Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru Dan Murid

  • Upload
    mizlolz

  • View
    168

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tekanan emosi dalam kalangan guru

Citation preview

  • TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU DAN MURID

    Fenomena tekanan emosi yang berlaku dalam bidang pendidikan pada masa kini bukanlah

    perkara yang baru lagi. Hal ini telah lama diperkatakan dan dibincangkan tidak kira oleh para

    pengamal media mahupun masyarakat sendiri. Tekanan emosi ini bukan sahaja berlaku

    kepada warga pendidik tetapi juga berlaku kepada murid. Hal ini sememangnya

    membimbangkan kerana sekolah merupakan tempat menimba ilmu dan pengetahuan.

    Masalah yang berlaku ini akan menyebabkan perkembangan pendidikan terbantut dan tidak

    berkualiti.

    Tekanan ataupun stres merupakan reaksi fizikal dan mental emosi seseorang akibat

    sesuatu situasi yang menyebabkan seseorang itu tidak mendapat keselesaan hidup (Mohd

    Salleh, 1994). Stres juga boleh diertikan sebagai jenis desakan yang memberikan kesan

    terhadap kehidupan seharian seseorang. Kesan daripada desakan ini sama ada baik atau

    buruk bergantung kepada tindak balas yang menyebabkan stress (Mohd Azhar, 2004).

    Menurut Hatta dan Mohamed (2005), mentakrifkan stress sebagai tindak balas minda dan

    fizikal yang terhasil daripada permintaan mengikut sesuatu keadaan atau tempat. Stress

    terjadi akibat perubahan yang berlaku di dalam tubuh dan mempunyai kaitan dengan alam

    sekeliling. Nor Hanani (2007) pula menyatakan stress merangkumi tekanan, beban, konflik,

    keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kemurungan dan hilang daya. Gejala

    stress ini terhasil apabila seseorang itu berasa keperluannya melebihi daripada keupayaan

    yang ada pada dirinya.

    Secara kesimpulannya, tekanan emosi atau stress merupakan gangguan emosi,

    proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang yang terganggu disebabkan menerima

    sesuatu yang berada di luar kebiasaan atau kemampuan dirinya. Hal ini menyebabkan

    tekanan emosi berlaku dalam diri individu tersebut. Ringkasnya definisi tekanan emosi atau

    stress boleh dilihat seperti rajah 2.0.

  • Rajah 2.0 Definisi tekanan emosi

    Dalam bidang pendidikan, tekanan emosi dalam kalangan guru dan murid bukanlah

    menjadi perkara asing lagi. Malahan, isu dan kes tekanan emosi ini telah menjadi tajuk

    utama di dada-dada akhbar tempatan setiap tahun. Begitu juga dengan kajian-kajian ilmiah

    yang telah dibuat oleh ahli-ahli akademik mengenai fenomena ini menunjukkan bahawa isu

    ini semakin meningkatkan dan membimbangkan. Antara akhbar utama negara iaitu Berita

    Harian pada tahun 2011 telah melaporkan bahawa pekerjaan guru berada di tempat

    keempat bagi peratusan kadar stress mengikut pekerjaan di Malaysia dengan kadar 45.8 %.

    Hal ini membuktikan bahawa guru mempunyai tekanan emosi yang tinggi.

    Stres adalah rekasi fizikal dan

    mental emosi akibat tidak mendapat

    keselesaan hidup (Mohd Salleh,

    1994)

    Stres ialah jenis desakan yang

    memberi kesan kepada kehidupan seseorang (Mohd

    Azhar, 2004)

    Stres sebagai satu tindak balas minda

    dan fizikal yang terhasil daripada

    permintaan (Hatta dan Mohamed,

    2005)

    Stres merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan,

    ketegangan, panik, perasaan gemuruh,

    kemurungan dan hilang daya (Nor Hanani, 2007)

  • Gambar 2.0 menunjukkan keratan akhbar yang dipetik daripada Berita Harian pada

    tahun 2011 di mana kadar peratusan ini merupakan hasil selidik Jabatan Kesihatan

    Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang dibuat pada

    tahun 2007 hingga 2009 menggunakan 453 sampel kajian. Terdapat beberapa faktor yang

    menyebabkan tekanan emosi dialami oleh guru seperti yang ditunjukkan pada rajah 2.1.

