. Malah, kemasukan ke Taman Laut Pulau Payar lebih terhad berbanding taman laut lain. Pengunjung boleh berada di Taman Laut Pulau Payar hanya untuk tempoh sehari berbanding tiga hari di taman laut lain. Apa pun, keindahan Pulau Payar juga menyebabkan penulis seolah-olah lupa dengan rasa pening dan loya akibat mabuk laut, susulan hampir dua jam dilambung ombak ketika meredah laut bergelora menaiki bot nelayan dari jeti Kuala Kedah ke pulau ini. Keseronokan menyelam Walaupun letih, penulis bersama ahli rombongan lain begitu teruja melihat kejernihan air membiru itu sehingga masing-masing tidak sabar untuk merasai kesejukan airnya, terutama melalui aktiviti menyelam dan selam skuba yang cukup sinonim dengan Pulau Payar. Ini kali kedua ke Pulau Payar dan kali ini, penulis menyertai Kelab Idaman Divers yang ditubuhkan syarikat konsesi pelupusan sisa pepejal, Environment Idaman (ENVI) sempena projek khidmat sosial masyarakat (CSR) yang dijalankan di Pulau Payar. Umum mengetahui Pulau Payar adalah antara destinasi pelancongan terkenal di negara ini yang menawarkan pakej lengkap terutama untuk merasai keseronokan menyelam dasar laut terutama dengan tarikan keunikan hidupan laut di sana. Berdasarkan rekod, Taman Laut Pulau Payar menerima kunjungan 200,000 pelancong untuk aktiviti rekreasi setahun dan ia menyumbang pendapatan mencecah RM174 juta setahun kepada ekonomi negara. Destinasi utama kaki selam Gugusan Taman Laut Pulau Payar meliputi empat pulau kecil iaitu Payar, Lembu, Kaca dan Segantang yang diiktiraf sebagai Taman Laut pada 1994. Jadual program dua hari projek CSR Idaman Divers dirangka khas, terutama kepada 15 penyelam yang menyertai kursus asas menyelam bagi membolehkan mereka mendapatkan lesen Open Water Diver (OWD). Dengan memiliki OWD, peserta layak menyertai projek CSR ENVI membabitkan program pembersihan dasar laut di Pulau Songsong di Yan yang dijadual berlangsung bulan depan. Memilih Pulau Payar sebagai destinasi memang satu pilihan bijak disebabkan pulau berkenaan mempunyai banyak khazanah laut dan terumbu karang yang cukup mempesonakan. Selain kejernihan airnya, kepelbagaian hidupan laut dan keindahan batu karang menjadi tarikan utama. Disebabkan itulah, penyelam sering memilih Pulau Payar sebagai destinasi snorkel dan skuba, termasuk pelancong luar.

Page 71: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

20 http://emedia.com.my/

Bagi mereka yang merancang ke Pulau Payar, jangan bimbang kerana perkhidmatan feri dari jeti Langkawi ke pulau ini yang terletak dalam jarak kira-kira 35 kilometer disediakan, bermula jam 9.30 pagi dan mengambil masa hampir satu jam untuk sampai. Selain itu, pilihan lain turut disediakan iaitu menggunakan bot nelayan dari Kuala Kedah yang mengambil masa selama lebih dua jam. Namun, kebiasaannya laluan pelancong lebih gemar ke Pulau Payar melalui jeti Langkawi. Menyelam untuk kepuasan diri Semestinya pilihan ke Pulau Payar adalah tepat bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan aktiviti selam skuba yang dilancarkan bertujuan melaksanakan program pembersihan di kawasan dasar laut di Pulau Songsong, Yan. Sempat berkongsi pengalaman dengan seorang penyelam yang juga Setiausaha Idaman Divers, Mohamad Saufi Halim, 29, yang teruja dengan keindahan dasar laut Pulau Payar yang cukup mempesonakan terutama bagi penggemar aktiviti selam skuba. Keunikan dasar lautan Katanya, Taman Laut Pulau Payar bukan sekadar pusat peranginan tetapi juga pusat pembelajaran terbaik terutama kepada pelajar untuk mengenal alam lautan yang penuh dengan keunikan. "Sebenarnya kami di ENVI amat menitikberatkan CSR dan program ini satu daripada matlamat yang ingin dicapai. "Selain menyelam untuk memberi kepuasan diri, kemahiran menyelam yang ada pada semua penyelam Idaman Divers bukan saja boleh dimanfaatkan sebagai aktiviti riadah, sebaliknya mampu menjadikannya amalan murni untuk berbakti kepada khazanah laut. "Ternyata pengalaman itu bukan saja boleh memberi kepuasan berganda kepada penyelam, malah pada masa sama, kami dapat menghargai hidupan laut. Ini kerana, sambil menyelam ke dasar laut, kami juga dapat mengutip sampah bagi membersihkan kawasan dasar laut," katanya. Lokasi wajib selam sekuba Selain Mohamad Saufi, pengalaman menarik itu turut dirasai 13 yang lain termasuk Ketua Pegawai Eksekutif ENVI, Mhd Saiful Anuar Zainal, selepas kelab itu ditubuhkan sejak Oktober tahun lalu. Bagi mereka yang menggemari aktiviti selam skuba atau snorkel, wajib mengunjungi Pulau Payar dan pastinya tidak hampa untuk menikmati keseronokan menjalani aktiviti berkenaan. INFO Taman Laut Pulau Payar * Mengandungi empat pulau - Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Kaca dan Pulau Segantang.

Page 72: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

21 http://emedia.com.my/

* Terletak kira-kira 19 kilometer di selatan Pulau Langkawi, 32 km ke utara Pulau Pinang dan 15 km ke barat Kuala Kedah. Semua pulau di taman ini diwartakan sebagai tamat laut pada 1994 mengikut Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1993). * Pulau Payar paling besar di kalangan pulau dalam gugusan taman di sini dengan keluasan 31.2 hektar, panjangnya 1.75 km dan lebar kira-kira 500 meter. * Kedudukannya 80-90 meter melebihi paras laut di kawasan paling tinggi. * Pesisir pantai pulau ini panjangnya kira-kira 3.35 km dengan pantai yang sangat terhad dan tanah rata tanpa sumber air tawar. Menuju ke Pulau Payar * Tiga pintu masuk utama ke Taman Laut Pulau Payar. * Laluan paling hampir dari Kuala Kedah. Ejen pelancongan dan hotel di Pulau Langkawi turut menyediakan perkhidmatan bot sewa dan feri untuk melawat taman ini bagi melakukan aktiviti selam skuba * Perjalanan menggunakan bot mengambil masa 30 minit dari Kuala Kedah dan sejam dari Pulau Langkawi * Kemasukan ke Taman Laut Pulau Payar lebih terhad iaitu sehari berbanding tiga hari di taman laut lain. Kemudahan * Terdapat Pusat Taman Laut yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. * Pusat ini memberikan maklumat diperlukan bagi merancang lawatan menyeronokkan. * Dua denai pejalan kaki juga disediakan untuk pengunjung menjelajahi Pulau Payar bagi melihat flora dan fauna daratan yang mempesonakan. * Terdapat gazebo, meja berkelah dan kemudahan bilik rehat di tempat terpilih untuk kegunaan pengunjung. (END)

Page 73: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

22 http://emedia.com.my/

Headline: 2 dekad bertahan Publication: BM Date of publication: Jan 26, 2014 Section heading: Kembara Page number: 002 Byline / Author: Oleh Azis Ngah

Sudah beberapa kali menaiki feri ke Langkawi melalui jeti Kuala Kedah kira-kira 10 kilometer dari Alor Star, namun tidak pernah tahu bahawa di hujung muara Sungai Kedah terletak sebuah kota lama yang pernah menjadi kebanggaan rakyat Kedah. Kemungkinan ada juga yang tidak menyedari kewujudan kota ini. Kedudukannya yang terletak di seberang muara Sungai Kedah dari jeti feri menyebabkan ramai yang tidak tahu untuk melawat kota ini selepas balik melancong dari Langkawi. Ini kerana tidak banyak petunjuk arah untuk menjadi panduan orang ramai menuju ke Kota Kuala Kedah. Bagaimanapun, kedudukan Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang yang kini dijadikan Muzium Kuala Kedah memang strategik sehingga pernah dijadikan pusat pentadbiran dari kurun ke-16 hingga ke-18 Masihi. Benteng pertahanan Paling penting, kota yang berusia lebih 200 tahun itu dibina ketika zaman pemerintahan Sultan Mohamad Jiwa II pada tahun 1771 dan siap pada 1780 itu, sangat sesuai sebagai benteng pertahanan. Tidak hairanlah kota itu sering menjadi rebutan dan pernah diserang askar Bugis, Aceh dan Siam. Pada zaman selepasnya, ia menjadi pilihan British dan Jepun sebagai pusat pentadbiran dan markas tentera. Sekitar tahun 1909, apabila Kedah secara rasmi diletakkan di bawah kuasa British, beberapa pejabat kerajaan dibina dalam kawasan kota, termasuk rumah api yang masih kekal hingga hari ini. Itulah secara ringkas kota bersejarah yang mendapat sentuhan Dato Maharaja Kadhi, Hafiz Sab yang diberi tanggung jawab mereka bentuk kota berkenaan dengan menggunakan tukang mahir yang dibawa khas dari India. Rosak dipukul ribut Bangunan muzium yang dibina pada 1922 pernah dijadikan pusat pentadbiran, pendidikan dan mahkamah pada zaman British. Namun begitu, kota itu pernah mengalami zaman suram, hampir dilupakan dan ditinggalkan begitu saja untuk tempoh lama, bahkan bangunan utamanya serta tembok pernah rosak teruk akibat dipukul ribut pada 1993. Kini kota seluas lima ekar (2.03 hektar) berwajah baru, lebih bernyawa selepas dibina semula hasil usaha Jabatan Muzium dan kerajaan negeri Kedah. Jabatan Muzium yang bertanggungjawab dan diamanahkan membangunkan semula tapak

Page 74: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

23 http://emedia.com.my/

bersejarah itu berjaya dalam usahanya menghidupkan kembali monumen ini. Di tengah-tengah kota itu, tersergam megah rumah yang dijadikan muzium, dikelilingi tembok bata merah yang asal. Di bahagian timur, menghadap Alor Melaka, tersergam pintu gerbang dikenali Pintu Gerbang Kacapuri. Di bahagian penjuru berhampiran sungai, terdapat pintu gerbang British yang dibina pada 1909, berbentuk melengkung dengan menggunakan ragam hias bata granit. Pada bahagian atas, dipasang lantai kayu yang dijadikan tempat pengawal membuat tinjauan. Rumah juga menarik perhatian. Begitu juga dengan tapak istana lama yang masih elok serta keunikan susunan batu bata merah tembok yang masih kekal. Itu cuma sebahagian kecil tarikan di kota berkenaan. Pastinya juga kedamaian berada di kota yang sentiasa ditiup bayu laut yang nyaman dan santai, terutama pada sebelah petang. Pembantu Kurator Muzium, Asuana Derani berkata, muzium itu sentiasa dikunjungi pengunjung pada setiap hari, terutama sebelah petang. "Cuaca di sebelah pagi dan tengah hari agak panas, mereka lebih suka datang pada sebelah petang. Tahun lalu kami merekodkan lebih 200,000 pengunjung. Setiap tahun, jumlah pengunjung semakin meningkat. "Semua bangunan di sini dikekalkan dalam bentuk asal. Itulah keunikan sejarah kota ini," katanya. Rahsia meriam badak berendam Penulis sebenarnya lebih tertarik dengan kisah di sebalik meriam yang disusun atur di sepanjang tebing menghadap ke Sungai Kedah. Di penjuru paling kiri, terdapat meriam usang yang dinamakan Katak Puru sepanjang lebih 190 sentimeter (sm). Kisahnya meriam itu dikatakan dibuat seorang tukang Melayu yang menempa dan memicit besi yang masih panas membara hanya dengan menggunakan jarinya. Proses itu menghasilkan bentuk menggerutu seperti kulit katak puru dan meriam itu adalah senjata utama mempertahankan kota ini. Selain itu, terdapat empat meriam Inggeris dengan keadaan fizikal yang agak terhakis. Ia adalah sebahagian daripada berpuluh meriam milik Sultan Muhammad Jiwa (1770 1778) yang pernah diletakkan di bahagian hadapan kota. Paling mencuri perhatian ialah meriam badan berendam. Senjata purba itu cukup terkenal dengan mitos dan legenda tersendiri kerana penduduk tempatan pernah menganggapnya berpuaka.

