Upload
rizal-saad
View
301
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
1/23
Senarai Kandungan
Isi Kandungan Muka Surat
Objektif Programa Sambutan Hari Guru 1
Kumpulan Sasaran 1
Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Guru 2
Aturcara Majlis Sambutan Hari Guru 3
Sekalung Penghargaan 4
Pengesahan 5
Lampiran Aktiviti 6
- Teks Ucapan Pengerusi Majlis 7- 8
- Teks Ucapan Guru Besar dan Perasmian 9 -12
- Aktiviti aktiviti Semasa Hari Guru 13 17
- Lirik Persembahan Koir 18
- Lirik Deklamasi Sajak 19
- Lirik Sajak Guru o Guru 20 21
- Buku Program Majlis Sambutan Hari Guru 22
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
2/23
Objektif Program Sambutan Hari Guru
1. Menitikberatkan Peranan guru dalam pembinaan kebangsaan ( termasuk
perpaduan dan integrasi ), pembangunan Negara dan perkhidmatan kepadamasyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa murid dan orang ramai kepada peranan penting
kaum guru dalam msyarakat Malaysia.
3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar seminar,
persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatar belakangkan Malaysia dan
mengambil langkah langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Kumpulan Sasaran
Semua Warga Sekolah SKNB
Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Guru
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
3/23
Penasihat : En. Joseph William ( GB )
Pengerusi : En. George Unggat ( GPK KO )
Setiausaha : En. Muhamad Rizal Bin Saad
Bendahari : En. Saidi Azhar
Penyelaras Program : Cik Norliyana Bint Roslan
Juru Acara : Pn. Nur Sabrina
Buku Program : En. Muahamad Rizal Bin Saad
Hiasan Pentas : En. Wong Ting Wee, En. Saidi Azhar dan
En. Osman Aen
Makanan dan Minuman : En. Saidi dan En. Mohs Ismaili
P.A system : En. Wong Ting Wee, En. Saidi Azhardan En. Osman Aen
Kebersihan dan Keselamatan : Semua Guru
Persembahan : Pn. Ida, Pn. Huluyah dan Cik Penny
Cenderahati dan Hadiah : Pn. Serimah dan Pn. Enderiah
Peralatan : Cik Jacinta dan Pn. Lucy ( GPK 1 )
Aturcara Majlis Sambutan Hari Guru
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
4/23
7 : 30 pagi : Perhimpunan Pagi
- Nyayian Lagu Negaraku, Ibu pertiwiku
- Kata Kata aluan pengerusi majlis
8 : 00 pagi : Ucapan Guru Besar dan Perasmian
8 : 30 Pagi : Nyayian Kami Guru Malaysia dan Pendidik Bumi Kenyalang
( semua guru ) dan Bacaan Ikrar ( diketuai oleh En. Goerge
( dan semua guru )
8 : 45 pagi : Memotong Kek Disempurnakan Oleh GB dan Semua Guru
9 : 00 pagi : Persembahan Daripada Murid Murid
- Persembahan Koir Murid murid SKNB
- Deklamasi Sajak wakil murid tahun 4
- Pantun Wakil Murid Tahun 6
- Deklamasi Sajak Wakil Murid Tahun 6
- Deklamasi Sajak Oleh Guru Besar
10 : 00 pagi : Penyampaian Cenderahati Kepada Semua Guru dan Nyayian
Lagu Sekolah
10 : 15 pagi : Jamuan
10 : 50 pagi : Sukaneka
- Makan epal, Baling bola dalam bakul, Tikam belun, Isi air
dalam botol, Mami ( toilet paper ), Baling dan sambut telur,
Tiup gula gula dalam tepung.
12 : 15 pagi : Penyampaian Hadiah
12 : 30 pagi : Jamuan
1 : 00 petang : Bersurai
Sekalung Penghargaan
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
5/23
Ucapan setinggi tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru 2013.
Encik Joseph William
Guru Besar SK Nanga Bon, Sibu
Guru Guru
Anggota Kakitangan Sokongan
Serta
Murid murid SK Nanga Bon, Sibu
Penghargaan ini juga ditujukan kepada mareka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru ini.
Laporan disediakan oleh,
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
6/23
.
(EN. MUHAMAD RIZAL BIN SAAD )
Setiausaha Majlis Sambutan Hari Guru
SK Nanga Bon, Sibu
Tarikh :..
Disahkan oleh,
...
( EN. JOSEPH WILLIAM )
Guru Besar
SK Nanga Bon, Sibu
Tarikh :.
