Pertunangan

Embed Size (px)

Citation preview

PENDAHULUAN 1. TAKRIF PERTUNANGAN

i) PENGERTIAN PERTUNANGAN SECARA UMUM. Bertunang atau meminang bermaksud seseorang lelaki atau wakilnya dari keluarganya melahirkan hasrat hatinya untuk berkahwin dengan seorang wanita yang tertentu untuk menjadi bakal isterinya. Atau Suatu penyataan atau permintaan dari seorang lelaki kepada pihak perempuan untuk mengahwininya baik dilakukan olehnya sendiri atau dengan perantaraan pihak-pihak tertentu yang dipercayai ataupun keluarganya bersesuaian dengan kehendak syarak. Menurut pandangan ulama dari mazhab Maliki (Hatab): Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan. Menurut pula pandangan ulama dari mazhab Shafie (Umairah): Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya. Pertunangan adalah istilah yang digunakan dalam masyarakat yang berarti bahwa seseorang telah terikat janji dengan orang lain dengan maksud untuk menikah nantinya. Di negara Barat, tunangan atau pertunangan ini dapat berlangsung selama bertahun tahun tanpa ada kepastian untuk menikah dan lebih jauh lagi tanpa ada kesepakatan apa pun. Selama tunangan, pasangan tersebut boleh bersenang-senang termasuk melakukan hubungan seksual. Hal ini sudah tidak mengejutkan lagi dalam kehidupan masyarakat saat ini. Hubungan seksual dengan seseorang apalagi dengan tunangannya merupakan hal yang lumrah, meski pun hal tersebut dapat menyebabkan penyakit-prnyakit seksual, hamil diluar nikah, keluarga dengan satu orang tua (singgle parent) dan perilaku seksual yang tidak wajar yang sudah lazim kita lihat sekarang.Sebagaimana pemahaman yang salah di masyarakat saat ini,

pertunangan hanyalah sekedar hubungan percobaan antara pasangan laki-laki dan perempuan sebelum menikah atau sekedar hubungan cinta belaka atau hubungan sesaat, kadang putus dan kadang bersatu lagi. Semuanya hanyalah menjadi bagian hubungan percobaan itu, tanpa ada kesepakatan apapun yang dilanggar. Sayangnya banyak kaum muslimin saat ini yang melakukan hal tersebut. Ketika acara pertunangan, pesta besar pun diadakan, dimana terdapat acara ritual yang ditiru dari budaya Barat seperti tukar cincin dan budaya non Islam lainnya (misalkan memakai pakaian dalam warna tertentu). Dalam pesta-pesta seperti ini melibatkan percampuran laki-laki dan perempuan serta aktivitas atau perbuatan-perbuatan yang dilarang dalam Islam. Setelah itu pasangan tersebut mempunyai hubungan khusus, baik dengan atau tanpa hubungan badan, sebelum menikah. Apalagi mereka berhubungan melalui surat , pembicaraan lewat telefon ataupun saling bertemu, dan hal ini diperbolehkan karena mereka telah bertunangan. Dalam Islam hubungan seperti ini tidak ada. Satu-satunya cara agar laki-laki dan perempuan dapat mempunyai hubungan yang khusus baik secara emosional maupun fisik adalah melalui pernikahan. Definisi pertunangan dalam Islam adalah kesepakatan pribadi dengan maksud untuk menikah antara laki-laki muslim yang sesuai atau pantas dengan perempuan muslim melalui walinya, yaitu wali Amr. Penjelasan hal ini iaitu: 1. 2. Kesepakatan pribadi maksudnya perjanjian rahasia antara keduanya. Laki-laki muslim yang pantas maksudnya adalah dia harus seorang muslim, baligh, dan

bijaksana. 3. Perempuan yang pantas maksudnya adalah dia harus seorang muslim, atau perempuan

ahlul kitab (Yahudi dan Nasrani). Dalam memilih pasangan wanita, perlu bagi kita untuk mengingat hadits Rasulullah saw. Abu Hurairah menceritakan bahwa Rasulullah SAW bersabda :

wanita dinikahi karena empat hal yaitu karena kekayaannya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Nikahilah wanita karena agamanya karena jika tidak kamu akan menjadi orang yang merugi. Hadith ini mengingatkan kita pada semua yang sudah terjebak dalam kehidupan non Islam, dimana sekedar mencari kesenangan materi dari pasangannya. Akhirnya pertunangan dalam Islam haruslah tetap terjaga kerahasiaannya dan jika hubungan keduanya terputus maka keduanya dilarang untuk menceritakan apa yang telah mereka bicarakan atau yang telah mereka lihat dari keduanya. Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah sematamata satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan. Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan. ii) MEMINANG Adalah sebagai pendahuluan dalam rangka untuk menuju alam perkahwinan,islam telah menggariskan agar setiap pihak (bakal suami & isteri) mengenali antara satu sama lain,agar perlaksanaan perkahwinan nanti benar-benar mempunyai kualiti atau nilai yang tinggi dan tidak timbul penyesalan kerana tersilap pilih dan sebagainya. Peminangan pula ialah lamaran dari pihak lelaki untuk berkahwinan dengan perempuan tertentu,pihak lelaki akan mengemukakan kepada pihak perempuan akan hasrat hatinya. iii) PENGERTIAN PERTUNANGAN MENURUT ISLAM Adalah langkah pertama yang menentukan sebelum terjadinya akad nikah,sebelum lelaki meminang wanita maka hendaklah ia sudah yakin bahawa pilihannya itu tepat dan telah ditinjau dari pelbagai sudut agar tidak terjadi sebarang kemungkinan dimana ia akan menarik kembali pinangan yang telah diajukan itu. Ini kerana tindakan seperti itu akan menyakiti hati seseorang wanita,melukai perasaannya dan menjatuhkan kehormatannya.

