39
Bab 3 : Pemasaran 3.2.1 Model Gelagat Pengguna ~ RAMZILA ~ NADIA ~ MOCK ~ IZZUL ~ ANIM

Pemasaran - Model gelagat pengguna

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Bab 3 : Pemasaran

3.2.1 Model Gelagat Pengguna

~ RAMZILA ~ NADIA ~ MOCK ~ IZZUL ~ ANIM

Page 2: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Rancangan Pemasaran dan Persekitaran

1. Persekitaran pemasaran merujuk faktor - faktor dan tekanan - tekanan yang akan memberi kesan kepada kemampuan firma berurusan dengan pasaran sasaran

2. Persekitaran pemasaran terdiri daripada :• persekitaran mikro• persekitaran makro

Page 3: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor Persekitaran Mikro

1. Persekitaran mikro merupakan pihak yang terlibat yang boleh memberi kesan langsung kepada firma.

2. Antara pihak yang terlibat dalam persekitaran mikro adalah seperti yang berikut :• firma• pesaing• pelanggan• orang awam• saluran pengagihan

Page 4: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor Persekitaran Mikroa) Firma(i) Pengurusan atasan bertanggungjawab menentukan misi, objektif, strategi dan polisi organisasi.

(ii) Penyelarasan antara jabatan seperti jabatan kewangan dan pemasaran amat penting untuk mencapai matlamat dengan mengamalkan konsep "kerjasama" dan "dahulukan pelanggan".

b) Pesaing(i) Konsep pemasaran menekankan firma perlu memuaskan pengguna lebih daripada keuntungan.

(ii) Strategi yang berkesan bergantung pada peletakan produk dalam pasaran sasaran yang berkesan, bukan bergantung kepada saiz firma semata-mata.

Page 5: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor Persekitaran Mikroc) Pelanggan(i) Pasaran pengguna ialah individu atau isi rumah yang membeli produk untuk kegunaan sendiri.

(ii) Pasaran industri ialah pihak yang membeli produk bertujuan mengeluarkan produk selanjutnya.

(iii) Pasaran kerajaan membeli produk untuk kegunaan awam dan menyerahkan kepada pihak lain.

(iv) Pasaran penjualan semula ialah pihak yang membeli produk dan menjual semula untuk mendapatkan keuntungan.

(v) Pasaran antarabangsa ialah pembeli dari luar negara termasuklah pengguna akhir, pengeluar, penjual semula dan kerajaan.

Page 6: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor Persekitaran Mikro(d) Orang awam(i) Orang awam merujuk kumpulan yang boleh memberi pengaruh untuk memberi kesan kepada pencapaian objektif firma.

Golongan Huraian

KewanganKemampuan organisasi memperoleh sumber kewangan seperti bank dan pemegang saham.

MediaPihak yang menyampaikan berita dan pendapat editor media massa.

KerajaanPerniagaan memantau perkembangan dan membuat sesuatu pertimbangan berkaitan dengan isu-isu keselamatan produk dan kejujuran dalam membuat iklan.

Tindakan masyarakat

Keputusan yang dibuat oleh pemasar boleh dipertikaikan oleh organisasi pengguna, kumpulan persekitaran dan kumpulan minoriti.

Page 7: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor Persekitaran Mikro (Orang Awam)

Golongan Huraian

Perhubungan awamPihak yang perlu mengurus yang melibatkan pengguna dan kumpulan masyarakat.

Penduduk tempatan Penduduk jiran dan komuniti yang berada di sekeliling firma.

Pihak perhubungan awamPihak yang mewujudkan interaksi, mengadakan majlis perjumpaan dan sesi soal jawab dengan penduduk tempatan.

Orang awam umumPihak awam yang berada di sekeliling perniagaan yang boleh menjejaskan imej organisasi. Imej organisasi boleh memberi kesan kepada tingkah laku pembeli.

Orang awam dalamPihak yang terlibat secara langsung dalam operasi perniagaan seperti pekerja, pengurus, sukarelawan dan ahli lembaga pengarah.