Page 75: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

24 http://emedia.com.my/

Ini kerana mereka pernah melihat meriam itu seakanakan berbentuk manusia sedang duduk dan ada ketika kembali kepada bentuk asal. Bahkan lebih istimewa, di sebalik kehebatan namanya, ada yang mendakwa, ia tidak pernah tenggelam walaupun terjatuh dalam laut akibat hakisan ombak yang meruntuhkan tembok dan dilihat seakanakan berendam dalam air. Sejak itu, penduduk menggelarkan meriam badak berendam dan kini di letakkan di penjuru paling kanan tembok. INFO I6 galeri di muzium Kota Kuala Kedah - Pengenalan dan sejarah kota - Fungsi kota sebagai pusat pentadbiran, kubu dan perdagangan - Era British - Era Jepun - Selepas merdeka - Peranan Jabatan Muzium - 44 koleksi artifak (arkeologi, seramik, pedang Jepun, mata wang kertas, porselin, tembikar, pisau bayonet dan bata asal kota) - 14 peluru meriam dan enam meriam buatan Belanda berusia 100 tahun. - Artifak `pelita' yang dibuat daripada tembikar bermotifkan roda ditemui ketika penyelidikan dan kerja penggalian tembok di timur berhampiran Pintu Gerbang Kacapuri. - Mata pedang Jepun yang dibuat daripada besi waja tanpa pamor, manakala sarungnya dibuat daripada timah dan dibalut kulit serta terdapat caping di pangkal mata yang dibuat daripada tembaga. Pedang ini dikatakan berusia 100 tahun. (END)

Page 76: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

25 http://emedia.com.my/

Headline: Bersantai di puncak Jerai Publication: BM Date of publication: Jan 5, 2014 Section heading: Kembara Page number: 002 Byline / Author: Oleh Nora Mahpar

Cuaca dingin yang menggigit tubuh pagi itu tidak melunturkan semangat untuk meneroka kedamaian dan keindahan Gunung Jerai yang menjadi puncak tertinggi di Semenanjung. Malah, dengan ketinggian 1,217 meter, Gunung Jerai ibarat lambang kemegahan dan identiti negeri Kedah. Melihat dari jauh, sesiapa saja yang menghampiri gunung yang terletak di sempadan Daerah Yan dan Kuala Muda ini pasti terpesona dan hanya mampu mengucap syukur kerana negara ini masih mempunyai hamparan tanah tinggi yang indah bak lukisan dinding yang cukup sempurna. Dengan suhu sederhana antara 19 hingga 24 darjah Celsius, ia menjadi antara kawasan tarikan pelancong, terutama yang ingin bersantai dan menikmati udara segar di kawasan tanah tinggi. Penulis berasa bertuah kerana berpeluang berada di puncak gunung ini sehingga dapat menyaksikan panorama indah sawah padi dan sayup-sayup kelihatan perairan Selat Melaka. Namun, dek hati yang terus tertanya-tanya apakah rahsia yang ada di puncak gunung itu membuatkan penulis bersama rakan membuat keputusan cuba menyelongkar khazanah Gunung Jerai yang dahulunya dikenali sebagai Pulau Serai itu. Menurut cerita penduduk tempatan, pada abad ke-4 hingga ke-13, gunung yang menganjur ke Tanjung Jaga di Selat Melaka ini menjadi panduan pedagang Parsi, Arab, Cina dan India yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan Gunung Jerai dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini. Ia berdasarkan faktor sejarah bahawa Yan sudah lama menarik pedagang dari Aceh, Indonesia. Kampung Aceh dan Kampung Sungai Limau dengan majoriti penduduknya keturunan Aceh menjadi bukti kewujudan masyarakat itu. Terkenal dengan laluan yang berliku dan mencabar, penulis bersama jurugambar mengharungi sembilan selekoh tajam dan berbahaya untuk sampai ke puncak. Dengan keadaan trek yang kecil dan basah akibat hujan, menjadikan perjalanan kami agak agak perlahan kerana perlu berhati-hati dikhuatiri bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan. Diselaputi kabus dingin Pemanduan dengan kereta ke puncak yang mengambil masa kira-kira 30 minit itu akhirnya tiba di The Regency Jerai Hills Resort, satu-satunya resort di puncak Jerai. Seperti tanah tinggi lain, Jerai diselaputi kabus dingin yang tebal, menjadikan kami berada di satu tempat

Page 77: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

26 http://emedia.com.my/

asing di Eropah. Deretan pokok renek dan bunga hidup melatari indah landskap, setiap kaki yang melangkah ke resort yang dipenuhi flora dan fauna cukup mengagumkan. Kedudukan Gunung Jerai yang dekat dengan laut turut menyajikan pemandangan tanah tinggi yang sungguh menakjubkan. Tiupan bayu lembut sesekali menerpa wajah cukup mengasyikkan tatkala mata asyik memandang hamparan sawah padi menghijau bak permaidani terbentang luas di depan mata. Dari puncak gunung, kelihatan Pulau Bunting yang disambungkan dengan daerah Yan melalui jambatan sepanjang satu kilometer (km). Jika cuaca baik, pengunjung juga boleh melihat Pulau Langkawi dan Pulau Pinang dengan jelas kerana jaraknya hanya kurang 50 kilometer saja. Lebih istimewa lagi, selain panorama indah di puncak gunung, pengunjung di atas puncak dapat menyaksikan keindahan seni bina bangunan The Regency Jerai Hills Resort. Difahamkan sebahagian bangunan resort itu adalah bangunan asal menara panduan pelayar yang dibina pada zaman Kesultanan Kedah. Rahsia Padang Tok Sheikh Selepas meluangkan masa hampir 30 minit dan bergambar kenangan di puncak gunung, penulis meneruskan langkah ke Padang Tok Sheikh dan Telaga Tok Sheikh, iaitu orang yang bertanggungjawab mengislamkan Maharaja Debar Raja I yang kemudian bergelar Sultan Muzaffar Shah pada 1136. Difahamkan, sebelum menghembuskan nafasnya terakhir, Sheikh Abdullah mewasiatkan supaya jenazahnya dikebumikan di tanah rata berhampiran menara itu. Wasiat itu diperkenankan Sultan dan disempurnakan oleh menterinya. Dengan itu, tanah rata di kemuncak Gunung Jerai sehingga kini dipanggil Padang Tok Sheikh. Tidak jauh dari Padang Tok Sheikh, kami singgah ke Telaga Tok Sheikh yang terkenal dengan kejernihan mata airnya. Menurut sumber, air telaga Tok Sheikh dipercayai dapat menyembuhkan penyakit kronik seperti lumpuh dan digunakan untuk tujuan perubatan tradisional. Berhampiran Telaga Tok Sheikh ini terdapat satu laluan sunyi yang agak misteri. Kami mengambil keputusan untuk meneroka laluan berkenaan dan selepas penat mengharungi laluan berbukit itu selama hampir 15 minit. Apa yang mengejutkan kami menemui satu bongkah batu besar yang menyerupai kapal terbalik. Mengikut mitos sejarah, batu itu berasal daripada kapal Maharaja Merong Mahawangsa yang disumpah Sang Kelembai ketika berlabuh di Pulau Serai yang juga nama asal gunung berkenaan. Panjat 1,342 anak tangga Selain melihat tinggalan sejarah, pelawat berpeluang meneroka pelbagai spesies hidupan seperti orkid, ramarama, serangga akuatik, periuk kera, katak dan burung.

Page 78: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

27 http://emedia.com.my/

Namun untuk bersantai, Gunung Jerai menyediakan laluan merentas, mendaki gunung, berkelah dan berbasikal. Ini dapat dilihat apabila sepanjang menuruni puncak gunung itu, kami terserempak dengan beberapa kumpulan penunggang basikal bukit yang dalam perjalanan menaiki dan menuruni laluan berlereng itu. Pagi pencinta alam, apa kata singgah sebentar di Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Di sini, kita boleh melalui trek jejak warisan yang memberi peluang kepada pengunjung menikmati persekitaran alam semula jadi sepanjang laluan trek berkenaan. Bagi mereka yang merancang ke Gunung Jerai, jangan khuatir kerana terdapat beberapa cara untuk sampai ke puncak, bergantung kepada tahap kecergasan individu berkenaan. Jika mahukan laluan mencabar, cubalah mendaki kaki gunung sejauh lebih kurang 14 kilometer atau memanjat 1,342 anak tangga di Tangga Kenari 1,000 Tahun yang memakan masa sehingga tiga jam untuk sampai ke atas. Pilihan lain adalah menaiki van yang disediakan dengan bayaran RM10 seorang melalui lereng gunung yang mengambil masa lebih kurang 30 minit. INFO * Peranginan Batu Hampar: berhampiran Istana Hinggap Sultan Kedah sentiasa menjadi menjadi tumpuan orang ramai bersantai pada hujung minggu. * Peranginan Titi Hayun: teratur dengan pembinaan kemudahan penginapan untuk mereka yang bermalam di pusat rekreasi air terjun itu. * Tangga Kenari Seribu Tahun memiliki 1,342 anak tangga. Cara ke sini: * Kalau dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuh Raya Utara-Selatan yang menghala ke Alor Setar dan susur di Plaza Tol Gurun. * Dari pekan Gurun, jarak ke kaki Gunung Jerai kira-kira tiga kilometer. Jarak dari kaki bukit ke puncak Gunung Jerai kira-kira 13 kilometer dan boleh menggunakan kenderaan atau motosikal. Di kawasan kaki gunung, terdapat kemudahan tempat letak kereta, bas, surau, tandas dan pusat penerangan. (END)

