teks pengacara majlis

Embed Size (px)

Citation preview

ssalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.... Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penutup Pertandingan Presentation of Learning, Projek Based Learning Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2008 Anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan, Negeri Sembilan, DK. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Dijemput tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian mengambil tempat. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan- puan serta hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit sebaik sahaja Yang Berbahagia En Mohd Isah binIsmail, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran N. Sembilanmengambil tempat. RADZIAH UCAPAN PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Mohd Isah bin Ismail Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri, Negeri Sembilan DK ke Majlis Penutup Pertandingan Presentation of Learning, Projek Based Learning Peringkat Negeri SembilanTahun 2008. Tetamu kehormat, para jemputan, guru-guru, para peserta pertandingan serta hadirin sekalian dijemput duduk. RADZIAH

Sabtu, 2010 Februari 06Dicatat oleh SK TAIPING di 23:29

TEKS PENGACARAAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009 Hari ini menanam jagung, Dibawa ke Perlis bersama peria, Hari ini kita berkampung, Meraikan majlis penuh ceria Ke pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah, Majlis bermula tirai dibuka, Dengan Alunan madah yang indah. - Hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku. - Terima kasih. - Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sireh berlipat sireh pinang, Sireh dari pulau Mutiara, Pemanis Kata Selamat Datang, Awal Bismillah pembuka bicara. .. .. , - Yang Berusaha , En Zailani bin Hashim, Yang Dipertua PIBG SK Taiping , Yang Berusaha, Tuan Guru Besar, En Mohd Noor Rashid bin Youb. Guru- guru Penolong Kanan, Guru-guru , Ajk-Ajk PIBG, ibubapa , para pelajar yang diraikan serta hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian. Sayang kumbang mencari makan,

Terbang seiring di tepi kali, Selamat Datang kami ucapkan Moga diiringi restu Illahi. Melati kuntum berhias rotan, Tumbuh melata di tepi kali, Anugerah Cemerlang 2009 , Murid-murid bertuah kita hargai Garam ada kicap pun ada, Sayang lada terlupa bagi, Pantun ada ucapan pun ada, Sayang tiada berdoa lagi. Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah,, Mohon berkat Yang Maha Esa. Doa dibaca amin disebut, Keberkatan majlis sentiasa diharapkan, Ustaz Azmi kami menjemput, Sudilah Tuan tampil ke hadapan Syukran Jazilan Ya Ustaz _________________________________________________ Sudilah tuan jalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam, Sudilah tuan beri ucapan , Kata aluan pemanis kalam. Si burung unta duduk sekawan, Duduk teratur di atas papan, YDP PIBG kami alukan , Dijemput En Zailani memberi Ucapan. Dipersilakan Duduk sekawan gadis jelita, Buat Santapan untuk pahlawan, Tampillah tuan kami meminta, Madah ucapan kata aluan Tanah terbiar tidak bertuan, Berpagar teguh tidak berpapan, Tuan Guru Besar menjadi tumpuan Persilakan tuan memberi ucapan _________________________________________________ Farisya dan Aimi harapan kami, Pandai mengacara tak pernah mengalah, Acara seterusnya kami mulai, Penyampaian hadiah dan juga anugerah. Berkebaya batik berwarna merah, Diserikan dengan permata berlian, Tibalah masa penyampaian anugerah Penerima teruja menunggu giliran