Meminang ialah cara yang dilakukan oleh seseorang lelaki bagi menyampaikan hasrat dan keinginannya hendak memperisterikan seorang wanita secara terbuka dan terus terang,baik dilakukan sendiri atau melalui perantaraan keluarganya atau sahabatnya yang dapat dipercayai. Untuk itu satu hal yang perlu diperhatikan ialah seorang lelaki hendaklah memilih waktu yang sesuai dengan keadaan wanita yang hendak dipinangnya agar itu diredhai Allah dan rasulnya,dan akan dapat mewujudkan suatu hubungan yang seerat-eratnya serta saling mengerti dangan sabaik-baiknya di antara keluarga masing-masing sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak. Lelaki yang hendak mengajukan pinangan harus menghindari hal-hal yang dapat memutuskan hubungan persaudaraan dengan orang lain atau menyakiti hati teman atau sahabat atau hal-hal lainnya yang akan menimbulkan kebencian orang lain. Jika pinangan yang dilakukan itu akan mengakibatkan hal-hal buruk seperti itu lelaki berkenaan telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri kerana menghalang hak orang lain dan melanggar batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah. Pinangan seperti itu tidak akan memperolehi sebarang keuntungan atau kebahagiaan. iv) Merisik atau menengok Sebaik sahaja ibu bapa seseorang lelaki memutuskan bahawa anaknya cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencari-cari pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri anaknya. Tanggungjawab untuk memilih pengantin perempuan jatuh kepada ibu bapa pada keseluruhannya. Bagaimanapun, sebilangan besar orang Melayu kini, khususnya mereka yang berpendidikan barat, membiarkan pilihan isteri hampir pada keseluruhannya kepada anak-anak lelaki mereka. Terdapat juga ibu bapa Melayu yang berihsan yang memilih jalan tengah dan memilih pengantin perempuan dengan persetujuan anak lelaki mereka atau sebaliknya. Menurut adat resam kahwin Melayu, ibu bapa akan mengendalikan tugas memilih pengantin perempuan untuk anak lelaki mereka dengan teliti. Selepas mereka memilih beberapa orang anak dara yang sesuai, mereka akan memulakan penyiasatan dengan menanya kawan-kawan dan saudara-saudara mereka serta anak-anak dara yang terpilih. Dalam pemilihan mereka, ibu bapa anak lelaki memerlukan bahawa bukan sahaja sifat dan tingkah laku anak dara itu tetapi juga ibu

bapanya dapat diterima kerana mereka memegang teguh kepada peribahasa, "Kalau hendak meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu." Antara sifat-sifat yang paling dikagumi oleh bakal mertua pada zaman dahulu(dan masih oleh sebilangan orang pada hari ini) ialah kemahiran rumah tangga seperti memasak dan menjahit. Bagaimanapun, pencapaian yang paling disanjung ialah keupayaan anak dara untuk membaca alQuran (baik memahami apa yang dibacanya mahupun tidak) dengan fasih dan merdu. Tidak terdapat sebarang pencapaian pendidikan ketika itu yang lebih penting, termasuk juga kenal huruf dalam bahasa Melayu. Selepas membuat keputusan tentang bakal menantu perempuan berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan dan sebelum meminang, ibu bapa anak lelaki akan membuat penyiasatan terakhir dengan menghantar sebilangan kawan atau saudara (biasanya wanita) ke rumah anak dara itu untuk mengenalnya secara peribadi. Biasanya, utusan-utusan itu dihantar ke rumah anak dara tanpa sebarang pengumuman kerana adanya makna khusus untuk kunjungan tanpa persediaan itu. Orang Melayu pada zaman dahulu (serta sebilangan kecil di kawasan luar bandar pada hari ini) mempercayai bahawa pada ketibaan utusan-utusan di rumah anak dara itu, gadis itu sedang mandi atau mencuci, ini merupakan petanda yang bertuah untuk masa hadapan perkahwinan kedua-dua orang muda itu. Sebaliknya, jika gadis itu didapati masak di dapur, ia merupakan petanda yang kurang baik. Orang Melayu pada zaman dahulu juga mempercayai bahawa jika perjalanannya ke rumah anak dara lambat atau dihalang atas sebarang sebab atau kemalangan, ia merupakan petanda bahawa masa depan perkahwinan itu tidak begitu bahagia. Bagaimanapun,[kepercayaan karut] ini tidak lagi diambil berat oleh kebanyakan orang Melayu, termasuk juga mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu bapa anak lelaki itu akan mengadakan majlis kecil antara keluarga kedua-dua pihak serta bersama-sama saudara-saudara rapat untuk memutuskan hari yang baik untuk meminang.