Page 79: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

28 http://emedia.com.my/

Headline: Serbu pulau legenda Publication: HM Date of publication: Dec 20, 2013 Section heading: Metro Plus Page number: 001 Byline / Author: Oleh Maria Uffa Zulkafeli

Alor Setar: Jumlah penumpang feri di Terminal Feri Kuala Kedah, di sini, mencecah kira-kira 10,000 orang setiap hari bermula minggu ini hingga penghujung tahun nanti. Peningkatan hampir tiga kali ganda berbanding jumlah penumpang sekitar 2,000 hingga 3,000 pada hari biasa itu adalah berikutan penganjuran festival terbesar, Langkawi Naturally Magikal yang berlangsung selama 18 hari berturut-turut bermula semalam hingga 5 Januari tahun depan. Tinjauan Harian Metro di terminal berkenaan mendapati keadaan paling sesak membabitkan jadual perjalanan pada waktu pagi bermula 7.15 pagi hingga jam 3.45 petang dan perjalanan sebelah petang lebih terkawal. Penolong Penyelia Syarikat Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Kuala Kedah Azizan Aziz berkata, sepanjang musim cuti sekolah ini jumlah penumpang paling ramai antara 5,000 hingga 7,000 orang setiap hari terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Bagaimanapun, katanya, peningkatan jumlah penumpang mencecah 10,000 orang menjelang musim festival berkenaan dan berikutan itu, syarikat feri menambah jumlah perjalanan ke Pulau Langkawi berbanding hari biasa sepanjang musim cuti sekolah ini. Katanya, sejak cuti sekolah, jadual perjalanan feri ditambah dari 10 perjalanan kepada 11 perjalanan setiap hari, namun jumlah perjalanan feri ditambah dari masa ke masa mengikut keperluan. "Sejak cuti sekolah pada pertengahan November lalu, jadual perjalanan feri yang biasa ditambah dari 10 kepada 11 perjalanan, tetapi ada kala ia meningkat sehingga 16 perjalanan sehari. "Keadaan itu berlaku pada cuti hujung minggu. Kemungkinan keadaan sama akan berlaku menjelang Langkawi Naturally Magikal yang berlangsung selama 18 hari berturut-turut di pulau legenda berkenaan," katanya. Azizan berkata, penumpang tidak perlu bimbang mengalami kesukaran mendapatkan tiket walaupun keadaan di terminal ini dijangka lebih sesak bermula minggu ini hingga penghujung tahun nanti. "Walaupun keadaan terminal dijangka akan sesak berbanding sekarang, penumpang tidak perlu bimbang kerana pihak pengurusan akan menambah waktu perjalanan feri sekiranya terdapat penambahan jumlah penumpang sepanjang tempoh berkenaan," katanya. Sementara itu, pengunjung dari Perak, Mazana Mazlan, 30, berkata, walaupun musim cuti sekolah, namun dia memilih hari biasa untuk ke Pulau Langkawi bagi mengelakkan

Page 80: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

29 http://emedia.com.my/

kesesakan berlaku di terminal feri. Katanya, dia memang merancang untuk bercuti bersama keluarga ke Pulau Langkawi pada musim cuti sekolah kali ini, namun tidak sangka pula keadaan di terminal sesak teruk walaupun pada hari biasa. "Saya tidak kisah keadaan tetap sesak pada hari biasa kerana tiada masalah untuk mendapatkan tiket feri, malah tempat penginapan di sana juga sudah ditempah awal bagi mengelakkan masalah pada saat terakhir," katanya. Bagi penumpang lain, Asura Ahmad, 28, yang juga kakitangan Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) berkata, keadaan sesak di terminal feri untuk ke Pulau Langkawi pada setiap musim cuti sekolah adalah perkara biasa. Katanya, keadaan itu amat biasa tambahan pula minggu depan festival besar-besaran Langkawi Naturally Magikal sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 akan diadakan di Pulau Langkawi. "Keadaan akan dijangka bertambah sesak bermula minggu hadapan hingga awal Januari depan, tambahan pula ramai yang mengambil peluang cuti sekolah dan cuti umum sempena perayaan Krismas nanti untuk bercuti di pulau berkenaan. Difahamkan, festival berkenaan bakal dimeriahkan dengan konsert percuma dari lebih 10 bintang ternama dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand serta menikmati kemeriahan persembahan bunga api dan aktiviti menarik lain.

Headline: Bersantai di puncak Jerai Publication: BM Date of publication: Jan 5, 2014 Section heading: Kembara Page number: 002 Byline / Author: Oleh Nora Mahpar

Cuaca dingin yang menggigit tubuh pagi itu tidak melunturkan semangat untuk meneroka kedamaian dan keindahan Gunung Jerai yang menjadi puncak tertinggi di Semenanjung. Malah, dengan ketinggian 1,217 meter, Gunung Jerai ibarat lambang kemegahan dan identiti negeri Kedah. Melihat dari jauh, sesiapa saja yang menghampiri gunung yang terletak di sempadan Daerah Yan dan Kuala Muda ini pasti terpesona dan hanya mampu mengucap syukur kerana negara ini masih mempunyai hamparan tanah tinggi yang indah bak lukisan dinding yang cukup sempurna. Dengan suhu sederhana antara 19 hingga 24 darjah Celsius, ia menjadi antara kawasan tarikan pelancong, terutama yang ingin bersantai dan menikmati udara segar di kawasan tanah tinggi.

Page 81: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

30 http://emedia.com.my/

Penulis berasa bertuah kerana berpeluang berada di puncak gunung ini sehingga dapat menyaksikan panorama indah sawah padi dan sayup-sayup kelihatan perairan Selat Melaka. Namun, dek hati yang terus tertanya-tanya apakah rahsia yang ada di puncak gunung itu membuatkan penulis bersama rakan membuat keputusan cuba menyelongkar khazanah Gunung Jerai yang dahulunya dikenali sebagai Pulau Serai itu. Menurut cerita penduduk tempatan, pada abad ke-4 hingga ke-13, gunung yang menganjur ke Tanjung Jaga di Selat Melaka ini menjadi panduan pedagang Parsi, Arab, Cina dan India yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan Gunung Jerai dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini. Ia berdasarkan faktor sejarah bahawa Yan sudah lama menarik pedagang dari Aceh, Indonesia. Kampung Aceh dan Kampung Sungai Limau dengan majoriti penduduknya keturunan Aceh menjadi bukti kewujudan masyarakat itu. Terkenal dengan laluan yang berliku dan mencabar, penulis bersama jurugambar mengharungi sembilan selekoh tajam dan berbahaya untuk sampai ke puncak. Dengan keadaan trek yang kecil dan basah akibat hujan, menjadikan perjalanan kami agak agak perlahan kerana perlu berhati-hati dikhuatiri bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan. Diselaputi kabus dingin Pemanduan dengan kereta ke puncak yang mengambil masa kira-kira 30 minit itu akhirnya tiba di The Regency Jerai Hills Resort, satu-satunya resort di puncak Jerai. Seperti tanah tinggi lain, Jerai diselaputi kabus dingin yang tebal, menjadikan kami berada di satu tempat asing di Eropah. Deretan pokok renek dan bunga hidup melatari indah landskap, setiap kaki yang melangkah ke resort yang dipenuhi flora dan fauna cukup mengagumkan. Kedudukan Gunung Jerai yang dekat dengan laut turut menyajikan pemandangan tanah tinggi yang sungguh menakjubkan. Tiupan bayu lembut sesekali menerpa wajah cukup mengasyikkan tatkala mata asyik memandang hamparan sawah padi menghijau bak permaidani terbentang luas di depan mata. Dari puncak gunung, kelihatan Pulau Bunting yang disambungkan dengan daerah Yan melalui jambatan sepanjang satu kilometer (km). Jika cuaca baik, pengunjung juga boleh melihat Pulau Langkawi dan Pulau Pinang dengan jelas kerana jaraknya hanya kurang 50 kilometer saja. Lebih istimewa lagi, selain panorama indah di puncak gunung, pengunjung di atas puncak dapat menyaksikan keindahan seni bina bangunan The Regency Jerai Hills Resort. Difahamkan sebahagian bangunan resort itu adalah bangunan asal menara panduan pelayar yang dibina pada zaman Kesultanan Kedah. Rahsia Padang Tok Sheikh Selepas meluangkan masa hampir 30 minit dan bergambar kenangan di puncak gunung,

Page 82: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

31 http://emedia.com.my/

penulis meneruskan langkah ke Padang Tok Sheikh dan Telaga Tok Sheikh, iaitu orang yang bertanggungjawab mengislamkan Maharaja Debar Raja I yang kemudian bergelar Sultan Muzaffar Shah pada 1136. Difahamkan, sebelum menghembuskan nafasnya terakhir, Sheikh Abdullah mewasiatkan supaya jenazahnya dikebumikan di tanah rata berhampiran menara itu. Wasiat itu diperkenankan Sultan dan disempurnakan oleh menterinya. Dengan itu, tanah rata di kemuncak Gunung Jerai sehingga kini dipanggil Padang Tok Sheikh. Tidak jauh dari Padang Tok Sheikh, kami singgah ke Telaga Tok Sheikh yang terkenal dengan kejernihan mata airnya. Menurut sumber, air telaga Tok Sheikh dipercayai dapat menyembuhkan penyakit kronik seperti lumpuh dan digunakan untuk tujuan perubatan tradisional. Berhampiran Telaga Tok Sheikh ini terdapat satu laluan sunyi yang agak misteri. Kami mengambil keputusan untuk meneroka laluan berkenaan dan selepas penat mengharungi laluan berbukit itu selama hampir 15 minit. Apa yang mengejutkan kami menemui satu bongkah batu besar yang menyerupai kapal terbalik. Mengikut mitos sejarah, batu itu berasal daripada kapal Maharaja Merong Mahawangsa yang disumpah Sang Kelembai ketika berlabuh di Pulau Serai yang juga nama asal gunung berkenaan. Panjat 1,342 anak tangga Selain melihat tinggalan sejarah, pelawat berpeluang meneroka pelbagai spesies hidupan seperti orkid, ramarama, serangga akuatik, periuk kera, katak dan burung. Namun untuk bersantai, Gunung Jerai menyediakan laluan merentas, mendaki gunung, berkelah dan berbasikal. Ini dapat dilihat apabila sepanjang menuruni puncak gunung itu, kami terserempak dengan beberapa kumpulan penunggang basikal bukit yang dalam perjalanan menaiki dan menuruni laluan berlereng itu. Pagi pencinta alam, apa kata singgah sebentar di Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Di sini, kita boleh melalui trek jejak warisan yang memberi peluang kepada pengunjung menikmati persekitaran alam semula jadi sepanjang laluan trek berkenaan. Bagi mereka yang merancang ke Gunung Jerai, jangan khuatir kerana terdapat beberapa cara untuk sampai ke puncak, bergantung kepada tahap kecergasan individu berkenaan. Jika mahukan laluan mencabar, cubalah mendaki kaki gunung sejauh lebih kurang 14 kilometer atau memanjat 1,342 anak tangga di Tangga Kenari 1,000 Tahun yang memakan masa sehingga tiga jam untuk sampai ke atas. Pilihan lain adalah menaiki van yang disediakan dengan bayaran RM10 seorang melalui lereng gunung yang mengambil masa lebih kurang 30 minit. INFO * Peranginan Batu Hampar: berhampiran Istana Hinggap Sultan Kedah sentiasa menjadi