En Zailani selalu disebut, Bila ketawa tampak meriah, Bukan jemput sebarang jemput, Memohon YDP menyampaikan hadiah. Dipersilakan...... - Penyampaian Hadiah Tahap 1 Kedudukan dalam kelas dan Mata Pelajaran Terbaik. - Penyampaian Hadiah Tahap 2 Kedudukan dalam kelas dan Mata Pelajaran Terbaik. Terima kasih kepada En Zailani............. _________________________________________________ PPD di sana SKT di sini, Laluan guru setiap pagi, Anugerah seterusnya menanti kini, Di jemput ___________ wakil PPD. @ Keluk tumbuh pohon kuini, Kuini dari Indragiri, Anugerah seterusnya menanti kini, Dijemput Guru Besar tampilkan diri. * Dipersilakan - Penyampaian Hadiah murid-murid yang memperolehi 4A, 3A, 2A, 1A dalam UPSR. _______________________________________________ PERASMIAN PENUTUP - Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat, Mohammad Zahir bin Dato Hj Abdul Khalid, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pelajaran Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak merangkap ADUN Kamunting. - Koir 1 Malaysia Melihat tuan terkelu lidah, Menjadi sejarah satu kenangan Orang dinanti berkunjung sudah, Selamat datang kami ucapkan. - Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. - Yang Berhormat, Mohammad Zahir bin Dato Hj Abdul Khalid, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pelajaran Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak merangkap ADUN Kamunting. Gembira mereka menerima hadiah, Lagak gayanya menjulang piala, Anugerah cemerlang berlangsung sudah, Kini menanti kemuncaknya pula. Bukan rumpun sebarang rumpun, Rumput dihias bersama papan, Bukan jemput sebarang jemput, Guru besar dijemput memberi ucapan.

Dipersilakan Buah langsat di tepi busut, Mari dimuat di dalam peti, Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati. Tuan berbudi tidak terperi Hulurkan madah kata perasmi YB Mohammad Zahir kami segani, Kesudian YB kami hargai. Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami, Kepada tuan mandat diberi, Mohon rasmikan penutupan majlis kami. Dipersilakan Terima kasih diucapkan. ( pantun terima kasih ) ________________________________________________ Pergi sekolah seawal pagi, Melintas jalan berhati-hati, Penyampaian Anugerah diteruskan lagi, Penerima-penerimanya sabar menanti Hadiah diatur tampak kemas, YB dijemput bertambah meriah Tampillah YB ke atas pentas, Menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. Dipersilakan - Penyampaian Anugerah kepada murid- yang memperolehi 5A dalam UPSR - Penyampaian Anugerah Khas Di atas dahan burung tempua, Berkicau-kicauan bertegur siapa, Tanda ingatan kami semua Warga SKT jangan dilupa. Jasamu guru sentiasa dikenang, Pujian diberi bukan gurauan, Pn Azizah guru penyayang, Dijemput ke pentas menerima penghargaan. Dipersilakan - Sekarang, dijemput __________________________ untuk menerima cenderamata sebagai tanda terima kasih dari kami warga SK Taiping . - Seterusnya, dijemput Tuan Guru Besar Sk Taiping untuk menyampaikan cenderamata kepada YB Muhammad Zahir bin Hj Abdul Khalid sebagai tanda Terima Kasih dari kami warga SK Taiping di atas kesudian Yang Berhormat hadir untuk bersama-sama meraikan majlis pada hari ini. Terima kasih diucapkan... _________________________________________________ Burung kelicap makan padi, Padi datang dari Medan, Perut kini sudah berbunyi

Tibalah masa untuk santapan.

Lemak rasanya si buah pinang, Buat menjamu paduka raja, Makanan lazat sudah terhidang, Marilah kita menjamu selera. Dari kedah ke bandar Perlis, Singgah bersantai di tepi jeti, Persembahan menyusul memeriahkan majlis, Semoga hadirin terhibur di hati. Dipersilakan....... Kalau tuan pikat merpati, Jangan patahkan batang jerami Terima kasih murid-murid SKT Persembahan kalian menghiburkan kami. Subur padi Allah kurnia, Hidup mula di dalam air, Sudah menjadi lumrah dunia, Setiap yang bermula akan berakhir. Bunga seroja di atas para , Jatuh ditimpa buah berangan, Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan. Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi, Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi. Semua hadirin diminta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu negaraku. Akhir kata .....kami sudahi dengan wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabaraka TEKS PENGACARAAN Majlis Hari Anugerah Muka surat : 1 Masa Cue Ann 7:45 pagi Para jemputan dan pelajarmengambil tempat di dalamdewan. Apabila Pengerusi Persatuan BekasPelajar S.M.K.K tiba di hadapanpejabat, juruacara mengumumkan : Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia,Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar SMKKEncik Wong Lee Wahdan isteri ke majlis HariAnugerah Gemilang ke- 25 tahun 200