FirmaPihak yang boleh mencetak berita-berita terkini tentang pemasaran supaya orang awam dalam bersikap positif terhadap firma.

Page 8: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor Persekitaran Mikro

(e) Saluran pengagihan(i) Saluran pengagihan ialah pihak yang membantu firma bagi memperkenal, menjual dan mengedar barang dan perkhidmatan kepada pengguna akhir.

(ii) Firma pengeluar fizikal menyediakan perkhidmatan kemudahan pergudangan dan mengedar produk dari pusat pengeluaran ke lokasi lain.

(iii) Agensi perkhidmatan pemasaran menyediakan perkhidmatan penyelidikan pemasaran, pengiklanan dan media. (iv) Saluran kewangan termasuklah bank dan firma kredit yang menyediakan kemudahan urus niaga kewangan dan perlindungan risiko.

Page 9: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor Persekitaran Makro

1. Persekitaran makro merupakan tekanan faktor sosial yang luas terhadap firma.

2. Antara pihak yang terlibat dalam persekitaran makro adalah seperti yang berikut :• Demografi• Ekonomi • Sumber alam semula jadi• Teknologi• Politik• Kebudayaan

Page 10: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor Persekitaran Makro

(a) Demografi (i) Faktor demografi merujuk kajian berkaitan dengan populasi/manusia.

(ii) Antara contoh faktor demografi adalah seperti yang berikut:

• Saiz penduduk• Kepadatan• Tempat• Umur• Kelahiran• Jantina

• Perkahwinan• Tingkat kematian• Pekerjaan• Bangsa• Suku• Faktor statistik yang lain

(iii) Perubahan populasi dunia yang meningkat menyebabkan keperluan makanan melebihi daripada bekalan.

Page 11: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor Persekitaran Makro (Demografi)

(iv) Perubahan struktur umur menyebabkan peratus golongan tua melebihi daripada golongan muda.

(v) Perpindahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar telah menyebabkan jumlah penduduk bertambah dengan drastik.

(vi) Kecenderungan mendapatkan taraf pendidikan yang tinggi menyebabkan tuntutan kepada institusi pengajian tinggi semakin meningkat.

(vii) Peningkatan kepelbagaian etnik di dalam sebuah negara memberi kesan kepada strategi pemasaran.

Page 12: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor Persekitaran Makro

(b) Ekonomi(i) Faktor ekonomi ialah elemen-elemen yang boleh memberi kesan kepada kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna.

(ii) Perubahan pendapatan berlaku ekoran daripada kadar inflasi dan polisi agihan pendapatan.

(iii) Perubahan dalam corak perbelanjaan pengguna bergantung pada tingkat pendapatan.

(iv) Tingkat pemasaran turut mempengaruhi strategi pemasaran.

Page 13: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor Persekitaran Makro(c) Sumber alam semula jadi(i) Faktor alam semula jadi merujuk bahan yang diperlukan oleh pemasar sebagai input dan boleh memberi kesan terhadap aktiviti pemasaran.

(ii) Ketandusan bahan mentah seperti bekalan air yang tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah dalam operasi perkilangan dan sumber bahan semula jadi yang tidak boleh diganti seperti minyak dan arang batu.

(d) Teknologi(i) Persekitaran teknologi merujuk aktiviti mencipta teknologi baharu, mencipta prosuk baharu dan wujud peluang-peluang pekerjaan. ii) Peningkatan perubahan teknologi yang pantas memberi kesan dengan cepat terhadap penyelidikan dan kitaran hayat produk.

Page 14: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor Persekitaran Makro(e) Politik(i) Persekitaran politik merujuk undang-undang, kerajaan, agensi kerajaan dan kumpulan pendesak yang boleh mempengaruhi kebebasan sesebuah organisasi dan individu memberi kesan kepada masyarakat.

(ii) Kumpulan-kumpulan perniagaan berusaha melobi pihak kerajaan untuk menjaga kepentingan perniagaan masing-masing.

(f) Kebudayaan(i) Persekitaran kebudayaan ialah institusi dan lain kuasa yang memberi kesan terhadap masyarakat terhadap nilai, persepsi dan kesukaan tingkah laku.