Page 83: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

32 http://emedia.com.my/

menjadi tumpuan orang ramai bersantai pada hujung minggu. * Peranginan Titi Hayun: teratur dengan pembinaan kemudahan penginapan untuk mereka yang bermalam di pusat rekreasi air terjun itu. * Tangga Kenari Seribu Tahun memiliki 1,342 anak tangga. Cara ke sini: * Kalau dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuh Raya Utara-Selatan yang menghala ke Alor Setar dan susur di Plaza Tol Gurun. * Dari pekan Gurun, jarak ke kaki Gunung Jerai kira-kira tiga kilometer. Jarak dari kaki bukit ke puncak Gunung Jerai kira-kira 13 kilometer dan boleh menggunakan kenderaan atau motosikal. Di kawasan kaki gunung, terdapat kemudahan tempat letak kereta, bas, surau, tandas dan pusat penerangan. (END)

Headline: Pekan Rabu mercu tanda bumiputera Publication: HM Date of publication: Nov 1, 2013 Section heading: Variasi Page number: 006 Byline / Author: Oleh Mohd Sharumnisham Shahbudin

Terletak di tengahtengah Bandaraya Alor Setar, Pekan Rabu muncul sebagai mercu tanda kejayaan ekonomi orang Melayu di negeri Kedah Darul Aman. Ia dianggap sebagai salah satu persinggahan wajib pelancong dalam dan luar negara yang bertandang. Di sini, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai jenis songkok, kasut, capal, baju Melayu, songket dan kain telekung dengan harga yang berpatutan. Paling menarik perhatian ialah Songkok Style Tun yang boleh didapati di Kedai Songkok Sardi Dahar. Ia adalah satu penghormatan kepada Tun Mahathir Mohammad yang amat sinonim dengan Pekan Rabu. Beliau bukan saja merasmikan Pekan Rabu pada 1978, malah pernah menimba pengalaman berniaga di zaman kanakkanaknya dan sering mengimbau nostalgia terbabit dalam hidupnya. Menurut pembantu kedai itu, Solehah Mohd Saad, Tun Mahathir akan menempah songkok setiap tahun dan biasanya berkunjung ke Pekan Rabu pada minggu terakhir di bulan

Page 84: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

33 http://emedia.com.my/

Ramadan. "Tingginya 10.16 sentimeter, potongan dan jahitan yang berkualiti serta kemas membolehkan Songkok Style Tun sentiasa menjadi pilihan utama Tun Mahathir. "Biarpun harganya RM120, ia tidak menjadi penghalang kepada peminat songkok untuk menempah walaupun terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkannya," katanya. Kuih karas, dodol, emping, ikan pekasam dan pelbagai makanan tradisional Kedah boleh didapati dengan mudah di Pekan Rabu. Selain keaslian rasa tradisionalnya, keramahan peniaga juga menjadi faktor utama apabila Pekan Rabu sering disebutsebut pengunjung dari seluruh pelusuk negara. Di samping makanan dan pelbagai barangan keperluan, kedai di sekitar turut menjual barangan emas, kraf tangan dan perubatan tradisional serta kelengkapan haji dan perkahwinan. Boleh dikatakan macammacam ada di Pekan Rabu ini. Pengunjung turut dijamu pelbagai makanan enak di medan selera yang terletak di bahagian bawah bangunan Pekan Rabu yang terkenal dengan gulai kepala ikan Pak Man dan laici kang di kedai Bamboo. Oleh yang demikian, bagi yang berkunjung ke Alor Setar, singgahlah ke Pekan Rabu untuk membelibelah. Lokasinya yang berhampiran dengan hentian teksi dan bas serta tempat meletak kenderaan di sekelilingnya memudahkan pengunjung untuk singgah.

Headline: Melancong sambil beramal Publication: BM Date of publication: Jul 28, 2013 Section heading: Kembara Page number: 002 Byline / Author: Oleh Zainuri Misfar

Udara nyaman dan suasana tenang di Gunung Jerai di Gurun, Kedah melegakan kepenatan perjalanan menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Alor Star hampir sembilan jam. Malahan sebaik sahaja membuat daftar masuk di The Regency Jerai Hill Resort kira-kira jam 11.30 pagi, membuatkan ramai yang tidak sabar untuk merebahkan badan kerana bukan saja letih tetapi juga kerana masing-masing diulit rasa mengantuk. Dapat melelapkan mata selama dua jam sudah memadai bagi anggota rombongan lelaki kerana selepas itu bersiap sedia pula untuk menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Kampung Titi Teras, Yan iaitu kira-kira 40 minit perjalanan menuruni Gunung Jerai. Sememangnya mengembara pada bulan Ramadan agak mencabar dan meletihkan. Jadi, memang pelik kalau ada pihak yang menganjurkan pakej melancong pada bulan puasa.

Page 85: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

34 http://emedia.com.my/

Hakikatnya, tiada sebarang masalah melancong ketika Ramadan. Kalau disusun dengan rapi, kita bukan sahaja boleh melancong tetapi boleh melakukan kerja amal seperti memberikan sumbangan kepada penduduk tempatan yang daif dan juga anak yatim. Ia memanglah sedikit meletihkan, tetapi pada masa tidak juga menghilangkan rasa seronok. Cabaran melancong pada bulan puasa hanya tidak boleh makan dan minum. Malah menerusi program ini, kita dapat melihat sendiri bagaimana orang lain terutama mereka yang hidup tidak mewah dan tinggal di kampung pedalaman begitu tabah mengerjakan puasa. Disertai 40 wakil media Menyedari ada tarikan dan keistimewaannya, Media Glokal menganjurkan program Pelancongan Ibadah - Melancong Sambil Beramal ke Kedah yang disertai kira-kira 40 wakil media. Program yang turut dikenali sebagai Ziarah Ramadan dengan menumpukan pelancongan domestik itu mendapat sokongan padu daripada Buraq Oil, KTM Berhad dan Tourism Malaysia Kedah selain kerjasama dari Menara Alor Star, The Regency Jerai Hill Resort, Ekspres Pancaran Matahari dan Universiti Utara Malaysia (UUM). Sepanjang program empat hari ini, melihat atur caranya memang seperti agak padat. Ini hampir setiap hari berada `di lapangan' kerana selain berkunjung tempat menarik, program ini turut membabitkan pemberian sumbangan barangan asas kepada penduduk miskin dan pemberian duit raya di dua kampung. Hari pertama: Bertarawih dalam kereta api Menaiki kereta api Ekspres Senandung Langkawi di KL Sentral selepas rombongan media berbuka puasa dan menunaikan solat Mahgrib. Kereta api bergerak kira-kira jam 8.30 malam. Semua ahli rombongan ditempatkan dalam sebuah koc khas. Kira-kira setengah jam kemudian, solat berjemaah fardu Isyak dan seterusnya sunat Tarawih dilakukan dalam koc ini. Disebabkan sukar untuk solat secara berdiri, ia dilakukan dengan duduk. Biarpun duduk, badan masih terasa terhuyung hayang dan sesekali seperti hendak terhumban atau terlentang tatkala kereta api berhenti atau mula bergerak. Lengkap sajian moreh Namun, semuanya dapat dilakukan dengan sempurna. Selesai solat Tarawih, dijamu dengan moreh dan selepas itu masing-masing berehat. Kirakira jam 4 pagi pula, jamuan untuk bersahur disediakan. Tiba jam 9 pagi Selepas selesai bersahur dan memasuki waktu imsak, anggota rombongan bersiap sedia untuk menunaikan solat Subuh. Kami tiba di Stesen Keretapi sementara Alor Star kira-kira jam 9 pagi. Turut serta dalam perjalanan ini ialah Pengurus Kanan Pemasaran, KTM Antara Bandar,

Page 86: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

35 http://emedia.com.my/

Mohd Noordin Kimi; Pengarah Eksekutif BuraqOil, Mohd Khilmi Yusop; Pengurus Besar BuraqOil, Mohd Khairul Anuar Abd Latif dan Pengarah Program ini, Azid Desa. Hari kedua: Santai di Gunung Jerai Dari Stesen Kereta api Alor Setar, rombongan media terus dibawa ke destinasi pertama program pelancongan ibadah ini iaitu ke Gunung Jerai di Gurun. Selepas membuat daftar masuk di Regency Hotel, rombongan mengambil kesempatan untuk berehat. Pada sebelah petang, ada sesi taklimat ringkas mengenai pembangunan sektor pelancongan di Kedah oleh pegawai dari Tourism Malaysia, Kedah iaitu Shahrul Ahmad Shabeer Ahmad. Antara lain, beliau berkata, ketika ini Tourism Malaysia Kedah sedang giat memperkenalkan pakej sehari melawat tanah besar, khususnya Alor Setar kepada pelancong yang datang ke Langkawi. Keistimewaan Gunung Jerai "Nama Langkawi tidak perlu diperkenalkan di kalangan pelancong luar negara. Jadi, kita cuba membawa mereka melawat ke Alor Setar sekurang- kurangnya sehari menerusi pakej tertentu," katanya. Turut memberikan taklimat ialah Pengurus Besar The Residency Jerai Hill Resort, Sabri Harun yang memberi penerangan mengenai keistimewaan Gunung Jerai selain aktiviti menarik yang ditawarkan kepada mereka yang berkunjung ke gunung itu. Selepas selesai solat Asar, anggota rombongan bersiar-siar di sekitar Gunung Jerai termasuk pemandangan sawah padi di daerah Yan dan laut Selat Melaka. Bagaimanapun, kabus membuatkan pemandangan kurang jelas. Cuaca dan suhu nyaman selain faktor keletihan, menyebabkan ramai ahli rombongan tidur nyenyak sehingga terlepas bersahur yang disediakan oleh pihak hotel. Hari ketiga: Melawat sambil meraikan anak yatim Selepas membuat daftar keluar kira-kira jam 9 pagi, semua anggota rombongan berkumpul di lobi hotel untuk dibawa turun oleh van yang disediakan khas oleh pengurusan hotel. Jika tidak menggunakan kenderaan sendiri, van adalah kenderaan `rasmi' untuk membawa naik dan turun ke puncak Gunung Jerai kerana kenderaan berat seperti bas tidak dibenarkan naik kerana ada tujuh selekoh tajam sepanjang laluan ke atas puncak. Destinasi yang dituju ialah dua stesen minyak Buraq Oil iaitu di Simpang Tiga, Kampung Tok Besah, Jalan Sungai Tiang, Pendang dan Paya Mak Inson, Sik. Dalam dua persinggahan inilah, rombongan media dengan senang hati menyampaikan sumbangan yang disediakan oleh pengurusan Buraq Oil dan BERNAS kepada penduduk fakir selain duit raya kepada hampir 100 kanakkanak penduduk setempat. Ini juga memberi pengalaman menarik kerana selain beramal, sempat juga untuk mengenali suasana kampung yang terletak agak pedalaman. Ternyata penduduk di sini menyambut kedatangan kami dengan berbesar hati.

