• SKRIP PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMK PAMOL 2015 PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN Acara 1 Perarakan Guru Dan Tetamu Jemputan Ke Dewan Persembahan Tarian Suku Kaum Dumpas Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee, Ahli Parlimen Beluran Merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Diiringi oleh, Yang berusaha, En Ramli Ahmad, Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Pamol En Peh See King, Pengetua SMK Pamol, Dif-dif kehormat, barisan kepimpinan penolong kanan dan ketua bidang, warga pendidik SMK Pamol terbilang dan warga ibu bapa yang dihormati dan disayangi sekalian. (Persembahan Tarian) Kota Pamol indah terbentang, Destinasi pelancaran majlis bermakna, Demikianlah persembahan selamat datang, Ceriakan sambutan serikan suasana. Demikian tadi persembahan Tarian Suku Kaum Dumpas yang telah dipersembahkan oleh wakil ibu bapa dari Kg Tembidong- bidong tanda menyambut ketibaan tetamu kehormat dan permulaan kemeriahan sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pamol 2015.
  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN Acara 2 Nyanyian lagu Hadirin yang dihormati sekalian, Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada negara tercinta dan sekolah tersayang, sama – sama kita singkap Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pamol 2015 dengan berdiri tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku, lagu Sabah Tanah Airku dan lagu Sekolah dengan penuh semangat. (Nyanyian lagu) Terima kasih, para tetamu kehormat, warga pendidik dan hadirin sekalian dipersilakan duduk. Acara 3 Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Assalamualaikum w.b.t. Adat kita menyambut tetamu Salam dihulur mesra bertamu Hamparkan tikar lebarkan pintu Pemanis bicara aluan didahulu Yang Berhormat, Datuk Ronald Kiandee, Ahli Parlimen Beluran Merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Yang Berusaha, En Ramli bin Ahmad, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Pamol En Peh See King, Pengetua SMK Pamol,
  • Penolong – penolong Kanan, Ketua – ketua bidang, Ahli jawatankuasa pengelola sambutan Hari Guru peringkat SMK Pamol 2015, guru – guru, pelajar – pelajar dan Hadirin hadirat yang dimuliakan Salam bahagia dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Terima kasih tetamu kehormat Terima kasih guru – guru berdedikasi Terima kasih hadirin budiman Terima kasih kepada semua kerana memenuhi Dewan SMK Pamol untuk sama – sama mewarnai majlis gilang gemilang Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pamol 2015. Acara 4 Bacaan Doa Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Tangan ditadah penuh inayah, Majlis dibuka penuh rahmat, Mohon keberkatan serta hidayah, Moga majlis senantiasa selamat. Untuk itu, dijemput Ustaz Mohd Shahrul Farham bin Kamaruddin untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. (Bacaan Doa) Amin Ya Rabbal a’lamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Shahrul atas pimpinan doa sebentar tadi.
  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN Acara 5 Bacaan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Sebagai pembuka tirai majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pamol 2015, majlis dengan sukacita mempersilakan Pn Sapiah Maraim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Pamol Untuk membacakan perutusan daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia sempena Hari Guru 2015. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. (Bacaan Perutusan) Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Sapiah Maraim atas ucapan perutusan yang telah dibacakan sebentar tadi. Acara 6 Bacaan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia Majlis diteruskan dengan mempersilakan En Oswald Claudius Jokinol, Penolong Kanan SMK Pamol untuk membacakan perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia sempena Hari Guru 2015. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. (Bacaan Perutusan) Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Oswald Claudius Jokinol atas ucapan perutusan yang telah dibacakan sebentar tadi.
