Teks Doa Jamuan Hi-tea

Embed Size (px)

DESCRIPTION

cantik

Citation preview

TEKS DOA JAMUAN HI-TEA

. . . . . . . .

Segala puji hanya untuk-MU ya Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ya Allah, kami merafakan kesyukuran atas keizinan-MU untuk kami berkumpul di sini, di Majlis Hi-Tea Kelab Guru dan Kakitangan SK Pengkalan Pegoh pada petang yang permai ini, menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar kami dikurniakan limpah kurnia, inayah dan riayah, taufik dan hidayah, agar kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan, tekad dan azam yang tinggi untuk Berjaya serta menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggung jawab.Ya Allah Yang Maha Mengetahui,Sepanjang 5 bulan yang telah berjalan bagi tahun 2014 ini, kami telah sedaya upaya melaksanakan tugas, mendidik anak bangsa sesuai dengan Falsafah pendidikan Negara, menyampaikan ilmu berdasarkan sukatan pelajaran, berusaha membantu anak murid kami, memahami konsep ilmu yang tersirat disebalik yang tersurat, bagi melahirkan hamba-hamba yang taat kepada agama MU. Jesteru itu ya Allah, kami memohon agar Engkau ampunkan dosa kami, sekiranya kami tersilap dalam member makna, tersalah dalam menghurai fakta, terlanggar batas tutur kata dan adab bicara, tersasar dari landasan kebenaran, tersalah anggap terhadap anak didik kami dan kurang memahami kehendak mereka. Serta tidak berupaya menarik minat mereka supaya cintakan ilmu, yang menjadi tugas utama profesion kami.Ya Allah ya Tuhan Kami,Sekiranya usaha kami pada tahun ini, tidak setimpal dengan apa yang sepatutnya kami curahkan, maka Engkau ampunkanlah dosa kami, berkatilah rezeki kami, halalkanlah pendapatan kami, dan sekiranya masih berkurangan, maka engkau tampungkanlah ia dengan ibadat-ibadat sunat dan kebajikan yang kami kerjakan. Kami juga memohon kepada MU Ya Rahim,Engkau tunjukkanlah kami jalan yang benar, tetapkanlah iman kami, tambahkanlah kecintaan kami kepada Agama MU, hidupkanlah kami dengan perasaan kasih uhkwah islamiah, satukanlah hati kami, kukuhkanlah perpaduan antara kami, jadikanlah kami para guru yang mampu berbincang tanpa berbalah, berbeza pendapat tanpa sengketa, mempunyai jalinan kerja yang utuh, dan jauhkanlah kami ya Allah, dari sifat mazmumah, dengki-mendengki terhadap pencapaiaan sesame sendiri, bermusuh-musuhan dan berpaling muka, serta tindas-menindas demi kepentingan diri sendiri, sebaliknya, Engkau campakkanlah kedalam hati-hati kami, perasaan ingin membantu agar yang berat sama dipikul dan yang ringan dijinjing sama, demi kecemerlangan SK Pengkalan Pegoh.

. . . . Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah perhimpunan ini sebagai perhimpunan yang Engkau rahmati, dan perpisahan kami selepas majlis ini sebagai perpisahan yang terpelihara daripada bala bencana dan kemaksiatan. Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan dosa mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

. . . . .