(ii) Sub budaya merujuk sekumpulan manusia yang berkongsi sistem budaya yang sama berdasarkan pengalaman hidup yang serupa, dengan itu pemasar perlu melihat kehendak dan tabiat membeli yang berbeza.

Page 15: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Kaitan Antara Persekitaran Mikro dan Persekitaran Makro

Firma Perniagaan

Demografi

Ekonomi

Alam Sekitar

Teknologi

Politik

BudayaFirma

Pembekal

PelangganPesaing

Orang

Page 16: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Kotak Hitam Pembeli dan Respons Pembeli

1. Model gelagat pengguna mengkaji faktor yang mempengaruhi pengguna semasa membuat keputusan untuk membeli, mengguna dan melupuskan produk yang dibeli.

2. Oleh itu, organisasi harus berusaha untuk memahami secara mendalam bagaimana pengguna akan memberikan maklum balas terhadap ciri produk yang pelbagai, harga produk dan aktiviti pengiklanan yang dijalankan.

Page 17: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Kotak Hitam Pembeli dan Respons Pembeli

3. Model gelagat pengguna terdiri daripada tiga(3) komponen penting seperti yang berikut :

Rancangan Pemasaran

dan Persekitaran

Pemasaran

• Produk

• Harga

• Pengedaran

• Promosi

Rangsangan lain

• Ekonomi

• Teknologi

• Politik

• Budaya

Kotak Hitam Pembeli

Karakter pengguna/

pembeli

Proses keputusan pembelian

Respons Pembeli

• Sikap dan keutamaan pembelian

• Gelagat pembelian

• Gelagat berkaitan jenama dan syarikat

Page 18: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Kotak Hitam Pembeli dan Respons Pembeli

(a) Model gelagat pengguna dapat membantu pemasar menjawab persoalan mengenai pengguna seperti yang berikut:

(i) Apakah jenis produk yang dibeli?(ii) Di manakah produk tersebut dibeli?(iii) Bagaimanakah membeli produk tersebut?(iv) Bilakah membeli produk tersebut? dan(v) Mengapakah pengguna membeli produk tersebut?

(b) Model terbut dikenali sebagai model rangsangan dan tindak balas pengguna terhadap faktor rangsangan.

(i) Rangsangan pemasaran dan persekitaran Rangsangan tersebut membentuk Kotak Hitam Pembeli yang akhirnya akan mewujudkan tindak balas pembelian.

Page 19: Pemasaran - Model gelagat pengguna

• Rangsangan dibahagi kepada dua(2), iaitu:- Rangsangan pemasaran Rangsangan pemasaran terdiri daripada konsep 4P, iaitu produk, harga, pengedaran dan promosi.- Rangsangan persekitaran Rangsangan persekitaran meliputi faktor persekitaran ekonomi, teknologi, politik dan budaya.• Rangsangan - rangsangan yang wjud akan membentuk konsep Kotak Hitam Pembeli yang menggambarkan ciri-ciri pengguna dan proses keputusan pembelian.

(ii) Kotak Hitam Pembeli• Konsep Kotak Hitam memerlukan pemasar memahami kotak hitam pembeli.• Ciri-ciri pengguna akan menentukan bagaimana pengguna bertindak balas terhadap rangsangan. (iii) Respons Pembeli Kotak Hitam Pembeli akan menghasilkan tindak balas pembelian seperti pemilihan produk, pemilihan jenama, pemilihan jurujual, waktu pengguna membuat keputusan untuk membeli serta jumlah pembelian.

Kotak Hitam Pembeli dan Respons Pembeli

Page 20: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna

Terdapat lima(5) faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna dalam membuat keputusan pembelian, iaitu:

• faktor budaya• faktor sosial• faktor individu• faktor psikologi• faktor situasi

Page 21: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Budaya)

1. Budaya(a) Budaya ialah nilai asas kehidupan berasaskan kepada perkongsian makna, adat dan tradisi dalam kalangan masyarakat.