Page 87: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

36 http://emedia.com.my/

Lawat ladang anggur Selepas selesai dengan program sumbangan itu, program Ziarah Ramadan ini dibawa melawat Ladang Anggur Tasik Beris di Sik. Kira-kira pukul 5 petang, tiba di hadapan Masjid Zahir, Alor Star. Sambil melawat dan bergambar keindahan Masjid Zahir, ia juga kesempatan untuk menunaikan solat Asar pula. Selepas itu, bergerak pula ke Menara Alor Star yang tidak jauh dari Masjid Zahir. Di sini, peserta rombongan bermesra pula dengan anak-anak yatim dari Sekolah Menengah AlBukhary dan Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Awang. Mereka kemudian diraikan dalam majlis berbuka puasa dan bersolat Maghrib di dewan paling atas Menara Alor Star. Turut serta di majlis ini ialah Pengurus Besar Menara Alor Star, Haslinda Abdul Rashid. Solat Isyak dan Terawih juga dilakukan di sini. Selepas semua program di sini selesai, anggota rombongan kemudian di bawa menginap di hotel penginapan milik Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok. Hotel yang selesa dengan persekitaran mendamaikan ini dikenali sebagai Enteprise Development Unit (EDU) sebenarnya dibina untuk dijadikan sebahagian subjek pengurusan hotel yang ditawarkan oleh universiti ini. Bagaimanapun, penginapan ini dibuka kepada orang awam. Sementara menunggu pendaftaran masuk ke bilik penginapan masing-masing, agak menarik juga apabila semua peserta dijamu dengan buah-buahan tempatan seperti durian, manggis, rambutan, langsat dan cempedak yang disediakan oleh FAMA. Hari keempat Dari kampus UUM, rombongan kemudian melawat Kompleks Beli Belah Bukit Kayu Hitam. Sebenarnya, tiada apa yang menarik di sini kerana kebanyakan barangan dan harga yang ditawarkan boleh didapati di sekitar Alor Star. Kunjungan ke Bukit Kayu Hitam sekadar mahu merasai dan melihat suasana di sempadan Malaysia dan Thailand. Bertolak dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Muzium Padi di Gunung Keriang kira-kira lapan kilometer dari Alor Star. Bangunan berbentuk gemal padi ini dibuka dengan rasminya pada 12 Oktober 2004, luas keseluruhan muzium ini ialah 12,000 meter persegi. Rumah Seri Banai Lawatan seterusnya ialah ke Rumah Seri Banai. Rumah ini adalah satu lagi warisan seni bina Melayu Kedah. Pemilik asalnya, Saad Taib iaitu Penghulu Kampung Banai, Mukim Pelubang, Kubang Pasu. Rumah ini dibina oleh tukang kayu sekitar tahun 1920-an menggunakan kayu meranti dan tamaq. Selepas melawat Rumah Seri Banai, kami dibawa ke Pekan Rabu untuk melihat suasana bazar Ramadan di sini, sebelum kembali ke stesen keretapi sementara Alor Star untuk berbuka puasa dan seterusnya kembali ke Kuala Lumpur menaiki kereta api pukul 8 malam. (END)

Page 88: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

37 http://emedia.com.my/

Headline: Aktiviti laut 4 pulau Publication: HM Date of publication: Nov 21, 2013 Section heading: Variasi Page number: 002 Byline / Author: Oleh Suliati Asri

ALAM semula jadi yang mencakupi banjaran Gunung Jerai yang menganjur ke kawasan laut di Tanjung Jaga dan Selat Melaka cukup menyenangkan. Hutan Lipur yang menghijau dan kesejukan air terjun yang mempesona pastinya memberikan pengalaman hebat saat beriadah bersama keluarga tersayang. Bagi si kaki pancing, memancing di empat pulau yang cukup terkenal dengan aktiviti memancing dan perkhemahan pastinya memberikan pengalaman baru dan cabaran tersendiri. Itulah antara destinasi dan aktiviti hebat jika berpeluang bercuti di daerah yang unik dalam negeri Kedah iaitu Yan. Terletak kira-kira 50 kilometer (km) dari Alor Setar, 80km dari Sungai Petani, Yan dibuka secara rasminya pada 1904 dan ditadbir seorang bangsawan bernama Syed Othman Al-Qadri. Dengan alam semula jadi yang disajikan, pemandangan matahari terbenam yang memukau dan kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan, percutian anda pastinya akan menjadi kenangan yang terindah. Jom lihat senarai tempat menarik sekitar Yan yang cukup mengujakan ini. Gunung Jerai Mempunyai ketinggian 1,217 meter dengan suhu antara 19 hingga 24 darjah celsius, destinasi percutian tanah tinggi di Gunung Jerai ini cukup unik dan mempesonakan. Di sini, terdapat kesan sejarah yang cukup mengujakan peninggalan Syeikh Abdullah Syeikh Ahmad yang mengislamkan Maharaja Debar Raja 1 (Sultan Muzaffar Shah) pada 1136 seperti Padang Tok Syeikh dan Telaga Tok Syeikh. Selain itu, kawasan air terjun dan Muzium Perhutanan antara tarikan pelancongan yang ditawarkan di Gunung Jerai di samping pelbagai kemudahan infrastruktur seperti chalet, restoran, dewan, masjid dan tapak perkhemahan. Perjalanan ke puncak yang mengambil masa 25 minit dengan jarak perjalanan 13km, anda pasti teruja dengan hutan semula jadi yang menghijau dan pemandangan sawah padi. Tangga Kenari 1,000 Tahun Terletak lebih kurang 3.4km dari Pekan Yan Besar, Tangga Kenari 1,000 Tahun menjanjikan satu kelainan dan cabaran tersendiri bagi pengunjung yang inginkan cabaran.

Page 89: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

38 http://emedia.com.my/

Mendaki anak tangga Kenari yang memberikan trek berliku untuk sampai ke Gunung Jerai ini dengan mengambil masa lebih kurang empat jam nyata tidak mengecewakan. Ini kerana, dalam perjalanan ke puncak Gunung Jerai, anda pastinya akan teruja melihat pelbagai tumbuhan sekitar Gunung Jerai, apatah lagi dengan kewujudan pelbagai pokok berusia ratusan tahun. Pantai Murni Bersantai di tepi pantai dengan pemandangan indah sememangnya cukup mengasyikkan. Terletak lebih kurang 500 meter dari Pekan Yan, Pantai Murni dilengkapi kemudahan infrastruktur seperti gerai makanan, pondok rehat, surau dan padang permainan kanak-kanak. Menariknya di sini, anda pasti terpesona melihat pemandangan indah matahari terbenam dan panorama menarik gugusan Pulau Bidan, Pulau Bunting, Pulau Telor dan Pulau Songsong. Taman Rekreasi Titi Hayun Denai hutan dan keindahan air terjun adalah tarikan utama di Taman Rekreasi Titi Hayun yang terletak tiga kilometer dari Pekan Yan. Berkelah bersama keluarga di tepi air terjun dengan air yang jernih dan sejuk cukup menggembirakan. Rimba Rekreasi Batu Hampar Rimba Rekreasi Batu Hampar di Air Putih, Serdang adalah destinasi pelancongan berasaskan eko-pelancongan yang menawarkan keindahan air terjun, flora dan fauna. Air Terjun Seri Perigi Terletak 5km dari Pekan Yan, Air Terjun Seri Perigi ini adalah air terjun tertinggi di Kedah iaitu melebihi 100 meter. Ia sesuai untuk berkelah dan mandi-manda kerana airnya sejuk serta suasana yang nyaman, sesuai bagi aktiviti lasak dan mencabar. Pulau Bunting, Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Songsong Kedudukan Yan yang terletak berhampiran pesisir pantai Selat Melaka mempunyai gugusan pulau yang menarik iaitu Pulau Bunting, Pulau Bidan, Pulau Telor dan Pulau Songsong. Pulau ini sesuai bagi anda yang gemar aktiviti laut, memancing dan perkhemahan. Terusan Wan Mat Saman Terusan Wan Mat Saman adalah terpanjang di Malaysia dan menghubungkan Sungai Kedah di Alor Setar hingga ke kaki Gunung Jerai di Gurun, Selatan Kedah.

Page 90: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

39 http://emedia.com.my/

Terusan sepanjang 36km ini dibina pada 13 Ogos 1885 dan siap pada tahun 1895. Terusan ini berfungsi untuk mengairi kawasan sawah padi di Kedah. Pembinaan Terusan Wan Mat Saman adalah pencapaian mengagumkan pada masa itu dan namanya bersempena nama Menteri Besar Kedah pada masa itu iaitu Datuk Wan Muhammad Saman Wan Ismail. Terusan Wan Mat Saman digunakan sehingga sekarang. >> Penginapan Homestay Sungai Badak * Tiga kampung membabitkan 17 rumah dengan menawarkan 22 bilik * Homestay Sungai Raga - membabitkan 26 rumah dan 36 bilik * Regency Jerai Hill Resort - menawarkan 70 bilik >> Jeti Memancing Jeti Dulang, Jeti Sungai Udang dan Jeti Kuala Sala di Yan adalah lokasi memancing yang popular.

Headline: Kenangan indah di Seri Chenang Publication: HM Date of publication: Jun 13, 2013 Section heading: Variasi Page number: 007 Byline / Author: Oleh Abie Abdullah

Pulau Mahsuri sudah ternama. Kisah legenda dan mitos, bergaul keindahan alam membuatkan Langkawi sukar dilepaskan. Banyak yang menarik untuk diceritakan kerana rata-rata akan kembali memijak tanah itu semula. Langkawi menambah satu lagi tarikan dengan kewujudan Seri Chenang Resort Spa Langkawi (Seri Chenang). Suatu pengalaman yang dilalui penulis, baru-baru ini. Bukan hanya disambut butler di lapangan terbang Antarabangsa Langkawi, malah petugas termasuk pengurusan resort, chef dan warga spa menanti di pintu masuk utama Seri Chenang. Sepanjang tiga malam menginap di Seri Chenang yang berjiran dengan penempatan nelayan, Kampung Temoyong di Kuala Sungai Chenang ini, bagaikan malas untuk mengucapkan selamat tinggal. Teringat cerita Pengurus Kayangan Spa, Mohd Rashdy Ahmad dalam loghat Kedah mengenai pengalamannya merantau ke negara orang, tidak kurang juga chef, Roslan Darus yang asalnya hanya pembantu dapur di restoran Jepun, berkongsi kenangan ketika kami sama-sama menjamah gulai tongkol, gelama kering, ulam pucuk gajus dan sambal belacan di pinggir kolam.

