6
BIDANG TUGAS SEORANG GURU Berdasarkan buku Karakter Guru oleh Mohd Sahandri Gani Hamzah, guru ditafsirkan sebagai seseorang yang mengajar pelajar di sesebuah institusi pendidikan atau menyediakan, mengeluarkan bahan pelajaran dan memeriksa jawapan yang dikembalikan melalui pusat pendidikan jarak jauh termasuklah oleh guru besar atau pengetua. Tafsiran ini diambil dalam Akta Pendidikan 1996, seksyen 2. Guru mempunyai banyak peranan terutama kepada pelajar, ibubapa, masyarakat dan negara serta rakan sejawat dan profesion keguruan. Peranan utama guru ialah sebagai seorang pendidik. Guru bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid iaitu dengan memberi ilmu, memberi pendedahan dan pengalaman serta mendidik murid- muridnya berahklak mulia. Di sekolah, guru mempunyai tugas-tugas tertentu mengikut jawatan masing-masing. Dalam sebuah sekolah, terdapat satu organisasi pentadbiran sekolah yang diketuai oleh guru besar ataupun pengetua sekolah. Seterusnya, guru besar dibantu oleh penolong kanan iaitu penolong kanan 1, penolong kanan HEM, penolong kanan KO. Di sesebuah sekolah itu terdapat beberapa jawatan guru seperti guru kelas, guru biasa, guru bertugas harian, ketua panitia mata pelajaran, guru disiplin, guru perpustakaan, guru sumber, guru penasihat persatuan dan guru penasihat permainan sukan. BIDANG TUGAS GURU BESAR Pengurusan Kurikulum Dan Ko Kurikulum

BIDANG TUGAS SEORANG GURU

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BIDANG TUGAS SEORANG GURU

BIDANG TUGAS SEORANG GURU

Berdasarkan buku Karakter Guru oleh Mohd Sahandri Gani Hamzah, guru

ditafsirkan sebagai seseorang yang mengajar pelajar di sesebuah institusi

pendidikan atau menyediakan, mengeluarkan bahan pelajaran dan memeriksa

jawapan yang dikembalikan melalui pusat pendidikan jarak jauh termasuklah oleh

guru besar atau pengetua. Tafsiran ini diambil dalam Akta Pendidikan 1996, seksyen

2.

Guru mempunyai banyak peranan terutama kepada pelajar, ibubapa,

masyarakat dan negara serta rakan sejawat dan profesion keguruan. Peranan utama

guru ialah sebagai seorang pendidik. Guru bertanggungjawab untuk mendidik murid-

murid iaitu dengan memberi ilmu, memberi pendedahan dan pengalaman serta

mendidik murid-muridnya berahklak mulia. Di sekolah, guru mempunyai tugas-tugas

tertentu mengikut jawatan masing-masing.

Dalam sebuah sekolah, terdapat satu organisasi pentadbiran sekolah yang

diketuai oleh guru besar ataupun pengetua sekolah. Seterusnya, guru besar dibantu

oleh penolong kanan iaitu penolong kanan 1, penolong kanan HEM, penolong kanan

KO. Di sesebuah sekolah itu terdapat beberapa jawatan guru seperti guru kelas,

guru biasa, guru bertugas harian, ketua panitia mata pelajaran, guru disiplin, guru

perpustakaan, guru sumber, guru penasihat persatuan dan guru penasihat

permainan sukan.

Page 2: BIDANG TUGAS SEORANG GURU

BIDANG TUGAS GURU BESAR

Pengurusan Kurikulum Dan Ko Kurikulum

Pengurusan Kewangan, Kemudahan dan Sumber

Pengurusan Tenaga Pengajar Dan Kakitangan

Pengurusan Kebajikan Pelajar

Pengurusan Perhubungan Dalaman Dan Luaran

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 (PK 1)

Mengajar

Membantu Guru Besar Dalam Pengurusan Kurikulum

Membantu Guru Besar dalam Urusan Pentadbiran Harian

Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Staf

Membantu Guru Besar Dalam Pengusan Kemudahan Dan

Sumber

Membantu Guru Besar Dalam Tugas-Tugas Lain

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN HEM

Mengajar

Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kebajikan Dan

Disiplin Pelajar

Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kemasukan dan

Pendaftaran Pelajar

Membantu Guru Besar dalam Perhubungan Awam

Membantu Guru |Besar dalam Tugas Tugas Lain

Page 3: BIDANG TUGAS SEORANG GURU

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM

Mengajar

Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kurikulum

Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kokurikulum

Membantu Guru Besar Dalam Perhubungan Awam

Membantu Guru Besar Dalam Pentadbiran Harian

Membantu Guru Besar Dalam Tugas-tugas Lain

BIDANG TUGAS GURU KELAS

Buku Daftar Kedatangan

Pengurusan Wang Rampai/Yuran Khas

Perkara-Perkara Akademik

Bantuan Kewangan Dan Biasiswa

Mengendalikan tugas-Tugas Lain

BIDANG TUGAS GURU BERTUGAS HARIAN

Persiapan Sebelum Memulakan Kerja

Mengawas Murid Menjalankan Kerja

Mengawas Murid Semasa Rehat

Mengawal Disiplin Murid

Page 4: BIDANG TUGAS SEORANG GURU

BIDANG TUGAS KETUA PANITIA MATA PELAJARAN

Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemaskini.

Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-

kaedah pengajaran atau pembelajaran terkini

Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran

mingguan, bulanan dan penggal

Menyalaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman

dan peperiksaan kertas-kertas jawapan

Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurangnya sepnggal

sekali atau lebih kerap lagi, jika perlu

BIDANG TUGAS GURU DISIPLIN

Sebagai Setiausaha kepada Lembaga Disiplin Sekolah

Menjadi Penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah

Membantu Guru Besar dalam menentukan supaya peraturan-

peraturan sekolah dipatuhi sepenuhnya

Menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat diatasi oleh

Lembaga Pengawas Sekolah serta merujukkannya kepada

Guru Besar, jika perlu

Mencadangkan perlantikan pengawas-pengawas sekolah

Page 5: BIDANG TUGAS SEORANG GURU

BIDANG TUGAS GURU PERPUSTAKAAN

Menyediakan peraturan

Membuat Anggaran Perbelanjaan

Membuat Pesanan Buku

Memproses Buku

Menyediakan Kad-Kad

Rekod Penggunaan

Rawatan Buku

Penyemakan dan Hapus kira Buku Stok

BIDANG TUGAS GURU MATA PELAJARAN MATEMATIK

Seterusnya, antara tugas bagi guru mata pelajaran matematik ialah guru perlulah

mengajar, memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan

Sukatan Pelajaran yang telah ditentukan oleh panitia Matematik. Guru perlu

mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan. Selain itu,

guru juga harus membimbing pelajar memperolehi ilmu, kemahiran dan

mengamalkan sikap positif dalam menjalani kehidupan seharian. Seterusnya,

penilaian haruslah dibuat dan tindakan susulan perlu diadakan jika perlu terhadap

pelajar yang berkenaan. Penerangan demi penerangan perlu dibuat sehinggalah

seseorang pelajar itu faham topik yang diajarkan. Guru jua perlu mencari kaedah

pengajaran yang paling mudah difahami dan senang untuk disampaikan terutama

sekali bahagian yang memerlukan pengiraan yang rumit.

Page 6: BIDANG TUGAS SEORANG GURU

Bagi tugas guru matematik juga, antaranya ialah membuat perancangan

Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) mengikut sukatan pelajaran anjuran

Kementerian Pendidikan dan telah di bincangkan dalam mesyuarat Panitia

Matematik. Guru juga perlu menyediakan rancangan pelajaran penggal, mingguan

dan harian. Setiap latihan, kerja dan tutorial yang diberikan kepada murid hendaklah

direkodkan dalam buku panduan mengajar. Selain itu, guru juga harus merancang

ujian Matematik berdasarkan sukatan pelajaran yang diajarkan, merancang tindakan-

tindakan susulan terhadap penilaian atau keputusan ujian berkenaan untuk

meningkatkan prestasi akademik pelajar . Topik-topik pengiraan yang banyak

menggunakan kaedah implikasi perlu diberikan lebih perhatian.

Guru perlu melaksanakan pelbagai tugas khas seperti menghadiri kursus

kemahiran anjuran Pusat Kegiatan Guru berkaitan dengan subjek Matematik dan

mengendalikan kursus-kursus dalaman kepada ahli-ahli staf yang lain. Guru juga

perlu menjadi ahli pelbagai jawatan kuasa dalaman yang ditubuhkan oleh guru besar

serta mengendalikan kelas-kelas tambahan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum apabila

dirancangkan oleh guru besar dan penolong kanan. Guru matematik perlu bersedia

dengan setiap arahan guru besar berkaitan dengan subjek Matematik. Guru juga

perlu menghadiri seminar Matematik sebagai wakil panitia Matematik dan mengambil

maklumat penting yang disampaikan untuk meningkatkan lagi prestasi subjek

Metematik di sekolah.

Page 7: BIDANG TUGAS SEORANG GURU

Guru matematik juga perlu mentadbir dan menguruskan bilik darjah dengan

mengutamakan disiplin disamping mengajar ketika di dalam kelas. Pelajar yang

kurang fokus di dalam kelas perlu diberi perhatian. Guru juga perlu mewujudkan

suasana ceria dan kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran berjalan

dengan lancar. Subjek Matematik adalah satu subjek yang sukar dan memerlukan

pemahaman yang baik untuk menguasainya, oleh itu, guru matematik perlu bertindak

bijak dengan tidak memberikan tekanan kepada pelajar. Guru juga perlu bersikap

tegas dengan mengambil tindakan segera terhadap pelajar-pelajar yang ponteng dan

perlu mengendalikan pelbagai tugas rasmi yang lain.