(b) Faktor budaya akan mempengaruhi sikap, kepercayaan, kehendak dan keutamaan terhadap sesuatu idea, aktiviti dan produk.

(c) Secara khusus, budaya mempengaruhi nilai, norma, keutamaan, kebiasaan dan kepercayaan sesuatu kumpulan pengguna. Budaya yang diamalkan boleh diwariskan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain.

(d) Latar belakang budaya akan mempengaruhi keputusan pengguna dalam memilih dan membeli produk.

Page 22: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Budaya)

2. Subbudaya(a) Subbudaya merujuk sesuatu kumpulan dalam masyarakat yang mempunyai kelainan yang dikongsi bersama berasaskan pengalaman hidup yang sama.

(b) Subbudaya wujud dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia dan boleh mempengaruhi keputusan pembelian pengguna.

(c) Subbudaya merangkumi aspek kewarganegaraan, keagamaan, kaum dan kawasan geografi yang membentuk segmen pasaran.

(d) Sebagai contoh, remaja di bandar gemar berpakaian mengikut perkembangan fesyen terkini berbanding remaja di luar bandar yang gemar berpakaian secara ringkas sahaja.

Page 23: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Sosial)

1. Faktor sosial merujuk taraf sosial yang menentukan bagaimana individu atau kumpulan diiktiraf dalam sesuatu masyarakat.

2. Faktor sosial terdiri daripada elemen penting seperti yang berikut:(a) Taraf sosial atau kelas sosial (i) Taraf sosial merujuk strata kedudukan pengguna dalam hierarki masyarakat berdasarkan tingkat pendapatan, jenis pekerjaan, latar belakang pendidikan dan kekayaan.

(ii) Faktor penentu taraf sosial ialah jumlah pendapatan, pekerjaan, pendidikan, harta dan keturunan.

(iii) Anggota masyarakat boleh dibahagikan kepada kumpulan pekerja kolar putih dan kolar biru berdasarkan jawatan dan kuasa yang dipegang.

(iv) Strategi pemasaran menggunakan taraf sosial untuk menentukan kumpulan manusia yang besar dengan persamaan yang jelas dalam menentukan jumlah, gaya dan bagaimana berbelanja.

(v) Sebagai contoh, kelas atasan memilih pemakaian, perabot dan kenderaan mewah manakala golongan berpendapatan rendah lebih gemar mengunjungi kedai yang murah dan berpatutan.

Page 24: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Sosial)

(b) Kumpulan rujukan, keahlian dan aspirasi

(i) Kumpulan rujukan, keahlian dan aspirasi merupakan satu lagi faktor sosial yang boleh mempengaruhi gelagat dan keputusan pembelian pengguna.

(ii) Hal ini disebabkan oleh pengguna cenderung terpengaruh dengan kumpulan rujukan dan aspirasi yang menjadi ikutan.

• Kumpulan rujukan- Kumpulan rujukan ialah kumpulan yang dijadikan sebagai sumber rujukan oleh pengguna dalam membentuk sikapnya.

- Sesetengah pengguna gemar mengikut cara pemakaian idola mereka yang terdiri daripada pemimpin dan artis terkenal, ahli sukan ternama ataupun teman rapat.

- Sebagai contoh. pengguna wanita yang meminati penyanyi tertentu mungkin akan terdorong untuk memilih tudung yang mempunyai rekaan yang sama.

Page 25: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Sosial)

• Kumpulan keahlian- Merujuk individu yang mempunyai perhubungan rapat dengan pengguna disebabkan minat yang sama, misalnya rakan sekerja dan rakan sepersatuan.- Golongan ini boleh mempengaruhi keputusan pembelian pengguna melalui dorongan dan desakan yang diberikan.- Sebagai contoh, pelajar yang berkawan dengan pelajar yang memakai kasut berjenama mungkin akan terpengaruh untuk membeli kasut jenama tersebut.