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
7/23
LAMPIRAN AKTIVITI
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SEKOLAH
22 MEI 2013
7:30 PAGI 1.00 PETANG
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
8/23
Teks Ucapan Pengerusi Majlis
Terima kasih Pengerusi Majlis, selamat pagi dan salam sejahtera kepada Guru
Besar Sk Nanga Bon, En. Joseph William, guru penolong kanan, rakan rakan guru,
staf sokongan dan murid murid yang saya kasihi sekalain.
Bersyukur kita kepada tuhan kerana pada pagi ini kita sama- sama dapat
berkumpul di sini untuk menyambut Majlis Sambutan Hari Guru. Pertamanya saya
sangat berterima kasih kepada semua rakan rakan guru kerana telah bersusah payah
menyediakan segala keperluan bagi menjayakan majlis pada hari ini. Saya berpuas hati
dengan kerjasama yang telah ditunjukan oleh semua guru dan semua kakitangan
dalam penyediaan dan kelengkapan seperti yang kita lihat pada hari ini. Terima kasih
saya ucapkan atas kerjasama semua dan berharap majlis kita akan berjalan dengan
lancar sepertimana yang telah dirancangkan.
Sempena sambutan hari guru pada tahun ini yang bertemakan Guru Malaysia:
1Aspirasi 1Agenda marilah sama- sama kita menghayati maksud ini, walaupun ayatnya
ringkas namun pengertiannya sangat mendalam. 1 aspirasi membawa maksud semua
Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan
berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013-2025. Jadi jelaslah pada kita tanggungjawab kita
cukup besar bagi melahirkan murid yang mempunyai aspirasi iaitu berpengetahuan,
berkemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan
kerohanian serta beridentiti nasional. Manakala 1 agenda membawa maksud Guru
perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
9/23
atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan
Negara.
Kepada murid- murid, profesion keguruan ini boleh dijadikan sebagai salah satu
cita- cita anda kerana pada masa kini, profesion keguruan jugak merupakan salah satu
profesion yang dipandang tinggi dan menjadi rebutan pada masa kini. Saya boleh
sarankan kepada murid- murid bahawa profesion ini boleh dijadikan salah satu cita- cita
anda. Dikesempatan pada hari yang mulia ini saya mendokan semoga murid- murid
semua akan terus lebih berjaya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Guru kepada
semua warga sekolah dan sekali lagi berterima kasih kepada semua atas kerjasama
dalam menjayakan majlis ini. Akhir kata daripada saya selamat Hari Guru dan selamat
Hari Gawai.
Sekian, terima kasih
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
10/23
Teks Ucapan Guru Besar dan Perasmian
Selamat pagi dan salam sejahtera para guru penolong kanan, rakan- rakan guru,
staf-staf sokongan , murid murid yang dikasihi, hadirin hadirat yang saya hormati
sekalian.
Bersykur kita kepada tuhan , karana dengan izin, kasih sayang dan limpah
rezekinya kita warga sekolah pada hari ini dapat menjayakan hari yang bersejarah, iaitu
sambutan Hari Guru peringkat sekolah dengan rasa penuh persaudaraan dan
semangat pasukan kerja pendidikan menerusi Agenda Guru Penyayang ; Murid
Berkualiti . Terima kasih Cikgu kepada sahabat guru yang penuh dedikasi menabur
khidmat bakti sempena Majlis Sambutan Hari Guru 2013 yang bertemakan Guru
Malaysia: 1Aspirasi 1 Agenda .
Sambutan Hari Guru 2013 dengan sejarahnya tersendiri kerana ianya disambut
di tahun pertama fasa pertama pelaksanaan Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia
( PPPM ) 2013 2025 dam juga berada di fasa terakhir Malaysia menuju Negara maju
menjelang 2020. Marilah kita warga guru dengan penuh tekad berganding bahu
sebagai satu pasukan yang mantap merentas sekolah menerusi pendekatan rakan
strategik menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 dan
dasar dasar Baru Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bagi menjayakan hasrat Negara, saya mengajak dan menyeru seluruh warga
sekolah sama sama mewujudkan kesepakatan, kebersamaan dan kesepaduan yang
kental untuk terus kita dengan penuh setia member Khidmat Bakti yang tidak berbelah
bahagi membina masa depan pendidikan dan memastikan murid murid kita mendapat
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
11/23
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
12/23
perbezaan adat dan budaya serta memperkukuhkan perpaduan dan jati diri
memerlukan guru yang bukan hanya mahir mengajar tetapi juga bijak membimbing.