v) Meminang atau bertunang Ibu bapa bakal pengantin lelaki kemudian menugaskan sebilangan orang tua yang rapat untuk bertemu dengan ibu bapa anak perempuan agar mendapat persetujuan. Ibu bapa anak perempuan akan meminta sedikit masa demi adat untuk membuat pertimbangan atas alasan bahawa mereka harus berunding dengan saudara-saudara mereka (walaupun mereka telah tahu tentang kunjungan utusan sebelum ketibaannya, dan telah memberikan persetujuan). Ini mungkin mengambil masa beberapa hari atau paling lama, seminggu. Ibu bapa anak perempuan kemudian menugasi sebilangan saudara yang terdiri daripada kedua-dua lelaki dan perempuan, untuk menyampaikan keputusan mereka untuk menerima pinangan. Dan adalah semasa ini bahawa syarat-syarat perkahwinan seperti hantaran kahwin, belanja, hari upacara perkahwinan, dan sebagainya dibincangkan dan diselesaikan. Inilah sebabnya utusan merangkumi orang-orang lelaki. Pada zaman silam, dan pada takat yang tidak begitu biasa pada hari ini, adat menghantar tanda mendahului adat menghantar mas kahwin dan belanja, khususnya jika upacara melangsungkan perkahwinan ditangguhkan selama beberapa bulan. Tanda itu biasanya adalah dalam bentuk cincin emas atau berlian, dengan nilainya bergantung kepada kehendak hati serta keupayaan kewangan keluarga lelaki. Tanda itu biasanya diiringi oleh hadiah-hadiah yang lain kepada bakal pengantin perempuan, seperti kain, sarung, selipar atau kasut, gula-gula, buah-buahan, dan sebagainya. Penghantaran tanda biasanya disertai dengan majlis kenduri oleh kedua-dua keluarga. Sesetengah orang juga menyampaikan cincin dan hadiah-hadiah yang lain dengan cara mengadakan perarakan ke rumah bakal pengantin perempuan. Penerimaan cincin dan hadiahhadiah iringan secara tradisi bermaksud penerimaan syarat-syarat perkahwinan yang berikut antara kedua-dua pihak:y

Jika lelaki itu, atas apa-apa alasan, gagal untuk mengahwini anak perempuan yang ditunangkan, cincin pertunangan serta hadiah-hadiah yang lain tidak boleh dituntut balik.

y

Jika perempuan itu, atas apa-apa alasan kecuali kematiannya, gagal memenuhi tujuan pertunangan itu, maka semua hadiah, termasuk cincin pertunangan, harus dikembalikan kepada lelaki pada kadar sekali ganda, baik dari segi bilangan atau nilainya.

Inilah adat yang telah diikuti oleh orang-orang Melayu sejak dari zaman silam. Terdapat juga dua cara pertunangan yang lain selain daripada cara yang tersebut di atas, iaitu: 1. Pertunangan antara dua buah keluarga yang amat rapat atau bersaudara tanpa cincin pertunangan atau persetujuan bertulis ketika anak-anak mereka masih bayi atau kanakkanak lagi. 2. Pertunangan yang dibuat untuk memenuhi kehendak salah seorang mendiang ibu bapa (baik secara lisan sebelum kematiannya atau melalui wasiat tertulis). Cara ini amat dihormati oleh orang-orang Melayu.

2. SYARAT PERTUNANGAN i) Syarat Pertama: Perempuan hendak dipinang bukan menjadi isteri kepada lelaki lain. Lelaki yang menjalin hubungan dengan isteri orang sering menyatakan kesediaan untuk mengambil kekasihnya sebagai isteri jika diceraikan oleh suaminya. Kenyataan itu juga bermaksud meminang. Peminangan itu akan mendorong perempuan meminta cerai daripada suaminya sebagai jalan untuknya berkahwin dengan kekasihnya. Sesungguhnya perceraian amat ditegah oleh Islam. Adalah menjadi satu kesalahan besar mana-mana isteri meminta cerai daripada suami tanpa apaapa kesalahan dilakukan oleh suami. Sabda Rasulullah bermaksud: Mana-mana perempuan yang meminta suaminya menjatuhkan talak tanpa apa-apa kesalahan, maka haramlah ke atasnya bau syurga. Perempuan yang masih bergelar isteri, haram dipinang oleh mana-mana lelaki lain kerana dia menjadi hak mutlak suaminya. Seorang isteri hanya putus hubungan dengan suami selepas dia diceraikan atau bercerai mati dan tamat edahnya. Islam amat mementingkan hubungan suami isteri yang baik sepanjang masa. Jadi, isteri ditegah sama sekali menaruh minat kepada lelaki lain. Lelaki pula diharamkan menaruh minat kepada mana-mana perempuan yang masih bergelar isteri bagi mengelakkan perkara buruk.