• Kumpulan aspirasi- Kumpulan aspirasi merupakan individu yang dikenali ramai.- Sebagai contoh, David Beckham dan Christiano Ronaldo telah menjadi sumber aspirasi golongan remaja dan peminat yang mengagumi kecekapannya dalam sukan bola sepak.- Pemasar boleh menggunakan kumpulan aspirasi dalam iklannya atau menjemput mereka untuk menghadiri sesi promosi jualan barangan sebagai salah satu strategi untuk meningkatknan sambutan terhadap prosuk keluaran mereka.

Page 26: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Sosial)

(c) Anggota keluarga (i) Anggota keluarga ialah individu yang sentiasa mendampingi dan menemani kita.

(ii) Keputusan pembelian antara anak yang telah berkahwin mungkin berbeza daripada anak yang belum berkahwin.

(iii) Pasangan suami isteri yang baru menjadi ibu bapa akan menggunakan sebahagian besar daripada pendapatan untuk menyara keluarga baharu mereka seperti membeli makanan dan kelengkapan rumah serta kemudahan kesihatan dan pengangkutan.

Page 27: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Individu)

Keputusan pembelian pegguna dipengaruhi oleh ciri-ciri peribadi seperti yang berikut:

1. Umur dan tahap kitaran hidup(a) Umur dan tahap kitaran hidup mempengaruhi perubahan membeli barang dan perkhidmatan oleh pembeli.(b) Dengan itu, pemasar perlu membangunkan produk yang sesuai mengikut tahap kitaran hidup pengguna.

2. Pekerjaan(a) Pekerjaan seseorang boleh mempengaruhi seseorang membeli barang dan perkhidmatan.(b) Pekerja kolar biru lebih cenderung membeli pakaian yang lasak berbanding kolar putih yang lebih cenderung membeli pakaian eksklusif. 3. Gaya hidup (a) Gaya hidup ialah corak kehidupan seseorang melalui aktiviti, minat dan pandangan. (b) Gaya hidup pengguna dilihat secara lebih menyeluruh berbanding dengan taraf hidup dan personaliti lain.

Page 28: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Individu)

4. Personaliti(a) Personaliti merujuk keunikan ciri-ciri psikologikal yang menguasai kehidupan dan tindak balas yang berkekalan dalam persekitaran kehidupan seseorang.(b) Personaliti dapat dijelaskan melalui keyakinan diri, dominan, kebolehan bergaul, autonomi, kebolehan menyesuaikan diri dan agresif.(c) Personaliti digunakan untuk menganalisis gelagat pengguna dalam pemilihan sesuatu produk dan jenama.

5. Konsep kendiri(a) Konsep kendiri (imej kendiri) menggambarkan asas premis konsep kendiri dengan pemilikan seseorang yang menyumbangkan dan refleksi identiti seseorang. (b) Pemasar perlu memahami terlebih dahulu kaitan antara tingkah laku pengguna dan pemilikan seseorang.

Page 29: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Psikologi)

1. Persepsi atau tanggapan pengguna(a) Persepi merupakan proses manusia memilih, menyusun dan menterjemahkan maklumat untuk mendapat gambaran keseluruhan.

(b) Terdapat tiga (3) proses persepsi, iaitu: (i) Penumpuan terpilih Manusia akan memilih maklumat tertentu untuk diberi tumpuan. (ii) Gangguan terpilih Manusia akan memberi makna kepada sesuatu maklumat mengikut kepercayaan masing- masing. (iii) Simpanan terpilih Manusia akan memilih untuk menyimpan atau mengingati sebahagian daripada maklumat.

(c) Pengguna menggunakan pancaindera mereka untuk membuat persepsi atau tanggapan melaui deria bau, rasa, dengar dan lihat untuk membuat keputusan pembelian. (d) Sebagai contoh, Pizza Hut sering memperkenalkan piza dengan inti baharu untuk menarik pelanggannya. Hal ini akan membantu memenuhi keperluan pengguna yang mempunyai cita rasa yang berlainan. (e) Secara rasionalnya, pengguna yang rasional akan membuat pilihan yang terbaik.

