Upload
rushdan-mat
View
267
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/27/2019 Nota Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru
1/13
7/27/2019 Nota Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru
2/13
7/27/2019 Nota Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru
3/13
Tahap-tahap stress
Kehidupan seharian memang terdedah kepada stress, jalanraya yang sesak,
anak-anak yang degil dan nakal, kos sara diri yang semakin meningkat, cuaca
yang semakin panas dan tidak menentu semuanya boleh menyumbang kepada
pembentukan stress. Kita perlu menyedari tahap stress dalam diri. Jika kita
sentiasa mengabaikan dan memberi penyembuhan yang betul, tahap stress ini
akan meningkat perlahan-lahan dan boleh mengakibatkan penyakit hingga ke
tahap stress tidak terkawal seperti amuk, masalah mental dll.
Terdapat tiga peringkat stress yang perlu dikenalpasti iaitu:
1. Tahap bersiap sedia dan berjaga-jaga
Simptom-simptomnya seperti kegelisahan, mudah berasa bimbang, ketakutan,
marah dan murung
2. Tahap penentangan
Simptom-simptomnya seperti penafian, mengasingkan perasaan kecewa iaitu
tidak merasa sedih memikirkan kekecewaan lalu dan kurang minat kepada hobi
terdahulu
3. Tahap kelesuan
Simptom-simptomnya hilang keyakinan diri, hilang rasa harga diri, sukar untuk
tidur, terlalu mudah marah, kebimbangan tidak bertempat, masalah gangguan
fizikal seperti mendapat penyakit yang berpunca dari stress seperti darah tinggi,
migraine, ulser dll
Apabila kita stress, otak akan memberi isyarat untuk berjaga-jaga bagi
menghadapi stress atau ancaman yang merangsang kelenjar mengeluarkan
hormon glukokortikoid yang mengawal metabolisme dan membina tubuh tetapi
boleh meracuni saraf dan sistem lain dalam badan apabila dikeluarkanberlebihan dan berpanjangan.
7/27/2019 Nota Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru
4/13
Rembesan hormon dan kimia otak ini akan menyebabkan pertambahan
dengupan jantung, denyutan nadi dan kandungan gula dalam darah. Seseorang
akan menjadi lebih bersedia khususnya dari segi penglihatan denga bukaan anak
mata yang membesar, peningkatan daya tumpuan dan ingatan, peningkatan
kadar pembakaran gula dan lemak membuatkan seseorang itu berasa panas
serta dapat bergerak dengan pantas.
Oleh itu adalah sangat penting bagi kita untuk mengawal tahap stress secara
sihat seperti beriadah, bersosial, membuat jenaka ketika membincangkan
permasalah yang berat, menolong orang, mengangap permasalahan sebagai
cabaran yang dipandang dari sudut positif.
Elakan daripada penafian terhadap masalah/stress yang mendatang dengan
mengalih stress kepada orang lain seperti memarahi orang lain atas kesilapan
diri, menuduh stress berpunca dari orang lain dan menyalahkan orang lain,pelupakan masalah/stress dengan merokok, minum arak dll.
Faktor-faktor 'Stress'
Faktor interpersonal
Faktor diri
Faktor organisasi
Faktor kekurangan sumber
Faktor luaran
Faktor Organisasi
Semua kerja perlu segera -kesuntukan masa
Beban kerja berterusan (kronik)
Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas
7/27/2019 Nota Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru
5/13
Bebanan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif
Mengalami kebosanan di tempat kerja
Merasakan idea sendiri yang betul
Selalu salahkan orang lain
Rasa tidak sabar dan mudah meradang terhadap rakan kerja
Stress' di tempat kerja juga boleh berpunca dari:
Rasa tertekan dengan sikap ketua/ majikan
Terlalu banyak atau terlalu sedikit kerja
Pertukaran dalam prosedur atau polisi
Tiada objektif jelas
Ruang atau persekitaran tempat kerja yang tidak selesa
Terlalu bosan dengan tugas akan membawa risiko job burnout tanda-tandanya:
Bosan bekerja
Mengasingkan diri
Malas ke tempat kerja
Rasa pekerjaan tidak sesuai dan rendah tarafnya
Bukti Guru Stress
Di Malaysia, persoalan tekanan dalam kalangan guru bukan lagi setakat bahan
kajian ilmiah, malah menjadi isu dalam media masa. Menurut Muhamad (1995) ,
kajian oleh Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan
Malaysia (KONGRES) menunjukkan guru-guru mengeluh terhadap kerja-kerjapersediaan guru seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal,
mingguan, dan harian.