/var/www/apps/collegelist/repos/collegelist/trunk/collegelist/tmp/scratch2/2692110.doc Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Abdul Rashid bin Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang , Yang Berusaha Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Yang Berusaha Tn. Hj. Ahmad Tarmizi b. Kamarrudin, Pegawai Pelajaran Daerah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Daerah Seberang Perai Selatan Ahli-ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Petugas-Petugas yang bertungkus lumus dari mula hingga ke akhir Dan tidak lupa kepada semua yang hadir kerana telah menjayakan majlis yang penuh bermakna pada petang ini. Gunung Pantai tinggi mengawan Nampak dari Padang Temu Sampai di sini tinggallah tuan, Ada hayat kita bertemu Sebelum berpisah, Majlis mempersilakan Yang Berusaha PN. NOOR AZIZAH 28 /var/www/apps/collegelist/repos/collegelist/trunk/collegelist/tmp/scratch2/2692110.doc Tn. Hj. Ahmad Tarmizi b. Kamarrudin, Pegawai Pelajaran Daerah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Daerah Seberang Perai Selatan untuk menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Dato Abdul Rashid bin Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berusaha Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang, dif-dif kehormat untuk menikmati jamuan ringan. Tuan-tuan/ Puan-puan sidang hadiran sekalian juga turutdijemput untuk menikmati jamuan ringan di tempat yangtelah disediakan. Sekian, selamat sejahtera, selamat petang dan wassalamu'alaikum wbt. 29 /var/www/apps/collegelist/repos/collegelist/trunk/collegelist/tmp/scratch2/2692110.doc MAJLIS PENGANUGERAHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2005 DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN 24 Mei 2005 ( Selasa ) 2.00 petang Dewan Serbaguna Jawi Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan Tn. Hj. Joohari

ah barisan yang menjayakan program ini. di sini juga aku letakkan teks pengerusi majlis yang dikarang oleh kak normayati.thanx a lot kak ma yer... Pembuka kata Melati kuntum tumbuh melata Sayang merbah dipohon cemara Assalamualaikum mulanya kata Saya sembah pembuka bicara Sirih junjung penyeri majlis Seminar MAWADAH kita raikan Selamat datang tamu ke majlis Semoga ia mendapat keberkatan Tuan tuan dan puan-puan sekalian Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan-puan kerana dapat hadir pada hari ini. Kehadiran puanpuan sekalian amat saya sanjung kerana ia menggambarkan semangat kerjasama yang tinggi & sokongan padu daripada puan-puan terhadap aktiviti yang dilaksanakan oleh kerajaan walaupun sibuk dalam menjalankan tugas seharian. Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.. Ceramah I Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.... Majlis Seminar Mawadah kita pada hari ini akan dimulakan dengan ceramah yang pertama yang akan disampaikan oleh penceramah kita yang disegani iaitu Ustaz Hj Che Kamarudin bin Muhammad, Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pengurusan Masjid daripada Jabatan Agama Negeri Terengganu. Tanpa membuang masa lagi majlis dengan segala hormatnya mempersilakan penceramah kita untuk menyampaikan ceramahnya yang bertajuk Wanita Wadah Perjuangan.... Harapan Insan Mencipta Kegemilangan Dipersilakan...... Sungguh merdu suaramu ustaz Kata-katamu manis berunsur nasihat Terima kasih atas setiap amanat Semoga ia mendapat berkat Minum pagi Sungguh indah bunga kemboja Di bawah atap tepi halaman Juadah sudah terhidang di atas meja Sudilah santap peserta sekalian Tuan-tuan dan puan-puan sekalian Majlis berehat seketika untuk kita menikmati minuman pagi dan akan disambung semula pada jam 10.30 pagi.

