4
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERASMIAN PENUTUP & PENYAMPAIAN ANUGERAH NILAM MASA UCAPAN TINDAKAN 8.30 a.m Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia…………………………………………. Hadirin hadirat diminta berdiri. Semua hadirin diminta bersama-sama menyanyikan lagu NILAM (Terus berdiri dan lagu NILAM dinyanyikan) Muzik LAGU NILAM Bismillahhirrah manirrahim…. Assalamualaikum w.b.t Yang dihormati Yang Berusaha Guru Besar SRAJP Tn.Hj.Md.Rasali bin Bulat Yang Berusaha GPK 1 En.Saufi bin Yusuf Yang Berusaha GPK HEM Pn Hjh Izzah bt Musa Yang Berusaha GPK Kokurikulum En. Mahfot Yang Berusaha Guru Perpustakaan & Media, Pn.Norlida bt Ibrahim Barisan guru-guru dan murid-muridyang dikasihi sekalian Dipagi indah kita bersua Nikmat Allah sama dirasa Tangan ditadah menarafa’ doa Berkat dipohon dari Yang Esa Bagi memberkati majlis,dijemput Ustaz Norlizam bin Md Sukiban untuk

TEKS PENGERUSI MAJLIS

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks

Citation preview

Page 1: TEKS PENGERUSI MAJLIS

TEKS PENGERUSI MAJLISPERASMIAN PENUTUP & PENYAMPAIAN ANUGERAH NILAM

MASA UCAPAN TINDAKAN8.30 a.m Mengumumkan ketibaan Yang

Berbahagia………………………………………….Hadirin hadirat diminta berdiri.Semua hadirin diminta bersama-sama menyanyikan lagu NILAM(Terus berdiri dan lagu NILAM dinyanyikan)

Muzik LAGU NILAM

Bismillahhirrah manirrahim….Assalamualaikum w.b.t

Yang dihormatiYang Berusaha Guru Besar SRAJP Tn.Hj.Md.Rasali bin BulatYang Berusaha GPK 1 En.Saufi bin YusufYang Berusaha GPK HEM Pn Hjh Izzah bt MusaYang Berusaha GPK Kokurikulum En. MahfotYang Berusaha Guru Perpustakaan & Media,Pn.Norlida bt IbrahimBarisan guru-guru dan murid-muridyang dikasihi sekalian

Dipagi indah kita bersuaNikmat Allah sama dirasa

Tangan ditadah menarafa’ doaBerkat dipohon dari Yang Esa

Bagi memberkati majlis,dijemput Ustaz Norlizam bin Md Sukiban untuk membacakan doa……………………………..

Amin Ya Rabbal a’laminHadirin-hadiri sekalian..Majlis Anugerah NILAM 2015, sekolah Rendah Arab Jaim Pernu diteruskan lagi dengan mempersilakan adik ……………………….. mengalunkan bacaan Al-Quran dari surah Al-Alaq beserta tafsirannya

Page 2: TEKS PENGERUSI MAJLIS

oleh adik ……………………………

Sadaqallahul a’zim

Hadirin hadirat yang dikasihi ,

Untuk pengetahuan para tetamu Program NILAM SRAJP 2015 telahpun dilancarkan pada……… yang lalu. Sepanjang hampir setahun, pelbagai aktiviti telahpun dijalankan .Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Rendah Arab Jaim Pernu untuk menyampaikan sepatah dua kataDipersilakan………………………………….Hadirin hadirat sekalian ,

Ketupat rendang juadah terjamuDihidang orang atas jerami,

Hampir setahun menyemat ilmuBuku dibaca minda tersemi

Hampir setahun menyemat ilmuBuku dibaca minda tersemi

Tibalah masa dating bertamuMajlis penutup minta dirasmi

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Tn.Hj.Md.Rasali bin Bulat untuk menyampaikan ucapan perasmian Penutup Program NILAM 2015 Peringkat Sekolah Rendah Arab Jaim Pernu

Terima kasih …………………………. atas ucapan yang diberikan. Walaupun sudah ditutup dengan rasminya, namun, kepada anak-anakdidik sekalian diingatkan bahawa,menuntut ilmu itu tiada penutupnya sepertimana sepotong hadis:“Thalabul ilmu minal Mahdi ilal lahdi”Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad.

Page 3: TEKS PENGERUSI MAJLIS

Hadirin hadirat sekalian,

Hari ini merupakan program kemuncak NILAM dengan memberikan anugerah kepada murid-murid yang rajin,bersungguh-sungguh dan komited terhadap aktiviti pembacaan mereka. Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah kepada murid-murid.

Kategori pertama iaitu:

Penerima Hadiah Penyertaan NILAM Tahap 1

Untuk itu dijemput …………………………. diiringi oleh ……………..Untuk menyampaikan hadiahDipersilakan

……(muzik gamelan)

Muzik Gamelan

Hadirin hadirat sekalian,Tibalah masa yang penuh debaran iaitu Pengumuman siapakah tokoh NILAM peringkat Sekolah Rendah Arab Jaim Pernu 2015, bagi mengumumkan siapakah Tokoh NILAM peringkat sekolah Arab Jaim Pernu 2015.

Dijemput perasmi diiringi guru besar untuk menyampaikan hadiah. Hadiah utama program NILAM 2015 berupa sebuah basikal CANDY berwarna biru dan merah tajaan khas dari Guru Besar SRAJP sendiri

Tahniah diucapkan kepada pemenang.

Rakaman Dokumentari

Hadirin dan hadirat

Dengan berakhirnya pengumuman &penyampaian hadiah itu tadi,maka berakhirlah Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Anugerah NILAM 2015 SRAJP……Dijemput perasmi majlis diiringi GB,GPK1 dan GPK2

Page 4: TEKS PENGERUSI MAJLIS