Dalam konteks negeri Sarawak, Menteri Pembangunan Industri, Datuk Abang
Johari Abang Haji Openg selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal
ehwal pendidikan telah menjelaskan sebab-sebab mengapa 75 guru di Sarawak
telah meninggalkan profesion perguruan (semenjak 1993 hingga Mei 1996).
7/27/2019 Nota Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru
6/13
Antara alasannya ialah masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu
berjauhan dengan keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban
tugas yang berat (Borneo Post, 1996). Perubahan yang berlaku dalam dunia
pendidikan terutamanya masalah pelajar, bebanan kerja , isu SSB, dan
perubahan dasar yang tidak pernah selesai. Kesemua ini menuntut perubahan
pandangan guru terhadap persekitaran mereka. Perubahan ini pasti
menyebabkan tekanan ke atas guru.
7/27/2019 Nota Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru
7/13
Definisi Burn Out
Definisi:
Istilah "burnout" mula-mula diperkenalkan oleh Freudenberger (1974)
yang menggambarkannya sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat
tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau
ketabahan seseorang.
Dalam erti kata yang lain, burnout boleh juga didefinisikan sebagai pilihan
terakhir (akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif,
gagal mencapai matlamatnya (Farber, 1984).
Pines (1993), semua individu akan mengalami tekanan, tetapi burnout
akan hanya dialami oleh individu yang memasuki bidang karier dengan harapan,
matlamat, dedikasi, komitmen dan motivasi yang tinggi.
Maslach & Jackson (1981a,1981b) telah memperkembang konsep burnout
dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala)burnout.Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional
exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi
(personal accomplishment).Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep
Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak diterima
oleh para pengkaji.
7/27/2019 Nota Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru
8/13
Jenis-Jenis Burn Out
Maslach & Jackson (1981,1981) telah memperkembang konsep burnout dengan
menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout.
Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion),
depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal
accomplishment).Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach dan
Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak diterima oleh para
pengkaji.
7/27/2019 Nota Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru
9/13
7/27/2019 Nota Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru
10/13
Meletak jawatan
Bersara awal
Berhijrah ke profesion lain
Setia tetapi tidak produktif, tidak bermotivasi dan tidak bersemangat.
Tekanan psikologi dan mental yang boleh membahayakan diri sendiri dan
pelajar
Punca Burn Out Guru
Faktor Latar Belakang Guru
jantina / umur / mengajar di sekolah yang besar / mengajar kelas yang ramai
mengajar di bandar atau pedalaman
Faktor Kurangnya Tanggungjawab Pentadbiran
tak memahami kekangan dan tekanan kerja dialami guru di sekolah (Fibkins,
1983).
Faktor Tekanan Kerja
harapan tinggi / kekurangan guru dan alatan / bebanan tugas / disiplin pelajar /
gaji
yang rendah / pangkat yang terhad / bilik guru yang sesak / tugas perkeranian /
kerja rutin.
Faktor Konflik & Kekaburan Peranan
pendidikan berkualiti kepada pelajar tetapi mereka tidak dibenarkan/ diberi
kebebasan menggunakan
kaedah P&P atau kurikulum yang sesuai. Suruh kawal disiplin tetapi tiada
kuasa untuk menjalankan
tanggungjawab.
Faktor Sokongan Sosial
tiada sokongan keluarga, suami/isteri, rakan sekerja dan ketua dalam
organisasi
kita berkhidmat.
