Upload
azhar-alias
View
349
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
HUB 1083/HTBB 1023 : ENTREPENEURSHIP IN FOOD INDUSTRY FOR YOUNG
CHILDREN
TAJUK
1. PRODUK MAKANAN BERKHASIAT UNTUK KANAK-KANAK
2. PRODUK MINUMAN BERKHASIAT UNTUK KANAK-KANAK
3. PRODUK PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK
4. PROMOSI PRODUK
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO. MATRIKHAFIZAH BINTI MOHD JAINI
TARIKH SERAHAN : _________________________
PRODUK MAKANAN BERKHASIAT UNTUK KANAK-KANAK
Produk makanan berkhasiat untuk kanak-kanak ini dinamakan sebagai Cliff Kid Zfruit +
Veggie. Produk snek makanan ini dinamakan sebagai Cliff Kid Zfruit + Veggie kerana ia
mengandungi bahan-bahan makanan yang berasaskan buah-buahan serta sayur-sayuran. Produk
makanan ini juga merupakan snek makanan berkhasiat yang mampu membekalkan tenaga, vitamin
dan serat untuk perkembangan kanak-kanak. Cliff Kid Zfruit + Veggie juga merupakan snek yang
lazat dengan pelbagai perisa seperti blueberry, cherry dan mango. Perisa sedia ada untuk snek ini
sememangnya digemari oleh kanak-kanak dan ianya juga mudah dibawa terutamanya dalam bekas
makan tengahari kerana bentuk pembungkusannya yang kecil dan padat. Snek Cliff Kid Zfruit +
Veggie juga didatangkan dengan pelbagai warna pembungkusan yang menarik iaitu warna merah
untuk perisa cherry, warna biru untuk perisa blueberry dan warna kuning untuk perisa mango.
Cliff Kid Zfruit + Veggie dalam bekas makan tengahari
Perisa Cherry Perisa Blueberry Perisa Mango
Bahan-bahan yang terkandung dalam snek makanan berkhasiat ini ialah puri epal organik,
jus kentang manis, inulin organik, puri kentang manis, puri lobak organik, perisa semulajadi, jus ubi
bit merah organik, pektin, jus lemon organik dan asid sitrik. Jika diteliti pada kandungan bahan-
bahan dalam snek Cliff Kid Zfruit + Veggie ternyata ianya diperbuat daripada bahan-bahan
semulajadi dan organik. Bahan-bahannya juga terdiri daripada sayuran dan buah-buahan yang
terkenal dengan kandungan vitamin dan serat yang tinggi. Sebagai contoh, ubi bit merah
mempunyai kandungan vitamin A, B1, B2, B6, B12 dan C yang tinggi untuk kesihatan tubuh dan
kecantikan kulit. Ia juga mengandungi Beta-Karotena dan Karotenoid yang merupakan agen anti-
oksida. Selain itu, lobak juga amat berfaedah untuk kanak-kanak kerana ia merupakan sumber yang
kaya dengan vitamin A dan B yang membantu menghasilkan daya penglihatan yang baik untuk
kanak-kanak. Lobak juga membantu meningkatkan kuasa imuniti untuk menentang penyakit dan
lobak juga mempunyai kandungan kalori yang banyak membantu untuk meningkatkan kuasa
ingatan kanak-kanak. Sebagaimana ubi bit merah, lobak juga mempunyai kandungan Beta-
Karotena, Alfa-Karotena dan Lutein yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Buah epal
yang terkandung dalam snek Cliff Kid Zfruit + Veggie pula dapat membantu meredakan masalah
sembelit di kalangan kanak-kanak dan kandungan seratnya yang tinggi juga dapat mencegah kanak-
kanak daripada cepat berasa lapar. Berikut merupakan fakta nutrisi yang terkandung dalam snek
berkhasiat Cliff Kid Zfruit + Veggie :
Menurut fakta nutrisi, produk snek berkhasiat Cliff Kid Zfruit + Veggie disediakan dalam
bentuk bar dengan berat setiap 1 bar adalah 18 gram dan kandungan kalori sebanyak 50 kalori.
Ternyata Cliff Kid Zfruit + Veggie tidak mempunyai sebarang kandungan lemak trans dan lemak
tepu. Ianya juga tidak mempunyai kandungan kolesterol dan ini amat bagus sebagai makanan diet
untuk kanak-kanak. Produk Cliff Kid Zfruit + Veggie juga bebas dari gluten. Gluten merupakan
sejenis protein yang didapati dalam endosperma gandum, barli atau oat. Alahan terhadap gluten
adalah tindakbalas imun pada usus dan ianya boleh berlaku sebaik sahaja pengambilan makanan
bijirin untuk kali pertama. Alahan pada gluten boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami cirit-
birit, kembung perut yang kronik, kurang selera makan dan sukar menambah berat badan. Oleh
yang demikian, produk snek berkhasiat Cliff Kid Zfruit + Veggie adalah amat sesuai untuk kanak-
kanak kerana ianya bebas gluten.
