Skrip Pengacara Majlis Jamuan Hari Raya 2014 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

yes

Citation preview

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2012

(1) ALUAN PENGERUSIBismillahirrahmanirrahimYang berusaha Pn Hjh Hasnah bt Noh, GB SK St George,

Yang dihormat, barisan Penolong Kanan, Pn Nooridah, Pn Rushdiah dan Cik Soon,Guru-guru, serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

(2)Bersongkok bersampin segak berseriBerbaju kurung anggun jelitaMajlis ramah mesra aidil fitriBersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kitaKetupat rendang pembuka seleraTangan dihulur maaf dipintaAgar ukhwah terjalin mesra

(3)Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2014.

(4) DOAMajlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan ___________________________ bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan.

................................................................

terima kasih diucapkan kepada ___________________ atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)UCAPAN GBLemang dihidang enak rasanyaNasi arab pilihan kitaBingkisan kata bingkisan rayaPuan Guru Besar bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, Pn Hjh Hasnah bt Noh, Guru B SK St George,untuk menyampaikan sepatah dua kata.Dipersilakan.

.......................................................................

Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Puan Guru Besar, penolong kanan pentadbiran, Penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurilulum untuk ___________________ di hadapan pentas sebagai simbolik perasmian acara sambutan hari raya pada tahun ini.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berusaha. Puan Guru Besar dan barisan penolong kanan di atas penyempurnaan acara simbolik sebentar tadi.

(6) JAMUANBagi memeriahkan lagi suasana Hari Raya SK St George, marilah kita besalam-salaman sebaga tanda ukhwah sesama kita. Semua murid diminta bejabat tangan dengan semua guru-guru dan rakan-rakan di dalam kelas dan kelas-kelas yang lain mengikut barisan. Kita mulakan dengan kelas tahun 1 bergerak, seterusnya diikuti oleh kelas-kelas yang lain.

Ketupat lemang dan laksaKek dan biskut tidak dilupaSate dan kuih tersedia di mejaTunggu apa lagi jom kita menjamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan.

(7)PERSEMBAHAN:Awan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisaSambil berbual nikmati juadahPersembahan pelajar ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya sambil menjamu selera.

(8) PENUTUPMajlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Kata Al-Ghazali - yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang itu AMAL SOLEH, yang indah itu SALING MEMAAFKAN.

Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin.

Sekian, Wassalamualakum wbt.