    Rajah 2.1 Faktor tekanan emosi guru

    Rajah 2.1 menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan tekanan emosi dialami oleh

    guru, antaranya adalah beban tugas guru, tingkahlaku murid, hubungan dengan rakan

    sebaya dan sistem pendidikan. Faktor pertama yang menyebabkan

    tekanan emosi dalam kalangan guru adalah disebabkan oleh beban tugas guru yang

    banyak. Tugas guru pada hari ini turut merangkumi tugas di luar bilik darjah dan juga di luar

    waktu persekolahan. Menurut Lemaire (2009), guru-guru terlalu dibebankan dengan tugas-

    tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti kokurikulum,

    menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-program sekolah, mengurus kebajikan

    Beban tugas guru

    Tingkah laku murid

    Hubungan dengan rakan sebaya

    Sistem pendidikan

    Gambar 2.0 Keratan akhbar Berita Harian, 2011

  • pelajar serta tugas-tugas pengurusan. Apatah lagi dengan pengurusan markah murid yang

    perlu dimasukkan secara online turut membebankan guru kerana sistem yang terlalu sibuk

    menyebabkan guru terpaksa berjaga sehingga tengah malam untuk memasukkan data

    murid. Hal ini boleh menyebankan tekanan dan seterusnya akan memberikan kesan kepada

    emosi, psikometrik dan fizikal guru (Nobile dan McCormick, 2005).

    Selain itu juga, tingkah laku murid turut menyebabkan tekanan emosi dalam kalangan

    guru. Tingkah laku murid yang pelbagai dan masalah disiplin murid yang mencabar guru

    menyebabkan tekanan ataupun stres dihadapi oleh guru. Apatah lagi waktu pengajaran guru

    yang padat serta terpaksa menghadapi karenah murid yang pelbagai ragam. Selain itu juga,

    kelas yang sesak dengan murid dan keadaan kelas yang kurang kondusif juga boleh

    menyebabkan peningkatan tekanan guru. Isu guru memukul atau mendera murid dalam

    kelas juga heboh diperkatakan oleh masyarakat kini. Berita Harian bertarikh 23 Julai 2007

    telah memaparkan kes dakwaan 22 murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Gayang,

    Tuaran ditampar kerana tidak menyiapkan kerja sekolah (sumber :

    infoedu3109.blogspot.com). Berita ini menunjukkan stres memberi kesan kepada interaksi

    guru dengan murid di mana perkara ini menyumbang kepada ketidakselesaan hubungan

    dengan murid sehingga menyebabkan guru bertindak secara tidak wajar terutama apabila

    murid menghasilkan kerja yang tidak baik dan tidak bertingkahlaku dengan baik (Sapora,

    2007)

    Faktor yang seterusnya adalah hubungan dengan rakan sebaya. Kajian yang

    dijalankan oleh Azizi Yahya (2007) mendapati bahawa punca stres dalam kalangan guru

    terjadi kerana mereka merasakan diri mereka tersisih daripada rakan sekerja. Selain itu juga,

    rakan guru juga mementingkan diri serta tidak menghormati tindakan, perasaan serta

    pendapat dari rakan guru yang lain. Rakan guru yang tidak bertanggungjawab seperti tidak

    hadir ke sekolah tanpa makluman awal menyebabkan guru lain terpaksa menggantikan

    tugas guru juga menyumbang kepada tekanan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut

    menjangkakan bahawa tekanan di tempat kerja merupakan salah satu faktor yang

    menyumbang kepada lima penyakit utama di dunia iaitu penyakit jantung, kemurungan

    melampau, kemalangan jalan raya, strok dan penyakit paru-paru yang kronik menjelang

    tahun 2020 ( Zuhayati Yazid, 2011).

    Akhir sekali, faktor utama tekanan emosi guru di sekolah adalah sistem pendidikan

    negara. Sistem pendidikan yang pesat berubah bersesuaian dengan perkembangan

    teknologi dan proses globalisasi dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020 banyak

    memberi kesan kepada guru. Kini, warga pendidik perlu berhadapan dengan permintaan

    yang berbagai dan kompleks yang boleh membebankan guru. Menurut McCormick dan

    Solman (1992), guru-guru merasa stres akibat daripada ketidakupayaan mereka untuk

    berdaya tindak ke atas perubahan-perubahan pantas yang berlaku seperti perubahan

  • kurikulum dan kaedah pengajaran. Guru-guru juga berada dalam keadaan dilema

    memandangkan guru terpaksa memenuhi berbagai permintaan dari masyarakat. Tekanan

    yang diberikan oleh pihak pentadbir dan ibu bapa murid menyebabkan terdapat guru yang

    mengambil tindakan yang di luar batasan seperti membocorkan soalan Ujian Peperiksaaan

    Sekolah Rendah (UPSR) yang berlaku baru-baru ini.