Page 91: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

40 http://emedia.com.my/

Pengurus Resort, Shamsol Mustapa berkata, semua petugas baik di meja kaunter atau dapur, dilatih `semula' dengan budaya Melayu. Jemput makan dan tumpang lalu antara kesopanan adat Melayu kita yang kami terapkan di Seri Chenang. Kepada pelancong yang ingin menikmati kehidupan kampung dalam suasana budaya Melayu, Seri Chenang adalah tempatnya, katanya. Budi bahasa yang diserapkan dalam urusan harian di resort lima bintang ini melengkapkan lagi `kemewahan' Seri Chenang yang dibuka secara rasmi pada 16 Mei lalu. Di dalam keluasan tanah 0.53 hektar ini, dibangunkan enam rumah Melayu tradisional. Rumah Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Kedah sebagai Rumah Ibu saling berjiran. Susunan rumah yang menghadap kolam dan wakaf itu sangat indah. Dominannya menggunakan kayu berlian dan cengal, rumah atau vila ini dilengkapi kemudahan moden. Setiap vila diatur dapur berasingan, ruang tamu dan ruang makan. Tiga daripada vila berkenaan ada `sky shower' (tempat mandi terbuka tanpa bumbung). Seksi! Di bawah rumah pula disediakan dua basikal untuk tetamu. Menurut Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Seri Chenang, Warren Fernandez, seni bina penginapan mewah ini disesuaikan dengan hospitaliti orang kita dan setiap tetamu akan seperti berada di kampung Melayu. Setiap vila turut ditemani seorang butler yang bersedia 24 jam untuk memenuhi keperluan tetamu. Setakat ini kami mempunyai lima butler termasuk seorang wanita, katanya. Resort butik yang diilhamkan oleh Pengarah Urusannya, Mohamad Shukor Zainal Abidin pada 2009 ini mendapat sentuhan seni bina ayahnya sendiri, arkitek terkenal, Datuk Zainal Abidin Mohamed Ali. Shamsol bercerita, asalnya resort ini dibina untuk ahli keluarga sebagai rumah percutian, namun selepas perbincangan anak beranak, timbul idea untuk membesarkan kepada sebuah resort komersial. Selain enam vila, Seri Chenang menyusun sebuah kolam renang, gimnasium, bilik membaca, spa dan wakaf. Tetamu boleh memilih sama ada makan di bilik, beranda rumah, wakaf atau Dapur Warisan untuk menyaksikan chef memasak untuk anda. Lebih membanggakan kerana Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pernah menjamu selera di dapur itu. Seni bina rumah-rumah Melayu tradisional di Seri Chenang memang unik, sebab itu kami yakin pelancong suka dengan apa yang kami tawarkan di sini. Sasaran utama kami sememangnya pelancong luar terutama pasaran Eropah, namun

Page 92: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

41 http://emedia.com.my/

pelancong tempatan amat dialu-alukan, katanya yang boleh dihubungi melalui www.serichenangresort.com.

Headline: Pasar terapung Tanjung Chali tarikan baru pelancongan Kedah Publication: BH Date of publication: May 27, 2013 Section heading: Sentral Page number: 002

ALOR SETAR: Pembinaan pasar terapung di Tanjung Chali di sini, menjadi salah satu agenda kerajaan negeri untuk meningkatkan dan merancakkan kembali industri pelancongan dalam tempoh lima tahun akan datang. Pengerusi Jawatankuasa, Pelancongan, Sumber Manusia dan Agama negeri, Mohd Rawi Abd Hamid, berkata meskipun konsep itu gagal ketika dilaksanakan di Perlis, namun pihaknya akan cuba mencari pendekatan terbaik bagi mengenalpasti segala potensi yang ada sebelum menjadikannya sebagai produk pelancongan. Program pelancongan lain yang dirancang termasuk menaik taraf Kampung Tradisional dan Muzium Padi di Gunung Keriang serta pelancongan yang boleh diterapkan melalui tapak arkeologi Lembah Bujang, Sungai Petani. Katanya, pada peringkat awal pihaknya berharap untuk meneroka semua potensi yang ada bagi menghidupkan pasar terapung, selain mengadakan perbincangan dengan Kerajaan India untuk meneroka potensi pelancongan di Lembah Bujang. Penduduk tempatan tidak biasa dengan konsep pasar terapung tetapi bagi ia berpotensi kerana amat digemari pelancong luar. Teroka potensi Kita juga sedang meneroka potensi di Lembah Bujang kerana ia amat dikenali di India sebagai Kedah Ram iaitu sebuah kerajaan yang masyhur satu masa dulu, katanya ketika ditemui selepas karnival kahwin dan pesta makanan tradisional di sini. Mohd Rawi berkata, kerajaan negeri perlu melakukan sesuatu kerana mahu meningkatkan kedatangan pelancong, termasuk menjadikan negeri ini sebagai pintu masuk sebelum ke tempat lain. Kita dapati ramai pelancong Thailand masuk negara ini melalui Kedah dan terus ke Pulau Pinang. Jadi selepas ini kita mahu mereka menjadikan Kedah sebagai persinggahan yang menarik, katanya. Mohd Rawi berkata, pihaknya juga merancang program tahunan yang mampu menarik lebih ramai pelancong melalui konsep yang disesuaikan dengan budaya negeri Kedah.

Page 93: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

42 http://emedia.com.my/

Headline: Langkawi jadi tarikan pendidikan Publication: BH Date of publication: Feb 2, 2013 Section heading: Main Section Page number: 022 Byline / Author: Oleh Suzalina Halid

Langkawi: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yakin peranan Pulau Langkawi bukan saja tertumpu kepada aspek pelancongan sematamata, tetapi mampu diperluas termasuk sebagai tarikan destinasi pendidikan. Sehubungan itu, beliau mempelawa mana-mana universiti awam membuka kampus cawangan di pulau lagenda ini, sekali gus membantu melonjakkan potensi Langkawi dalam bidang berkenaan. "Kerajaan memang merancang untuk membuka kampus cawangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini (Langkawi). Beri mandat kepada BN "Ia akan dapat direalisasikan jika rakyat Kedah memberikan mandat pimpinan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang," katanya selepas melancarkan kerjasama industri Akademi Pelancongan Langkawi di Hotel Westin, di sini, semalam. Hadir sama Naib Canselor dan Presiden Taylor's University, Prof Datuk Dr Hassan Said dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Md Noor. Mengulas hasrat penubuhan kampus cawangan IPT itu, Khaled berkata pemilihan Langkawi adalah bertepatan kerana bukan saja suasananya kondusif, malah ia juga diyakini mampu menarik pelajar dari luar negara untuk menuntut di sini. Katanya, sekiranya BN mendapat mandat di Kedah dan adanya hasrat daripada universiti awam yang ingin memperluas serta memperbesarkan kampus, Langkawi adalah lokasi sesuai untuk dipertimbangkan oleh mereka. "Sehingga kini tiada sebarang institusi pengajian tinggi di sini, kecuali Kolej Komuniti Langkawi dan saya percaya jika ada universiti di pulau ini, ia akan dapat menarik lebih ramai orang luar. Usahakan hasrat "Bagaimanapun, hasrat itu pastinya bergantung kepada keadaan selepas PRU-13 nanti...kalau rakyat pilih BN, saya akan usahakan hasrat itu," katanya. Akademi Pelancongan Langkawi diwujudkan di bawah inisiatif ke-13 yang terkandung dalam Kerangka Utama Pelancongan Langkawi (2011-2015) yang mana KPT dan Taylor's University menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mewujudkan akademi berkenaan.

Page 94: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

43 http://emedia.com.my/

Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan PEMANDU memperuntukkan RM2.75 juta bagi mengubah suai Kolej Komuniti Langkawi sebagai Akademi Pelancongan Langkawi yang akan mula mengambil pelajar sesi pertamanya, Julai ini. Sebanyak 17 hotel terkemuka di Langkawi juga bersetuju bekerjasama dengan memberi peluang kepada pelajar Akademi Pelancongan Langkawi bagi berkhidmat di tempat mereka.

Headline: Singgah di kota tertua Publication: HM Date of publication: Oct 25, 2012 Section heading: Variasi Page number: 002 Byline / Author: Oleh Mohd Sharumnisham Shahbudin

KEDAH mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi sama ada di musim cuti atau hujung minggu. Namun, kurang pendedahan dan publisiti, destinasi pelancongan yang ada ini kurang diketahui ramai termasuk penduduk tempatan. Di Kuala Kedah misalnya, terdapat muzium yang didirikan Jabatan Muzium di tapak asal runtuhan sebuah kota yang amat terkenal dalam sejarah negeri Kedah pada abad ke-17. Namun, kewujudannya kurang disedari kebanyakan orang. Muzium Kota Kuala Kedah dibangunkan kerajaan pada November 2000 selepas diwartakan 'Tapak Tanah Bersejarah' pada 31 Ogos 1978. Usaha pihak kerajaan memulihara tinggalan sejarah ini amat tepat kerana kota ini salah satu tinggalan kerajaan tua di Tanah Melayu. Kota yang digelar Kota Kuala Bahang ini dibina semula pada tahun 1771 di bawah pemerintahan Sultan Mukarram Syah, Sultan Kedah ke-20 selepas dimusnahkan armada Bugis pada 1770 dan siap pada 1780. Ia dibina menggunakan tenaga mahir yang dibawa khas dari India. Selepas itu, ia mengalami pelbagai liku kejadian dan sejarah. Kota ini pernah diserang kerajaan Bugis, Acheh dan Siam. Ketika pemerintahan British, beberapa pejabat kerajaan dan rumah api dibina di sini. Dan, apabila Jepun menakluki Tanah Melayu, mereka menjadikan kawasan ini markas tentera. Kompleks ini terdiri daripada sebuah bangunan kayu yang menempatkan pelbagai artifak bersejarah dan dikelilingi tembok-tembok asal kota yang dibaik pulih termasuk beberapa laras meriam yang masih sempurna bentuknya.

Page 95: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

44 http://emedia.com.my/

Pihak muzium juga membangunkan kembali pintu gerbang yang dikenali sebagai Pintu Gerbang Kancapuri yang runtuh pada tahun 1970 dan pintu kota yang masih utuh sehingga kini. Antara bahan yang dipamerkan di sini adalah pedang asal tentera Jepun, barangan seramik yang ditemui ketika usaha cari gali dilakukan dan mata wang yang pernah digunakan selain maklumat berkaitan Kota Kuala Kedah. Persekitaran muzium yang indah sering menjadi pilihan jurugambar mengabdikan hasil seni mereka termasuk sesi fotografi bersama pengantin. Malah, tebing Kuala Kedah yang bersebelahan dengan tembok kota adalah destinasi yang popular bagi kaki pancing. Jika menggunakan feri dari Langkawi, kita dapat melihat kota ini yang tersergam di sebelah kiri pintu kuala selepas bangunan Marina Kuala Kedah yang menempatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Muzium ini dibuka dari hari Sabtu sehingga Khamis dan masuk adalah percuma.