7/27/2019 Nota Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru
11/13
Langkah Pengurusan Tekanan Emosi
7/27/2019 Nota Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru
12/13
esedaran tentang perlunya menguruskan tekanan ini digambarkan dengan
kajian-kajian yang banyak dijalankan sama ada di dalam ataupun di luar negeri.
Antaranya ialah kajian oleh Nelson dan Sutton (1990) dan Jung (1995) di Amerika
Syarikat; Cooper dan Kelly (1993) , Abouserie (1996) dan Cockburn (1996) diUnited Kingdom; Chan dan Hui (1995) di Hong Kong.
Di dalam negeri pula telah dijalankan oleh Noor Azzuddin (1990), Noriah (1995),
Abu Omar (1996) dan Ungku Norulkamar (1997).Kebanyakan kajian yang
dimaksudkan adalah berkaitan langsung dengan persoalan tekanan dalam
kalangan guru-guru.
Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini
dianggap mempunyai tiga keadaan negatif, iaitu keadaan yang bertekanan,
moral guru yang rendah, dan peletakan jawatan (mungkin bukan dalam keadaan
kegawatan sekarang).
Antara contoh kajian tindakan mengenai stress ialah
Stress Dalam Kalangan Guru Pendidikan Khas
(Stress Level Among Special Education Teacher)
http://medc.com.my/medc/journals/volume%206/d)%20Artikel%20Zuri%20Stress
%20dalam%20kalangan%20guru%20pendidikan%20khas(MEDC).pdf
Pengendalian Stress semasa kerja
Buangkan perasaan superman dalam diri
Aturkan pengurusan masa
Buat sesuatu yang baik untuk orang lain
Pergaulan bersama rakan sekerja
Belajar kemahiran atau perkara yang baru
Hadapi masalah kerja secara terus
Berbual mengenai tajuk yang tiada kaitan dengan stress yang dihadapi
Membantu orang lain
Berbincang melalui jawatankuasa di jabatan
Maklumkan kepada ketua mengenai rancangan kita
Strategi Mengurangkan 'Stress' Aspek Kerohanian .
Kerohanian adalah faktor penting 'stress'.
Cara terbaik ialah merapatkan hubungan diri dengan Allah.
sembahayang
zikir
munajat
meditasi
berguru
berbincang dengan rakan
Proses Meditasi
Tutup mata selama 10 hingga 20 minit
http://medc.com.my/medc/journals/volume%206/d)%20Artikel%20Zuri%20Stress%20dalam%20kalangan%20guru%20pendidikan%20khas(MEDC).pdfhttp://medc.com.my/medc/journals/volume%206/d)%20Artikel%20Zuri%20Stress%20dalam%20kalangan%20guru%20pendidikan%20khas(MEDC).pdfhttp://medc.com.my/medc/journals/volume%206/d)%20Artikel%20Zuri%20Stress%20dalam%20kalangan%20guru%20pendidikan%20khas(MEDC).pdfhttp://medc.com.my/medc/journals/volume%206/d)%20Artikel%20Zuri%20Stress%20dalam%20kalangan%20guru%20pendidikan%20khas(MEDC).pdf7/27/2019 Nota Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru
13/13
Pusatkan perhatian kepada sesuatu rangsangan
Proses meditasi berlaku sebaik sahaja fikiran kita mengembara ataupun
bergerak
Adakalanya fikiran kita mengembara jauh dari rangsangan asal
Kemudian kembali ke rangsangan asal di mana penumpuan diberi dengan baik
Munajat
Bernafas perlahan-lahan
Letakkan tapak tangan kanan ke arah kiri dada (kebahagian jantung)
Tumpukan fikiran untuk pembersihan rohani kebahagian jantung dan hati
Pejamkan mata dan mulailah dengan zikir munajat atau mendengar melalui
kaset
Strategi Mengurang 'Stress' Aspek Fizikal
Diet
Urut
Mandi air suam/berendam kolam air panasMenangis
Bermain
Menjerit
RUJUKAN :
http://rahmart.blogspot.com/2010/01/pengurusan-stress-menurut-perspektif.html