2
Teks Pengacara bagi Lawatan Kerja KSU Kementerian Pelajaran Malaysia ke SMK Ringlet. PN NORAZLIAH ANI SMK RINGLET 2004 1. Memastikan dif-dif kehormat mengambil tempat diakhiri tetamu kehormat 2. Tetamu Kehormat menandatangani buku lawatan 3. Bismillahirrohmanirrohim Pembasuh mulut jadi hidangan, Sepetang bermajlis saya mulakan. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada 1) Yg Hormat Dato’ Amrin Buang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. 2) Yg Berusaha Dato’ A. Rahim Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang. 3) Yg Berbahagia Pn Fatimah Md Deni Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Perolehan 4) Yg Berusaha Tuan Haji Zahari Uda Pegawai Pelajaran Daerah Cameron Highlands 5) Yg Berusaha En Ho Yip Kap Tuan Pengetua SMK Ringlet 6) dan Dif-dif kehormat yang saya hormati sekalian. 3. Pertamanya, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya dapat kita bertemu menjalin silaturrahim dalam majlis yang permai ini. Indah nian istana bunian, Cahaya memancar wangian mengharum, Selamat datang hadirin sekalian, Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum. Selamat datang ke Sek Men Keb Ringlet. Warga SMKR sangat mengalu-alukan kunjungan yang hormat Dato’ Amrin Buang dan seluruh dif-dif kehormat sekalian. 4. Untuk tidak melengahkan masa, sebagai memberkati majlis di petang ini saya menjemput Al Fadhil Ustaz Sanusi bagi menyempurnakan bacaan doa. Dipersilakan Al Fadhil Ustaz. 5. Bacaan Doa 6. Hadirin yang dimuliakan, dipersilakan menjamu selera. 7. Minum petang 8. Alhamdulillah, sajian sudahpun dinikmati… Sidang hadirin yang saya muliakan Izinkan saya mencelah majlis bagi menjemput Tuan Pengetua SMK Ringlet En Ho Yip Kap bagi mewakili seluruh warga SMK Ringlet menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan. Dipersilakan Tuan Pengetua En Ho Yip Kap. 9. Terima kasih En Ho Yip Kap Berkolek perahu hingga ke tanjung

Teks pengacara ksu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks pengacara ksu

Teks Pengacara bagi Lawatan Kerja KSU Kementerian Pelajaran Malaysia ke SMK Ringlet.

PN NORAZLIAH ANI SMK RINGLET 20041. Memastikan dif-dif kehormat mengambil tempat diakhiri tetamu kehormat2. Tetamu Kehormat menandatangani buku lawatan3. Bismillahirrohmanirrohim

Pembasuh mulut jadi hidangan,Sepetang bermajlis saya mulakan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada1) Yg Hormat Dato’ Amrin Buang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. 2) Yg Berusaha Dato’ A. Rahim Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang.

3) Yg Berbahagia Pn Fatimah Md Deni Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Perolehan4) Yg Berusaha Tuan Haji Zahari Uda Pegawai Pelajaran Daerah Cameron Highlands 5) Yg Berusaha En Ho Yip Kap Tuan Pengetua SMK Ringlet6) dan Dif-dif kehormat yang saya hormati sekalian.

3. Pertamanya, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya dapat kita bertemu menjalin silaturrahim dalam majlis yang permai ini.

Indah nian istana bunian,Cahaya memancar wangian mengharum,Selamat datang hadirin sekalian,Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.

Selamat datang ke Sek Men Keb Ringlet.Warga SMKR sangat mengalu-alukan kunjungan yang hormat Dato’ Amrin Buang dan seluruh dif-dif kehormat sekalian.

4. Untuk tidak melengahkan masa, sebagai memberkati majlis di petang ini saya menjemput Al Fadhil Ustaz Sanusi bagi menyempurnakan bacaan doa. Dipersilakan Al Fadhil Ustaz.

5. Bacaan Doa6. Hadirin yang dimuliakan, dipersilakan menjamu selera.7. Minum petang8. Alhamdulillah, sajian sudahpun dinikmati…

Sidang hadirin yang saya muliakanIzinkan saya mencelah majlis bagi menjemput Tuan Pengetua SMK Ringlet En Ho Yip Kap bagi mewakili seluruh warga SMK Ringlet menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan. Dipersilakan Tuan Pengetua En Ho Yip Kap.

9. Terima kasih En Ho Yip KapBerkolek perahu hingga ke tanjung

Page 2: Teks pengacara ksu

Budi yang baik rasa nak junjung.Sebelum jarak dan waktu memisahkan kita,

Kalau ada jarum yang patah,Jangan disimpan di dalam peti,Kalau ada silap dan salah,Jangan disimpan di dalam hati.

Dengan ini saya dan warga SMK Ringlet menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada sebarang kekurangan kata dan kesalahan bahasa sepanjang mengendalikan majlis ini.

10. Bagi mengakhiri majlis ini sudilah kiranya Yang Hormat Dato’ melangkah untuk sessi fotografi di dataran perhimpunan. Dipersilakan dengan segala hormatnya.Semoga bertemu di lain kesempatan, sekian terima kasih. Wassalamualaikum warohmatullahhi wabarakatuh.