Selain itu, produk snek berkhasiat Cliff Kid Zfruit + Veggie juga tidak mengandungi
kandungan fruktosa sirap jagung yang tinggi, kandungan minyak terhidrogenasi, pengawet sintetik,
perisa tiruan dan lemak trans. Kesemua ini merupakan nilai tambah kepada produk snek berkhasiat
Cliff Kid Zfruit + Veggie menjadikan ia makanan yang sesuai untuk kanak-kanak. Cliff Kid Zfruit +
Veggie dijual dengan harga RM5.00 sekotak yang mengandungi 5 bar dalam setiap kotak. Ternyata
harga yang diperuntukan untuk Cliff Kid Zfruit + Veggie adalah amat berpatutan dan mampu dibeli.
PRODUK MINUMAN BERKHASIAT UNTUK KANAK-KANAK
Selain makanan yang berkhasiat, kanak-kanak juga memerlukan minuman yang berkhasiat
juga sebagai pelengkap kepada hidangan makanan dan minuman seharian. Oleh yang demikian,
produk minuman berkhasiat yang boleh dinikmati oleh kanak-kanak ialah produk minuman Good 2
Grow. Produk minuman berkhasiat Good 2 Grow merupakan minuman jus buah-buahan pelbagai
perisa yang sememangnya berkhasiat dan digemari oleh kanak-kanak. Produk minuman Good 2
Grow merupakan minuman jus buah-buahan asli tanpa pewarna tiruan, perisa tiruan dan pengawet
tiruan. Produk minuman ini juga adalah minuman jus buah-buahan asli, mengandungi kandungan
gula yang rendah dan kandungan fruktosa sirap jagung yang rendah. Produk minuman Good 2
Grow didatangkan dengan emapt jenis perisa yang lazat iaitu perisa strawberry-kiwi, apple, fruit
punch dan tropical fruit medley. Kanak-kanak juga pasti tertarik dengan bentuk pembungkusan
botol minuman Good 2 Grow ini kerana ia didatangkan dengan bentuk yang menarik, mudah
dipegang dan kapasiti yang sesuai untuk kanak-kanak iaitu variasi 177ml dan 237ml. Botol
minuman Good 2 Grow juga disertakan dengan penutup botol yang menarik dengan karektor
kartun yang pasti menarik minat kanak-kanak untuk mendapatkannya. Selain itu, botol minuman
Good 2 Grow juga adalah bebas BPA, tidak mudah tumpah dan boleh dikitar semula.
Minuman Good 2 Grow berperisa epal terdiri daripada jus epal organik, air mineral, perisa
semulajadi, asid sitrik dan asid askorbik. Manakala, Good 2 Grow berperisa strawberry-kiwi pula
terdiri daripada jus strawberry organik, jus kiwi organik, air mineral, perisa semulajadi, asid sitrik,
asid askorbik dan Vitamin A Palmitat. Variasi Tropical Fruit Medley pula mengandungi air mineral,
jus epal organik, jus lobak merah organik, jus ubi gula, asid sitrik, asid askorbik (Vitamin C), perisa
semulajadi, D-Alpha-Tokoferol Asetat (Vitamin E) dan Vitamin A Palmitat. Manakala, perisa Fruit
Punch pula mengandungi jus epal organik, jus anggur organik, jus Pear organik, air mineral, asid
sitrik, asid askorbik dan perisa semulajadi. Good 2 Grow juga minuman yang sesuai untuk kanak-
kanak kerana ia tiada gula tambahan, tanpa pewarna tiruan, tanpa perisa tiruan dan tanpa bahan
pengawet. Lobak merah yang terkandung dalam produk minuman Good 2 Grow juga amat
berfaedah untuk kanak-kanak kerana ia merupakan sumber yang kaya dengan vitamin A dan B yang
membantu menghasilkan daya penglihatan yang baik untuk kanak-kanak. Lobak merah juga
membantu meningkatkan kuasa imuniti untuk menentang penyakit dan ia juga mempunyai
kandungan kalori yang banyak membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan kanak-kanak. Selain
itu, lobak merah juga mempunyai kandungan Beta-Karotena, Alfa-Karotena dan Lutein yang
membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Jus anggur organik yang terkandung dalam produk
minuman Good 2 Grow mempunyai banyak khasiat seperti tinggi kandungan Vitamin C,
mempunyai kalori yang rendah dan mengandungi bahan phytonutrien yang merupakan bahan aktif
dipercayai dapat melindungi badan manusia daripada penyakit jantung. Jus kiwi pula merupakan
makanan yang amat baik untuk kanak-kanak kerana ia mengandungi Vitamin C dua kali ganda lebih
banyak daripada buah oren, dua kali ganda Vitamin E daripada buah avokado dan kandungan serat
yang tinggi.