ii) Syarat Kedua: Perempuan yang hendak dipinang bukan tunangan lelaki lain. Larangan lelaki meminang perempuan menjadi tunangan lelaki lain dinyatakan melalui sabda Rasulullah bermaksud: Seorang Mukmin adalah saudara bagi Mukmin yang lain. Oleh itu tidak halal dia membeli pembelian saudaranya, dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu. (Hadis riwayat Muslim). Sesungguhnya seperti mana perempuan yang berkahwin, perempuan yang menjadi tunangan orang juga pasti tidak akan dilakukan peminangan oleh keluarga secara rasmi. Apa yang sering berlaku ialah masih ada lelaki menaruh minat terhadap perempuan yang sudah bertunang. Alasan bahawa ikatan pertunangan boleh diputuskan bila-bila masa saja sering dijadikan alasan oleh lelaki yang ingin merampas tunangan orang. Bahkan, perempuan yang bertunang juga mudah terpikat kepada lelaki lain kerana ikatan pertunangan sekadar satu janji dan bukannya rugi apa-apa jika diputuskan. Tambahan pula, ada ikatan pertunangan yang sebenarnya tidak disukai oleh perempuan berkenaan. Pertunangan itu sebenarnya di atas kehendak keluarga. Jadi, jika ada lelaki lain ingin memikatnya atau kekasih pilihan, maka memberi semangat untuk memutuskan pertunangan. Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan perempuan yang telah bertunang samalah seperti merampas hak orang lain. Sifat sedemikian boleh menyebabkan perbalahan di antara lelaki yang saling ingin memiliki perempuan yang sama. Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan. Maka sesiapa yang memutuskan persaudaraan amat dicela sifatnya. Sesungguhnya ditegaskan tidak beriman seseorang itu sehingga dia kasih saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri sendiri. Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang setelah ikatan pertunangan dibatalkan oleh pihak lelaki. Perkara itu mungkin juga berlaku di atas permintaan pihak perempuan dan dipersetujui oleh pihak lelaki. Perempuan telah bertunang juga boleh dipinang jika diizinkan oleh tunangnya. Keadaan ini di mana tunangnya bersedia memutuskan pertunangan jika ada lelaki lain ingin meminang

tunangnya. Hakikatnya, pertunangan itu belum diputuskan sehingga ada lelaki lain meminang perempuan itu. Perkara itu ditegaskan oleh Rasulullah melalui sabda Baginda bermaksud: Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehingga lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya, atau mengizinkannya. (Hadis riwayat Bukhari).

iii) Syarat Ketiga: Perempuan yang hendak dipinang tidak dalam idah. Idah ialah masa selepas diceraikan sehingga genap tempohnya yang membolehkan perempuan berkahwin semula. Masa edah ialah tiga kali haid atau 100 hari bagi wanita yang diceraikan atau kematian suaminya. Dalam masa idah perempuan tidak boleh berkahwin. Wanita yang diceraikan oleh suaminya dengan talak raji (talak satu dan dua), boleh dirujuk kembali oleh suaminya pada bila-bila masa yang dikehendakinya, selagi tempoh idahnya belum tamat. Talak raji ialah talak yang boleh dirujuk semula. Perkara ini ada dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: Dan (bekas) suami mereka lebih berhak kembali kepada mereka (rujuk), (dalam masa edah raji), jika mereka menghendaki perdamaian. (Surah al-Baqarah, ayat 228). Isteri ditalak dengan talak bain (talak tiga), juga perlu melalui tempoh edah. Edah bagi memastikan dia benar-benar tidak mengandungkan zuriat (dapat pastikan dengan setelah tiga kali suci haid) bekas suaminya. Jika dia mengandung, edahnya dilanjutkan sehingga melahirkan kandungan. Janda diceraikan dengan talak bain tidak boleh dirujuk atau berkahwin semula dengan bekas suaminya. Bagaimanapun, peluang untuk kedua-duanya berkahwin semula hanya ada setelah wanita itu berkahwin dengan lelaki lain, dan di antara kedua-duanya telah bercampur kemudian diceraikan pula oleh suami kedua. Perlu ditegaskan, perkahwinan dengan suami baru itu perlu dilakukan dengan niat perkahwinan sebenarnya. Maksudnya perkahwinan yang ingin berkekalan sepanjang hayat. Perceraian (kemudian jika berlaku) tidak terlintas di dalam hati kedua-duanya. Amalan cinta buta seperti