Ceramah II Ceramah satu sudah berlalu Taklimat MAWADAH menyusul pula Dipersilakan Puan Normahani kita Dadah Durjana..... Hapuskan Segera! Majlis dengan hormatnaya mempersilakan...... Terima kasih diucapkan kepada Puan Normahani bt Mohd Hanip Pengawai Antidadah AADK Negeri Terengganu di atas taklimat yang disampaikan sebentar tadi. Semoga para peserta dapat mengetahui serba sedikit mengenai apa yang dikatakan DADAH dan MAWADAH itu sendiri. Bicara Hati Para hadirin sekalian Sekarang kita dengarkan pula kisah benar iaitu bicara hati daripada Penghuni Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Wanita Bachok, Kelantan mengenai kisah hidupnya. Semoga pendedahan yang diluahkan dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua. Untuk pengetahuan semua puan sudah pun tahun berada di PUSPEN Bachok. Berumur tahun dan telah mempunyai keluarga. Tanpa membuang masa lagi saya mempersilakan puan untuk menyampaikan kisah hidupnya untuk kita semua.... dipersilakan... Terima kasih diucapkan kepada Penghuni Pusat Pemulihan Narkotik di atas Bicara Hati tadi. Sekali lagi perhatian para hadirin.... diminta untuk meneruskan kerjasama anda bagi upacara Majlis Perasmian Penutup yang dijangkakan bermula pada jam 12.30 tengahari. Sekian dulu sesi taklimat pada pagi ini. Saya sudahi wabillahhitaufik walhidayah wassalamualaikum warohmatullahhiwabarokatuh..... Majlis Perasmian Penutup Hadirin sekalian..... Mengumumkan ketibaan Yg Berbahagia Pn Hjh Rosnani bt A. Rashid, Pengarah AADK Negeri Terengganu dengan diiringi oleh Pn.............. , Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. LAGU NEGARAKU BERKUMANDANG Pembuka kata Majlis Penutup Ke Pekan Kuala membeli bingka Sayang pesanan terlupa sudah Majlis bermula tirai dibuka Dengan alunan madah yang indah Indah berbalam si awan petang Berarak dicelah pepohon ara Pemanis kalam selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara Para hadirin sekalian Segala puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala yang telah mengurniakan rahmatNya untuk kita dapat berkumpul dengan aman & kebahagiaan. Selawat & salam ke atas junjungan dan Rasulullah Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam, kaum keluarga para sahabat & pengikut2 baginda yang terbilang hingga ke akhir zaman. Syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah dan kurnianya maka Seminar pada hari ini berlangsung dengan jayanya. Majlis merakamkan setinggi penghargaan di atas kehadiran Yang Berbahagia Pn Pengarah AADK Negeri

Terengganu, Pn Hjh Rosnani bt A. Rashid di atas kelapangan masa untuk bersama-sama memeriahkan upacara Majlis Perasmian Penutup Mawadah pada hari ini. Bacaan Doa Para hadirin sekalian Untuk keberkatan & kesejahteraan, majlis menjemput Ustaz Faizal bin Hashim, Pen Pegawai Hal Ehwal Islam AADK Neg Trg untuk menyempurnakan bacaan doa. Dipersilakan.... Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Faizal bin Hashim di atas bacaan doa itu tadi. Semoga kita semua sentiasa berada dalam limpahan kurnia & rahmat Allah S.W.T Ucapan Aluan Bukan rumput sebarang rumput Rumput penghias tepi halaman Bukan jemput sebarang jemput Jemput memohon kata aluan Sudilah tuan jalan berlapan Jalan berlapan di malam kelam Sudilah tuan beri ucapan Kata aluan pemanis kalam Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Penolong Pengarah Pencegahan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya mempersilakan..... Penolong Pengarah Memberi Ucapan Aluan Terima kasih diucapkan kepada En Arzmi bin Abdullah di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi. Ucapan Perasmian Kalau tuan pikat kenari Jangan patahkan batang jerami Kepada puan sembah diberi Mohon rasmikan majlis kami Para hadirin sekalian Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Hjh Rosnani bt A. Rashid Pengarah AADK Neg Trg untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Seminar Masyarakat Wanita Antidadah. Dengan segala hormatnya mempersilakan..... Pengarah Memberi Ucapan Perasmian Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih kepada Yg Berbahagia Puan Pengarah di atas ucapan tadi. Penyampaian Cenderahati Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan hormatnya menjemput Penolong Pengarah Pencegahan untuk menyampaikan cenderamata kepada Yg Berbahagia Pn Hjh Rosnani bt A. Rashid Pengarah AADK Neg Trg. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Terima kasih diucapkan di atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Cenderahati diberikan Pohon berangan tempat bertemu Girangnya rasa si anak dara Baliklah hadirin membawa ilmu Binalah bangsa bangunkan negara Bunga dedap di atas para Anak dusun pasang pelita Kalau tersilap tutur bicara Jemari disusun maaf dipinta Para hadirin sekalian Selesailah sudah majlis kita pada hari ini. Oleh itu pihak majlis menjemput tetamu khas & jemputan serta para peserta untuk menikmati jamuan tengahari yang telah disediakan. Sekian, wabillahitaupik walhidayah wassalamualaikum warahmayullahiwabarokatuh.

