8
KONSEP PENYELIDIKAN BAHASA DAN LINGUISTIK 1. Penyelidikan ialah tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambah ilmu pengetahuan baru. 2. Semua penyelidikan berorentasikan satu atau dua matlamat: pengembangan ilmu pengetahuan dan penyelesaian sesuatu masalah. 3. Penyelidikan mempunyai 4 sifat semula jadi, iaitu: Penyelidikan boleh mengambil bentuk-bentuk yang berlainan Penyelidikan hendaklah mempunyai kesahan Penyelidikan hendaklah mempunyai kebolehpercayaan Penyelidikan hendaklah sistematik Penyelidikan boleh mengambil bentuk-bentuk yang berlainan kerana penyelidikan tidak seragam. Misalnya, penyelesaian masalah, laporan, eksperimen, tinjauan, dan pemerhatian. Penyelidikan hendaklah mempunyai kesahan dalaman (internal validity) dan kesahan luaran (external validity).

Konsep Penyelidikan Bahasa Dan Linguistik

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Konsep Penyelidikan Bahasa Dan Linguistik

KONSEP PENYELIDIKAN BAHASA DAN LINGUISTIK

1. Penyelidikan ialah tatacara yang teratur yang digunakan olehmanusia untuk menambah ilmu pengetahuan baru.

2. Semua penyelidikan berorentasikan satu atau dua matlamat: pengembangan ilmu pengetahuan dan penyelesaian sesuatumasalah.

3. Penyelidikan mempunyai 4 sifat semula jadi, iaitu:

Penyelidikan boleh mengambil bentuk-bentuk yang berlainan

Penyelidikan hendaklah mempunyai kesahan

Penyelidikan hendaklah mempunyai kebolehpercayaan

Penyelidikan hendaklah sistematik

Penyelidikan boleh mengambil bentuk-bentuk yang berlainan keranapenyelidikan tidak seragam. Misalnya, penyelesaian masalah, laporan, eksperimen, tinjauan, dan pemerhatian.

Penyelidikan hendaklah mempunyai kesahan dalaman (internal validity) dan kesahan luaran (external validity).

Page 2: Konsep Penyelidikan Bahasa Dan Linguistik

Keputusan penyelidikan boleh ditafsir dengan tepat (internal validity)

Keputusan penyelidikan dapat mewakili keseluruhan populasi (external validity)

Contoh:Skima Am Penyelidikan yang tidak mengandungi kesahan Dalaman

Ujian PencapaianSekolah 1Guru A 4 kelasBahan 1 Pelbagai kebolehan Ujian dibina oleh Guru A

Sekolah 11Guru B 3 kelasBahan 11 Pelbagai kebolehan Ujian dibina oleh Guru B

Sekolah 111Guru C 4 kelasBahan 111 Kebolehan yang tinggi Ujian dibina oleh Guru C

9 minggu

Page 3: Konsep Penyelidikan Bahasa Dan Linguistik

Katakanlah seorang penyelidik berminat untuk menyelidik kesan tigajenis bahan pengajaran ke atas pencapaian bahasa Melayu pelajartingkatan empat.Mengapa penyelidikan tersebut dikatakan tidakmengandungi kesahan dalaman?

Fikirkan cara lain yang boleh menunjukkan terdapat kesahan dalamanuntuk penyelidikan tersebut.

Jawapan:

Page 4: Konsep Penyelidikan Bahasa Dan Linguistik

Keputusan penyelidikan dapat mewakili keseluruhan populasi (external validity)Skima Am Penyelidikan yang tidak mengandungi kesahan luaran

Jumlah Skor yg terhasilSukarelawan 1

Masa pendedahan: 1 saat Sukarelawan 2

Masa pendedahan: 2 saat Sukarelawan 3

Sukarelawan 4

Masa pendedahan: 3 saat Sukarelawan 5

Sukarelawan 6

Masa pendedahan: 4 saat Sukarelawan 7

Sukarelawan 8

Masa pendedahan: 5 saat Sukarelawan 9

Sukarelawan 10

Pendedahan kpd 20 simbol

Page 5: Konsep Penyelidikan Bahasa Dan Linguistik

Penyelidikan hendaklah mempunyai kebolehpercayaan dalaman (Internal relibility) dan kebolehpercayaan luaran (external relibility).