dilakukan dalam masyarakat sebenarnya tidak wujud dalam hukum agama. Cina buta jika dirancang dan diniatkan, maka perkahwinan itu tidak sah. Lelaki yang dipertanggungjawabkan sebagai cina buta telah ditetapkan supaya menceraikan isteri dalam tempoh tertentu selepas berkahwin. Perbuatan itu sama dengan kahwin kontrak atau kahwin mutaah. Kahwin mutaah diharamkan atau tidak sah. Justeru, syarat kahwin bagi membolehkan isteri dicerai bain berkahwin semula dengan suami asal tidak sah. Bagaimanapun, perkahwinan itu sah jika lelaki yang dijadikan cina buta itu tidak mengetahui perkara sebenar. Dia berkahwin dengan niat baik, tetapi dipaksa menceraikan isterinya atau isteri memohon cerai bagi membolehkan berkahwin dengan bekas suami. Namun, terimalah balasan dosa mereka yang sengaja melakukan perbuatan itu. Janda ditalak dengan talak bain dan balu kematian suami boleh dipinang dengan cara sindiran ketika masih dalam edah. Maksud sindiran ialah ia tidak dinyatakan secara terus terang. Perbuatan itu sekadar memberi isyarat keinginan hati yang mana difahami oleh perempuan itu. iv) Syarat Keempat: Perempuan yang hendak dipinang mestilah sah nikah dengannya atau bukan muhrimnya. Haram bagi seorang lelaki meminang wanita muhrimnya, kerana di antara kedua-duanya diharamkan nikah. Perempuan yang diharamkan dikahwini ada dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: Diharamkan ke atasmu menikahi ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan bapamu (ibu saudara sebelah bapa), saudarasaudara perempuan ibumu (ibu saudara sebelah ibu), anak-anak perempuan daripada saudara lelakimu, anak-anak perempuan daripada saudara perempuanmu, ibu-ibu yang menyusukanmu, saudara-saudara perempuan sepersusuan, ibu mentuamu dan anak-anak tirimu yang ibunya sudah kamu campuri, tetapi jika kamu belum mencampuri ibunya, kamu boleh mengkahwininya. (Surah al-Nisa, ayat 32). Ikatan pertunangan bermakna persetujuan perempuan dan lelaki berkahwin pada suatu masa ditetapkan. Namun, ikatan pertunangan bukanlah sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan perempuan bergaul bebas. Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum

halal dan haram seperti mana hubungan bukan muhrim. Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang supaya tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Alasan bahawa mereka akan berkahwin selepas itu bukanlah bermakna semuanya boleh dilakukan sepertimana pasangan yang telah berkahwin. Bahkan ada ibu baya yang menggalakkan anak yang bertunang agar sering keluar bersama-sama dengan alasan mencari keserasian dan menyuburkan perasaan cinta. Ikatan pertunangan sekadar satu perjanjian antara lelaki dan perempuan yang setuju menjadi suami isteri pada masa akan datang. Ibu bapa yang menggalak atau membiarkan anak mereka bebas bergaul dengan tunang akan menanggung perbuatan dosa yang dilakukan oleh anaknya. Jika dirasakan ikatan pertunangan itu menyebabkan hubungan bebas, maka ibu bapa perlu memikirkan supaya perkahwinan disegerakan. Tindakan itu dapat mengelakkan daripada berlaku keterlanjuran. Tambahan pula, dalam tempoh pertunangan yang lama, sering menyebabkan perkara yang merenggangkan hubungan pertunangan. Banyak cabaran dan kerenah yang terpaksa dihadapi oleh pasangan bertunang. Sering kali ada pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan fitnah dan usaha memutuskan pertunangan itu. Perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang iri hati melihat pasangan yang bakal berkahwin dan menikmati kebahagiaan hidup berkeluarga kemudiannya. Maka, untuk menjamin pertunangan berakhir dengan kebahagiaan, wajarlah perkahwinan disegerakan. Lebih awal berkahwin, lebih cepat menikmati apa yang diharapkan melalui perkahwinan. Kebahagiaan hidup berkeluarga adalah sebahagian daripada nikmat yang Allah janjikan dalam hubungan lelaki dan perempuan. Berkahwin awal antara lain berpeluang mendapat zuriat lebih awal. Zuriat adalah anugerah Allah yang menyerikan suasana hidup suami isteri. Justeru pasangan berkahwin perlu menyimpan hasrat ingin mendapat zuriat yang ramai. Zuriat yang ramai menyediakan rezeki yang lebih luas dan kehidupan yang lebih bahagia. Pasangan yang melahirkan zuriat ramai sebenarnya menyempurnakan hasrat Rasulullah yang inginkan umat yang ramai pada akhirat nanti. Sabda Rasulullah bermaksud: Berkahwinlah

kamu dan mempunyai anak melaluinya, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di akhirat nanti.