Headline: Jom pi Muzium Padi Publication: HM Date of publication: Oct 4, 2012 Section heading: Variasi Page number: 014 Byline / Author: Oleh Mohd Sharumnisham Shahbudin

DIKENALI dengan jolokan `Negeri Jelapang Padi', Kedah memang kaya dengan sawah padi terbentang luas, saujana mata memandang. Memasuki sempadan negeri ini melalui Lebuhraya Utara Selatan (Plus), hamparan sawah padi di kiri dan kanan jalan seperti hamparan permaidani apatah lagi ketika padi masak. Selain sumber makanan ruji rakyat negara ini, ia menjadi tarikan utama pelancongan di Kedah. Ia dibuktikan dengan jumlah 200,000 pelawat mengunjungi Muzium Padi Kedah dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Di samping dapat melihat sejarah penanaman padi, pengunjung amat berminat dengan pelbagai kaedah, peralatan dan penghasilan padi dan beras yang dipamerkan. Pengarah Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Shukri berkata, bagi mempromosi muzium itu, pihaknya mengadakan Karnival Jom Pi Muzium Padi 2012 pada 27 September hingga 6 Oktober ini.

Page 96: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

45 http://emedia.com.my/

Beliau berkata, tahun lalu, karnival itu menarik 70,000 pengunjung dan pihak muzium berharap jumlah itu meningkat kepada 100,000 pengunjung tahun ini. "Kami merancang pelbagai aktiviti dan program sepanjang 10 hari karnival ini, antaranya pertandingan orang kuat, masakan, menangkap itik, menyerkap ikan di sawah, pameran dan gerai jualan. "Pengunjung juga berpeluang membawa pulang itik, lembu dan kambing sebagai hadiah cabutan bertuah. "Hadiah unik ini adalah tarikan utama orang ramai untuk hadir memeriahkan karnival itu tahun ini," katanya. Menurutnya, waktu melawat Muzium Padi di Gunung Keriang ini dilanjutkan sehingga jam 11 malam sepanjang karnival berbanding 5 petang pada hari biasa. Selain Muzium Padi, terdapat beberapa tempat menarik lain yang boleh dikunjungi seperti Gua Gunung Keriang, Pusat Sains Negara Cawangan Utara dan Rekreasi Gunung Keriang yang terkenal dengan gerai jualan kristal. Untuk datang ke sini, anda boleh menggunakan Plus dan keluar di susur Tol Alor Setar Utara. Lokasi muzium ini lapan kilometer dari Bandaraya Alor Setar dan bagi pelawat dari Perlis, anda boleh menggunakan jalan Kangar-Alor Setar dan membelok di persimpangan Alor Janggus untuk ke sini.

Headline: Rehat minda di Lata Bayu Publication: HM Date of publication: Aug 9, 2012 Section heading: Variasi Page number: 018 Byline / Author: Oleh Safuri Kamarudin

BERKELUASAN 1,530 kilometer (km) persegi atau 590.32 batu persegi, Baling adalah daerah kedua terbesar di negeri Kedah. Ia bersempadan dengan Thailand dan Perak di sebelah Timur, Sik dan Kuala Muda di sebelah Barat manakala daerah Kulim di sebelah selatan. Baling yang terletak 56 km dari bandar Sungai Petani terkenal dengan peristiwa Rundingan Damai Baling pada 28 hingga 29 Disember 1955. Rundingan antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM) berlangsung di Baling English School (sekarang Sekolah Kebangsaan Tunku Putra). Daerah ini turut terkenal dengan keindahan flora dan fauna yang masih terpelihara serta

Page 97: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

46 http://emedia.com.my/

kawasan rekreasi yang menarik, antaranya Hutan Lipur Lata Bayu, Asam Jawa. Terletak kira-kira 15 km dari Pekan Baling, Lata Bayu Asam Jawa sering menjadi tumpuan pengunjung terutamanya di hujung minggu dan musim cuti persekolahan. Keunikan dan keindahan pemandangan alam semula jadi yang mengasyikkan di sekitar hutan itu serta deruan air sungai yang jernih lagi nyaman menambat pengunjung. Pusat riadah yang dibina menggunakan konsep tradisional kelihatan menarik dan bersesuaian sebagai tempat perkelahan. Keindahan dan ketenangan Lata Bayu memang menjadi perbualan di kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar bagi mencari ketenangan fikiran terutama insan seni serta ahli sastera dan budaya. Pengunjung yang datang bersama keluarga boleh memilih untuk berkelah di beberapa sudut yang sesuai apatah lagi di bawah pokok dan boleh memasang buaian. Kawasan perkelahan ini turut sesuai untuk program motivasi kerana ia agak tenang dan mendamaikan. Penduduk tempatan terutama peniaga kecil-kecilan beranggapan ia adalah lubuk rezeki untuk mereka mencari sesuap nasi bagi menyara keluarga. Kebanyakannya menjual pelbagai makanan dan hiasan kraftangan dari sumber hutan seperti bakul untuk dijadikan kenangan pengunjung. Nazira Ghazali, 41, dari Sungai Petani, berkata persekitaran yang bersih, damai dan selamat, sesuai untuk dikunjungi semua lapisan masyarakat. "Kawasan peranginan itu dianggap selamat kerana air terjun bertingkat-tingkat sesuai dengan semua usia," katanya. Ahmad Shukri Kassim dari Bandar Utama, Sungai Petani berkata kawasan perkelahan itu sangat menarik dan sukar ditemui di tempat lain. "Saya mengambil peluang ketika cuti hujung minggu dengan membawa keluarga berehat dan berkelah di sini," katanya. Bagi peniaga makanan ringan, Sofiah Saman, 58, dia berniaga di situ sejak 20 tahun lalu. Menurutnya, pendapatan harian bergantung pada kunjungan pengunjung dan mampu meraih keuntungan sehingga RM500 sehari pada musim cuti persekolahan. "Kalau hari biasa saya mampu mendapat RM100," katanya. Seorang lagi peniaga, Zainal Dahli, 63, berkata Lata Bayu memiliki keindahan tersendiri termasuk flora dan faunanya di samping persekitarannya ditumbuhi tumbuhan hijau yang teduh dan sesuai dijadikan kawasan perkelahan.

Page 98: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

47 http://emedia.com.my/

Info Bagaimana ke sini: * Dari Sungai Petani boleh menggunakan Jalan Kuala Ketil menuju ke Jalan Teloi Kanan dan terus Ke Parit Panjang dan Asam Jawa sehingga sampai ke Hutan Lipur Lata Bayu mengambil masa selama 30 minit dari Kuala Ketil. * Dari Grik dan Pangkalan Hulu, Perak akan singgah di Pekan Baling menuju ke Batu 42, Pulai melalui Jalan Sungai Limau terus Ke Asam Jawa dan menuju Hutan Lipur Lata Bayu mengambil masa selama 15 minit dari Pekan Baling. * Dari Kulim melalui lebuh raya menuju ke Pekan Kupang dan masuk persimpangan kiri sebelum ke Kompleks Rakan Muda melalui Jalan Sungai Limau terus ke Lata Bayu, Asam Jawa dengan perjalanan dari Pekan Kupang selama 20 minit.

Headline: Jom pi Utara! Publication: BH Date of publication: Jun 28, 2012 Section heading: Varsiti Page number: 008 Byline / Author: Oleh Rosniza Mohd Taha

PROGRAM'Inspirasi Jelajah Kembara ke Utara Tanah Air'di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, baru-baru ini berjaya mengeratkan hubungan serta membangunkan sahsiah positif 40 ahli Kelab Kembara Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics (KTAC) yang menyertainya. Penyelaras program, Mohd Fairus Ahmad, berkata program tiga hari itu memberi suntikan motivasi kepada peserta untuk mengembangkan potensi diri dan mengukuhkan jati diri menerusi penghargaan terhadap khazanah tempatan. Katanya, antara tempat menarik dilawati pada hari pertama program ialah Gua Kelam yang kaya dengan pelbagai khazanah alam menerusi aktiviti ekspedisi jejak gua kira-kira dua jam. Selesai ekspedisi Gua Kelam, perjalanan diteruskan ke Pasar Wang Kelian yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand bagi membeli-belah pelbagai barangan pada harga berpatutan sebelum meneruskan lawatan ke Taman Ular dan Buaya, Taman Anggur dan Taman Mangga Harum Manis di sekitar Perlis. Beliau berkata, hari kedua perjalanan diteruskan ke Muzium Padi Kedah di Gunung Keriang bagi menyaksikan sendiri kaedah tradisional penanaman padi menggunakan kayu bermutu tinggi selain teknik penanaman padi moden. "Pelbagai jenis alatan dan spesies padi dipaparkan di muzium berlatar belakangkan Gunung Keriang. Kami juga sempat ke Pekan Rabu bagi membeli pelbagai hasil kraf tangan, kuih muih, asam dan keropok. Lokasi di pusat bandar menjadikannya tempat tarikan pelancong

Page 99: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

48 http://emedia.com.my/

dalam dan luar negara," katanya. Mohd Fairus berkata, perjalanan peserta diteruskan ke Pulau Pinang pada hari terakhir termasuk mengunjungi Bukti Bendera yang baru siap diselenggara sekali gus membolehkan mereka menikmati kemudahan kereta api lebih selesa, canggih dan berhawa dingin. "Kami menaiki kereta api jam 8 malam dan waktu ini sungguh mengasyikkan kerana dapat menikmati pemandangan bandar raya Pulau Pinang pada waktu malam. Kepuasan dan kegembiraan jelas terpancar pada wajah setiap peserta selain dapat bergambar kenangan di situ. "Setelah dua jam di Bukit Bendera, kami makan malam di Padang Kota terutama bagi menikmati juadah rojak Pasembur yang terkenal di kawasan itu sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur jam 12 tengah malam," katanya.