  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN Acara 7 Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK Pamol Adat berbahasa menyampaikan pesan, Adat majlis menyampaikan ucapan Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pamol 2015, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang berusaha, En Ramli Ahmad Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Pamol Untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. (Ucapan YDP PIBG) Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En Ramli Ahmad atas ucapan yang telah disampaikan tadi. Acara 8 Ucapan oleh Pengetua Bukan keris kalau tanpa ulunya, Bukan majlis kalau tanpa ucapannya, Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha En Peh See King, Pengetua SMK Pamol untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. (Ucapan Pengetua) Demikianlah kata, demikianlah ucapan, Daripada tuan pengetua insan budiman, Sekalung perhargaan kami hadiahkan Kata nasihat tidak dilupakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En Peh See King atas ucapan yang telah disampaikan tadi.
  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN Acara 9 Ucapan perasmian Tuan – tuan dan puan – puan yang dihormati sekalian, Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang selisih, Tampillah tuan kami merayu Bersama ucapan pengikat kasih Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee Ahli Parlimen Beluran Merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pamol 2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (Ucapan Perasmian) Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee atas ucapan itu tadi. Acara 10 Gimik Perasmian Hadirin yang dimuliakan, Seterusnya majlis memjemput Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee menyempurnakan gimik pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pamol 2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (Gimik Perasmian) Terima kasih kepada Yang Berhormat atas gimik pelancaran yang disempurnakan tadi.
  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN Acara 11 Bacaan ikrar para guru dan nyanyian lagu Hadirin yang dihormati sekalian, Ketulusan guru memikul amanah Keikhlasan guru melunas tanggungjawab Sudah tersimpan janji Sudah terpasak ikrar Sebati dalam diri setiap guru berhati waja Mendidik bangsa membina Negara Meneruskan majlis pada pagi yang mulia ini, dengan segala hormatnya dipersilakan kepada semua guru berhati mulia dan bersemangat waja untuk naik ke pentas bagi acara bacaan ikrar hari guru dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan lagu 1 Agenda 1 Impian. Bacaan ikrar hari guru akan dipimpin oleh Ustaz Mohamad Syukri bin Che Noh. Pihak majlis juga memohon kerjasama hadirin untuk berdiri sebagai tanda penghormatan atas komitmen jitu dan usaha bersepadu warga pendidik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab terhadap profesion perguruan. (Bacaan Ikrar) (Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan 1 Agenda 1 Impian) Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada warga pendidik SMK Pamol atas lafaz ikrar dan nyanyian lagu sebentar tadi. Terima kasih.
  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN Acara 12 Persembahan Pelajar 1 Hadirin yang dihormati sekalian, Guru Malaysia berikrar berjanji Mendidik memimpin putra putri tercinta Persembahan pelajar menyusul kini Cetusan idea untuk yang teristimewa Sebagai halwa mata dan telinga, terimalah persembahan pertama iaitu persembahan _______ oleh pelajar – pelajar SMK Pamol. (Persembahan pertama) Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar yang bergabung tenaga menghasilkan persembahan membanggakan sebentar tadi. Untuk makluman, persembahan sebentar tadi dipimpin oleh __________________ . Acara 13 Anugerah SPM Lulus 100% Hadirin yang dimuliakan, Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk mata pelajaran yang berjaya memperoleh keputusan 100% lulus dalam peperiksaan SPM 2014. Justeru, dipersilakan Encik Oswald Claudius Jokinol, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pamol untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan. Bagi subjek _______________ , dipersilakan ______________ Bagi subjek _______________ , dipersilakan ______________ Terima kasih kepada _____________ atas penyampaian hadiah itu tadi.
  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN Acara 14 Persembahan Pelajar 2 Guru … Dalam ajarnya ada harapan, Dalam tegurnya ada doa, Dalam marahnya ada sayang, Dalam tawanya ada mesra, Dalam diamnya ada bijaksana, Dalam tangannya kita terbina. Wang ringgit dan curahan tenaga tidak pernah minta balasan Sumbangan jasa dan budi tidak pernah minta sanjungan Begitu luhurnya jiwamu guru Begitu mulianya hatimu guru Jasa dan baktimu menjadi ingatan setiap ketika Walau hanya sebaris kata Terima kasih cikgu … Hadirin yang dihormati sekalian, Terimalah persembahan seterusnya daripada pelajar – pelajar SMK Pamol yang akan mempersembahkan kepada kita persembahan ____________ . (Persembahan kedua) Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar yang bergabung tenaga menghasilkan persembahan membanggakan sebentar tadi. Untuk makluman, persembahan sebentar tadi dipimpin oleh __________________ .
