12
NURUL WARDAH NAZIFAH BINTI RAZALI A139307 TERJEMAHAN ARAB MELAYU ARAB 2 PPPJ2443 JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM, UKM

Kepelbagaian terjemahan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

NURUL WARDAH NAZIFAH BINTI RAZALI A139307 TERJEMAHAN ARAB – MELAYU – ARAB 2 PPPJ2443 JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM, UKM

Citation preview

Page 1: Kepelbagaian terjemahan

NURUL WARDAH NAZIFAH BINTI RAZALIA139307

TERJEMAHAN ARAB – MELAYU – ARAB 2 PPPJ2443

JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM, UKM

Page 2: Kepelbagaian terjemahan

FAKTOR-FAKTOR KEPELBAGAIAN TERJEMAHAN

Page 3: Kepelbagaian terjemahan

Banyaknya Jenis Bahan yang Diterjemahkan

Terjemahan yang sesuai bagi satu jenisbahan tidak semestinya sesuai bagi jenis-jenis bahan yang lain.

Cth: teknik dan gaya terjemahan yang sesuai untuk buku teks tentulah tidakserupa dengan terjemahan bahan berita, iklan, skrip drama & lain-lain.

Page 4: Kepelbagaian terjemahan

Banyaknya Tujuan Bahan itu Diterjemahkan

Setiap terjemahan mempunyai tujuan tersendiri mengikutkeperluan terjemahan.

Gaya & teknik terjemahan yang digunakan mestilah dipilihuntuk mencapai tujuan itu.

Lain tujuan, lain teknik & gaya terjemahan yang digunakan.

Cth: buku-buku teks diterjemahkan bertujuan supaya pelajardapat membaca & belajar maklumat yang terkandung dalambuku itu , bukan untuk mendapatkan keindahan bahasa di dalamnya.

Cth: teks yang tertulis pada label-label & bungkusan produkpengguna berfungsi memberitahu pengguna cara-cara yang betul menggunakan produk tersebut. Jika tidak, ia bolehmembahayakan pengguna.

Page 5: Kepelbagaian terjemahan

Banyaknya Keperluan Pembaca yang Membaca Terjemahan itu

• Setiap orang membaca kerana mempunyaikeperluannya sendiri.

• Para pembaca mempunyai tujuan khususmengapa dia membaca.

• Cth: buku-buku cerita dibaca kerana sipembaca hendak menghiburkan diri melaluipembacaan buku itu. Maka, gaya terjemahanmestilah dapat menghiburkan pembacanya.

Page 6: Kepelbagaian terjemahan

Antara faktor lain yang menyebabkankepelbagaian terjemahan

• Terjemahan sesuatu dokumen dipengaruhioleh unsur-unsur tujuan dokumen ituditerjemahkan.

• Cth: surat-surat rasmi, novel, buku agama & lain-lain.

Jenis teks yang diterjemahkan

• Setiap penulis mempunyai tujuan tersendiridalam menulis. Begitu juga dgn penterjemahyang mempunyai tujuan tersendiri dalammemilih sesuatu bahan untuk diterjemahkan.

• Cth: ada yang menulis untuk mengubah sikap, mendapat simpati, menegur pembaca & sebagainya.

• Ada penterjemah yang menterjemahkan karyasi penulis kerana dia juga bertujuan yang samaseperti penulis atau ada juga yang berlainantujuan.

Tujuan atau maksudpenulis asal & penterjemah

Page 7: Kepelbagaian terjemahan

• Antara faktor-faktor yang mesti diambilkira oleh penterjemah ialah:

• 1) Adakah pembaca terdiri daripadagolongan pakar?

• 2) Taraf pendidikan pembaca

• 3) Bidang yang diminati pembaca

• 4) Umur pembaca

• 5) Asal pembaca

• 6) Loghat bahasa pembaca

• 7) Jantina pembaca

• 8) Bagaimanakah terjemahan itudigunakan?

Jenis pembacaterjemahan

(Ainon Mohd danAbdullah Hassan,

2008)

Page 8: Kepelbagaian terjemahan

Terjemahan yang Betul

• sesuatu terjemahan itu dikatakan sama adabetul atau salah ditentukan oleh siapa yang akan membaca terjemahan itu.

• Terjemahan yang betul dapat dibuktikanapabila pembaca faham apa yang dibacanya.

• Seorang penterjemah mesti memastikanterjemahannya tidak akan menyebabkanpembaca tersalah tafsir.

Page 9: Kepelbagaian terjemahan

Perkara yang boleh Menyebabkan Pembaca tidakFaham ataupun Tersalah Tafsir Sesuatu Terjemahan

Ungkapan asing

• Cth: ayat “dagingnya lemah tetapi semangatnya kuat”. Perkataan ‘daging’ tidak dapat diteka oleh minda orang melayu.

• Ayat itu ialah terjemahan harfiah bagi ungkapan inggeris “the flesh is weak but the spirit is strong” yang bermaksud “nafsu kuat tetapi tenagakurang”.

Nahu asing

• Cth: ayat “ atas kematiannya tempatnya telah diambil oleh anaknya” adalah terjemahan ayat inggeris “upon his death he was succeeded by his son”.

• Ayat itu boleh ditulis semula dalam bahasa Melayu sebagai “apabila diameninggal dunia, dia digantikan oleh anak lelakinya”.

Page 10: Kepelbagaian terjemahan

Sambungan…

Ungkapan serupa

• Pembaca mungkin tidak faham kerana adanya ungkapan yang serupadalam bahasa asal dan bahasa penerima, tetapi mempunyai maksud yang berlainan.

• Cth: ungkapan ‘isteri muda’ dan ungkapan bahasa inggerisnya ialah‘young wife’.

• Ungkapan ‘isteri muda’ bermaksud menerangkan status isteri.

• Manakala ungkapan ‘young wife’ pula bermaksud menerangkan usiaisteri itu.

Page 11: Kepelbagaian terjemahan

Rumusan

Seseorang penterjemah mesti mengambilkira perkara-perkara berkaitan pembaca untukmemastikan terjemahan yang dilakukandifahami oleh pembaca.

Semua teori teori terjemahan adalahuntuk memastikan pembaca memahamimaksud sebenar pengarang teks asal.

Page 12: Kepelbagaian terjemahan