Headline: Pekan Rabu kebanggaan rakyat Kedah Publication: BH Date of publication: May 15, 2012 Section heading: Sentral Page number: 008 Byline / Author: Oleh Azrul Affandi Sobry

"NAIK kapai (kapal) terbang turun Kepala Batas, makan toksah (jangan) bimbang kami banyak beraih (beras), ikut lebuh raya teruih (terus) ke Kayu Hitam, jaga cek oi jaga kereta meneru neran (bersimpang siur). Mengkala (apabila) mai Kedah singgahlah ke Pekan Rabu, minum nira nipah, makan emping kerabu." Itulah antara petikan lagu Seloka Negeri Kedah yang satu ketika dulu begitu popular berkumandang di corong radio. Lagu yang menceritakan hampir keseluruhan keunikan negeri Jelapang Padi itu di samping lokasi tarikan utama pelancong memang mencuit hati kerana lenggok bahasa utara dalam liriknya. Jika diamati seni kata lagu itu, ada terselit nama Pekan Rabu iaitu satu simbol kebanggaan rakyat Kedah yang penuh sejarah dan tarikannya. Nyata, bangunan yang masih utuh di tengah Bandaraya Alor Setar itu menyimpan seribu kenangan dan menjadi identiti negeri di utara semenanjung itu. Apa sebenarnya tarikan utama Pekan Rabu sehingga ia begitu dibangga rakyat Kedah, malah ada yang berpendapat tidak sempurna lawatan ke Alor Setar jika tidak memijakkan kaki ke kompleks lima tingkat dan mengandungi 347 kedai itu yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan di Jalan Tunku Ibrahim. Pekan Rabu mempunyai sejarahnya tersendiri dan ia begitu dekat dengan kebangkitan orang Melayu Kedah dalam sektor ekonomi. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bertitik tolak dari idea mewujudkan konsep pekan sehari pada setiap Rabu sejak 1920-an oleh Tunku Yaacob, seorang putera Diraja Kedah berjaya mencetuskan minat berniaga secara lebih fokus

Page 100: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

49 http://emedia.com.my/

dalam kalangan Bumiputera. Bagi orang Kedah, sejarah Pekan Rabu sudah cukup sinonim dengan mereka, tetapi tidak ramai generasi baru mengetahui bagaimana bangunan yang masih utuh mengangkat produk orang Kedah itu bermula sehingga mampu dipertahankan konsepnya sehingga hari ini. Berdasarkan rekod, kegiatan perniagaan Pekan Rabu bermula sejak selepas Perang Dunia Pertama atas inisiatif Tunku Yaacob supaya orang Melayu dapat terus menjalankan perniagaan dalam bandar. Ia bermula dengan pasar minggu di Tanjong Chali, yang terletak di persinggahan antara Jalan Pekan China dan Jalan Pengkalan Kapal di Alor Setar. Setiausaha Koperasi Pekan Rabu Kedah, Anuar Rahim, berkata Pekan Rabu boleh dianggap antara mercu tanda pelancong utama di Kedah di mana ia memberi ruang kepada peniaga Melayu dan pernah menjadi tumpuan utama perniagaan di negeri ini satu ketika dulu, malah tidak pula merosot dengan himpitan pembangunan ketika ini. "Boleh dikatakan dulu apa saja keperluan ada di Pekan Rabu. Orang Kedah kata, di sini 'segala mak nenek' ada. Makanan tradisional, pakaian dan pelbagai lagi. Konsepnya sama seperti pekan nad (pekan sehari) atau pasar malam. Memang pun Pekan Rabu pada awal pembukaannya di Tanjong Chali hanya dibuka pada setiap Rabu saja. "Sebenarnya apa yang menjadikan Pekan Rabu begitu nostalgia ialah kerana di lokasi inilah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berniaga. Malah sehingga hari ini, Pekan Rabu terus menjadi lokasi kunjungan utama beliau sekiranya ada kesempatan berkunjung ke Alor Setar. "Paling unik, kenangan Dr Mahathir begitu kuat di Pekan Rabu kerana di situlah baju Melayunya dibuat. Dulu, setiap kali beliau mahu tempah pakaian, di Pekan Rabu ada tukang jahit khasnya. Gaya songkok yang dipakainya pun khusus dibuat di Pekan Rabu. Itulah uniknya kompleks ini kerana tidak semua orang tahu buat songkok begitu. Hanya ada di Pekan Rabu dan nama songkok itupun, songkok Dr Mahathir," katanya. Kebanyakan orang Kedah memanggil Dr Mahathir dengan nama Che Det iaitu panggilan lambang kasih sayang keluarga. Dikatakan Che Det akan mengunjungi Pekan Rabu pada setiap Ramadan hingga hari ini menjadikan nostalgia beliau yang pernah berniaga buah-buahan dan kraf tangan di situ masih segar dalam kenangan semua. Malah, beliaulah yang memajukan Pekan Rabu dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM6.5 juta pada 1995 untuk menaik taraf bangunan itu yang turut bertujuan untuk membolehkan peniaga bersaing dalam perniagaan zaman moden. Pengaruh beliau dalam kalangan peniaga di situ juga kuat ketika menguruskan perpindahan sementara menunggu proses naik taraf selesai. Che Det sendiri merasmikan bangunan Pekan Rabu pada 25 Februari 1978. Beliau pada ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Bangunan Pekan Rabu sejak itu berkembang pesat dengan pembinaan fasa dua yang menelan belanja RM2.1 juta dibiayai sendiri oleh Koperasi Pekan Rabu dengan pinjaman daripada Bank Rakyat dan siap pada 1990. Sebenarnya, Pekan Rabu bukan saja kekal segar kerana nostalgia itu, namun dalam himpitan pembangunan dan bertambahnya lebih banyak pusat membeli-belah di sekitar kompleks itu

Page 101: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

50 http://emedia.com.my/

yang kebetulan berada di tengah Bandaraya Alor Setar, ia masih kekal relevan dan terus menjadi tarikan serta tumpuan ramai orang. Ia lebih kerana keaslian yang dikekalkan Pekan Rabu di mana struktur bangunannya masih kelihatan bersejarah selain produknya adalah hasil tangan asli orang Kedah. Bermula daripada barangan makanan sehingga pakaian, ia mengetengahkan identiti orang Kedah. Kerana itulah ia kekal relevan sebagai lokasi kunjungan himpunan sejarah dan keaslian orang Kedah. Mungkin bagi orang Kedah sendiri ia sudah dianggap biasa, tetapi nama Pekan Rabu masih gah dikenali seluruh negara. Pendek kata, jika mahu mendapatkan makanan tradisi Kedah, semuanya ada di situ dan harganya jauh lebih murah berbanding lokasi lain. Paling utama, rasanya asli dan paling sedap. "Pekan Rabu paling terkenal dalam produk makanannya terutama makanan tradisional seperti dodol, karas, bahulu, peniram dan ikan pekasam. Semua kuih ini bukan tidak ada di tempat lain, tapi kami berani beri jaminan yang di Pekan Rabu, ia paling sedap. Kami jamin 100 peratus. Ia resipi asli Kedah dan harganya murah," katanya. Bagi menjadikan Pekan Rabu terus kekal relevan sebagai pusat tumpuan pelancong, Anuar berkata, pengurusan koperasi itu sedang merancang mewujudkan pusat sehenti di mana pelbagai produk Kedah dapat disediakan di situ termasuk cenderamata. Malah, perancangan jangka panjang mereka ialah mempamerkan kesenian Kedah termasuk tarian dan muzik untuk dipersembahkan kepada orang ramai. Premis di TBS pasar produk makanan tradisional Alor Setar SEKALI rasa pasti mahu lagi. Begitu sekali jika mahu diceritakan keenakan makanan tradisional yang ada di Pekan Rabu. Kuih tradisi seperti karas dan loyang begitu sinonim dan popular di situ. Malah, sering kali jika makanan dari Pekan Rabu dibawa ke negeri lain, sambutan dan permintaannya sangat hebat. Cuma, agak sukar mendapatkan produk makanan yang asli dari Pekan Rabu di negeri lain. Sehinggakan sesiapa saja yang pernah merasai keenakan produk dari situ sering memesan dari rakan yang pulang ke Kedah untuk membelikan, terutama loyang madu dan dodol serta paling popular, kuah rojak Mak Bee. Namun, tidak ramai yang tahu sebenarnya semua produk asli Pekan Rabu yang dibawa terus dari sana ada di Kuala Lumpur. Di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, Cheras iaitu di tingkat tiga bangunan itu sudah dibuka premis Pekan Rabu yang menempatkan hampir semua jenis produk popular dari Alor Setar. Setiausaha Pekan Rabu TBS, Ahmad Razali Shah Ridzuan, berkata hampir semua jenis makanan yang ada di Pekan Rabu Alor Setar turut dijual di TBS dengan mengekalkan keaslian dan kesegarannya. Pendek kata, tidak ada beza dan rasanya juga sama kerana dibuat oleh orang yang sama. "Fokus kami ialah pada makanan. Ia bagi membolehkan sesiapa saja yang pernah rasa makanan di Pekan Rabu, tidak perlu lagi menunggu peluang ke Kedah, tetapi boleh dapatkannya di sini. Lebih penting, terminal ini ialah pusat bas ke selatan sekali gus membolehkan orang Johor, Melaka dan semua yang ke Selatan turut boleh dapatkan produk

Page 102: - myrepositori.pnm.gov.my fileyang berkahwin untuk mengadakan majlis jamuan dan resepsi mereka di sini," katanya

51 http://emedia.com.my/

utara. "Dalam tempoh baru 10 bulan dibuka yang dimiliki ahli Koperasi Pekan Rabu Alor Setar, barangan dibawa masuk semakin hari semakin banyak. Kami sedang usahakan semua produk utama Pekan Rabu akan ada di sini. Songkok Dr Mahathir dan capal antara produk yang sedang dalam pertimbangan. "Menunjukkan betapa nostalgia Pekan Rabu begitu kuat dalam jiwa Dr Mahathir, pembukaan Pekan Rabu TBS juga adalah ilham dan usaha beliau. Beliaulah yang menunjukkan lokasi premis ini dan menyerahkan kepada kami untuk uruskan. Ini kerana beliau memang mempunyai impian supaya produk Pekan Rabu ada di seluruh negara dan ini adalah usaha pertamanya. "Jika di Kedah, bangunan itu sendiri menjadi nostalgia dan tarikan pelancong, tapi di sini (TBS) kita yakin produknya sendiri akan menjadi tarikan utama. Keunikan dan keenakan makanan tradisi Kedah yang pernah dinikmati semua bakal mengangkat nama premis ini," katanya. Tinjauan Berita Harian ke premis di tingkat tiga itu menceritakan semuanya. Meskipun sekadar dua lot kedai, namun boleh dikatakan semua produk Pekan Rabu Alor Setar ada di situ. Cara pembungkusan memang ada sedikit kelainan kerana mahu menonjolkan jenama TBS, tetapi produknya langsung tidak berbeza. Rojak Mak Bee antaranya paling laku di situ. Pada kaca mata wartawan, Pekan Rabu TBS menonjolkan imej dan identiti Alor Setar. "Ramai yang kebetulan baru perasan ada Pekan Rabu di sini akan bertanya, inikan macam di Alor Setar. Ia menunjukkan yang Pekan Rabu di Alor Setar begitu dikenali dan popular dalam kalangan orang luar Kedah. Saya yakin, nostalgia dan keaslian Pekan Rabu akan dapat ditonjolkan di TBS. "Antara perancangannya pada masa depan ialah kami mahu menonjolkan lagi imej tradisi orang Kedah seperti membuat demonstrasi cara memasak dodol, membuat kuih karas dan loyang dan mungkin juga proses membuat capal serta songkok," katanya.