  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN Acara 15 Anugerah STPM Lulus 100% Hadirin yang dimuliakan, Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk mata pelajaran yang berjaya memperoleh keputusan 100% lulus dalam peperiksaan STPM 2014. Justeru, dipersilakan Pn Azliza Azizan, Penolong Kanan Tingkatan 6 untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan. Terima kasih kepada Pn Azliza Azizan atas penyampaian hadiah itu tadi. Acara 16 Persembahan ibu bapa Hadirin yang dihormati sekalian, Kita berasa bertuah kerana sambutan Hari Guru yang diraikan pada hari ini turut disertai oleh para ibu bapa yang hadir semata- mata menghargai jasa bakti guru-guru dalam membentuk keperibadian anak-anak mereka menjadi insan berjaya. Sama – sama kita saksikan seterusnya, persembahan daripada wakil ibu bapa iaitu Tarian Cocos. Dipersilakan. (Persembahan Tarian Cocos) Terima kasih diucapkan kepada kumpulan ibu bapa yang bergabung tenaga mempersembahkan Tarian Cocos sebentar tadi.
  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN Acara 17 Hadiah Sukan Permainan Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi acara sukan dan permainan yang telah dipertandingkan pada hari Selasa yang lepas. Justeru, dipersilakan _________________ diiringi oleh __________________ untuk upacara penyampaian hadiah. (Penyampaian hadiah) Tahniah kepada para pemenang. Terima kasih kepada _________________ atas penyampaian hadiah itu tadi. Acara 18 Persembahan Guru 1 Hadirin yang dimuliakan, Guru ibarat bintang kejora, Panduan hidup insan mulia Guru ibarat segores cahaya, Memberi sinar hidup berjaya Guru bagaikan intan permata, Memberi sinar isi semesta Guru bagaikan kasturi di laman, Harum nama sebutan zaman Kemeriahan majlis diteruskan dengan persembahan istimewa oleh wakil guru SMK Pamol. Hadirin dan hadirat sekalian, terimalah persembahan seterusnya. (Persembahan Guru 1) Terima kasih diucapkan kepada wakil guru yang bergabung tenaga menghasilkan persembahan membanggakan sebentar tadi. Untuk makluman, idea persembahan sebentar tadi digarap dan dipimpin oleh __________________ . Terima kasih.
  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN Acara 19 Hadiah Karaoke Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan karaoke yang turut dipertandingkan pada hari Selasa yang lepas. Justeru, dipersilakan _________________ diiringi oleh __________________ untuk upacara penyampaian hadiah. (Penyampaian hadiah) Tahniah kepada para pemenang. Terima kasih kepada _________________ atas penyampaian hadiah itu tadi. Acara Khas Pn Rosdiana Majlis seterusnya mempersilakan Pn Rosdiana binti Mustapa untuk slot khas. Dipersilakan. Acara 20 Persembahan pelajar 3 Hadirin yang dihormati sekalian, Kemeriahan majlis akan dihangatkan lagi dengan persembahan __________ yang akan dipersembahkan oleh pelajar SMK Pamol. Sama – sama kita saksikan. (Persembahan pelajar 3) Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar yang bergabung tenaga menghasilkan persembahan membanggakan sebentar tadi. Untuk makluman, persembahan sebentar tadi dipimpin oleh __________________ .
  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN Acara 21 Hadiah sukaneka Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi acara sukaneka yang dipertandingkan pada hari Selasa yang lepas. Untuk makluman para hadirin, pertandingan sukaneka ini melibatkan penyertaan semua guru dan kakitangan sokongan di pelbagai peringkat untuk sama – sama mewarnai kemeriahan sambutan Hari Guru pada tahun ini. Justeru, dipersilakan _________________ diiringi oleh __________________ untuk upacara penyampaian hadiah. (Penyampaian hadiah) Tahniah kepada para pemenang. Terima kasih kepada _________________ atas penyampaian hadiah itu tadi. Acara 22 Persembahan guru 2 Hadirin yang dihormati sekalian, Guru ibarat tongkat si buta, Menyuluh jalan menuju cita Guru ibarat lidah pendeta, Penawar mujarab hati nan lara Guru laksana sebutir mutiara, Bangunkan jiwa pelbagai rupa Guru ibarat penglima perkasa, Memimpin bangsa membina negara Kita berikan tepukan yang gemuruh kepada persembahan istimewa seterusnya yang akan dipersembahkan oleh En Pamgo Kadire. (Persembahan Guru 2) Terima kasih diucapkan kepada En Pamgo Kadire atas persembahan istimewa yang sentiasa memukau sebentar tadi.