Page 30: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Psikologi)

(f) Teknik yang lazimnya digunakan oleh pengguna semasa membuat pilihan adalah seperti yang berikut: (i) Perhatian terpilih• Pengguna terdedah kepada pelbagai jenis rangsangan melalui iklan di media massa.• Pengguna mudah memberikan perhatian terhdap iklan tertentu yang mempunyai daya tarikan tersendiri.• Keputusan pembelian yang akan dibuat bergantung pada persepsi pengguna terhadap kebenaran iklan tersebut berbanding produk yang sama yang pernah digunakan sebelumnya.

(ii) Rekaan terpilih• Rekaan terpilih merujuk persepsi pengguna terhadap produk yang sama yang mungkin pernah atau sedang digunakan tetapi dengan rekaan terbaharu.• Oleh itu, pengguna akan cuba mempertahankan rekaan terdahulu berbanding rekaan terbaharu kerana produk tersebut telah dimilikinya. - Pengguna mungkin menokok tambah keistimewaan produk lama berbanding produk baharu seperti kereta Perdana dianggap lebih baik daripada kereta Perdana V6 disebabkan kos servis dan alat ganti yang lebih murah.

Page 31: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Psikologi)

(iii) Pengekalan terpilih • Pengekalan terpilih merujuk pada persepsi atau tanggapan pengguna semasa membuat pemerhatian terhadap keluaran pemasar.• Jika sesuatu keluaran telah menjadi pilihan, pengguna akan cuba mengekalkan penggunaan keluaran tersebut.

2. Pembelajaran (a) Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku pengguna berdasarkan pengalaman seseorang.

(b) Pembelajaran terdiri daripada gabungan kemahuan, motif dan rangsangan yang menentukan bila, di mana dan bagaimana.

(c) Pembelajaran diperoleh pengguna melalui proses pemerhatian dan pengalaman lalu. (d) Pengguna cenderung membaiki kemahirannya dalam membuat keputusan pembelian, iaitu dari segi menentukan keperluan, mencari alternatif, menilai alternatif dan memilih alternatif terbaik yang dapat memenuhi keperluan dan kehendaknya.

Page 32: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Psikologi)

3. Personaliti (a) Personaliti ialah sifat peribadi yang dilihat dan diukur dengan jelas dan mampu mempengaruhi gelagat pengguna dalam membuat keputusan pembelian. (b) Personaliti pengguna amat dipengaruhi oleh cara atau gaya kehidupannya.(c) Sebagai contoh, seorang pengguna yang pemalu tidak akan membeli pakaian yang seksi atau berwarna cerah.(d) Malah, pengaruh personaliti menyebabkan pengguna yang hidup mewah memilih produk berjenama dan berkualiti.

4. Sikap (a) Sikap merujuk tingkah laku dan tindak balas pengguna berasaskan perasaan dan kemahuan apabila berhadapan dengan produk di pasaran. (b) Sebagai contoh, produk import biasanya menjadi rebutan dalam kalangan pengguna kerana mereka menganggap kualiti produk import adalah jauh lebih baik berbanding produk buatan tempatan.

(c) Anggapan ini timbul disebabkan oleh sikap pengguna yang suka memilih, membanding dan mengkritik sesuatu produk dengan produk yang lain walaupun menyedari bahawa setiap produk yang berada dalam pasaran mempunyai kualiti yang berlainan.

Page 33: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Psikologi)

5. Motivasi (a) Motivasi ialah penggerak yang boleh menyebabkan seseorang individu berusaha untuk memenuhi kemahuan atau kehendaknya bagi mencapai kepuasan.(b) Teori Maslow membahagikan keperluan manusia kepada lima(5) bahagian, iaitu bermula dripada keperluan paling bawah kepada keperluan atasan, iaitu(i) keperluan fisiologi,(i) keperluan keselamatan,(iii) keperluan sosial,(iv) keperluan penghargaan dan(v) keperluan pencapaian diri

6. Kepercayaan (a) Kepercayaan merujuk penghuraian tentang pemikiran seseorang terhadap tentang sesuatu berasaskan pengetahuan sebenar, pandangan, keyakinan dan memberi kesan kepada faktor emosi. (b) Pemasar perlu mengetahui produk dan perkhidmatan yang spesifik kerana kepercayaan boleh membentuk imej produk dan jenama, seterusnya memberi kesan kepada gelagat pembelian.