3. PEMILIHAN BAKAL ISTERI/TUNANG Sebelum melakukan peminangan seseorang lelaki itu terlebih dahulu hendaklah mempunyai ketetapan memilih dan memantapkan di dalam hatinya yang benar-benar telah berkenan kepada seseorang wanita yang ingin dipinangnya. Diantara sifat-sifat yang mesti diutamakan di dalam memilih jodoh ialah: Hendaklah wanita yang berpegang kuat dengan ajaran agama. Wanita yang dipinang itu hendaklah wanita yang mempunyai sifat kasih saying dan berketurunan ramai anak. Sesungguhnya sifat-sifat itu sememangnya disarankan oleh islam. Wanita yang dipinang itu juga tidak mempunyai kerabat yang dekat. Wanita itu hendaklah diketahui juga hal jasmaninya sihat,berakhlak mulia dan sebagainya. Ada pun bagi perempuan yang dipinang itu seharusnya juga mengetahui bakal tunang yang meminangnya. Kedapatan juga beberapa perkara yang amat diambil berat oleh syarak dalam soal pinangmeminang ialah: Peminangan tidak boleh dilakukan kepada wanita yang telah dipinang oleh orang lain,melainkan ia melepaskan pinangan itu,

((Maksudnya:-

))

Tidak boleh meminang seorang lelaki atas pinangan saudaranya sehingga telah ditinggalkan oleh tunangnya. Haram seseorang lelaki meminang denag cara terus terang perempuan yang didalam iddah sama ada iddah rajie, iddah bain atau iddah wafat (mati) dan haram meminang dengan cara sindiran perempuan yang didalam iddah rajie.

Dan dibolehkan meminang secara sindiran perempuan yang didalam iddah wafat (mati) dan juga meminang perempuan didalam iddah bain, ianya tidak harus dipinang sama ada secara sindiran atau khusus kepada yang mati suami sahaja. Seperti mana yang dijelaskan dalam al-Quran, Allah s.w.t berfirman:Yang bermaksud:-

Dan tidaklah ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam iddah) atau kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka).

3. TUJUAN PERTUNANGAN

Di antara tujuannya:j Persetujuan mengikat janji untuk perkahwinan. j Untuk menghebahkan kepada masyarakat sekeliling. j Supaya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara keluarga dua belah pihak. j Hendak melahirkan sikap jimat cermat dalam berbelanja kepada yang lebih mustahak sahaja. j Untuk menentukan kadar mahar (mas kahwin) dan lain-lain pemberian. j Untuk menentukan tarikh,tempat dan hari perkahwinan yang dipersetujui.

4. PERTUNANGAN DI SISI SYARAK Terbahagi kepada lima cara: 1. Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara

langsung. 2. Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan. 3. Menggunakan pihak ketiga untuk meminang. 4. Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh. 5. Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh. Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

5. BATAS HUBUNGAN SEMASA BERTUNANG Biar pun seorang lelaki dan seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau -apa-apa hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah. Tetapi bertanyalah kepada hati, jika perasaan memberitahu bahawa perbualan itu mendatangkan rasa resah dan bersalah, maka selesaikan perbincangan dengan cara baik agar tidak berlebihlebihan dan mencetus dosa. 6. RAHSIA PERTUNANGAN Pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan. Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita: Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu anhu, dan disahihkan oleh alAlbani di dalam Irwa al-Ghalil) Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan

ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-Adawi ala Sharh Mukhtasar Khalil.

7. HUKUM MENGHEBAHKAN PERTUNANGAN Menghebahkan pertunangan hukumnya harus. Yang sunatnya ialah menghebahkan pernikahan berdasarkan dalil yg sahih. Drpd Aisyah ra katanya bhw Rasulullah saw bersabda, "Hebahkanlah berita pernikahan ini dan palulah gendang."[HR Ibn Majah] Ada pendapat yang mengatakan ia tidak patut dihebahkan sebab jika putus tunang, maka jatuh maruah wanita yang ditunangi. Oleh itu tidak berapa elok disebar akan pertunangan itu.Mohon pencerahan terhadap isu ini. Menurut penelitian saya,para ulama terbahagi kepada dua golongan dalam membahaskan hukum menghebahkan pertunangan ini: 1)Mengharuskan hebahan pertunangan 2)Mustahab(sunat) disembunyikan pertunangan

1)Golongan yang mengharuskan hebahan:

Fatwa Doktor Ahmad Al-Hajji Al-Kurdi yang merupakan anggota majlis fatwa Kuwait seperti berikut:

-

-

-

-

: :

.

(

):

Terjemahan: Hukum merahsiakan pertunangan. Soalan: Apakah hukum merahsiakan pertunangan dengan tujuan perkahwinan?.Adakah di sana terdapat hadith yang menggesa agar dirahsiakan pertunangan? Fatwa: Maka tidak ada halangan dalam mengisytiharkan pertunangan secara syarak, bahkan ianya adalah lebih utama(untuk diisytiharkan), kerana (hukum) asal bagi tiap-tiap sesuatu adalah harus, dan tidak datang nas yang menghalang (dari berbuat sedemikian). Manakala pernikahan, ianya adalah diperintahkan oleh Allah swt melalui hadith-hadith yang banyak. Di antaranya adalah sabda Nabi s.a.w: (Hebahkanlah pernikahan ini, dan adakan ianya di masjid-masjid, dan palulah duf-duf(alat muzik seperti kompang)) Riwayat Al-Turmidzhi dan selainnya. Dan tidaklah aku ketahui sesuatu hadith yang menghalang dan mencegah dari menghebahkan pertunangan. Sheikh Muhammad Salih Al-Munajjid. , yg menyebutkan di dalam salah satu fatwa yang terdapat di dalam laman tersebut berkenaan khitbah syar'iyyah(pertunangan menurut syarak).Antaranya, terdapat di dalam petikan fatwa tersebut:

))(( Mengenai perbuatan sebahagian kaum Muslimin yang mengiklankan pertunangan serta menzahirkan kegembiraan(dengan mengadakan majlis),serta perbuatan memberi hadiah, adalah merupakan adat yang harus pada asalnya,dan tidak diharamkan ia, melainkan perbuatanperbuatan yang diberi petunjuk oleh syarak akan keharamannya.