  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN Acara 23 Hadiah anugerah khas guru Hadirin yang dimuliakan, Sebagai tanda ingatan kita Untuk guru yang tercinta Anugerah dan penghargaan terus dicipta Mengangkat memartabat insan mulis Guru umpama emas berlian Taburan jasa jadi pujian Guru umpama gedung ilmu Mendidik bangsa tanpa jemu Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah khas kepada warga pendidik SMK Pamol, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ________________ diiringi oleh ___________________ untuk menyampaikan anugerah. Untuk makluman para hadirin, pemenang anugerah ini diperoleh berdasarkan keputusan undian oleh para pelajar yang telah dijalankan pada minggu yang lalu. Anugerah guru paling baik dimenangi oleh ____________ Anugerah guru paling penyayang dimenangi oleh ________________ Anugerah guru paling sporting telah disandang oleh ______________________ Anugerah guru dengan pakaian paling kreatif __________ Terima kasih kepada _______________ .
  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN Acara 24 Persembahan ibu bapa Hadirin yang dihormati sekalian, Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama- sama kita saksikan persembahan istimewa oleh wakil ibu bapa yang akan mempersembahkan Tarian Pakiring. Dipersilakan. (Persembahan Tarian Pakiring) Terima kasih diucapkan kepada kumpulan ibu bapa yang bergabung tenaga mempersembahkan Tarian Pakiring sebentar tadi. Acara 25 Hadiah anugerah khas guru 2 Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis penyampaian anugerah khas sempena Hari Guru diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan ____________________ diiringi oleh ____________________ untuk menyampaikan hadiah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk atas penyampaian hadiah sebentar tadi. Tahniah kepada para pemenang. Sama – sama kita berharap anugerah ini dapat menjadi sumber inspirasi buat warga pendidik mecurahkan jasa dan bakti buat anak watan kerana pada akhirnya, pemenangnya ialah semua guru.
  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN Acara 26 Cenderahati kepada VIP Mawar putih mekar berseri Cantik terserlah penyeri laman Junjungan kasih kalungan budi Terpahat indah manis kenangan Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang Berusaha En Peh See King, Pengetua SMK Pamol diiringi oleh En Oswald Claudius Jokinol, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pamol untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu jemputan. Dipersilakan. Majlis mempersilakan Yang Berusaha En Ramli Ahmad Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Pamol Majlis mempersilakan Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee Untuk menerima cenderamata. Terima kasih kepada tuan pengetua atas penyampaian cenderamata itu tadi.
  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN Acara 27 Tayangan video Hadirin yang dimuliakan, Curahan jasa pendidik sentiasa diberkati Moga dibalas Tuhan dengan martabat yang tinggi Marilah kita menyaksikan tayangan video bersempena sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pamol 2015 yang disediakan oleh gabungan tenaga berbakat guru dan pelajar. (Tayangan video) Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar yang dibimbing oleh _________________ atas tayangan video yang sangat bermakna tadi. Acara 28 Penutup Hadirin yang dimuliakan, Guru umpama dian Membakar diri menerangi hidup insan Cintanya pada peradaban Kasihnya pada anak watan Setianya pada perjuangan Kekal meniti zaman Jasanya tetap dikenang Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak Terima Kasih Cikgu Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee, atas kesudian berkunjung ke kota Pamol, bersua pandang, beramah mesra dan mengungkap bicara merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pamol 2015.
  • PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN Tiada kata secantik bahasa Hendak diluah segala rasa Sempurna sudah majlis bermakna Pasti dikenang sepanjang masa Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga kerja Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pamol 2015. Tersilap tersalah harap diampun Terkasar bahasa maaf dipohon Selamat Hari Guru dan Salam Sejahtera. Acara 29 Sesi Bergambar, Jamuan dan Bersurai Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee dan tetamu jemputan, tuan pengetua dan para guru untuk sama – sama berada di hadapan pentas untuk sesi bergambar. Selepas sesi bergambar, semua tetamu jemputan dan para guru dipersilakan untuk menikmati hidangan jamuan yang telah disediakan. Para pelajar diminta untuk berada di dewan untuk pengumuman seterusnya. Terima kasih.
Please download to view
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
...

Skrip Pengacara Majlis Hari Guru

by abdul-mudzil-mahamod

on

Report

Category:

Documents

Download: 0

Comment: 0

5

views

Comments

Description

Draf teks pengacara majlis sempena sambutan hari guru peringkat sekolah 2015
Download Skrip Pengacara Majlis Hari Guru

Transcript

Fly UP