13
Kepelbagaian Sumber Di Bumi By Putri Zasnim Hafify bt Zasmawi

Kepelbagaian sumber di bumi Tingkatan 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

band 6

Citation preview

Page 1: Kepelbagaian sumber di bumi Tingkatan 2

Kepelbagaian Sumber Di Bumi

ByPutri Zasnim Hafify bt Zasmawi

Page 2: Kepelbagaian sumber di bumi Tingkatan 2

Pemeliharaan dan Pemuliharaan sumber di Bumi. Maksud Pemeliharaan dan Pemuliharaan. Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan . Kepentingan air kepada manusia dan haiwan. Kepentingan air kepada tumbuh-tumbuhan. Kepentingan Udara Kepada Manusia. Kepentingan tanah kepada tumbuh-tumbuhan. Kepentingan tanah kepada haiwan. Kepentingan tanah kepada manusia. Kepentingan benda hidup kepada manusia.  

Isi Kandungan

Page 3: Kepelbagaian sumber di bumi Tingkatan 2

1. Bumi kita dilitupi dengan pelbagai sumber seperti tanah,air,udara,hidupan,bahan api fosil dan mineral.

2. Ia juga dikira sebagai sumber yang paling penting di bumi.

3. Sumber sumber asas ini amat diperlukan untuk mengekalkan proses kehidupan manusia dan semua organisma yang hidup di bumi.

4. Peningkatan populasi dunia sumber sumber ini akan terjejas atau kehabisan jika tidak digunakan secara bijaksana.

Pemeliharaan dan Pemuliharaan sumber di Bumi

Page 4: Kepelbagaian sumber di bumi Tingkatan 2

• Pemeliharaan Tindakan melindungi sumber sumber di bumi tersebut supaya dapat meningkatkan keadaan semula jadinya.

• Pemuliharaan Cara penggunaan, pengendalian dan pengurusan sumber alam untuk mengelakkan kerugian, kerosakan dan pembaziran.

. Maksud Pemeliharaan dan Pemuliharaan

Page 5: Kepelbagaian sumber di bumi Tingkatan 2

1. Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar amat perlu dilaksanakan kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.

2. Pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada alam sekitar dan juga manusia.

3. Air merupakan sumber yang paling penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan sungai agar sumber air yang kita perolehi selamat untuk digunakan.

Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan

Page 6: Kepelbagaian sumber di bumi Tingkatan 2

Melarutkan  bahan makanan  dan oksigen bagi memudahkan ianya diangkut oleh darah ke sel-sel yang memerlukan.

Melarutkan bahan buangan  seperti urea untuk disingkirkan dari sel-sel badan.

Mengawal dan mengekalkan suhu badan pada 37°C. Haba yang berlebihan didalam badan akan disingkirkan bersama-sama dengan peluh dan air kencing . Penyejatan peluh akan menyejukkan permukaan kulit.

Mengawal kepekatan  darah supaya darah mudah untuk dipam oleh jantung ke seluruh badan.

Sebagai medium bagi membolehkan proses-proses kimia dan metabolisma berlaku didalam sel-sel badan.

Kepentingan air kepada manusia dan haiwan

Page 7: Kepelbagaian sumber di bumi Tingkatan 2

Membantu proses fotosintesis  pada tumbuh-tumbuhan hijau dan percambahan biji benih dan spora.

Melarutkan garam-garam mineral  dan  bahan-bahan makanan yang akan diangkut ke bahagian-bahagian lain tumbuhan tersebut.

Mengekalkan kesegaran sel tumbuhan. Memberikan sokongan keapungan kepada tumbuh-tumbuhan

akuatik seperti Elodea, Cabomba, dan Hydrilla. Menyejukkan tumbuhan melalui proses transpirasi

(penyejatan air pada permukaan daun melalui stoma). Air juga penting kepada manusia untuk menjalankan aktiviti-

aktiviti seperti perlombongan, perkapalan dan pengangkutan, penjanaan kuasa, pengairan, rekreasi, memasak, minum,dan juga membasuh

Kepentingan air kepada tumbuh-tumbuhan

Page 8: Kepelbagaian sumber di bumi Tingkatan 2

Udara mengandungi oksigen yang mana ianya penting untuk pernafasan.

Karbon dioksida didalam udara amat diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan bagi menjalankan fotosintesis yang mana ianya penting untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan Ini amatlah penting bagi manusia kerana tumbuh-tumbuhan adalah sumber makanan bagi manusia.

Oksigen juga diperlukan untuk tujuan pembakaran .

Kepentingan Udara Kepada Manusia

Page 9: Kepelbagaian sumber di bumi Tingkatan 2

  Tumbuhan memerlukan air dan mineral untuk

membesar . Tanpa air didalam tanah , mineral tidak boleh dilarutkan , dan ianya akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan sesuatu tumbuhan itu terbantut .

Akar tumbuhan memerlukan udara didalam tanah bagi menjalankan respirasi

Kepentingan tanah kepada tumbuh-tumbuhan

Page 10: Kepelbagaian sumber di bumi Tingkatan 2

Tanah adalah habitat (habitat semula jadi) bagi makhluk-makhluk kecil seperti semut, larva serangga, bakteria, dan cacing tanah.

Makhluk-makhluk ini boleh hidup di dalam tanah kerana terdapat air dan udara yang terperangkap didalam gumpalan tanah

Kepentingan tanah kepada haiwan

Page 11: Kepelbagaian sumber di bumi Tingkatan 2

Untuk menjalankan aktiviti penternakan dan pertanian. Untuk menghasilkan kraftangan daripada tanah liat dan

kaca. Sebagai tapak pembinaan bagi kawasan perumahan,

bangunan, dan kilang-kilang. Sebagai sumber untuk bekalan bahan api seperti

petroleum, gas asli, dan arang batu . Sebagai sumber utama untuk pelbagai bahan-bahan

kimia dan mineral. Untuk pengekstrakan logam-logam seperti timah ,

emas , dan besi . Logam-logam adalah bahan utama dalam pembinaan bangunan-bangunan dan jentera.

Kepentingan tanah kepada manusia

Page 12: Kepelbagaian sumber di bumi Tingkatan 2

Benda-benda hidup menyediakan makanan yang diperlukan bagi membekalkan tenaga untuk menjalankan kerja dan aktiviti harian, untuk menjaga kesihatan dan tumbesaran badan dan untuk pembiakan.

Pakaian yang dihasilkan daripada benda-benda hidup diperlukan bagi memanaskan badan serta melindungi diri dari sejuk dan hujan.

Bahan binaan dari benda-benda hidup diperlukan bagi membina rumah dan bangunan-bangunan untuk perlindungan daripada cuaca melampau, dan juga untuk membuat perabot, kraftangan dan kapal-kapal.

Kepentingan benda hidup kepada manusia

Page 13: Kepelbagaian sumber di bumi Tingkatan 2

TAMAT