    Selain daripada tekanan emosi yang dialami oleh guru, murid juga turut mengalami

    tekanan emosi yang sama. Rajah 2.2. menunjukkan faktor tekanan emosi yang dialami oleh

    murid.

    Rajah 2.2 Faktor tekanan emosi murid

    Rajah 2.2 menunjukkan faktor yang menyebabkan tekanan emosi dalam kalangan

    murid, iaitu iklim sekolah, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya dan sikap guru.

    Tekanan emosi yang dialami oleh murid berpunca daripada iklim sekolah adalah disebabkan

    persekitarannya yang tidak kondusif. Sebagai contoh, keadaan kelas yang sesak

    menyebabkan murid cenderung melakukan kesalahan disiplin. Menurut Abu Hassan dan

    Meor (1996), penyediaan bilik darjah penting dan perlu dititikberatkan semasa pengajaran

    bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan keadaan selesa. Hal

    ini kerana suasana bilik darjah mepengaruhi minat dan tumpuan pelajar untuk belajar.

    Keadaan yang padat dan sesak akan membawa kepada ketidakselesaan kepada proses

    pengajaran dan pembelajaran seterusnya emosi murid akan terjejas. Begitu juga,keadaan

    sekolah yang negatif seperti aktiviti buli berleluasa di sekolah akan meyebabkan murid

    mengalami tekanan emosi. Akibatnya masalah disiplin murid akan meningkat.

    Selain itu, pengaruh keluarga juga membawa kepada tekanan emosi kepada murid.

    Keadaan keluarga yang tidak stabil akan menyebabkan emosi murid tertekan seterusnya

    Sikap guru

    Pengaruh rakan sebaya

    Pengaruh

    keluarga

    Iklim sekolah

  • mereka akn berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan

    sebagainya. Persekitaran keluarga yang berantakan juga akan menyebabkan kanak-kanak

    gagal mengawal emosi dan mneyebabkan tingkah lakunya cenderung ke arah negatif.

    Perkara ini jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan perkembangan emosi mereka akan

    terbantut. Oleh itu penerapan nilai-nilai murni akan sukar diterapkan dalam jiwa murid

    menyebabkan mereka berkembang sebagai individu yang tidak peka dengan perasaan

    orang lain.

    Pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan emosi murid mudah terganggu. Murid

    yang dilihat mempunyai ramai rakan akan bersikap ceria, suka bergaul dan banyak

    melibatkan diri dalam aktiviti di dalam kelas. Manakala, murid yang sering bersendirian pula

    akan berasa kurang yakin, penakut dan cuba menjauhkan diri daripada rakan sebaya.

    Perkara ini jika dibiarkan akan menyebabkan murid tersebut mempunyai konsep kendiri yang

    lemah, bertindak liar untuk menarik perhatian serta suka termenung atau berkhayal.

    Akhir sekali faktor penyebab kepada tekanan emosi murid adalah sikap guru. Sikap

    guru yang terlalu memaksa murid untuk menyiapkan tugasan dengan segera menyebabkan

    murid terbeban. Selain itu, sikap guru yang pilih kasih juga akan mempengaruhi personaliti

    murid dan cenderung untuk membenci guru jika mereka tidak mendapat perhatian. Hal ini

    akan memberi kesan kepada murid seperti tidak hadir ke sekolah, ponteng kelas, tidak

    mendengar kata guru, pencapaian akademik yang semakin merosot dan sebagainya.

    Justeru itu, tekanan emosi yang dialami oleh guru dan murid ini perlulah ditangani

    dengan segera sebelum hal ini berlarutan dengan lebih besar lagi. Semua pihak perlulah

    bersama-sama berganding tangan mengembleng usaha dan tenaga bagi mengurangkan

    tekanan emosi yang dialami oleh guru dan murid. Hal ini jika tidak diambil langkah segera

    akan membawa satu cabaran yang besar kepada pembangunan pendidikan negara.

  • Rajah 2.3 Langkah-langkah Pengurusan Emosi

    Langkah-langkah

    PengurusanTekanan

    Emosi

    Memperbaiki

    persekitaran am

    Kenali punca

    tekanan

    Libatkan diri dalam

    keagamaan

    Pengurusan masa yang sistematik

    Kekalkan cara hidup

    sihat

    Terima perubahan dengan hati

    terbuka

    Kemahiran menyelesai

    kan masalah

    Kenali diri sendiri