Perisa epal Perisa Tropical Fruit Medley Perisa Fruit Punch
Dari segi fakta nutrisinya, produk minuman Good 2 Grow ini tidak mempunyai sebarang
kandungan lemak, nilai kandungan sodium antara 5mg hingga 15mg mengikut perisa, nilai
kandungan karbohidrat antara 15g hingga 20g mengikut perisa dan nilai kandungan gula antara 14g
hingga 25g dan nilai kalori antara 60 hingga 110. Harga untuk produk minuman Good 2 Grow ini
amatlah berpatutan dengan harga RM4.00 sebotol.
PRODUK PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK
Kanak-kanak sememangnya sinonim dengan barang permainan kerana mereka ini cenderung
untuk meneroka, mengkaji dan mencuba sesuatu yang baru. Oleh yang demikian, pemilihan barang
permainan untuk kanak-kanak adalah perlu supaya permainan tersebut adalah permainan yang
berunsur pendidikan secara langsung mahupun tidak langsung. Hal ini dapat mengelakkan kanak-
kanak daripada membuang masa dengan bermain permainan yang melekakan dan tidak mempunyai
unsur-unsur pendidikan.
Oleh itu, produk permainan yang dinamakan sebagai Beg Bimbit Pelbagai Fungsi atau
Multi-Function Briefcase ini dapat memenuhi kehendak pembelajaran dan bermain dalam masa
yang sama. Produk permainan ini merupakan educational toy atau permainan berunsurkan
pendidikan kerana ia mengandungi set-set magnet huruf, abjad, nombor dan simbol yang
berunsurkan pendidikan. Produk ini didatangkan dengan satu bekas berbentuk beg bimbit, set-set
magnet huruf, nombor, abjad dan simbol sebanyak 78 kepingan; satu unit pemadam, satu unit pen
dan 4 unit kapur tulis. Peralatan yang terkandung dalam produk ini diberi sentuhan warna yang
pelbagai dan mampu menarik minat kanak-kanak. Segala peralatan yang terkandung dalam
permainan ini juga dibina daripada bahan plastik bukan kitar semula dan diakui selamat untuk
kanak-kanak serta mendapat persijilan EN71. Bahan binaannya yang terdiri daripada plastik
berkualiti tinggi serta ringan akan memudahkan kanak-kanak untuk membawanya sendiri.
Rekabentuk produk permainan Multi-Function Briefcase ini juga adalah diaplikasikan daripada
bentuk yang paling terkini, aerodinamik serta kurang bucu-bucu yang tajam bagi mengelakkan
sebarang kecederaan.
Produk permainan Multi-Function Briefcase ini juga mempunyai papan tulis di kedua-dua
belah. Bahagian muka papan tulis berwarna putih adalah untuk penulisan menggunakan pen dan
bahagian muka papan tulis berwarna biru pula adalah untuk penulisan menggunakan kapur tulis.
Dengan adanya papan tulis ini, ia dapat merangsang kanak-kanak untuk menulis dan melukis
menggunakan kreativiti dan imaginasi sendiri.
Selain itu, produk permainan Multi-Function Briefcase ini juga mempunyai set-set magnet
yang terdiri daripada huruf, abjad, nombor dan simbol. Secara tidak langsung, kanak-kanak akan
belajar untuk mengenal huruf, mengeja, menyusun huruf, menyusun perkataan, membina perkataan
dan ayat; mengenal nombor dan melaksanakan operasi matematik serta aritmetik.
Produk permainan Multi-Function Briefcase ini dijual dengan harga yang amat berpatutan
iaitu RM100.00 sahaja dan ia merupakan item permainan terkini yang dijual dengan harga yang
amat rendah berbanding produk-produk permainan yang sealiran dengannya. Oleh yang demikian,
produk permainan Multi-Function Briefcase ini boleh dikategorikan sebagai produk value for
money atau dalam erti kata lainnya menang membeli, menang memakai. Produk permainan ini juga
sesuai dijadikan bahan bantu mengajar oleh para guru dan pendidik terutamanya untuk murid-murid
dalam lingkungan usia 3 tahun hingga 6 tahun.
