6
Skrip Pengacara Majlis : Izzat Nasir 2015 SKRIP PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU “GURU MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK” SK SUNGAI RENGIT, PENGERANG ATURCARA TEKS 1. BACAAN YASIN 2. SUKAN DAN PERMAINAN 3. JAMUAN 4. PERARAKAN MASUK GURU - GURU Hadirin sekalian, Sambutan Hari Guru Peringkat SK Sungai Rengit 2015 bertemakan “Hitam-hitam si tampok manggis, putih-putih melati” akan dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru SK Sungai Rengit yang disayangi. Inilah barisan guru-guru Sk Sungai Rengit yang dikasihi dan disayangi. Kami sayang cikgu. Terima kasih diucapkan kepada barisan pengawas dan guru-guru SK Sungai Rengit yang dikasihi sekalian. 5. UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS Bismillahhirrahmanirrahim.... Assalamualaikum wbt. , Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Muafakat Johor. Alhamdulillahirabbil’alamin, wassalatuwassalamu’ala ashrafil anbiyaiwalmursalin, wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal BismilLah pembuka bicara. Dari Raub pergi ke Pontian, Terus pula ke Tanjung Bidara, Harap semua berikan perhatian, Mohon saya mulakan acara. Yang berbahagia Pn. Zaharah binti Awang, Guru Besar SKSR, Yang Berusaha, Pn Junaidah binti Sulaiman GPK Ko Kurikulum, 1

Skrip Pengacara Majlis Hari Guru 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teks pengacara majlis hari guru. semoga bermanfaat kepada semua. mungkin terdapat kekurangan yang boleh diperbaiki untuk teks yang lebih baik.

Citation preview

Skrip Pengacara Majlis : Izzat Nasir

Skrip Pengacara Majlis : Izzat Nasir2015

SKRIP PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN HARI GURUGURU MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK

SK SUNGAI RENGIT, PENGERANGATURCARATEKS

1. BACAAN YASIN

2. SUKAN DAN PERMAINAN

3. JAMUAN

4. PERARAKAN MASUK GURU - GURUHadirin sekalian, Sambutan Hari Guru Peringkat SK Sungai Rengit 2015 bertemakan Hitam-hitam si tampok manggis, putih-putih melati akan dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru SK Sungai Rengit yang disayangi.

Inilah barisan guru-guru Sk Sungai Rengit yang dikasihi dan disayangi. Kami sayang cikgu.

Terima kasih diucapkan kepada barisan pengawas dan guru-guru SK Sungai Rengit yang dikasihi sekalian.

5. UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLISBismillahhirrahmanirrahim....

Assalamualaikum wbt. , Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Muafakat Johor.Alhamdulillahirabbilalamin, wassalatuwassalamuala ashrafil anbiyaiwalmursalin, waala alihi wasahbihi ajmain.

Melayang serindit di atas permatang,Merbah berkicau di hujung muara,Pemanis kata selamat datang,Awal BismilLah pembuka bicara.Dari Raub pergi ke Pontian,Terus pula ke Tanjung Bidara,Harap semua berikan perhatian,Mohon saya mulakan acara.Yang berbahagia Pn. Zaharah binti Awang, Guru Besar SKSR, Yang Berusaha, Pn Junaidah binti Sulaiman GPK Ko Kurikulum, Yang dihormati guru-guru SKSR, ahli-ahli jawatankuasa PIBG SKSR, para pengawas dan pustakawan, pemimpin-pemimpin kecil, serta murid-murid SKSR yang dikasihi sekalian.

Buat pertama-tamanya dan selama-lamanya, marilah kita bersama-sama merafakkan setiinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat, taufiq, dan hidayahNya, dapatlah kita bersama-sama berhimpun dalam majlis penuh barakah ini untuk kita sama-sama raikan guru-guru kita dalam Sambutan Hari Guru Peringkat SK Sungai Rengit 2015 Guru membina ilmu, menyempurnakan akhlakMenyemat butang kami siapkan,

Akhirnya tangan memecah jari,

Selamat Hari Guru kami ucapkan,

Buat guru yang kami ingati.

Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang istimewa yang didedikasikan khas untuk warga pendidik di bumi Malaysia. Hari inilah yang dipanggil Hari Guru iaitu hari yang dipilih untuk meraikan guru-guru yang bekerja dengan seikhlas hati, berkorban tenaga dan masa untuk memastikan kecemerlangan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan spiritual generasi demi generasi pelapis anak bangsa. Maka, pada hari ini kita semua akan meraikan guru-guru di SKSR yang kita sayangi ini dengan Sambutan Hari Guru Peringkat SKSR tahun 2015.Seterusnya, pihak jawatankuasa pengelola majlis juga mengharapkan dan berdoa agar majlis ini berjalan dengan lancar di bawah lindungan barakah Allah S.W.T. InsyaAllah.