2)Golongan yang tidak menggalakkan dihebahkan pertunangan(mustahab/sunat disembunyikan pertunangan). Setakat yang saya ketahui, terdapat qaul di dalam mazhab maliki yang menyatakan bahawa hukum menyembunyikan pertunangan adalah sunat, seperti yang disebut di dalam kitab AlSyarhu Al-Kabir oleh Sidi Ahmad Al-Dardir,menyebutkan : (

(

)

(

)

(

(2:216)

Terjemahan: (Dan) sunat (memendekkannya) iaitu khutbah(nikah) (dan mengiklankannya) iaitu pernikahan, berlawanan dengan pertunangan, maka hendaklah disembunyikan.(jilid 2: m/s 216) Dan juga di dalam kitab Manhul Jalil Syarah 'Ala Mukhtasar Khalil oleh Sheikh Muhammad Alisy, menyatakan: 3:257 Terjemahan: Manakala pertunangan, maka disunatkan agar menyembunyikannya sepertimana khitan.(Jilid 3: m/s 257) Di dalam web Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, ada menyebutkan mengenai gesaan agar tidak melampau dalam menghebahkan pertunangan. Teksnya adalah seperti berikut:

"Another matter that must be given serious consideration is the publicising of an engagement. An engagement is an pact between a man and a woman to be married, and the process of getting to know each other better. Over-publicising the engagement, as have often been the case recently, should not take place. This is because an engagement is only a pact, and may or may not actually lead to marriage. Therefore, over-publicising the engagement may lead to embarrassment for the family in the event that the couple does not end up marrying. In addition, publicising the engagement also opens a path for those who are jealous and envious to sabotage the union. The Prophet Muhammad (s.a.w.) himself reminded all to: Keep the engagement a secret, and announce the marriage. (Reported by Ahmad from Abdullah ibni Zubair (r.a.) and corroborated by Albani in Irwa al- Ghazali). " Rujukan: http://www.yadim.com.my/english/Sosial/SosialFull.asp?Id=365 Berkemungkinan, sandaran dalil bagi golongan ini(yang tidak menggalakkan dihebahkan pertunangan) adalah hadith yang biasa berlegar dikalangan umat Islam seperti yang dipaparkan di dalam laman web yadim tersebut. Yang benar, hadith tersebut berbunyi sebegini:

(

)

Terjemahan: (Zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan). Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-

Firdaus.Walaubagaimanapun hadith ini berstatus dhaif, seperti yang disebutkan oleh Sheikh AlAlbani di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho'ifah(no 2494) dan Dho'if Al-Jami' Al-Saghir(no 922).

Manakala hadith yang disebutkan di dalam laman web Yadim tersebut adalah hadith Riwayat Ahmad daripada Abdullah Ibn Zubair r.a, dan dihasankan oleh Sheikh Al-Albani dalam kitabnya Irwa' Al-Ghalil (( ,dengan lafaz a'linu an-nikah(hebahkan pernikahan) dan tanpa penambahan lafaz akhfu al-khitbah(sembunyikan pertunangan). Iaitu hadith tersebut berbunyi:

( :1993 Rujukan: http://www.islamqa.com/ar/ref/67884

):

Berbalik pada pendapat golongan ini,yang menggalakkan( sunat) di sembunyikan pertunangan, adalah disertai dengan tujuan untuk mengelakkan rasa iri hati dan dengki(hasad) bagi pihak lain,sepertimana yang saya naqalkan dari laman web islamweb.net, yang menyebutkan:

:

Terjemahan: Telah berkata Al-Khurasyi di dalam kitab Syarhu Khalil: Maka pertunangan adalah disunatkan agar disembunyikan sepertimana khitan.Tujuan disembunyikan adalah sebagai langkah berjaga-jaga dari perasaan hasad dengki (pihak lain). Rujukan: http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=65842&Option=FatwaId

Pandangan ini bertepatan dengan hadith umum(bukan khusus terhadap kes pertunangan) Nabi s.a.w yang berbunyi:

( (( :943

):

))

Terjemahan: Sabda Nabi s.a.w: Mintalah pertolongan dalam memenuhi hajat-hajat secara sembunyi, kerana sesungguhnya setiap yang memiliki nikmat akan ada kedengkian(terhadapnya) . Riwayat AtThabrani, disahihkan oleh Al-Albani di dalam kitab Sahih Al-Jami' (no 943).