Pendidikan di Negara kita bukanlah semata mata alat untuk melahirkan modal
insane yang Berjaya memacu kemajuan Negara, tetapi juga melahirkan insane mulia
dalam sesebuah masyarakat majmuk yang menghayati sejarah, menghormati
perbezaan agama, adat dan budaya serta menghargai nilai nilai kemanusian sejagat.
Tugas penting ini tergalas di bahu para guru. Mudah mudahan jasa dan bakti guru
yang lebih bersepadu.
Pendeta Zaaba pernah menegaskan bahawa ilmu pengetahuan adalah asas
terpenting yang menyelamatkan manusia daripada belnggu kemunduran. Justeru,
pendidikan dan penghayatan ilmu perlu sentiasa dimantapkan agar kita kekal relevan
dalam pesaingan menuju Negara maju.
Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Guru dan terima kasih cikgu.
Marilah kita bersama sama menjayakan tranformasi pendidikan bagi memenuhi
hasrat dan aspirasi Negara kita. Seiring dengan tema hari guru tahun ini, iaitu Guru
Malaysia: 1Aspirasi 1Agenda, saya mengajak warga sekolah untuk bekerja bersama
sama bagi memastikan sekolah kita menjadi antara yang terbaik.
Kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
ahli jawatankuasa pengelola sambutan hari guru peringkat sekolah kerana telag
bersusah payah berusaha, menghulurkan sumbangan samada secara langsung atau
tidak bagi menjayakan sambutan hari guru peringkat sekolah pada kali ini. Saya juga
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
13/23
ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga sekolah semoga bergembira
selalu bersama keluarga.
Akhir sekali Selamat Gawai Dayak, Gayu Ko sentuku, Gerai ko sepandai,
lantang senang nguan menua ko petara, kepada semua yang merayakan Gawai Dayak.
Denagn rasa teruja dan sukacitanya saya merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat Sekolah SKNB 2013.
Sekian, terima kasih
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
14/23
Aktiviti aktiviti Semasa Hari Guru
Persembahan murid murid terdiri daripada persembahan Koir SKNB,
Deklamasi sajak wakil murid tahun 4, pantun wakil murid tahun 6, deklamasi sajak
murid tahun 6 dan deklamasi sajak oleh Guru Besar.
Gambar semasa aktiviti Hari Guru
Ucapan Guru Besar
Bacaan Ikrar
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
15/23
Nyanyian Kami Guru Malaysia dan Pendidik Bumi Gemilang
Memotong Kek
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
16/23
Persembahan Koir SKNB
Deklamasi Sajak Murid
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
17/23
Persembahan Pantun
Deklamasi Sajak Guru Besar
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
18/23
Sukaneka
Acara sukaneka adalah makan epal, baling bola dalam bakul, tikam belon, Isi air
dalam botol, mami toilet paper, baling dan sambut telur dan tiup gula dalam tepung.
Johan keseluruhan dalam pertandingan sukaneka ini telah dimenangi olehRumah Perdana. Naib johan Rumah Wira dan tempat ketiga dimenangi Rumah Waja.
Antara Gambar Sukaneka
Acara Mami diikat dengan toilet paper
Tiup Gula Dalam Tepung
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
19/23
Lirik Persembahan Koir
Pagiku cerahku
Matahari bersinar
Ku gendong tas
Merah ku di punda
Selamat pagi
Semua, kunantikan dirimu
Di depan kelasmu
Guruku tersayang
Guru tercinta, tanpamu apa jadinya aku
Tak bias baca tulis mengerti banyak
Hal guruku terima kasihku
Nyatanya diriku kadang buatmu marah
Namun segala maaf kau berikan
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
20/23
Lirik Deklamasi sajak Tahun 4
Cikgu
Selamat Hari Guru
Segala budi dan jasamu
Akan sentiasa bermain
Di ingantanku
Cikgu
Aku masih ingat lagi
Cikgu selalu bersama samaku
Setiap kali aku menjadi keliru
Cikgu...
Sungguh besar jasamu
Tidak terbalas segalanya olehku
Hanya doa kuutuskan buatmu
Bersama rindu yang teramat sarat
Buatmu
Cikgu
Sempena Hari Guru ini
Aku ucapkan Selamat Hari Guru
Tanpa belaian dan didikanmu
Siapalah aku
Terima kasih, cikgu
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
21/23
Lirik Sajak Guru o Guru Disampaikan oleh Guru Besar
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang Kaki
Berburu Kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
22/23
Di sebuah Sekolah mewah Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terangganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada Negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat cikgu kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
7/28/2019 laporan majlis sambutan hari guru
23/23
Buku Program Majlis Sambutan Hari Guru