Page 34: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor Situasi)

1. Faktor situasi boleh mewujudkan perasaan umum terhadap tanggapan pengguna semasa membeli seperti masa membeli, tempat membeli dan musim atau cuaca.

2. Sebagai contoh, pasar raya jarang dikunjungi pengguna semasa cuaca buruk dan hari bekerja, tetapi pada hujung minggu, cuti umum, dan musim perayaan, pasar raya akan dibanjiri pengguna daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Page 35: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor-Faktor Lain)[Faktor Demografi]

Faktor demografi yang boleh mempengaruhi keputusan pembelian pengguna ialah umur, jantina, bangsa, agama dan latar belakang pendidikan.

1. Umur (a) Kategori umur terbahagi kepada empat(4) jenis golongan, iaitu kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.(b) Setiap kategori umur boleh membentuk keputusan pembelian yang berbeza antara satu sama lain.(c) Sebagai contoh, kanak-kanak lebih berminat membeli permainan, tetapi keputusan pembelian dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut.

2. Jantina (a) Jantina merujuk faktor pengguna lelaki dan perempuan, corak pembelian golongan lelaki tidak sama dengan golongan wanita. (b) Golongan lelaki lebih cenderung membeli produk sukan berbanding golongan wanita tertumpu kepada barangan perhiasan diri.

Page 36: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor-Faktor Lain)[Faktor Demografi]

3. Bangsa (a) Bangsa merujuk kaum yang mendiami sesuatu kawasan atau tempat.(b) Sebagai contoh, di Malaysia kaum utama ialah Melayu, Cina,India, Kadazandan dan Iban.(c) Setiap kaum mempunyai kepercayaan tersendiri yang boleh mempengaruhi pembelian.

4. Agama (a) Setiap agama yang dianuti mempunyai pegangan kehidupan masing-masing.(b) Sebagi contoh, penganut Islam akan membeli pakaian yang menutup aurat kerana merupakan tuntutan kewajipan penganut agama Islam.

5. Latar belakang pendidikan(a) Latar belakang pendidikan terbahagi kepada pendidikan sekolah rendah, pendidikan lepasan sekolah menengah dan pendidikan lepasan universiti. (b) Tahap pendidikan melambangkan taraf sosial dalam masyarakat. (c) Keputusan pembelian pengguna berpendapatan tinggi lebih cenderung membeli produk yang berkualti tinggi.

Page 37: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna (Faktor-Faktor Lain)[Faktor Campuran Pemasaran]

1. Faktor campuran pemasaran memberikan tumpuan kepada teknik dan strategi yang digunakan oleh pemasar untuk memasarkan produk mereka.

2. Pemasar akan menggunakan pelbagai strategi untuk meningkatkan hasil seperti menggunakan reka bentuk yang unik, warna yang menarik, memperbaik ciri-ciri produk dan membuat tawaran harga yang menarik.

3. Setiap strategi yang digunakan boleh mempengaruhi gelagat pengguna dalam membuat keputusan pembelian.

Page 38: Pemasaran - Model gelagat pengguna

Faktor yang Mempengaruhi Gelagat Pengguna Faktor Unsur

Faktor budaya • Budaya • Subbudaya

Faktor sosial • Kelas sosial• Kumpulan rujukan • Anggota keluarga

Faktor individu• Umur dan tahap kitaran hidup• Pekerjaan

• Personaliti • Konsep kendiri• Gaya hidup

Faktor psikologi• Persepsi• Pembelajaran• Personaliti

• Sikap• Motivasi• Kepercayaan

Faktor situasi• Tempat membeli• Masa membeli• Tujuan membeli

• Musim atau cuaca• Faedah penggunaan produk• Kaedah pembayaran

Faktor demografi• Umur • Jantina• Bangsa

• Agama• Pendidikan• Pendapatan

Faktor campuran pemasaran

• Produk• Harga

• Promosi• Pengedaran

Page 39: Pemasaran - Model gelagat pengguna

SekianTerima Kasih