5
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SK TUI Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Bunga tanjung di tengah pekan, Tiupan bayu mencelah suria, Kalimah nan agung saya mulakan, Salam sejahtera menambah ceria. Yang berusaha, Encik Julaihi bin Haji Nu - GB SK TUI Yang dihormati, Encik Hj Suffian bin Bakar - Penolong Kanan Pentadbiran Encik Hasbi bin Abd Gapar - Penolong Kanan HEM Encik Safri bin Bakar - Penolong Kanan Kokurikulum Barisan Guru, Kakitangan sekolah, Dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian Hadirin sekalian, 1

Teks Pengacara Majlis Hari Guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sk

Citation preview

Page 1: Teks Pengacara Majlis Hari Guru

TEKS PENGACARA MAJLISSAMBUTAN HARI GURU SK TUI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Bunga tanjung di tengah pekan,Tiupan bayu mencelah suria,Kalimah nan agung saya mulakan,Salam sejahtera menambah ceria.

Yang berusaha,

Encik Julaihi bin Haji Nu - GB SK TUI Yang dihormati,

Encik Hj Suffian bin Bakar - Penolong Kanan PentadbiranEncik Hasbi bin Abd Gapar - Penolong Kanan HEM Encik Safri bin Bakar - Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru,Kakitangan sekolah,Dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian

Hadirin sekalian,

16 Mei, tarikh keramat sambutan Hari Guru di seluruh negara telah berlalu meninggalkan kita. Menyedari hakikat bahawa tiada guru, tiadalah murid, tiada murid maka tiadalah guru, maka pada hari ini kita berkumpul untuk menjayakan Hari Guru yang bertemakan “Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”.

1

Page 2: Teks Pengacara Majlis Hari Guru

Ikan merah dijual di pekan,Syukur gembira dapat sebaldi,Cuaca cerah turut mengizinkan,Pohonlah doa ke hadrat Ilahi.

Bagi memberkati majlis ini, dijemput Ust Shahrunnizam bin Jahuri untuk memimpin bacaan doa.Dipersilakan...

Amin amin ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini akan berjalan dengan lancar.

Acara diteruskan dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku, diikuti oleh lagu Negeri Sarawak “Ibu Pertiwiku” dan Lagu Sekolah.Guru-guru diminta berdiri dan menyanyikan lagu dengan penuh semangat.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya, marilah kita sama-sama mendengar Bacaan Perutusan Hari Guru Pengarah Pendidikan Sarawak yang akan dibacakan oleh Pn Hanisah bt Seri.Dipersilakan dengan segala hormatnya..

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan wakil pelajar oleh Rabia’tul Adawiyah bt Shahrunnizam.Dipersilakan.

Demikianlah tadi ucapan yang disampaikan oleh adik Rabia’tul Adawiyah .

Mekar melati diapit kejora,Kuntuman tersemat, jadi pamitan,Tersentuh hati mendengar bicara,Ungkapan azimat jadi ingatan,

Tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa mendengar amanat dan ungkapan keramat daripada Guru Besar kita yang dikasihi. Dengan ini dipersilakan Encik Julaihi bin Hj Nu, GB SK TUI untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya....

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan yang penuh bermakna itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

2

Page 3: Teks Pengacara Majlis Hari Guru

Sambutan Hari Guru ini tidak lengkap rasanya tanpa mendengar laungan Ikrar Hari Guru dan nyanyian lagu-lagu Hari Guru oleh para guru kita. Dengan ini, majlis mempersilakan semua guru berdiri bagi melafazkan Ikrar yang diketuai oleh Ust Ahmad Khairi Omri bin Adam. Dipersilakan..

Jutaan terima kasih di atas bacaan ikrar yang penuh bersemangat itu tadi..

Seterusnya, sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian 3 buah lagu oleh barisan guru-guru kita iaitu lagu Kami Guru Malaysia, Fly Kenyalang Fly, Dan Biarku Menjadi Lilin..guru-guru diminta berdiri..

Menghilau laksana pokok kiambangDi dalam kali tumbuh melata,Setahun sekali nyanyian berkumandang,Berbakat sekali guru-guru kita.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada semua guru, staf sokongan dan pekerja sekolah. Dengan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput……………………………………..diiringi oleh………………………….. bagi menyempurnakan majlis penyampaian cenderahati.

Indah selendang kebaya nyonya,Sekali imbas puteri kayangan,Usah dipandang pada harganya,Ingatan ikhlas tanda kenangan.

Hadirin sekalian,

Sebagai penutup kepada majlis sambutan hari guru kita pada hari ini, marilah kita sama-sama menyaksikan Acara Memotong Kek hari guru oleh GB kita. Sesungguhnya, inilah simbolik untuk melambangkan kerjasama saling memberi dan menerima, susah dan senang sama dirasa. Kek juga lambang kemanisan dan keindahan hidup bermasyarakat.

Dipersilakan Encik Julaihi bin Hj NU untuk memotong kek.

Demikianlah tadi selesai sudah majlis sambutan hari guru kita pada hari ini.

Kalau ada jarum yang patah,Jangan disimpan di bawah saji,Kalau ada silap dan salah,Jangan dikutuk diumpat keji.

3

Page 4: Teks Pengacara Majlis Hari Guru

Pohon kuini dahannya patah,Di situ tempat bermain kenari,Sampai di sini kata bernoktah,Izinkan saya mengundur diri.

Sekian, wassalamualaikum wbt.

4