4
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2015 PERINGKAT SK PERMAS JAYA 1 TEKS PENGACARA MAJLIS MASA CUE PENGERUSI 7.15 pagi Perhimpunan pagi di dataran Bismillahirrahmanirrahim. Assaalamulaikum wbt dan salam sejahtera. Yang Berusaha, Cik Kalsom binti Salleh Guru Besar SK Permas Jaya 1, Yang Dihormati, Puan Siti Kalthom binti Salikin, Guru Penolong Kanan 1, Encik Mohd Nazri bin Mukear, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal murid, Encik Abdul Rahman bin Mat Yunos, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pengerusi KEBIRU, Encik Muhd Nazri bin Pie Barisan guru yang diraikan pada hari ini serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Kain belacu kain sutera, Dibawa orang dari benggala, Awal bismillah pembuka bicara, Tanda majlis sudah bermula. Berburu ke padang datar, Dapat rusa berbelang kaki, Berguru kepalang ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi. Selamat datang ke majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Permas Jaya 1 yang bertujuan untuk meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru di SK Permas Jaya 1 dalam mendidik anak-anak sehingga mencapai kejayaan. Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Tugas guru juga bukan semata-mata mengajar sahaja bahkan akhlak dan disiplin murid juga

Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks pengacara hari guru

Citation preview

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2015PERINGKAT SK PERMAS JAYA 1TEKS PENGACARA MAJLIS

MASA CUEPENGERUSI

7.15 pagiPerhimpunan pagi di dataran

Bismillahirrahmanirrahim. Assaalamulaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berusaha, Cik Kalsom binti SallehGuru Besar SK Permas Jaya 1,Yang Dihormati, Puan Siti Kalthom binti Salikin,Guru Penolong Kanan 1,Encik Mohd Nazri bin Mukear, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal murid,Encik Abdul Rahman bin Mat Yunos, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,Pengerusi KEBIRU,Encik Muhd Nazri bin PieBarisan guru yang diraikan pada hari ini serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Kain belacu kain sutera,Dibawa orang dari benggala,Awal bismillah pembuka bicara,Tanda majlis sudah bermula.

Berburu ke padang datar, Dapat rusa berbelang kaki,Berguru kepalang ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi.

Selamat datang ke majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Permas Jaya 1 yang bertujuan untuk meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru di SK Permas Jaya 1 dalam mendidik anak-anak sehingga mencapai kejayaan. Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Tugas guru juga bukan semata-mata mengajar sahaja bahkan akhlak dan disiplin murid juga termasuk dalam skop tugas guru bagi melahirkan insan yang unggul dan berdaya saing dalam pelbagai bidang bertepatan dengan tema hari guru yang dipilih pada tahun ini iaitu, Guru Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak.

Bacaan yassin Bagi memperoleh keberkatan dan rahmatnya pada hari ini, dipersilakan Ustaz Ridzuan bin Zakaria untuk memimpin bacaan yassin seterusnya membacakan doa sempena sambutan hari guru pada tahun 2015

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustaz.

Para guru dan murid diminta bersedia bagi menyanyikan lagu sekolah.Sedia. Seterusnya, nyanyian lagu Bangsa Johor.Sedia.

Majlis diteruskan dengan bacaan perutusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan disampaikan oleh Puan Siti Kalthom binti Salikin, Guru Penolong Kanan 1, SK Permas Jaya 1.Dipersilakan puan.Terima kasih kepada Puan Siti Kalthom atas kesudian beliau menyampaikan perutusan itu tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Mohd Nazri bin Mukear untuk membacakan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia.Dipersilakan tuan. Terima kasih kepada Encik Mohd Nazri bin Mukear atas kesudian beliau menyampaikan perutusan sebentar tadi.Daripada dua perutusan yang dibacakan sebentar tadi, ternyata bahawa tugas guru pada hari ini merupakan tugas yang mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi bagi merealisasikannya. Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah.

Keserian majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ikrar Hari Guru yang akan diketuai oleh Encik Mohd Nazri bin Pie, pengerusi KEBIRU SK Permas Jaya 1.

Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia untuk bacaan ikrar.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Terima kasih Encik Mohd Nazri bin Pie atas kesudian beliau melafazkan ikrar pada hari ini.

Seterusnya, nyanyian lagu Guru Malaysia oleh para guru. Diminta tuan dan puan untuk berdiri.

Sedia.

Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan upacara memotong kek yang akan disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Cik Kalsom binti Salleh diiringi oleh barisan guru penolong kanan dan pengerusi KEBIRU.

Dipersilakan.

Seterusnya, majlis penyampaian cenderamata KEBIRU oleh pengawas sekolah.

Sekali lagi diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.

Sedia.

Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan sambutan hari guru 2015. Selepas rehat akan diadakan aktiviti sukaneka. Diminta para guru untuk menukar pakaian yang lebih bersesuaian. Murid-murid boleh memberi sorakan kepada guru-guru. Hari ini hari kita, marilah kita bergembira. Para guru dijemput untuk menghadiri jamuan.

Bintang barat terbit petang,Bintang timur terbit pagi,Jika tidak melarat panjang,Ada umur ketemu lagi.

Akhir kata, wabillahitaufiq walhidayah assalamualaikum wbt. Sekian terima kasih. Dipersilakan kepada murid-murid untuk menyampaikan hadiah peribadi untuk menghargai jasa guru masing-masing.