PROMOSI PRODUK
Promosi didefinasikan sebagai aktiviti-aktiviti yang membantu kebaikan produk dan
memujuk pelanggan sasaran untuk membelinya. Promosi juga bertujuan untuk menyampaikan
maklumat, meningkatkan hasil jualan, menstabilkan jualan, memposisikan produk dan membina
imej produk serta pengeluar produk. Promosi boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti
pengiklanan, jualan secara peribadi, promosi jualan, pemasaran langsung dan perhubungan awam.
Pada kali ini, produk yang disasarkan untuk dipromosikan ialah produk makanan, minuman
dan alat permainan untuk kanak-kanak. Oleh yang demikian, sasaran promosi atau klien tertumpu
kepada kanak-kanak, ibu bapa serta penjaga. Dua jenis promosi yang dirasakan sesuai untuk produk
-produk yang khusus untuk kanak-kanak ini ialah promosi secara pengiklanan menggunakan media
elektronik dan juga promosi jualan secara jualan pembukaan dengan pemberian sampel, diskaun
mahupun rebat.
Produk makanan, minuman dan alat permainan untuk kanak-kanak ini boleh dipromosikan
secara media elektronik seperti mengiklankan produk-produk ini di televisyen dan radio. Iklan di
televisyen disampaikan secara visual dan pendengaran dengan unsur-unsur kreativiti yang tinggi,
penuh aksi, berwarna-warni dan menarik. Iklan di televisyen juga diselitkan di antara rancangan
untuk menarik perhatian penonton. Dalam hal ini, produk yang berteraskan kepada kanak-kanak ini
akan diiklankan secara iklan di televisyen dengan memaparkan kebaikan produk, penggunaan
produk serta harga yang berpatutan dan kompetitif. Selari dengan itu, iklan di radio juga boleh
dilakukan meskipun ia hanya menerusi suara dan bunyi. Promosi melalui media elektronik lain
seperti telefon pintar juga boleh dilakukan dengan mewujudkan aplikasi promosi berbentuk paparan
video yang boleh dimuat turun oleh pengguna.
Aplikasi paparan video dalam telefon pintar
Selain pengiklanan menggunakan media elektronik, promosi untuk produk kanak-kanak ini
boleh dilaksanakan secara promosi jualan pembukaan yang menarik dengan pemberian sampel,
diskaun dan rebat. Sebagai contoh, produk makanan kanak-kanak seperti Cliff Kid Zfruit + Veggie
dan produk minuman kanak-kanak Good 2 Grow ini boleh dipromosikan dengan memberi sampel
kepada ibu bapa mahupun penjaga untuk dicuba oleh anak-anak mereka. Pemberian pek percubaan
yang diedarkan kepada pengguna semasa jualan pembukaan dapat menarik minat pengguna untuk
membeli produk tersebut.
Pek sampel produk makanan Cliff Kid Zfruit + Veggie
Manakala, produk alat permainan berunsurkan pendidikan Multi-Function Briefcase ini
boleh dipromosikan dengan mewujudkan sebuah ruang permainan atau play room bagi kanak-kanak
mencuba sendiri alat permainan tersebut dengan dipantau oleh ibu bapa serta penjaga mereka.
Setiap kali sampel diberi dan permainan dicuba oleh kanak-kanak, respon daripada klien perlu
dicatat serta direkodkan untuk tujuan penambahbaikan. Rebat berbentuk baucer pengurangan harga
jualan juga boleh diberikan kepada pembeli sekiranya pembeli mengisi borang soal selidik dan ini
merupakan serampang dua mata iaitu dapat mendapatkan maklumbalas produk dan menggalakkan
pembelian produk. Diskaun juga boleh diberikan kepada pembeli sekiranya pembeli membeli
produk-produk tersebut lebih daripada 1 unit dan ini dapat menggalakkan pembelian produk dalam
kuantiti yang banyak.
Promosi pembelian produk Good 2 Grow Kupon diskaun produk Cliff Kid Zfruit + Veggie
RUJUKAN
Clif Bar (2014). Clif Kid. Disunting dari http://www.clifbar.com.
good2grow (2014). Healthy is the new fun. Disunting dari http://www.good2grow.com
Hospital Taiping (2011). Khasiat buah epal. Disunting dari http://htaiping.moh.gov.my
Toybase (2012). New Plastic Toys : Kids Educational Toys-Deluxe Learning Case HM6830.
Disunting dari http://www.toybase.com