Kebolehpercayaan dalaman ialah pengumpulan, analisis, dan tafsiran data tekal apabila diberi keadaan yang sama. Contohnya penyelidikanberbentuk eksperimen dalam makmal bahasa.

Kebolehpercayaan luaran ialah penyelidik yang lain boleh mereplikasesuatu hasil penyelidikan jika diberi latar belakang yang sama. Contohnya cerita dalam CD.

Penyelidikan hendaklah sistematik, iaitu mempunyai satu tatacara yang teratur dari satu langkah ke satu langkah sehinggalah ke langkahakhir, terdiri daripada:

1. Mengenal pasti Masalah 2. Menyemak maklumat

3. Mengumpul data 4. Menganalisis data

5. Membuat kesimpulan

Page 6: Konsep Penyelidikan Bahasa Dan Linguistik

JENIS PENYELIDIKAN

2 jenis penyelidikan ialah penyelidikan asas dan penyelidikan terapan. Penyelidikan asas bermatlamatkan pengembangan ilmu. Penyelidikanterapan bermatlamatkan penyelesaian masalah.

Jenis Kaedah Penyelidikan Bahasa

1. Kajian Eksperimen

Penyelidik memanipulasikan sekurang-kurangnya satu pembolehubah. Misalnya, kesan jangka masa ke atas pembelajaran bahasa 60 pelajar.

2. Kajian Ex Post Facto

Penyelidik cuba menentukan hubungan dan kesan yang berlaku antarasatu pembolehubah dengan satu pembolehubah yang lain.Misalnya, hubungan antara sikap terhadap sekolah dengan pencapaian matapelajaran bahasa Melayu pelajar tingkatan enam.

3. Kajian Tinjauan

Kajian tinjauan lebih mempersoalkan what is?Bukan why it is so?Misalnya, amalan profesional guru-guru bahasa di peringkatuniversiti.

Page 7: Konsep Penyelidikan Bahasa Dan Linguistik

Selain itu, kajian tinjauan lazimnya menggunakan soal selidik yang diedarkan sewaktu membuat kerja lapangan.

4. Kajian Sejarah

Pengumpulan maklumat dari masa lampau yang berperanan sebagaidata untuk ditafsir.

Menjelaskan what was bukan what is. Misalnya, sejarahperkembangan bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia sepanjangtempoh tahun 1940an.

5. Kajian Etnografi

Proses memberikan huraian secara analitik dan mendalam tentangsesuatu bahasa dan fenomena bahasa di dalam konteks yang khusus.Misalnya, analisis semantik bahasa Melayu atau BahasaMelayu slanga.

Page 8: Konsep Penyelidikan Bahasa Dan Linguistik

SEMESTER KUEDUA 2006/2007

PROGRAM BACELOR PJJ

TUGASAN BBM3413

KAEDAH PENYELIDIKAN BAHASA MELAYU

Arahan: Jawab semua soalan. Markah Penuh 20 termasuk 2 markah untuk sifarkesalahan ejaan.

A. Penyelidikan mempunyai 4 sifat semula jadi.

1. Beri 2 contoh bentuk penyelidikan yang berlainan. (2 markah)

2. Beri 1 contoh kesahan luaran dan 1 contoh kesahan dalaman. (2 markah)

3. Beri 1 contoh kebolehpercayaan luaran dan 1 contoh kebolehpercayaandalaman. (2 markah)

4. Lukiskan langkah-langkah penyelidikan yang sistematik. (2 markah)

B. Terdapat 5 jenis penyelidikan yang lazim digunakan oleh penyelidik bahasa. Berisatu tajuk penyelidikan bagi setiap jenis penyelidikan. (10 markah)