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM MPV 2004. Mengumumkan ketibaan Timbalan Menteri Pelajaran 1, Kementerian Pelajaran Malaysia, YB. Dato' Hon Choon Kim berserta rombongan. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran 1, Kementerian Pelajaran Malaysia,Dato' Hon Choon Kim,Yang Dihormati Ketua Sektor Pengurusan dan Akademik, Jabatan Pelajaran Sabah, Puan Hajah Aminah Musaly, Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran Bahagian Sandakan, Dr. Dayu Sansalu, dif-dif kehormat, tuan2 dan puan2 sekalian. Sirih junjung penyeri majlis, majlis MPV kita raikan, selamat datang tamu ke majlis, majlis makan malam kita sajikan. Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Majlis Jamuan Jabatan Pelajaran Sabah. Hadirin dan hadirat sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan di dalam majlis yang indah ini. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis ini diraikan sempena Pameran MPV Sekolah Menengah Akademik Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan 2004. Hadirin sekalian, majlis dengan ini mempersilakan Yang berbahagia Pegawai Pelajaran ...........untuk memberi ucapan alualuan.majlis dengan ini mempersilakan. terima kasih............. Sebelum memulakan majlis makan malam ini, dijemput........untuk membacakan doa makan.dipersilakan. Bertamu rai sandakan, gendang gendut tali kecapi, sambil menonton kita makan, pelbagai persembahan akan diserikan. Sambil menikmati hidangan, beberapa persembahan akan dipertontonkan kepada para hadirin sebagai hiburan sampingan.dengan ini majlis memulakan persembahan dengan menjemput.............untuk menyampaikan ...........dipersilakan

hadirin dan hadirat, majlis ini diteruskan lagi dengan persembahan...................dipersilakan seterusnya kita nikmati pula persembahan nyanyian daripada..............majlis dengan sukacitanya mempersilakan. Para hadirin sekalian, sebentar tadi kita telah menikmati gemersik suara................, kita serikan lagi majlis ini dengan persembahan tarian........... dengan sukacitanya majlis mempersilakan. Hadirin yang dihormati, majlis ini diteruskan dengan persembahan.............. terima kasih ...........atas persembahan itu tadi. para hadirin, kita hangatkan lagi suasana dengan menjemput..................yang akan mempersembahkan.............dipersilakan. Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka sampai di sinilah sahaja majlis pada malam ini. kita akan tangguhkan majlis ini dan berharap berjumpa pada masa akan datang. kalau ada sumur di ladang, bolehlah kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita berjumpa lagi. segala kesilapan dan kekurangan daripada pihak penganjur harap dimaafkan. sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t. dengan ini diumumkan keberangkatan pulang YB Dato' Hon Choon Kim berserta rombongan. ....................................