Demikian yang mampu saya kongsikan mengenai pendapat-pendapat ulama terhadap isu ini.Walaubagaimanapun, menurut pandangan saya, setiap pihak mempunyai dalil masing-masing dari sudut tertentu(walaupun kedapatan dalil yang digunakan adalah hadith dhoif, bagi golongan yang menggalakkan disembunyikan pertunangan) . Berdasarkan apa yang dipelajari, sikap menolak terus hadith-hadith dhaif dari digunakan dalam perbahasan fiqh(bukan sebagai hujjah seperti mana maklum, tetapi sokongan) adalah tindakan yang merugikan khazanah ilmiah Islam itu sendiri. Kesimpulan bagi perbahasan ini, bagi individu-individu yang bertunang yang bebas dari kedengkian orang lain terhadapnya, bolehlah menghebahkannya ataupun tidak(bergantung kepada pilihan,kerana hukumnya adalah mubah/harus) , manakala bagi mereka yang yakin akan ada orang yang dengki dan bakal melakukan perbuatan tidak baik terhadap mereka,dan dibimbangi seandainya pertunangan tersebut putus,maka akan menjejaskan maruah mana-mana pihak, adalah dianjurkan untuk menyembunyikan pertunangan mereka, sebagai langkah berhatihati dan menjaga kemaslahatan bersama.

8. TINDAKAN PUTUS HUBUNGAN TIDAK HARAM TETAPI TIDAK DIGALAKKAN

Pertunangan bukan sekadar adat yang boleh diambil ringan kerana pertunangan adalah perjanjian antara pihak lelaki dan perempuan yang bersetuju untuk menempuh alam perkahwinan bersama. Oleh itu, janji hendaklah dikota. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang beriman, tunaikan serta sempurnakan perjanjian kamu. (Surah Al-Maidah, ayat 1). Oleh itu, sesuatu perjanjian termasuk perjanjian untuk berkahwin yang dibuat ketika bertunang tidak boleh ditamatkan melainkan ada alasan munasabah. Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: Orang Islam terikat dengan perjanjian mereka dan perkara yang mana mereka sudah bersetuju. (Sahih Muslim). Pertunangan biasanya diadakan mengikut adat resam sesebuah masyarakat di mana ia dianggap sebagai langkah permulaan kepada perkahwinan. Adat pertunangan boleh diikuti selagi ia tidak bertentangan dengan Islam. Diriwayatkan oleh Iman Ahmad, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: Sesuatu perkara atau perbuatan yang dianggap sebagai baik oleh masyarakat Islam adalah baik di sisi Allah. Pertunangan hanya satu perjanjian untuk mengadakan perkahwinan dan tidak mewujudkan perkahwinan itu dengan sendirinya. Oleh itu, mana-mana pihak berhak untuk membatalkan perjanjian jika ada sebab yang sah bagi membolehkannya berbuat demikian. Memandangkan pertunangan bukan perkahwinan dan hanya janji untuk berkahwin, maka kebanyakan fuqaha berpendapat pasangan yang bertunang masing-masing boleh memutuskan pertunangan. Namun begitu, pasangan yang bertunang tidak digalakkan membatalkan pertunangan mereka demi memelihara nama baik perempuan dan keluarganya. Bagaimanapun, masih ramai yang

tidak mengetahui apabila berlakunya putus tunang secara tidak munasabah maka mereka berhak menuntut ganti rugi di Mahkamah Syariah. Jika tiada sebab munasabah, perjanjian seperti itu tidak harus dibatalkan. Mengenai pembatalan perjanjian pertunangan, Seksyen 15 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) EUKIS 2003 menyatakan jika seseorang sudah mengikat pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau bertulis, bersendirian atau melalui seorang perantaraan dan kemudian enggan berkahwin dengan pihak satu lagi tanpa sebab yang sah manakala pihak satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah perlu memulangkan pemberian pertunangan jika ada atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang sudah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan untuk perkahwinan itu dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah. Peruntukan itu jelas menunjukkan pihak yang memutuskan tali pertunangan bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan serta membayar wang yang dibelanjakan bagi tujuan persediaan perkahwinan kepada tunangnya. Pihak yang dimungkiri juga boleh memohon tindakan mahkamah bagi meminta pihak yang mungkir janji membayar apa-apa juga wang yang sudah dibelanjakan bagi membuat persediaan perkahwinan.

RUJUKAN y Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 Disusun oleh Lembaga Penyelidikan Undang-Undang Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia Professor tan sri datuk Ahmad Ibrahim Malayan Law Journal Sdn.Bhd 1999. Mutiara Perkahwinan Menurut Agama Islam Muhammad Ali Qutb-terjemahan-alih bahasa dari bahasa arab oleh Hj. Taib Azzamuddin Mohd.Taib, Hj.Hassan Mohd Yassin, Hj.Abd Majid Bin Hj.Jaafar Tafsir al-Quranul karim Departmen Agama Republik Indonesia Proyek Pengadaan Kitab Suci AL-QURAN.

y

y

y

y y

http://epondok.wordpress.com/2010/02/04/pertunangan-ada-ikatan-perjanjian/ http://cheahmad.blogspot.com/2009/05/munakahat-konsep-pertunangan-dalam.html