6. BACAAN DOASirih hijau puaka rimba,

Bayu berpuput meniup kalbu,

Doa dipohon rahmat dipinta,

Selayang doa pada Yang SatuBagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Al-Fadhil Al-Ustaz Muizzuddin bin Mohd Zuhali untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.************************************************************************************Aamiin, ya robbal aalamin...Majlis merakamkan ribuan terima kasih Al-Fadhil Al-Ustaz Muizzuddin bin Mohd Zuhali atas bacaan doa itu tadi.

7. NYANYIAN LAGUHadirin sekalian,Seterusnya, kita akan sama-sama menyanyikan lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah. Hadirin diminta berdiri dan menyanyikan lagu dengan penuh semangat.

8. UCAPAN WAKIL MURIDMajlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput . selaku wakil murid SKSR untuk menyampaikan ucapan.

>>>> Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada . atas ucapan yang amat bermakna sebentar tadi.

9. BACAAN PERUTUSANBagi meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput ..........................................................., (................................................................) untuk membacakan perutusan Hari Guru daripada Pengarah Pelajaran Negeri Johor. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada ..........................................................., (.......................................................) atas pembacaan perutusan itu tadi.

Seterusnya, dipersilakan pula ......................................................................., (.................................................................) untuk membacakan perutusan Hari Guru daripada Tan Sri Muhyiddin b Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada ..........................................................., (.......................................................) atas pembacaan perutusan itu tadi.

10. BACAAN IKRARSeterusnya, majlis mempersilakan En Mohd Nasrul Hanif bin Mohd Noor untuk memimpin bacaan ikrar. Dipersilakan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En Mohd Nasrul Hanif bin Mohd Noor atas bacaan ikrar itu tadi.

11. UCAPAN GURU BESAREmas sutera penghias diri,

Untuk wanita bukan lelaki,

Ucapan guru besar penuh inspirasi,

Jadikan pedoman di dalam diri.Hadirin dan hadirat sekalian,

Aturcara majlis kita pada tengahari ini diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang berbahagia Pn. Zaharah binti Awang, Guru Besar SKSR untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

>>>> Jutaaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Yang berbahagia Pn. Zaharah binti Awang, Guru Besar SKSR atas ucapan beliau sebentar tadi.

12. PERSEMBAHAN GURUHadirin sekalian, majlis seterusnya menjemput semua guru-guru SKSR untuk naik ke atas pentas untuk bersama-sama menyanyikan lagu Guru Malaysia dan lagu Warisan

>>>> Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru SKSR atas nyanyian yang begitu bersemangat itu tadi.

13. PENYAMPAIAN CENDERAHATIBintang-bintang terbit pagi,Di selaput oleh awan putih,Tuan sudi datang kemari,Salam dihulur penuh kasih.Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati.

bagi menyempurnakannya, majlis menjemput dan mempersilakan ..............................., untuk mengiringi................................ DipersilakanTerima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha...............................di atas kesudian menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

14. PENUTUPHabis tak manis buah mengkudu,

Mengkudu hidup di kelam hutan,

Payahlah hati perih merindu,

Hati merindu menyeberang lautan

Itulah ratna batu permata,

Cantik dilekat buluh perindu,

Itulah makna jauh di mata,

Namun dekat hati merindu.

Khas buatmu guru-guru SKSR yang kami sayangi.

>> Luhurnya budi seorang pendidik, besarnya pengorbanan yang telah tercurah, tiada pernah mengeluh atas bebanan tugasnya. Itulah pendidik sebenar.

Wahai ayahanda,

Di tanah gemilang ini,

kita menyulam kasih dan sayang,

bait-bait katamu, dalam mendidik kami,

penuh makrifat dan santunnya.

Aduhai bonda,

Di buana cemerlang ini,

kami sering menagih perhatianmu,

mengharapkan lembut tanganmu,

memimpin kami ke alam yang lebih terbilang,

Ayahanda dan bonda tercinta,

Di hari bertuah ini,

Kami titipkan serangkai doa,

Agar kalian sentiasa berada di bawah lembayung cintaNya

Sepanjang hayat,

InsyaAllah.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum,Melihat mempelai direnjis dipilis,Senyum-senyum jangan tak senyum,Sudah kita di penghujung Majlis.Saya mewakili pihak pengelola majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis kita pada hari ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.Semoga guru-guru terus sukses dalam apa jua yang dilakukan dan sentiasa dipelihara kesihatannya serta dilindungi oleh Allah S.W.T.Di kesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada khilaf dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.Pergi ke dusun memetik kelapa,Kelapa muda si kelapa barli,Jari disusun maaf dipinta,Panjang usia bersua kembali.Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarahdan surah al Asr.

6